assignment 3

19
PENDAHULUAN Akhlak dalam bahasa Arab bermaksud ‘khuluq’ yang bermaksud perangai, tabiat dan budi pekerti. Selain itu, akhlak juga ditakrifkan sebagai kebiasaan, maruah dan agama. Akhlak dari segi istilah pula didefinisikan sebagai perilaku yang meresap ke dalam jiwa seseorang. Jika yang terbit dari perilaku itu perbuatan yang elok dan terpuji menurut ukuran akal mahupun syarak, itulah yang dinamakan sebagai akhlak yang baik. Tetapi jika sebaliknya, perilaku itu dinamakan sebagai akhlak yang keji (Halim Tamuri(2007) dalam Abdul Hafiz et al). Dalam Islam, pengajaran akhlak amat dititikberatkan sejak kecil lagi. Pendidikan di rumah sendiri telah mempraktikkan pengajaran akhlak melalui cara kehidupan seharian. Bermula dengan cara menghormati orang tua terutamanya ibu bapa, membantu ibu bapa dan sebagainya. Boleh dikatakan semua agama di dunia ini mempraktikkan dan mengandungi ajaran yang berkaitan dengan akhlak dan

Upload: azad-iqram-nadmilail

Post on 13-Feb-2016

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Assignment 3

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment 3

PENDAHULUAN

Akhlak dalam bahasa Arab bermaksud ‘khuluq’ yang bermaksud perangai, tabiat dan

budi pekerti. Selain itu, akhlak juga ditakrifkan sebagai kebiasaan, maruah dan

agama. Akhlak dari segi istilah pula didefinisikan sebagai perilaku yang meresap ke

dalam jiwa seseorang. Jika yang terbit dari perilaku itu perbuatan yang elok dan

terpuji menurut ukuran akal mahupun syarak, itulah yang dinamakan sebagai akhlak

yang baik. Tetapi jika sebaliknya, perilaku itu dinamakan sebagai akhlak yang keji

(Halim Tamuri(2007) dalam Abdul Hafiz et al).

Dalam Islam, pengajaran akhlak amat dititikberatkan sejak kecil lagi. Pendidikan di

rumah sendiri telah mempraktikkan pengajaran akhlak melalui cara kehidupan

seharian. Bermula dengan cara menghormati orang tua terutamanya ibu bapa,

membantu ibu bapa dan sebagainya. Boleh dikatakan semua agama di dunia ini

mempraktikkan dan mengandungi ajaran yang berkaitan dengan akhlak dan budi

pekerti ini. Hal ini menunjukkan bahawa semua agama menganjurkan ke arah akhlak

yang mulia.

Dalam agama Islam, akhlak mendapat kedudukan yang tinggi dalam ajarannya.

Bahkan, Nabi Muhammad S.A.W telah diutuskan sebagai Qudwah Hasanah yang

utama kepada manusia. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W iaitu:

‘Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia’.

(Hadith Riwayat Muslim)

Page 2: Assignment 3

Hadis tersebut jelas menunjukkan bahawa hubungan yang erat di antara akhlak dan

cara kehidupan seharian yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Sifat-sifat terpuji yang

ditunjukkan oleh baginda menjadi satu contoh yang terbaik bagi umat Islam untuk

menjadi seorang mukmin yang sejati.

DEFINISI QUDWAH HASANAH

Menurut Halim Tarmudi (2007), Qudwah Hasanah bermaksud contoh teladan yang

baik. Contoh teladan yang dimaksudkan adalah junjungan besar kita, Nabi

Muhammad S.A.W. Baginda telah diutuskan oleh Allah S.W.T kepada umat manusia

untuk menyampaikan segala amanah dan perintah-Nya. Pada waktu itu baginda juga

bertindak sebagai penyuluh kehidupan umat jahiliyyah yang hidup dalam kegelapan.

Maka, sifat-sifat dan akhlak Rasulullah menjadi contoh dan ikutan kepada mereka

untuk diikuti dan dicontohi.

Nabi Muhammad S.A.W telah dianugerahkan keperibadian yang tinggi. Baginda juga

menjadi tonggak pencetus dan penggerak dalam membangunkan konsep yang

berasaskan cara pemikiran yang tertentu (Naeem Siddiqui dalam Universiti Malaya,

2007). Maka, keperibadian baginda ini lah yang menjadi qudwah hasanah kepada

umat manusia untuk diikuti dan dicontohi. Hal ini boleh dikenal dan dilihat melalui

sifat-sifat yang wajib bagi Rasul.

Page 3: Assignment 3

KEPERIBADIAN RASULULLAH S.A.W

Rasulullah digambarkan sebagai seorang hamba Allah yang lembut hati, mudah

tersenyum dan bersopan santun. Baginda juga dikatakan sebagai manusia yang

pengasih dalam kalangan kaumnya dan tidak ada seorang pun yang dapat menandingi

sifat tersebut. Baginda sering menghabiskan masa di rumah dan pada masa yang sama

terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan masyarakat dan pertemuan dengan

beberapa individu dengan tujuan tersendiri.

Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu contoh ikutan

yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan

(balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-

banyak (dalam masa susah dan senang).

Firman Allah di atas jelas menunjukkan bahawa Rasulullah merupakan qudwah

hasanah yang baik bagi semua umat manusia. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Al-

Quran telah menggariskan tentang qudwah hasanah kepada umat manusia dalam

menjalani kehidupan seharian yang penuh liku-liku kehidupan. Sesungguhnya umat

manusia telah ditunjukkan dan diberikan penjelasan di dalam Al-Quran

Al-Quran merupakan asas syariat Islam yang merupakan kalam Allah yang menjadi

panduan hidup bagi umat manusia. Sunnah Rasul pula menjadi penjelas kepada ayat

Al-Quran dalam menjalankan hokum syariat. Rasulullah S.A.W diutuskan untuk bagi

Page 4: Assignment 3

menyampaikan risalah Al-Quran kepada umat manusia dan dijelaskan serta

diterangkan melalui sunnahnya. Sunnah Rasulullah ini merupakan salah satu contoh

qudwah hasanah yang boleh diambil oleh umat manusia.

Islam telah meletakkan kedudukan sunnah Rasulullah S.A.W sebagai satu sumber

rujukan terpenting selain Al-Quran. Malah setiap kelakuan dan akhlak Rasulullah

S.A.W adalah merupakan wahyu. Aisyah R.A apabila ditanya oleh para sahabat

tentang akhlak baginda, lantas beliau menjawb bahawa akhlak baginda adalah AL-

Quran. Diriwayatkan daripada hadis yang bermaksud :

“Sesungguhnya akhlak baginda ialah Al-Quran.”

(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Justeru itu, para sahabat bertungkus lumus untuk mendapatkan dan mempelajari

hadis-hadis yang disampaikan oleh Rasulullah S.AW dengan menjadikan baginda

sebagai contoh terbaik (Qudwah hasanah) di samping menunpukan perhatian terhadap

AL-Quran sebagai satu tuntutan praktikal di dalam kehidupan mereka.

Oleh yang demikian, mereka sentiasa berusaha bersungguh-sungguh

mendapatkan hadis-hadis daripada Rasulullah S.A.W dan baginda meminta para

sahabat yang mendengarnya supaya menyampaikan kepada orang lain. Dengan itu,

hadis telah berkembang dengan meluasnya sejak zaman Sahabat, Tabi’in, Tabi’

Tabi’in sehingga ke hari ini.

Page 5: Assignment 3

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W merupakan seorang amnesia yang laing mulia di sisi

Allah S.W.T. Segala gerak langkah dan tindak tanduk yang dilakukannya itu tetap

menjadi ikutan, begitu juga dengan amalan dan perlakuan hidupnya tetap menjadi

teladan yang baik kepada semua umat manusia. Segala ucapan dan tutur katanya telah

menjadi perbahasan yang ilmiah untuk dijadikan asas atau sandaran dalam sesuatu

permasalahan. Tiada suatu pun kelemahan yang boleh dipertikaikan ke atas diri

baginda dan tiada pula kesalahan yang pernah dilakukannya sehingga mengguris

perasaan orang lain. Rasulullah juga tidak pernah melakukan perbuatan mungkar,

apatah lagi melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan keaiban ke atas

dirinya sendiri.

Hakikatnya, baginda Rasulullah S.A.W. tetap menjadi pilihan umat manusia sebagai

Qudwah Hasanah. Baginda adalah seorang hamba Allah yang sentiasa berusaha

dengan gigih di dalam menyampaikan seruan dakwah kepada masyarakat, seruan

untuk meminpin manusia ke jalan yang benar dan ke arah petunjuk Allah S.W.T.

Baginda berusaha dengan lebih tekun untuk membawa manusia kembali ke pangkuan

Allah S.W.T. Baginda muncul ditengah-tengah masyarakat dengan mengemukakan

konsep tauhid yang mengesakan ketuhanan Allah, Tuhan Yang Maha Agung dan

ianya merupakan tunjang bagi pegangan hidup sekalian umat manusia. Di samping

itu, baginda juga mengajak masayarakat supaya beristiqamah di jalan yang benar.

Segala impian hidup baginda telah terlaksana apabila isi pengajarannya itu telah

mengalir di sepanjang peredaran zaman.

Page 6: Assignment 3

Sesungguhnya segala pekerti dan akhlak yang terdapat pada diri Rasulullah S.A.W

telah mendapat pujian dan sanjungan daripada Allah S.W.T. Segala peradaban hidup

yang ditonjolkandan segala tingkah laku baginda tetap merupakan syiar atau lambing

keagungan Islam sejagat. Malah, ianya juga boleh dianggap sebagai dasar dalam

sistem ajaran Islam, di samping ianya menjadi contoh yang amat berguna kepada

generasi yang akan datang supaya mereka terus hidup dalam keadaan kesempurnaan.

Allah S.W.T telah berfirman :

“Dan sesungguhnya kamu(wahai Muhammad) mempunyai keperibadian akhlak yang

amat agung”

(Surah Al-Qalam ; 4)

Sesungguhnya pembinaan akhlak dan penyucian diri amat perlu ketika

mengendalikan urusan hidup seharian seperti yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Hal ini kerana salah satu sebab mengapa ajaran Islam dapat diterima oleh masyarakat

arab jahiliyah ialah kerana kemuliaan akhlak dan peribadi yang ditonjolkan oleh

baginda.

Kehidupan Nabi Muhammad S.A.W amat jauh berbeza jika hendak dibandingkan

dengan pemimpin umat manusia lain yang ada di dunia ini. Kehidupan baginda

dipenuhi dengan program amal ibadat dan hubungan yang erat dengan Allah S.W.T.

Setiap detik kehidupan baginda sentiasa dikaitkan dengan Allah dan baginda pula

tidak pernah lalai ingatannya kepada Allah S.W.T. Firman-Nya :

Page 7: Assignment 3

“Dan jangan kamu menmanjangkan pandangan mu kepada kesenangan yang Kami

berikan kepada beberapa golongan di kalangan mereka dan janganlah kamu merasa

sedih terhadap mereka.”

(Surah Al-Hijr : 88)

Rasulullah S.A.W. memilih kehidupan zuhud dalam kehidupannya semata-mata untuk

menyatakan pengabdian dirinya kepada Allah, baginda S.A.W. memilih jalan untuk

sibuk melakukan amal ibadat kepada Allah dan tidak sibuk mengumpul harta

kekayaan. Baginda S.A.W. memilih jalan zuhud sebagai dasar kehidupannya adalah

kerana untuk memberi pengajaran kepada umatnya bahawa seseorang pemimpin tidak

semestinya kaya-raya untuk memimpin umat manusia, bahkan apa yang penting di

sana ialah ilmu pengetahuan yang diikat dengan usaha dan pengorbanan, di samping

hubungan yang tulus ikhlas dengan Allah. Kehidupan zuhud baginda S.A.W. telah

digambarkan di dalam sepotong hadith, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh

Abdullah bin Mas'ud r.a.

“ Saya telah datang berjumpa Rasulullah s.a.w. dan ketika itu baginda sedang berbaring di atas sebidang tikar (yang diperbuat dari daun kurma) yang memberi kesan pada bahagian belakang baginda yang mulia itu, maka akupun berkata: Wahai Rasulullah! Apa kata sekiranya kita buatkan suatu bantal yang diletakkan antara kamu dan tikar itu, supaya tidak lagi memberi kesan belakang mu! Maka baginda bersabda: Apalah aku dan dunia ini! Tidaklah aku dan dunia ini melainkan seperti seorang pengembara yang berhenti berteduh sejenak di bawah pohon, kemudian itu dia meneruskan perjalanan “

Page 8: Assignment 3

PENGHAYATAN

Penghayatan terhadap sunnah Rasulullah boleh dipupuk dalam kalangan umat

manusia melalui kefahaman, penyampaian dan amalan harian yang berterusan.

Penyampaian yang berterusan ini boleh dijalankan melalui pelbagai cara seperti

penyampaian tazkirah selepas solat fardhu di masjid dan surau, penyerahan risalah-

risalah yang menekankan mengenai sunnah dan keperibadian Rasulullah S.A.W. dan

ingatan-ingatan secara berterusan secara tidak langsung.

Bagi memastikan penghayatan ini berkesan, setiap individu perlu menyampaikannya

kepada orang lain. Hal ini bermaksud penyampaian ilmu dan ingatan yang berterusan

bagi memastikan kelangsungan penyampaian itu tidak terhenti. Sekiranya keadaan ini

berterusan sepanjang masa, secara tidak langsung setiap individu terdidik dengan

sendirinya tanpa memerlukan teguran dan ingatan daripada orang lain, sekaligus

kefahaman terhadap setiap sunnah itu dapat diteguhkan.

Pengamalan sunnah Rasulullah pula perlu dijalankan secara istiqamah dalam

kehidupan seharian mengikut konteks dan situasi tertentu. Pengamalan sunnah

Rasululah S.A.W ini seharusnya bersifat holistik dan merangkumi setiap aspek dalam

kehidupan. Bukan hanya sebahagian sahaja yang mengikuti sunnah. Natijahnya,

proses mendidik diri untuk menjadi seorang muslim yang sejati terbantut. Walau

bagaimanapun, pengamalan sunnah rasul ini boleh dilakukan secara berperingkat

bersesuaian dengan keadaan semasa.

Page 9: Assignment 3

Penghayatan melalui hadis juga merupakan salah satu cara menghayati keperibadian

Rasulullah S.A.W. Perkataan al-Hadis dari segi bahasa Arab bermakna sesuatu yang

baru daripada kalam atau perkhabaran sama ada sedikit atau banyak. Menurut Ibn

Manzur (1990) perkataan hadis berasal daripada hadatha yang bermaksud berlawanan

dengan kalam iaitu lama AL-hadis membawa pengertian sesuatu yang baru. Ia juga

bermakna perkhabaran yang diceritakan sama ada sedikit ataupun banyak.

Daripada pengertian di atas dapat disimpulkan bahawa hadis ialah segala yang

disandarkan kepada Rasulullah S.A.W sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan,

akhlak dan sifat kejadiannya. Begitu juga dengan perkara yang disandarkan kepada

para Sahabat dan Tabi’in. Penghayatan terhadap hadis ini juga dapat menjadikan

seseorang itu menghayati akhlak dan keperibadian yang dibawa oleh Rasulullah

S.A.W dan para Sahabat.

Sesungguhnya baginda S.A.W. merupakan seorang manusia yang paling mulia di sisi

Allah. Segala gerak langkah dan tindak tanduk yang dilakukannya itu tetap menjadi

ikutan, begitu juga dengan amalan dan perlakuan hidupnya  tetap menjadi teladan

yang baik kepada semua umat manusia. Segala ucapan dan tutur katanya telah

menjadi perbahasan yang ilmiyah untuk dijadikan nas atau sandaran dalam sesuatu

permasalahan. Tiada suatupun kelemahan yang boleh dipertikaikan ke atas diri dan

batang tubuh baginda S.A.W dan tiada pula kesalahan yang pernah dilakukan oleh

baginda sehingga mengguris perasaan hati seseorang.

Baginda juga tidak pernah melakukan perbuatan mungkar, apatah lagi melakukan

perkara-perkara yang tidak senonoh yang boleh menjatuhkan keaiban ke atas dirinya

Page 10: Assignment 3

sendiri. Hakikatnya, baginda s.a.w. tetap menjadi pilihan umat manusia sebagai

qudwah hasanah, iaitu contoh teladan yang baik. Baginda S.A.W. adalah seorang

hamba Allah yang sentiasa berusaha dengan gigih di dalam menyampaikan seruan

dakwah kepada masyarakat, seruan untuk memimpin manusia ke jalan yang benar dan

ke arah petunjuk Allah. Baginda berusaha dengan lebih tekun untuk membawa

manusia kembali ke pangkuan Allah.

Baginda muncul di tengah-tengah masyarakat dengan mengemukakan konsep tauhid

yang mengesakan ketuhanan Allah, Tuhan Yang Maha Agung dan ianya merupakan

akar tunjang bagi pegangan hidup sekalian umat manusia. Di samping itu, baginda

S.A.W. mengajak mereka semua supaya beristiqomah di jalan yang benar. Segala

impian hidupnya telah terlaksana apabila isi pengajarannya itu telah mengalir di

sepanjang peredaran zaman.

Page 11: Assignment 3

KESIMPULAN

Rasulullah merupakan qudwah hasanah yang paling hebat untuk dijadikan sebagai

model utama dalam pembikinan menjadi seorang muslim yang sejati. Seharusnya,

setiap individu perlu ada kesedaran tentang kehebatan seorang manusia yang bernama

Muhammad S.A.W kerana baginda adalah seorang Nabi dan Rasul yang diutuskan

oleh Allah S.W.T bagi mengajarkan akhlak yang mulia. Pengajaran yang diberikan

bukan sahaja melalui percakapan semata-mata, malah perbuatan baginda juga boleh

dijadikan sebagai salah satu medium pengajarannya.

Baginda S.A.W. adalah seorang pemimpin yang berjaya meluaskan empayar

keagungan Islam ke seluruh pelusuk dunia semata-mata untuk menyampaikan amanah

dan seruan dari Allah. Justeru, dengan perjuangan dan pengorbanan yang dilancarkan

akhirnya ajaran Islam dapat dikembangkan ke seluruh pelusuk dunia dan Islam telah

menjadi agama yang unggul di kaca mata dunia. Baginda S.A.W. juga telah berjaya

mencetuskan idea-idea yang bernas untuk menakluki pemikiran masyarakat ketika itu

sehingga baginda berjaya mengeluarkan mereka dari bergelombang dalam arus

jahiliyah yang hitam pekat kepada alam Islam yang terang-benderang.

Baginda S.A.W. adalah seorang Rasul utusan Tuhan dan berjaya menyampaikan

amanahnya sebagai seorang Rasul untuk membawa bingkisan wahyu dari Tuhannya

ke dalam masyarakat. Baginda tidak pernah menyembunyikan sesuatupun arahan dari

Tuhannya, sama ada kalimah-Nya atau patah perkataan-Nya atau ayat-ayat-Nya yang

lain. Segala suruhan dan arahan dari Allah telah disampaikan dan disempurnakannya

sebelum baginda wafat lagi. Baginda S.A.W. juga bertindak sebagai seorang

Page 12: Assignment 3

pendakwah yang menyeru manusia ke jalan yang benar, iaitu jalan iman dan jalan

Islam yang mengajak manusia percaya kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Jalan ini

merupakan   satu-satunya jalan yang diredhai Allah Ta’ala.

Page 13: Assignment 3

BIBLIOGRAFI