sejarah asia barat: kerajaan uthmaniyyah

Upload: leehni

Post on 05-Apr-2018

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 sejarah Asia Barat: Kerajaan Uthmaniyyah

    1/19

    Sejarah Turki Uthmaniyyah

    Mohd Faizan Bin Daud

    Ahmad Khaidir Bin KhusainiMuhammad Lukman Bin Sarkauvi

  • 8/2/2019 sejarah Asia Barat: Kerajaan Uthmaniyyah

    2/19

    Soalan 2

    Beri pendapat anda tentang keberkesanan

    agenda pembaratan dan proses Sekularisasi ke

    atas Empayar Uthman.

  • 8/2/2019 sejarah Asia Barat: Kerajaan Uthmaniyyah

    3/19

    Pengenalan

    Kegemilangan Empayar Turki Uthmaniyyah yang bermula padazaman Sultan Muhammad al-Fateh apabila beliau berjaya menawanKota Konstantinople pada tahun 1453 masihi.

    Tanzimat : pembaharuan dan penyusunan semula masyarakat

    merupakan aspek penting dalam kegemilangan.

    Tanzimat berasal dari istilah arab yang kata dasarnya tanzim yangmembawa maksud penyusunan.

    Zaman Tanzimat dalam Empayar Uthmaniyyah bermula pada tahun1839 hingga 1876 masihi dan kemudian dikukuhkan pada fasakedua oleh Mustafa Kamal Ataturk.

  • 8/2/2019 sejarah Asia Barat: Kerajaan Uthmaniyyah

    4/19

    Apa itu.

    Pembaratan?

    Perbuatan, usaha,kegiatan yang menjadikansebuah negara

    mengamalkan cara hidupdan kelakuan orang baratsebagai contohnya prosesurbanisasi, modenisasi,

    perindustrian. (Kamus Dewan Edisi Ke-4)

    Sekularisme?

    Kata dasar sekularberkaitan dengan duniadan tidak langsung

    menyentuh keagamaan

    Sekularisme adalah satufahaman yang menolaknilai-nilai keagamaan

    dalam kehidupan sosialmanusia

    (Kamus Dewan Edisi Ke-4)

  • 8/2/2019 sejarah Asia Barat: Kerajaan Uthmaniyyah

    5/19

    Tanzimat : Agenda Pembaratan dan

    Sekularisme Tanzimat bermula dengan

    pengisytiharan Hatt-Syarif

    Gulhane (Piagam Kamar

    Merah) oleh Sultan Abdul

    Majid (1839-1861)

    Ketika itu, tindakan beliau

    mendapat sambutan para

    negarawan Uthmaniyyah yang

    berpengaruh dan pernah

    terdedah kepada pengaruh

    barat pada zaman Sultan Selim

    III dan Mahmud II

  • 8/2/2019 sejarah Asia Barat: Kerajaan Uthmaniyyah

    6/19

    Pembaharuan tersebut dilakukan bagi

    menyelamatkan Empayar Uthmaniyyah

    daripada serangan datang dari Barat serta bagi

    menghapuskan pemberontakan dalam negeri.

    Selain itu, ia juga sebagai satu taktik reformasi

    bagi memperoleh sokongan barat dalam

    menghadapi ancaman Khediwi Muhammad

    Ali Pasya, Gabenor Mesir yang gila kuasa

  • 8/2/2019 sejarah Asia Barat: Kerajaan Uthmaniyyah

    7/19

    Piagam Gulhane

    Piagam ini adalah bersifat Sekular iaitu menyerukepada reformasi yang melibatkan perubahanterhadap institusi masyarakat, keunggulan Syaradan undang-udang negara Uthmaniyyah.

    Piagam ini berintipati keselamatan nyawa,maruah dan harta untuk semua rakyat tanpamengira agama.

    Ia menjamin perbicaraan secara terbuka dan adiltanpa mengira agama atau kaum.

  • 8/2/2019 sejarah Asia Barat: Kerajaan Uthmaniyyah

    8/19

    Piagam Humayun (Hatt-i Humayun)

    Istihar pada 1856M. Piagam ini diilhamkan secaralangsung orang Barat(Duta British di Istanbul yangbernama Stratford Canning) yang fanatikProtestanisme.

    Piagam ini mengisahkan segala janji dalamPiagam Gulhane dan menggugurkan sama sekalirujukan tentang syariat Islam.

    Ringkasnya, ia secara terbuka menegaskantentang sekularisme.

  • 8/2/2019 sejarah Asia Barat: Kerajaan Uthmaniyyah

    9/19

    Skop Pembaharuan Sekularisme

    Bidang Pentadbiran

    Memperkemas pentadbiran pusat dengan mewujudkankementerian-kementerian sebagai menyambung kerja-kerja yang dimulakan oleh Sultan Mahmud II.

    Terbentuknya Kementerian Kerjaya(1839M),Kementerian Pelajaran(1857M) dan KementerianPolis(1870M)

    Ahli-ahli majlis dipilih dari kalangan berpendidikanBarat sahaja

  • 8/2/2019 sejarah Asia Barat: Kerajaan Uthmaniyyah

    10/19

    Pendidikan

    Perubahan-perubahan yang dibuat sangatpenting serta menyentuh aspek kehidupan.

    1846M, satu sistem pendidikan baru diwujudkaniaitu aliran akademik yang terpisah daripadapengawasan pihak ulama.

    Hanya beberapa buah rushdiyeh (sekolahMenengah) ditubuhkan. Buku-buku teks yangberhubung dengan ilmu aqilah telah disediakanoleh sebuah Akademi Pelajaran yang sekular.

  • 8/2/2019 sejarah Asia Barat: Kerajaan Uthmaniyyah

    11/19

    1868M, semasa Sultan Abdul Aziz (1861-1876M)menjadi sultan, sebuah Maktab Diraja Uthmaniyyahtelah dibina Galatasaray dengan mengunakan bahasaPerancis.

    Kurikulum arah ala-Barat digunakan dengan serius danpendidikan Islam tidak terlalu dipentingkan.

    Sekolah-sekolah profesional corak awam dan militertelah diwujudkan serta pendidikan di Turki semakinterpisah daripada pengaruh para ulama.

  • 8/2/2019 sejarah Asia Barat: Kerajaan Uthmaniyyah

    12/19

    Perundangan dan Keadilan

    Pada awalnya, Empayar Uthmaniyyah ditadbir denganmenurut sistem Syariat Islam dan Qanun (Hukum Adat).

    Berlaku banyak perubahan dari segi pelayaran, tanah dan

    perniagaan yang diubahsuaikan dari perundangan Perancis.

    Mahkamah sekular ditubuhkan. Mahkamah Sivil, Perdagangandan Campuran digabungkan dengan para hakim terdiri

    daripada orang-orang Eropah.

    Peranan ulama kian lemah. Kewangan disekat, berlakuperpecahan dan pergolakan sesama mereka.

  • 8/2/2019 sejarah Asia Barat: Kerajaan Uthmaniyyah

    13/19

    Ketenteraan

    Pembaharuan banyakdilakukan denganpenggunaan alatanmoden, senjata lebih

    canggih dan perananulama agak kurangapabila ulama kurangbersetuju dengan dasarpihak pemerintah yangmengupah jurulatihtentera asing bagi melatihaskar-askar Uthmaniyyah.

  • 8/2/2019 sejarah Asia Barat: Kerajaan Uthmaniyyah

    14/19

    Komunikasi

    Wujud beberapa akhbar dan sumber-sumberkesusasteraan lain yang membuka kepada arahmodenisasi. Idea-idea dari Barat terutama sejak RevolusiPerancis 1789 disebarkan.

    Kumpulan intelektual Turki melahirkan karya-karya dalambentuk puisi, syair dan novel berorientasikan Barat. Olehitu, nilai-nilai Islam telah kian diketepikan.

    Banyak karya Perancis diterjemahkan ke bahasa Turkidengan berkonsepkan ketaatan kepada negara bangsaTurki.

  • 8/2/2019 sejarah Asia Barat: Kerajaan Uthmaniyyah

    15/19

    Bidang Ekonomi

    Golongan Tanzimat kurang memajukan sektor ekonomi berbandingsektor lain. Kaum petani dibebankan dengan cukai yang tinggi olehtuan tanah. Sektor perindustrian dimajukan secara kecil-kecilansahaja.

    Kebuluran berlaku serta peperangan yang banyak berlakumenyebabkan Empayar Uthmaniyyah terlibat dengan hutang yangbesar dengan para pemodal asing terutamanya dari Perancis danEngland.

    Akibatnya, sektor ekonomi Turki banyak dikuasai oleh orang asingdan masa depan negara tersebut tergugat akibat terpaksa tundukpada kuasakuasa Eropah.

  • 8/2/2019 sejarah Asia Barat: Kerajaan Uthmaniyyah

    16/19

    Mustafa Kamal Altaturk

  • 8/2/2019 sejarah Asia Barat: Kerajaan Uthmaniyyah

    17/19

    Penilaian

    Idea Pembaratan dan Sekularisme sudahsebati dengan masyarakat Turki Uthmaniyyah.

    Pada zaman Sultan Abdul Hamid II, gerakan-

    gerakan menentang golongan sekular tidakberjaya.

    Agenda Pembaratan dan Sekular semankin

    berkembang selepas Perang Dunia ke-1apabila Mustafa Kamal Ataturk menjadiPresiden Pertama Republik Turki.

  • 8/2/2019 sejarah Asia Barat: Kerajaan Uthmaniyyah

    18/19

    Kesimpulan

    Konklusinya, Empayar Turki Uthmaniyyah yangdiasaskan oleh Bani Osman yang berdasarkan agamaIslam dan syariat Islam telah bertukar sertadipengaruhi oleh agenda barat yang beraliran Sekular.

    Walaupun terdapat beberapa Sultan Uthmaniyyah yangcuba menghalang pengaruh Barat namun ianya gagalkerana masyarakat Turki sudah sebati dengan aliransekular.

    Keagungan Empayar Uthmaniyyah telah berakhirapabila Mustafa Kamal Ataturk menjadi PresidenRepublik Turki yang pertama

  • 8/2/2019 sejarah Asia Barat: Kerajaan Uthmaniyyah

    19/19