assignment 2 - ulasan tesis metodologi

7
Ulasan Tesis- Kepimpinan Transformasi: Hubungannya dengan Kepuasan Kerja dan Motivasi Guru. Oleh: Abdul Kudus Bin Abu Bakar. Bab 3. Metodologi 3.1 Pengenalan Bahagian metodologi ini membincangkan beberapa aspek- aspek seperti reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis dan prosedur atau cara pengumpulan data. Setiap aspek akan dijelaskan dengan lebih lanjut seperti berikut; 3.2. Reka Bentuk Kajian Kajian yang dijalankan adalah menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif dengan membuat tinjauan pensampelan. Responden yang dikaji pula adalah dalam kalangan guru sekolah di daerah Yan, Kedah. Manakala pemboleh ubah yang digunakan adalah berbentuk bebas iaitu untuk menjelaskan tentang 1

Upload: que-hairi

Post on 09-Nov-2015

57 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Ulasan Tesis- Kepimpinan Transformasi: Hubungannya dengan Kepuasan Kerja dan Motivasi Guru.Oleh: Abdul Kudus Bin Abu Bakar.

Bab 3. Metodologi3.1 Pengenalan

Bahagian metodologi ini membincangkan beberapa aspek-aspek seperti reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis dan prosedur atau cara pengumpulan data. Setiap aspek akan dijelaskan dengan lebih lanjut seperti berikut;

3.2. Reka Bentuk KajianKajian yang dijalankan adalah menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif dengan membuat tinjauan pensampelan. Responden yang dikaji pula adalah dalam kalangan guru sekolah di daerah Yan, Kedah. Manakala pemboleh ubah yang digunakan adalah berbentuk bebas iaitu untuk menjelaskan tentang kepimpinan transformasi. Pemboleh bersandar pula digunakan untuk menjelaskan tentang kepuasan kerja guru dan motivasi. Akhir sekali pemboleh ubah demografi digunakan untuk melihat tingkah laku kepimpinan transformasi pengetua. Dalam hal ini soal selidik yang dijalankan telah disesuaikan dengan Skala MLQ (Multi Factor Leadership Questionnaire- Form 5x-Rater, 1992) dan QMAT (Questionnaire Measure of Individual Difference in Achieving Tendency) oleh Atkinson 1964 (Mehrabian and Bank, 1978).Oleh itu, berdasarkan skala tersebut kajian ini adalah bertujuan untuk melihat hubung kait kepuasan kerja guru dan motivasi guru yang dipengaruhi oleh kepimpinan transformasi pengetua.

3.3. Sampel Kajian

Pensampelan merupakan pengambilan sebahagian pecahan daripada sesuatu populasi yang mewakili sesebuah populasi (Kerlinger, 1973). Pensampelan secara rawak (Simple Random Sampling) digunakan untuk mendapatkan hasil kajian. Maka saiz sampel seramai 191 orang diperlukan bagi populasi sebanyak 380 orang. Bagi kajian ini sebanyak 255 soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru di sekolah-sekolah di Daerah Yan, Kedah. Sebanyak 242 (94.9%) soal selidik telah dikembalikan dan diguna pakai sebagai sampel kajian.

3.4. Instrumen Kajian

Alat ukur sangat penting dalam penyelidikan bagi menentukan sama ada matlamat yang dikehendaki dapat tercapai atau sebaliknya. Penyelidikan ini menggunakan empat bahagian soal selidik untuk mengumpul data pensampelan:

1. Bahagian A Maklumat Demografi Pengetua dan Sekolah.

Bahagian ini mengandungi maklumat peribadi pengetua seperti jantina, umur, tempoh masa menjadi pengetua dan gred sekolah yang diterajui.

2. Bahagian B Soal Selidik Kepimpinan Transformasi.

Pada mulanya menggunakan 37 item, namun begitu untuk penyelidikan ini hanya 34 item sahaja digunakan. Item-item tersebut bertujuan mengukur kepimpinan transformasi berkaitan karisma, sikap bertimbang rasa secara individu, cara merangsang intelek dan motivasi inspirasi. Soal selidik tersebut melibatkan skala 5 Market Likert iaitu daripada Tidak pernah sehingga kepada Kerap.

3. Bahagian C Soal Selidik Kepuasan Kerja.

Bahagian ini diukur menggunakan soal selidik yang dibentuk oleh Speed (1979) yang mengandungi 27 item merangkumi sembilan sub-skala yang setiap satunya mengandungi tiga item. Namun daripada sembilan hanya empat skala sahaja yang digunakan iaitu pentadbiran/penyeliaan, masa depan kerjaya, keadaan kerja dan jumlah kerja. Instrumen ini juga menggunakan skala 5 Market Likert iaitu daripada Sangat tidak berpuas hati sehingga kepada Sangat puas hati.

4. Bahagian D Soal Selidik Motivasi.

Pengkaji hanya menggunakan 14 item sahaja untuk bahagian ini iaitu daripada 38 item yang telah disediakan. Instrumen ini juga berdasarkan skala 5 Market Likert daripada Sangat tidak bersetuju sehingga kepada Sangat bersetuju.

3.5. Kajian Rintis

Soal selidik dalam kajian ini telah melaksanakan kajian rintis atau pilot test bagi menentukan ketepatan dan kebolehpercayaan. Oleh itu Cronbach Alpha digunakan untuk menguji item-item tersebut. Menurut Sekaran (1992) semakin hampir dengan angka 1, maka semakin tinggi kebolehpercayaannya. Manakala menurut Mohd. Majid Konting (1994), nilai pekali Alpha Cronbach yang melebihi 0.6 sudah mencukupi.Oleh itu , ujian rintis ini telah dilakukan terhadap 30 orang guru di sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak. Berdasarkan ujian rintis yang telah dilakukan soalan-soalan tersebut jelas dan tepat maksudnya seperti yang diperlukan dalam penyelidikan. Setelah meneliti cadangan dan maklum balas, sekiranya ada soalan yang kebolehpercayaannya rendah, maka telah diubahsuai untuk mempermudah pemahaman dan maksudnya. Hasil ujian menunjukkan Cronboch Alpha bagi item-item tersebut adalah mempunyai kebolehpercayaan yang baik. Nilai-nilai yang tercatat adalah antara 0.89 hingga 0.91 bagi pemboleh ubah transformasi. Manakala 0.76 hingga 0.81 bagi item pemboleh ubah kepuasan kerja guru. Akhirnya, bagi item motivasi pula nilai Cronbanc Alpha adalah 0.9033.

3.6. Prosedur Pengumpulan Data

Bagi tujuan pengumpulan data, tiga set soal selidik diedarkan kepada guru-guru untuk menjawabnya. Manakala satu set soal selidik kepada pengetua setelah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak universiti dan juga pihak Pejabat Pendidikan. Masa yang diperlukan adalah selama sebulan bagi mengumpul semula semua set soal selidik yang telah diedarkan kepada pihak sekolah.Hasilnya bagi pengukuran tahap tingkah laku kepimpinan transformasi pengetua dinilai berdasarkan tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Skala Likert sekali lagi digunakan untuk mencari perbezaan tertinggi dan terendah.Cara menganalisis data dibahagikan kepada empat iaitu Ujian Kebolehpercayaan (Cronbach Alpha), Statistik Deskriptif, Statistik Inferens dan Hipotesis Kajian. Semua data-data yang telah dijawab oleh guru dan pengetua diproses menggunakan pengaturcaraan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 10.0 for Windows (1999). Aras signifikan ditetapkan pada nilai 0.05 (p