assignment ctu151-zaman kerajaan uthmaniyyah

22
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ZAMAN KERAJAAN UTHMANIYYAH (1258-1924M) CTU150 BM1142A PENSYARAH: USTAZAH NAMA NO.MATRIK

Upload: university-of-dungun

Post on 17-Jul-2015

744 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

ZAMAN KERAJAAN UTHMANIYYAH

(1258-1924M)

CTU150

BM1142A

PENSYARAH: USTAZAH

NAMA NO.MATRIK

Page 2: Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

ISI KANDUNGAN

SUBTOPIK MUKASURAT

SUMBANGAN KERAJAAN UTHMANIYYAH

PERANAN KERAJAAN UTHMANIYYAH

KEJATUHAN KERAJAAN UTHMANIYYAH

KESAN KETIADAAN PEMERINTAHAN

KHALIFAH ISLAM

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM

Page 3: Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

PENGENALAN

Kerajaan Uthmaniyyah terbentuk daripada kerajaan kecil semasa wujud kelemahan

dalam kerajaan Abbasiyyah. Pengasasnya ialah Uthman bin Sauji bin Ertugul bin Sulaian

Shah daripada suku Qayi dan merupakan Amir Saljuk bagi kawasan barat Anatolia.

Penubuhan kerajaan Uthmaniyyah telah diasaskan kepada sistem feudal yang ditiru langsung

daripada kerajaan Byzantine. Nama Uthmaniyyah diambil bersempena nama Sultan Uthman,

sultan yang pertama bagi Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan Uthmaniyyah mula-mula

bertapak di kuat di Istanbul. Ia merupakan sebuah empayar Islam yg mewujudkan kesatuan

bagi umat Islam selama 600 tahun dan menjadikan Istanbul pusat pentadbiran dunia Islam.

Perkembangan dan kemajuan tetap berlaku tetapi kerancakannya semakin menurun akibat

penjajahan melalui peperangan dan usaha-usaha untuk melemahkan Islam. Ketika itu budaya

ilmu mula bertukar kepada budaya politik.

Sultan Sulaiman adalah sultan Turki Uthmaniyyah ke-10, yang berkuasa dari tahun

1520 hingga 1566. Ia dikenali sebagai Sulaiman Yang Luar Biasa di Barat, dan pemberi

undang-undang di Timur kerana pencapaiannya dalam menyusun kembali sistem undang-

undang Uthmaniyah. Ia merupakan tokoh penting pada Eropah pada abad ke-16. Sulaiman

memimpin tentera Uthmaniyah menaklukan Belgrade, Rhodes, dan sebahagian besar

Hungary sebelum berhasil dipukul mundur dalam Pengepungan Vienna tahun 1529. Ia

menganeksasi sebahagian besar Timur Tengah dan Afrika Utara (hingga sejauh Algeria di

barat). Di bawah kekuasaannya, armada Uthmaniyah menguasai laut Tengah, Merah, dan

teluk Parsi.Dalam usahanya untuk mengukuhkan Uthmaniyah, Sulaiman melancarkan

reformasi undang-undang yang berkaitan dengan masyarakat, pendidikan, perpajakan, dan

hukum jenayah. Hukum kanoniknya (atau Kanun) memperbaiki bentuk empayar selama

berabad-abad selepas kematiannya. Selain merupakan penyair dan tukang emas, ia juga

menjadi pelindung budaya yang besar, hingga Uthmaniyah mencapai masa keemasan dalam

bidang artistik, sastera, dan arsitektur. Sulaiman mampu bertutur lima bahasa: Bahasa Turki

Utsmaniyah, Arab, Serbia, Chagatai (dialek bahasa Turki dan berkaitan dengan Uighur),

Parsi, dan Urdu.

Page 4: Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

SUMBANGAN KERAJAAN

UTHMANIYYAH

I. Pentadbiran dan Perundangan

Antara sumbangan Sultan Sulaiman dalam aspek pentadbiran dan perundangan ialah

Sultan Sulaiman mengatur kerajaan secara sistematik dan memberikan undang-undang untuk

empayar ini.Sulaiman dikenali sebagai Kanun Sulaiman atau "pemberi undang-undang" di

Uthmaniyyah. Sejarawan Lord Kinross mencatat bahawa "Ia tidak hanya merupakan

pemimpin kempen tentera yang besar, manusia dari pedang, seperti ayah dan datuknya. Ia

berbeza dari mereka kerana juga merupakan manusia dari pena. Sistem organisasi dan

pentadbiran perundangan Islam diwujudkan. Jawatan kadi, mufti dan sheikhul Islam telah

diperkenalkan. Sheikhul Islam dilantik sebagai ketua ulama yang bertanggungjawab dalam

mengeluarkan fatwa. Fatwa memberikan sumbangan utama kepada agama dan sains undang-

undang.Hukum utama empayar adalah Shari'ah. Sultan tiada kuasa mengubah hukum Islam

tersebut. Undang-undang lain yang dikenali sebagai Kanuns (undang-undang kanonik)

bergantung pada kehendak Sulaiman sendiri, dan meliputi bidang jenayah, pemilikan tanah,

dan percukaian. Ia mengumpulkan semua keputusan yang dikeluarkan oleh sembilan sultan

Uthmaniyyah sebelumnya. Setelah menghilangkan duplikasi dan memilih antara kenyataan

yang bertentangan, Sulaiman mengeluarkan undang-undang, yang disusun secara hati-hati

agar tidak melanggar undang-undang dasar Islam. Sulaiman, disokong oleh Mufti Agung

Ebussuud, berupaya mereformasi undang-undang agar dapat disesuaikan dengan perubahan

cepat dalam empayar. Ketika undang-undang Kanun mencapai bentuk akhirnya, undang-

undang tersebut dikenali sebagai kanun-i Osmani, atau "undang-undang Utsmaniyah".

Undang-undang Sulaiman diterapkan selama lebih dari tiga ratus tahun. Ia memberikan

perhatian khusus pada keadaan rayah, orang Kristian yang mengerjakan tanah-tanah kaum

Sipahi. Kanune Kingdom, atau "Undang-undang Raya", menetapkan retribusi dan cukai

untuk dibayar oleh raya, dan menaikkan status mereka ke atas perhambaan sehingga hamba

Kristian banyak pindah ke wilayah Turki untuk mengambil keuntungan dari reformasi. Sultan

Sulaiman juga memainkan peranan penting dalam melindungi orang Yahudi di empayarnya.

Page 5: Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

II. Ekonomi , Sosial & Senibina

Selain itu, sumbangan kerajaan uthmaniyyah ialah dari segi ekonomi, sosial dan

senibina. Dalam sektor ekonomi diwujudkan jalinan perdagangan antara timur dan barat atau

antara dunia Islam dan bukan Islam meliputi Laut Tengah, Laut Merah, Lautan Hindi dan

Mediterranean. Satu jalinan perdagangan dunia Islam yang berpusat di Istanbul juga

dibentuk. Dari segi sosial pula, telah diperkenalkan sistem yang menggalakkan

kecemerlangan individu menyebabkan wujud mobility sosial. Sistem ini menghapuskan

sistem yang diamalkan sebelum Islam iaitu berasaskan keturunan dan susun lapis masyarakat.

Seterusnya, dari segi senibina pula Mimar Sinan adalah seorang arkitek termashyur di zaman

ini. Masjid merupakan binaannya yang paling berpengaruh, contohya Masjid Sultan Ahmad

iaitu Masjid Biru, Masjid Sultan Salim dan Masjid Sultan Sulaiman. Reka bentuk yang

dihasilkan oleh beliau telah menjadi salah satu identity Kerajaan Uthmaniyyah.

III. Pendidikan

Seterusnya, sumbangan dari segi pendidikan. Berlaku perkembangan ilmu pengetahuan,

pendidikan, budaya, penerbitan dan penterjemahan, Pendidikan termasuklah sistem

madrasah, sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik

dan kolej perubatan. Penulisan ensiklopedia sains Islam turut berkembang, antara penulis

terkenal ialah Mehmed al-Fanari, Mofla Lufti dan Katib Clebi. Perpustakaan juga

diwujudkan di masjid, hospital dan rumah. Pendidikan merupakan bidang lain yang penting

bagi sultan. Sekolah digabung dengan masjid dan dibiayai oleh yayasan agama, sehingga

memberikan pendidikan percuma bagi anak-anak Muslim. Di ibukotanya, Sulaiman

meningkatkan jumlah sekolah dasar menjadi empat belas, serta mengajarkan anak-anak baca

tulis, dan juga prinsip- prinsip Islam. Anak yang ingin mendapat pendidikan lebih lanjut

dapat meneruskan pendidikannya ke salah satu daripada lapan madrasah. Pembelajaran yang

sedia adalah tata bahasa, metafizik, falsafah, astronomi, dan astrologi. Madrasah tinggi

memberikan pendidikan tingkat universiti, dan lulusannya menjadi imam atau pengajar.

Pusat-pusat pendidikan merupakan salah satu dari bangunan yang mengelilingi lapangan

masjid, dengan bangunan-bangunan lain adalah perpustakaan, bilik makan, air pancut, dapur

sup, dan rumah sakit untuk kepentingan umum.

Page 6: Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

IV. Budaya

Tambahan pula, sumbangan kerajaan Uthmaniyyah di bawah kekuasaan

Sulaiman ialah dari segi budaya. Kesultanan Uthmaniyyah memasuki masa keemasan

dalam hal perkembangan budaya. Uthmaniyyah mempunyai ratusan kumpulan artistik

Kesultanan yang disebut sebagai ehl-i HiRef, "komuniti bagi mereka yang berbakat"

yang dikendalikan secara langsung oleh istana. Proses magang wajib dijalani bagi

mereka yang ingin menjadi seniman dan pengrajin. Setelah magang mereka boleh

mendapatkan gaji dan jawatan yang lebih tinggi. Dokumen-dokumen pengajian yang

ditemui menunjukkan betapa Sulaiman sangat menghargai dan menyokong pekerjaan

seniman. Sebuah dokumen yang dibuat tahun 1526 menunjukkan senarai 40

kumpulan seniman dengan lebih daripada 600 ahli. Ehl-i HiRef mampu menarik

sebahagian besar seniman berbakat, baik dari dunia Islam mahupun dari wilayah

jajahan di Eropah, untuk bekerja di istana sultan. Hal ini membolehkan terjadinya

pencampuran kebudayaan Islam, Turki, dan Eropah. Seniman yang bekerja di istana

antaranya pelukis, penjilid buku, penjahit pakaian dari bulu, pengrajin perhiasan, dan

penempa emas.

Bila penguasa sebelumnya lebih terpengaruh oleh kebudayaan Parsi (ayah Sulaiman,

sebagai contoh, senang menulis puisi dalam bahasa Parsi), Sulaiman berjaya mencipta

gaya seni berbeza yang menjadi warisan artistik yang khas. Sulaiman sendiri adalah

seorang penyair yang handal, karyanya ditulis dalam bahasa Parsi dan Turki dengan

nama samaran muhibbi (Pecinta). Beberapa kalimat dalam puisi Sulaiman dijadikan

peribahasa Turki, salah satunya yang terkenal adalah: "Semua orang ingin

menyampaikan maksud yang sama, tetapi ada banyak versi ceritanya". Ketika anak

Sulaiman, Mehmed, meninggal pada tahun 1543, ia membuat sebuah kronogram

untuk memperingati kematiannya: Pangeran yang tiada taranya, Sultan Mehmed-ku.

Selain Sulaiman, banyak seniman lain yang juga memberikan sumbangan besar

terhadap perkembangan sastera Uthmaniyyah, termasuk di antaranya Fuzuli

dan Baki. Sejarawan Sastera E. J. W. Gibb mengamati bahawa "tidak pernah ada

dalam sejarah dunia dorongan yang sedemikian besar terhadap perkembangan puisi

kecuali pada masa kekuasaan Sultan yang satu ini".

Page 7: Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

Sulaiman juga terkenal kerana membiayai beberapa arsitektur monumental

di kesultanannya. Sang Sultan bercita-cita menjadikan Konstatinopel sebagai pusat peradaban

Islam melalui pembangunan pelbagai objek termasuk jambatan, masjid, istana, dan lain-

lain. Beberapa yang paling termahsyur dibuat oleh arkitek kepala Uthmaniyyah, Mimar

Sinan. Sinan bertanggung jawab membina tiga ratus monumen di seluruh kesultanan,

termasuk dua mahakarya masjid Süleymaniye dan Selimiye-yang disebutkan terkini dibina di

Edirne pada masa kekuasaan anak Sulaiman, Selim II. Sulaiman juga melakukan pemulihan

terhadap Kubah As-Sakhrah dan tembok bandar di Baitulmuqaddis (yang kini menjadi

tembok Kota Tua Jerusalem), mengubahsuai Ka'bah di Mekah, dan membuat sebuah

kompleks di Damsyik.

Page 8: Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

PERANAN KERAJAAN UTHMANIYYAH

I. Kesatuan Umat dan Dunia Islam

Mengembalikan semula kesatuan umat Islam ketika itu dengan

mempertahankan agama tauhid dan syariatnya.

Berjaya menyatukan Dunia Islam ketika itu seperti Iraq, Semenanjung Arab,

Syria, Palestin, Mesir, Toroblos, Algeria, Morocco dan Tunis dalam satu

kelompok bersama dengan Semenanjung Balkan dan Semanjung Anadhol

serta sebahagian besar Eropah Timur pada tahun 916 H bagi menghadapi

serangan Portugal dan Sepanyol. Hal ini telah menyebabkan Khilafah

Abbasiyah ketika itu, Muhammad Mutawakkil dengan penuh keinsafan demi

meneruskan keagungan Islam telah menyerahkan kuasa khalifah kepada

keluarga Uthman iaitu Sultan Salim yang pertama

Peristiwa yang berlaku :Paderi Rom telah mengumpulkan pemimpin Sepanyol

dan Portugal pada tahun 894 H/1494 M untuk mengizinkan Sepanyol

menakluki separuh bahagian timur dan Portugal untuk menjajah separuh

bahagian barat.

Keizinan ini bertepatan dengan perjanjian Tord Sinas. Slogan mereka ialah

“Salib dan Harta” iaitu gerakan mengkristiankan rakyat dan mengambil hasil

bumi.

Vasco De Gama as Salibi telah berkata: “Hari ini kami akan pecahkan Dunia

Islam dan kami akan jerutkan dengan tali bebenang”.

II. Mempertahankan Tanah Suci Islam

Serta mempertahankan negara-negara umat Islam daripada serangan Portugal

dan Sepanyol yang mahu melakukan penjajahan salibiyah dengan slogan

‘Penerokaan Geografi’.

Kerajaan ini telah menyekat kemaraan tentera Salib selama 600 tahun bermula

pada kurun ke7M hingga ke kurun 13M.

Page 9: Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

III. Mempertahankan Tanah Suci Islam

Mempertahankan tanah suci Islam iaitu Mekah, Madinah dan Palestin

daripada serangan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi laknatullah.

Peristiwa yang berlaku :Sultan Salim I telah mengeluarkan arahan melarang

sama sekali bangsa Yahudi berhijrah ke tanah Sinai. Ketegasa ini telah

ditruskan oleh sultan-sultan selepas baginda sehingga zaman pemerintahan

Sultan Abdul Hamid ke-2.

Sultan Abdul Hamid ke-2 dengan tegas menolak tawaran yang diberikan oleh

Thiodore Hertzel dan permohonannya untuk menubuhkan sebuah syarikat

Yahudi di Palestin yang bertanggungjawab membeli tanah-tanah terbiar

sekitar Palestin untuk dijadikan kawasan pertanian dan penempatan penduduk

Yahudi.

IV. Amalan Syura

Kerajaan didirikan dengan asas syura ulama atau dengan kata lain ulama

memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara dan bertindak

mengawasi gerak-geri para pemimpin supaya bertepatan dengan kehendak

Islam. Hal ini dapat dibuktikan dengan peristiwa perlucutan jawatan khalifah

yang berlaku kepada Sultan Salim ke-3.

V. Pembentukan Pemerintahan Berasaskan Akidah Yang Satu

Membentuk pemerintahan negara berasaskan aqidah yang satu. Hal ini

dibuktikan dengan pemilihan menteri-menteri yang berbilang bangsa sehingga

mencapai jumlah 290 orang seperti berikut:

i. Asal Turki seramai 123 orang

ii. Asal Arnaut (Albania) seramai 49 orang

iii. Asal Byzantine seramai 23 orang

iv. Asal Sulafi seramai 6 orang

v. Asal Yugoslavia seramai 13 orang

vi. Asal Syarksi seramai 14 orang

vii. Asal Syaisyani seramai seorang

viii.Asal Arab seramai 4 orang

ix. Asal Yahudi seramai seorang

x. Baki yang selebihnya tidak dapat dikenalpasti

Page 10: Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

VI. Meneruskan Usaha Dakwah

Meneruskan usaha dakwah Islamiyah yang dibawa oleh Rasulullah SAW

dengan meningkatkan proses pembukaan wilayah-wilayah yang baru. Puncak

kejayaannya ialah pembukaan Kota Costantinople oleh Sultan Muhammad al -

Fatih setelah 8 kurun perkhabaran Rasulullah SAW. Seterusnya kota tersebut

ditukar nama kepada “Islambul” iaitu Bandar Islam.

VII. Membina Jaringan Keretapi

Membina jaringan jalan keretapi dari tanah Syam ke Madinah dengan jarak

melebihi 1303 km yang menghubungkan Hijaz, Turki dan Semenanjung

Anadhol dan Semenanjung Balkan dengan Eropah Selatan. Usaha ini

dilakukan oleh Sultan Abdul Hamid dengan tujuan menghubungkan semua

wilayah yang ada dengan Madinah dan Mekah bagi memudahkan urusan

ibadat haji.

VIII. Pembangunan Sosial

Menjaga kebajikan dengan menyebarkan ilmu di masjid, sekolah, pertubuhan

kebajikan, perpustakaan, tempat penginapan bagi pelajar dan guru, hospital

dan lain-lain. Semuanya dilaksanakan dengan menggunakan harta wakaf

orang Islam. Bahasa Arab pula dijadikan bahasa utama dalam komunikasi,

pendidikan dan urusan keagamaan.

IX. Hubungan Dengan Masyarakat Non-Muslim

Buktinya:Membuka pintu negara kepada pelarian Yahudi yang lari dari

Sepanyol bagi menyelamatkan mereka dari penindasan Nasrani. Di bawah

naungan Kerajaan Turki Uthmaniyah, golongan Yahudi dan Nasrani dapat

hidup dalam keadaan aman dan damai terutamanya semasa pembukaan Kota

Costantinople.

Selepas kejatuhan Kota Costantinople pada tahun 1453 ke tangan tentera

Islam, hubungan pemerintah Islam dengan pihak gereja semakin kukuh. Sultan

Muhammad ke-2 telah mengisytiharkan dirinya sebagai pelindung gereja

Greek, melarang sama sekali semua bentuk tekanan ke atas orang-orang

Masehi dan mengembalikan semula sumber kewangan gereja dan pemberian

yang mereka miliki sebelumnya untuk memastikan ketaatan orang-orang

Masehi kepadanya.

Page 11: Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

Pemerintah Islam juga telah memberikan penghormatan dan menambah

bidang kuasa gereja. Paderi berhak menjatuhkan hukuman dalam kes-kes yang

melibatkan orang-orang Greek. Begitu juga mereka berkuasa untuk membuat

keputusan yang melibatkan urusan aqidah dan perundangan mereka tanpa

sebarang campur tangan daripada pihak pemerintah.

Sikap tasamuh dan terbuka oleh pemerintah Islam semakin jelas selepas

pembukaan beberapa wilayah baru di Eropah yang kebanyakan penduduknya

beragama Kristian. Orang-orang Kristian tidak menghalang anak-anak

perempuan mereka berkahwin dengan lelaki Islam. Kesan daripada sikap

keterbukaan ini, kebanyakan wanita-wanita mereka memeluk agama Islam

seterusnya mempengaruhi orang lain yang masih beragama Kristian.

Dari segi ekonomi, mereka diberikan kebebasan dalam mencari harta

kekayaan sehingga kehidupan mereka lebih mewah berbanding kehidupan

orang-orang Eropah yang lain yang masih berada di bawah kekuasaan Masihi.

Golongan bangsawan pula semakin hari semakin ramai yang menganut Islam

kerana mereka merasakan bahawa cara ibadat Islam begitu mudah dan bersih,

berbeza dengan tradisi Gereja Ortodoks yang terlalu mendewa-dewakan

paderi.

Dari segi jawatan dalam kerajaan pula, mereka telah diberikan jawatan yang

tinggi sehingga akhir pemerintahan kerajaan ini, pemerintah Islam telah

melakukan satu kesilapan besar kerana berlebih-lebih dalam melantik orang

bukan Islam menjawat jawatan yang tidak sepatutnya disandang oleh mereka.

Mereka kemudiannya mengkhianati kerajaan Islam dengan membocorkan

rahsia kerajaan dan membantu musuh-musuh Islam.

Dari segi ketenteraan, mereka dibenarkan melibatkan diri sama ada sebagai

tentera darat ataupun tentera laut. Keadaan ini berbeza dengan keadaan

pemerintahan Islam sebelumnya. Contohnya, 250 orang pejuang dari

penduduk Masehi Hydra memberi bantuan kepada tentera laut pemerintah.

Mereka tidak dikenakan bayaran jizyah, malah diberi gaji oleh pemerintah

daripada harta Baitumal daerah tersebut.

Page 12: Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

X. Penguasaan Tiga Lautan Utama

Menguasai tiga lautan utama sehingga dikenali sebagai ‘Lautan Islam’ iaitu

Lautan Mediterranean, Laut Merah dan Laut Hitam. Kesan daripada

penguasaan tersebut, kawasan Afrika dan Asia berada dalam keadaan aman

dan bebas dari pengaruh salibiyah. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah

mempertahankan Islam dan menyekat kemaraan tentera Salib selama 600

tahun bermula kurun ke 7 M sehingga kurun ke 13 M.

Page 13: Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

KEJATUHAN KERAJAAN

UTHMANIYYAH

Selain itu, kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah. Pembentukan kerajaan Turki merupakan

proses sejarah yang panjang dan tidak terjadi dengan tiba-tiba. Dalam sejarahnya selama lima

abad iaitu bermula pada akhir abad ke-13 hingga awal abad ke-19 kerajaan Turki

Uthmaniyyah telah mengalami pasang surut. Pada satu sudut, dapat dilihat sebuah sistem

politik yang diwarisi dari Kerajaan Turki Saljuk dan mengalami perkembangan yang

gemilang dan akhirnya mengalami kemerosotan.Empayar Turki Uthmaniyyah telah diasaskan

oleh Uthman 1 yang mengistiharkan kemerdekaan wilayah Uthmaniyyah pada tahun 1299.

Wilayah ini mula berkembang melalui penaklukan Constatinople oleh Muhammad Al-Fatih

pada tahun 1453 dan terus gemilang semasa pemerintahan Sulaiman Al-Qanuni. Namun

selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni pada tahun 1566 berlaku kemerosotan dalam

empayar Turki Uthmaniyah. Malang yang menimpa ini adalah lantaran kelemahan-

kelemahan yang wujud dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah yang telah membawa kepada

kejatuhan empayar yang telah mencapai zaman kegemilangan. Keruntuhan empayar yang

telah mencapai kegemilangan ini merupakan peristiwa yang kompleks bagi sebuah

masyarakat Islam dari sebuah kerajaan menuju negara moden. Pada proses keruntuhannya,

Turki Uthmaniyyah merupakan wilayah yang besar meliputi semenanjung Balkan, Asia

Kecil, Arab Timur Tengah, Mesir dan Afrika. Namun, akibat daripada pelbagai faktor yang

akhirnya membawa kepada kejatuhan Empayar Uthmaniyah sehingga memberi kesan kepada

negara-negara Islam di sekitarnya yang turut terkena tempias akibat kemerosotan Turki

Uthmaniyyah.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah. Antara

faktor yang membawa kejatuhan empayar ini adalah disebabkan beberapa aspek iaitu politik,

ekonomi, sosial dan pengaruh luar yang meresap masuk dalam kerajaan. Justeru kelemahan-

kelemahan ini telah mendorong kepada keruntuhan empayar Turki Uthmaniyyah.

Page 14: Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

Yang pertama, faktor politik merupakan perkara pokok yang menyebabkan empayar Turki

Uthmaniyyah mengalami kemerosotan. Faktor politik ini termasuk kelemahan kepimpinan,

pentadbiran dan pemerintahan yang tidak teratur serta ketenteraan yang lemah. Hal ini

merupakan pendorong ke arah kehancuran empayar Turki Uthmaniyyah.Setelah kemangkatan

Sulaiman Al-Qanuni empayar Turki mula memperlihatkan kejatuhan dan kemunduran. Hal ini

adalah lantaran daripada kelemahan sultan, baik dalam keperibadian serta yang paling utama

dalam kepimpinannya. Kelemahan ini dapat dibuktikan dengan sikap sultan itu sendiri yang

mementingkan hiburan dan kesenian sehingga menyebabkan kerosakkan moral. Contohnya,

Sultan Murad III telah dikuasai oleh nafsu sepanjang pemerintahan sehingga mempunyai 118

orang anak. Di samping itu, Sultan Ibrahim membunuh 100 000 orang dan menyaksikan sendiri

pembunuhan 25,000 orang daripadanya. Kehidupan sultan yang hidup bermewah-mewah

akhirnya mendorong perlakuan tidak bermoral yang telah membawa kejatuhan empayar Turki

Uthmaniyyah.

Umum mengetahui bahawa Turki Uthmaniyyah mempunyai pemimpin silih berganti.

Namun, tidak dinafikan bahawa keadaan ini telah menyumbang kepada kejatuhan Turki

Uthmaniyyah kerana masalah perebutan takhta dalam kalangan pembesar dan pemerintah.

Sistem syura tidak diamalkan dan pemilihan pemimpin kebiasaannya adalah berdasarkan

kekuatan. Keadaan ini telah mendorong ke arah peperangan antara putera-putera raja yang

menyebabkan ketidakstabilan politik dan kepimpinan yang menurun. Kelemahan kepimpinan

ini menyebabkan kerajaan dikuasai oleh anggota-anggota harem atau kelompok tertentu dalam

istana. Kelemahan dalam pentadbiran dan pemerintahan ini telah ditunjukkan dalam

pemerintahan selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni dan mengakibatkan keruntuhan

empayar Turki Uthmaniyyah. Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan Ibrahim dipengaruhi

oleh bonda dan tiga orang isterinya yang masuk campur dalam pemerintahan untuk

menyingkirkan Wazir Agung Kara Mustafa. Keadaan ini membawa kepada kejatuhan Turki

Uthmaniyyah.

Page 15: Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

Pertahanan merupakan aspek terpenting dalam politik sesebuah negara. Oleh itu,

kelemahan dalam sistem ketenteraan merupakan penyumbang kepada kejatuhan kerajaan

Turki Uthmaniyyah. Kemerosotan ini bermula dengan kelemahan disiplin ketenteraan dalam

kalangan pegawai atasan. Hal ini disebabkan oleh pertandingan ketenteraan yang sebenarnya

telah ditinggalkan yang menyebabkan putera-putera raja yang berpontensi telah disisihkan

dan memilih putera sulung kerana perkara ini memberi kebebasan kepada para pegawai. Hal

ini dapat dibuktikan dengan perlantikan Bayezid 1 dan Salim II dipilih bukan berdasarkan

kemampuan yang unggul. Di samping itu kelemahan ketenteraan juga dapat dilihat melalui

penghapusan aristokrasi tentera lama yang menjadi saingan kepada kuasa kerajaan.

Penghapusan ini menyebabkan sistem tentera hamba mejadi terbatas kerana seksyen

ketenteraan yang dominan dalam angkatan tentera telah membenarkan anak-anak pegawai

mendapat pangkat, lantas menghapuskan asas disiplin dalam tentera. Jelaslah bahawa faktor

politik yang akhirnya telah membawa kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah.

Seterusnya, kelemahan dalam tadbir urus ekonomi merupakan punca kepada tercetusnya

kemerosotan dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kelemahan adalah disebabkan perlantikan

jawatan yang bukan didasari oleh kebolehan. Hal ini dibuktikan melalui jawatan memungut

cukai diberikan kepada sesiapa sahaja yang berikrar untuk memberi sumbangan kutipan yang

besar kepada perbendaharaan negara. Keadaan ini bertambah buruk apabila kadar cukai yang

tinggi dikenakan membebankan rakyat. Kelemahan ini mendorong kepada kemerosotan Turki

Uthmaniyyah.

Page 16: Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

Perdagangan yang lembab menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyya h.

Kegiatan perdagangan merupakan suntikan dalam membangunkan ekonomi Turki

Uthmaniyyah. Kelemahan ini disebabkan oleh saingan dengan negara Eropah yang semakin

maju dalam bidang perdagangan. Hal ini dapat dibuktikan pada abad ke-16, Turki

Uthmaniyyah bersaing dengan Portugis untuk menguasai jalan perdagangan di perairan India.

Dalam pada itu, sistem kapitalisme yang diperkenalkan di Eropah menyebabkan revolusi

perindustrian muncul dan menenggelamkan industri tradisional masyarakat Turki. Selain itu,

kemunduran dalam ekonomi Turki adalah akibat berlaku peperangan yang tidak pernah

berhenti. Pendapatan yang semakin berkurang dan dibebankan dengan belanja negara yang

semakin besar termasuk perbelanjaan perang mendorong kepada kemelesetan ekonomi Turki

Uthmaniyyah. Kesannya, kegemilangan Turki dari aspek ekonomi semakin suram dan

menuju kejatuhan.

Selain itu, masalah sosial seperti pemberontakan, ajaran Islam telah diselewengkan dan

rasuah telah menyebabkan berlakunya kejatuhan Turki Uthmaniyyah. Pemberontakan

merupakan faktor terpenting dalam kejatuhan empayar yang terbilang ini kerana tiada lagi

penyatuan antara golongan pemerintah dan rakyat jelata. Keadaan dapat dilihat apabila

berlaku pemberontakan dalam kalangan puak Kurdish, puak Druze di Syiria, tuan-tuan tanah

tentera di Anatolia dan Janissari di ibu kota yang ingkar dan suka memberontak telah

mengganggu tumpuan tentera empayar menentang Austria, Poland dan Safavi.

Pemberontakan ini mencetuskan masalah dalaman yang teruk sehingga membawa kepad

kejatuhan Turki Uthmaniyyah.

Page 17: Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

Gejala rasuah yang semakin berleluasa merupakan faktor kritikal yang menyumbang

kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah. Rasuah telah menyerap dalam kalangan

pegawai atasan menyebabkan pentadbiran menjadi lumpuh disebabkan pemimpin yang tamak

haloba. Hal ini dapat dibuktikan apabila Sulaiman sendiri meminta hadiah daripada orang

yang hendak dilantiknya pada waktu perlantikan dan mereka perlu juga berbuat demikian

pada peringkat bawahan untuk menampung kos tersebut. Gejala rasuah ini telah

menimbulkan kekacauan dalam pemerintahan dan melemahkan kedudukan kerajaan

khususnya, semasa pemerintahan Sultan Mustafa IV kerana bebanan cukai yang tinggi untuk

memperkayakan individu yang dilantik untuk mengutip cukai dan memberi hadiah kepada

pembesar yang membantunya memperoleh jawatan berkenaan. Oleh itu, rasuah merupakan

faktor yang mendorong kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah.

Keruntuhan akhlak dan kurang penghayatan Islam sedikit sebanyak mempengaruhi

kejatuhan empayar agung ini. Ajaran Islam telah dicemari dengan ajaran khurafat, tahayyul,

amalan tasawuf yang melampaui batas tanpa menghiraukan tugas wajib iaitu untuk berjihad

dan menegakkan amar makruf serta mencegah yang mungkar. Di samping itu, golongan

istana juga terlibat dalam krisis moral dengan adanya pesta yang dilengkapi dengan minuman

keras, dendangan muzik dan para dayang yang menghiburkan para pembesar negara. Jelaslah

bahawa permasalahan sosial yang berlaku telah menyebabkan kejatuhan emapayar Turki

Uthmaniyyah.

Page 18: Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

Tambahan pula, kebangkitan kekuatan Eropah telah menjadi faktor kejatuhan empayar

Turki Uthmaniyyah. Kemajuan dari aspek ilmu pengetahuan yang telah dicapai oleh Eropah

telah mendorong perluasaan kuasa atau imperialisme barat berlaku. Gerakan-gerakan

renaisans melahirkan perubahan-perubahan yang besar dalam sejarah dunia iaitu kebangkitan

Eropah dan kemunduran kerajaan Islam di empayar Turki Uthmaniyyah. Hal ini telah

melumpuhkan Turki Uthmaniyyah akibat daripada saingan kuasa-kuasa Eropah.

Peperangan demi peperangan dengan kekuasaan Eropah telah memperlihatkan kekalahan

kerajaan Turki Uthmaniyyah. Hal ini dapat dilihat melalui peperangan dengan Austria sekitar

tahun 1682-1689 yang menyebabkan kerugian yang besar bagi Turki Uthmaniyyah.

Penyatuan bangsa Eropah untuk menentang Turki telah menawan Hungary, kota Budapest,

wilayah Transilvania dan beberapa wilayah yang melemahkan pertahanan Turki

Uthmaniyyah. Kejatuhan Turki Uthamniyyah semakin terserlah akibat kekalahan dalam

peperangan. Penyatuan Prince Eugene of Savoy dengan tentera Austria telah mengalahkan

Turki dalam Peperangan Petewarden pada tahun 1716. Kekalahan ini merupakan faktor

kejatuhan Turki Uthmaniyyah.

Selain itu, siri perjanjian dengan negara Eropah yang akhirnya membawa kepada

kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Perdamaian melalui perjanjian menyebabkan Turki

semakin lemah yang akhirnya membawa kemerosotan. Hal ini dapat dibuktikan melalui

Perdamaian Passarowit yang ditandatangani pada Julai 1718 menyebabkan Turki kehilangan

Timsuar, Belgrad, sebahagian besar negeri Serbia dan negeri Rumania. Perjanjian Radsin

telah ditandatangani selepas kekalahan Turki kepada Russia dan menyebabkan sultan Turki

terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Russia dan membuka perniagaan kepada bangsa

Cossack di Laut Hitam setelah mengusainya selama beberapa abad. Jelaslah pengaruh luaran

merupakan punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah terutamanya kebangkitan

semula Eropah selepas berlakunya zaman gelap.

Page 19: Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

Turki Uthmaniyah mempunyai sorotan sejarahnya yang tersendiri yang telah melalui era

kegemilangan, kemerosotan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan. Kedudukan kuasa

Turki Uthmaniyah yang besar dan luas pada suatu ketika dahulu telah hilang sama sekali

pada penghujung abad ke-18 dan yang tinggal hanya beberapa daerah kecil yang masih

berada di bawah taklukan Sultan Turki. Pengakhiran kerajaan Turki Uthmaniyah bermula

selepas Mustafa Kamal Antartuk mengisytiharkan Turki sebagai kerajaan Republik.

Sejarah telah memperlihatkan kejatuhan Turki akibat masalah dalaman dan luaran yang

tidak dapat diselesaikan secara sistematik. Antara masalah tersebut adalah kelemahan Sultan

Turki, pemberontakan, penyelewengan seperti rasuah, ekonomi yang tidak teratur, tentera

yang lemah dan pengaruh luaran akibat daripada kebangkitan Eropah. Masalah ini telah

menyebabkan kejatuhan Turki Uthmaniyah dan memberi tempias kepada negara Islam yang

lain sama ada dari aspek ekonomi, sosial dan politik. Di samping itu, kejatuhan Turki sering

dikaitkan dengan permasalahan pemimpinnya yang mementingkan hiburan dan keseniaan.

Hal ini dibuktikan dengan kenyataan orientalis barat yang mengatakan bahawa salah satu

faktor kejatuhan Turki Uthmaniyah adalah disebabkan oleh pemimpin dan sehingga rakyat

golongan yang mementingkan hiburan dan keseronakkan. Oleh itu, sewajarnya keadaan ini

dijadikan iktibar dan sehingga kebangkitan semula institusi Khilafah seterusnya Islam

kembali terbilang.

Page 20: Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

KESAN KETIADAAN PEMERINTAHAN

KHALIFAH ISLAM

I Tiada Penerapan Sistem Islam

Kaedah untuk melaksanakan sistem Islam dengan mewujudkan Daulah

Khalifah (Kerajaan yang diperintah khalifah).

Tidak adanya penerapan sistem Islam akibat daripada keruntuhan sistem

Islam.

Kaum kafir menggantikan hukum-hukum Islam dengan hukum-hukum kufur

mengakibatkan kemurkaan Allah SWT.

II Penyebaran Islam Tidak Dilaksanakan

Sebaran risalah Islam ke seluruh pelusuk dunia menerusi jalan dakwah dan

jihad dapat dilakukan dengan Daulah Khilafah.

Kehancuran kerajaan ini telah mengakibatkan penyebaran Islam tidak dapat

dilakukan.

Golongan kafir mudah untuk menyebarkan ajaran dan pemikiran sesat di

seluruh dunia Islam dengan ketiadaan kerajaan ini.

III Tiada Kuasa Perlindungan

Kaum muslimin disatukan di bawah satu pemerintahan di Negara Islam iaitu

Daulah Khilafah.

Dalam pemerintahan ini,khalifah dari seluruh kaum muslimin akan berusaha

menghalang pencerobohan oleh orang-orang kafir.

Buktinya: Daulah Khalifah telah menjadi pelindung dan menjaga Palestin dari

diceroboh yahudi di dalam isu Palestin.

Daulah Khalifah juga menjaga keamanan wilayah-wilayah kaum muslimin

seperti pengusiran tentera-tentera Perancis yang dipimpin oleh Napoleon

Bonaparte daripada bumi Mesir.

Page 21: Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

IV Perpecahan Muslimin Dan Wilayah Islam

Kaum muslimin terpecah kepada Negara-negara kecil yang tidak dan lemah

selepas keruntuhan Daulah Khalifah.

Terdapat lebih daripada 57 buah Negara muslimin.

Semangat nasionalisme , rarisme dan patriotism di kalangan kaum muslimin

semakin kuat serta hilangnya tali persaudaraan sesame kaum muslimin.

Kaum kafir melaksanakan dasar ‘Pecah dan Perintah’ bagi memudahkan

mereka menguasai negeri-negeri kaum muslimin.

Mereka juga menempatkan pangkalan-pangkalan ketenteraan di setiap negeri

muslimin yang strategic.

Buktinya Amerika dapat menempatkan di Arab Saudi, Afghanistan dan Iraq.

V Eksploitasi Kekayaan Muslimin

Perpecahan yang berlaku menyebabkan golongan kafir mudah untuk

mmepengaruhi suasana politik dan ekonomi negeri-negeri tersebut.

Eksploitasi besar-besaran berlaku ke atas kaum muslimin disebabkan itu.

Pengaliran keluar harta kekayaan kaum muslimin ke Negara-negara kaum

kafir terus berlaku sehingga hari ini.

Dengan alasan teknologi kaum muslimin masih lagi lemah untuk menjalankan

kerja-kerja penggalin ia mudah untuk dilakukan

Malahan,syarikat-syarikat ini dianggap berjasa kepada negara-negara kaum

muslimin.

VI Kaum Muslimin Semakin Lemah

Kedudukan golongan kafir semakin bertambah kuat dan kaum muslimin

semakin lemah disebabkan oleh keupayaan kaum kafir mengeksploitasi

kekayaan kaum muslimin.

Kaum muslimin berada dalam keadaan yang sukar.

Nyawa,akidah,harta dan maruah mereka di seluruh dunia terancam.

Daulah Khaliah sebagai pelindung sudah lagi tidak wujud.

Keluarga,kekayaan,harga diri,martabat dan kehormatan mereka dijamin oleh

Negara.

Tidak ada keamanan dan keselamatan malahan yang ada adalah kegelisahan

dan ketakutan

Page 22: Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

VII Kekacauan Akibat Ketiadaan Khalifah

Laluan-laluan kejahatan orang kafir terbuka akibat kejatuhan Daulah Khalifah

untuk melakukan kejahatan yang sebelumnya mereka tidak berpeluang.

Berasaskan kekuatan fizikal dan teknologi komunikasi yang mereka milik dan

kuasai.

Amerika menabur fitnah dan membuat kekacauan di seluruh Negara dengan

sewenang-wenangnya.

Kekuatan fizikal dan teknologi komunasi yang emreka miliki memang tidak

dapt dinafikan kekuatannya dan tiada siapa yang mampu menghalang

propaganda mereka.

VIII Dunia Islam Mengekori Eropah

Kaum muslimin di zaman akhir-akhir ini rela menjadi sekutu kejahilan eropah

bahkan mahu menjadi pasukan sukarela eropah.

Terdapat beberapa bangsa dan Negara islam melihat bangsa eropah yang sejak

berabad-abad lamanya memimpin gerakan kejahiliahan mengubarkan bendera

di timur dan di barat sebagai pembela kaum muslimin.

Umumnya kaum muslimin menjadi kaki tangan eropah padahal sepatutnya

mereka menjadi wira pasukan islam.

Akhlak kejahiliahan dan prinsip-prinsip filsafat eropah meresap mempengaruhi

jasmani dan rohani mereka.