borang penyertaan - dewan bahasa dan...

3
Festival Bahasa dan Sastera 2018 merupakan salah satu program yang dilaksanakan untuk memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan dalam kalangan pelajar bukan Melayu yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Acara yang dipertandingkan ialah Koir, Deklamasi Puisi, Pidato, Forum Pelajar dan Bercerita. Menanamkan semangat kecintaan terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar bukan Melayu dari peringkat awal persekolahan lagi. Mewujudkan dan menyediakan suasana penggunaan bahasa kebangsaan yang indah dan santai dalam kalangan pelajar sekolah bukan Melayu. Meningkatkan imej dan sinergi DBP melalui kerjasama dengan pelbagai pihak terutamanya pertubuhan bukan kerajaan, Jabatan Pendidikan Negeri, badan korporat dan persatuan. 1. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar bukan Melayu tahap dua yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Setiap sekolah hanya diwakili oleh seorang peserta. 2. Tarikh Pertandingan Pertandingan akan diadakan pada 31 Julai 2018 (Selasa) di DBP Kuala Lumpur. Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan kepada peserta kemudian. 3. Pemilihan Tajuk Tajuk yang dipilih hendaklah berdasarkan tema Sayangi Malaysiaku. 4. Syarat Pertandingan Pidato 4.1 Peserta diberi masa lima (5) minit sahaja. 4.2 Peserta hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul. 4.3 Loceng akan dibunyikan sekali, satu minit sebelum masa tamat dan dua kali apabila masa tamat. 4.4 Sebarang penyampaian selepas loceng penamat dibunyikan tidak akan diberikan markah. 4.5 Markah akan dipotong sekiranya pemidato membaca nota atau teks. 5. Pemarkahan 5.1 Pembahagian markah: Bahasa (40 markah) Isi (30 markah) Anjuran DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA dengan kerjasama KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERSATUAN PENTERJEMAHAN DAN PENULISAN KREATIF MALAYSIA (PERSPEKTIF) GABUNGAN PERSATUAN GURU-GURU SEKOLAH CINA MALAYSIA PENGENALAN MATLAMAT SYARAT-SYARAT FESTIVAL BAHASA DAN SASTERA 2018 PERTANDINGAN PIDATO

Upload: others

Post on 13-Jan-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENYERTAAN - Dewan Bahasa dan Pustakalamanweb.dbp.gov.my/dbp/resources/Brosur_FBS_Pidato_2018... · Web viewAcara yang dipertandingkan ialah Koir, Deklamasi Puisi, Pidato,

Festival Bahasa dan Sastera 2018 merupakan salah satu program yang dilaksanakan untuk memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan dalam kalangan pelajar bukan Melayu yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Acara yang dipertandingkan ialah Koir, Deklamasi Puisi, Pidato, Forum Pelajar dan Bercerita.

Menanamkan semangat kecintaan terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar bukan Melayu dari peringkat awal persekolahan lagi.

Mewujudkan dan menyediakan suasana penggunaan bahasa kebangsaan yang indah dan santai dalam kalangan pelajar sekolah bukan Melayu.

Meningkatkan imej dan sinergi DBP melalui kerjasama dengan pelbagai pihak terutamanya pertubuhan bukan kerajaan, Jabatan Pendidikan Negeri, badan korporat dan persatuan.

1. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar bukan Melayu tahap dua yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Setiap sekolah hanya diwakili oleh seorang peserta.

2. Tarikh Pertandingan

Pertandingan akan diadakan pada 31 Julai 2018 (Selasa) di DBP Kuala Lumpur. Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan kepada peserta kemudian.

3. Pemilihan Tajuk

Tajuk yang dipilih hendaklah berdasarkan tema Sayangi Malaysiaku.

4. Syarat Pertandingan Pidato

4.1 Peserta diberi masa lima (5) minit sahaja.

4.2 Peserta hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul.

4.3 Loceng akan dibunyikan sekali, satu minit sebelum masa tamat dan dua kali apabila masa tamat.

4.4 Sebarang penyampaian selepas loceng penamat dibunyikan tidak akan diberikan markah.

4.5 Markah akan dipotong sekiranya pemidato membaca nota atau teks.

5. Pemarkahan

5.1 Pembahagian markah:

Bahasa (40 markah)

Isi (30 markah)

Persembahan (30 markah)

5.2 Jika terdapat dua atau lebih peserta yang mendapat markah yang sama, pemenangnya ialah peserta yang mendapat markah tertinggi dalam kombinasi markah bahasa dan isi.

6. Hakim

6.1 Hakim akan dilantik oleh urus setia.

6.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

7. Borang Penyertaan

AnjuranDEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

dengan kerjasamaKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERSATUAN PENTERJEMAHAN DAN PENULISAN KREATIF MALAYSIA (PERSPEKTIF)

GABUNGAN PERSATUAN GURU-GURU SEKOLAH CINA MALAYSIA

PERSATUAN GURU BESAR SEKOLAH TAMIL MALAYSIA

PENGENALAN

MATLAMAT

SYARAT-SYARAT

FESTIVAL BAHASA DAN SASTERA

2018

PERTANDINGAN PIDATO

Page 2: BORANG PENYERTAAN - Dewan Bahasa dan Pustakalamanweb.dbp.gov.my/dbp/resources/Brosur_FBS_Pidato_2018... · Web viewAcara yang dipertandingkan ialah Koir, Deklamasi Puisi, Pidato,

7.1 Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang penyertaan yang disediakan oleh urus setia. Borang penyertaan boleh dibuat salinan.

7.2 Borang penyertaan hendaklah dihantar kepada urus setia melalui pos, e-mel, faksimile atau dihantar sendiri ke alamat yang diberikan.

8. HadiahTempat Pertama - RM 500.00 dan Sijil Penyertaan

Tempat Kedua - RM 400.00 dan Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga - RM 300.00 dan Sijil Penyertaan

Sagu Hati (5 orang)

- RM 100.00 dan Sijil Penyertaan

9. Tarikh Tutup Tarikh tutup menghantar borang penyertaan ialah pada 13 Julai 2018 (Jumaat).

10. Urus SetiaUrus setia berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak menepati syarat penyertaan yang ditetapkan.Borang penyertaan hendaklah dihantar ke alamat:Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum, Tingkat 19, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Nama : Huznah Sait/ Mulitta AnbalaganTel. : 03 – 2147 9302/ 9306Faks : 03 – 2147 9640E-mel : [email protected] /[email protected]

11. Urus setia akan menanggung kos penginapan peserta dan seorang guru pengiring sahaja.

12. Urus setia akan menyediakan makan minum sepanjang tempoh pertandingan untuk peserta dan guru pengiring jika perlu.

13. Sebarang kemalangan atau kerugian dalam tempoh pertandingan ini diadakan adalah di bawah tanggungjawab sendiri.

14. Pihak penganjur berhak mengubah syarat pertandingan yang dinyatakan dari semasa ke semasa.

1. BUTIRAN SEKOLAHNama Sekolah

:

Alamat Sekolah

:

No. Telefon :No. Faks :E-mel :

2. BUTIRAN PELAJARNama Penuh :Umur :No. Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran (sertakan salinan)

:

Tahun :

Alamat Rumah

:

No. Telefon (R)

:

No. Telefon (B)

Nama Ibu/ Bapa/ PenjagaJudul Pidato :

3. BUTIRAN GURU PENGIRING

Nama Guru :

No. Kad Pengenalan

:

Alamat Rumah

:

No. Telefon Bimbit

:

No. Telefon Rumah

4. PENGESAHAN GURU BESARDengan ini disahkan bahawa pelajar tersebut adalah wakil sekolah kami.

Tandatangan :Nama Guru Besar

:

Cap Sekolah :Tarikh :

BORANG PENYERTAAN