assignment analisis kewangan

20
PENGENALAN Penyata kewangan (atau laporan kewangan) ialah rekod formal kegiatan-kegiatan kewangan sesebuah perniagaan, orang perseorangan, atau entiti-entiti yang lain. Penyata kewangan memberikan pandangan keseluruhan keadaan kewangan jangka pendek serta jangka panjang bagi sesuatu perniagaan atau orang perseorangan. Semua maklumat kewangan perusahaan perniagaan yang disampaikan dengan cara berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami dikenali sebagai penyata kewangan. Terdapat empat penyata kewangan yang asas: 1. Kunci kira-kira: Juga dirujuk sebagai penyata kedudukan atau keadaan kewangan, ia melaporkan aset, liabiliti, dan equiti pemilik syarikat pada sesuatu masa. 2. Penyata pendapatan: Juga dirujuk sebagai Penyata Untung Rugi (atau "P&L"), ia melaporkan pendapatan, belanja, dan untung pada sesuatu tempoh perakaunan. Ini termasuk jualan dan pelbagai belanja yang dikenakan sewaktu pemprosesan. 3. Penyata untung tertahan: Menerangkan perubahan dalam untung tertahan syarikat pada sepanjang tempoh pelaporan. 4. Penyata aliran tunai: Melaporkan kegiatan aliran tunai syarikat, khususnya kegiatan operasi, pelaburan, dan kewangan. Bagi perbadanan besar, penyata-penyata itu sering sangat kompleks dan boleh merangkumi nota penyata kewangan, serta perbincangan dan analisis pengurusan yang meluas. Nota itu biasanya menghuraikan setiap item dalam kunci kira-kira, penyata pendapatan, dan penyataan aliran tunai dengan lebih terperinci. Ia dianggap sebagai sebahagian penyata kewangan yang penting. Penyata kewangan sesebuah firma berguna kepada kumpulan pengguna dan pihak-pihak yang berkepentingan untuk menilai

Upload: azilawati77

Post on 02-Jan-2016

1.232 views

Category:

Documents


42 download

DESCRIPTION

RBT 3110

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Analisis Kewangan

PENGENALAN

Penyata kewangan (atau laporan kewangan) ialah rekod formal kegiatan-

kegiatan kewangan sesebuah perniagaan, orang perseorangan, atau entiti-entiti yang

lain. Penyata kewangan memberikan pandangan keseluruhan keadaan kewangan

jangka pendek serta jangka panjang bagi sesuatu perniagaan atau orang

perseorangan. Semua maklumat kewangan perusahaan perniagaan yang disampaikan

dengan cara berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami dikenali sebagai

penyata kewangan. Terdapat empat penyata kewangan yang asas:

1. Kunci kira-kira: Juga dirujuk sebagai penyata kedudukan atau keadaan

kewangan, ia melaporkan aset, liabiliti, dan equiti pemilik syarikat pada sesuatu

masa.

2. Penyata pendapatan: Juga dirujuk sebagai Penyata Untung Rugi (atau "P&L"), ia

melaporkan pendapatan, belanja, dan untung pada sesuatu tempoh perakaunan.

Ini termasuk jualan dan pelbagai belanja yang dikenakan sewaktu pemprosesan.

3. Penyata untung tertahan: Menerangkan perubahan dalam untung tertahan

syarikat pada sepanjang tempoh pelaporan.

4. Penyata aliran tunai: Melaporkan kegiatan aliran tunai syarikat, khususnya

kegiatan operasi, pelaburan, dan kewangan.

Bagi perbadanan besar, penyata-penyata itu sering sangat kompleks dan boleh

merangkumi nota penyata kewangan, serta perbincangan dan analisis pengurusan

yang meluas. Nota itu biasanya menghuraikan setiap item dalam kunci kira-kira,

penyata pendapatan, dan penyataan aliran tunai dengan lebih terperinci. Ia dianggap

sebagai sebahagian penyata kewangan yang penting.

Penyata kewangan sesebuah firma berguna kepada kumpulan pengguna dan

pihak-pihak yang berkepentingan untuk menilai prestasi firma tersebut. Pengguna-

Page 2: Assignment Analisis Kewangan

pengguna penyata kewangan biasanya terdiri daripada pihak dalaman dan luaran

syarikat.

Pengguna Dalaman

Pihak dalaman mewakili pihak pengurusan yang menggunakan penyata

kewangan untuk membuat analisis dan perbandingan prestasi setiap jabatan atau

perbandingan dengan tahun-tahun sebelumnya. Ini penting untuk tujuan perancangan

dan pengawalan.

Kesatuan sekerja juga merupakan pengguna penyata kewangan firma. Prestasi

syarikat akan memberi petunjuk kepada persatuan sekerja tentang kadar pembayaran

gaji dan imbuhan adakah selari dengan pencapaian syarikat bagi sesuatu tempoh

masa. Maklumat ini akan digunakan dalam proses perundingan atau tuntutan bayaran

gaji.

Pengguna Luaran

Pihak luaran juga berminat untuk mendapatkan maklumat kewangan sesebuah

firma. Pihak-pihak seperti pemegang syer, pemegang debentur, bakal pelabur, syarikat

kewangan ,pemiutang mahupun pesaing berminat untuk meneliti prestasi kewangan

syarikat.

Pemegang syer pastinya memerlukan maklumat kewangan syarikat untuk

mengetahui keberuntungn syarikat dan peratus pembayaran dividen atau

perkembangan perniagaan.

Bagi pemegang-pemegang debentur pula ingin memastikan kebolehan syarikat

untuk membayar faedah dan kemampuan syarikat membayar balik debentur.

Maklumat kewangan juga berguna kepada bakal-bakal pelabur yang ingin

membuat pelaburan baru untuk memilih syarikat yang boleh memberi pulangan

pelaburan yang tinggi.

Page 3: Assignment Analisis Kewangan

Syarikat-syarikat kewangan dan syarikat kredit juga sentiasa mengikuti

perkembangan prestasi kewangan syarikat untuk menilai kedudukan syarikat

tersebut sama ada mampu membayar balik pinjaman atau untuk meluluskan

pinjaman baru.

Pemiutang-pemiutang juga berminat untuk melihat kecairan modal kerja syarikat,

adakah syarikat mampu bayar liabilitinya dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Begitu juga dengan pesaing-pesaing dalam industri yang sama akan sentiasa

menggunakan maklumat kewangan syarikat untuk membuat perbandingan

dengan prestasi mereka.

Matlamat penyata kewangan adalah untuk memberi gambaran sebenar mengenai

kedudukan kewangan sesebuah syarikat termasuklah kedudukan kewangan semasa,

prestasi masa lampau dan prospek masa hadapan. Oleh kerana itulah, laporan penyata

kewangan hendaklah menuruti konvensyen pendedahan penuh (full disclosure) yang

telah ditetapkan dalam Financial Reporting Standards (FRS) oleh Malaysian

Accounting Standards Board (MASB). FRS telah menetapkan maklumat-maklumat

minimum yang perlu dilaporkan dalam Penyata Tahunan sesebuah syarikat.

Sumber utama maklumat yang digunakan untuk membuat analisis termasuklah :

1. penyata pendapatan

2. kunci kira-kira

3. penyata aliran tunai

4. nota kepada penyata kewangan

5. kaedah perakaunan yang digunakan

6. keputusan-keputusan kewangan yang telah dibuat

7. laporan juruaudit

8. data kewangan untuk tahun sebelumnya untuk perbandingan

Page 4: Assignment Analisis Kewangan

KAEDAH ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Dua kaedah yang biasa digunakan untuk menganalisis penyata kewangan ialah

Analisis Perbandingan dan Analisis Nisbah.

ANALISIS PERBANDINGAN

Analisis perbandingan dibuat berdasarkan kepada 3 asas iaitu :

1. Asas Intera Syarikat - data-data dalam syarikat itu sendiri dibandingkan dengan

item-item yang serupa tetapi dalam tahun yang berlainan.

2. Asas Antara Syarikat - item-item dibandingkan antara satu syarikat dengan

syarikat yang lain dalam tahun yang sama sama ada syarikat itu merupakan

syarikat subsidari dalam satu syarikat induk atau syarikat yang sama industrinya

tetapi secara individu.

3. Asas Purata Industri - perbandingan dibuat dengan purata industri di mana

syarikat itu beroperasi. Contoh Syarikat A (syarikat barangan elektrik) dibanding

dengan angka industri dari pelbagai syarikat pengeluar barangan elektrik.

Dua jenis analisis perbandingan adalah secara menegak dan secara melintang.

Analisis menegak menganalisis komponen atau item dalam penyata pendapatan

dan kunci kira-kira menggunakan peratusan yang relatif. Bermaksud , setiap item

dibandingkan dengan satu item asas dalam penyata pendapatan contohnya jualan

bersih dan dalam kunci kira-kira item dibandingkan dengan jumlah aset bersih.

Analisis melintang (analisis arah aliran) pula membuat perbandingan data-data

laporan kewangan dengan menggunakan satu tahun tertentu sebagai tahun asas

perbandingan. Contohnya, peratus pulangan atas jualan tahun 2002 dan tahun 2003

dibandingkan dengan peratus tahun 2001 yang dijadikan tahun asas perbandingan.

Page 5: Assignment Analisis Kewangan

PENGENALAN ANALISIS KEWANGAN

Dalam bidang kewangan, analisis nisbah adalah suatu teknik yang boleh

digunakan oleh penganalisis kewangan atau sesiapa sahaja bagi mengesan prestasi

dan kedudukan kewangan sesebuah organisasi perniagaan. Sebagai contoh, nisbah

semasa syarikat membolehkan penganalisis menentukan sama ada sesebuah syarikat

itu berupaya membayar obligasi jangka pendeknya apabila ia matang.

Terdapat banyak lagi nisbah-nisbah kewangan lain seperti nisbah semasa di

atas yang membolehkan kita mengukur pencapaian satu-satu syarikat, namun ia boleh

member makna sekiranya aktiviti perbandingan dapat dijalankan ke atas nisbah-nisbah

ini. Antara teknik perbandingan yang boleh dilakukan adalah analisis arah aliran dan

analisis keratin rentas.

JENIS-JENIS NISBAH KEWANGAN

Nisbah Kecairan (Mudah Tunai)

Menilai kemampuan firma membayar liability jangka pendek dengan aset mudah

tunai. Ia membolehkan penganalisis mengukur keupayaan satusatu syarikat membayar

liability semasa apabila ia matang. Nisbah-nisbah kecairan yang biasa digunakan ialah

nisbah semasa dan nisbah cepat. Daripada segi prinsip, syarikat yang mempunyai

nisbah lebih daripada 1.00 disifatkan sebagai berkemampuan memenuhi tanggungan

atau liability semasanya.

Nisbah Semasa

Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang jangka

pendek.

Mengukur tahap aset semasa yang mampu untuk membayar balik liabiliti

semasa.

Semakin tinggi nisbah semasa, semakin kukuh keupayaan firma membayar balik

hutang jangka pendek.

Page 6: Assignment Analisis Kewangan

Firma mampu membayar balik hutang jangka pendek seandainya nisbah

semasa firma melebihi 1.

Nisbah yang kurang daripada 1 menunjukkan firma tidak berupaya untuk

menjelaskan tuntutan semasanya.

Contoh:

Rujuk Lampiran 1

Nisbah Semasa = Aset Semasa = 816762 = 2.40 kali Liabiliti Semasa 340416

Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati bahawa syarikat tersebut

mempunyai aset semasa 2.40 kali ganda daripada libiliti semasa. Ini bermakna

syarikat menyediakan RM 2.40 aset semasa bagi tujuan pembayaran semula. Baki

bagi pembayaran semula adalah RM 1.40 apabila RM 1 liabiliti semasa dituntut.

Nisbah Cepat

Nisbah cepat mengukur keupayaan tunai dan aset hampir tunai untuk

menampung liabiliti semasa.

Nisbah ini memberi penekanan kepada kecairan sebenar melalui pengecualian

nilai inventori kerana inventori sukar ditukar kepada tunai kerana inventori

merangkumi 3 item; bahan mentah, barang separuh siap dan barang siap, dan

pembelian secara kredit. Oleh itu ianya mengambil masa untuk mendapatkan

tunai.

Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabiliti Semasa

Page 7: Assignment Analisis Kewangan

Lebih tinggi nisbah adalah lebih baik.

Contoh:

Rujuk Lampiran 1

Nisbah Cepat = Aset Semasa – Inventori = (816762 – 583908) = 0.68 kali Liabiliti Semasa 340416

Bedasarkan kepada pengiraan diatas didapati nisbah cair kurang daripada 1 yang

membawa maksud jumlah asset yang boleh ditunaikan adalah kurang daripada

liability semasa. Syarikat mempunyai baki RM 0.68 bagi setiap RM 1 lbiliti yang

dituntut.

Nisbah ini adalah berada pada tahap kecairan yang kurang baik.

Nisbah Pengurusan Aset (Aktiviti)

Boleh digunakan bagi mengukur keberkesanan dan kecekapan syarikat dalam

mengurus aset syarikat. Secara amnya, pengurusan yang berkesan dan cekap

menjamin pengeluaran atau keuntungan syarikat yang setimpal dengan jumlah aset

yang dimiliki.

Nisbah-nisbah utama dalam kumpulan nisbah pengurusan aset ialah:

Pusing ganti aset tetap

Pusing ganti jumlah aset

Pusing ganti inventori

Tempoh pungutan purata

Pusing Ganti Aset Tetap

Nisbah Cepat = Aset Semasa - Inventori Liabiliti Semasa

Page 8: Assignment Analisis Kewangan

Nisbah ini membolehkan kita mengukur kecekapan sesebuah syarikat

menggunakan aset-aset tetap dalam menghasilkan jualan.

Contoh:

Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Bersih = 270900 = 7.51 kali Jumlah Aset Tetap 360510

Pengiraan diatas menunjukkan syarikat ini mempunyai pusingan ganti asset tetap

sebanyak 7.51 kali yang memberi maksud setiap RM 1 aset tetap memberi

sebanyak RM 7.51 jualan dapat dijanakan.

Pusing Ganti Jumlah Aset

Menunjukkan keupayaan dan kecekapan penggunaan aset firma untuk menjana

hasil jualan.

Contoh:

Rujuk Lampiran 1

Pusing Ganti Jumlah Aset = Jualan Bersih = 2709000 = 2.29 kali Jualan Aset 1182000

Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Aset Tetap

Pusing Ganti Jumlah Aset = Jualan Bersih Jualan Aset

Page 9: Assignment Analisis Kewangan

Berdasarkan kepada pengiraan di atas menunjukkan syarikat ini memperolehi jualan

sebanyak 2.84 kali lebih besar daripada asetnya. Setiap RM 1 yang dilaburkan

dalam asetnya menghasilkan RM 2.84

Pusing Ganti Inventori

Menerangkan kecekapan firma dalam menukarkan inventori kepada jualan. Lebih

tinggi, lebih baik, kerana firma tidak menyimpan stok berlebihan.

Contoh:

Rujuk Lampiran 1

Pusing Ganti Inventori = Kos Barang Dijual @ Jualan = 1625400 = 2.78 kali Inventori 583908

Berdasarkan kepada pengiraan diatas, syarikat tersebut mempunyai nisbah pusing

ganti inventori yang tinggi. Nisbah yang tinggi disebabkan penjualan produk syarikat

yang laris atau syarikat tidak menyimpan banyak inventori yang daripada segi

menyimpan. Kadar ganti stok dalam tahun berkenaan ialah 2.78 kali. Dengan kata

lain, stok dipegang selama 2.78 hari sebelum dijual.

Tempoh Kutipan Purata

Mengukur keupayaan firma untuk mengutip hutang daripada pelanggan. Ia

menunjukkan purata masa yang diambil untuk mengutip hutang daripada pelanggan

atau akaun belum terima. Kebiasaannya nisbah tempoh kutipan purata yang rendah

dianggap baik kerana ini menunjukkan syarikat berjaya mengutip semula akaun-

akaun belum terima dalam jangka masa yang pendek.

Pusing Ganti Inventori = Kos Barang Dijual @ Jualan Inventori

Page 10: Assignment Analisis Kewangan

Contoh:

Rujuk Lampiran 1

Tempoh Kutipan Purata = Akaun Belum Terima = 111108 = 14.97 hari Purata Jualan Sehari 7421.918

Berdasarkan kepada pengiraan di atas, syarikat tersebut mngambil masa selama

14.97 hari bagi memungut akaun-akaun belum terima.

Syarikat ini perlu menjelaskan liability syarikat dari semasa ke semasa secara tunai.

Nisbah Leveraj

Memberi gambaran keupayaan sesebuah syarikat dalam memenuhi obligasinya

kepada mereka yang member pinjaman. Selain itu, nisbah ini juga mengukur

keberkesanan pihak pengurusan menguruskan modal pinjaman syarikat.

Ia wujud apabila sesebuah syarikat menggunakan hutang atau pinjaman sebagai

salah satu sumber pembiayaannya. Tetapi, semakin banyak hutang, semakin tinggi

risiko syarikat tidak dapat menjelaskan faedah pinjaman terutamanya sewaktu

kegawatan ekonomi.

Nisbah Hutang

Nisbah ini mengukur sejauh mana aset firma dibiayai melalui hutang. Komponen

hutang terdiri daripada segala liabiliti semasa dan hutang jangka panjang.

Tempoh Kutipan Purata = Akaun Belum Terima Purata Jualan Sehari

Page 11: Assignment Analisis Kewangan

Nisbah ini juga dikenali sebagai hutang kepada jumlah asset yang memberitahu

berapa peratus modal hutang yang digunakan bagi membiayai jumlah aset syarikat.

Jumlah aset merangkumi jumlah asset semasa dan jumlah aset tetap.

Secara praktikalnya, semakin tinggi peratus modal hutang, maka semakin besar

syarikat dibebani oleh belanja kewangan. Dengan kata lain, lebih rendah nisbah ini,

lebih baik kepada pemiutang syarikat kerana mereka akan menerima lebih

perlindungan jika berlakunya pelaburan syarikat.

Contoh:

Rujuk Lampiran 1

Nisbah Hutang = Jumlah Hutang = 612276 = 51.80% Jumlah Aset 1182000

Berdasarkan pengiraan di atas didapati bhawa nisbah syarikat tersebut adalah

51.80 %

Setiap RM1 aset yang diberi oleh syarikat, ia masih berhutang sebanyak 51.80 sen.

Nisbah Hutang / EkuitiNisbah ini membolehkan penganalisis mengukur nisbah pembiayaan yang dating

daripada hutang dan ekuiti. Nisbah yang rendah menjamin lebih perlindungan

kepada pemiutang.

Nisbah ini juga menjelaskan menjelaskan kedudukan modal hutang dan ekuiti.

Kebiasaannya, nisbah yang melebihi 1.00 dianggap berisiko tinggi kepada pelabur

kerana syarikat berhutang terlalu besar.

Nisbah Hutang = Jumlah Hutang Jumlah Aset

Page 12: Assignment Analisis Kewangan

Nisbah yang rendah menunjukkan pelaburan yang besar kepada pemilik

syarikat.

Contoh:

Rujuk Lampiran 1

Nisbah Hutang / Ekuiti = Jumlah Liabiliti = 612276 = 1.07 Jumlah Ekuiti 569714

Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati modal hutang syarikat tersebut

adalah 1.07 kali lebih besar daripada ekuiti. Ini menunjukkan syarikat banyak

berhutang jika dibandingkan dengan modal yang disalurkan olehpara pemegang

saham.

Nisbah Keberuntungan

Nisbah-nisbah di dalam kumpulan ini mengukur keberkesanan aktiviti-aktiviti firma

dalam menjana keuntungan. Terdapat tiga jenis nisbah keberuntungan iaitu:

Nisbah margin untung bersih

Nisbah pulangan atas aset

Nisbah pulangan atas ekuiti

Secara ringkasnya, semakin tinggi pulangan yang diperoleh bererti semakin berupaya

syarikat membuat keuntungan.

Nisbah Margin Untung Bersih

Dikenali juga sebagai pulangan atas jualan. Mengukur peratus untung bersih

yang diperolehi bagi setiap jualan. Menunjukkan lebihan dari setiap ringgit jualan

Nisbah Hutang / Ekuiti = Jumlah Liabiliti Jumlah Ekuiti

Page 13: Assignment Analisis Kewangan

setelah ditolak dengan semua belanja firma. Nisbah ini mengukur keupayaan

syarikat daripada segi mengurus dan mengawal perbelanjaan syarikat yang

mempunyai kesan secara langsung ke atas keuntungan syarikat.

Contoh:

Rujuk Lampiran 1

Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih = 116487 = 4.30% Jualan 2709000

Nisbah ini menunjukkan margin untung bersih daripada jualan selepas ditolak

semua belanja-belanja yang terlibat adalah 4.30 peratus. Dengan perkataan lain,

daripada setiap ringgit jualan, perniagaan memperoleh untung bersih sebanyak 4.30

sen

Secara ringkasnya terdapat beberapa factor yang menentukan kejatuhan dan kenaikan margin untung ini iaitu faktor:

Harga Kos Jualan

Nisbah Pulangan atas Aset (ROA)

Dikenali juga sebagai pulangan atas pelaburan. Ia mengukur kadar keuntungan

daripada setiap wang yang dilaburkan ke atas aset. Selain itu menunjukkan

kecekapan firma di dalam pelaburan aset. Semakin tinggi nisbah, semakin baik

kerana menunjukkan keuntungan.

Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih Jualan

Nisbah Pulangan Aset = Pendapatan Bersih Jumlah Aset

Page 14: Assignment Analisis Kewangan

Contoh:

Rujuk Lampiran 1

Nisbah Pulangan Aset = Pendapatan Bersih = 116487 = 9.86% Jumlah Aset 1182000

Pengiraan tersebut menunjukkan kadar keuntungan yang diperolehi daripada

penggunaan aset-aset perniagaan ialah 9.86%

Nisbah Pulangan Ekuiti

Nisbah ini membolehkan kita mengukur kecekapan syarikat ini menjana

keuntungan pemegangsaham syarikat. Para pemegang saham syarikat ingin nisbah

pulangan ekuiti yang tinggi kerana ini menunjukkan syarikat berjaya menjana

keuntungan cukup supaya diagih-agihkan di antara mereka.

Antara komponen-komponen ekuiti syarikat termasuklah:

Keuntungan tertahan

Saham keutamaan

Saham biasa

Keuntungan tertahan dianggap ekuiti kerana ia adalah sebahagian daripada

keuntungan syarikat yang tidak diagihkan balik kepada pemegang saham.

Keuntungan ini ditahan oleh pihak pengurusan syarikat bagi tujuan pelaburan dan

pengembangan syarikat.

Nisbah Pulangan Atas Ekuiti = Pendapatan Bersih Jumlah Ekuiti

Page 15: Assignment Analisis Kewangan

Contoh:

Rujuk Lampiran 1

Nisbah Pulangan Atas Ekuiti = Pendapatan Bersih = 116487 = 20.45% Jumlah Ekuiti 569724

Berdasarkan kepada pengiraan di atas menunjukkan nisbah yang diperolehi ialah

20.45 % iaitu bagi setiap ringgit yang dilaburkan menghasilkan pulangan sebanyak

RM 20.45.

Analisis Du Pont

Antara aspek-aspek yang member kesan ke atas nisbah pulangan ekuiti mengikut

analisis Du Pont ialah:

Pengawalan perbelanjaan syarikat

Bagi mengukur keberkesanan pihak pengurusan mengawal perbelanjaan syarikat,

nisbah margin untung bersih akan digunakan sebagai proksi.

Pengurusan aset-aset syarikat

Bagi mengukur keberkesanan pihak pengurusan menguruskan asset bagi menjana

jualan, nisbah pusing ganti jumlah asset akan digunakan sebagai proksi.

Pengurusan laveraj hutang syarikat

Bagi mengukur keberkesanan pihak pengurusan menguruskan leveraj syarikat,

nisbah pengganda ekuiti akan digunakan sebagai proksi.

Hubungan nisbah-nisbah ini dengan nisbah pulangan ekuiti boleh diringkaskan dengan

persamaan berikut:

Nisbah pulangan ekuiti = nisbah margin untung bersih x nisbah pusing ganti jumlah

asset x nisbah pengganda ekuiti

Page 16: Assignment Analisis Kewangan

Nisbah Pulangan Ekuiti = Pendapatan Bersih x Jumlah Jualan x Jumlah Aset Jumlah Jualan Jumlah Aset Ekuiti