pencabulan kanak-kanak

49
1.0 PENDAHULUAN Gangguan seksual sudah wujud sejak sekian lama tetapi hanya baru-baru ini sahaja ia mendapat perhatian umum. Sebelum penghujung 1970-an, fenomena ini bukan sahaja tidak dianggap satu kesalahan bahkan ia tidak mempunyai nama yang khusus. Masyarakat menganggap kesalahan gangguan seksual ini adalah peribadi dan tidak perlu digembar-gemburkan. Kerajaan Malaysia amat menitikberatkan pembangunan minda kanak-kanak terutama dalam bidang pendidikan yang secukupnya beserta wawasan demi agama, bangsa dan negara. Malangnya, dalam memperkayakan persekitaran yang kondusif untuk tumbesaran kanak- kanak di negara ini, masih lagi terdapat kes-kes penderaan seksual kanak-kanak. Kes-kes penderaan seksual terutama sekali di kalangan kanak- kanak seringkali mendapat perhatian masyarakat Akhir-akhir ini, kejadian penderaan seksual kanak-kanak semakin menjadi-jadi. Kisah kekejaman yang dilakukan terhadap kanak-kanak ini sering dipaparkan di media massa sama ada media elektronik atau pun media cetak. Apabila sesuatu berita penderaan seksual kanak-kanak 1

Upload: jonathan-everett

Post on 09-Jun-2015

6.544 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pencabulan kanak-kanak

1.0 PENDAHULUAN

Gangguan seksual sudah wujud sejak sekian lama tetapi hanya baru-baru ini

sahaja ia mendapat perhatian umum. Sebelum penghujung 1970-an, fenomena ini

bukan sahaja tidak dianggap satu kesalahan bahkan ia tidak mempunyai nama yang

khusus. Masyarakat menganggap kesalahan gangguan seksual ini adalah peribadi dan

tidak perlu digembar-gemburkan.

Kerajaan Malaysia amat menitikberatkan pembangunan minda kanak-kanak

terutama dalam bidang pendidikan yang secukupnya beserta wawasan demi agama,

bangsa dan negara. Malangnya, dalam memperkayakan persekitaran yang kondusif

untuk tumbesaran kanak-kanak di negara ini, masih lagi terdapat kes-kes penderaan

seksual kanak-kanak.

Kes-kes penderaan seksual terutama sekali di kalangan kanak-kanak seringkali

mendapat perhatian masyarakat Akhir-akhir ini, kejadian penderaan seksual kanak-

kanak semakin menjadi-jadi. Kisah kekejaman yang dilakukan terhadap kanak-kanak ini

sering dipaparkan di media massa sama ada media elektronik atau pun media cetak.

Apabila sesuatu berita penderaan seksual kanak-kanak dipaparkan, perasaan

masyarakat akan terusik lalu mengutuk perbuatan tidak berperikemanusiaan itu. Reaksi

seumpama ini memang lumrah. Setiap kali kes penderahaan seksual dipaparkan di

media massa, setiap kali itu juga masyarakat akan bangun meminta orang yang tidak

bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

1

Page 2: Pencabulan kanak-kanak

Kanak-kanak daripada setiap peringkat umur, bangsa dan status sosioekonomi

berpotensi menjadi mangsa penderaan seksual. Dalam lapan daripada sepuluh kes

yang dilaporkan, pendera adalah dikenali mangsa. Pendera boleh jadi seorang lelaki

atau wanita yang biasanya merupakan seorang yang berada dalam kedudukan

berkuasa yang dipercayai dan disayangi mangsa.

Kanak- kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual juga selalunya

mengalami kesan fizikal, mental, emosi, tingkah laku, kerohanian, dan kesan

sampingan lain. Keadaan ini menjadi lebih tragis apabila kanak-kanak yang telah

dicabul secara seksual dibunuh oleh pelakunya. Tidak menghairankan jika ancaman

pencabulan seksual terhadap kanak-kanak merupakan salah satu daripada ketakutan

besar yang dialami oleh kebanyakan ibu bapa.

Kejadian gangguan seksual kanak-kanak jga perlu diberi perhatian oleh semua

pihak kerana ia ibarat mukadimah atau pembuka tirai bagi melakukan kesalahan

seksual yang lebih berat seperti merogol dan sebagainya. Persoalan dan isu gangguan

seksual di Malaysia semakin jelas berlaku ekoran daripada beberapa pendedahan dan

dakwaan yang dibuat oleh beberapa mangsa. Mereka yang pernah diganggu secara

seksual kini semakin berani ke hadapan. Tindakan yang dilakukan ini memaparkan

kepada kita tahap kesedaran masyarakat berkenaan soal-soal sebegini semakin

meningkat. Peningkatan tahap kesedaran ini diharapkan dapat mengurangkan

bilangkan kes gangguan seksual kanak-kanak.

2

Page 3: Pencabulan kanak-kanak

2.0 DEFINISI PENDERAAN SEKSUAL KANAK-KANAK.

Ramai yang beranggapan penderaan seksual terhadap kanak-kanak hanya

dikatakan berlaku apabila kanak-kanak berkenaan dirogol. Tetapi harus diingat, definisi

mengenai penderaan seksual kanak-kanak adalah apabila seorang dewasa atau kanak-

kanak yang lebih ‘berkuasa’ menipu, memaksa, menggunakan kekerasan atau

mengugut seseorang kanak-kanak lain untuk mengadakan hubungan seksual

dengannya.

Penderaan seksual kanak-kanak merujuk kepada penderaan seksual seorang

kanak-kanak bawah umur oleh dewasa, atau seseorang yang jauh lebih tua atau dalam

kedudukan berkuasa atau mengawal kanak-kanak, di mana kanak-kanak digunakan

sebagai stimulasi seksual bagi orang tersebut atau orang lain. Penderaan seksual

kanak-kanak berlaku apabila seseorang, sama ada tua atau muda, lelaki atau

perempuan menggunakan kanak-kanak untuk memuaskan nafsu seksnya. Ia boleh

membabitkan paksaan, penipuan atau ancaman ke atas kanak-kanak untuk melakukan

aktiviti seks. Penderaan seks boleh berlaku dalam bentuk fizikal atau bukan fizikal dan

boleh meliputi satu rangkaian perilaku seks.

Menurut undang-undang (US), "penderaan seksual kanak-kanak" adalah istilah

menyeluruh ( umbrella term ) menggambarkan kesalahan jenayah dan sivil di mana

seseorang dewasa terbabit dalam aktiviti seksual dengan kanak-kanak bawah umur

dan mempergunakan kanak-kanak bawah umur bagi tujuan memuaskan nafsu

seksualnya. Professor Sosiologi David Finkelhor, direktor bagi Crimes against Children

Research Center, menggambarkan "penderaan seksual kanak- kanak" sebagai

3

Page 4: Pencabulan kanak-kanak

memerlukan dua komponen. Yang pertama aktiviti seksual membabitkan kanak-kanak

dan yang kedua pula ialah 'keadaan penderaan' seperti paksaan atau jurang usia yang

besar antara peserta yang menunjukkan ketiadaan persetujuan.

3.0 BENTUK-BENTUK PENDERAAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK.

Penderaan seksual adalah satu perlakuan individu yang memaksa, memperdaya

atau mengugut kanak-kanak yang mendorong mereka mengadakan hubungan seksual

dengan mereka semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual. Penderaan seksual

boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Antara bentuk-bentuk penderaan seksual yang

biasanya dilakukan terhadap kanak-kanak adalah seperti:

♦ Memasukkan objek atau bahagian tubuh ke dalam faraj, mulut atau dubur.

♦ Menyentuh bahagian sulit.

♦ Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak.

♦ Mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi seksual.

♦ Menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual.

♦ Membuat panggilan telefon lucah,

♦ Rogol.

♦ Seks oral / liwat / pelacuran

4

Page 5: Pencabulan kanak-kanak

♦ Mengintai.

♦ Mencium.

♦ Mengusap.

♦ Mempamerkan aksi ataupun bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak.

Penderaan seksual dalam bentuk apa pun adalah satu tindakan yang

mempunyai tujuan untuk merosakkan, mencederakan atau membunuh dan pelaku

seperti ini tidak sepatutnya dibiarkan bebas.

4.0 TEMPAT-TEMPAT BERLAKUNYA PENDERAAN SEKSUAL KANAK-KANAK.

Tempat-tempat yang biasa berlakunya penderaaan seksual adalah seperti:

4.1Rumah

- Perbuatan ini dilakukan oleh ahli keluarga atau pun saudara mara.

4.2Luar rumah

- Perbuatan ini dilakukan oleh jiran, penjaga, guru, orang yang diberi

tanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak tersebut atau orang yang

tidak dikenali.

5

Page 6: Pencabulan kanak-kanak

5.0 TANDA-TANDA YANG DITUNJUKKAN OLEH KANAK-KANAK PENDERAAN

SEKSUAL.

Terdapat banyak tanda-tanda yang ditunjukkan oleh mangsa penderahan

seksual. Antara tanda-tanda yang biasanya dialaminya ialah:

♦ Kesakitan yang tidak dapat diterangkan seperti sakit kepala yang berulang-

ulang, sakit abdomen yang berulang-ulang dan susah untuk tidur.

♦ Kerisauan yang tinggi, keraguan dan kemurungan.

♦ Mengalami jangkitan penyakit kelamin

♦ Kehamilan.

♦ Susah mengecam identiti lelaki/perempuan (seorang budak lelaki yang

menjadi mangsa penderaan seksual oleh seorang lelaki dewasa tidak

bermakna dia itu homosexual)

♦ Kelakuan seksual yang tidak terkawal.

♦ Melakukan perbuatan jahat..

♦ Kemerosotan pencapaian akademik.

♦ Mengigau, sukar untuk tidur dan takut kepada keadaan gelap.

♦ Perubahan tingkah laku secara tiba-tiba - takut, marah atau menyisihkan diri.

♦ Takut pada orang atau tempat-tempat tertentu.

♦ Masalah perhubungan.

♦ Berasa tidak berupaya/tidak berdaya.

♦ Mencederakan diri atau kecenderuangan membunuh diri.

♦ Menagih dadah atau alkohol.

6

Page 7: Pencabulan kanak-kanak

Walau bagaimanapun, tidak semua mangsa penderaan seksual kanak-kanak

menunjukkan tanda-tanda seperti di atas kerana ada juga mangsa yang tidak

menunjukkan tanda-tanda seperti ini.

6.0 KESAN-KESAN NEGATIF YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK

PENDERAAN SEKSUAL.

Kesan penderaan seksual adalah berbeza mengikut personaliti seseorang

kanak-kanak dan seriusnya keadaan peristiwa itu. Terdapat banyak kesan-kesan

negatif yang dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami penderahan seksual

antaranya :-

♦ Perasaan marah

♦ Perasaan bersalah

♦ Perasaan iri hati

♦ Perasaan malu

♦ Konflik dalaman terhadap kasih sayang

♦ Keliru

♦ Merasa rendah diri

♦ Merasa dirinya tidak berguna lagi

♦ Pandangan kacau bilau terhadap seks

♦ Hidup terasing dan kurang mempercayai orang

♦ Kecenderungan untuk bunuh diri

7

Page 8: Pencabulan kanak-kanak

♦ Gangguan personaliti

♦ Garang

7.0 LANGKAH – LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH IBUBAPA TERHADAP

KANAK – KANAK MANGSA PENDERAAN SEKSUAL.

7.1Percaya

Kanak-kanak jarang sekali mengada – adakan cerita. Mereka tidak berani

untuk menceritakan sesuatu kerana bimbang tiada sesiapapun percaya kepada

mereka. Mempercayai kanak-kanak adalah langkah utama dalam membantu

mengatasi trauma yang mereka alami. Kata-kata seperti, "Saya percayakan

kamu" atau "Itu bukan salah kamu" akan dapat memulihkan mereka.

7.2Tegas

Kanak-kanak yang didera sering dikeliru dengan perasaan mereka, akibat

daripada manipulasi yang dilakukan oleh pendera. Mereka harus dibenarkan dan

digalakkan untuk menyatakan perasaan mereka. Perasaan mereka haruslah

dipandang serius dan tegas. "Saya tahu ia bukan mudah untuk diterima", dan

"Awak memang berani untuk mendedahkannya" dapat menyampaikan simpati,

keprihatinan dan sokongan yang diperlukan oleh kanak-kanak.

8

Page 9: Pencabulan kanak-kanak

7.3Membimbing kanak-kanak untuk menghadapi situasi seterusnya

Kanak-kanak yang mengalami penderaan berasa tidak berupaya. Mereka

perlu tahu ada pihak yang sedia membantu. Mereka juga harus diberitahu apa

yang perlu dilakukan. Contohnya, bagaimana mengaitkan kejadian itu, siapa

yang harus diberitahu dan apakah bantuan yang diperlukan.

7.4Sokongan

Orang dewasa harus memberi sokongan kepada kanak-kanak, khususnya

ketika mereka mula memberitahu. Yakinkan kanak-kanak tersebut bahawa anda

sentiasa membantu selagi mereka memerlukan anda, dan bersama-sama

melaluinya.

7.5Laporkan kes penderaan

Ini adalah salah satu langkah untuk mencegah kes penderaan seksual

dikalangan kanak-kanak dimana setiap orang mempunyai mandat untuk

melaporkan semua kes penderaan seksual yang sahih atau disyaki dalam masa

48 jam.

9

Page 10: Pencabulan kanak-kanak

8.0PUNCA – PUNCA PENDERAAN SEKSUAL KANAK – KANAK.

Insiden penderaan seksual kanak-kanak menjadi satu topik hangat yang

diperbincangkan pada masa kini. Penderaan seksual melibatkan kanak-kanak

dengan cara mencabul kehormatannya, dirogol, dipaksa melacur atau meminta

sedekah. Terdapat kanak-kanak yang hilang dan didapati meninggal akibat

pencabulan seksual. Orang yang bertanggungjawab terhadap keadaan ini adalah

mereka yang tidak berperikemanusiaan.

Salah satu punca pencabulan seksual ini berlaku kerana hubungan pelaku

dengan persekitaran. Hubungan pelaku dengan mangsa penderaan adalah

merangkumi hubungan ibu bapa, abang, pakcik dan sebagainya. Menurut Finkelhor

(1979:23) faktor-faktor lain yang perlu diberi perhatian mengenai penderaan seksual

adalah umur pelaku, bentuk perlakuan atau kejadian, sama ada mangsa

mengizinkan perlakuan tersebut, umur mangsa, jantina dan hubungan mangsa

dengan pelaku dan akibat perlakuan tersebut.Terdapat kaitan yang agak kuat di

antara hubungan pelaku dengan mangsanya. Manakala bagi penderaan seksual

kanak-kanak, bapa dan bapa tiri lebih kerap dipersalahkan. Kajian di barat

menunjukkan bahawa lebih 62% pelaku berumur 30 tahun ke bawah. Malahan

tindakan mereka lebih lima kali ganda berbanding pelaku umur 31 hingga 50 tahun.

Dalam masalah penderaan seks, faktor penyebabnya perlu dilihat dari sudut yang

berlainan disebabkan biasanya dilakukan oleh orang dewasa terutamanya lelaki

yang mengenali kanak-kanak itu. Dalam banyak kajian di luar negara dan data yang

diperolehi dalam negara, sebanyak 75 peratus orang lelaki dewasa yang melakukan

10

Page 11: Pencabulan kanak-kanak

penderaan seksual ke atas kanak-kanak adalah dalam kalangan saudara mara

kanak-kanak itu sendiri. Mereka yang dimaksudkan itu mungkin ayah, ayah tiri,

datuk,bapa saudara, abang atau kekasih ibu ataupun jiran kepada kanak-kanak

tersebut. Dalam keadaan ini sebab-sebab penderaan seks dalam kalangan keluarga

kanak-kanak perlu dilihat dalam banyak aspek contohnya kedudukan penjalinan

emosi dalam keluarga yang luar biasa adalah satu daripada punca yang boleh

menyebabkan penderaan seksual kanak-kanak. Penjalinan emosi luar biasa yang

dimaksudkan adalah sekiranya perhubungan antara ayah atau ayah tiri dengan

anak perempuan didapati lebih rapat daripada perhubungan ayah atau ayah tiri

dengan ibu kanak-kanak. Seterusnya dalam keadaan seumpama ini, ada pula

kemungkinan wujudnya sekatan daripada luar atau dari dalam untuk memenuhi

keperluan seks ayah atau ayah tiri sehingga menyebabkan lelaki dewasa itu merasa

amat tertekan dengan masalah seksnya. mengalami gangguan psikiatri atau

gangguan impuls, menghadapi masalah ketuaan , menghidap penyakit fizikal lain

atau mempunyai masalah keupayaan diri, seringkali melakukan penderaan seks

terhadap kanak-kanak.

Antara faktor lain yang menyumbang kepada tingkah laku ini adalah kerana

generasi muda lebih mudah terlibat dalam pergaduhan, pendedahan kepada

perselisihan faham ketika awal perkahwinan, ibu bapa remaja yang mempunyai

anak kecil berisiko dalam kes penderaan, aliran yang meningkat mungkin

menjadi amalan baru dalam masyarakat hari ini.

Taraf pendidikan juga menjadi salah satu punca kes penderaan ini berlaku.

Lelaki yang berpendidikan menengah lebih kerap melakukan penderaan seksual

11

Page 12: Pencabulan kanak-kanak

kerana tekanan perasaan lebih tinggi di kalangan lepasan sekolah.

Pengangguran merupakan antara masalah punca kepada pelaku. Tekanan hidup

tanpa kerja menjadikan fikiran bercelaru dan perlu melepaskan kecelaruan

tersebut kepada seseorang. Di sini kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi

mangsa. Jika sebaliknya ., wlaupun mempunyai pekerjaan , tekanan di tempat

kerja pula turut menjadi faktor kepada penderaan seksual ini.

Penderaan seksual juga berlaku di kawasan setinggan dan rumah panjang.

Di kawasan setinggan umpamanya, keadaan rumah yang terlalu rapat dan jalan

yang sempit menyebabkan seorang kanak-kanak boleh didera secara seksual.

Kadangkala penghuni rumah setinggan terpaksa berkongsi kawasan bilik mandi

yang terdedah kepada intipan dan terdapat pihak yang mengambil kesempatan

ke atas kanak-kanak.

Selain itu, budaya hedonisme dan budaya-budaya barat yang lain

mengajak manusia kepada pemenuhan tuntutan nafsu dan keseronokan secara

maksima. Ekoran daripada itu, tiada kefahaman terhadap tujuan manusia

diciptakan di atas muka bumi ini. Ini ditambah pula dengan sistem kehidupan

yang diamalkan kini telah meletakkan nilai-nilai kehidupan pincang pujaan Barat

sebagai asas nilai kehidupan masyarakat kini. Justeru, manusia bertindak tanpa

menggunakan akal fikiran dengan menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa

untuk memenuhi hawa nafsu mereka.

Kekurangan pengawasan ibu bapa juga antara factor menyebabkan kanak-

kanak menjadi mangsa penderaan seksual . Contohnya kes Nurin di mana dia

12

Page 13: Pencabulan kanak-kanak

berjalan-jalan seorang diri di pasar malam. Keadaan ini menyebabkan orang

ramai mudah mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak itu apabila mereka

berada tanpa perlindungan ibu bapa. Selain itu, tiada penekanan pada didikan

agama menyebabkan pendera rela melakukan perbuatan hingga sanggup

memasukkan benda-benda tertentu dalam bahagian sulit anggota badan

mangsa. 

Selain daripada itu ‘kebebasan mutlak Internet’ dalam konteks kandungan

fornografi juga boleh menyebabkan obsesi seksual yang bersifat

kehaiwanan.Pedofilia berasal dari perkataan Greek yang bermaksud pais iaitu

kanak-kanak dan philia ertinya cinta, perhubungan keinginan seksual kepada

kanak-kanak, lelaki atau perempuan atau kedua-duanya. Mangsa pedofilia

adalah kanak-kanak yang masih belum baligh atau awal baligh. Kes

pembunuhan Nurin adalah kes gejala pedofilia atau pencabulan seksual ke atas

kanak-kanak yang dikaitkan dengan kecelaruan rangsangan seksual. Ia menjadi

lebih tragis kerana gejala pedofilia ini dirangsangkan lagi oleh fenomena sadisme

pelaku sehingga sanggup melibatkan perlakuan ekstrim tanpa memikirkan

nyawa mangsa yang masih kanak-kanak. Sifat kebinatangan inilah yang dilihat

sebagai sadisme; nikmat palsu yang tegas yang diperoleh apabila melihat

mangsa dalam kesakitan kesakitan. Ia bertambah sadis apabila pelaku langsung

hilang pertimbangan kemanusiaan sehingga mayat mangsa dilipat-lipat ke dalam

beg dan dicampak begitu sahaja di tempat awam. Antara punca yang mengheret

seseorang itu kepada gejala seksual pedofilia ialah naluri ingin tahu serta

ekspektasi yang menghantui dan berlegar pada mindanya. Ini menyebabkan

13

Page 14: Pencabulan kanak-kanak

seseorang itu terangsang untuk terus meneroka laman web sedemikian amatlah

tinggi kerana situasi bebas, peribadi, dan berseorangan kecuali jika sedar dan

insaf tentang gejala negatif berkenaan yang bertentangan dengan ajaran agama

dan nilai budaya. Namun bagi remaja yang disifatkan oleh sarjana psikologi

sebagai berada dalam zaman era moden pastinya naluri ingin tahu itulah yang

lebih dominan. Pada mulanya remaja hanya dimaklumkan tentang alamat

laman web dan apa yang terkandung dalamnya. Kemudian setelah lawatan

dibuat, ia disajikan dengan audio, visual dan video tertentu yang menjurus

kepada tarikan-tarikan yang lebih terperinci lagi.

Bagi Sunstein, dalam konteks laman web yang berunsurkan seks remaja

berkenaan akan diberikan ribuan pilihan; wanita atau lelaki Asia, Eropah, Timur

Tengah dan sebagainya. Kemudian pelawat boleh membuat pesanan yang lebih

terperinci lagi seperti memilih wanita atau lelaki Asia, China, Jepun, Indonesia,

Thailand, Filipina dan lain-lain lagi. Proses ini berlarutan sehingga pelawat juga

boleh memilih perempuan atau lelaki dewasa, remaja atau kanak-kanak. Gejala

sedemikian akan mengheret pelawat atau khalayak laman web berkenaan lama

– kelamaan menjadi obsesif. Tidak cukup dengan elemen-elemen audio, visual

dan video, remaja berkenaan mungkin mahu merasainya melalui pengalaman

langsung.. Gejala pedofilia ini amat tinggi kadarnya di negara miskin, kerana

kanak-kanak amat mudah dijadikan mangsa dan di negara maju pula ia dibantu

oleh masalah dadah dan arak. Namun dalam konteks yang sama, setelah

menyelami teori Sunstein, gejala ini tertanggung juga oleh kebebasan ‘tanpa

tapisan’ Internet yang telah disajikan kepada masyakarat kita. Kes Nurin bukan

14

Page 15: Pencabulan kanak-kanak

kes pertama yang melibatkan penjenayah yang sama, tetapi kemungkinan besar

ia sudah melibatkan beberapa orang kanak-kanak yang lain. Pada kes-kes

sebelumnya penjenayah masih waras untuk menyembunyikan mayat mangsa

tanpa mahu diketahui oleh orang awam, tetapi dalam kes Nurin, penjenayah

sudah tegar dengan pengalaman-pengalaman silamnya sehingga ia tidak gentar

lagi untuk mencampakkan sahaja mayat di tengah-tengah bandar.

9.0DATA DAN KES PENDERAAN SEKSUAL KANAK - KANAK

Terdapat kes penderaan seksual kanak-kanak yang melibatkan bapa,abang

pakcik dan sebagainya. Contoh kajian kes mengenai hubungan pelaku dengan

mangsa dalam insiden penderaan seksual adalah seperti berikut :

Kes 1 :

Pada suatu tengah hari,di ruang tamu ,di atas kusyen bapa melakukannya.

Saya merasa sakit setiap kali bapa melakukannya. Ia akan membaca sesuatu

supaya kami tidak melawannya. Kakaknya menyatakan bahawa bapanya mula

merogolnya sejak tujuh tahun yang lalu. Kakak keduanya mengakui bapanya

kerap menganiyanya secara seksual sejak usianya 13 tahun hinggalah 19 tahun.

Ibunya mengesyaki suaminya dan melaporkan kepada polis. Mangsa dibawa ke

hospital untuk pemeriksaan selanjutnya. (Eliyana 8 tahun)

15

Page 16: Pencabulan kanak-kanak

Kes 2:

Sekiranya saya pergi ke kedai ,saya terpaksa melalui jalan kecil di depan

rumahnya (pelaku). Pada suatu pagi saya pergi ke kedai bersama kawan saya.

Saya terpaksa melalui jalan tersebut dan tiba-tiba dia tarik tangan saya dan

Kamala pula dapat melarikan diri. Saya disuruh buka seluar dan dia masukkan

jari ke dalam kemaluan saya sehingga keluar darah. Sebelum ini dia pernah

melakukannya dua kali, tetapi kali ini dia hempap saya. Malangnya kali ini dia

melakukannya dengan dua orang kawannya. (Joyes 11 tahun)

Jadual 1 : Kes Penderaan Seksual kanak-kanak mengikut negeri

Negeri 2000 2001 2002 2003 2004

Perlis 0 0 0 0 1

Kedah 7 8 8 8 5

Pulau Pinang 27 28 14 11 6

Perak 11 2 6 3 7

Selangor 40 49 43 34 35

Kuala Lumpur 16 15 13 4 2

16

Page 17: Pencabulan kanak-kanak

Negeri Sembilan 6 7 4 12 1

Melaka 6 8 5 16 2

Johor 23 20 14 12 9

Pahang 7 6 7 3 2

Terengganu 0 2 0 8 1

Kelantan 3 1 1 1 0

Sabah 0 2 0 8 1

Sarawak 0 2 6 6 3

Jumlah 146 150 123 119 76

Sumber : Polis Diraja Malaysia,Bukit Aman

Jadual 2: Jumlah kes penderaan seksual kanak-kanak dari tahun 2001-2006

Tahun Jumlah kes

2000 146

2001 150

17

Page 18: Pencabulan kanak-kanak

2002 123

2003 16

2004 148

2005 189

2006 108

Jadual 3 : Hubungan Pelaku dengan mangsa penderaan

18

Page 19: Pencabulan kanak-kanak

Hubungan Pelaku Dengan Mangsa

Penderaan

Jumlah %

Bapa 9 27.4

Ibu 3 9.1

Ibu bapa tiri 2 6.0

Datuk atau nenek 1 3.0

Pakcik atau bapa saudara 2 6.0

Kekasih ibu 2 6.0

Jiran 3 9.1

Pembantu rumah 3 9.1

Tidak dikenali 8 24.3

Jumlah 33 100

Jadual 3 : Umur Pelaku Penderaan

Umur Pelaku Penderaan Jumlah Peratus

25 tahum ke bawah 5 15.2

19

Page 20: Pencabulan kanak-kanak

26-30 tahun 2 6.0

31-35 tahun 3 9.1

36-40 tahun 5 15.2

41 tahun ke atas 6 18.2

Tidak tahu 12 36.4

Jumlah 33 100

Sumber : Kajian lapangan UHKL

10.0 PERANAN PELBAGAI PIHAK DALAM MENGATASI PENDERAAN SEKSUAL

KANAK-

10.1Kanak-kanak

Kanak-kanak perlu dididik supaya berhati-hati dalam memilih kawan.

Jauhkan diri daripada kawan-kawan yang terlibat dengan kelakuan berisiko tinggi

dan melakukan kegiatan sosial yang tidak berpatutan dan melepak pada waktu

malam dan di tempat sunyi. Kanak – kanak juga perlu memberitahu ibu bapa ke

mana dan dengan siapa mereka pergi.Mereka perlu diingat dengan

tanggungjawab ke atas diri mereka serta dapat membezakan antara sentuhan

20

Page 21: Pencabulan kanak-kanak

yang dibenarkan dan tidak dibenarkan (membelai payu dara, peha dan

punggung). Sekiranya seseorang menunjukkan alat kemaluan atau meminta

mereka menyentuh kemaluannya, jangan diberi perhatian atau dilayan tetapi

perlu memberitahu kepada orang dewasa yang boleh dipercayai.

10.2Ibu Bapa Dan Golongan Dewasa.

Sebagai ibu bapa dan golongan dewasa yang berpendidikan, mereka

perlu belajar bercakap dan mendengar perasaan kanak-kanak serta

memahami tahap sentuhan dan hubungan dengan mereka. Apabila anak-

anak telah meningkat dewasa, sentuhan yang melibatkan jantina perlu

sesuai dengan pegangan agama dan budaya dalam masyarakat.

Ibu bapa perlu mengetahui gerak-geri anak-anak mereka di luar. Pada

zaman sekarang, ibu bapa yang sibuk mencari rezeki, sering mengabaikan

anak-anak mereka. Mereka hanya serahkan kepada pembantu rumah atau

pengasuh dan mengabaikan tanggungjawab mereka kepada anak-anaknya.

Untuk memenuhi keperluan kasih sayang anak-anak , kedua-dua ibu bapa

perlu meluangkan masa utnuk mendengar dan bercakap dengan anak-anak

mereka supaya dapat mengetahui gerak-geri mereka di luar dan dengan

rakan sebaya mereka kerana kebanyakan kes-kes penderaan seksual yang

berlaku adalah dari perbuatan orang yang dikenali.

Ibu bapa juga perlu memberitahui anak-anak mereka supaya jangan

keterlaluan dalam kelakuan dan cara berpakaian, menumpang kenderaan

21

Page 22: Pencabulan kanak-kanak

yang tidak dikenali, menerima minuman atau minuman daripada tin terbuka

yang diberikan oleh orang, dan menerima wang atau hadiah tanpa sebab

yang munasabah.

Ibu bapa dan golongan dewasa juga perlu memberi perhatian dan

mengenal pasti tanda-tanda penderaan seksual. Antaranya seperti

mengigau, sukar untuk tidur , takut kepada keadaan gelap , menyisihkan diri

serta takut pada orang atau tempat-tempat tertentu. Yang serius, mereka

akan mencederakan diri atau kecenderuangan membunuh diri. Tanda-tanda

lain ialah seperti menagih dadah atau alkohol, memakai pakaian berlapis-

lapis, gagal memberi tumpuan dan gangguan pemakanan.

Ibu bapa juga dan golongan dewasa perlu membiasakan diri dengan

khidmat bantuan sosial supaya boleh mendapat perkhidmatan yang sesuai

dan cara untuk mengatasi masalah penderaan seksual tersebut, contohnya,

siapa yang harus dihubungi.

10.3Pusat Penjagaan Kanak – Kanak.

Pusat penjagaan kanak-kanak perlu memberi latihan kepada pengasuh

kanak-kanak tentang topik penderaan seksual kanak-kanak. Mereka perlu

melaksanakan Polisi Perlindugan Diri di pusat penjagaan dan menyediakan

sistem bantuan dalaman dengan pihak berkuasa yang berkaitan. Mereka juga

bertanggungjawab melaporkan kes penderaan kanak-kanak kepada pihak yang

22

Page 23: Pencabulan kanak-kanak

berkenaan supaya tindakan lanjutan boleh diambil serta dapat menyelamatkan

kanak-kanak tersebut.

10.4Pertubuhan Sukarela Dan Khidmat Masyarakat.

Melibatkan diri dengan menyertai sebagai badan bertindak dan

menugaskan seorang ahli organisasi untuk melaksanakan tanggungjawab

berikut:

10.4.1 Belajar kaedah memberi ceramah kesedaran menggunakan bahan-

bahan P.S. The Children, MCRI

10.4.2 Memahirkan diri dengan khidmat bantuan.

10.4.3 Belajar menggunakan kit maklumat tentang penderaan seksual

kanak-kanak.

10.4.4 Menghadiri latihan yang diadakan oleh P.S. The Children, MCRI.

10.5 Kementerian Pendidikan.

Kementerian Pendidikan perlu melaksanakan dan mengesahkan

Program Keselamatan Diri pada semua peringkat persekolahan terutamanya

di sekolah rendah dan sekolah menengah dengan melatih guru dan

kaunselor mengenai penderaan seksual kanak-kanak , khususnya berkaitan

23

Page 24: Pencabulan kanak-kanak

pengendalian dan pendedahan. Mereka juga boleh melaksanakan Polisi

Perlindungan kepada kanak-kanak.

Selain dripada itu Kementerian Pendidikan juga perlu memasukkan

kurikulum penderaan seksual kanak-kanak dalam pengajian perubatan,

pendidikan, undang-undang dan khidmat sains sosial di universiti. Pihak

yang berkenaan itu pula perlu menggalakan usaha-usaha penyelidikan dan

penerbitan dalam bidang berkaitan.

10.6 Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sebagai Jabatan Kebajikan Masyarakat, mereka perlu melatih

Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dan ahli Majlis Kebajikan Juvenil

mengenai Penderaan Seksual Kanak-Kanak dengan melaksanakan Program

Keselamatan Diri di pusat aktiviti serta melatih pegawai kebajikan bagaimana

membimbing kanak-kanak untuk menghadapi perbicaraan di mahkamah.

10.7 Polis

24

Page 25: Pencabulan kanak-kanak

Pihak polis perlu menyokong program pencegahan penderaan seksual

kanak-kanak. Melatih ahli Kelab Pencegah Jenayah berkaitan penderaan

seksual kanak-kanak dan perlu mempunyai kemahiran khusus dalam

menemubual mangsa penderaan.

10.8 Pihak Media

Media massa memainkan peranan yang penting dalam pencegahan

penderaan seksual kanak-kanak seperti mendidik orang awam tentang

penderaan seksual kanak-kanak lebih kerap. Mereka perlu bersikap sensitif

terhadap kanak-kanak dan tidak mendedahkan nama kanak-kanak dan ibu bapa

atau penjaga yang tidak bersalah.. Begitu juga dengan tidak mengambil gambar

atau menemu ramah mangsa penderaan serta menghentikan tumpuan terhadap

kisah mangsa. Pihak media massa juga perlu menyokong kempen yang

berkaitan seperti Minggu Kesedaran Penderaan Kanak-Kanak.

10.9 Organisasi Keagamaan

Dengan mengadakan dialog dengan agensi gabungan tentang bagaimana

pendekatan agama dapat membantu mencegah penderaan seksual kanak-kanak

juga antara peranan yang harus dimainkan oleh organisasi keagamaan.

25

Page 26: Pencabulan kanak-kanak

10.10Profession Perubatan Kerajaan dan Sektor Swasta

Para profession pula perlu memahami kerumitan mangsa penderaan

seksual kanak-kanak. Mereka perlu membuat laporan penderaan seksual

kanak-kanak jika mendapat tanda-tanda penderaan serta merujukan mangsa

kepada Pusat Khidmat Bersepadu Mesra Kanak-Kanak untuk kes-kes

penderaan kanak-kanak, di mana kanak-kanak akan diberikan janji temu dengan

doktor-doktor yang berkaitan yang berada di situ.

11.0 PENDEKATAN MODEL NUKLEITIK DAN TAKSONOMI TRNOC DALAM

MENGATASI MASALAH PENCABULAN SEKSUAL KANAK-KANAK.

11.1 LATAR BELAKANG MODEL NEUKLETIK

Pendekatan model neukletik disesuaikan daripada pemikiran Imam al-

Ghazali dalam perlaksanaan penerapan nilai dalam pengajaran di IPT(T. Sarah

1997) berdasarkan konsep,nekleus iaitu hati yang dapat merasa dan

membezakan nilai baik dan buruk berteraskan iman kepada Allah s.w.t.Melalui

model nukleitik ini adalah untuk melahirkan insan yang baik melalui proses

input,output serta TRNOC.Taksomoni TRNOC mengandungi lima tahap (I hingga

V) iaitu T-terima,R-Respon,N-Nilai,O-Organisasi dan C-Ciri berasaskan model

taksomoni Bloom.Model neukletik merupakan pembentukan insan yang lahir dari

proses penyerahan hati yang sebenar kepada Allah s.w.t. melalui didikan hati

26

Page 27: Pencabulan kanak-kanak

yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. supaya manusia dapat melahirkan

tindak-tanduk yang soleh berbanding daripada manusia yang hilang pedoman

kerana mementingkan hawa nafsu dari hati yang bertaqwa. Dr. Muhammad as-

Sayyid al-Julaini(2004) menyatakan tabiat nafsu sentiasa bertentangan dengan

hukuman Allah s.w.t. dan nafsu itu dapat ditundukkan dengan melawan

kehendak nafsu dan melakukan amal ketaatan.Menurut beliau “Lawanlah

kehendak nafsu itu kerana ia adalah sumber kejahatan dan kerosakan.”

Manusia itu perlu mengubah penghayatan dan pemahaman bertitik tolak

dari moral kepada atas dasar iman kerana Allah s.w.t.(T. Sarah 1997) dengan

kembali kepada asal fitrahnya iaitu menjadi hamba kepada Allah s.w.t. untuk

dapat merasa ketenangan dalam jiwa. Menurut Imam al – Ghazali ,

Sesungguhnya Allah mencipta makhluk itu mempunyai tiga bahagian. Dia

menjadikan malaikat yang hanya diberikan akal tanpa diberi syahwat, lalu

Dia menjadikan haiwan yang dibekali syahwat tanpa diberi akal dan Allah

menjadikan manusia yang diberi akal dan syahwat. Jika seorang itu

mengalahkan akalnya, maka haiwan lebih baik daripadanya. Sekiranya

kewajipan manusia menggunakan akal dan menundukkan syahwatnya,

tentu dia lebih baik dari malaikat. ( Mukasyafah al-Qulub, Penenang Jiwa

terjemahan Muhammad Qadim Noor ,2008) Ini jelas seiring sebagaimana sabda

Rasulullah s.a.w. “Jihad yang paling utama ialah jihad melawan orang kafir,

kedua jihad berjuang menghadapi orang yang menyebarkan ilmu dan hujah

palsu dan ketiga, jihad melawan nafsu kejahatan”.

27

Page 28: Pencabulan kanak-kanak

Allah Taala berfirman dalam surah ……………..antara maksudnya ,

“Sesungguhnya dalam tubuh anak Adam itu terdapat segumpal darah.

Apabila ia baik , akan baiklah seluruh tubuh, ia adalah hati.”

Ini jelas memperlihatkan bahawa hati diibaratkan pemimpin yang perlu

ditaati di alam tubuh. Sementara anggota yang lain itu adalah selaku rakyatnya,

(Hj. Osman Jantan (2000)). Di sini dijelaskan makna hati itu ialah berkaitan

dengan roh, jiwa dan akal. Manakala tentera-tentera bagi hati itu mempunyai dua

bahagian iaitu pertama, dapat dilihat dengan mata seperti tangan,mata dan

anggota lain. Kedua yang dapat dilihat dengan mata hati. Hati menjadi pemimpin

yang dipatuhi, sementara nafsu serta anggota lain mematuhi perintah-perintah

dan larangannya. Jika sebaliknya, ia dikuasai oleh syahwat, maka pemimpinnya

menjadi bawahan. Nabi s.a.w. bersabda “Hati mempunyai empat jenis iaitu

hati yang terang seperti lampu iaitu hati orang mukmin, kedua hati yang

gelap dan terbalik iaitu hati orang kafir, ketiga hati yang tertutup dan terikat

pada tutupnya, iaitu hati yang munafik dan keempat iaitu hati yang berlapis

yang mana terdapat iman dan sifat yang munafik.”

28

Page 29: Pencabulan kanak-kanak

11.2 BAGAIMANA MENCEGAH PENCABULAN KANAK-KANAK DENGAN

MEMATIKAN NAFSU MENGGUNAKAN TAKSONOMI TRNOC(OUTPUT)

11.2.1.Menerima Dan Menghayati Keutamaan Akhlak Yang Baik

(Tahap I – Penerimaan).

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya :

“Sesungguhnya akhlak yang baik itu menghilangkan

dosa sebagaimana matahari menyirnakan salji.”

Individu harus menerima hakikat kebenaran bahawa akhlak yang

baik mempunyai dua perkara iaitu kebaikan berbentuk rupa dan kebaikan

akhlak. Kebaikan berbentuk rupa merupakan keindahan lahiriah bersifat

luaran manakala kebaikan akhlak pula ialah keindahan batiniah yang

bersifat dalaman dan penghayatan ini boleh dipraktik melalui melalui

ketekunan pada ibadah yang dapat menentang syahwat degan baik baik

dan berkesan dalam membentuk batin dan menenangkan hati terhadap

Allah s.w.t.Individu yang mempraktikkan akhlak yang baik tidak mungkin

dapat terjebak dengan kes-kes pencabulan kanak-kanak ini.

11.2.2.Jalan Menuju Pendidikan Allah( Tahap II – Memberi Respon)

Untuk mengubati penyakit hati syahwat ini adalah dengan

mengetahui sifat-sifat yang menonjol padanya dan mana yang patut

29

Page 30: Pencabulan kanak-kanak

diubati. Individu yang terdedah kepada obsesi terhadap bahan pornografi

internet ini tidak tahu mengisi kelapangan masa dengan cara yang

berfaedah dan bermanafaat. Antaranya dengan menyibukkan dengan

ibadah dan membersih serta menyucikannya dengan solat dan

zikir .Respon begini dapat memberi pengisian yan bermanafaat serta

menghindarkan diri individu itu terhadap gejala songsang . Manakala cara

mendidik akhlak pula adalah dengan menggunakan sebahagian sifatnya

untuk mengatasi sifat lain(Imam al-Ghazali) Contohnya sifat melakukan

ibadat untuk meninggalkan sifat melakukan perkara kemungkaran.

11.2.3 Mengesan Kejelekan-Kejelekan Diri( Tahap III – Membuat Penilaian)

Sabda Nabi s.a.w. antara lain maksudnya ;

“Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hamba-Nya,

maka Allah menjadikan orang itu menyedari kejelekan-kejelekan

dirinya.”

Imam Ghazali menggariskan 3 cara untuk menilai kelemahan diri

iaitu pertama melalui pengakuan di hadapan guru atau orang yang

berpengetahuan dalam bidang. Kedua melalui teman yang soleh yang

dapat mempengaruhi diri individu mengingatkan keburukannya. Ini

bersesuaian dengan kata-kata Umar r.a. iaitu “Semoga Allah

merahmati orang yang menunjukkan daku kepada kejelekan-

30

Page 31: Pencabulan kanak-kanak

kejelekanku.” Dan ketiga melalui percakapan orang yang mencari

kesalahannya.Orang yang terjebak dalam kancah pencabulan harus

menyedari penyakit jiwa yang dialami dan berusaha berjumpa dengan

pihak terbabit bagi meminta nasihat dan bantuan.Peranan rakan juga turut

mengambil kira dalam memberi nasihat dan larangan manakala pencabul

harus sedar perbuatannya itu salah kerana masyarakat sekeliling

memperkata serta menganggap perbuatan tersebut tidak bermoral dan

berperikemanusiaan , bukannya menganggap masyarakat yang tidak

memahami kehendak mereka atau masih kolot serta mempunyai

pemikiran yang masih taboo.

11.2.4 Mematahkan Syahwat Perut Dan Kemaluan( Tahap IV – Mengorganisasi)

Sumber segala dosa adalah syahwat perut , dan bermula dari situ

timbulnya syahwat kemaluan. Ini boleh dilihat pada peristiwa Adam a.s.

melanggar larangan Allah s.w.t. hingga keluar dari syurga. Sebab itulah

secara semulajadinya manusia itu mencari dan menyukai dunia (Osman

Jantan 2000). Antara cara mematahkan syahwat perut dan kemaluan

ialah keutamaan lapar dan celaan atas kekenyangan iaitu mengurangkan

makan secara beransur-ansur.Sebagaimana firman Alah ;

31

Page 32: Pencabulan kanak-kanak

Maksudnya : “Dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu

melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang

melampaui batas.”

11.2.5.Pengawasan Diri Dan Pemeriksaannya (Tahap V – Pencirian)

Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Periksalah diri kamu sebelum

kamu diperiksa.” Individu itu perlu menyiapkan diri terlebih dahulu

dengan pencirian enam tingkatan iaitu pertama penetapan syarat iaitu

akal adalah pedagang di jalan akhirat dan sekutunya ialah hati yang

membantunya mencapai tujuan. Individu yang tahu bahawa pokok

pangkal sesuatu perbuatan berdasarkan akal akan menggunakan akal

dan bukan syahwat sebelum bertindak melakukan sesuatu.Kedua ialah

melalui pengawasan iaitu pengawasan hati supaya tidak rosak ‘amalan

iaitu yakin setiap gerak geri diawasi.Ini bersesuaian dengan firman Allah

s.w.t ,

Antara maksudnya : “Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati

(mengawas) kamu.”

Tahap ketiga pula ialah pemeriksaan diri setelah beramal iaitu

orang yang beriman dan beramal setiap masa sentiasa memeriksa dirinya

atas perbuatannya.Tahap keempat, penghukuman menampakkan

32

Page 33: Pencabulan kanak-kanak

kekurangan dalam hal ketaatan dan perbuatan maksiat setelah

memeriksa dirinya Contohnya individu itu memakan sesuap makanan

yang meragukan hukum dengan rasa lapar. Kemudian pandangan selain

mahram dengan hukuman mencegah pandangan dan mencegah tidurnya.

Kelima, individu itu perlu bermujahadah atau melawan nafsu iaitu dengan

cara membaca ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Nabi s.a.w. Dan yang

terakhir ialah penyaksian iaitu menegur diri. Sebagaimana telah diketahui

sebelum ini musuh paling utama ialah melawan nafsu,menjelek dan

menegur nafsu supaya tunduk dan meningkatkan jiwa. Manusia

diingatkan jangan bersifat lalai walaupun sesaat dan jangan sibuk

menasihatkan orang lain sebelum menasihati diri sendiri.

33

Page 34: Pencabulan kanak-kanak

12.0 KESIMPULAN

Bagaikan kudis yang menanah dalam masyarakat hari ini, jenayah penderaan

seksual terhadap kanak-kanak masih terus berleluasa. Walaupun statistik kejadian

penderaan seksual semakin meningkat, dipercayai masih banyak lagi kes tidak

dilaporkan kerana masyarakat masih menganggap ia satu kejadian memalukan dan

perlu dirahsiakan.

Rumah tangga sering dianggap sebagai tempat berlindung yang selamat bagi

semua anggota keluarga. Kadangkala rumah tangga juga boleh bertukar menjadi

tempat berlakunya penganiayaan , penderaan , kekejaman dan keganasan

berbading di luar rumah. Misalnya kanak-kanak yang dicederakan secara seksual

berpendapat bahawa mereka harus melindungi ibu.bapa atau keluarga mereka

daripada didakwa atas kes penderaan seksual.Kebanyakan kanak-kanak dan

anggota keluarga sering mengambil keputusan sedemikian supaya tidak

merumitkan lagi masalah keganasan rumah tangga yang dialami oleh keluarga

tersebut apatah lagi menceritakan masalah keluarga kepada orang lain , seperti

perumpamaan Melayu “menepuk air di dulang,terpericik ke muka sendiri”.

Fakta lain yang mungkin sukar untuk diterima oleh masyarakat mengenai

penderan ialah semua orang tidak kira apa jua latar belakang , jantina , tahap

pendidikan atau sosioekonomi mereka , berpotensi melakukan penderaan. Mungkin

dalam fikiran kita perwatakan mereka yang melakukan penderaan ialah seorang

yang kejam,garang dan muka bengis,tidak semestinya.Ini kerana ada juga kes

terdiri daripada mereka yang kelihatan baik dan berpendidikan tinggi,Kebanyakan

34

Page 35: Pencabulan kanak-kanak

kes berlaku secara spontan , berikutan dengan pertengkaran ibu bapa atau penjaga

(Sham Kasim,2004).

Penderaan ialah satu tindakan yang mempunyai niat atau tujuan untuk

merosakkan,mencederakan atau membunuh orang lain. Ianya termasuklah

penderaan dan penganiyaan terhadap kanak-kanak , wanita dan orang

tua.Perangkaan yang tepat tentang penderaan seksual kanak-kanak sukar

diperolehi. Data yang dilaporkan sering tidak mempunyai bukti yang kukuh.Anggota

keluarga yang terbabit dalam dilema ini menghadapi masalah untuk mengemukakan

masalah keluarga di khalayak khususnya kepada saudara mara atau jiran tetangga.

Kes penderaan sering dirahsiakan kerana misalnya kanak-kanak atau isteri yang

dipukul dan di sepak terajang oleh suami sanggup merahsiakan penganiyaan yang

berlaku. Masalah keganasan rumah tangga amat memalukan kepada sesiapa

sahaja yang terlibat di dalamnya.

Pada hakikatnya,masalah krisis keluarga yang kompleks dalam keluarga

boleh memberi kesan negatif kepada kanak-kanak dan remaja. Implikasi yang jelas

di kalangan kanak-kanak dan remaja menyebabkan penderitaan emosional serta

gangguan kesihatan mental.Lama kelamaan ia berkembang menjadi bentuk

kenakalan di kalangan remaja atau dikenli sebagai ’ juvenile delinquency

’.Kenakalan ini adalah produk daripada keadaan sekeliling masyarakat dan keluarga

yang penuh dengan pergolakan sosial.

Kenakalan remaja merupakan mekanisme balasan untuk mendapat

pengakuan terhadap ego di samping dipakai untuk nampak menonjol dalam

35

Page 36: Pencabulan kanak-kanak

masyarakat. Sikap kriminal yang ditunjukkan oleh remaja adalah kegagalan mereka

di dalam mengawal diri. Ini menyebabkan mereka menyalurkan di dalam perbuatan

jahat. Kenakalan remaja bukanlah satu penyakit genetik tetapi ianya adalah satu

proses pembentukan kebiasaan dalam kehidupan sehari-hari baik secara atau tanpa

disedari oleh kanak-kanak dan remaja.

Para pengkaji berpendapat perlu ada pemahaman terperinci tentang pelaku

penderaan bagi menjalankan penyelidikan.Penyelidikan ini adalah untuk melihat

keberkesanan langkah-langkah pencegahan penderaan kanak-kanak dari aspek

undang-undang,perubatan , pihak penguatkuasa , ekonomi dan sosial serta

menganalisa keberkesanan program dan langkah-langkah yang sedia ada.

Pendekatan model Nukleitik dan Taksonomi TRNOC dalam mengatasi masalah

pencabulan kanak-kanak perlu dihargai oleh semua pihak. Manusia perlu mengubah

penghayatan dan pemahaman bertitik tolak dari moral kepada atas dasar iman

kerana Allah dimana individu harus menerima hakikat kebenaran bahawa akhlak

yang baik mempunyai dua perkara iaitu kebaikan berbentuk rupa dan kebaikan

akhlak. Akhlak yang baik tidak mungkin dapat terjebak dengan kes-kes pencabulan

kanak-kanak ini.

Berdasarkan kajian ini juga dapat digunakan untuk mempertingkatkan lagi

keberkesanan program dan langkah-langkah yang sedia ada dan juga dapat

digunakan bagi memantapkan lagi Akta Kanak-kanak 2001.

36