assignment 1

14
PENDAHULUAN Strategi ialah bagaimana kita hendak pergi ke mana arah arah tuju yang kita ingini. Strategi juga boleh dianggap sebagai satu pelan atau rancangan tindakan yang berskala besar untuk membolehkan organisasi berinteraksi dengan persekitaran bagi mencapai matlamat utama organisasi tersebut. Dalam konteks perniagaan, terdapat pelbagai strategi korporat yang digunakan oleh sesebuah organisasi atau perniagaan. Antara jenis strategi yang di maksudkan ialah integrasi hadapan, integrasi mundur, penembusan pasaran, pembangunan pasaran, pembangunan pasaran, pembangunan keluaran dan kepelbagaian berkaitan. STRATEGI INTEGRASI HADAPAN Strategi Integrasi hadapan bermaksud memiliki atau menambah pegangan atau kawalan ke atas pengedar dan peruncit. Banyak pengeluar atau perniagaan yang menggunakan kaedah atau strategi ini selaras dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin pesat membangun. Antara kaedah yang berintegrasikan teknologi maklumat terkini adalah perniagaan dalam talian ataupun lebih dikenali sebagai online business . Antara medium yang paling popular pada ketika ini adalah penggunaan media sosial sebagai medium perniagaan. Antara media sosial yang dimaksudkan ialah Muka Buku ataupun Facebook dan Instagram. Selain itu terdapat juga medium lain iaitu melalui laman web. Perniagaan melalui laman web ini lebih banyak berbanding dengan media sosial yang baru meningkat naik. Antara laman web yang popular yang menjadi medium perniagaan ialah seperti lelong.my, mudah.my, Zalora dan Lazada. Cara seperti ini dapat menjimatkan pelbagai kos dan keuntungan berlipat kali ganda. Terdapat enam panduan yang boleh digunakan dalam melaksanakan strategi ini dengan lebih efektif. Panduan pertama ialah kita tidak boleh percaya sepenuhnya terhadap pengedar yang sudah wujud sedia ada. Ianya juga menyebabkan kos yang tinggi serta kadang kala tidak memenuhi kehendak sesuatu firma perniagaan. Seterusnya adalah sukar untuk mendapat pengedar yang berkualiti dan berwibawa kerana banyak firma perniagaan mengambil faedah dari kebaikan untuk melaksanakan strategi integrasi kehadapan ini. Selain itu, Firma bersaing sesama sendiri

Upload: codemaster88

Post on 10-Jul-2016

221 views

Category:

Documents


81 download

DESCRIPTION

kerja kurusus, latihan,

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment 1

PENDAHULUAN

Strategi ialah “bagaimana” kita hendak pergi ke mana arah arah tuju yang kita ingini. Strategi

juga boleh dianggap sebagai satu pelan atau rancangan tindakan yang berskala besar untuk

membolehkan organisasi berinteraksi dengan persekitaran bagi mencapai matlamat utama

organisasi tersebut. Dalam konteks perniagaan, terdapat pelbagai strategi korporat yang

digunakan oleh sesebuah organisasi atau perniagaan. Antara jenis strategi yang di maksudkan

ialah integrasi hadapan, integrasi mundur, penembusan pasaran, pembangunan pasaran,

pembangunan pasaran, pembangunan keluaran dan kepelbagaian berkaitan.

STRATEGI INTEGRASI HADAPAN

Strategi Integrasi hadapan bermaksud memiliki atau menambah pegangan atau kawalan ke

atas pengedar dan peruncit. Banyak pengeluar atau perniagaan yang menggunakan kaedah

atau strategi ini selaras dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin pesat

membangun. Antara kaedah yang berintegrasikan teknologi maklumat terkini adalah

perniagaan dalam talian ataupun lebih dikenali sebagai ‘online business’. Antara medium

yang paling popular pada ketika ini adalah penggunaan media sosial sebagai medium

perniagaan.

Antara media sosial yang dimaksudkan ialah Muka Buku ataupun Facebook dan

Instagram. Selain itu terdapat juga medium lain iaitu melalui laman web. Perniagaan melalui

laman web ini lebih banyak berbanding dengan media sosial yang baru meningkat naik.

Antara laman web yang popular yang menjadi medium perniagaan ialah seperti lelong.my,

mudah.my, Zalora dan Lazada. Cara seperti ini dapat menjimatkan pelbagai kos dan

keuntungan berlipat kali ganda.

Terdapat enam panduan yang boleh digunakan dalam melaksanakan strategi ini

dengan lebih efektif. Panduan pertama ialah kita tidak boleh percaya sepenuhnya terhadap

pengedar yang sudah wujud sedia ada. Ianya juga menyebabkan kos yang tinggi serta kadang

kala tidak memenuhi kehendak sesuatu firma perniagaan. Seterusnya adalah sukar untuk

mendapat pengedar yang berkualiti dan berwibawa kerana banyak firma perniagaan

mengambil faedah dari kebaikan untuk melaksanakan strategi integrasi kehadapan ini. Selain

itu, Firma bersaing sesama sendiri di dalam industri yang sedang pesat membangun dan

dijangka akan terus berterusan. Hal yang demikian dilihat mengurangkan keupayaan seseuatu

Page 2: Assignment 1

firma untuk mempelbagaikan aktiviti atau perniagaannya sekiranya aktiviti asasnya

menghadapi masalah dan kegagalan.

Sesebuah organisasi atau firma yang perlu mempunyai kepakaran, modal dan sumber

tenaga yang mencukupi untuk melaksanakan strategi ini. Firma atau organisasi tersebut juga

perlu mencapai tahap kestabilan yang tinggi dan berterusan dari segi penyediaan sesuatu

produk atau perkhidmatan. Ini akan seiring dengan keupayaan firma atau organisasi untuk

menjangka peningkatan permintaan melalui strategi integrasi hadapan. Panduan terakhir ialah

pengedar dan peruncit sedia ada dilihat terlalu banyak mengaut keuntungan. Perkara sebegini

menyebabkan pihak pengeluar dapat mengagihkan keuntungan secara lebih efektif melalui

aktiviti mengedar terus dan melaksanakan strategi harga yang lebih berkesan secara integrasi

hadapan.

Antara contoh organisasi atau syarikat yang menggunakan starategi integrasi ke

hadapan ini ialah Maxis Telecomunication. Maxis Telecomunication merupakan salah satu

syarikat popular yang menyediakan perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia. Pada ketika ini

pihak Maxis mempunyai lama web mereka sendiri dalam proses untuk mengiklankan produk

dan perkhidmatan mereka. Selain itu juga syarikat ini turut mempunyai kedai atau pusat

utama di setiap negeri di Malaysia dalam usaha menjual produk dan perkhidmatan mereka.

Selain Maxis, syarikat seperti Dell dan Asus juga menggunakan strategi ini dalam usaha

mereka menjual produk dan perkhidmatan masing-masing. Pihak Dell sendiri akan membuka

booth untuk pengenalan setiap produk baharu yang mereka keluarkan. Para pelanggan akan

datang pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak Dell bagi mencuba setiap produk tersebut

sebelum membelinya ketika di jual di pasaran kelak. Pihak Dell akan menjalankan urusniaga

dalam talian bagi produk tersebut dan juga penjualan di kedai rasmi Dell.

STRATEGI INTEGRASI MUNDUR

Strategi integrasi mundur bermaksud memiliki atau menambah peratusan pengawalan

terhadap pembekal. Pengeluar dan peruncit membeli barangan yang diperlukan daripada

pembekal. Melalui strategi ini, mereka memiliki syarikat pembekal secara mengambil alih

atau menambah peratus kawalan pegangan saham terhadap pembekal. Hal demikian

bermaksud pembekal terpaksa akur dengan kehendak pengeluar dan peruncit.

Page 3: Assignment 1

Strategi ini dilaksanakan apabila pembekal yang sedia ada mengenakan harga yang

terlalu tinggi terhadap barangan mereka ataupun pembekal sukar untuk dipercayai lagi akibat

tidak dapat memenuhi kehendak firma yang mementingkan kecekapan penghantaran dan kos

belian yang rendah. Selain daripada itu, persaingan yang sengit dan global memaksa firma

meningkatkan kecekapan mereka secara menjimatkan kos dan meningkatkan kecekapan untuk

bersaing.

Terdapat tujuh garis panduan untuk melaksanakan strategi ini iaitu yang pertama ialah

pembekal yang sedia ada mengenakan harga yang terlalu tinggi berbanding dengan harga

pasaran, sukar dipercayai dan tidak efisien dari segi pengurusan penghantaran. Kedua, Jumlah

pembekal sedikit dan bilangan pesaing pula ramai. Seterusnya ialah industri berada dalam

persaingan sengit dan sedang berkembang dengan mendadak. Faktor ini mustahak kerana

apabila sesebuah firma atau organisasi melaksanakan strategi menegak dan mendatar mereka

tidak berpeluang lagi untuk melaksanakan kepelbagaian kerana industri berada dalam keadaan

pertumbuhan yang menurun.

Selain itu, Firma mempunyai sumber manusia dan modal yang mencukupi untuk

melaksanakan strategi ini. Kelebihan harga yang stabil amat diperlukan di dalamindustri. Ini

penting kerana harga yang stabil dan bekalan yang konsisten dapat meningkatkan kecekapan

industri serta merealisasikan integrasi kebelakang. Seterusnya, Pembekal menikmati margin

untung yang berlipat ganda yang menggambarkan bahawa aktiviti bekalan bagi industri

tersebut berdaya maju untuk diceburi. Garis panduan terakhir ialah organisasi amat

memerlukan keperluan sumber yang terdesak.

Salah satu organisasi perniagaan yang menngunakan integrasi mundur ialah

Amazon.com. Amazon.com merupakan satu laman web yang menjadi pusat perniagaan secara

dalam talian ‘online’ yang diasaskan pada tahun 1994. Amazon.com ini berpusat di Amerika

Syarikat. Antara jenis barangan yang di jual di Amazon.com ialah buku, DVD dan pelbagai

jenis Software atau perisian komputer mahupun perisian telefon pintar. Dalam penjualan

buku, pihak Amazon.com akan membeli buku daripada penjual buku mengikut harga penjual

tersebut. Hal yang demikian menyebabkan harga yang ditawarkan oleh Amazon.com

mempunyai had atau batasan, namun mereka masih memperolehi keuntungan. Sekiranya

pihak Amazon.com mengiklankan buku tersebut secara sendiri, harga yang mereka tawarkan

akan menjadi lebih murah berbanding dengan harga yang diberikan oleh penjual yang asal.

Selain itu, ketika penjual mengiklankan buku-buku mereka melalui pelbagai medium atau

kedai, pihak Amazon.com boleh memilih sama ada menggunakan medium atau kedai tersebut

Page 4: Assignment 1

ataupun terus melalui laman web Amazon.com itu sendiri. Dalam hal ini, Amazon.com boleh

mengawal persaingan untuk buku yang mereka jual dan juga harga yang akan ditawarkan.

STRATEGI PENEMBUSAN PASARAN

Strategi penembusan pasaran bermaksud menambahkan syer pasaran bagi pasaran yang sedia

ada sama ada bagi barangan atau perkhidmatan di dalam pasaran yang sedia ada, melalui

melipat gandakan tumpuan kepada aktiviti pemasaran dengan lebih giat lagi.

Terdapat lima garis panduan bagi strategi ini iaitu pasaran sedia ada tidak berada pada

paras tepu sama ada bagi sesuatu produk atau perkhidmatan, Kadar penggunaan pengguna

yang sedia ada boleh ditingkatkan lagi, Syer pasaran pesaing yang terkuat sedang menurun

padahal jualan keseluruhan industri tersebut sedang meningkat, Korelasi di antara ringgit

jualan dan yang terakhir iaitu ringgit pemasaran yang dibelanjakan adalah secara

perbandingannya terlalu tinggi dan pertambahan ekonomi bidangan mewujudkan kelebihan

kompetitif.

Contoh terbaik bagi syarikat yang menggunakan strategi pembangunan pasaran ini

ialah Syarikat Airasia Berhad. Syarikat Airasia berhad merupakan syarikat penerbangan yang

menyediakan perkhidmatan penerbangan tambang murah. Syarikat Airasia Berhad telah

menjalankan pelbagai jenis pertandingan atau kempen menggunakan medium media massa

dan media social yang bertujuan untuk penembusan pasaran perkhidmatannya seperti Airasia

Memories contest, The #Hi5AirAsia Instagram contest dan macam-macam lagi. Airasia

berhad juga melaksanakan aktiviti lain seperti AirAsia Bloggers Comunnity Party dalam

usaha untuk penembusan pasaran mereka. Syarikat Airasia berhad ini juga terkenal dengan

promosi mereka. Syarikat ini sentiasa menjalankan pelbagai promosi yang mana menawarkan

tiket penerbangan yang lebih murah berbanding syarikat penerbangan lain. Hal yang demikian

menyebabkan lebih banyak pelanggan atau pengguna mengunakan perkhidmatan Airasia dan

contoh salah satu promosi mereka ialah 1 milion free seats.

STRATEGI PEMBANGUNAN PASARAN

Strategi ini bermaksud memperkenalkan produk atau perkhidmatan yang sedia ada ke

kawasan geografi yang baru. Di dalam era globalisasi, pembangunan pasaran memainkan

perana penting dan diminati ramai. Di dalam banyak industri seperti industri penerbangan

Page 5: Assignment 1

adalah sukar untuk memperolehi kelebihan kompetitif dengan hanya menumpukan aktiviti

kepada aktiviti domestik sahaja. Usaha-usaha perlu dijalankan untuk memasarkan produk ke

luar negara.

Terdapat enam panduan bagi melaksanakan strategi ini iaitu Rangkaian pengedaran

adalah boleh dipercayai, mudah diperolehi, tidak melibatkan kos yang tinggi, berkualiti serta

berdaya maju, Organisasi berjaya dengan apa yang dilaksanakannya, Terdapat peluang atau

pasaran baru yang belum diterokai, Organisasi mempunyai sumber manusia, kepakaran dan

modal yang mencukupi untuk menguruskan perkembangan operasi pengurusan, Organisasi

mempunyai lebihan kapasiti pengeluaran dan industri asas organisasi meningkat dengan

mendadak sekali dan meluas dari segi skopnya.

Syarikat Airasia berhad juga menggunakan strategi ini dalam perniagaan mereka.

Pengunaan strategi ini dapat dilihat bagaimana dalam usaha untuk pembangunan pasaran

syarikat Airasia Berhad, adalah penting bagi mereka untuk menambah destinasi penerbangan

antarabangsa. Antara negara yang mempunyai perkhidmatan penerbangan tambang murah

Airasia ialah Brunei, Cambodia, Hong Kong, India, Indonesia, Laos, Macau, Myanmar,

Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Melalui penerbangan daripada dan kepada negara

tersebut, pasaran dan penggunaan perkhidmatan penerbangan Airasia dapat diluaskan.

STRATEGI PEMBANGUNAN KELUARAN

Strategi ini bermaksud sesebuah firma itu akan meningkatkan jualannya secara memajukan

produk atau perkhidmatan yang sedia ada ataupun mewujudkan produk atau perkhidmatan

yang baru. Pembangunan produk melibatkan perbelanjaan yang banyak di dalam menjalankan

penyelidikan dan pembangunan serta perbelanjaan pra operasi.

Antara panduan bagi strategi ini ialah organisasi itu memiliki satu produk yang berjaya

dan telah mencapai tahap kematangan di dalam kitaran hayat produk. Tujuannya ialah untuk

menarik minat pengguna yang berpuas hati dengan produk yang terdahulu untuk mencuba

produk terbaru akibat dari pengalaman positif mereka menggunakan produk atau servis yang

lalu, Sesebuah organisasi bersaing di dalam sesebuah industri yang dicirikan oleh

pertumbuhan teknologi yang pesat membangun, Pesaing utama menawarkan kualiti produk

yang lebih baik pada kadar harga yang setanding, Organisasi bersaing di dalam industri yang

Page 6: Assignment 1

pesat pertumbuhannya dan Organisasi memiliki keupayaan penyelidikkan dan pembangunan

yang efisien.

Contoh terbaik bagi organisasi yang menggunakan strategi ini dalam perniagaannya

ialah McDonald. McDonald merupakan satu jenama yang paling popular dalam kalangan

penggemar makanan segera. McDonald sangat terkenal di seluruh dunia dan mempunyai

cawangan di setiap negara. McDonald terkenal dengan makanan segera iaitu Burger. Dalam

hal ini, pihak McDonald telah mengembangkan pelbagai jenis produk makanan. Dengan

hanya nama Burger, pelbagai jenis resepi Burger mereka sediakan dalam memenuhi citarasa

pelanggan. Selain itu, pihak McDonald telah mencuba menyediakan roti atau Burger yang

menyerupai makanan ala-ala restoran mahal. Mereka berani berbuat demikian di sebabkan

pada hari ini semakin ramai pelanggan yang bersedia membayar dengan harga mahal bagi

setiap produk terbaik dan berkualiti tinggi yang di hasilkan oleh McDonald. Salah satu contoh

popular roti atau Burger yang mereka sajikan ialah roti atau Burger yang intinya mengikut

kehendak pelanggan itu sendiri.

Selain daripada McDonald, syarikat penerbangan tambang murah Airasia berhad juga

menggunakan pendekatan atau strategi pembangunan keluaran ini. Selain daripada

perkhidmatan penerbangan tambang murah, syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan lain.

Perkhdmatan lain yang di maksudkan ialah sewa kereta, penjualan cenderahati dan

cenderamata yang dijual melalui laman sesawang Megastore dan portal pelancongan dalam

laman web AirAsiaGo.com.

STRATEGI KEPELBAGAIAN BERKAITAN

Strategi kepelbagaian berkaitan terbahagi kepada tiga iaitu kepelbagaian kosentrik,

kepelbagaian konglemerat dan kepelbagaian mendatar. Strategi kepelbagaian Kosentrik

berkaitan dengan pengenalan produk baru atau perkhidmatan baru yang ada kaitan langsung

dengan rangkaian produk yang sedia ada ke pasaran. Strategi kepelbagaian konglemerat dan

mendatar pula merujuk kepada usaha sesebuah firma atau organisasi tersebut menambah jenis

produk produk atau perkhidmatan baru yang tidak berkaitan langsung dengan rangkaian

produk atau perkhidmatan yang sedia ada kepada pelanggan yang sedia ada.

Terdapat beberapa panduan dalam melaksanakan strstegi kepelbagaian kosentrik iaitu

Organisasi bersaing di dalam industri yang tidak berkembang atau pertumbuhannya yang

Page 7: Assignment 1

perlahan, pertambahan produk baru yang berkaitan akan meningkatkan jualan secara

signifikan kepada produk atau perkhidmatan yang sedia ada, produk atau perkhidmatan baru

yang berkaitan boleh ditawarkan pada kadar harga yang kompetitif dan tinggi, produk baru

yang berkaitan mempunyai tahap musim jualan yang mengimbangkan turun naik jualan

organisasi dan yang terakhir iaitu Organisasi mestin mempunyai team pengurusan yang kuat.

Salah satu contoh syarikat atau organisasi yang menggunakan strategi kepelbagaian

kosentrik ini ialah syarikat pengeluar jenama Maggi. Maggi terkenal dalam industri makanan.

Antara barang yang popular ialah mee segera maggi yang pelbagai perisa. Dalam masa yang

sama, pengeluar produk yang berjenama Maggi ini jug mengeluarkan bahan makanan yang

berlainan iaitu sos Maggi. Pengeluaran sos ini juga banyak jenis mengikut perisa.

Dalam pelaksanaan strategi kepelbagaian konglomerat pula, terdapat enam garis

panduan yang perlu diikuti iaitu Industri asas sesebuah organisasi mengalami penurunan dari

segi jualan tahunan dan keuntungan, Organisasi tersebut mempunyai keupayaan dari segi

modal dan tenaga kerja yang berbakat untuk bersaing secara jayanya di dalam sesebuah

industri baru, Sesebuah organisasi itu berpeluang untuk memiliki sesebuah organisasi

perniagaan yang tiada kaitan langsung dengan kegiatan utamanya yang merupakan peluang

pelaburan yang menarik baginya, Wujud sinergi kewangan di antara firma yang diambil alih

dengan firma yang mengambil alih. Perlu diingat bahawa terdapat perbezaan di antara

kepelbagaian konsentrik dan kepelbagaian konglomerat di mana kepelbagaian konsentrik

perlu diasaskan kepada persamaan di dalam pasaran, produk, atau teknologi manakala

kepelbagaian konglomerat perlu diasaskan lebih kepada pulangan keuntungan, Pasaran sedia

ada untuk produk yang dihasilkan oleh organisasi telah mencapai tahap tepu dan yang terakhir

iaitu Tindakan boleh diambil terhadap sesebuah organisasi yang secara umumnya diketahui

hanya menumpukan kepada satu industri sahaja.

Strategi kepelbagaian konglomerat ini digunakan oleh syarikat seperti Gutherie.

Syarikat ini terkenal dengan kegiatan perladangan. Namun yang demikian selain fokus

dengan bidang perladangan yang sangat maju, syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan

insurans. Hal yang demikian menunjukkan syarikat ini mennjalankan perniagaan yang

berbeza dalam satu masa yang di uruskan oleh dua cabang jabatan yang berbeza.

Empat panduan wujud dalam usaha melaksanakan strategi kepelbagaian mendatar.

Antara panduan yang dimaksudkan ialah hasil yang terhasil dari produk organisasi semasa

atau servis yang boleh ditingkatkan secara berkesan dengan menambah produk baru yang

Page 8: Assignment 1

tidak berkaitan, Sesebuah organisasi bersaing di dalam industri yang mempunyai daya saing

yang tinggi atau tidak terdapat pertumbuhan yang di perlihatkan melalui margin keuntungan

yang rendah dan pulangan kepada pemegang saham yang rendah atau tiada langsung,

Rangkaian distribusi organisasi boleh digunakan untuk memasarkan produk-produk baru

kepada pengguna yang sedia ada dan produk-produk baru telah menunjukkan prestasi yang

baik dari segi jualan dan juga margin keuntungan berbanding dengan produk yang sedia ada.

Strategi kepelbagaian mendatar digunakan oleh syarikat besar seperti Airasia Berhad.

Selain daripada perkhidmatan penerbangan dan pelancongan, terdapat perkhidmatan lain yang

turut dijalankan oleh Airasia berhad seperti kargo, Airasia RedTix, perkhidmatan akaun

simpanan dan kad kredit. Antara negara yang menggunakan perkhidmatan kargo ialah

Australia, Brunei, China, Cambodia, Japan, Korea, Laos, Malaysia, Myanmar, Sri Lanka,

Singapura, Thailand dan Vietnam. RedTix pula merupakan laman web Airasia yang

menawarkan perkhidmatan bagi pelanggan untuk menemui, membincangkan, mengkaji

semula dan menempah tiket dalam barisan konsert antarabangsa, acara sukan, persembahan

muzikal, teater dan lain-lain. Selain itu, syarikat Airasia berhad juga turut bekerjasama dan

salah satu bank terkenal di negara ini iaitu CIMB Bank bagi menyediakan perkhidmatan

akaun simpanan. Contoh nama akaun simpanan tersebut ialah Cimb Airasia Saver. Syarikat

Airasia berhad ini juga turut bekerjasama dengan pihak Citibank dan menawarkan pelbagai

jenis kad kredit seperti kad kredit Platinum dan Gold Visa, kad kredit Gold dan Platinum

Master.

KESIMPULAN

Kesimpulannya dalam setiap perniagaan strategi intergrasi hadapan, integrasi

mundur, penembusan pasaran, pembangunan pasaran, pembangunan pasaran, pembangunan

keluaran dan kepelbagaian berkaitan akan digunakan mengikut perancangan teliti mereka.

Setiap firma, organisasi atau syarikat di dalam dunia perniagaan mempunyai pelbagai jenis

matlamat dan ianya akan dapat dicapai melalui penggunaan pelbagai jenis strategi yang

bersesuaian dengan matlamat tersebut. Penggunaan strategi yang paling bagus dan berkesan

memberi impak atau kesan positif terhadap perniagaan yang dijalankan. Oleh hal yang

demikian, terpulang pada perancangan teliti yang dilaksanakan oleh sesebuah syarikat atau

organisasi dalam melaksanakan strategi yang mereka pilih dalam memajukan perniagaan

masing-masing.

Page 9: Assignment 1

2516 Patah Perkataan.

RUJUKAN

Rujukan Internet

Assignment 2. < http://documents.tips/documents/asmt-2.html > , Akses pada 15 October

2015.

The power of strategic integration. < http://sloanreview.mit.edu/article/the-power-of-strategic-

integration/ >, Akses pada 15 October 2015.

Strategi Pemasaran dalam menghadapi persaingan menggunakan internet makalah. <

http://www.academia.edu/7854875/STRATEGI_PEMASARAN_DALAM_MENGHADAPI_

PESAING_DENGAN_MENGGUNAKAN_INTERNET_MAKALAH > , Akses pada 21

October 2015.

7 Tips dalam memajukan perniagaan. < http://www.usahawan.com/strategi-bisnes/7-tips-

memajukan-perniagaan.html >, Akses pada 16 October 2015.

Strategi dan pelaksanaannya. < http://turipanam.blogspot.my/2010/08/strategi-dalam-

pelaksanaan.html >, Akses pada 16 October 2015.

Google Book, Pengurusan Strategik. < https://books.google.com.my/books?id=xazSqBSf-

ywC&pg=PA178&lpg=PA178&dq=STRATEGI+DALAM+PERNIAGAAN+INTEGRASI&s

ource=bl&ots=3dKNqDmWWV&sig=yUPRzAwDDsspzMZ2axjbildAJYE&hl=en&sa=X&re

dir_esc=y#v=onepage&q=STRATEGI%20DALAM%20PERNIAGAAN

%20INTEGRASI&f=false >, Akses pada 20 October 2015.

Page 10: Assignment 1

Example of backward vertical integration strategies. <

http://smallbusiness.chron.com/examples-backward-vertical-integration-strategies-14703.html

>, Akses pada 20 October 2015.

Example of companys forward integration. < http://smallbusiness.chron.com/example-

companys-forward-integration-37601.html > Akses pada 21 October 2015.

Example of companys forward integration. < http://yourbusiness.azcentral.com/example-

companys-forward-integration-28860.html >, Akses pada 21 October 2015.