assignment ting.2

4
PENDAHULUAN Kewujudan manusia di muka bumi ini telah diatur dan ditentukan oleh Allah S.W.T. Justeru itu, Allah telah mengatur sistem kehidupan manusia dalam semua aspek sama ada ibadat khusus atau kehidupan seharian yang dikenali sebagai syariat. Bagi menyampaikan amanat ini, Allah S.W.T. telah mengutuskan pula para nabi dan rasul untuk mengajar dan mewajibkan manusia mengikuti peraturan-peraturan tersebut. Setiap peraturan yang telah ditetapkan Allah membawa kebaikan kepada manusia dan seluruh alam semesta ini. Begitu juga halnya dalam peraturan tentang menutup aurat. Di dalam al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyentuh tentang kewajipan menutup aurat. Kewajipan ini dikuatkan lagi dengan hadith-hadith Rasulullah s.a.w tentang batas- batas aurat. Setelah itu, dibincangkan pula dengan selengkapnya oleh ulamak muktabar sepertimana yang dilunaskan oleh al-Quran dan As-Sunnah. DEFINISI AURAT Aurat berasal daripada bahasa Arab, 'Aurah' yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579) Perkataan aurat berasal daripada bahasa arab iaitu menerusi kata dasar aar yang bermaksud ” sesuatu yang aib, cela dan dikeji dan patut disembunyikan sama ada ia berbentuk perbuatan, sifat atau perkataan” (Badawi 1991:539). Perkataan aurat juga telah diterima pakai dan difahami oleh masyarakat Malaysia. Mengikut Kamus Dewan, aurat didefinisikan sebagai ”bahagian tubuh yabg tidak boleh dilihat atau wajib ditutup menurut hukum Islam”. Disamping itu, ia juga bermaksud ” kemaluan atau telanjang secara umum”(Kamus Dewan 1994 : 73).

Upload: sony6569

Post on 02-Feb-2016

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pendidikan islam

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Ting.2

PENDAHULUAN

Kewujudan manusia di muka bumi ini telah diatur dan ditentukan oleh Allah S.W.T. Justeru itu, Allah telah mengatur sistem kehidupan manusia dalam semua aspek sama ada ibadat khusus atau kehidupan seharian yang dikenali sebagai syariat. Bagi menyampaikan amanat ini, Allah S.W.T. telah mengutuskan pula para nabi dan rasul untuk mengajar dan mewajibkan manusia mengikuti peraturan-peraturan tersebut. Setiap peraturan yang telah ditetapkan Allah membawa kebaikan kepada manusia dan seluruh alam semesta ini. Begitu juga halnya dalam peraturan tentang menutup aurat.

Di dalam al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyentuh tentang kewajipan menutup aurat. Kewajipan ini dikuatkan lagi dengan hadith-hadith Rasulullah s.a.w tentang batas-batas aurat. Setelah itu, dibincangkan pula dengan selengkapnya oleh ulamak muktabar sepertimana yang dilunaskan oleh al-Quran dan As-Sunnah.

DEFINISI AURAT

Aurat berasal daripada bahasa Arab, 'Aurah' yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Perkataan aurat berasal daripada bahasa arab iaitu menerusi kata dasar aar yang bermaksud ” sesuatu yang aib, cela dan dikeji dan patut disembunyikan sama ada ia berbentuk perbuatan, sifat atau perkataan” (Badawi 1991:539). Perkataan aurat juga telah diterima pakai dan difahami oleh masyarakat Malaysia. Mengikut Kamus Dewan, aurat didefinisikan sebagai ”bahagian tubuh yabg tidak boleh dilihat atau wajib ditutup menurut hukum Islam”. Disamping itu, ia juga bermaksud ” kemaluan atau telanjang secara umum”(Kamus Dewan 1994 : 73).

Dari segi istilah pula, makna aurat tidak banyak berbeza dengan makna bahasa. Antara definisi bahasa yang telah diberikan oleh ulamak ialah bahagian anggota badan yang wajib ditutup secara ijmak ulama ketika bersolat, sama ada pada bahagian hadapan atau belakang bagi lelaki atau perempuan ( Sayyid Sabiq, 1990 :1/290).

Definisi lain tentang aurat ialah sesuatu yang tidak dibenarkan kepada perempuan memperlihatkannya di hadapan lelaki ajnabi, atau sebaliknya ( Mamduh Muhammad, 1991: 61). Definisi ini lebih umum kerana ia tidak mengehadkan larangan mendedahkan anggota badan sahaja, malah merangkumi perhiasan-perhiasan dalaman, fesyen pakaian yang tertentu, suara dan beberapa perkara lain.

Page 2: Assignment Ting.2

Daripada definisi ini, jelas kepada kita tentang suami atau mahramnya. Justeru itu, orang yang menolong orang lain menutup aurat akan diberi pahala, apatah lagi menutup aurat sendiri. Jelasnya di sini, hukum menutup aurat itu adalah wajib manakala membukanya sama ada disedari atau pun tidak adalah dihukum haram dan berdosa.

PENDAPAT MAZHAB YANG 4 Dalam era globalisasi dan perjuangan mengejar masa, kedudukan, pangkat serta kesenangan, kita sering terlupa tentang perkara-perkara asas fardhu yang menjadi tuntutan dalam kehidupan seharian. Wanita Islam pada hari ini jauh bezanya berbanding 20 tahun yang lepas. Ramai yang memegang jawatan penting terutama di bidang korporat, pendidikan malahan lebih berjaya dari kaun adam itu sendiri. Justeru itu, pakaian juga sudah menjadi agenda yang paling penting demi menjaga penampilan diri. Oleh yang demikian, kaum wanita itu sendiri seakan leka dan lalai tentang tatatertib berpakaian yang dilunaskan oleh syariat Islam. Islam telah menetapkan kadar aurat yang perlu dijaga oleh wanita serta menggeriskan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam etika berpakaian.

PENDAPAT MAZHAB SYAFIE TENTANG AURAT WANITA

Surah An-Nur ayat 31;

Dan katakanlah kepada perempuan -perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan ;janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. ”

Imam Syafie berpendapat; perhiasan yang dimaksudkan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu:

1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi mulut, mata, bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.

Page 3: Assignment Ting.2

2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.

Oleh itu, umat Islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.