assignment consumer 1

2
1. Bincangkan pembelaan/dalihan dalam seksyen 72 Akta Perlindungan Pengguna 1999. Bincangkan setakat mana pembelaan ini membawa keadilan kepada pengguna. Dalam era globalisasi kini, maklumat yang ingin dimiliki oleh seseorang itu hanyalah berada di hujung jari. Mereka boleh menaip perkataan di dalam enjin pencarian seperti Google mahupun Yahoo, maka keluarlah segala maklumat berkenaan perkara yang mereka cari tersebut. Disebabkan era moden ini, para pengguna di Malaysia kelihatan makin terbuka mindanya terhadap kesedaran kepenggunaan dan hak-hak mereka di sisi undang-undang. Akta yang paling utama Seksyen 72 Akta Perlindungan Pengguna 1999 adalah mengenai pembelaan di dalam Bahagian Sepuluh iaitu mengenai liabiliti keluaran. Seksyen 72, subseksyen (1) menyatakan dalam apa-apa prosiding sivil di bawah Bahagian ini terhadap mana-mana orang berkenaan dengan sesuatu kecacatan pada sesuatu keluaran, adalah menjadi suatu pembelaan jika orang itu menunjukkan – (a) bahawa kecacatan itu adalah disebabkan oleh pematuhan mana-mana kehendak yang dikenakan di bawah mana-mana undang- undang bertulis; (b) bahawa dia tidak pada bila-bila masa membekalkan keluaran yang cacat itu kepada orang lain; (c) bahawa kecacatan itu tidak wujud pada keluaran itu pada masa yang berkaitan; (d) bahawa tahap pengetahuan saintifik dan teknikal pada masa yang berkaitan itu tidaklah sedemikian rupa sehingga pengeluar keluaran sama perihalnya dengan keluaran

Upload: nurfarzana-rosli

Post on 27-Jan-2016

235 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

incomplete

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Consumer 1

1. Bincangkan pembelaan/dalihan dalam seksyen 72 Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Bincangkan setakat mana pembelaan ini membawa keadilan kepada pengguna.

Dalam era globalisasi kini, maklumat yang ingin dimiliki oleh seseorang itu hanyalah

berada di hujung jari. Mereka boleh menaip perkataan di dalam enjin pencarian seperti

Google mahupun Yahoo, maka keluarlah segala maklumat berkenaan perkara yang

mereka cari tersebut. Disebabkan era moden ini, para pengguna di Malaysia kelihatan

makin terbuka mindanya terhadap kesedaran kepenggunaan dan hak-hak mereka di sisi

undang-undang.

Akta yang paling utama

Seksyen 72 Akta Perlindungan Pengguna 1999 adalah mengenai pembelaan di dalam

Bahagian Sepuluh iaitu mengenai liabiliti keluaran. Seksyen 72, subseksyen (1) menyatakan

dalam apa-apa prosiding sivil di bawah Bahagian ini terhadap mana-mana orang berkenaan

dengan sesuatu kecacatan pada sesuatu keluaran, adalah menjadi suatu pembelaan jika orang

itu menunjukkan – (a) bahawa kecacatan itu adalah disebabkan oleh pematuhan mana-mana

kehendak yang dikenakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; (b) bahawa dia

tidak pada bila-bila masa membekalkan keluaran yang cacat itu kepada orang lain; (c)

bahawa kecacatan itu tidak wujud pada keluaran itu pada masa yang berkaitan; (d) bahawa

tahap pengetahuan saintifik dan teknikal pada masa yang berkaitan itu tidaklah sedemikian

rupa sehingga pengeluar keluaran sama perihalnya dengan keluaran yang berkenaan itu dapat

dengan munasabah dijangkakan akan mengesan kecacatan itu jika kecacatan itu wujud pada

keluarannya semasa keluaran itu di bawah kawalannya; atau (e) bahawa kecacatan itu – (i)

ialah suatu kecacatan pada sesuatu keluaran yang terkandung dalamnya keluaran yang

berkenaan (“keluaran yang berikutnya”) dan (ii) disebabkan pada keseluruhannya oleh – (A)

reka bentuk keluaran yang berikutnya; atau (B) pematuhan arahan yang diberikan oleh

pengeluar keluaran yang berikutnya oleh pengeluar keluaran yang berkenaan. Manakala

subseksyen (2) pula menyatakan bagi maksud subseksyen (1), “masa yang berkaitan” – (a)

berhubung dengan eletrik, ertinya masa eletrik itu dijanakan, iaitu masa sebelum elektrik itu

dihantar atau diagihkan; dan (b) berhubungan dengan apa-apa keluaran lain, ertinya – (i) jika

seksyen 68 terpakai, masa pengeluar membekalkan keluaran itu kepada seorang lain; dan (ii)

jika seksyen 68 tidak terpakai, masa keluaran itu terakhir dibekalkan oleh seseorang yang

baginya seksyen 68 terpakai kepada seorang lain.

Page 2: Assignment Consumer 1

Untuk memperjelaskan lagi mengenai pembelaan tersebut. Satu-persatu elemen yang

tersenarai di dalam seksyen 72 APP 1999 akan dibincangkan. Secara keseluruhannya,

seksyen 72(1) adalah mengenai pembelaan-pembelaan yang boleh digunakan oleh pengeluar

untuk membuktikan bahawa mereka tidak bersalah terhadap kecacatan barangan yang

dikeluarkan dan subsekyen (2) pula menjelaskan mengenai perkataan “masa yang berkaitan”

dan mengaitkannya dengan seksyen 68 akta yang sama.