assignment lateral
TRANSCRIPT
8/7/2019 assignment lateral
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-lateral 1/7
Pengenalan
Konsep berfikir di kalangan para tokoh berbeza-beza di antara satu sama
lain. Menurut Edward de Bono, berfikir secara lateral adalah satu pendekatan
yang bersifat tidak berterus terang (indirect) dan terlaksana dalam bentuk
kreatif. Ianya bermotifkan ke arah penyelesaian masalah. Pergerakannya
ialah secara kewarasan berfikir tetapi ianya tidak berlaku peringkat demi
peringkat secara logik. Penekanan utama berfikir secara lateral ini ialah
menilai kebenaran kepada satu-satu kenyataan dan mengesan kesilapan-
kesilapan yang terdapat didalamnya. Seseorang yang mengguna kaedah
berfikir secara lateral, pemikirannya akan bergerak dari idea yang sudah
diketahuinya kepada idea-idea baru yang beliau cipta sendiri.. Pemikiran
lateral lebih menarik sebab ia adalah pengajaran berfikir yang cukup
sistematik, tersusun dan mendalam. Sebab kedua, pemikiran lateral bertolak
daripada pemahaman asas terhadap fungsi kedua-dua belah otak - kanan
dan kiri. Pemikran lateral sentiasa berkait rapat dengan kreativiti. Kreativiti
adalah suatu aset yang amat penting dalam mencari sesuatu idea. Pemikiran
lateral sangat menitik berat tentang fasa pertama dalam berfikir iaitu
penggunaan konsep dan percubaan kepada sesuatu situasi. Ia juga menitik
berat tentang ’melarikan diri’ daripada idea yang lama kepada sesuatu yang
baru. Pemikran lateral ini sentiasa memastikan penggunaan maklumat yang
tiba di otak secara 100%. Pada zaman ini, pamikiran secara lateral ini boleh
diaplikasikan dalam pelbagai bidang sebagai contoh bidang pendidikan dan
perusahaan. Ia juga boleh digunapakai untuk mengembangkan stail berfikir
secara lateral ini sebagai satu bonus atau kelebihan dalam pendidikan
konvensional. Kreativiti yang ditonjolkan dalam pemikiran lateral adalah
salah satu kelebihan dalam pelbagai bidang dan menjadikan membawa
kesan dan pulangan yang memuaskan.
Patterning system
“Patterning system” ialah satu sistem yang digunakan oleh minda untuk
menyusun segala maklumat secara automatik. Sistem ini mempunyai ruang
8/7/2019 assignment lateral
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-lateral 2/7
8/7/2019 assignment lateral
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-lateral 3/7
Prinsip asas pemikiran lateral
Konsep dalam pemikiran lateral boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:
1) latar belakang
Pemikiran secara lateral wujud dari cara minda bertindak sebagai “patterning
system” yang memerlukan ketidaksinambungan untuk mengubah sesuatu
bentuk informasi kepada sesuatu yang terkini.
2) proses
Pemikiran lateral sangat menitik berat kepada perubahan yang berlaku iaitu
melepaskan diri dari idea yang lama dan generasi baru. Pemikiran lateral
melibatkan dua proses asas iaitu pelepasan diri (escape) dan provokasi.
3) metodologi
Cara atau stail yang digunakan dalam proses pemikiran secara lateral
melibatkan tiga iaitu:
-tabiat atau perangai
-teknik dan skil
-penggunaan perkataan pengantar
Pengunaan cara-cara ini membolehkan berfikir secara lateral lebih berkesan
dan sistematik.
Teknik Kreativiti Dan Mencari Idea
Teknik 1: Mengenal pasti idea terkini
Sebelum bertukar daripada idea lama dan mencipta idea baru, mengenal
pasti idea yang akan digunapakai adalah amat penting. Apabila sesuatu idea
telah dikenalpasti, pertukaran idea adalah lebih mudah. Beberapa cara untuk
mengenalpasti idea baru ialah:
8/7/2019 assignment lateral
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-lateral 4/7
8/7/2019 assignment lateral
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-lateral 5/7
Teknik 4: Teknik Ketidaksinambungan
Menurut Edward de Bono, ketidaksinambungan dapat dicapai melalui
pengaruh luar. Antara pengaruh luar yang dimaksudkan ialah pendedahan
luar dan menterbalikkan masalah. Pengaruh luar dapat dilihat sebagai antarasatu teknik yang boleh dipercayai dan diyakini dalam penggunaan pemikran
lateral.
Teknik 5: Ketidaksinambungan yang teratur
Teknik ini dapat dicapai menggunakan persamaan dalam mana-mana idea
sebelumnya dan penggunaan perkataan secara rawak. Ini juga merupakan
salah satu cara dalam mencari sesebuah idea walaubagaimanapun ianya
lebih terancang dan teratur. Ia juga boleh dikategorikan sebagai pengaruh
luar tetapi kerap digunakan dalam perancangan jangka panjang.
Kepentingan ”Brainstorming” dalam mencari idea
Kaedah ”brainstorming” sebelum mencari idea adalah penting dan sering
diaplikasikan untuk mencapai matlamat dalam mencari idea dengan cepat.
Berikut meprupakan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan
sewaktu ”brainstorming”:
1. masa
2. selang masa pemanasan (warm-up period)
3. bilangan orang yang terlibat
4. komitmen atau tabiat orang yang terlibat
5. pencatat maklumat
6. pengerusi majlis
7. kesalahan biasa (common errors)
keberkesanan ”brainstorming” akan lebih berjaya jika disusuli dengan
kesinambungan idea (follow up) dan seterusnya sesi evaluasi.
8/7/2019 assignment lateral
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-lateral 6/7
Tokoh-tokoh dalam bidang psikologi
Teori Kemahiran Berfikir : Robert Sperry
- Teori Robert Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakanbahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir
secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang
tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik,
analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala
bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif,
sintesis, warna, reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan
imaginasi. Kesimpulannya, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir
secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah
dikembangkan.
Teori Pelbagai Kecerdasan : Howard Gardner
- Howard berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam
fitrahnya. Menurutnya manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu;
i. Kecerdasan linguistik
ii. Kecerdasan logical-matematik
iii. Kecerdasan visual-Spatial
iv. Kecerdasan muzik
v. Kecerdasan tubuh kinestetik
vi. Kecerdasan interpersonal
vii. Kecerdasan intrapersonal
Dengan kecerdasan ini beliau percaya ia boleh dikembangkan dan dapat
diajar di sekolah-sekolah.
8/7/2019 assignment lateral
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-lateral 7/7
Kesimpulan
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau
ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusandan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan
metakognisi terhadap proses yang dialami. Berfikir secara lateral merupakan
satu cara berfikir yang boleh diaplikasikan untuk menghasilkan idea-idea
yang hebat dan dapat digunakan kepada pelbagai bidang. Kemahiran berfikir
secara lateral menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea,
mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada
bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. Ia juga menerokai dan mencari
makna , pemahaman dan penyelesaian masalah secara inovatif.
Rujukan
Jamhari., R. 2009. Kemahiran Berfikir . Di akses pada 27 September
2009 di http://en.wordpress.com .
Nik Ahmad., N.Y. 2009. No One Education ”Berfikir Secara Lateral” . Di
akses pada 27 September 2009 di http://nikahmadnikyaacob.blogspot.com .