atbm 3.5 - 06 - artikel pengiring pelajaran 3

Upload: alam-mala

Post on 09-Apr-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 06 - Artikel Pengiring Pelajaran 3

    1/6

    2010

    Original Author: Srikandi

    For: MistisFiles

    From: Mistis Organisation

    Republish by Alam Mala

    ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU(Versi 3.5)

    ARTIKEL PENGIRING: PENGARUH KEBUDAYAAN TINGGI

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 06 - Artikel Pengiring Pelajaran 3

    2/6

    P E N G A R U H K E B U D A Y A A N T I N G G ISELASA, 2 H B NOVEMBER 2010

    [HTTP://MISTISFILES.BLOGSPOT.COM/2010/11/PELAJARAN-III-PENGARUH-KEBUDAYAAN.HTML]

    Saya ingin beritahu kepada anak-anak Melayu sekalian bahawa ramai orang yang terancam akan cuba

    downgrade sejarah agung kita. Tidak kira dari luar mahupun dalam. Orang luar mahupun sesama

    adik-beradik kita. Saya namakan sindrom ini sebagai "kiasu-sejarah". Orang luar sebab mereka

    terancam dengan konsep Ketuanan Melayu walaupun secara rambangnya orang Melayu bukanlah

    benar-benar tuan di sini. Sebab satu lagi kerana tujuan politik. Mereka mahukan kuasa dan tanah

    orang Melayu kerana kuasa dan tanah orang Melayu masih bertahan kerana faktor sejarah. Tidak

    percaya? Saya beritahu.

    Orang Melayu bukanlah benar-benar tuan di sini. Kek ekonomi negara dilahap dan dimentekedarah

    oleh kaum-kaum lain (tidak perlu saya beritahu). Sasaran 30% kek ekonomi semasa era Dasar Ekonomi

    Baru (DEB) tidak pernah tercapai. Bayangkan hanya mengemis 30% sahaja dari kekayaan ekonomi

    tetapi tidak pernah tertunai. Namun ada orang masih terancam dengan nama DEB. Walaupun merekatahu DEB tidak begitu berjaya (hanya berjaya melahirkan korporat Melayu yang kedekut dan

    kontraktor subsidi) namun mereka masih tidak berpuashati. Nama DEB itu masih jadi sumpahan

    kepada keturunan mereka.

    Jadi orang Melayu bukanlah benar-benar tuan di sini. Bila-bila masa orang itu boleh beli Malaysia.

    Pemimpin kita sudah lama dibeli mereka. Lihat isu judi bola. Sekejap boleh sekejap dimansuhkan. Siapa

    yang beli pemimpin UMNO supaya kata boleh? Padahal jika pemimpin UMNO ikut agama, sudah tentu

    tahu judi itu haram. Ini terlampau basic dalam hukum agama. Budak-budak sekolah agama rakyat pun

    tahu. Saya mahu beritahu anda bahawa pemimpin UMNO tidak ikut agama mereka. Mereka ikut siapa

    yang membeli mereka. Bukan semua tetapi majoriti. Jadi kesimpulannya, politik moden tidak benar-

    benar mampu menyelamatkan survival orang Melayu. Apa yang mempertahankan orang Melayu setakatini?

    Hak Keistimewaan Orang Melayu Sistem Raja-raja Melayu Islam

    Tiga benda ini, jika saya adalah golongan yang terancam itu, saya akan hapuskan serta-merta jika saya

    naik memerintah Malaysia atau berjaya membeli pemimpin UMNO. Tiga benda ini kalau terhapus, maka

    orang Melayu Malaysia akan merempat sepenuhnya di atas muka bumi ini. Saya letakkan Islam di akhir

    kerana jika hak keistimewaan Melayu dan sistem raja-raja Melayu hancur sekalipun, orang Melayu

    tetap boleh bertahan jika bersatu atas nama agama. Namun jika orang Melayu tidak ikut agama, makayou are totally out!

    Islam adalah benteng terakhir yang paling ampuh. Islam menyebabkan orang Cina Muslim dan India

    Muslim (mamak dalam panggilan mesra orang Melayu) merasa kasihan melihat saudara mereka dari

    kalangan Melayu. Ketika Islamlah, orang Cina dan India lebih nampak mengapa orang Melayu bermati-

    matian mahu pertahankan tanah tumpah darah mereka.

    Saya boleh katakan, orang Melayu bertahan secara teknikalnya (abaikan faktor Islam) kerana faktor

    sejarah. Pertama, kerana kita adalah pribumi (istilah UMNO bumiputra). Hak Keistimewaan orang

    Melayu tegak atas premis ini. Tanah Rizab Melayu tegak atas premis ini. Sejarah mengatakan orang

    Melayu adalah pribumi Malaysia. Jika kita bukan pribumi maka tiadalah Hak Keistimewaan Melayu. Apa

    yang membuatkan Melayu layak dapatspecial rights?

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 06 - Artikel Pengiring Pelajaran 3

    3/6

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 06 - Artikel Pengiring Pelajaran 3

    4/6

    yang lain. Klimaks kebudayaan ini juga dipengaruhi oleh ciri-ciri yang unik dan prestij berpunca dari

    kreativiti sesuatu bangsa.

    Contohnya ketika dinasti-dinasti Melayu memerintah Indochina, mereka telah meninggalkan klimaks

    kebudayaan yang tinggi dan diikuti oleh orang Khmer dan Thai. Jayavarman II yang mengasaskan

    Angkor adalah Senapati Sriwijaya (gabenor) yang membawa corak pemerintahan dinasti Melayu,budaya dan seni ke dalam masyarakat Khmer di Kemboja. Ketika dinasti Melayu memerintah Jawa

    (melalui dinasti Sailendra), mereka telah membawa seni dan budaya Melayu ke dalam masyarakat

    pribumi Jawa. Kita masih dalam kajian sejak berapa lama dinasti Sailendra sudah bertapak di Jawa.

    Sebab itu ada budaya keris dalam masyarakat Jawa. Contohnya dalam sejarah raja-raja Bali,

    salasilahnya dimulai oleh raja dari dinasti Melayu. Begitu juga dalam salasilah raja-raja Kemboja.

    Kebudayaan tinggi menyebabkan sub-bangsa lain akan

    mengadaptasi kebudayaan tinggi ini ke dalam kebudayaan

    tradisional mereka. Contohnya kaum Sulu. Mereka

    mengadaptasi keris dan pengaruh bahasa sejak zaman-

    berzaman hasil hegemoni Sriwijaya ke atas kepulauan Sulu

    dan Filipina. Dengan kata lain apabila tiba klimaks

    kebudayaan bangsa Melayu, maka budaya Melayu

    mempengaruhi kaum-kaum Austronesia yang lain.

    Bagaimana proses pengaruh ini berlaku?

    Ok, kalau anda mengkaji sejarah Asia Tenggara sedalam-

    dalamnya melalui sumber-sumber primer (bukan ulasan atau olahan nasionalis) seperti prasasti,

    riwayat (chronicles), manuskrip dan catatan sejarah, anda akan dapat gambaran besar tentang aktiviti

    Malay ruling class dalam banyak kronologi sejarah Asia Tenggara. Orang Melayu sifat dia suka buka

    kerajaan. Kalau ada 4 adik beradik maka mereka kalau boleh tak nak bersatu buat satu kerajaan, tetapi

    buat 4 kerajaan berbeza. Sampai rela berperang sesama sendiri. Dalam sejarah Melayu yang masihdikesan setakat ini, terdapat dua era sahaja di mana orang Melayu bersatu dalam satu empayar iaitu era

    Sriwijaya dan Kesultanan Melaka.

    Malay ruling class adalah kunci kepada sejarah Kemboja dan Thailand. Dinasti-dinasti Melayu yang

    terkenal adalah seperti dinasti Mala, dinasti Soma dan sudah pasti dinasti Sailendra. Sejarah Melayu

    penuh dengan suka duka Malay city-states. Sebab itu ketika hegemoni Sriwijaya, negarakota-

    negarakota Melayu ini tetap wujud dan popular. Saya akan sentuh banyak lagi tentang rahsia Malay

    ruling class ini pada artikel utama.

    Hegomoni perdagangan tidak perlu saya ulas panjang. Maharaja Sriwijaya dari dinasti-dinasti Melayu

    ini telah membuka aktiviti perdagangan di Selat Melaka dan Laut China Selatan dan ini telah disambut

    dengan baik oleh suku-suku Austronesia yang lain. Bayangkan betapa kaum-kaum Austronesia

    mengenang keagungan zaman kegemilangan perdagangan laut Asia Tenggara, menyebabkan Maharaja

    Sriwijaya menggunakan matawang emas, raja-raja Jawa dan Melayu menjadi pemerintah terkaya in all

    the Indies. Datu-datu di Laut Sulu dan Filipina mampu menyimpan emas yang banyak hasil

    perdagangan emas dan cukai. Bugis, suku-suku Makasar, Sulu, Bajau, Orang Laut dan lain-lain mendapat

    manfaat berkhidmat dengan raja-raja dan bangsawan Melayu dalam arena perdagangan laut.

    Kerancakan perdagangan laut ini terakam kemas pada wonders Sriwijaya iaitu Borobudur yang

    dilambangkan dengan ukiran kapal pada bas-relief.

    Bangsa yang punya peradaban tinggi akan tetap survive walaupun ketika imperialisme. Bangsa Melayu

    adalah payung kepada semua kaum-kaum Austronesia ketika mereka memasuki era imperialisme

    supaya tidak terus pupus. Kemerdekaan Malaysia memberikan harapan kepada sukukaum lain supayamembebaskan diri dari pengaruh Barat. Lebih baik merdeka di bawah adik-beradik Austronesia yang

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 06 - Artikel Pengiring Pelajaran 3

    5/6

    lain dari dicabut jatidiri oleh orang luar yang 100% berbeza adat budaya. Lihat kaum Sulu/Filipina yang

    ada di Luzon. Mereka lebih sepanyol dari orang Sepanyol atau Amerika Selatan sendiri. Lihat orang

    Sulu yang berdekatan Sabah.

    Prestij kebudayaan adalah sebab mengapa sukukaum-sukukaum Austronesia yang lain tertarik untuk

    mencedok ciri-ciri budaya Melayu. Anda sudah belajar tentang sebutan nombor-nombor di kalanganbahasa-bahasa Austronesia adalah mirip nombor-nombor dalam bahasa Melayu. Ini kerana bangsa

    Melayu adalah bangsa Austronesia yang paling ke hadapan tamadun dan prestij kebudayaannya. Orang

    Aztek dan Maya hebat ilmu sains dan teknologi bangunannya tetapi siapa yang mahu meniru cara

    berpakaian mereka? Orang Aztek ini bagaikan watak Predator dalam franchaisi filem Predator.

    Predator nampak hebat dengan segala teknologi persenjataan yang canggih tetapi penampilannya tetap

    haiwan seperti katak yang hodoh. Orang Aztek dan Maya amat canggih sistem astronomi, kalendar dan

    ilmu sains mereka tetapi berpakaian seperti orang Penan.

    Tetapi orang Melayu yang membina

    Borobudur dan negarakota-negarakota

    pesisir pantai Asia Tenggara segak memakai

    tanjak dan kostum yang kemas. Terutamanya

    ketika Kesultanan Melaka, kostum era ini

    menjadi model kepada kostum raja-raja

    Melayu sehingga ke hari ini. Maharaja

    Sriwijaya pula memakai mahkota yang

    diperbuat dari emas tulen. Sungguh indah

    bila mengenang kegemilangan bangsa

    Melayu yang hilang ketika dulu.

    Apabila sampai kepada klimaks, setiap

    tamadun pasti ada penyusutan. Namun

    adakah penyusutan itu menjahanamkanterus bangsa itu atau meminimumkan jumlah atau kewujudannya? Tamadun Babilon, Phoenicia dan

    Assyria pernah mencapai tahap klimaks ketamadunan dan kebudayaan, tetapi apabila sampai ke titik

    penyusutan, maka mereka terus pupus dengan teruknya. Ketika peperangan dengan Babilon, Medes

    dan Scythia, ibukota Empayar Assyria ditakluki dan hancur namun anehnya bangsa Assyria ikut jatuh

    dan pupus dengan teruknya. Ini penyusutan yang drastik. Tetapi bangsa Melayu ketika empayarnya

    hancur, mereka degil bina kerajaan di tempat-tempat lain!

    Sriwijaya bina ibukotanya di merata tempat sampai ahli sejarah sukar menetapkan lokasi sebenar. Apa

    tujuannya? Survival!

    Raja Rejendra Chola dari dinasti Chola terpaksa menyerang negarakota-negarakota pesisir pantai dibawah hegemoni Sriwijaya untuk menjatuhkan Sriwijaya namun gagal. Jika Rajendra Chola hanya

    menyerang Palembang, Maharaja boleh memerintah dari Kedah atau Borneo. Maka caranya serang

    semua pelabuhan Sriwijaya. Tetapi Raja Chola masih belum berjaya. Sriwijaya cuma lemah namun tidak

    jatuh sepenuhnya. Ketika Empayar Chola jatuh pada abad ke-13 di bawah Pandyan, Sriwijaya masih

    wujud lagi dan malah ada menghantar duta ke China. Anda nampak strategi politik Maharaja Sriwijaya

    ini?

    Apabila hegemoni Sriwijaya jatuh sepenuhnya apabila nama Sriwijaya itu sendiri dengan rasminya

    tidak terpakai lagi sebagai sebuah empayar, dinasti Sriwijaya masih memerintah lagi! Di mana? Di

    Sumatera, iaitu tepatnya di Kerajaan Melayu yang pernah ditakluki Sriwijaya dahulu. Dari situ muncul

    kerajaan Dharmasraya, menyambung warisan Sriwijaya. Lihat, Sriwijaya punya base yang kebal dari

    kepupusan. Apabila dikatakan Majapahit mahu menyerang kerajaan Melayu ini dalam ekspedisi

    Pamalayu, tidak kedengaran dalam rekod sejarah pembunuhan beramai-ramai orang Melayu tetapi apa

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 06 - Artikel Pengiring Pelajaran 3

    6/6

    yang terjadi ialah orang Jawa Majapahit menghadiahkan tugu besar kepada Kerajaan Melayu dan

    mengambil dua puteri Melayu untuk dipermaisurikan di istana Majapahit, juga menjemput ramai

    artisan dan tukang-tukang Melayu membangunkan Majapahit. Teka siapa Gajah Mada? Orang Melayu!

    Cuba teka apabila Sriwijaya jatuh, apa yang orang Melayu buat?

    Bina kerajaan Dharmasraya! Bina Empayar Chermin Kelantan!

    Cuba teka apabila Dharmasraya makin terdesak oleh hegemoni Majapahit, apa orang Melayu buat?

    Bina Kesultanan Melaka!

    Cuba teka apabila Kesultanan Melaka jatuh diserang Portugis?

    Bina Empayar Johor-Riau! Hantar anak raja dan bangsawan Melayu ke Perak, Pahang dan Terengganu!

    Inilah kuasa survival.

    Tanpa kemahiran ini jangan mengaku anak Melayu. Jika pengecut dan jual tanahair sendiri kepadaorang luar, jangan dakwa diri anak Melayu. Jika rela sejarah sendiri dirompak dan diputarbelit orang

    lain, jangan mengaku Melayu!

    Jika tiada alter terahsia dalam diri tidak aku mengaku Srikandi.