assig koir a

Upload: jet-lan

Post on 05-Oct-2015

43 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Koir

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER /2014

HBMS3203

PENGAJARAN MUZIK V

NAMA: WAN MAZLAN BIN WAN CHIKNO. MATRIKULASI : 641229025119001NO. KAD PENGENALAN: 641229025119NO. TELEFON: 0127162061E-MEL: [email protected] PEMBELAJARAN: KELANTAN LEARNING CENTER

HBAE 3103

1

ISI KANDUNGANMUKA SURAT

1.0.PENGENALAN1 - 3

1.1. STRUKTUR SEBUAH KUMPULAN KOIR3 - 4

1.2. KATEGORI MENGIKUT LINGKUNGAN SUARA4 - 6

1.3. KESERAGAMAN KOIR7

2.0.CIRI-CIRI PEMIMPIN KOIR YANG BAIK7 - 8

2.1. KUPASAN PEMIMPIN KOIR YANG BAIK

2.1.1. Pengetahuan Muzik Yang Kukuh8 - 9

2.1.2. Mempunyai Kemahiran Teknik Vokal9

2.1.3. Teknik Memimpin Conducting Technique9

2.1.4. Berpengetahuan Tentang Organ Atau Piano9

2.1.5. Berpengetahuan Tentang Organ Atau Piano9 - 10

2.1.6. Tidak Cepat Putus Asa10

3.0.PERANAN PEMIMPIN KOIR10 - 11

3.1. Merancang Penubuhan Kumpulan Koir11

3.1.1. Pemilihan Ahli-ahli Koir11 - 12

3.1.2. Menganalisa Skor Lagu12 - 13

3.1.3. Membuat Latihan Merancang dan Melatih13

3.1.4. Membuat Persembahan14

3.1.5. Membuat Perancangan Peningkatan Kumpulan Koir15

4.0.TEKNIK-TEKNIK PERMANASAN15

4.0. TEKNIK-TEKNIK PERMANASAN15 - 18

4.2. TEKNIK VOKAL: REGISTER19 - 20

5.0KESIMPULAN20 - 21

RUJUKAN22

HBAE 3103

12

1.0. PENGENALANKoir merupakan satu esemble muzik yang terdiri dari kumpulan penyanyi secara beramai. Nanyian koir bukanlah nyanyian secara solo atau bersaing antara satu sama lain, tetapi ianya merupakan nyanyian berkumpulan yang membentuk nyanyian berharmoni. Perkataan esembel berasal dari dari perkataan Perancis yang membawa maksud bersama-sama.

Menurut wikipedia, Koir adalah sebuah ensembel muzik para penyanyi yang menyanyi beramai-ramai. Ia bukan sebuah kumpulan penyanyi solo yang bersaing antara satu sama lain, malah sebagai sekumpulan penyanyi yang membentuk nyanyian berharmoni..

Selain daripada itu ianya juga dikenali sebagai korus (chorus). Korus dan Chorale memberi maksud yang agak sama. Sebenarnya, kedua-dua perkataan ini datang dari kata dasar yang serupa, namun disampaikan dari dua tamadun berlainan iaitu dari Yunani lama dan Rom yang membentuk beberapa corak yang berbeza. Perkataan koral (Choral) adalah satu kata sifat yang menggambarkan perbuatan untuk koir, korus dan chorale. Dalam erti kata ringkas, nyanyian beramai-ramai koir, korus dan chorale dipanggil muzik koral. Wikipedia.

Kumpulan koir boleh kita ertikan sebagai sebuah kumpulan yang kreatif. Ia adalah sebuah organisasi yang diertikan oleh De Masi (2003) sebagai sebuah kumpulan kreatif yang tiada penghujungnya atau penamat.

Menurut De Masi (2003) terdapat sesetengah organisasi yang mempunyai persamaan dengan organisasi koir. Keperluan dan pengurusan di dalam koir adalah saling memerlukan , ini telah dijelaskan oleh De Masi (2003):The personal relationships are, mainly, horizontal, warm, informal, solidary andcentered in the emotiveness. The recognition and the moral bonus are importantfor the individual and for the group. A charismatic leadership prevails. Eachone is attentive to the thing that should give to the other ones; each oneattributes a lot of importance to the interest, learns the most possible, improves the quality of its own contributions; feels responsible; knows how its personalcontribution is used for; and doesnt discharge its own responsibilities on theother ones. The discipline comes from personal interest, attraction exercised bythe leader, adhesion to the mission, dedication to the work, faith, generosity, participation in the game [...]. Obviously I emphasized the positive aspects,although, in fact, the impact is not rare in creative groups and in organizationswithout lucrative ends that cross disorientation and identity crises.

Koir pada asalnya merupakan satu kumpulan penyanyi yang kebiasaannya membuat persembahan di gereja. Kebanyakan nyanyian kumpulan koir ini adalah berunsurkan keagamaan kristian.

Dalam nyanyian koir setiap lapisan suara dinyanyikan lebih daripada seorang, samada dengan iringan atau tanpa iringan alat muzik. Muziknya mungkin dalam bentuk monofoni, seperti dalam Gregorian Chant (Zaman Pertengahan) atau berbentuk polifoni (dengan beberapa lapisan suara). Ianya mungkin dipersembahkan oleh lebih daripada 12 orang penyanyi atau kurang, atau dalam satu kumpulan yang besar yang mengandungi beberapa ratus penyanyi.

Sebuah kumpulan koir yang baik akan dapat menghasilkan satu nyanyian yang berharmoni. Dalam sesebuah kumpulan koir setiap penyanyi akan menyanyikan koir dengan secara berkumpulan bukannya secara solo dan bersaing antara satu sama lain.

Dalam sebuah kumpulan koir yang baik, terdapat empat kumpulan suara iaitu kumpulan:i. Soprano (S) (suara perempuan tinggi)ii. Alto (A) (suara perempuan rendah)iii. Tenor (T) (suara lelaki tinggi)iv. Bass (B) (suara lelaki rendah)

Kesesuaian kumpulan suara bergantung kepada penyanyi dalam kumpulan mengikut umur, jantina dan kesesuaian lagu.

Contohnya bagi kumpulan koir kanak-kanak biasanya hanya terdiri daripada dua gabungan suara iaitu alto dan soprano kerana suara kanak-kanak lelaki lebih kurang suara kanak-kanak perempuan.

Di sekolah, satu kumpulan koir selalunya terdiri daripada 45 orang atau lebih penyanyi kumpulan nyanyian yang terdiri daripada 45 orang atau lebih. Kebiasaanya kumpulan ini ditubuhkan bagi memenuhi kehendak masyarakat bagi tujuan persembahan atau pertandingan atau sebagai satu aktiviti ko-kurikulum. Koir dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, esteika dan etika. Di samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda untuk memikir dengan lebih ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti koir memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi. Aktiviti koir ini juga dapat mencungkil bakat pelajar yang sekaligus membina keyakinan kental dalam diri.

Koir dalam bentuk pertandingan atau pun persembahan, merupakan aktiviti yang popular dijalankan di sekolah-sekolah berbanding dengan lain-lain aktiviti muzik. Ini adalah kerana aktiviti koir tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dari segi peralatan muzik dan juga lebih mudah mendapatkan penyertaan pelajar di samping keperluan masa latihan yang agak singkat.

Sebuah kumpulan koir kebiasaannya diketuai oleh seorang pemimpin koir atau juga lebih dikenali sebagai konduktor muzik (sama seperti orkestra). Konduktor untuk koir kadang-kala dipanggil pengarah koral, pemimpin korus, atau pemimpin koir, terutamanya kepada koir-koir yang bersekutu dengan sesebuah orkestra.

Kebiasaannya kumpulan koir mengandungi empat bahagian, namun jumlah pada hakikatnya bahagian ini adalah tidak terhad. Selain daripada empat bahagian, bilangan bahagian kumpulan nyanyian di dalam satu-satu persembahan koir yang paling biasa adalah tiga, lima, enam dan lapan.

2.0. PEMILIHAN AHLI-AHLI KOIR DI SEKOLAHPerancangan yang baik perlu dilakukan oleh guru atau pemimpin koir sekolah sebelum menubuhkan sebuah kumpulan koir yang baik. Terdapat beberapa pekara yang perlu diberi perhatian khusus dalam menentukan kejayaannya, antaranya ialah :1. Saiz kumpulan2. Jenis Kumpulan 2, 3, atau 4 suara3. Jumlah atau bilangan penyanyi4. Pemuzik Iringan5. Alat Muzik Iringan6. Keupayaan Guru.7. Tempat Latihan8. Jadual Latihan9. Surat menyurat10. Skor atau gubahan-gubahan lagu.Faktor-faktor ini akan memudahkan lagi prosedur yang seterusnya dan membolehkan segala urusan berjalan dengan lancar. Sebelum sesebuah kumpulan koir ditubuhkan pemilihan ahli kumpulan adalah perlu. Pemimpin koir tidak boleh hanya mengambil ahli tanpa sebarang tapisan kerana ianya akan memberi impak kepada kumpulan koir itu sendiri. Uji bakat perlu diadakan bagi memilih ahli-ahli kumpulan. Uji bakat adalah satu sesi penting bagi guru atau pemimpin koir untuk memilih ahli-ahli koir bagi memenuhi kumpulan koir yang hendak ditubuhkan sama ada kumpulan koir tradisional, patriotik, show choir atau lain-lain.

Uji bakat ataupun audition mungkin akan menakutkan peserta atau sesiapa saja yang ingin menjadi ahli koir kerana mengganggap ia satu sesi yang sukar dengan pelbagai ujian teknikal berkaitan dengan vokal yang mungkin pada jangkaan peserta ianya akan menjadi sukar atau di luar kemampuan peserta. Bagi mengelakkan rasa kurang berkeyakinan peserta uji bakat untuk mengambil bahagian dalam sesi uji bakat ini, poster mengenai ujibakat dan perkara-perkara keperluan yang ada pada peserta disertakan dan memperluaskan lagi penyertaan uji bakat ini secara terbuka.Perancangan yang baik perlu dilakukan oleh guru atau pemimpin koir sekolah sebelum menubuhkan sebuah kumpulan koir yang baik. Oleh itu guru atau pemimpin koir perlulah merancang apa yang perlu dilakukan sebelum sesi ujibakat dijalankan iaitu: Menentukan tarikh uji bakatPenentuan tarikh untuk uji bakat perlu dirancang dengan teliti agar setiap pelajar yang berminat berpeluang menjalankannya. Proses ini akan dapat membantu mendapatkan pelajar yang terbaik dikalangan pelajar. Melaksanakan uji bakatMelaksanakan uji bakat bertujuan mendapatkan pelajar-pelajar yang berpotesi dalam nyanyian koir. Dalam hal ini guru perlu ingat jumlah penyanyi yang diperlukan dalam setiap kumpulan. Jumlah penyanyi akan mempengaruhi bunyi yang dihasilkan nanti. Ia akan memudahkan proses keseimbangan bunyi sesebuah kumpulan koir. Guru-guru juga perlu ingat bahawa uji bakat ini bertujuan mencari penyanyi secara kumpulan bukan secara solo.

2.1. Cara pemilihan ahli koirBerbagai cara uji bakat boleh dijalankan oleh guru, diantaranya adalah seperti berikut:1. Dijalankan secara individu.2. Dijalankan dalam kumpulan-kumpulan kecil dan seterusnya dalam kumpulan peserta yang lebih besar.3. Dilakukan di dalam satu bilik sahaja.4. Dilakukan di dalam beberapa bilik berasingan oleh pemimpin koir dan ahli-ahli lama yang berpengalaman. Sekiranya bagi sekolah rendah guru-guru berpengalaman yang terlibat akan mengadakan sesi uji bakat ini.

Sebelum melakukan ujibakat guru atau pemimpin koir perlu melakukan beberapa persedian bagi memastikan sesi ujibakat akan berjalan dengan lancar. Walaupun tujuan ujibakat ini adalah untuk memilih ahli yang boleh menyanyi dengan tetapi guru perlu menetapkan beberapa kriteria penting.

Antara kriteria-kriteria tersebut adalah:a. Jenis koir yang akan dipersembahkan.i. Koir patriotik atau Koir tradisional. ii. Umur peserta.b. Jumlah ahli untuk dipilih.i. Jumlah ahli mengikut jenis koir untuk dipersembahkan.ii. Jumlah ahli atas kehendak syarat pertandingan.c. Jumlah vokal untuk mengimbang dalam kumpulan koir.i. Jumlah ahli lelaki dan perempuan untuk sekolah rendah.ii. Kumpulan SATB untuk kumpulan koir remaja.d. Kualiti suara.Kualiti suara adalah penting, ianya akan memberi impak kepada keharmonian dan kemerduan keseluruhan persembahan.e. Kebolehan muzikal.Guru perlu mengetahui kebolehan setiap ahli dalam muzik. Ini kerana ianya berkait dengan memahami konsep dan elemen muzik seperti pic, irama, melodi ekspresi dan sebagainya.

2.2. Prosuder pemilihan2.2.1. NyanyianGuru atau Pemimpin koir perlu memilih peserta yang berbakat, berminat, mempunyai ton suara yang berkualiti serta bersikap positif. Kebolehan kemahiran membaca skor juga amat membantu.

Menentukan renj suaraMenentukan renj yang tepat bertujuan membahagikan pelajar berdasarkan jenis suara saperti suara soprano, alto , tenor dan bes. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah dengan meminta pelajar menyanyi not terendah dan tertinggi yang termampu. Tetapi ia dapat dilakukan secara lebih sistematik menggunakan alat muzik saperti kibod/piano/gitar misalnya: mainkan satu nada sederhana dan minta pelajar tersebut turut . Proses ini dilakukan dengan menaikkan not atau turunkan not ikut turutan bagi mendapatkan not tertinggi dan terendah yang boleh dicapai oleh setiap individu . Proses ini memudahkan guru menentukan jenis suara serta kumpulan yang sesuai dengan setiap individu.

Suara soprano kebiasaannya mempunyai lingkungan suara dari C tengah (C4) hingga ke A atas (A5) untuk muzik koir. Perkataan soprano secara umumnya merujuk kepada penyanyi yang bersuara tertinggi dalam lingkungan suara wanita.

Manakala alto pula kebiasaanya meliputi di antara G di bawah C tengah hingga ke E sepuluh di bawah C tengah (G3-E5). Ini merupakan lingkungan suara terendah bagi wanita.

Suara tenor pula meliputi B3 ke atas sehingga G4.

Suara bes pula dalam lingkungan suara F2 hingga ke E4 tetapi boleh menjadi seluas Eb2 hingga F4. Suara penyanyi bes berubah dari suara dada hingga ke pertengahan suara di sekitar A3 atau Ab3 di bawah pertengahan C dan berubah kepada daftar suara utama pada sekitar D4 atau C#4 di atas pertengahan C. Suara rendah penyanyi bes adalah kekuatan mereka manakala suara tinggi ialah kelemahan mereka.

Pemilihan ahli yang betul perlu kerana ianya akan memudahkan guru atau pemimpin mengkategorikan nyanyian koir mengikut lingkungan suara seperti berikut:- Koir campuran (mengandungi suara penyanyi lelaki dan wanita) jenis ini adalah corak kumpulan koir yang paling kerap dibuat, mengandungi penyanyi-penyanyi soprano, alto, tenor dan bes yang dikenali dengan nama singkat sebagaiSATB. Jika suara-suara ini dibahagi kepada dua bahagian, nama pendek yang digunakan ialah SSAATTBB, manakalaSATBSATB jika kumpulan koir tersebut terbahagi kepada dua separa bebas empat bahagian koir. Sekiranya suarabariton digunakan, istilah pendek yang digunakan adalah SATBarB. Koir lelaki menggunakan istilah pendek SATB yang serupa dengan koir campuran namun S merujuk kepada soprano kanak-kanak lelaki manakala alto dinyanyikan oleh lelaki dewasa dengan penggunaan falseto, kerap juga dipanggil sebagai kauntertenor. Format ini adalah amat biasa digunakan di dalam koir katedral British. Koir wanita mengandungi suara soprano dan alto sahaja, menggunakan singkatan SSAA atau SSA Koir kanak-kanak sering dibuat dalam dua bahagian SA (soprano; alto) atau tiga bahagian SSA atau kadang-kala mengandungi lebih banyak suara.

Setelah suara diuji setiap ahli akan ditempatkan mengikut kategorikan nyanyian koir mengikut lingkungan suara. Kemudian, barulah skor lagu diedarkan berdasarkan kepada kumpulan suara masing-masing.

2.2.2. Menepuk corak irama.Selain daripada ujian suara, ujian tepukan perlu juga dijalankan bagi memastikan kebolehan peserta menyanyi mengikut "beat" serta tempo dengan betul. "Beat" merupakan sesuatu yang amat penting kerana elemen muzik bergerak mengikut kelajuan tempo yang telah ditetapkan. Amatlah penting bagi seseorang penyanyi dapat menyanyi dengan corak irama yang betul dan tepat temponya mengikut "beat".

Terdapat pelbagai cara untuk menguji peserta ujibakat bagi menepuk corak irama. Antaranya ialah peserta boleh membaca skor dengan semerta dan melakukan tepukan. Tetapi cara ini tidak bersesuaian kerana ianya memerlukan peserta yang mempunyai pengetahuan yang kukuh. Cara yang lebih mudah ialah, guru boleh meminta peserta mengajuk dengan melakukan tepukan setelah guru memainkan irama. Cara ini merupakan cara yang paling mudah dan cepat.

Guru juga boleh meminta peserta melakukan tepukan sambil melakukan gerakan bebas, seperti menari atau sebagainya mengikut irama yang dimainkan. Ini penting untuk guru mengenal pasti bakat peserta yang mana ianya dapat membantu sekiranya guru bercadang untuk menubuhkan koir persembahan.

2.2.3. Mengecam melodi dan meterKepentingan ujian ini adalah untuk menentukan keupayaan peserta dalam menyanyikan lagu dengan tepat dan mengikut tempo yang betul.

Semasa pemilihan guru boleh menguji peserta dengan meminta peserta mengajukkan melodi yang dimainkan oleh guru dengan peringkat yang mudah kepada peringkat yang lebih sukar.

Melodi-melodi yang dimainkan boleh dinyanyikan dalam "la", "ma", "ha" atau lain-lain bunyi vokal yang sesuai.

Guru juga perlu memastikan latar belakang peserta seperti bangsa dan sebagainya. Ini disebabkan peserta melayu, cina dan india tidak akan mempunyai persamaan dalam nyanyian.

3.0. ANALISIS KOIRKumpulan Koir : SK Convert Bukit Nenas 1Johan Pertandingan Koir Peringkat Negeri (Wilayah Persekutuan)Tahun 2013Lagu:Budi Bahasa Budaya KitaLirik:Habsah HassanLagu:Suhaimi Mohammad Zain (Pak Ngah)Penyanyi asal:Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin

IramaIrama ialah gabungan pelbagai not muzik yang berbeza yang akan menghasilkan not irama yang berbeza. Ukuran masa atau tempo pada muzik, serta panjang pendek bunyi yang teratur, turun naik bunyi yang teratur pada lagu akan menghasilkan irama yang berbeza. Irama merangkumi faktor detik, meter, rentak, tempoh masa dan tempo.Irama terbentuk daripada sesuatu susunan bunyi.

Dalam persembahan koir ini, nyanyian kumpulan ini mengikut detik dan beat yang stabil. Semasa nyanyian kumpulan ini menyanyikan dengan beat yang betul.

RentakRentak digunakan untuk mengiringi muzik nyanyian atau permainan alat muzik. Corak irama rentak memberi identiti kepada sesebuah lagu sebagai lagu berentak Mac, Waltz, Inang, Masri, Asli, Sumazau dan Joget. Rentak lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan ini ialah rentak Mac. Piano mengiringi kumpulan ini dimainkan dengan baik. Gabungan not / beat dalam persembahan ini berbentuk corak irama yang berlainan.

TempoTempo adalah unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik dalam sesebuah lagu. Setiap lagu mempunyai tempo yang berbeza sama ada cepat, sederhana atau lambat. Antara jenis-jenis tempo ialah: ALLEGRO (Rancak, Cepat) AN DAN TE (Sederhana Cepat) ALLA MARCIA (March, Patriotik) DAL CAPO (D.C)

Irama diulang lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan ini iaitu lagu "Budi Bahasa Budaya Kita" adalah digolong dalam jenis tempo ALLA MARCIA, iaitu sederhana cepat. Tempo ini digunakan untuk lagu "Budi Bahasa Budaya Kita" kerana ia dapat mewujudkan suasana yang riang. Tempo ini sesuai dinyanyi dan digemari oleh kanak-kanak.

Meter

44Meter ialah kiraan masa dalan sesuatu muzik. Ia dikumpulkan dalam kumpulan 2,3,4 dan seterusnya. Terdapat pelbagai kiraan masa dalam muzik. Biasanya jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar. Dalam persembahan kumpulan ini kiraan meter bagi persembahan mereka adalah .

PicPic adalah berkaitan dengan aras sesuatu bunyi sama ada bunyi tinggi atau bunyi rendah. Susunan pic tinggi dan rendah serta mendatar menghasilkan satu aliran garisan dinamakan kontur melodi. Terdapat kontur melodi melompat dan bertangga. Susunan bunyi bertangga dinamakan skala/ skel/ tangga nada. Dalam lagu dalam persembahan ini, Susunan picnya ialah bertangga, melompat dan mendatar.

Pada minit 1:24 hingga 1:29 dalam video, nyanyian lagu dalam pergerakan bertangga, dan pertukaran kepada pergerakan melompat berlaku pada minit 1:30 hingga 1:40.

Gabungan pergerakan mendatar juga dapat didengar pada minit 1:51 sehingga 2:00. Secara keseluruhan kumpulan ini telah menyanyikan dengan pic yang betul dengan baiknya. Walau bagaimanapun pic bagi suara kedua pada minit 3:26 dinyanyikan agak kurang sempurna. Tetapi ianya tidak dapat dikesan sebab harmoni dalam kumpulan amat baik.

Intonasi dan Kualiti Ton SuaraKumpulan ini mempunyai intonasi dan kualiti ton suara yang baik. Ini adalah disebabkan guru pandai menyusun penyanyi dengan keupayaan masing-masing yang mana menghasilkan keharmonian dalam nyanyian. Susunan kumpulan mengikut kumpulan renj suara dilakukan dengan baik dan mengakibatkan hasil nyanyian cemerlang.

Dalam nyanyian kumpulan ini, intonasi suara mengikut kesesuaian lirik dapat didengar dengan jelas seperti contoh nyanyian pada minit yang ke 1:26 hingga 1:32 iaitu "Saudara terdekat, jiran tetangga.." Intonasi nyanyian menunjukkan perasaan kasih sayang.

Kumpulan ini mempunyai kualiti ton suara yang baik. Nyanyian oleh ahli-ahli kumpulan ini sangat bertenaga.

SebutanTiada sebarang kesalahan dalam sebutan yang dilakukan oleh kumpulan ini walaupun kumpulan ini terdiri daripada berbilang kaum. Ini mungkin disebabkan latihan nyanyian yang mencukupi.

Attack dan Release

RUJUKAN

Anderson, M. William., Lawrence, E. Joy. (2001). Elementary Classroom 5th Edition. United States of America: Wadswoah Thomson Learning

Benjamin, Thomas., Melson, Robert. (2008). Techniques And Materials Of Music 7th Edition. United States Of America: Thomson Schirmer

Christy, Van A. (1990). Foundations In Singing: A Basic Textbook In Vocal Technique And Song Interpretation (2nd Edition). WM.C.Brown Publishers

Hackett, Patricia. (1988). The Musical Classroom Background Models And Skills For Elementary Teaching. New Jersey, United States of America: Prentice Hall Inc.

Herrold, M. Rebecca. (2001). New Approaches To Elementary Classroom Music (3rd Edition). United States of America: Prentice Hall

McRae, W.Shirley. (1991). Directing The Childrens Choir. New York: Schirmer Books

Phillips, H. Kenneth. (1996). Teaching Kids To Sing. New York: Schirmer Books

Schmidt, Jan. (1989). Basics Of Singing 2nd Edition. New York: Schirmer Books

Soewito, M. (1996). Teknik Termudah Olah Vokal Dan Lagu. Jakarta: Titik Terang

Turner, J. Clifford. (1976). Voice And Speech In The Theatre. Pitman Publishing

Welch, Graham., Murao, Tadahiro. (1994). Onchi And Singing Development: A Cross-Cultural Perspective. Great Britain: The Roehampton Institute

Koir http://Ms.Wikipedia.Org/Wiki/KoirResepi Muzik Sayahttp://janecheahblogger.blogspot.com/2011/11/nyanyian-harmoni.html

Sejarah Muzikhttp://duniamuzzikku.blogspot.com/p/sejarah-muzik.html