ctu151 hahacom

50
PENDAHULUAN Perkataan tamadun mempunyai maksud yang berbeza mengikut istilah yang berbeza. Perkataan tamadun berasal daripada perkataan Arab iaitu Hadharah, Umran, dan Madaniah. Hadharah bermaksud suatu wilayah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan dengan mempunyai aspek-aspek kehidupan sosial dan nilai-nilai yang berdasarkan ajaran Islam. Umran bermaksud kawasan tanah di mana sekumpulan masyarakat yang tinggal menetap di suatu tempat itu hidup dalam keadaan yang berkembang sumbuh lagi makmur. Istilah Madaniah dengan maksud tamadun jelas dikemukakan oleh Muhammad Farid Wajdi. Menurut beliau, Madaniah bermaksud suatu peringkat yang tinggi dalam kehidupan kebendaan sesebuah masyarakat yang jelas kelihatan dalam aspek pembangunan, perancangan dan penyusunan bandar serta penyediaan kemudahan infrastruktur. Dalam Bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama maksud dengan tamadun ialah culture dan civilization . Culture dan civilization memberi gambaran kepada fikiran mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, seni bina, seni lukis, akhlak dan adat istiadat. Tambahan pula, dari perpektif Islam, Dr. Muhammad al-Bahly mengatakan tamadun itu ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahaun, kesenian, politik, dan kesusateraan. 2

Upload: benyaminahmadsahar

Post on 09-Dec-2015

250 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ctu151

TRANSCRIPT

Page 1: ctu151 hahacom

PENDAHULUAN

Perkataan tamadun mempunyai maksud yang berbeza mengikut istilah yang berbeza.

Perkataan tamadun berasal daripada perkataan Arab iaitu Hadharah, Umran, dan

Madaniah. Hadharah bermaksud suatu wilayah, kota, bandar, kampung atau tanah yang

diusahakan dengan mempunyai aspek-aspek kehidupan sosial dan nilai-nilai yang

berdasarkan ajaran Islam. Umran bermaksud kawasan tanah di mana sekumpulan

masyarakat yang tinggal menetap di suatu tempat itu hidup dalam keadaan yang

berkembang sumbuh lagi makmur. Istilah Madaniah dengan maksud tamadun jelas

dikemukakan oleh Muhammad Farid Wajdi. Menurut beliau, Madaniah bermaksud suatu

peringkat yang tinggi dalam kehidupan kebendaan sesebuah masyarakat yang jelas

kelihatan dalam aspek pembangunan, perancangan dan penyusunan bandar serta

penyediaan kemudahan infrastruktur. Dalam Bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama

maksud dengan tamadun ialah culture dan civilization . Culture dan civilization memberi

gambaran kepada fikiran mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, seni

bina, seni lukis, akhlak dan adat istiadat. Tambahan pula, dari perpektif Islam, Dr.

Muhammad al-Bahly mengatakan tamadun itu ialah keseluruhan penghasilan atau

produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk

falsafah, pengetahaun, kesenian, politik, dan kesusateraan.

Ketamadunan wujud sejak generasi nenek moyang kita. Manusia sentiasa mengubah

cara kehidupan, kepercayaan, pemikiran dan sikap mereka dari semasa ke semasa.

Kita mempercayai percakapan sainstik bahawa orang utan adalah asal manusia kita.

Manusia berubah sejak berjuta-juta tahun sama ada daripada segi fizikal dan pemikiran.

Manusia dahulu membuat pilihan untuk tinggal dalam gua disebabkan gua seperti

rumah pada masa kini yang dapat memberi perlindungan dan keselesaan kita.

Makanan dan minuman mereka adalah berasal dari hutan dan sungai. Mereka juga

mempunyai kepercayaan sendiri iaitu menganggap matahari, angin, dan hujan adalah

Tuhan. Namun, sampai hari ini, tahun 2012, cara kehidupan, kebudayaan, kepercayaan,

pemikiran dan aktiviti seharian manusia sudah berubah.

2

Page 2: ctu151 hahacom

Secara umumnya, masyarakat bertamadun mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1. Bentuk agama yang tinggi.

2. Negara yang tersusun rapi.

3. Sistem undang-undang.

4. Kehidupan bandar.

5. Bahasa dan sistem tulisan yang maju.

6. Bentuk-bentuk kesenian dan seni bina yang istimewa.

Setiap negara mempunyai tamadun mereka masing-masing. Negara kita iaitu Malaysia,

mempunyai tamadun-tamadun seperti yang berikut:

1. Tamadun Islam

2. Tamadun Melayu

3. Tamadun China

Terdapat dua pandangan dalam definisi tamadun awal.

a) Barat – Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah ,

terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian

dan pembandaran. Menurut pandangan Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan

kayu ukur kemajuan tamadun. Darcy Riberio dan R. A. Buchanan pula menolak unsur

rohaniah, sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam

proses perkembangan tamadun.

b) Menurut Islam, tamadun mesti merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.

Oleh itu, Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Menurut Syed Naquib

al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang

luhur sesebuah masyarakat. Pandangan Islam ini disokong oleh Richard Sullivan yang

mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.

3

Page 3: ctu151 hahacom

Secara umum, tamadun awal dunia terbentuk di lembah sungai seperti di Sungai Tigris

dan Euphrates, Sungai Nil, Sungai Indus dan Sungai Hwang Ho. Walau bagaimanapun,

hal ini berbeza daripada kemunculan tamadun Islam. Kemunculan tamadun Islam

dianggap unik kerana tamadun ini lahir dan berkembang di tempat yang terpencil di

kawasan padang pasir yang panas dan kering kontang, iaitu di Hijaz. Oleh itu,

pembentukan tamadun Islam banyak berasaskan pemikiran dan ajaran agama di

samping merupakan anugerah Allah kepada umat manusia. Semasa tamadun Islam

berkembang di Makkah, tamadun Parsi dan Rom juga berkembang dengan pesat di

utara Semenanjung Tanah Arab.

*Hijaz

terdapat tiga buah kota di Hijaz, iaitu Makkah, Madinah dan Taif.

*Makkah

terletak kira-kira 80 kilometer dari Pelabuhan Jeddah

merupakan ibu kota Hijaz yang terletak dalam pemerintahan kerajaan Arab

Saudi

4

Page 5: ctu151 hahacom

Tamadun Awal Islam Masyarakat Arab Jahiliah

Perkataan jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab, jahala yang

bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Istilah

ini telah digunakan oleh orang Islam untuk menggambarkan perubahan yang dibawa

oleh Islam dalam corak kehiduapan dan pemikiran masyarakat. Masyarakat Arab

Jahiliah pula ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab, dalam jangka

masa selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu Allah

kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Jangka masa Zaman Jahiliah ini adalah lebih kurang

310 tahun, iaitu dari tahun 300M. hingga 610M. seperti yang ditunjukkan dalam carta

masa di bawah. Masyarakat Arab ini digelar sebagai masyarakat Arab Jahiliah kerana

mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul

sebelumnya seperti Nabi Sulaiman. Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Musa, Nabi Isa dan

sebagainya.

Peristiwa:-

-Pecahnya Empangan Maarib

-Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

-Turun wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan bermulalah zaman Islam

Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat Arab Jahiliah

tidak menyembah Allah Yang Maha Esa malah kebanyakan mereka menyembah

berhala dan mempercayai animisme. Kehidupan masyarakat Arab Jahiliah adalah

kucar-kacir kerana pada masa itu tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh

dijadikan petunjuk dalam kehidupan. Akhlak mereka adalah rendah, misalnya mereka

bersifat kejam, angkuh dan degil. Dengan kedatangan Islam, kehidupan masyarakat

Arab Jahiliah mulai mengalami proses perubahan.

6

Page 6: ctu151 hahacom

*Empangan Maarib

-disebabkan berlakunya banjir besar

-disebabkan kelalaian pemimpin Sabak untuk membaikinya semula

*Kerajaan Sabak

-wujud dalam dua peringkat iaitu:

1. 950-650 S.M.

2. 650-115 S.M.

-ekonominya berasaskan pertanian dan perdagangan

-pernah diterajui oleh pemimpin wanita yang dikenali sebagai Ratu Balqis

*Nabi

Orang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya

sendiri.

*Rasul

Orang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya

sendiri dan juga untuk disampaikan kepada orang ramai.

*Wahyu

Ajaran yang disampaikan oleh Allah kepada nabi dan rasul melalui malaikat Jibril.

7

Page 7: ctu151 hahacom

Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah

Secara umum, masyarakat Arab Jahiliah boleh dikategorikan kepada dua golongan, iaitu

masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari. Masyarakat Badwi tinggal di kawasan gurun

dan pedalaman, iaitu di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab. Masyarakat Hadari

pula menetap di kawasan pesisiran pantai Semenanjung Tanah Arab. Oleh sebab

kawasan petempatan mereka berbeza, maka, secara tidak langsung cara hidup dan

pencapaian masyarakatnya juga berbeza. Ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah

dapat dilihat dari segi agama, sosial, ekonomi, kepercayaan dan nilai hidup yang

dipegang.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi,

berzina dan meminum arak. Mengikut fahaman mereka, seseorang lelaki yang

meminum arak sehingga mabuk menunjukkan mereka telah sempurna sebagai lelaki.

Kedudukan lelaki dalam masyarakat Arab Jahiliah pula adalah rendah sehingga mereka

tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Terdapat dalam kalangan

mereka yang menanam bayi perempuan hidup-hidup sejurus dilahirkan. Pembunuhan

terhadap bayi perempuan dilakukan kerana mereka beranggapan anak perempuan akan

menjatuhkan maruah keluarga. Dalam soal perkahwinan pula, tidak ada peraturan

khusus yang boleh dijadikan sebagai panduan oleh masyarakat Arab Jahiliah.

Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekali gus atau

dengan sesiapa yang disukainya.

Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan

penindasan. Sikap para pedagang pula lebih mementingkan keuntungan dan kekayaan

semata-mata. Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang

pasir juga merupakan punca mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah. Merompak

dikatakan sebagai kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu dan setiap

8

Page 8: ctu151 hahacom

kabilah. Selain itu, eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan

amalan biasa yang dilakukan oleh golongan berada.

Terdapat empat bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah, iaitu

agama wathani (menyembah berhala), animisme (memuja alam seperti pokok), samawi

(Kristian dan Yahudi) dan kepercayaan (seperti menilik nasib, sihir, dan mempercayai

roh orang mati menjadi burung).

Berdasarkan catatan al-Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah

menganut agama Hanif. Setelah kira-kira 3500 tahun, penganut agama Hanif telah

melupakan ajaran ini secar beransur-ansur. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang

mencampuradukkan ajaran agama Hanif dengan amalan tradisi masyarakat Arab

Jahiliah.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah yang berasaskan cara hidup

berpuak-puak dan berkelompok. Dalam sesebuah kabilah, ahlinya terdiri daripada suku

tertentu dan mereka tinggal dalam sesebuah kawasan. Setiap kabilah mempunyai

identiti dan peraturannya sendiri sementara ahli kabilah pula sangat taasub dan fanatik

terhadap kabilah masing-masing. Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang syeikh yang

juga merupakan lambang perpaduan kaum mereka. Pelantikan syeikh dalam sesebuah

kabilah adalah berdasarkan syarat-syarat tertentu. Antaranya, bakal syeikh tersebut

mestilah disukai oleh ahli kabilah dan dilantik atas persetujuan ramai. Beliau juga

mestilah berfikiran matang, gagah, berani dan pandai berpidato.

9

Page 9: ctu151 hahacom

Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Sebelum Dilantik

Menjadi Rasul

Nabi Muhammad s.a.w berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal,

iaitu Qusai bin Kilab, namun, keturunan Nabi Muhammad sering dirujuk kepada Hasyim,

iaitu moyang baginda. Qusai ialah pemimpin Arab Quraisy yang telah mentadbir

Makkah, kira-kira 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Dengan

penguasaan terhadap Makkah, Kaabah dan telaga zamzam juga dapat dikuasai oleh

keluarga Nabi Muhammad s.a.w Keturunan Nabi Muhammad s.a.s memang bijak dalam

urusan pentadbiran Makkah dan mereka juga mahir dalam selok-belok perniagaan.

Selain Qusai, Abdul Manaf dan Hasyim, Abdul Muttalib, iaitu datuk Nabi Muhammad

s.a.w. juga pernah menerajui kepimpinan Makkah pada Zaman Jahiliah.

Nabi Muhammad s.a.w berketurunan bangsa Quraisy yang sangat dihormatI oleh

kabilah Arab yang lain. Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah. Bapa

baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib dan ibu baginda Aminah binti Wahab. Nabi

Muhammad s.a.w. telah dilahirkan pada 20 April, tahun 570 M, iatu pada malam Isnin

bersamaan 12 Rabiulawal pada Tahun Gajah Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan di

rumah datuk baginda Abdul Muttalib dan beliau telah menamakan baginda Muhammad

yang bermaksud terpuji.

Bapa baginda meninggal dunia pada ketika Nabi Muhammad s.a.w. masih dalam

kandungan ibunya. Setelah beberapa hari dilahirkan, Nabi Muhammad s.a.w. telah

diserahkan kepada Halimatus Sa’diyah untuk dipelihara dan disusui. Pada ketika

berusia enam tahun, ibu baginda, Aminah binti Wahab pula telah meninggal dunia dan

baginda telah dipelihara oleh datuk baginda, Abdul Muttalib. Selepas Abdul Muttalib 10

Page 10: ctu151 hahacom

meninggal dunia, baginda dipelihara pula oleh Abdul Talib iaitu bapa saudara baginda.

Dengan ini Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi yatim piatu sejak berumur enam

tahun. Kaum keluarga baginda pula sangat prihatin terhadap terhadap baginda dan

seterusnya sanggup pula membela dan memberikan kasih saying yang sewajarnya.

Sejak kecil baginda telah menempuh pelbagai pengalaman hidup yang mencabar. Dari

segi pekerjaan, baginda pernah menggembala kambing kepunyaan bapa saudara

baginda, Abu Talib. Pengalaman baginda dalam bidang pernigaan pula diperoleh sejak

baginda berusia 12 tahun, iaitu dengan mengikut rombongan perniagaan bapa saudara

baginda ke Syam, sebuah kawasan yang terletak di utara Semenanjung Tanah Arab.

Selain itu, kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. telah diramalkan oleh seorang pendeta

Nasrani bernama Buhaira, semasa rombongan ini singgah di basrah.

Pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku sepanjang menyertai rombongan

perdagangan bapa saudara baginda ke Syam telah memperkaya lagi pengalaman

baginda.

Pada ketika berusia 20 tahun, baginda lebih giat berdagang dan baginda pernah berniga

secara berseorangan dan berkongsi dengan temannya. Abu Talib, bapa saudara Nabi

Muhammad s.a.w., menginginkan baginda mempunyai pekerjaan tetap. Oleh itu, Abu

Talib telah mencadangkan agar baginda menjalankan perniagaan Khadijah binti

Khuwailid. Abu Talib telah menemui Khadijah danmeminta agar baginda diterima

sebagai peniaga yang menjalankan urusan dagangan Khadijah.

Baginda menguruskan perniagaan Khadijah bersama-sama Maisarah, iaitu hamba

Khadijah. Kemuliaan budi pekerti, sifat amanah, dan kebolehan baginda menjalankan

perniagaan telah menarik hati Khadijah untuk terus memberikan modal yang lebih besar

kepada baginda. Kebijaksanaan dan kelembutan tutur kata baginda serta kepandaian

baginda mengambil hati mereka yang berurus niaga dengan baginda menyebabkan

perniagaan baginda memperoleh keuntungan yang berlipat ganda. Ketinggian budi

11

Page 11: ctu151 hahacom

pekerti dan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. berniaga telah menimbulkan

perasaan hormat Khadijah terhadap baginda dan hubungan ini telah membawa kepada

perkahwinan. Peristiwa ini berlaku pada ketika baginda berumur 25 tahun dan Khadijah

pula berusia 40 tahun.

Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w memiliki empat sifat terpuji yang utama, iaitu siddiq (berkata

benar), amanah (dipercayai), tabliq (menyampaikan) dan fatanh (bijaksana). Sifat siddiq

Nabi Muhammad s.a.w. diakui sendiri oleh orang Arab Quraisy semasa dakwah Islamiah

dilakukan di Makkah.

Baginda digelar al-Amin oleh orang Arab Quraisy kerana perkataan dan perbuatan

baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong. Panggilan al-Amin terhadap

Nabi Muhammad telah menjadi sebati di kalangan masyarakat Arab sehinggakan

panggilan Nabi Muhammad tidak digunakan. Sifat amanah yang dimiliki oleh Nabi

Muhammad telah menyebabkan Khadijah binti Khuwailid meyerahkan modal yang besar

kepada baginda untuk baginda untuk diperniagakan. Setelah dilantik menjadi rasul,

baginda telah menyampaikan ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh walaupun

menghadaoi pelbagai rintangan.

Kewibawaan baginda sebagai tokoh pemimpin yang unggul terbukti sebelum dilantik

menjadi rasul. Contohnya, semasa berumur 35 tahun, baginda pernah menyelesaikan

suatu persengketaan di kalangan Arab Quraisy. Persengketaan itu berpunca daripada

peristiwa untuk meletakkan semula Hajar Aswad (batu hitam )ke tempat asalnya, iaitu

penjuru timur Kaabah.Hajar Aswad ini terjatuh semasa banjir melanda kota Makkah.

Baginda merupakan ketua keluarga yang patut dicontohi kerana sifat kepimpinannya

serta sifat pengasihnya dan timbang rasanya. Baginda sertng membantu isterinya

memasak, melayan anak, menampal pakaian yang koyak gan membersihkan rumah.

12

Page 12: ctu151 hahacom

Anak;anak diberikan pendidikan agama secukupnya dan baginda menjadikan diri

baginda teladan kepada anak-anaknya.Hal ini menunjukkan baginda

mengamalkankehidupan yang sederhana.

Walaupun kedudukan baginda tinggi dan dihormati masyarakat tetapi baginda sentiasa

merendah diri memandangkan baginda bergaul dengan segenap lapisan masyarakat.

Selain itu, baginda juga bersikap penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak.

Semasa pembukaan semula kota Makkah pada tahun630M., baginda telah

menunjukkan sifat pemaaf.Contohnya, orang Arab Quraisy yang menyerah diri telah

diampunkan dan dibebaskan.

Nabi Muhammad s.a.w. juga terkenal dengan sifat bijaksana dalam menyelesaikan

masalah. Sifat ini terserlah semasa baginda memeterai Perjanjian Hudaibiyah pada

tahun 628M. dengan orang Arab Quraisy Makkah.Walaupun kandungan perjanjian

tersebut kelihatan berat sebelah, baginda menerimanya sebagai hikmah untuk

menyebarkan Islam seterusnya.

Sebelum dilantik menjadi rasul, baginda sering memikirkan kehidupan masyarakat di

sekelilingnya yang tidak bermoral dan taasub dengan amalan jahiliah. Nabi Muhammad

s.a.w. mula berusaha mencari suatu cara untuk dapat mengubah nilai yan dipegang

oleh masyarakat di sekelilingnya. Baginda bertahannuth(mengasingkan diri untuk

beribadat) kepada Allah di Gua Hirak yang terletak di Bukit Nur(Jabal Nur). Walaupun

Gua Hirak terletak di puncak Bukit Nur tetapi baginda dengan sabar dan tabah

mendakinya semata-mata untuk mendapatkan tempat beribadat yang sunyi dan tenang.

Dengan sepenuh jiwa raba baginda menyerahkan diri kepada Allah dan memikirkan

masalah yang dihadapi oleh kaum Arab Quraisy Makkah.

13

Page 13: ctu151 hahacom

Selepas lebih kurang 6 bulan Nabi Muhammad s.a.w. berulang-alik dan bertahannuth di

Gua Hirak, akhirnya, pada 6 Ogos tahun 610M.,bersamaan 17 Ramadhan, Allah telah

menurunkan wahyu pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w.melalui Jibril.Pada waktu

itu, Nabi Muhammad s.a.w.berumur 40 tahun.Dengan turunnya wahyu ini, bermula era

baru dalam sejarah tamadun masyarakat Arab Jahiliah. Wahyu ini juga menjadi tanda

pemisah antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam.

Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

Wahyu pertama yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah surah al-

Alaq ayat 1-5 yang memerintahkan umat Islam supaya banyak membaca.

Seterusnya, wahyu kedua diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., iaitu surah al-

Muddasir, ayat1-7.Wahyu ini merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad s.a.w.

sebagai Rasullah atau pesuruh Allah yang mewajibkan baginda menyampaikan ajaran

Islam kepada seluruh manusia. Sejak turunnya ayat al-Quran ini Nabi Muhammad s.a.w.

terus –menerus menerima wahyu dan baginda telah menjalankan seruan kepada orang

Arab Quraisy Makkah.

Nabi Muhammad s.a.w. mula merancang untuk mengubah akidah dan kehidupan

masyarakat sekelilingnya dengan menanamkan keimanan kepada Allah Yang Maha

Esa. Nabi Muhammad s.a.w. menggesa masyarakat di sekelilingnya untuk

meninggalkan amalan yang keji seperti menindas sesama manusia, membunuh dan

mencuri.

14

Page 14: ctu151 hahacom

Penyebaran Islam di Makkah

Penyebaran Islam di Makkah dilakukan secara berperingkat,iaitu pada mulanya (3

tahun) dan kemudian secara terbuka (10 tahun). Dakwah Islamiah secara rahsia

ditujukan kepada ahli keluarga baginda. Dakwah Islamiah secara terbuka dilakukan

setelah baginda menerima perintah Allah supaya dakwah Islamiah dilakukan kepada

masyarakat Makkah secara terang-terangan.

Baginda telah menjalankan dakwah Islamiah secara rahsia kepada keluarga baginda

sendiri dan sahabat yang rapat. Mereka yang awal memeluk Islam ialah Khadijah binti

Khuwailid (isteri Nabi Muhammad s.a.w.), Ali bin Abu Talib (sepupu Nabi Muhammad

s.a.w.), Zaid bin Harithah (anak angkat), dan Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib).Melalui

Abu Bakar, beberapa orang tokoh Quraisy (Uthman bin Affan, Zubair bin Awam dan al-

Arqam bin Abu Arqam)telah memeluk agama Islam.Kemudian, al-Arqam bin Abu Arqam

telah menjadikan rumahnya sebagai pusat kegiatan Islam yang pertama di Makkah.

Walaupun bilangan penganut Islam pada peringkat ini kecil, ini merupakan kejayaan

yang sangat besar bagi baginda. Untuk memperkenalkan ajaran baru bagi sesuatu

masyarakat tentulah memerlukan pengorbanan yang besar. Ketinggian akhlak Nabi

Muhammad s.a.w.dan kejujuran para sahabat telah menyebabkan dakwah Islamiah

pada peringkat awal mendapat sambutan. Mereka yang memeluk Islam pada peringkat

15

Page 15: ctu151 hahacom

awal ini bukan sahaja terdiri daripada golongan bawahan malah golongan bangsawan

seperti Khadijah binti Khuwailid dan Abu Bakar al-Siddiq.

Dakwah Islamiah secara terbuka kepada keluarga Abdul Muttalib, iaitu kaum kerabat

baginda setelah turunnya ayat al-Quran yang meminta baginda menyebarkan Islam

kepada kaum kerabat baginda. Untuk melaksanakan perintah ini, baginda telah

bermusyawarah majlis ceramah di rumah Ali bin Abu Talib. Dalam majlis itu, Nabi

Muhammad s.a.w. telah menerangkan tentang Islam. Pada peringkat ini, terdapat antara

keluarga baginda yang menerima dan juga yang menolakseruan baginda. Orang yang

paling kuat menentang ialah Abu Lahab, bapa saudara baginda.

Dakwah Islamiah secara terbuka kepada orang ramai pula dilakukan di Bukit Safa,

Makkah, setelah Allah menurunkan perintah menerusi ayat al-Quran, al-Hijr, ayat 94.

Majlis ini dihadiri oleh semua ketua pentadbir kota Makkah. Antaranya termasuklah

ketua Bani Abdul Muttalib, Bani Tamin, Bani Makhzum dan Bani Asad. Perbasan hebat

telah berlaku antara Nabi Muhammad s.a.w.dengan Abu Lahab yang telah menghina

baginda sehingga dakwah Islamiah yang hendak disampaikan oleh baginda terganggu.

16

Page 16: ctu151 hahacom

Penentangan Terhadap Islam

Penentangan terhadap dakwah Islamiah dilakukan dengan pelbagai cara. Selain

dicemuh, Nabi Muhammad s.a.w. turut diganggu semasa beribadat. Contohnya, semasa

baginda bersembahyang, benda- benda yang kotor telah diletakkan di tengkuk baginda.

Malahan ada orang yang ingin membunuh baginda.

Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran Islam sedangkan

kewibawaan Nabi Muhammad s.a.w. telah diakui? Penentangan orang Arab Quraisy

Makkah terhadap ajaran Islam adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya

termaksuklah perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan antara orang Arab Quraisy

dengan Islam. Ajaran Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa

sedangkan orang Arab Quraisy mempercayai dan mengamalkan tradisi turun- temurun

mereka, iaitu menyembah patung berhala dan mempercayai animisme.

Islam juga ditentang kerana ajarannya yang menyarankan prinsip persamaan taraf

sesama manusia. Prinsip ini amat bertentangan dengan sistem sosial masyarakat Arab

Jahiliah yang mewujudkan perbezaan darjat antara golongan atasan dengan bawahan.

Selain itu, mereka juge menolak konsep persaudaraan Islam yang sangat bertentangan

dengan konsep assabiah yang menjadi pegangan mereka. Begitu juga dengan amalan

17

Page 17: ctu151 hahacom

dan akhlak yang keji seperti mencuri dan menindas yang menjadi kebiasaan mereka

tetapi dilarang sama sekali oleh Islam.

Dari segi politik, penentangan ini berlaku disebabkan oleh orang Arab Quraisy

mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas nabi. Mereka menganggap jika

mereka menerima agama Islam, mereka akan terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi

Muhmammad s.a.w.. Sejak dahulu masyarakat Makkah sentiasa bersaing untuk menjadi

ketua atau pemerintah Makkah. Penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w. sedikit

sebanyak akan menggugat pengaruh dan kedudukan keluarga mereka di Makkah. Ini

adalah kerana Nabi Muhammad s.a.w. berasal daripada keturunan yang menguasai

kepimpinan kota Makkah.

Penyebaran Islam juga menggugat ekonomi orang Arab Quraisy kerana hal ini

menjejaskan perusahaan mengukir patung berhala yang merupakan sebahagian

daripada aktiviti ekonomi mereka. Ini disebabkan Islam mewajibkan penganutnya

menyembah Allah Yang Maha Esa dan melarang penyembahan berhala. Dengan

penyebaran Islam, secara tidak langsung perniagaan patung berhala akan terjejas.

Penentangan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam dilakukan secara

berterusan dan menerusi pelbagai cara. Penyair Arab Quraisy sering mengejek ajaran

Islam melalui puisi mereka. Walaupun pelbagai tohmahan dan tuduhan telah dikenakan

kepada Nabi Muhammad s.a.w., namun, baginda menghadapinya dengan tabah dan

sabar. Inilah keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin yang berwibawa

dan yang tidak pernah kecewa dengan dugaan yang ditempuhinya. Kesabaran

merupakan kunci kejayaan kepada orang yang berjuang dalam apa bidang sekalipun.

Setelah gagal menggunakan kekerasan, orang Arab Quraisy juga telah memujuk Nabi

Muhammad s.a.w. agar meninggalkan dakwah Islamiah. Pujukan yang dibuat

termasuklah usaha menawarkan kedudukan, wanita cantik dan harta. Walau

bagaimanapun, Nabi Muhammad s.a.w. dengan tegas menolah cubaan untuk merasuah

18

Page 18: ctu151 hahacom

baginda. Orang Arab Quraisy juga telah melakukan pemulauan terhadap Nabi

Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda. Mereka telah menulis pernyataan tentang

pemulauan itu dan menggantungkannya di Kaabah.

Semasa pemulauan ini berlangsung, kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. dan orang

Islam sangat terhimpit. Walau bagaimanapun, Abu Talib, bapa saudara Nabi

Muhammad, sentiasa melindungi dan membantu baginda. Pemulauan ini berjalan

selama tiga tahun sahaja kerana kedapatan dalam kalangan orang Arab Quraisy yang

tidak mematuhi peraturan pemulauan ini dengan memberikan bantuan kepada orang

Islam. Golongan Islam yang berkemampuan telah membantu golongan kurang berada.

Khadijah sanggup berkoban dengan menyerahkan kesemua hartanya demi membantu

perjuangan Islam yang suci.

Pengorbanan wanita dalam memperjuangkan Islam bukan sahaja dilakukan oleh

Khadijah di Makkah, malah diteruskan oleh Aisyah, Ummu Salamah dan yang lain di

Madinah. Hal ini membuktikan bahawa wanita juga harus melibatkan diri dalam usahah

membangunkan sesebuah negara dengan memberikan bantuan yang diperlukan oleh

pihak tertentu. Dengan bantuan dan sokongan tersebut, sesuatu masalah yang rumit

dapat diselesaikan dengan mudah.

Penerimaan Terhadap Islam

Walaupun wujud penentangan, dakwah Islamiah yang disampaikan oleh Nabi

Muhammad s.a.w. Di Makkah telah menimbulkan reaksi positif dalam kalangan

masyarakat Arab Quraisy. Ahli keluarga dan sahabat rapat baginda merupakan orang

yang paling awal menerima dakwah Islamiah. Pada tahap ini, Nabi Muhammad s.a.w.

memilih strategi melakukan dakwah Islamiah secara rahsia pada peringkat awal kerana

Islam masih baru dikenali dan bilangan penganut Islam masih sedikit. Baginda juga ingin

mengelakkan penentangan yang memungkinkan asas Islam itu dihancurkan.

Kebanyakan penganut Islam pada peringkat awal ini terdiri daripada golongan bawahan

seperti hamba. Mereka memeluk Islam kerana tertarik kepada ajaran Islam yang

19

Page 19: ctu151 hahacom

memberikan layanan yang sama kepada semua manusia. Walaupun ada dalam

kalangan mereka yang telah diseksa dengan kejam tetapi mereka tetap menerima Islam

dengan penuh yakin.

Antara mereka yang telah diseksa dengan kejam termasuklah Bilal bin Rabah, keluarga

Yassir, Amir bin Fuhairah dan Zunainah. Bilal bin Rabah telah dijerut lehernya dengan

tali oleh tuannya, Umaiyah bin Khalaf. Manakala keluarga Yassir telah dijemur di padang

pasir sehingga Yassir dan isterinya, Sumaiyah, mati syahid. Amir bin Fuhairah telah

diseksa dengan kejam oleh tuannya sehingga menjadi gila dan Zunainah pula diseksa

oleh Abu Lahab sehingga matanya menjadi buta.

Islam telah dapat diterima oleh orang ramai pada ketika itu kerana kermurnian ajarannya

dan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah. Baginda berdakwah secara

lemah lembut dan berhikmah. Baginda tidak memaksa orang ramai memeluk Islam

tetapi memujuk mereka dengan menggunakan akal yang dianugerahi Allah. Oleh itu,

jasa dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dalam menyebarkan Islam harus disanjung

tinggi kerana dengan pengorbanan baginda, Islam telah tersebar luas pada hari ini.

Antara pendekatan yang digunakan oleh baginda termasuklah membandingkan antara

nilai akhlak masyarakat Arab Jahiliah dengan nilai akhlak yang disaran oleh Islam.

Selain itu, Nabi juga membacakan ayat al- Quran untuk menjawab pertanyaan para

sahabat, di samping memberikan penerangan dan menunjukkan teladan yang baik.

Dalam menyebarkan Islam Nabi Muhammad s.a.w. telah menanamkan keimanan yang

kuat kepada pengikutnya. Harta bukan menjadi ukuran utama dalam berdakwah, tetapi

kesabaran yang tinggi dan pengorbanan merupakan kunci kejayaan Islam. Menerusi

cara yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ity orang ramai mudah tertarik

kepada Islam, walaupun sebelum ini mereka terlalu taasub dengan amalan tradisi

masyarakat mereka. Selain itu, mereka juga telah mengenali peribadi Nabi Muhammad

20

Page 20: ctu151 hahacom

s.a.w. yang sememangnya terkenal sebagai orang yang berakhlak mulia. Kekuatan

mental, fizikal, dan rohaniah merupakan kunci kepada kejayaan perkembangan Islam di

Makkah. Kesemua sifat positif Nabi Muhammad s.a.w. ini menjadi teladan untuk kita

dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kita juga harus menyedari bahawa untuk

mencapai kejayaan, kita hendaklah berusaha mengatasi cabaran dan halangan yang

dihadapi.

Tamadun Awal Islam di Sepanyol dan Eropah

Pelbagai terminologi yang pernah digunakan berkaitan dengan pengertian tamadun. Hal

ini boleh dilihat melalui penggunaannya dalam bahasa-bahasa berikut, Bahasa Inggeris,

Bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Pelbagai terminologi yang pernah digunakan dalam

Bahasa Inggeris berkaitan dengan pengertian tamadun seperti culture, renaissance,

enlightment dan civilization. Sama seperti Bahasa Inggeris, pelbagai terminologi yang

pernah digunakan dalam Bahasa Arab berkaitan dengan pengertian tamadun.

Antaranya ialah al-‘umran, al-bunyan, ath-thaqafah, al-hadharah, al-madaniyyah dan at-

tamaddun.

Antara terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Melayu berkaitan dengan

pengertian tamadun ialah kebudayaan, peradaban, tamadun dan madani. Apabila lahir

terminologi al-tamaddun dalam bahasa Arab, maka lahirlah terjemahannya dalam

Bahasa Inggeris iaitu civilization. Bahasa Melayu meminjam terminologi Arab menjadi

tamadun dengan pengguguran satu ‘d’ terminologi yang terakhir inilah yang popular dan

dominant penggunaannya dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu pada masa kini.

21

Page 21: ctu151 hahacom

Menjelang tahun 1990-an, bahasa Melayu mula menggunakan terminologi baharu iaitu

“madani” sebagai tambahan kepada terminologi “tamadun”. Ia juga merupakan pinjaman

daripada terminologi Arab iaitu al-madaniah yang diperkenalkan oleh al-Farabi dalam

abad ke-11 Masihi yang lalu seperti mana yang terdapat dalam kitabnya As Siyasah al-

Madaniyah.

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN:

Pemakaian hijab

Kehidupan wanita Islam pada kini semakin baik dalam bidang politik, sosial, ekonomi,

pekerjaan, hak asasi dan sebagainya. Wanita semakin berjaya, berani dan mampu

bersuara demi memperjuang dan mempertahankan haknya. Antara isu yang sering

menarik perhatian dan menjadi salah faham serta serangan golongan anti Islam adalah

berhubung dengan isu wanita. Isunya pelbagai tetapi temanya sering sama iaitu

berkaitan dengan penindasan, diskriminasi, keganasan, ketidakadilan dan tiada

kebebasan yang diberikan kepada wanita Islam dalam menjalankan kehidupan mereka.

Selepas kedatangan Islam, kedudukan dan martabat wanita dipelihara dengan

mengambil hikmah kewajipan berhijab iaitu menjaga kesucian, maruah dan memelihara

moral masyarakat.Pakaian merupakan lambang maruah dan kehormatan wanita.

22

Page 22: ctu151 hahacom

Namun apa yang terjadi sekarang kita boleh lihat berlakunya penindasan terhadap

golongan wanita Islam dari segi sudut etika pakaian, lebih-lebih lagi mereka yang

merupakan kelompok minoriti di sesebuah negara. Di dunia ini kita boleh lihat senario

yang berlaku kepada wanita Islam yang berhijab. Iaitu ada di antara mereka yang

ditindas, dipuji, dilabel sebagai pengganas dan sebagainya. Ada setengah pendapat

menyatakan bahawa wanita yang berhijab ini sangat kesian, bukan wanita Islam sahaja

malah golongan sister di dalam gereja juga digolongkan sebagai manusia yang kasihan

dengan memakai kerudung di kepala.

Penindasan ke atas wanita hijab ini sering berlaku di negara-negara Eropah seperti

Perancis, Jerman, Sweden, Norway, Belgium dan Turki. Kita boleh lihat contoh yang

berlaku kepada dua orang pelajar wanita Islam di Perancis pada tahun 1989, di mana

mereka telah dibuang sekolah disebabkan hanya memakai hijab. Selain pengharaman

pemakaian hijab di sekolah, pengharaman turut berlaku di pejabat, dalam gambar

passport, dan di tempat-tempat awam.

Selepas kejadian 1989, masyarakat digemparkan juga dengan pengharaman

pemakaian tudung kepada pelajar siswi Islam di sekolah dan institusi pendidikan tinggi

pada tahun 2004 di Perancis. Tindakan Perancis itu telah menggemparkan dunia,

terutamanya melanggar hak asasi manusia lebih-lebih lagi wanita apabila

mengharamkan penuntut wanita Islam untuk berhijab atau menutup aurat ke sekolah

dan institusi pengajian. Jika kita amati secara terperinci, jelaslah bahawa Barat

sebenarnya takut dengan Islam itu sendiri dan sebenarnya mereka menyatakan semua

agama bebas beragama, namun pada sudut lain mereka melarang pemakaian hijab

yang merupakan kewajipan ke atas muslimah.

Penindasan ke atas golongan wanita bertudung ini bukan sahaja berlaku di Perancis,

malah turut berlaku di Jerman di mana kerajaan Jerman juga mengharamkan

pemakaian tudung kepada wanita Islam . Penindasan ini berterusan dan berlaku kepada

23

Page 23: ctu151 hahacom

Shabina Begum pada tahun 2005. Shabina Begum merupakan pelajar Denbigh, London

yang dilarang ke sekolah setelah mempertahankan jilbabnya. Namun apa yang kita

boleh contohi ialah kegigihannya mempertahankan Islam dengan membawa isu ini ke

mahkamah dan akhirnya kemenangan berpihak kepadanya. Sejak itu bermulalah episod

baru kepada wanita Islam di United Kingdom, di mana pengharaman tudung ditarik balik

di sekolah-sekolah.

Negara Turki juga tidak terlepas dalam melaksanakan dasar sekularisme ini di

negaranya. Sejarah menyaksikan kejatuhan empayar Turki Islamiyah pada tahun 1924

menyebabkan Islam ditindas dan mengalami kejatuhan yang teruk.

Menurut Adi Ngah Putra (Aniqah, Mar 2008), “ Pemerintahan Mustafa Kamal Attartuk

yang mengubah corak Islamiyah kepada sistem sekular menyebabkan berlakunya

perubahan kepada negara tersebut. Kamal Attartuk menafikan hak majoriti Islam malah

melindungi pula hak kaum minoriti yang beragama Kristian dan Yahudi menerusi

perjanjian antarabangsa. Pemimpin sekular itu telah mengharamkan pakaian

kebangsaan bagi wanita Turki ‘sharshaf’ (seperti abayah hitam), tulisan arab ditukar ke

bahasa Latin, azan ditukar kepada bahasa turki dan pengharaman pemakaian hijab di

kalangan anak-anak gadis yang pergi ke sekolah agama. Pada tahun 1980, mahasiswa

yang belajar di universiti diharamkan memakai hijab dan bagi siswa berjanggut tidak

diberi tempat untuk belajar”.

Turki adalah negara yang didiami 99 peratus rakyat beragama Islam, namun terikat

kepada sistem sekular diasaskan Mustapha Kamal Attartuk yang masih lagi menebal.

Bahkan, jelas dalam Perlembagaan Turki menyatakan ciri secular negaranya.Akhirnya

sinaran cahaya baru kembali setelah lebih kurang 83 tahun rohani wanita Islam di Turki

terseksa oleh peraturan zalim manusia yang berpegang pada sekularisme. Pada bulan

Februari 2008, sejarah permulaan pemulihan semula Islam di Turki telah tercatat apabila

media massa melaporkan bahawa parlimen negara itu telah meluluskan pindaan

perlembagaan yang menarik balik perintah pengharaman ke atas pemakaian hijab di

24

Page 24: ctu151 hahacom

universiti. Dengan penarikan pengharaman itu, maka gadis-gadis siswi kini akan dapat

balik ke pusat pengajian tinggi dan menyambung pelajaran mereka. Sesungguhnya ini

adalah disebabkan kesabaran mereka di samping tidak jemu memohon pertolongan

daripada Allah S.W.T. Sesungguhnya apabila melihat situasi ini, kita sangat bersyukur

kerana akhirnya Islam itu mulai bersinar di sana. Mungkin kita sebagai rakyat Malaysia

perlu mengambil ikhtibar daripada isu ini.

Apabila melihat isu wanita berhijab ini, mereka seringkali dikaitkan dengan keganasan.

Barat seringkali dengan sewenang-wenangnya melabelkan seseorang itu tanpa hujah

dan hanya berlandaskan emosi dan hawa nafsu. Kita boleh lihat juga contoh yang lain di

mana Barat menggelarkan Islam sebagai terroris sedangkan Islam menganjurkan

umatnya keamanan dan kasih sayang. Tudung bukan simbol penindasan kepada

wanita. Walaupun dari segi rasionalnya, pemakaian tudung melambangkan nilai

kemuliaan dan kehormatan, Islam memandang dan meletakkan nilai tudung lebih

daripada yang disarankan oleh agama lain.

Ini kerana tudung dalam konteks Islam telah terkandung di dalam al-Quran dan

pemakaiannya bukan sekadar sebagai hiasan kepala.Apa yang boleh kita perhatikan

ialah mereka yang memakai hijab ini dikurniakan hidayah Allah dan bagaimana mungkin

mereka boleh bertindak di luat batasan. Namun tidak dinafikan bahawa wanita berhijab

ini juga seringkali memaparkan akhlak yang kurang menyenangkan. Ini adalah cabaran

kepada mereka yang berhijab.

Pemelukan Islam Semakin Bertambah

Dalam kajian mengatakan di London, sekurang-kurangnya 100,000 penduduk Britain

memeluk Islam sejak satu dekad lalu dan secara purata, 5,000 setiap tahun, menurut

kajian terbaru. Badan kajian agama, Faith Matters yang melakukan kajian itu

menggunakan data bancian 2001 Scotland, satu-satunya tinjauan yang bertanya

responden agama ketika mereka lahir dan ketika penyelidikan berkenaan. Hasilnya,

mereka berjaya menetapkan jumlah penduduk tempatan yang memeluk Islam dan

25

Page 25: ctu151 hahacom

menjadikannya asas anggaran golongan mualaf keseluruhannya di Britain, lapor The

Independent. Tinjauan itu mendapat, 60,699 ‘saudara baru’ menetap di Britain pada

2001. Tanpa data bancian baru sejak itu, penyelidik membuat tinjauan di masjid seluruh

London untuk mengira berapa ramai memeluk Islam setiap tahun. Mereka mendapati,

1,400 penduduk memeluk Islam di London sejak 12 bulan lalu sekali gus bermakna

5,200 di seluruh Britain. Angka yang didapati itu juga hampir sama dengan kajian

mengenai saudara baru di Jerman dan Perancis iaitu 4,000 orang memeluk Islam setiap

tahun. Kajian sebelum ini menganggarkan bilangan saudara baru Islam di Britain antara

14,000 dan 25,000.

Pembinaan Masjid di Barat semakin bertambah

Benua Eropah yang menjadi antara lubuk sentimen Islamfobia yang dihangatkan lagi

dengan rentetan cubaan serangan terbaru di Britain baru-baru ini. Sebaliknya semakin

diterangi sinar Islam menerusi projek pembinaan beratus-ratus masjid baru. Setakat ini,

di Britain saja ada sebanyak 1,500 masjid manakala 10 di Perancis, lapan di Sweden,

empat di Hungary dan dua di Russia termasuk Masjid Qolsharif di Tatarstan yang

menjadi masjid terbesar Eropah pada masa ini.

Projek pembinaan masjid baru dari Jerman ke Sepanyol dan Britain, sekaligus

membuktikan keberanian masyarakat Muslim menonjolkan identiti sebenar mereka,

tanpa perlu rasa takut mahu pun terancam dengan perkembangan di sekeliling mereka.

Lebih menarik, jika dulu mereka terpaksa secara rahsia menunaikan solat di bilik gelap

26

Page 26: ctu151 hahacom

di bahagian paling bawah bangunan kerana bimbang dicemuh, keadaan sekarang

sebaliknya. Mereka yang kebanyakannya golongan pendatang dari Turki dan Afrika

Timur, bukan setakat berani keluar masuk masjid, malah bekerjasama mengumpul dana

dan bersatu hati menghadapi sebarang dugaan bagi memastikan masjid yang diingini

dapat menjadi satu realiti.

Malah, seperti dilaporkan media Barat baru-baru ini, kehadiran kubah masjid terbesar di

Jerman misalnya, semakin menenggelamkan menara gereja petunjuk keyakinan baru ke

atas Islam ketika gereja pula semakin terbiar di negara Eropah itu.

Di Jerman saja, sehingga 184 masjid baru kini dalam proses pembinaan termasuk di

daerah Kreuzberg, Berlin. Keadaan jauh berbeza jika dibandingkan bertahun-tahun lalu

apabila 180 rahib kumpulan Katolik Sisters of the Divine Savior diibaratkan sebagai nadi

di bandar itu. Malangnya, hari ini mereka cuma tinggal 8 orang. Setiap minggu, purata

150 penganut Roman Katolik menghadiri perhimpunan di Gereja Liebfrauen berbanding

kira-kira 3,000 Muslim memenuhi Masjid Yavuz-Sultan-Selim. Sejak pembukaannya

pada 1995, kehadiran kedai dan pusat belia Muslim menjadi ‘besi berani’ bagi kalangan

penduduk Islam.

Di sekitar Eropah, Islam yang juga agama paling pesat berkembang, semakin ketara

dan jelas kewujudannya berbanding satu ketika dulu apabila ia diamalkan secara

senyap-senyap. Perubahannya bukan menyentuh aspek seni bina pada bandarnya,

tetapi juga nilai sosial masyarakat setempat. Dalam apa dirujuk sebagai lambang

integrasi Muslim, fenomena kemunculan ketara Islam ini turut dilihat sebagai bukti yang

dunia Islam jelas mengancam budaya Kristian Eropah.

Kenyataan Claus Leggewie , pakar Sains Politik Universiti Giessen, Jerman tentang

masyarakat Muslim sudah berani keluar menonjolkan diri mereka yang sebenarnya itu

berdasarkan kajiannya mengenai evolusi landskap dan binaan masjid di Jerman.

27

Page 27: ctu151 hahacom

“Menerusi projek pembinaan masjid yang besar sedemikian, mesej yang mahu

disampaikan (umat Islam) adalah kami di sini. Kami mahu menjadi sebahagian landskap

simbolik Jerman. Kami ada di sini dan akan terus kekal di Jerman,” kata Leggewie.

Pembinaan masjid besar dari Cologne, Jerman sehingga ke Amsterdam (Belanda) dan

Seville, Sepanyol, berdepan bantahan keras penduduk dan pemimpin tempatan yang

mendakwa ia lubuk menghasilkan pengganas. Lebih menyedihkan, apabila ada

kalangan umat Islam yang meragui pembinaan masjid itu. Ini dibuktikan dengan

kenyataan ahli keluarga dua suspek keganasan di Glasgow, Scotland yang mendakwa

suspek itu dilatih menjadi radikal oleh kumpulan pendakwah Tablighi Jamaat (Jemaah

Tabligh) kumpulan sama yang sedang hebat memperjuangkan hak bagi pembinaan

kompleks Masjid Besar London di tanah seluas 18 ekar. Malah, pembinaannya

berhampiran stadium Olimpik 2012, juga bakal mencatat sejarah sebagai masjid

terbesar Eropah.

Kewujudan bangunan seumpamanya jelas berbeza daripada ruang bawah tanah gelap

dan kecil yang menjadi tempat jemaah seperti Halif Kuzpinar menunaikan solat Jumaat,

sejak 33 tahun lalu selepas dia berhijrah dari Turki ke kawasan di Frankfurt, Jerman.

Siapa sangka, pergerakan Islam yang dianggotainya itu dapat membeli sebuah pasar

raya di penempatan bandar Wiesbaden, di tengah Jerman.

“Di sini ada tempat letak kereta, pusat kanak-kanak dan untuk golongan belia. Kami

mahu mewujudkan pusat setempat bagi membolehkan orang ramai melihat apa yang

sebenarnya kami lakukan di sini,” kata Kuzpinar.

Berikutan kewujudan tempatnya sendiri, Mili Gorus sebuah pertubuhan hak asasi Islam

Turki yang dipantau kerajaan Jerman, mahu memiliki sesuatu yang tidak pernah

dikecapinya iaitu pengiktirafan rakyat di negara yang sudah menjadi tanah air mereka.

Namun, usaha murni itu berdepan bantahan keras. “Ia sepatutnya dijual sebagai sebuah

pasar raya, bukannya masjid,” kata Wolfgang Kopp, pemilik pangsapuri di seberang

premis itu.

28

Page 28: ctu151 hahacom

Beliau bersama jiran lain, berjaya menghalang usaha menjadikan bangunan pasar raya

itu kepada masjid, tetapi hanya untuk sementara waktu. Ini disebabkan, Perlembagaan

Jerman jelas menyatakan semua agama boleh memiliki tempat ibadatnya sendiri. Sejak

menjejakkan kaki di Jerman, golongan pendatang seperti Kuzpinar, terpaksa bersolat di

bilik gelap yang menjadi simbol kegelapan masyarakat Islam yang tersepit di antara

kebebasan mengamalkan agama serta budaya masyarakat setempat di negara yang

menjadi tanah air mereka.

Kini, generasi ketiga yang semakin berjaya, saling berusaha dalam projek pembinaan

masjid yang lengkap dengan menara. Jika 10 tahun lalu cuma wujud sebilangan kecil

saja masjid, Jerman kini menyaksikan 159 masjid manakala 184 projek pembinaan

masjid baru, mengikut Institut Arkib Islam Jerman.

Aachen, bandar Jerman yang didiami 257,000 penduduk di sempadan Belgium dan 9

peratus masyarakatnya beragama Islam, baru saja memberi kelulusan pembinaan

masjid besar.

“Ia petanda yang masyarakat Muslim menjadi sebahagian anggota penting masyarakat,”

kata Datuk Bandarnya, Jurgen Linden.

Kata-katanya terbukti benar apabila Islam yang ingin ditonjolkan sebagai agama

pengganas, sebaliknya semakin hari semakin mendapat tempat di hati ramai anggota

masyarakat “ tanpa perlu kempen besar-besaran mahupun mencela agama lain yang

sudah bertapak kukuh di negara Eropah terbabit.

Hasil kerjasama dan kesabaran di kalangan Muslim sudah cukup menjadi bukti

keagungan Islam sebagai agama keamanan dan kemunculan kubah masjid mengatasi

menara gereja di Jerman hanyalah antara permulaan awal kebangkitan sinar Islam di

bumi Eropah.

Akan tetapi, air yang disangkakan tenang, jangan ingat tiada buaya. Suasana yang

biasa dilihat di beberapa negara Eropah barat namun baru bagi Poland, berpuluh-puluh

29

Page 29: ctu151 hahacom

penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi menentang pembinaan masjid di pinggir

Warsaw hujung minggu lalu. Rancangan komuniti kecil Islam di Poland untuk membina

tempat ibadat dan pusat kebudayaan Islam menerima penentangan daripada pihak yang

bimbang Islam mungkin tersebar ke negara Kesatuan Eropah (EU) yang kuat berpegang

dengan mazhab Kristian Katolik ini.

Antara 15,000 hingga 30,000 Muslim yang kebanyakan adalah pendatang dari

Chechnya, tinggal di Poland - negara bekas komunis terbesar di dalam EU yang mana

90 peratus daripada 38 juta penduduknya adalah penganut Katolik. Kira-kira 150 orang

mengadakan tunjuk perasaan di bangunan masjid separuh siap, 30 minit dari pusat

bandar di mana Liga Muslim, pertubuhan agama yang ditubuhkan pada 2004 mahu

masjid kelima dibenarkan kerajaan dibina.

Sebagai contoh, "Pusat berkenaan sangat berpotensi besar untuk mewujudkan

golongan radikal," kata seorang penunjuk perasaan yang enggan namanya disiarkan.

Dia turut membawa sepanduk yang menggambarkan menara masjid sebagai peluru

berpandu, gambaran serupa dengan imej yang digunakan dalam pungutan suara

Sweden semasa rakyat memutuskan untuk mengharamkan pembinaan menara tahun

lalu. Beberapa yang lain melaungkan "Jangan ulangi kesilapan Eropah' dan 'Toleransi

membuta-tuli membunuh penilaian akal' selain mendesak negara Islam menghormati

hak asasi wanita dan kebebasan beragama.

"Lihat apa yang berlaku di Eropah, saya tidak mahu anak perempuan saya memakai

purdah di masa akan datang," kata seorang penunjuk perasaan.

Jawatankuasa Parlimen Belgium minggu ini sebulat suara mengharamkan pemakaian

burqa dan niqab yang menutup seluruh muka di tempat awam. Kebelakangan ini banyak

aduan mengenai kemasukan pendatang beragama Islam ke negara-negara Eropah

barat seterusnya menjadikan Islam sebagai agama kedua terbesar di benua ini.

Kira-kira 15 hingga 18 juta penduduk Eropah terdiri dari umat Islam, yang mana satu

pertiga di Perancis.

30

Page 30: ctu151 hahacom

Contoh-contoh masjid di Eropah:

Essalam mosque, Rotterdam Masjid amsterdam

masjid taz pir-Baku,Azerbaijan Masjid Trollhättan di Trollhättan sweden

Tamadun awal Islam di Asia

31

Page 31: ctu151 hahacom

Islam telah bertapak meliputi negara asia tenggara iaitu tanah melayu (Malaysia),

Indonesia,Thailand dan Filipina melalui kedatangan pedagang arab yang datang

berdagang di nusantara. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membawa banyak

perubahan sebagaimana yang disebut oleh Syed Naquib al-Attas sebagai pencetus

kepada zaman baru. Perubahan yang dibawa merupakan perubahan yang menyeluruh

berteraskan tauhid. Persoalannya, sejauh manakah pengaruh tamadun islam telah

membawa perubahan kepada masyarakat di asia?

Pengaruh tamadun Islam adalah sangat jelas dalam sistem pendidikan di asia. Selepas

kedatangan Islam, golongan bawahan menerima pendidikan yang sama seperti

golongan atasan. Sistem pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke beberapa

institusi pendidikan Islam seperti pondok dan madrasah. Melalui sistem pengajian ilmu

tersebut lahirlah para cendiakawan dan ulama ulama Melayu yang menjadi pegawai-

pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama. Antara tokoh-tokoh Melayu yang

terkenal ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah, Sheikh Wan Hasan Wan Ishak dan ramai

lagi (Hashim Hj. Musa, 2004 : 46).

Sebagai buktinya, pengaruh daripada tamadun Islam telah membawa perubahan yang

32

Page 32: ctu151 hahacom

besar terhadap sistem pendidikan di Melaka. Contohnya, aktiviti pendidikan bukan

sahaja berlangsung di istana. Malahan ia juga berfungsi sebagai perpustakaan atau

tempat penyalinan dan terjemahan. Di samping itu, tempat-tempat lain yang digunakan

sebagai tempat pengajian ialah rumah-rumah ulama, masjid, madrasah dan surau. Di

Melaka sendiri, sultan yang pertama bermula dari Megat Iskandar Shah (1414M)

sehinggalah sultan-sultan terakhir sebelum 1511M, sangat mengambil berat mengenai

perkembangan pendidikan. Pengajian Islam tidak hanya berlaku di rumah-rumah,

masjid-masjid dan surau-surau, bahkan ianya juga turut berlaku di istana sultan.

Pengaruh Tamadun Islam di asia juga turut menonjol dari segi bahasa dan

kesusasteraan. Bahasa Melayu telah menerima pengaruh ajaran Islam bermula abad

ke-14 Masihi. Pada awal abad ke-14, kedudukan agama Islam semakin teguh dan

penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara. Bukti keteguhan kedudukan agama

Islam di daerah ini dapat dilihat daripada kewujudan penggunaan tulisan Jawi oleh

orang-orang Melayu pada ketika itu.

Pada era kerajaan Melayu Melaka (1400-1511M) misalnya, bahasa Melayu menjadi

bahasa lingua franca bagi lapan puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat

Melaka ketika itu. Tahap perkembangan bahasa Melayu daripada bahasa Melayu klasik

berkembang kepada bahasa yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi telah berlaku

pada dua zaman iaitu zaman peralihan (abad ke-19M) dan zaman moden (abad ke-

20M) (Mahayudin Hj. Yahya, 1998: 91). Tulisan Arab mulai diperkenalkan setelah

kedatangan Islam.

Dari segi bahasa, perubahan besar telah berlaku apabila masyarakat Melayu

menyesuaikan perkataan Arab ke dalam bahasa Melayu. Perubahan ini dipermudahkan

lagi setelah tulisan Arab diubahsuai dan dikenali sebagai tulisan Jawi. Melalui sistem

tulisan ini, bahasa Melayu sangat memainkan peranan yang lebih penting apabila ianya

digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan

pentadbiran.

33

Page 33: ctu151 hahacom

Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar bagi persuratan dan juga

sebagai alat penyebaran dan penyampaian agama Islam di seluruh Alam Melayu.

Tulisan jawi telah digunakan semasa permulaan kedatangan Islam. Penggunaan

bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar agama Islam telah menaikkan taraf,

kecekapan dan kewibawaannya. Kedatangan Islam mengangkat martabat bahasa

Melayu ke arah mengungkapkan sesuatu yang bersifat ilmiah dan saintifik sehinggakan

ianya telah mencapai taraf lingua franca yang digunakan secara meluas di Alam Melayu.

Kesan daripada itu, terdapat penggunaan kata dari bahasa Arab yang dipinjam dan telah

digunapakai dalam bahasa Melayu.

Kedatangan tamadun Islam ke asia juga telah membawa pengaruh yang besar terhadap

warisan kesusasteraan melayu. Banyak hasil kesusasteraan Melayu ditulis seperti

Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat Para Nabi dan Rasul, Hikayat Para Sahabat, Hikayat

Para Pahlawan Islam dan Hikayat Ahli-ahli Sufi dan Orang-orang Yang Salih. Manakala

puisi terkenal yang dipengaruhi oleh sastera Islam contohnya ialah Syair Perahu, Syair

Burung Pingai oleh Hamzah Fansuri dan Syair Makrifat oleh Abdul Rauf Fansuri. Melalui

tulisan jawi, agama Islam telah dapat diperkembangkan. Begitu juga dengan Bahasa

dan kesusasteraan Melayu, ianya juga berkembang melalui tulisan jawi. Pada masa

yang sama, bahasa Melayu telah diperkayakan dengan kata-kata pinjaman serta istilah

daripada bahasa Arab.

Apa yang jelas dari segi sistem perundangan pula, pengaruh daripada tamadun Islam

telah banyak mempengaruhi sistem perundangan di asia khususnya di Alam Melayu.

Sistem perundangan tempatan turut mengalami perubahan seperti yang tercatat dalam

Hukum Kanun Melaka, Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Undang-undang adat yang

tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam dikekalkan. Contohnya hakim boleh

menggunakan budi bicaranya sama ada menjatuhkan hukuman potong tangan bagi

kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja. Setelah Islam datang dan

tersebar di seluruh Nusantara, sistem perundangan masyarakat Melayu juga berubah

kepada sistem adat dan Islam. Contohnya Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka

34

Page 34: ctu151 hahacom

yang meliputi tanah, sungai, dusun dan setiap tanah jajahan takluk Melaka. Undang-

undang Laut Melaka meliputi perusahaan perkapalan, perdagangan di laut dan di darat

dan kegiatan yang berkaitan dengannya.

Oleh kerana Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang induk yang meliputi undang-

undang lain di dalam negeri-negeri Melayu, amatlah tepat jika ianya dijadikan contoh

tentang wujudnya pengaruh tamadun Islam di asia dalam perundangan. Menurut

beberapa orang sarjana barat seperti William R. Roff dan Alfred P. Rubin, Hukum Kanun

Melaka atau Undang-Undang Melaka pada dasarnya berasaskan Undang-undang Islam

di samping berpegang kepada hukum akal dan hukum adat. Pendapat-pendapat

tersebut adalah terbukti sejajar dengan perkataan-perkataan yang terdapat di dalam

undang-undang tersebut antaranya menyebut, "...Mengikut hukum Allah, pada hukum

Allah, menurut dalil al-Quran dan menurut amr bi al-ma'ruf wa nahyi'ani al-munkar".

Manakala, dari segi politik dan pemerintahan pula, sistem politik dan pentadbiran

masyarakat Melayu telah berubah dan dipadankan dengan ajaran Islam kesan pengaruh

daripada Tamadun Islam. Gelaran raja bertukar kepada sultan dan disamakan dengan

khalifah seperti yang diperkenalkan dalam sistem politik Islam. Konsep dewaraja

bertukar kepada konsep sultan. Ia merupakan suatu gelaran kepada orang yang

diamanahkan mentadbir sesebuah negeri dan pada masa yang sama berperanan

sebagai khalifah Allah SWT di bumi.

Bukan itu sahaja, dalam sistem kekeluargaan pula turut dapat diperhatikan bahawa

wujudnya pengaruh Tamadun Islam ke atas asia tenggara. Hal ini terbukti apabila

kedatangan Islam ke asia telah memantapkan lagi sistem kekeluargaan masyarakat

Melayu. Dalam masyarakat Melayu, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang

baik, beragama, berakhlak dan berbudi bahasa menjadi keutamaan. Sistem

kekeluargaan masyarakat Melayu berteraskan Islam dan adat. Sejak lahir lagi

seseorang itu dididik berteraskan Islam dan adat sehinggalah mereka dewasa.

Contohnya sebaik sahaja seseorang itu dilahirkan, bapa atau datuk akan mengazankan

35

Page 35: ctu151 hahacom

bayi lelaki, atau mengiqamatkan bayi perempuan. Tujuannya ialah untuk

memperdengarkan buat pertama kalinya kepada bayi itu seruan azan dan kalimah

syahadah dan meniupkan roh dan semangat Islam kepada bayi tersebut.

Malah, proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga turut memperlihatkan penerapan

unsur-unsur Islam yang berterusan hasil daripada pengaruh daripada Tamadun Islam.

Seseorang kanak-kanak sejak kecil lagi diajar konsep-konsep dosa, pahala, halal,

haram dan sebagainya. Setelah meningkat umur lima tahun ke atas, kanak-kanak juga

diajar untuk bersembahyang, berpuasa dan lain-lain. Selain itu, mereka juga diajar

supaya hormat-menghormati, bertolak ansur dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam

menjalani kehidupan seharian.

Bahkan, pengaruh Tamadun Islam di asia yang paling besar jelas sekali dapat dilihat

melalui adat dan cara hidup mereka. Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti

dengan adat dan cara hidup Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir di dunia

sehinggalah hari kematiannya. Islam telah mengubah corak hidup masyarakat Melayu di

dalam segala aspek kehidupan manusia. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat

Melayu mengamalkan adat tradisi warisan nenek moyang mereka. Apabila masyarakat

Melayu mula menganuti ajaran Islam, adat-adat dalam masyarakat Melayu mula

diubahsuai supaya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Adat masyarakat Melayu

juga telah mengalami perubahan dengan kedatangan ajaran Islam di rantau ini.

Selain daripada mengubah sistem kepercayaan, Islam juga telah mengenepikan adat

yang dianggap bercanggah dengan akidah dan kepercayaan Islam. Perubahan yang

jelas telah berlaku terhadap masyarakat Melayu dari segi adat resam dalam kehidupan.

Hal ini dapat dilihat apabila kedatangan Islam ke asia telah mengatur kehidupan

masyarakat agar kehidupan yang dilalui itu berlangsung dalam suasana aman dan

harmoni.

Dalam bidang kesenian pula, pengaruh Islam dapat dikesan pada batu-batu nisan,

36

Page 36: ctu151 hahacom

binaan-binaan, masjid-masjid dan perhiasan seperti seni khat dan sebagainya. Secara

umumnya, pada makam atau batu-batu nisan pada ketika itu terdapat tulisan-tulisan dan

kalimah Arab dan beberapa potongan ayat-ayat Al Quran.

Selain daripada batu-batu nisan, bentuk masjid juga memperlihatkan pengaruh daripada

tamadun islam di asia. Ianya merupakan karya dan seni bina Islam yang terpenting di

Nusantara. Dari segi corak dan polanya, bangunan masjid yang menunjukkan kronologi

dari abad ke-14 sehinggalah ke-18 Masihi masih lagi mempertahankan rekaan

berbentuk struktur tradisional. Walau bagaimanapun, masjid berfungsi sebagai tempat-

tempat ibadat. Jadi, sudah tentulah pengaruh Islam lebih tertonjol dan banyak kelihatan

pada binaan tersebut. Tiap-tiap bahagian bangunannya memberi gambaran kosmologi

atau gambaran alam semesta yang mana setiap bahagian tersebut mempunyai

pengertian dan peranan yang tersendiri.

Kesimpulannya, tamadun Islam telah banyak memberi pengaruh yang besar

terutamanya kepada masyarakat dan tamadun Melayu di Asia. Proses penyerapan

Islam ini telah berlaku secara berperingkat-peringkat di kalangan masyarakat Melayu

yang bermula daripada golongan istana, pembesar sehinggalah kepada rakyat biasa.

Proses Islamisasi ini menjadikan masyarakat Melayu akhirnya dapat menerima ajaran

Islam dengan baik. Hal ini sudah pasti disebabkan keistimewaan ajaran Islam itu sendiri

yang jelas dilihat sebagai suatu agama yang harmoni. Ianya juga bertunjangkan Al

Quran dan As sunnah sebagai sumber atau rujukan utama bagi memandu hidup

manusia ke arah landasan islam yang sebenar.

37