assiment khas 2012

25
ISI KANDUNGAN Muka surat 1. PENDAHULUAN……………………………………………………………………………………………….. 1-6 2. DEFINISI DAN KONSEP AUTISME……………………………………………………………………….7-9 3. PROFIL DAN LATAR BELAKANG SUBJEK……………………………………………………………..9 4. CIRI (FIZIKAL, INTELEK, EMOSI, DAN SOSIAL) ……………………………………………………10-22 5. PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN PERKHIDMATAN KHAS YANG DITERIMA OLEH SUBJEK (TERMASUK RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU/RPI)……………………………………………………………………………………………………23 6. PENCAPAIAN SUBJEK DALAM BIDANG AKADEMIK, TINGKAH LAKU PENYESUAIAN, KEMAHIRAN-KEMAHIRAN KHUSUS, DAN SEBAGAINYA……………………………………………………………………………………………………24-25 7. PERANCANGAN UNTUK MASA DEPAN SUBJEK……………………………………………………26 8. BIBLIOGRAFI…………………………………………………………………………………………………………27 9. LAMPIRAN (HASIL KERJA SUBJEK, RPI, DAN REKOD AKTIVITI DI INSTITUSI PENDIDIKAN) 10. GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN DENGAN DIRI SUBJEK BOLEH JUGA DISERTAKAN SETELAH MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA SUBJEK DAN PENJAGA/IBU BAPA SUBJEK.

Upload: shaiful-muhayuddin-mohamad

Post on 12-Jul-2015

380 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN Muka surat

1. PENDAHULUAN……………………………………………………………………………………………….. 1-6

2. DEFINISI DAN KONSEP AUTISME……………………………………………………………………….7-9

3. PROFIL DAN LATAR BELAKANG SUBJEK……………………………………………………………..9

4. CIRI (FIZIKAL, INTELEK, EMOSI, DAN SOSIAL) ……………………………………………………10-22

5. PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN PERKHIDMATAN KHAS YANG DITERIMA OLEH SUBJEK (TERMASUK RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU/RPI)……………………………………………………………………………………………………23

6. PENCAPAIAN SUBJEK DALAM BIDANG AKADEMIK, TINGKAH LAKU PENYESUAIAN, KEMAHIRAN-KEMAHIRAN KHUSUS, DAN SEBAGAINYA……………………………………………………………………………………………………24-25

7. PERANCANGAN UNTUK MASA DEPAN SUBJEK……………………………………………………26

8. BIBLIOGRAFI…………………………………………………………………………………………………………27

9. LAMPIRAN (HASIL KERJA SUBJEK, RPI, DAN REKOD AKTIVITI DI INSTITUSI PENDIDIKAN)

10. GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN DENGAN DIRI SUBJEK BOLEH JUGA DISERTAKAN SETELAH MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA SUBJEK DAN PENJAGA/IBU BAPA SUBJEK.

1.0 PENDAHULUAN

Kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa adalah mereka cacat

daripada pelbagai jenis atau kategori kecacatan yang meliputi ketidakupayaan atau

kesukaran yang disebabkan ketidakfungsian sistem saraf. Kanak-kanak ini memerlukan

pendidikan khas kerana mereka memerlukan pengubahsuaian dalam amalan hidup biasa.

Kanak-kanak berkeperluan khas ini merupakan salah satu ciri perbezaan individu.

Kanak-kanak berkeperluan khas ini merangkumi golongan kanak-kanak pintar cerdas,

kerencatan mental, cacat pendengaran dan penglihatan atau fizikal, bermasalah

pembelajaran atau kesihatan dan sebagainya. Mereka yang dikenal sebagai berkeperluan

khas ini tidak bermakna mereka tidak boleh menjadi penyumbang kepada masyarakat dan

negara. Mereka tidak wajar untuk dipinggirkan, malah mereka perlu diberi pendidikan.

Bagaimanapun, disebabkan ciri-ciri istimewa mereka ini, maka pendidikan yang

diberikan kepada mereka agak berbeza dan digelar sebagai Pendidikan Khas.

Secara jelasnya kanak-kanak yang memerlukan Pendidikan khas selalunya

mempunyai ciri-ciri tertentu yang menghalang mereka mengikuti persekolahan seperti

biasa. Mereka memiliki satu atau gabungan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan

sama ada dari aspek fizikal, deria, mental, emosi, sosial, kesihatan, atau tingkah laku jika

dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Justeru itu kanak-kanak ini dikatakan

bermasalah dan memerlukan satu bentuk pendidikan yang sesuai. Dengan kata lain,

pendidikan khas adalah satu perkhidmatan yang dibentuk khas untuk memenuhi

keperluan kanak-kanak kurang upaya dari pelbagai aspek .

Pendidikan Khas masalah pembelajaran

Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1995 ), telah mentakrifkan Masalah

Pembelajaran sebagai “ pelajar yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar

professional sebagai mengalami kekurangan yang mengganggu proses pengajaran dan

pembelajaran. Mereka teerdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaan mental

yang rendah dan pengubahsuaian tingkahlaku yang rendah ”.

Menurut Thomas (1996) Pendidikan Khas masalah pembelajaran ini boleh

didefinisikan sebagai “ Pembelajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang

mempunyai tahap kefungsian intelek yang terhad dan sedang berkembang, ataupun

berkembang dalam tahap yang lambat berbanding keupayaan kanak-kanak normal ”.

Masalah yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian :

1. Kebolehan kognitif

2. Tingkah laku sosial

3. Penguasaan bahasa lisan dan pertuturan

4. penguasaan Membaca

5. Kemahiran Matemati

Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-

kanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun

perkembangan intelek kanak-kanak tersebut. Keperluan untuk memberi pendidikan

semua kanak-kanak menjadi satu tanggungjawab dalam masyarakat. Di antara indvidu

yang berada didalam program pendidikan khas masalah pembelajaran terdiri daripada

kategori Sindrom down, Slow leaner ( lembam ), autisme, hiperaktif dan disleksia.

Terdapat keperluan untuk membina kurikulum yang dapat menyediakan

pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel, menarik, berfokus dan

bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid PKBP. Perancangan dan

penggubalan kurikulum PKBP mengambil kira kepelbagaian keupayaan individu selaras

dengan Akta Pendidikan 1996.

Untuk memenuhi keperluan individu Masalah Pembelajaran , program pengajaran

dan pembelajaran yang dibentuk adalah bersesuaian selaras dengan peraturan Pendidikan

Khas 1997 yang menyatakan “ guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik

pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti mata

pelajaran dan bahan Bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat

Pendidikan Khas ”.

Kesimpulannya, kurikulum PKBP dibina supaya pembelajaran yang diperolehi

dalam darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Ia juga dapat menyediakan

pendidikan yang berkualiti secara optimum kepada murid-murid. Masalah Pembelajaran

supaya mereka dapat berfungsi sebagai individu yang berdikari, berjaya dalam hidup dan

memberi sumbangan bakti kepada masyarakat. Tiga prinsip utama dalam model

konseptual kurikulum pendidikan khas iaitu pendekatan menyeluruh dan bersepadu

adalah bermatlamat untuk menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran proses

pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu dengan

pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan yang bermakna.

1.1 KLASIFIKASI KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS

BERMASALAH PEMBELAJARAN

Rajah : Klasifikasi

kanak-kanak

berkeperluan

Khas

Autisme Autisme

Kurang Upaya

Kerencatan

ringan

Kurang Upaya

Kerencatan

ringan

Kanak-kanak

berkeperluan

khas

Masalah

pembelajaran

Kanak-kanak

berkeperluan

khas

Masalah

pembelajaran

Hypo aktif

Hypo aktif

Lembam( slo

w leaner )

Lembam( slo

w leaner )

Gangguanemosi

Gangguanemosi

Hyper aktifHyper aktif

Sindrom down

Sindrom down

Disleksia

Disleksia

Lewat perkemb

angan

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah kanak yang dikenal pasti sebagai

mengalami kecacatan yang mengganggu pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-

kanak yang mempunyai keupayaan mental yang rendah dan pengubahsuaian tingkahlaku

yang rendah. Kecacatan yang dialami mempengaruhi kebolehan kognitif, tingkah laku

sosial, penguasaan bahasa lisan dan pertuturan, penguasaan membaca, dan kemahiran

matematik. Masalah pembelajaran dianggap berpuca daripada ketidakfungsian sistem

saraf pusat.

Kajian mengenalpasti senarai tingkah laku yang sukar dikawal oleh guru kanak-

kanak ini ialah, bersikap agresif dari fizikal, mencederakan diri sendiri, menjerit,

membuat bising , mengganggu dan hiperaktif serta tidak berminat untuk belajar ( Hariss ,

1996 ) . Jenis-jenis kumpulan pelajar bermasalah pembelajaran menurut buku Spikologi

pembelajaran ialah:

1. Lembam ( Slow leaner ) 9. Autistik

2. Sindrom Down 10. disleksia

3. Hipoaaktif 11. Epilepsi

4. Hiperaktif

5. Gangguan Emosi dan tingkah laku

6. Cerebral Palsy

7. Pelbagai kecacatan ( Mutltiple handicapped )

8. Terencat Ringan dan sederhana

1.2 Sebab-sebab masalah pembelajaran

Para penyelidik perubatan telah mengaitkan sebab-sebab masalah pembelajaran kepada 4

faktor umum. Berikut adalah 4 faktor umum masalah pembelajaran iaitu kecederaan otak,

keturunan ( genetik ), ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran.

Rajah: Sebab-sebab umum masalah pembelajaran

Sebab-SebabMurid

Pendidikan Khas

Masalah pembelajaran

Sebab-SebabMurid

Pendidikan Khas

Masalah pembelajaran

Kecederaan otakKecederaan otak

GenetikGenetik

Ketidakseimbangan biokimia

Ketidakseimbangan biokimia

PersekitaranPersekitaran

Sebelum kelahiran bayiSemasa kelahiran bayiSelepas kelahiran bayi

Sebelum kelahiran bayiSemasa kelahiran bayiSelepas kelahiran bayi

Kanak-kanak mewarisiMasalah pembelajaranKanak-kanak mewarisiMasalah pembelajaran

Bukti tentang kesan ketidakseimbangan tidak kukuh dan konsisten

Bukti tentang kesan ketidakseimbangan tidak kukuh dan konsisten

Kemiskinan / kekurangan Persekitaran boleh Menyebabkan masalahpembelajaran

Kemiskinan / kekurangan Persekitaran boleh Menyebabkan masalahpembelajaran

2.0 AUSTISME

Perkataan autisme berasal dari perkataan “ autos ” yang bererti diri sendiri dan

“ isme ” yang bererti aliran. Ini bermakna austisme membawa maksud keadaan yang

menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri atau dalam

erti kata lain kanak-kanak ini mempunyai dunianya sendiri dan tidak mempedulikan

keadaan sekeliling. Autisme adalah satu jenis kategori ketidakupayaan yang mempunyai

ciri-ciri gangguan dalam komunikasi, interaksi sosial, gangguan sosial, gangguan deria,

pola permainan yang berbeza, dan perilaku emosi. Gejala autisme boleh dilihat sebelum

kanak-kanak berumur tiga tahun. Keadaan autisme yang dialami ini berkekalan sepanjang

kehidupan kanak-kanak ini.

Kanak-kanak autisme sering menimbulkan kekeliruan kepada penjaganya dan

juga masyarakat sekeliling kerana kanak-kanak ini kelihatan normal tetapi

memaparkankan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza. Biasanya kanak-

kanak autisme ini kelihatan seperti kanak-kanak normal terutamanya dari segi fizikalnya.

Kebanyakkan kanak-kanak autisme ini juga akan mengalami masalah terencat

akal tetapi dalam pelbagai tahap.Dari aspek kemahiran kordinasi mata tangan, sama ada

mereka menghadapi masalah ataupun mereka lebih maju dalam aspek itu dan kemahiran

lain.Pada kebiasaannya kanak-kanak autisme ini tidak dapat bertutur dengan baik, mereka

hanya boleh meniru atau pengulang pertuturan orang lain.

2.2 Punca-punca Autisme

Punca sebenar autisme tidak dapat diketahui, tetapi beberapa teori mengatakan

bahawa faktor genetik meminkan peranan penting yang menyebabkan berlakunya

keadaan autistic pada kanak-kanak. Bayi yang dilahirkan kembar hasil daripada satu telur

didapati kemungkinan mengalami

gangguan autisme . Selain itu pengaruh virus yang dihidapi oleh si ibu semasa hamil

seperti rubella, herpes, pemakanan yang tidak berzat, pendarahan, keracunan makanan

juga mempengaruhi pertumbuhan sel otak yang dapat menjadi punca gangguan otak

dalam aspek fungsi pemahaman, komunikasi dan interaksi.

2.3 Ciri-ciri

Kanak-kanak Autisme mempunyai masalah ataupun gangguan dalam bidang berikut :

1. Komunikasi

a.Perkembangan bahasa yang lambat atau tiada langsung

b. Kelihatan seperti masalah pendengaran atau tidak mengindahkan apa yang

dikatakan oleh orang lain.

c.Jarang menggunakan bahasa

d. Sukar diajak bercakap

e.Kadangkala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja

f. Perkataan yang dituturkan tidak sesuai

g. Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami

h. Suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu.

2. Intraksi sosial

a.Suka bersendirian

b. Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain

c.Tidak gemar bermain dengan rakan

d. Suka menjauhkan diri dan duduk disuatu tempat

3. Gangguan deria

a.Sensitif pada sentuhan

b. Tidak suka dipegang atau dipeluk

c.Sensitif dengan bunyi yang kuat

d. Suka mencium dan menjilat mainan atau benda-benda lain

e.Kurang sensitif pada rasa sakit ataupun takut

4. Tingkah laku

a. Sama ada hyperaktif ataupun hypoaktif

b. Melakukan perbuatan atau pergerakan yang sama dan berulang-ulang

c. Tidak suka pada perubahan

d. Dapat duduk tanpa membuat apa-apa dan tanpa apa-apa reaksi.

5. Emosi

a. Sering marah, kecewa dan menangis tanpa sebab

b. Mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang daripada

keinginannya.

c. Merosakkan apa sahaja yang ada disekitarnya jika emosinya terganggu

d. Menyerang sesiapa sahaja berhampiranya jika emosinya terganggu

e. Adakalanya mencederakan diri.

f. Tidak ada rasa simpati atau memahami perasaan orang lain

Kesimpulannya, kanak-kanak autisme dapat dididik. Keunikan corak

pembelajaran mereka disebabkan oleh ketidakupayaan kognitif dalam memproses

maklumat. Ketidakupayaan ini dapat diatasi dengan mengadakan program pembelajaran

yang berstruktur dan banyak menggalakkan rangsangan. Program kanak-kanak ini adalah

bercorak ke arah analisis tingkah laku dan menggalakkan penggunaan pertuturan dan

komunikasi.

3.0 Ciri ciri autisme Muhammad Haziq Bin Salehuddin adalah seperti berikut.

3.1 Ciri-ciri fizikal

Muhammad Haziq bin Salehuddin adalah kanak-kanak autisme merupakan sasaran kajian

kami pada kali ini yang memiliki ciri-ciri fizikal yang lengkap anggota tubuh

badannya.Malahan kalau dilihat dari mata kasar, dia tidak kelihatan memiliki ciri-ciri

kanak-kanak berkeperluan khas. Haziq memiliki ketingian yang normal sebagaimana

kanak-kanak yang sebaya dengannya .Haziq tidak suka diperhatikan. Oleh itu

pengawasan dilakukan tanpa pengetahuannya. Seandainya dia tahu yang dia diperhatikan

menyebabakan pergerakannya terbatas. Ini kerana sifat kanak-kanak autisme akan

berubah menjadi pendiam dan tidak suka bertentang mata dengan orang lain terutamanya

pada orang yang baru yang tidakdikenalinya .. Dengan kata lain bahawa kehidupan sosial

anak –anak autisme ini adalah aneh dan kelihatannya seperti orang yang selalu

sakit.Haziq dikesan ada cirri-ciri dalam tiga perwatakan utama yang menunjukkan

seseorang menderita autisme ialah :

• Social interaction – kanak-kanak seperti ini menghadapi kesulitansemasa

melakukan hubungan sosial dengan orang dipersekitarannya.Situasi ini

banyak berubah kerana tahun pertama Haziq di sekolah ini banyak dibantu

dari segi menerima orang di sekelilingnya serta memahami tiap arahan

yang diberikan. Malah seperti mana kanak-kanak pendidikan khas yang

lain Haziqperlu sentiasa dipimpin memegang tangannya untuk bergerak ke

mana-mana sahaja.

• Social communication – kesukaran dalam berkomuniskasi secara verbal dan non

verbal, sebagai contohnya mereka tidak mengetahui maksud apa yang dibualkan

atau pun arahan yang diterima terutamanya dari segi gerak isyarat, ekspresi wajah

ataupun penekanan suara.

• Imagination – kesulitan untuk mengembangkan mainan dan imaginasinya

Menurut kata guru yang mengajar Haziq situasi ini sudah banyak berubah dari hari

pertama Haziq memulakan sesi pembelajarannya di sekolah ini . Anggota badannya

adalah normal dan berfungsi dengan baik sepenuhnya . Badannya berisi . Tiada masalah

pendengaran dan penglihatan . Ini disahkan oleh pakar yang memeriksa Haziq . Salah

satu syarat kanak-kanak diterima masuk belajar di kelas pendidikan khas adalah kanak-

kanak itu perlu diperiksa oleh pegawai perubatan pakar dan mesti ada surat pengesahan

pakar yang mengkategorikan permasalahan kanak-kanak ini dari kanak-kanak jenis apa .

(lihat lampiran pengesahan doktor yang memeriksa Haziq ).

Dia seorang yang hiperaktif. Berdasarkan permerhatian pergerakannya seharian di

sekolah terutamanya pada waktu antara jadual waktu , didapati cara berjalan dia ada

kelainan daripada murid yang normal .Dia akan berjalan dalam keadaan yang sedikit

senget yang mana ini adalah salah satu tanda-tanda kanak-kanak austime yang mana

mereka tidak mahu fokus pada apa yang dilakukan malah sentiasa cuba menghindari dari

bertentang mata dengan orang lain. Buktinya semasa permerhatian dilakukan didapati dia

hampir terjatuh kerana terlanggar tempat duduk di bahagian depan kelasnya semasa ke

kelas matapelajaran seterusnya .

Melalui cerita gurunya , Haziq dan rakan-rakannya yang lain sentiasa dipimpin oleh

guru mata pelajaran untuk bergerak ke kios mata pelajaran seterusnya atas faktor

keselamatan . Namun sekarang Haziq sudah boleh bergerak sendiri tanpa dipimpin hanya

cuma perlu diperhatikan sahaja.

Namun begitu, Haziq berperwatakan menarik dan merupakan seorang murid yang

sentiasa menjagakekemas diri.Kanak-kanak ini juga merupakan seorang yang

pembersih.dan menjaga keterampilan dirinya.Ini dapat dilihat melalui pakaian sekolahnya

yang sentiasa bersih.

3.2 Dari aspek intelek

Di sini kami cuba merakamkan tingkah laku Haziqselama tiga hari untuk melihat

sendiri seterusnya menilai Haziq dari segi inteleknya. Perkembangan kanak-kanak

autisme ini dikatakan sebagai “neuro-developmental disorder” iaitu satu kecelaruan

dalam pembentukan otak. Di dalam setiap otak manusia, terdapat beribu-ribu sel-sel saraf

yang saling berkait dan tersusun dalam bentuk sistem yang boleh mengawal kesedaran

luar tubuh, termasuklah emosi, tingkah laku dan juga hubungan dengan fungsi organ

dalaman.

Melalui pemerhatian kepada Haziq didapati ketidaknormalan saiz saraf tersebut

juga memberi kesan kepada deria-deria yang berkaitan dengan sistem lain di bahagian

otak. Berdasarkan kajian yang dibuat, bahagian otak individu autisme terdapatnya

kepadatan neuron di dalam saraf yang dinamakan amyglada dan

hippocampus.Ketidaknormalan ini mungkin terjadi sewaktu bayi di dalam kandungan ibu

lagi.Sistem saraf amyglada berhubungkait dengan deria kulit dan otot, rasa, penglihatan,

pendengaran, bau, pertuturan dan pergerakan motor.

Malah kita akan dapat mengenal pasti saraf hippocampus yang merangsang

belajar dan memori berfungsi pada Haziq. Kerosakan pada bahagian ini mengakibatkan

kegagalan untuk menyimpan maklumat terbaru dalam memori. Kajian ini adalah sama

dengan Teori Kognitif Autisme oleh Rimland, B. (1964). Beliau membuat andaian

dengan idealnya bahawa kanak-kanak Autisme menghadapi masalah menyimpan

maklumat Courchesne dalam Edelson (1999), mendapati dua bidang dalam cerebellum,

vermal lobules VI dan VII, yang ternyata kecil (hypolasia) daripada biasa dalam individu

autistik dan ini mempengaruhi penumpuan perhatian.

Permerhatian pertama hari Isnin, 1 APRIL 2013

Pada awalnya Haziq adalah seorang murid yang hiperaktif. Dia sentiasa mahu

melakukan pelbagai aktiviti yang banyak menggunakan minda seperti menyusun

bongkah-bongkah kayu dalam keadaan yang tersusun dan cuba untuk menyusun bongkah

kayu itu sehingga tinggi. Keaktifannya akan bertambah seandainya tiada diganggu orang

lain atau Haziqmerasakan tidak diperhatikan.

Dari perbualan bersama Guru Penolong Kanan Khas Sekolah Kebangsaan Raja

Muda (Integrasi), Puan Dzulfilda , Haziq pada awalnya, iaitu semasa sesi temuduga dia

seorang yang lambat dari segi tinda balas yang mana setiap arahan yang diberikan perlu

diulang beberapa kali . Tetapi situasi ini telah berubah pada diri Haziq sekarang di mana

banyak didapati perubahan dalam perkembangan inteleknya. Apabila hendak memberi

arahan kepada Haziq tidak perlu lagi diulang-ulang beberapa kali cukuplah sekadar dua

kali memintanya melakukan sesuatu , Haziq sudah pun boleh memahami arahan tersebut.

Permerhatian hari kedua Selasa ,2 APRIL 2013

Semasa mata pelajaran Bahasa Melayu , didapati Haziq turut mengambil bahagian dalam

aktiviti nyanyian yang diajar Cikgu Siti Zaleha pada hari tersebut . Haziq boleh mengikut

gerakan-gerakan badan yang dilakukan oleh gurunya.Dalam masa yang sama juga Haziq

dapat memberi respon yang pantas apabila gurunya mengajukan soalan Malahan beliau

cepat menjawab dan semuanya betul pada bahan latihan yang diberi oleh gurunya.

Menurut Cikgu Farhana pula, Haziq di awal-awal dia dimasukkan kekelas tersebut, dia

tidak berminat untuk belajar. Setiap kali guru memandangnya, dia akan menundukkan

kepalanya. Begitulah kelakuannya sepanjang kelas berjalan.

Tetapi dari masa ke semasa dengan bimbingan guru-gurunya dan penggunaan

kaedah yang sesuai terdapat banyak perubahan pada diri Haziq. Dalam masa 3 bulan dia

belajar di sekolah ini, didapati Haziq begitu cepat belajar berbanding dengan kanak-

kanak autisme yang lain. Ini adalah satu perkembangan yang memberangsangkan bagi

seorang kanak-kanak autisme seperti Haziq.

Permerhatian hari ketiga Rabu, 3 April 2013

Pada hari ini Haziq kelihatan amat ceria untuk belajar Bahasa Inggeris. Setiap kali

gurunya mengadakan aktivit Haziq akan cuba melibatkan diri untuk turut sama dalam

aktiviti tersebut. Dia amat bersemangat apabila menjawab soalan-soalan yang

dikemukakan oleh gurunya.Menurut guru Bahasa Inggerisnya Haziq gemar bertutur

dalam Bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa yang digunakan oleh ibu

bapanya di rumah.Namun begitu Haziq kurang berkemahiran untuk membaca buku-buku

Bahasa Inggeris. Ini kerana setiap kali habis menyiapkan kerja-kerja latihannya, dia akan

mengambil buku-buku Bahasa Melayu untuk dibaca tidak buku Bahasa Inggeris. Dia

akan terusa membaca tanpa mempedulikan orang lain.

Menurut guru Haziq, dia mengalami peningkatan dalam kemahiran membaca

dengan begitu pantas.Pada asalnya dia tidak tahu dan tidak faham Bahasa Melayu tetapi

sekarang dia sudah boleh membaca bertutur dengan agak lancer.

Berdasarkan pemerhatian daripada bahan PBS Pendidikan Khas yang diuji, didapati dari

segi intelek Haziq dikategorikan dalam tahap Band 3 . Beliau boleh menjawab dengan

betul tanpa bantuan guru . Malah dalam ujian diagnostik Bahasa Melayu yang dijalankan

awal Januari 2013 didapati markah yang diperolehi adalah 98 peratus . Pentasiran yang

diuji adalah dalam pelbagai kemahiran yang bersesuaian dengan tahap kanak-kanak 8

tahun permasalahan pembelajaran . (lihat ujian Diagnostik yang dilampirkan ).

Rumusannya Haziq mengalami masalah pembelajaran iaitu dikategorikan kanak-kanak

austisme dari ciri-ciri Intelek :

Mempunyai daya ingatan rendah dan penguasan kebolehan terhad dalam bidang

generilisasi bahasa.

Kesulitan dalam pengamatan dan memahami konsep serta daya kreatif rendah

Hanya dapat dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat

umur 8 tahun atau lebih.

Malah tingkahlaku yang ditonjolkan adalah meliputi ciri-ciri autisme iaitu :

Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu

Mudah Kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang kali hasil

daripada pengharapan supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur mereka

Sikap dan nilai sosial kanak-kanak tidak selaras dengan tingkah laku murid-murid

biasa.

Minat kanak-kanak ini adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental

yang sama dengan mereka.

Walaupun perkembangan inteleknya adalah tidak sama dengan kanak-kanak normal

yang seusia namun beliau sentiasa menunjukkan perkembangan yang meningkat dari satu

aras ke aras yang lebih tinggi dari sebelumnya .

3.3 Dari aspek emosi.

Laporan pemerhatian sehari bersama Haziq di Kelas 2 Hijau .

Dengan bantuan guru yang mengajar kanak-kanak pendidikan bermasalah

pembelajaran Cikgu Fuad sebagai jurugambar mengikuti Haziq mengikuti proses

pembelajarannya dalam cuba memahami Haziq kanak-kanak yang disahkan bermasalah

pembelajaran dalam kategori autisme dari aspek emosi atas faktor minat Haziq pada

melukis dan kecenderungan Haziq dalam muzik.

Khamis , 4 APRIL 2013

Haziq mengikuti kelas mata pelajaran muzik bersama Cikgu Maslailawaty . Murid yang

mengikuti kelas ini ialah seramai 10 orang . Pada pemerhatian yang dilakukankanak-

kanak yang lain memaparkan emosi melalui suara dan tingkah laku . Ada diantara mereka

yang bercakap dalam Bahasa Melayu yang mana butir-butir percakapannya tidak jelas .

Haziq tetap seperti hari-hari sebelumnya masih sama tiada menampakkan beliau suka

atau tidak pelajaran tersebut. Pada hal cikgu yang mengajar bersedia dengan bahan dan

alat perakam,radio . Semasa pembelajaran kelas tersebut,Haziqr tidak juga memaparkan

emosi sama ada suka atau pun tidak malah masih seperti hari-hari yang lain tidak dapat

menjangka emosi yang sebenarnya .

Menurut Edelson (1995), berpendapat bahawa 10 peratus individu autisme yang

telah berjaya kerana mempunyai kemahiran yang tinggi dan melebihi ukuran kecerdasan

kanak-kanak normal seperti berbakat dalam muzik; boleh bermain piano hanya dengan

mendengar sahaja tanpa mempelajari not muzik sebelumnya.

Cikgu Maslailawaty mengajar murid menyanyi lagu KSSR tahun”Mari Bergerak”. Pada

pemerhatian Haziq mengikuti sesi pembelajaran . Melakukan gerakan yang diarahkan

mengikut lirik dan irama lagu tersebut . Riak wajah tetap sama tiada perubahan dari hari

sebelumnya.

Jumaat ,5 APRIL 2013

Hari ini Haziq tidak dijangka emosi sebenarnya . Berdasarkan pengetahuan , kanak-

kanak autisme jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah

untuk

mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan

muka dalam pertuturan. Mengikut paras muka didapati, mood Haziq dalam keadaan baik.

Tambahan pula hari ini , beliau akan masuk ke Puan Adela untuk belajar lukisan .

Walaupun di tempatkan di kelas yang baru hari ini, bersama murid kelas 2 Biru namun

riak muka Haziq tetap sama tiada menunjukkan rasa suka atau sebaliknya . Tidak seperti

kanak-kanak lain yang normal akan memperlihatkan rasa suka sekiranya belajar pada

bidang yang diminati.

Setelah dapat bahan untuk diwarnai ,Haziq terus memulakan tugasnya dengan

menggunakan pelbagai warna bagi menyiapkan lukisannya. Di sini, kita lihat beliau akan

lebih fokus dan leka dalam dunianya tanpa memperdulikan sesiapa walaupun pada yang

sama kami mendekati subjek . Cuma beliau tidak sekali mengangkat muka memandang

kepada sesiapa yang ada di situ . Kami cuba mengganggu emosinya dengan menarik

lukisan tersebut tetapi Amar masih tidak menunjukkan reaksi marah cuma bangun dan

terus mengambil buku pada rak buku yang disediakan . Saya cuba bersahabat dengan

beliau . Memujuknya membaca bersama namun tiada juga riak yang menunjukkan dia

suka atau sebaliknya . Saya ajak beliau bergambar bersama dan cuba memujuknya

memaparkan wajah ceria . (lihat gambar yang dilampirkan).

Kanak-kanak autisme mengalami kesukaran dalam mengenali emosi, yang mana aspek

ini tidak dipengaruhi oleh kebolehan intelektual mereka.Dalam satu keadaan, kanak-

kanak autisme dapat menunjukkan tindak balas yang normal seperti ketika bermain,

digeletek atau pergerakan mengikut muzik.Semakin mereka membesar, individu autisme

menunjukkan ciri-ciri yang boleh dikatakan ganjil kerana mereka tidak menyorokkan

perasaan suka dan tidak suka kepada orang yang berbeza dan kadang-kadang

menunjukkan kemesraan yang melampau.

Menurut Wing,1983 ,individu autisme juga mempunyai beberapa ekspresi wajah,

postur badan yang kaku dan suara yang monotonous (senada). Individu Autistik juga

tidak memahami perasaan orang lain. Mereka mungkin ketawa apabila orang lain jatuh

atau dipukul. Ketawa, menangis dan menjerit boleh terjadi tanpa apa-apa sebab .Kajian

turut mendapati bahawa kanak-kanak autistik boleh bekerjasama dalam menjalankan

tugasan apabila situasi tersebut dipermudahkan. Namun mereka sering tidak memberi

perhatian kepada orang dewasa yang bertanya atau memberi arahan .

Menurut kata, Puan Adela guru yang banyak meluangkan masa bersama, banyak

perubahan ketara pada Haziq yang mana sebelum ini lansung tidak mahu mengikut

arahan malah tidak faham apa yang kita arahkan .

3.3 Dari ciri-ciri aspek sosial

3.3.1Pertuturan

Hampir 50 peratus daripada anak autistik tidak dapat menguasai teknik

pertuturan. Anak-anak ini mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar

'echolalia', iaitu mengulangi perkataan orang lain. Amar juga mengalami masalah yang

sama terutamanya ketara pada tahun 2012 yang mana beliau di Tahun 1 Merah .Beliau

sukar untuk bertutur dengan betul malah bunyi yang keluar daripada mulut Haziq sukar

difahami oleh guru.

Menurut Puan Dzulfilda Guru Penolong Kanan Kelas Pendidikan Khas , semasa

sesi temuduga pada peringkat sekolah yang mana pihak sekolah perlu menentukan tahap

pengurusan diri pelajar yang perlu diterima mengikuti siri pembelajaran di sekolah

pendidikan khas . Didapati agak sukar ,Haziq memberi tindak balas pada setiap arahan

mudah yang diberikan tambahan pula beliau menghadapi masalah komunikasi . Sebagai

contoh ditanya,” Siapakah nama awak? “. Haziq hanya membisu malah setelah berulang

kali ditanya dan diubah dalam bahasa inggeris barulah beliau menjawab tetapi dalam

sebutan yang tidak berapa jelas.

Untuk menjayakan program bimbingan, kanak-kanak autisme perlu mengambil bahagian

secara aktif.Pada hakikatnya, penguasaan bahasa dan keupayaan

bersosialisasi merupakan aspek penting dalam segala rawatan atau program

yang dikendalikan. Selepas setahun 2 bulan, Haziq mendapat bimbingan dari para guru

di kelas pendidikan khas menampakkan perubahan yang ketara . Haziq lebih lebih ceria,

mesra dan tidak lagi begitu agresif .

3.3.2 Pergaulan

Haziq mempunyai kesukaran apabila berinteraksi dengan orang lain. Beliau

bermasalah dalam komunikasi (lisan dan bukan lisan) . Kesukaran berinteraksi

merupakan antara tanda utama dalam autisme.Tidak seperti kanak-kanak normal yang

lain, Haziq lebih suka bersendirian dan tidak gemar untuk bersosial dengan rakan-rakan

sekelasnya. Beliau lebih suka melakukan sesuatu aktiviti secara bersendirian dan tidak

menghiraukan orang lain. Haziq jugatidak memberi tidak balas atau fokus kepada sesuatu

benda dalam jangka masa yang lama. Beliau akan sentiasa mengelak daripada bertentang

mata dengan orang lain.

Biasanya perkembangan sosial individu autisme gagal membentuk hubungan sosial dan

menguasai corak interaksi sosial. Kajian telah dijalankan menunjukkan : mereka

selalunya mengalami kelewatan perkembangan sosial individu autistik mempunyai ciri-

ciri yang agak berlainan.

Menurut Prof.Jaak Panksepp dari Bowling Green State University di Ohio, AS,

telah membuat kajian mengenai tahap kandungan sejenis bahan kimia iaitu beta-

andorphin.Beliau mendapati kandungan beta-endorphin adalah lebih tinggi di dalam otak

kanak-kanak Autistik daripada kanak-kanak normal. Ini akan memberi kesan kepada

corak bersosialisasi untuk mendapat kepuasan hidup. Kajian sedang dijalankan ke atas

sejenis dadah yang diberikan kepada individu Autistik iaitu Naltrexone yang boleh

menyekat pengeluaran beta-endorphin, dan telah menunjukkan tanda-tanda dapat

meningkatkan sosialisasi di kalangan mereka.

Haziq tiada kawan rapat hanya akan makan bersendirian pada tempat yang

dipilihnya sendiri. Malah beliau tidak bergurau atau mengusik kawan-kawan terutamanya

rakan sekelasnya . Beliau suka bersendirian duduk di alamnya sendiri melakukan kerja

yang digemarinya seperti membaca buku .Mereka lebih gemar mengasingkan diri dan

melakukan aktiviti yang disukai oleh mereka secara berseorangan.Selain itu, bagi kanak-

kanak Autistik pergaulan dengan rakan sebaya tidak ada kesalingan sosial yang

membolehkan mereka membina hubungan atau interaksi.Mereka sebenarnya jarang atau

tidak berupaya memulakan interaksi sosial. (lihat gambar yang dilampirkan )

Menurut Frith (1993), menyatakan bahawa masalah sosial individu Autistik ini

boleh diklasifikasikan kepada 2 jenis iaitu;

a. Pasif

Menerima pendekatan sosial yang dibuat oleh orang lain, melakukan apa yang

disuruh, mempunyai pertuturan yang baik dan menjawab soalan secara jujur.

Walaupun konteks sosial dengan individu lain adalah sebahagian dari rutin

hariannya namun ia bukan sesuatu yang menyeronokkan bagi dirinya.

Bagaimanapun sebarang tekanan atau perubahan rutin menunjukkan emosi

yang tidak boleh dikawal dan membawa kepada tantrum ( amukan )

b. Terasing

Tidak suka berkomunikasi ,tidak menggunakan hubungan mata, tidak mencari

tempat untuk mengadu bila sedih, namun tidak menolak konteks sosial seperti

semasa meminta makan dan minum, bermain dan memberi reaksi kepada

muzik.

LAMPIRAN