assignment leadership (analisis kepimpinan lestari pengetua smk dato' seth)

Upload: wady-daniel

Post on 08-Jul-2015

1.039 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

ANALISIS KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SMK DATO SETH, YONG PENG, BATU PAHAT, JOHOR Oleh Roslizam Bin Hassan Mohd Iswarddy Bin Ngah Azita Binti Abdul Rahim

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini untuk meninjau pendapat guru-guru di SMK Dato Seth, Yong Peng, Batu Pahat tentang gambaran bagaimana amalan dan tingkah laku pengetua dalam membudayakan kepimpinan lestari di sekolah. selidik. piawai. pengetua Keputusan Kajian ini berbentuk kuantitatif deskriptif ini dilakukan dengan menggunakan kaedah soal Kajian ini melibatkan 65 orang responden yang terdiri daripada guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penilaian guru terhadap gaya Dewasa kini kebanyakan di sekolah. setiap fokus di dalam terlalu yang memfokuskan cemerlang kepada konsep pembelajaran Penganalisaan dapatan kajian menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan kepimpinan lestari pengetua sekolah ini adalah tinggi. sememangnya menjadi

peperiksaan. hanya

Namun begitu pencapaian, penilaian dan pentaksiran dalam jangka pendek yang tidak mampu menilai kematangan,

peperiksaan tidak boleh diambil kira dalam kepimpinan lestari kerana peperiksaan matlamat keintelektualan pelajar malah nilai-nilai yang cuba diterapkan dalam sesebuah sistem pendidikan. Di dalam kepimpinan lestari, seseorang pemimpin perlu ada beberapa ciri untuk melengkapkan diri menjadi Pemimpin Lestari iaitu memberi keutamaan kepada aset manusia dan material, mengagihkan kepimpinan kepada orang bawahan, memberi keutamaan kepada matlamat jangka panjang, membina kapasiti dan kepelbagaian persekitaran sekolah yang dapat menyumbang kepada kemajuan sesebuah sekolah, mengutamakan dan memimpin pembelajaran di sekolah, menitikberatkan faedah dan kemajuan untuk semua pihak di sekolah, dan mewujudkan pemimpin pelapis.

1

PENGENALAN

Teori Kepimpinan Lestari atau Sustainable Leadership merupakan satu-satunya teori kepimpinan yang telah diasaskan oleh sarjana kepimpinan pendidikan. Ini bermakna, teori ini tidak dipinjam dari mana-mana teori yang bersifat universal. Oleh itu, teori kepimpinan lestari merujuk kepada model kepimpinan sekolah iaitu gambaran tentang tingkah laku pengetua dalam membudayakan kepimpinan di sekolah. Teori ini diasaskan oleh Andy Hargreaves dan Dean Fink pada tahun 2003. Peranan sekolah sememangnya tidak dapat dinafikan dalam melahirkan individu yang berketrampilan dan bakal menjadi pemimpin negara. Peranan sekolah juga selain menyediakan individu dalam ruang lingkup pekerjaan, ia juga turut berperanan besar dalam melahirkan modal insan yang cemerlang daripada segi akademik dan sahsiah. Untuk itu, pengetua sebagai seorang pentadbir dan pemimpin sekolah perlulah memimpin, mengurus dan mentadbir sekolah mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Namun disebalik peranan yang ingin dijalankan oleh pengetua, timbul sedikit masalah. Setiap pengetua mempunyai matlamat dan budaya sekolah yang ingin diperkenalkan kepada warga sekolah masing-masing. Selain itu, pengetua juga akan mempunyai strategi, tingkah laku mahupun gaya kepemimpinan yang digemari oleh mereka. Masalah akan timbul dan bakal mengelirukan warga sekolah apabila pengetua itu berpindah ataupun bersara. Matlamat, polisi mahupun stail kepimpinan pengetua akan bertukar. Setiap perancangan yang telah dirangka oleh pengetua yang sebelum itu, masih ada yang tertangguh atau belum dilaksanakan.

2

Ini akan merumitkan warga sekolah apabila matlamat dan budaya pengetua yang baru tidak sama dengan pengetua yang lama.

Walaupun misi utama setiap pengetua untuk memastikan sekolahnya

menjadi

nombor satu dalam kecemerlangan ko-akademik, ko-kurikulum, sahsiah mahupun nilai-nilai murni pelajar, pengetua selalunya tidak boleh melakukannya seorang diri. Pengetua juga memerlukan bantuan guru-guru untuk memastikan matlamat ini tercapai. Oleh itu guru-guru dan pelajar-pelajar perlu didedahkan dengan matlamat dan budaya sekolah. Masalah persaingan antara sekolah dalam merebut kecemerlangan menyebabkan kemerosotan dalam elemen sahsiah dan emosi. Ini secara tidak langsung meletakkan warga sekolah dalam keadaan tertekan untuk merealisasikan matlamat pentadbir yang kadangkala tidak realistik. Jika dilihat secara mendalam, kecemerlangan sesebuah organisasi sebenarnya memerlukan kerjasama yang baik antara pentadbir dengan guru-guru. Guru-guru mendapat kepuasan apabila keperluannya dipenuhi manakala pengetua mendapat kepuasan apabila guru-guru dapat mencapai tingkat produktiviti yang tinggi. Kejayaan sesebuah lestari. TEORI KONSEPTUAL sekolah banyak bergantung kepada bagaimana pengetua dapat mengamalkan gaya kepimpinan yang berwibawa contohnya seperti kepimpinan

Dalam kepimpinan lestari, Hargreaves dan Fink (2003) melihat kelestarian tidak merujuk kepada pengekalan konsep kekal dalam tempoh waktu yang singkat. Malah, beliau melihat konsep kelestarian sebagai elemen kekal dan dapat diperbaharui untuk kebaikan semua pada masa hadapan termasuk komuniti dan persekitaran. Secara jelas, definisi dan takrifan di atas merujuk kepada dua konsep utama keperluan pengekalan atau lestari dalam konsep pembaharuan masa kini iaitu (1) pengekalan/kelestarian menekankan hubungan yang baik antara elemen dalam persekitarannya. Semua perubahan tersebut perlu menjurus kepada kebaikan, (2) pengekalan juga menjurus kepada peningkatan prestasi untuk semua, (3) kelestarian juga perlu disokong oleh sumber organisasi yang membantu

3

mempertingkatkan

kelestarian.

Dalam

konteks

ini,

kelestarian

adalah

lebih

tertumpu kepada konsep pembaharuan jangka panjang seperti peningkatan dalam pengajaran dan kemahiran guru. (4) kelestarian juga mewujudkan satu sistem persekitaran yang dapat memperbaiki kapasiti yang akan menyumbang kepada pembaharuan secara keseluruhan.

Di sebalik pelbagai faedah dan kebaikan yang terdapat dalam konsep kelestarian, Hargreaves dan Fink (2003) juga mengemukakan beberapa kekangan-kekangan yang dapat menggugat konsep kelestarian dalam sesebuah sistem pendidikan. Antaranya ialah perubahan yang standard dikatakan dapat mengekang kemajuan terutamanya para pelajar yang lemah dan miskin. Dalam situasi ini, standardisasi sistem pendidikan dikatakan akan memberi penekanan kepada guru dan pengetua untuk mencapai keputusan peperiksaan yang baik. Ia adalah kerana standardisasi hanya menjurus kepada matlamat jangka pendek sahaja. Akhirnya, kelestarian dalam perubahan sistem pendidikan akan perlu mengambil kira lima ciri dan elemen utama iaitu, (1) pembaharuan yang menitikberatkan pembelajaran dan tidak mengubah sesebuah sistem sekolah, (2) pembaharuan yang menekankan matlamat jangka panjang, (3) pembaharuan yang disokong oleh sumber yang mudah diperolehi, (4) pembaharuan tidak akan memberi impak yang negatif kepada persekitaran dan sistem persekolahan, (5) pembaharuan akan menggalakkan kepada kepelbagaian ekologi dan kemampuan untuk meningkatkan penglibatan komuniti.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian adalah seperti berikut :

4

i)ii) iii)

Mengkaji amalan kepimpinan lestari yang diamalkan oleh pengetua tersebut. Mengkaji prinsip kepimpinan lestari yang paling kerap digunakan. Mengkaji prinsip kepimpinan lestari yang paling kurang digunakan.

KAEDAH KAJIAN Bagi Mencapai matlamat ini, reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah kajian penilaian terhadap analisis kepimpinan lestari pengetua SMK Dato Seth, Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Hal ini kerana kaedah kajian penilaian mewakili kaedah kajian yang dilakukan untuk mengumpul data secara terus dari sekumpulan subjek (Chua,2006). Untuk mengendalikan kajian, dua cara boleh digunakan iaitu melalui temubual dan soal selidik. Kaedah kuantitatif (soal selidik) telah digunakan untuk menyiapkan jurnal ini.

SUBJEK DAN PERSEMPELAN Responden yang akan dipilih dalam menjalankan kajian ini ialah guru-guru yang mengajar di SMK Dato Seth, Yong Peng, Batu pahat, Johor. Jumlah responden yang akan dikaji ialah 100 orang guru yang terdiri daripada pelbagai jawatan seperti guru bidang, guru pakar, guru cemerlang, ketua panitia dan guru-guru biasa. bahawa data yang dihasilkan adalah menepati kehendak kajian. Tidak wujud sebarang unsur berat sebelah semasa menjalankan kajian demi memastikan

5

INSTRUMEN KAJIAN Pengkaji akan menggunakan kaedah soal selidik yang mana sebanyak 43 soalan soal selidik digunakan untuk mendapatkan data daripada responden. Soalan-soalan tersebut adalah berkaitan dengan teori kepimpinan lestari. Borang soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu A dan B yang mana bahagian A mengandungi maklumat demografi responden. Manakala bahagian B mengandungi maklumat berkenaan Teori Kepimpinan Lestari. Dalam bahagian ini juga responden perlu menyatakan tahap persetujuan mereka terhadap sesuatu pernyataan. Persetujuan tersebut adalah dalam bentuk : 1-sangat tidak setuju, 2-tidak setuju, 3setuju, 4-sangat setuju. Bagi menganalisis maklumat pada bahagian B, pengkaji akan menggunakan frekuensi, min dan peratusan. Dalam menentukan tahap min sesuatu corak kepimpinan, pengkaji telah menetapkan tahap min kepada tiga bahagian iatu rendah, sederhana dan tinggi. dilihat seperti jadual di bawah. Ketiga-tiga tahap tersebut dapat

JADUAL 1 : Taburan Penentuan Tahap Min Tahap Rendah Sederhana Tinggi Min 1.00 1.33 1.34 2.66 2.67 4.00

6

DATA ANALISIS Dalam menyelesaikan masalah ini data yang diperolehi akan dikaji menggunakan perisian SPSS 17 dan penumpuan yang akan dilakukan dalam bentuk min. Daripada 100 orang responden hanya 65 orang responden sahaja yang telah terlibat dengan kajian ini. Faktor masa dan komitmen responden merupakan punca yang menyebabkan sasaran responden yang telah ditetapkan tidak tercapai. Melalui dapatan yang diperolehi, seramai 7 orang (10.8%) merupakan responden lelaki dan bakinya seramai 58 orang (89.2%) adalah responden perempuan. Daripada jumlah responden tersebut 62 orang (95.4%) adalah pemegang ijazah sarjana muda manakala 3 orang ( 4.6%) adalah pemegang ijazah sarjana. Analisis juga menunjukkan bahawa 31 orang (47.7%) mempunyai pengalaman kerja kurang lima tahun, 15 orang (23.1%) mempunyai pengalaman kerja 6 hingga 10 tahun, 9 orang (13.8%) mempunyai pengalaman kerja 11 hingga 15 tahun dan 10 orang (15.4%) mempunyai pengalaman kerja melebihi 15 tahun. Dari segi penjawatan, analisis menunjukkan dua orang (3.0%) adalah ketua bidang, 12 orang (18.5%) adalah ketua panitia dan selebihnya 51 orang (78.5 %) adalah guru biasa. Maklumat mengenai data responden dapat dilihat seperti jadual di bawah. JADUAL 2 : Maklumat Responden Latar Belakang Jantina Lelaki Perempuan 7 58 10.8 89.2 Kekerapan (Orang) Peratus (%)

Taraf Pendidikan Tertinggi Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana 62 3 95.4 4.6

7

Tempoh Perkhidmatan Kurang daripada 5 tahun 6 hingga 10 tahun 11 hingga 15 tahun Lebih 15 tahun 31 15 9 10 47.7 23.1 13.8 15.4

Item penerangan 1. Pengetua memberi sokongan yang pembelajaran sepanjang hayat.

berterusan

kepada

Min 3.23 2.89

2. Pengetua mengutamakan penguasaan ilmu dan bukan untuk lulus sahaja. 3. Pengetua sekolah. menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan

3.29 3.18 2.80

4. Pengetua mengambil berat aspek pembelajaran. 2.91 5. Pengetua beri pandangan kepada pelajar untuk memilih subjek diminati. 6. Pengetua menggalakkan perkembangan emosi pelajar. Jumlah keseluruhan min 3.05

CORAK KEPIMPINAN PENGETUA BERDASARKAN PRINSIP TEORI KEPIMPINAN LESTARI

Dapatan

kajian

berkenaan

corak

kepimpinan

pengetua

berdasarkan

teori

kepimpinan lestari adalah seperti berikut:

JADUAL 3: Analisis Dapatan Bagi Prinsip Menggalakkan Pembelajaran Berterusan

8

Berdasarkan kepada jadual di atas, didapati bahawa pengetua menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan dalam kepimpinannya. Ini berdasarkan kepada nilai min tertinggi iaitu 3.29. Dapatan juga menunjukkan min keseluruhan bagi prinsip pembelajaran berterusan ialah 3.05. Kesimpulannya pengetua ini menggalakkan pembelajaran berterusan di kalangan guru dan juga pelajar.

JADUAL 4: Analisis Dapatan Bagi Prinsip Mewujudkan Pemimpin Pelapis Di Sekolah

9

Item penerangan 1. Pengetua mengagihkan tugasan kepimpinan kepada guru lain. 2. Pengetua membina perkongsian ilmu dalam aspek pengurusan di kalangan guru. 3. Pengetua membina budaya kepimpinan yang dikongsi bersama guru. 4. Pengetua kerap mengadakan latihan yang berkaitan kepimpinan dalam usaha menerapkan kepimpinan guru. 5. Pengetua melatih guru sebagai pentadbir untuk masa depan. 6. Pengetua memberikan aspirasi kepada guru yang berminat menjadi pemimpin. 7. Pengetua tidak menggalakkan guru taksub dengan kepimpinan beliau.

Min 3.15 2.98 2.83 2.86 2.83 2.68 2.65 2.72 2.86

8. Pengetua berhasrat melihat pengganti beliau mempunyai kualiti kepimpinan yang lebih baik daripada beliau. 9. Pengetua sentiasa berusaha memastikan pengganti beliau mampu memikul tugas pemimpin setelah ketiadaan beliau. Jumlah keseluruhan min 2.84

10

Berdasarkan kepada jadual di atas, didapati bahawa pengetua mengagihkan tugasan kepimpinan kepada guru lain. Ini terbukti dengan catatan min tertinggi iaitu 3.15. Dapatan juga menunjukkan min keseluruhan bagi prinsip mewujudkan pemimpin pelapis di sekolah ialah 2.84. Kesimpulannya pengetua ini mengagihkan tugasan kepimpinan kepada guru lain mengikut kelayakan masing-masing.

JADUAL 5: Analisis Dapatan Bagi Prinsip Penerapan Budaya Perkongsian Pembelajaran Dalam Kalangan Guru

11

Item penerangan 1. Pengetua menggalakkan guru belajar daripada guru lain yang lebih senior. 2. Pengetua menggalakkan guru supaya berkongsi maklumat dan informasi tentang aspek pembelajaran.

Mi n 3.3 1 3.2 8 2.6 2 3.0 3 2.8 0 3.1 5 3.0 3 3.0 3

3. Pengetua mengadakan sistem mentor-mentee untuk guru.4. Pengetua kerap menganjurkan latihan dalaman untuk guru. 5. Pengetua mengambil berat tentang kompetensi guru. 6. Pengetua menggalakkan kerjasama yang berterusan antara guru walaupun mereka bukan daripada panitia yang sama. 7. Pengetua mengutamakan konsep berpasukan dalam kalangan guru ketika mereka melaksanakan sesuatu tugas

Jumlah keseluruhan min

Berdasarkan kepada jadual di atas, didapati bahawa pengetua menggalakkan guru belajar daripada guru lain yang lebih senior. Ini terbukti dengan catatan min

12

tertinggi iaitu 3.31. Dapatan juga menunjukkan min keseluruhan bagi prinsip penerapan budaya perkongsian pembelajaran dalam kalangan guru ialah 3.03. Kesimpulannya pengetua ini amat menggalakkan perkongsian ilmu diantara guru.

JADUAL 6: Analisis Dapatan Bagi Prinsip Menggalakkan Perkongsian Dengan Rakan/Organisasi Di Luar Sekolah

13

Item penerangan 1. Pengetua turut membantu pentadbir di sekolah lain ketika mereka menghadapi sesuatu masalah. 2. Pengetua meminta bantuan kepakaran pentadbir di sekolah lain untuk menyelesaikan masalah di sekolah. 3. Pengetua berkawan rapat dengan pentadbir di sekolah lain bagi mempelajari rahsia kecemerlangan sekolah mereka. 4. Pengetua sanggup menyumbangkan kepakaran yang ada di sekolah untuk tujuan peningkatan prestasi di sekolah yang bermasalah. 5. Pengetua sanggup berkongsi maklumat dengan pentadbir di sekolah lain agar mereka turut cemerlang seperti sekolah saya.

Min 2.77 2.69 2.86 2.71 2.77 2.86

6. Pengetua sanggup berkongsi kepakaran yang ada di sekolah saya untuk tujuan peningkatan prestasi keseluruhan negeri/daerah. 7. Pengetua dilihat bertanggungjawab untuk membantu rakan pentadbir di sekolah lain yang menghadapi masalah dalam aspek pengurusan. Jumlah keseluruhan min

2.68

2.76

14

Berdasarkan kepada jadual di atas, didapati bahawa pengetua mempraktikkan dua ciri penting yang terdapat dalam prinsip ini iaitu (i) berkawan rapat dengan pentadbir di sekolah lain bagi mempelajari rahsia kecemerlangan sekolah mereka dan (ii) beliau juga sanggup berkongsi kepakaran yang ada di sekolah saya untuk tujuan peningkatan prestasi keseluruhan negeri/daerah. Ini merujuk kepada nilai min yang tinggi bagi kedua-dua ciri tersebut iaitu 2.86. Dapatan juga menunjukkan min keseluruhan bagi prinsip menggalakkan perkongsian dengan rakan/organisasi di luar sekolah ialah 2.76. Kesimpulannya pengetua sangat menggalakkan perkongsian maklumat, idea dan sentiasa bekerjasama dengan organisasi di luar sekolah.

JADUAL 7 : Analisis Dapatan Bagi Prinsip Kepelbagaian

15

Item penerangan 1. Pengetua dilihat cuba membina kerangka yang dapat dijadikan landasan kepada perkongsian nilai dan matlamat sekolah. 2. Pengetua menggalakkan guru mempunyai kepelbagaian dalam semua aspek kepakaran walaupun tidak diperlukan oleh pihak sekolah. 3. Pengetua bersikap terbuka kepada segala idea, pandangan dan kreativiti yang diberikan oleh guru. 4. Pengetua dilihat fleksibel kepada perubahan yang berlaku di luar sekolah. 5. Pengetua mempunyai ketahanan diri yang kuat kepada sebarang jenis tekanan. 6. Pengetua amat menghormati guru yang dapat menyelesaikan masalah pengurusan di sekolah tanpa bantuannya. 7. Pengetua dilihat merasa tertekan jika guru tidak mahu menerima pandangannya.

Mi n 2.8 3 2.8 6 2.6 2 2.7 8 2.8 0 2.8 8 2.7 7 2.7 9

Jumlah keseluruhan min

Berdasarkan kepada jadual di atas, didapati bahawa pengetua amat menghormati guru yang dapat menyelesaikan masalah pengurusan di sekolah tanpa bantuannya. Ini terbukti dengan catatan min tertinggi iaitu 2.88. Dapatan juga menunjukkan min keseluruhan bagi prinsip kepelbagaian ialah 2.79. Kesimpulannya pengetua ini

16

sangat memberi peluang kepada guru untuk mengetengahkan potensi diri masingmasing.

JADUAL 8 : Analisis Dapatan Bagi Prinsip Pemeliharaan

17

Item penerangan 1. Pengetua memimpin sekolah berdasarkan pengalaman yang dimilikinya sebagai pentadbir di sekolah lain. 2. Pengetua menjadikan masalah dihadapi pada masa lalu sebagai panduan kepadanya agar dapat memimpin sekolah dengan lebih efektif. 3. Pengetua dilihat membuat keputusan tentang sekolah berdasarkan kepada data yang diperolehi pada tahun lalu. 4. Pengetua dilihat tidak akan meniru program yang telah berjaya di sekolah lain untuk dilaksanakan di sekolah tanpa menganalisis kesesuaiannya. 5. Pengetua akan memperbaiki visi sekolah jika ianya telah mampu direalisasikan. 6. Pengetua menggalakkan budaya pembelajaran yang berterusan untuk dirinya sendiri.

Mi n 3.0 5 3.0 3 2.9 8 2.6 3 2.8 8 2.7 8 2.8 3 2.8 8

7. Pengetua akan mengambil langkah drastik misalnya mengubahtugas guru yang tidak melaksanakan tugas yang diberikan. Jumlah keseluruhan min

18

Berdasarkan kepada jadual di atas, didapati bahawa pengetua memimpin sekolah berdasarkan kepada pengalaman yang dimilikinya sewaktu mentadbir di sekolah lain. Ini terbukti dengan nilai min tertinggi iaitu 3.05. Dapatan juga menunjukkan min keseluruhan bagi prinsip pemeliharaan ialah 2.88. Kesimpulannya pengetua ini menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya untuk mentadbir organisasi.

JADUAL 9 : Analisis Dapatan Bagi Prinsip-Prinsip Kepimpinan Lestari

19

Item penerangan 1. Menggalakkan pembelajaran berterusan 2. Mewujudkan pemimpin pelapis di sekolah. 3. Penerapan budaya perkongsian pembelajaran dalam kalangan guru. 4. Menggalakkan perkongsian dengan rakan/organisasi di luar sekolah. 5. Kepelbagaian 6. Pemeliharaan Jumlah keseluruhan min

Min 3.05 2.84 3.03 2.76 2.79 2.88

2.89

Berdasarkan

kepada

jadual

di

atas,

didapati

bahawa

pengetua

ini

lebih

mempraktikkan prinsip menggalakkan pembelajaran yang berterusan di kalangan guru dan pelajar berbanding dengan prinsip-prinsip kepimpinan lestari yang lain. Dapatan juga menunjukkan bahawa prinsip menggalakkan perkongsian dengan rakan/organisasi mengamalkan paling kurang lestari diamalkan. dalam Kesimpulannya pengetua ini kepimpinan organisasinya berdasarkan kepada

dapatan min bagi keseluruhan prinsip adalah melebihi 2.67.

20

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, didapati bahawa pengetua sekolah ini mengamalkan kepimpinan lestari yang mana kesemua prinsip-prinsip ini menjadi garis panduan di dalam pentadbirannya. Dapatan kajian menunjukkan prinsip yang paling kerap digunakan ialah menggalakkan pembelajaran berterusan di kalangan guru dan pelajar. Pengetua berpandangan bahawa melalui pembelajaran yang berterusan ia akan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru supaya mereka menjadi lebih pakar dalam bidang masing-masing. Salah satu cara yang dilakukan ialah dengan memberi galakan kepada guru untuk melanjutkan pelajaran. Selain itu, pembelajaran berterusan juga merupakan satu proses menggalakkan pencapaian kendiri setiap guru kepada tahap yang lebih tinggi. Ini sekali gus menggambarkan pengetua ini mempunyai visi dan berpandangan jauh. Prinsip menggalakkan perkongsian dengan rakan/organisasi di luar sekolah merupakan prinsip yang paling kurang diaplikasikan oleh pengetua ini dalam menguruskan sekolah. Ini disebabkan oleh dasar kementerian yang terlalu berfokus kepada kecemerlangan. Sekolah-sekolah sentiasa berlumba-lumba mengejar kecemerlangan masing-masing. Pengetua ini juga tidak terlepas daripada senario ini. Beliau didapati enggan berkongsi kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh guru. Kesimpulannya pengetua mengamalkan tahap kepimpinan lestari pada tahap yang tinggi kerana beliau berjaya melaksanakan kesemua prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Teori Kepimpinan Lestari.

21

RUJUKAN Hargreaves, A. dan Fink, D. (2006). Sustainable Leadership. USA: Jossey-Bass Hargreaves, A dan Fink, D. (2003). Sustaining Leadership.Phi Delta Kappan Hargreaves, A dan Fink, D. (2004). The seven principles of sustainable leadership. Educational Leadership Norlia Goolamally dan Dr. jamil Ahmad (2005). Pemilihan Pengetua Sekolah Ke Arah Kelestarian Kepimpinan: Satu Pemikiran Semula Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

22

LAMPIRAN SOALAN SOAL SELIDIK SOAL SELIDIK BERKENAAN KEWUJUDAN GAYA KEPIMPINAN LESTARI YANG DIAMALKAN OLEH PENGETUA

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

23

SOAL SELIDIK PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN (PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN) Arahan : Tandakan dengan (X) pada ruangan yang telah disediakan.

KEPADA ANDA YANG BUDIMAN 1. bawah dengan teliti. 2. Anda tidak perlu bimbang tentang pendedahan identiti diri anda kerana kesemua jawapan dan maklumat yang diberikan adalah RAHSIA dan hanya digunakan untuk tujuan kajian semata-mata.BAHAGIAN A : MAKLUMAT DEMOGRAFI 1.0 KATEGORI INDIVIDU 1.1 Guru Siswazah 1.2 Guru bukan siswazah 2.0 JANTINA 2.1 Lelaki 2.2 Perempuan 3.0 TAHAP PENDIDIKAN TERTINGGI 3.1 SPM/MCE 3.2 STPM/HSC 3.3 Diploma 3.4 Sarjana muda 3.5 Sarjana 4.0 PENGALAMAN BEKERJA

Sila BACA setiap pernyataan di

24

4.1 4.2

Kurang dari 5 tahun 6 hingga 10 tahun

4.3 11 hingga 15 tahun 4.4 Lebih 15 tahun 5.0 JAWATAN DISANDANG 5.1 Guru Penolong Kanan 5.2 Ketua Bidang 5.3 Ketua Panitia 5.4 Guru Pakar 5.5 Guru Cemerlang 5.6 Guru Biasa

BAHAGIAN B ARAHAN:BULATKAN satu daripada empat nombor yang terdapat dalam Skala Likert

berikut: 4. 3. 2. 1.Contoh:

- Sangat Setuju - Setuju - Tidak Setuju - Sangat Tidak Setuju

(SS) (S) (TS) (STS)

00. Dasar-dasar organisasi difahami semua semua guru

4 (SS)

3 (S)

2

1

(TS) (STS)

25

MENGGALAKKAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN 1. Pengetua memberikan sokongan yang berterusan kepada pembelajaran sepanjang hayat kepada guru dan pelajar 2. Pengetua mengutamakan penguasaan ilmu bukan untuk lulus peperiksaan semata-mata 3. Pengetua menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan di sekolah 4 3 2 1 4 3 2 1 4 3 2 1

4.

Walaupun pengetua sebagai pentadbir, beliau turut mengambil berat akan aspek pembelajaran4 3 2 1

5.

Pengetua memberi pandangan/nasihat kepada pelajar untuk memilih subjek diminati 4 3 2 1

6.

Pengetua menggalakkan perkembangan emosi pelajar 4 3 2 1

MEWUJUDKAN PEMIMPIN PELAPIS DI SEKOLAH

1.

Pengetua mengagihkan tugasan kepimpinan kepada guru lain 4 3 2 1

26

2.

Pengetua membina perkongsian ilmu dalam aspek pengurusan dalam kalangan guru 4 3 2 1

3.

Pengetua membina budaya kepemimpinan yang dikongsi bersama antara guru 4 3 2 1

4.

Pengetua kerap mengadakan latihan yang berkait dengan kepemimpinan dalam usaha menerapkan kemahiran kepemimpinan guru 4 3 2 1

5.

Pengetua cuba melatih guru sebagai pemimpin supaya mereka mudah apabila menjadi pentadbir sekolah kelak 4 3 2 1

6.

Pengetua memberikan aspirasi kepada guru yang berminat menjadi pemimpin 4 3 2 1

7.

Pengetua tidak menggalakkan guru merasa taksub (percaya sepenuh hati) kepada kepimpinan beliau4 3 2 1

8.

Pengetua pernah berhasrat untuk melihat pengganti beliau mempunyai kualiti kepemimpinan adalah lebih baik daripada beliau 4 3 2 1

9.

Pengetua sentiasa berusaha memastikan pengganti beliau mampu memikul tugas pemimpin setelah ketiadaan beliau 4 3 2 1

PENERAPAN BUDAYA PERKONGSIAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU 27

1.

Pengetua menggalakkan guru belajar daripada guru lain yang lebih senior 2. 4 3 2 1

Pengetua menggalakkan guru supaya berkongsi maklumat dan informasi tentang aspek pembelajaran 4 3 2 1

3.

Pengetua mengadakan sistem mentor-mentee untuk guru 4 3 2 1

4.

Pengetua kerap menganjurkan latihan dalaman untuk guru 4 3 2 1

5.

Pengetua mengambil berat tentang kompetensi guru 4 3 2 1

6.

Pengetua menggalakkan kerjasama yang berterusan antara guru walaupun mereka bukan daripada panitia yang sama 4 3 2 1

7.

Pengetua mengutamakan konsep berpasukan dalam kalangan guru ketika mereka melaksanakan sesuatu tugas 4 3 2 1

MENGGALAKKAN PERKONGSIAN DENGAN RAKAN/ORGANISASI DI LUAR SEKOLAH

28

1.

Pengetua turut membantu pentadbir di sekolah lain ketika mereka menghadapi sesuatu masalah4 3 2 1

2.

Pengetua meminta bantuan kepakaran pentadbir di sekolah lain untuk menyelesaikan masalah di sekolah 4 3 2 1

3.

Pengetua berkawan rapat dengan pentadbir di sekolah lain bagi mempelajari rahsia kecemerlangan sekolah mereka 4 3 2 1

4.

Pengetua sanggup menyumbangkan kepakaran yang ada di sekolah untuk tujuan peningkatan prestasi di sekolah yang bermasalah 4 3 2 1

5.

Pengetua sanggup berkongsi maklumat dengan pentadbir di sekolah lain agar mereka turut cemerlang seperti sekolah saya 4 3 2 1

6.

Pengetua sanggup berkongsi kepakaran yang ada di sekolah saya untuk tujuan peningkatan prestasi keseluruhan negeri/daerah 4 3 2 1

7.

Pengetua dilihat bertanggungjawab untuk membantu rakan pentadbir di sekolah lain yang menghadapi masalah dalam aspek pengurusan 4 3 2 1

KEPELBAGAIAN 29

1.

Pengetua dilihat cuba membina kerangka yang dapat dijadikan landasan kepada perkongsian nilai dan matlamat sekolah 4 3 2 1

2.

Pengetua menggalakkan guru mempunyai kepelbagaian dalam semua aspek kepakaran walaupun tidak diperlukan oleh pihak sekolah 4 3 2 1

3.

Pengetua bersikap terbuka kepada segala idea, pandangan dan kreativiti yang diberikan oleh guru 4 3 2 1

4.

Pengetua dilihat fleksibel kepada perubahan yang berlaku di luar sekolah 4 3 2 1

5.

Pengetua mempunyai ketahanan diri yang kuat kepada sebarang jenis tekanan 4 3 2 1

6.

Pengetua amat menghormati guru yang dapat menyelesaikan masalah pengurusan di sekolah tanpa bantuannya 4 3 2 1

7.

Pengetua dilihat merasa tertekan jika guru tidak mahu menerima pandangannya 4 3 2 1

PEMELIHARAAN

30

1.

Pengetua memimpin sekolah berdasarkan pengalaman yang dimilikinya sebagai pentadbir di sekolah lain 4 3 2 1

2.

Pengetua menjadikan masalah dihadapi pada masa lalu sebagai panduan kepadanya agar dapat memimpin sekolah dengan lebih efektif 4 3 2 1

3.

Pengetua dilihat membuat keputusan tentang sekolah berdasarkan kepada data yang diperolehi pada tahun lalu 4 3 2 1

4.

Pengetua dilihat tidak akan meniru program yang telah berjaya di sekolah lain untuk dilaksanakan di sekolah tanpa menganalisis kesesuaiannya 4 3 2 1

5.

Pengetua akan memperbaiki visi sekolah jika ianya telah mampu direalisasikan 4 3 2 1

6.

Pengetua menggalakkan budaya pembelajaran yang berterusan untuk dirinya sendiri 4 3 2 1

7.

Pengetua akan mengambil langkah drastik misalnya mengubah tugas guru yang tidak melaksanakan tugas yang diberikan 4 3 2 1

SEKIAN TERIMA KASIH

31

PENGIRAAN MIN BAGI SETIAP SOALAN YANG TERDAPAT DALAM BORANG KAJI SELIDIK

Descriptive Statistics N Pmbljrn. Btrsn1 Pmbljrn. Btrsn2 Pmbljrn. Btrsn3 Pmbljrn. Btrsn4 Pmbljrn. Btrsn5 Pmbljrn. Btrsn6 Valid N (listwise) 65 65 65 65 65 65 65 Minimum 2.00 1.00 2.00 1.00 1.00 1.00 Maximum 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 Mean 3.2308 2.8923 3.2923 3.1846 2.8000 2.9077 Std. Deviation .58012 .73150 .63055 .68219 .64226 .60527

32

Descriptive Statistics N Pmimpin pelapis1 Pmimpin pelapis2 Pmimpin pelapis3 Pmimpin pelapis4 Pmimpin pelapis5 Pmimpin pelapis6 Pmimpin pelapis7 Pmimpin pelapis8 Pmimpin pelapis9 Valid N (listwise) 65 65 65 65 65 65 65 65 65 65 Minimum 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 Maximum 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 Mean 3.1538 2.9846 2.8308 2.8615 2.8308 2.6769 2.6462 2.7231 2.8615 Std. Deviation .64301 .59928 .69752 .65852 .67475 .73117 .64785 .67332 .63435

Descriptive Statistics N Budaya kongsi bljr1 Budaya kongsi bljr2 Budaya kongsi bljr3 Budaya kongsi bljr4 Budaya kongsi bljr5 Budaya kongsi bljr6 Budaya kongsi bljr7 Valid N (listwise) 65 65 65 65 65 65 65 65 Minimum 1.00 2.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 Maximum 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 Mean 3.3077 3.2769 2.6154 3.0308 2.8000 3.1538 3.0308 Std. Deviation .63549 .48437 .70027 .55816 .73314 .56543 .66071

33

Descriptive Statistics N kongsi luar1 kongsi luar2 kongsi luar3 kongsi luar4 kongsi luar5 kongsi luar6 kongsi luar7 Valid N (listwise) 65 65 65 65 65 65 65 65 Minimum 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 Maximum 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 Mean 2.7692 2.6923 2.8615 2.7077 2.7692 2.8615 2.6769 Std. Deviation .63169 .63549 .55557 .55122 .58012 .55557 .64001

Descriptive Statistics N kepelbagaian1 kepelbagaian2 kepelbagaian3 kepelbagaian4 kepelbagaian5 kepelbagaian6 kepelbagaian7 Valid N (listwise) 65 65 65 65 65 65 65 65 Minimum 2.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 Maximum 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 Mean 2.8308 2.8615 2.6154 2.7846 2.8000 2.8769 2.7692 Std. Deviation .45309 .55557 .76429 .71790 .68920 .69614 .72391

34

Descriptive Statistics N pemeliharaan1 pemeliharaan2 pemeliharaan3 pemeliharaan4 pemeliharaan5 pemeliharaan6 pemeliharaan7 Valid N (listwise) 65 65 65 65 65 65 65 65 Minimum 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 Maximum 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 Mean 3.0462 3.0308 2.9846 2.6308 2.8769 2.7846 2.8308 Std. Deviation .54287 .63662 .51515 .54684 .54508 .67297 .74097

PENGIRAAN MIN BAGI SETIAP PRINSIP KEPIMPINAN LESTARI DAN KEPIMPINAN LESTARI SECARA KESELURUHAN

35

Descriptive Statistics N bterusan pelapis kongsi kgsiluar plbagai plhara lestari Valid N (listwise) 65 65 65 65 65 65 65 65 Minimum 1.33 1.11 1.43 1.00 1.71 1.57 1.36 Maximum 4.00 3.78 4.00 3.86 4.00 3.86 3.83 Mean 3.0513 2.8410 3.0308 2.7626 2.7912 2.8835 2.8934 Std. Deviation .50854 .45769 .46049 .43979 .43965 .42250 .39192

36