assure

12
1.0 Pengenalan 1.1 Definisi Teknologi Pengajaran Teknologi Pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran. Selain itu, ia juga merupakan satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti berikut: 1. mengenal pasti semua sumber pendidikan dan sumber manusia untuk pengajaran dan pembelajaran. 2. membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. 3. mengurus proses, mengenal pasti, membangun, mengelola dan menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran 1.2 Definisi Rancangan Pengajaran Guru perlu membuat perancangan bagi sesi pengajarannya. Menurut Burden & Byrd (1999), perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran. Proses guru membuat keputusan tentang cara memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran yang dapat memaksimumkan pencapaian serta kepuasaan guru dan juga pelajar (Cruickshank, 1995). Menurut Esah Sulaiman (2004), perancangan pengajaran merupakan keputusan yang harus

Upload: parameswary-perumal

Post on 14-Sep-2015

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

model assure

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan

1.1 Definisi Teknologi Pengajaran Teknologi Pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.Selain itu, ia juga merupakan satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti berikut:1. mengenal pasti semua sumber pendidikan dan sumber manusia untuk pengajaran dan pembelajaran.

2. membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.

3. mengurus proses, mengenal pasti, membangun, mengelola dan menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran

1.2 Definisi Rancangan PengajaranGuru perlu membuat perancangan bagi sesi pengajarannya. Menurut Burden & Byrd (1999), perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran. Proses guru membuat keputusan tentang cara memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran yang dapat memaksimumkan pencapaian serta kepuasaan guru dan juga pelajar (Cruickshank, 1995). Menurut Esah Sulaiman (2004), perancangan pengajaran merupakan keputusan yang harus dibuat oleh guru mengenai perkara yang hendak diajar dan bagaimana untuk diajarkan supaya dapat difahami pelajar.

Rancangan pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah atau makmal dalam satu jangka masa tertentu. Dalam penyediaan rancangan pengajaran mengikut model ASSURE, guru perlu mengenalpasti kesediaan pelajar, menyatakan objektif dengan tepat, memilih media yang sesuai, merancang bagaimana sesuatu media digunakan, memerhati penglibatan pelajar dan membuat penilaian diakhir pengajaran dijalankan.

1.2.1 Kepentingan Perancangan Pengajaran

Perancangan yang teliti dan komprehensif akan memberi kesan yang positif kepada pembelajaran pelajar. Melalui perancangan pengajaran yang teliti, guru dapat menentukan jarak, urutan dan penekanan kepada isi setiap pelajaran. Topik topik yang penting dalam peperiksaan akan diberikan keutamaan oleh guru dan diberi penerangan dengan lebih teliti.

Perancangan juga akan memastikan setiap minit dalam tempoh pengajaran guru sepanjang setahun memberi kesan yang bermakna kepada guru dan pelajar. Ini dapat memberi panduan kepada guru agar dapat menggunakan masa yang diperuntukkan dengan lebih teratur. Menyusun atur masa dengan tepat juga dapat memastikan sukatan pelajaran dihabiskan pada masa yang telah ditetapkan mengikut perancangan. Melalui perancangan pengajaran, guru juga dapat menyediakan bahan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan isi pelajaran mengikut minat dan kebolehan pelajar. Isi kandungan dan bahan yang hendak disampaikan perlu lengkap dan menepati kehendak sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Selain itu, guru juga dapat menentukan strategi pendidikan, pemulihan dan pengajaran secara tersusun dan bersistem. Melalui perancangan pengajaran, objektif pengajaran dapat dicapai. Guru mengetahui sasaran yang ingin dituju dalam setiap subjek yang ingin diajar.2.0 Rancangan Pengajaran Mengikut Model ASSURE

Model ASSURE telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1982). Assure bermaksud memastikan sesuatu berlaku. Langkah-langkah yang terdapat dalam model ASSURE terdiri daripada :

1) Analyse Learner ( Analisis pelajar )a) Ciri-ciri umum pelajar Murid-murid dalam kelas 3 Marikh terdiri daripada 28 orang pelajar yang berumur sembilan tahun. Daripada 28 orang murid 14 orang murid merupakan murid yang mahir dalam matematik manakala 14 murid merupakan pelajar yang sederhana. Kebanyakan ibu bapa pelajar adalah berpendapatan yang rendah. Mereka bekerja sebagai buruh di ladang dan juga bekerja sebagai nelayan di kawasan kampung. Hanya 5 orang pelajar kerap tidak hadir ke sekolah.Daripada pemerhatian saya, pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah disebabkan mereka pergi ke kerja bersama dengan ibu bapa mereka. Mereka juga kadangkala letih disebabkan bekerja selama lebig daripada 8 jam dengan ibu bapa mereka. Oleh sebab mereka terlalu letih, mereka kerap tidak hadir ke sekolah. Mereka juga merupakan pelajar yang dapat menguasai Matematik dengan tahap yang cemerlang. Selain itu, kebanyakkan pelajar daripada kelas ini, datang ke sekolah dengan berpakaian yang kotor. Jika guru bertugas menegur mereka, jawapan mereka adalah di rumah mereka tidak mempunyai sabun pencuci kain dan juga terlupa mencuci kain. Secara keseluruhanya, latar belakang keluarga pelajar menyebabkan ketidakhadiran pelajar ke sekolah dan juga ibu bapa tidak mengambil berat tentang kebersihan anak-anak mereka.b) Kompetensi khusus peringkat masuk

Murid-murid dalam kelas 3 Marikh ini dikenalpasti menghadapi masalah dalam pengiraan.Walaupun guru memperkenalkan kaedah side counting murid-murid masih tidak dapat menguasai kemahiran tersebut. Untuk menguasai kemahiran penambahan, guru telah mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid menguasai kemahiran penambahan dua digit. Sebagai aktiviti tambahan, guru membawa keluar pelajar ke padang sekolah bagi menyeronokkan mereka. Bukan setakat menyeronokan mereka sahaja, di situ murid diberi tugasan selama 30 saat untuk mengumpul biji saga bagi aktiviti penambahan. Dengan ini, mereka melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran . Kebanyakkan pelajar dalam kelas ini dapat menguasai strategi pengiraan baru iaitu side counting. Mereka menggunakan strategi tersebut dengan betul apabila guru memberikan beberapa soalan penambahan secara verbal. Pelajar yang sederhana juga mencuba untuk menggunakan strategi ini bagi menguasai kemahiran pengiraan. Mereka juga telah diberi bimbingan tambahan dengan memberikan latih tubi bagi menguasai kemahiran tersebut.c) Stail pembelajaran Gaya pembelajaran murid semasa guru menyampaikan pengajaran adalah aktif. Pada set induksi, murid-murid berebut untuk keluar ke hadapan kelas untuk memegang bola tenis dan juga meminta murid untuk mengasingkan guli mengikut warna yang sama. Begitu juga pada langkah yang pertama dan langkah kedua. Murid-murid melibatkan diri secara aktif iaitu ramai murid datang ke depan untuk mencubanya.

Terdapat segelintir daripada murid yang hanya mendiamkan diri. Mereka akan menjawab pertanyaan guru setelah diulang soalan beberapa kali. Namun, tidak kurang juga yang menunjukkan minat yang ketara untuk menjawab apabila diajukan soalan. Walaupun kebanyakan murid tidak dapat membuat pengiraan dua digit tetapi mereka menunjukkan minat yang baik dengan mengikuti apa yang diajar oleh guru dengan perhatian sepenuhnya. Guru juga telah mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi menarik perhatian murid-murid. Akibat daripada aktiviti-aktiviti tersebut pelajar menunjukkan minat dengan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang disediakan oleh guru.2) State Objective ( Nyatakan objektif )Objektif pengajaran difokuskan kepada pencapaian murid seperti murid dapat menambah sebarang dua nombor hingga empat digit dengan mengumpul semula dari sa ke puluh dan juga puluh ke ratus. Murid juga dibimbing untuk menambah sebarang dua nombor dengan menggunakan pelbagai strategi. Strategi yang difokuskan oleh guru adalah strategi side counting. Strategi ini merupakan strategi yang asas bagi pelajar untuk menguasai kemahiran penambahan. Jika mereka mahir dalam strategi ini, mereka dapat membuat penambahan jika mereka diberi penambahan lebih daripada 3 digit ke atas.

3) Select method, media and material ( Pilih kaedah, media dan bahan )Kaedah kelas Kaedah ini telah dijalankan semasa set induksi, langkah satu, langkah tiga dan semasa membuat rumusan. Kaedah ini dimulakan dengan cara guru menunjukkan guli bagi pelajar membuat pemerhatian. Murid-murid diminta untuk mengasingkan dan menyusun guli mengikut warna. Selepas itu, beberapa pelajar juga diminta datang ke hadapan untuk menjumlahkan guli-guli yang diasingkan.

Selepas itu, langkah ketiga juga diadakan dalam kelas. Guru memaparkan soalan dengan menggunakan LCD dan menyuruh pelajar menjawabnya dengan menggunakan strategi side counting. Pada langkah ketiga, guru telah membimbing murid supaya membuat penambahan dengan cara yang betul. Akhirnya, Murid-murid juga dapat menguasai strategi tersebut dan mampu membuat penambahan dengan menggunakan strategi terbut. Guru dapat menilai prestasi murid dengan memberi latihan tambahan. Kaedah ini digunakan kerana guru perlu mendapat perhatian daripada semua murid bagi memulakan pengajaran dan menerangkan tajuk pelajaran yang akan diajar. Murid-murid juga perlu mendengar, memerhati dan memahami apa yang sedang diterangkan oleh guru. Jika murid memahami peringkat awal pengajaran, murid-murid akan dapat melakukan aktiviti pada langkah pengajaran seterusnya dengan baik. Kaedah ini juga dipilih semasa aktiviti penutup bertujuan untuk memastikan semua murid dapat menguasai pelajaran yang diajar pada hari tersebut. Media dan bahan Media yang dipilih dalam rancangan pengajaran ini terdiri daripada media video, guli, biji saga, kertas potongan serta lembaran kerja. Video digunakan bagi menjelaskan lagi pemahaman murid selain ditunjukkan strategi pengiraan yang baru. Semasa murid menggunakan strategi side counting , video ini dapat membantu murid memahami lebih tentang operasi penambahan dua digit. Manakala lembaran kerja pula dapat mengesan kefahaman murid. Guru dapat melihat samada murid dapat menguasai atau tidak mata pelajaran yang diajar melalui lembaran kerja yang diberikan kepada murid.

Menurut Smaldino et.al., (2005) media dianggap sebagai media pengajaran untuk membantu proses komunikasi dan pembelajaran. Pengunaan media bertujuan membantu pemahaman murid terhadap pelajaran yang diajar. Contohnya penggunaan videor dapat membantu murid lebih mengingati dan memahami cara membuat pengiraan khususnya dalam operasi penambahan. 4) Utilize media and materials ( Gunakan media dan bahan) Pada permulaan pengajaran iaitu set induksi, guli telah digunakan. Murid-murid datang ke hadapan untuk mengasingkan dan menyusun guli mengikut warna yang sama. Murid-murid begitu tertarik apabila ditunjukkan guli-guli yang berwarna-warni. Pada langkah pertama, guli yang berwarna warni telah ditunjukkan. Guli-guli yang ditunjukkan juga mempunyai warna yang terang. Ini telah menarik minat murid untuk memberi tumpuan semasa guru mengajar.Mereka juga diminta untuk menjumlahkan guli yang diasingkan mengikut warna. Pada langkah kedua murid dibawa keluar daripada kelas ke padang. Di situ, murid mengumpul biji saga dalam 30 saat. Kemudian mereka diminta untuk menjumlahkan biji saga yang dikumpulkan secara pasangan. Pada permulaanya, mereka keliru dengan penambahan dua digit. Biji dsaga yang telah dikumpulkan membawa masuk ke kelas dan ianya digunakan semula untuk strategi side counting. Dengan bantuan daripada biji saga murid-murid mampu menggunakan strategi tersebut dengan betul.

Pada langkah ketiga, guru memaparkan soalan di LCD dan pelajar diminta membuat penambahan dalam beberapa minit dengan menggunakan strategi yang diajar oleh guru. Daripada jawapan mereka telah dapat mengetahui Kebanyakkan murid dapat menguasai kemahiran penambahan.Kemudian mereka menonton tayang video yang berkaitan dengan operasi penambahan. Tayangan video ini dapat membantu pelajar dalam operasi penambahan. Sebagai langkah terakhir murid diberi laihan pengukuhan.5) Require learner participation ( Dorong penglibatan pelajar) Pada permulaan pengajaran atau set induksi, guru telah meminta beberapa murid untuk datang ke depan untuk mengasingkan dan menyusun guli mengikut warna yang sama. Murid-murid juga melibatkan diri secara aktif dengan mengambil bahagian dalam set induksi tersebut. Apabila murid-murid dapat menyusun dan menjumlahkan guli, guru akan memberikan peneguhan dengan memberikan pujian serta meminta semua murid yang ada di dalam kelas memberikan tepukan.

Pada langkah yang pertama, guru membawa pelajar ke padang untuk mengumpul biji saga dalam 30 saat dan menyuruh pelajar supaya menjumlahkan biji saga yang dikumpulkan secara berpasangan. Apabila murid dapat mencari jawapan dengan betul guru akan memberikan buku nota sebagai peneguhan.

Seterusnya pada langkah kedua, murid-murid dibimbing untuk menggunakan strategi side counting untuk operasi penambahan dua digit. Ramai murid telah mencuba menggunakan strategi tersebut. Murid dipilih secara rawak untuk menujukkan pengiraan. Beberapa orang murid dapat berjaya menjawab soalan dengan menggunakan strategi tersebut. Guru meminta semua murid di dalam kelas memberikan tepukan kepada pelajar yang dapat berjaya menjawab soalan dengan betul dan tepat. Kemudian, murid juga diberi kertas potongan untuk menjawab soalan quiz yang dipaparkan dalam LCD. Pelajar telah mencuba menjawab semua soalan dengan menggunakan strategi tersebut. Pelajar yang dapa mendapat markah yang tinggi dalam quiz tersebut, telah diberi ganjaran dengan memberi dua batang pensil.5) Evaluate and revise (Nilai dan semak) Langkah akhir dalam penyediaan rancangan pengajaran mengikut model ASSURE ialah dengan membuat penilaian dan menyemak semula pengajaran dari aspek persembahan, kaedah yang digunakan dalam pengajaran, media dan bahan yang digunakan serta tahap penglibatan pelajar. Murid-muri diajar dari peringkat yang senang kemudian kepada peringkat yang lebih susah. Contohnya, guru menyuruh pelajar supaya menyusun dulu guli mengikut warna yang sama. Kemudian, menyuruh pelajar untuk cuba menjumlahkan guli mengikut warna. Selepas itu, guru memperkenalkan strategi baru iaitu side counting.

Media video dan bahan kaku digunakan dalam pengajaran ini sesuai dengan tahap umur murid. Murid-murid biasa melihat benda maujud dalam kehidupan harian murid. Selain dari itu, murid-murid juga tertarik dengan benda-benda yang berwarna warni yang ditunjukkan. Murid-murid begitu berminat dan menumpukan perhatian yang penuh semasa pengajaran yang disampaikan. Pada langkah terakhir, guru menggunakan lembaran kerja untuk menilai sejauh mana pemahaman murid dengan pengajaran yang telah disampaikan. Murid dapat menjawab semua soalan dengan betul. Murid telah memahami strategi side counting dan akan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Tahap penglibatan murid dilihat begitu aktif. Bermula dengan set induksi, langkah satu dan langkah dua, murid-murid dipilih secara rawak untuk memegang guli, mengumpul biji saga dan mencari pasangan untuk menjumlahkan biji saga. Pada langkah terakhir, semua murid terlibat dalam menyiapakan latihan pengukuhan yang dikenali sebagai lembaran kerja.

MODEL REKA BENTUK

PENGAJARAN

( ASSURE)

A

Analyse

S

State Objectives

S

Select Methods, Media and Materials

U

Utilize Media and Materials

R

Require Learner Participation

E

Evaluate and Revise