laporan koir

20
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) KDC AMBILAN NOVEMBER 2008 MZU 3113 CIPTAAN DAN ENSEMBEL 1 NAMA : CHAN KEE WAI 661015-08-6520 UNIT : PGSR KDC NOV 08 ( MUZIK ) SEM 5 KOD DAN MATA PELAJARAN : MZU 3113 CIPTAAN DAN ENSEMBEL 1 NAMA PENSYARAH : EN. SAMSI B. IJAI TARIKH HANTARAN : APRIL 2011

Upload: niesa-saharudin

Post on 05-Dec-2014

320 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

tiada

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS IPOH

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) KDC AMBILAN NOVEMBER 2008

MZU 3113

CIPTAAN DAN ENSEMBEL 1

NAMA : CHAN KEE WAI 661015-08-6520

UNIT : PGSR KDC NOV 08 ( MUZIK ) SEM 5

KOD DAN MATA PELAJARAN : MZU 3113 CIPTAAN DAN ENSEMBEL 1

NAMA PENSYARAH : EN. SAMSI B. IJAI

TARIKH HANTARAN : APRIL 2011

ISI KANDUNGAN

LAPORANKANDUNGAN 2

BORANG KOLABORASI 3

JUDUL 4

LAPORAN PROGRAM KONSERT DAN PERSEMBAHAN KOIR 5

LATAR BELAKANG PASUKAN KOIR 6

LATAR BELAKARNG KONDUKTOR 7

PERSIAPAN SEBELUM PERSEMBAHAN 8

RAPTAI, PERSEMBAHAN PERTAMA, KEDUA DAN KETIGA 9

JADUAL PERSEMBAHAN 12

SUSUN ATUR PERSEMBAHAN 13

SENARAI NAMA AHLI KOIR 14

LIRIK LAGU 15

REFLEKSI 16

LAMPIRAN

BORANG KOLABORASI

Nama : CHAN KEE WAI

Unit : PGSR KDC MUZIK ( NOVEMBER 2008) SEM 5

Mata pelajaran : MZU 3113 CIPTAAN DAN ENSEMBEL 1

Pensyarah : EN. SAMSI B. IJAI

Bil. Tarikh Perkara Catatan T/Tangan

1. 10 . 12 . 10Taklimat ringkas daripada

pensyarah

2.21 . 12 . 10

hingga23 . 12 . 10

Mencari bahan rujukan dari Internet dan buku,

berbincang dengan rakan

3. 23 . 12 . 10 Berbincang dengan rakan

4.26 .12 . 10

hingga26 . 01 . 11

Menaip tugasan dan membuat folio

5. 14 . 03 . 11Menyemak dan

berbincang dengan pensyarah

6. 14 . 03 . 11Membaiki tugasan dan

melengkapkannya

7. 18 . 03 . 11 Hantar tugasan

JUDUL

TUGASAN KERJA KURSUSMZU 3113 : CIPTAAN & ENSENBEL 1

PGSR MUZIK AMBILAN NOV. 2008SEMESTER 5 (DIS 2010 – JUN 2011)

1.7 Secara individu menyiapkan laporan tentang Program Konsert & Persembahan

Koir dan ia hendaklah disertakan dengan bukti kehadiran pada konsert tersebut.

1.7.1 Laporan persembahan

1.7.2 Etika Persembahan

[10 Markah]

LAPORAN PROGRAM KONSERT DAN PERSEMBAHAN KOIR

Tajuk Konsert : A Musical Journey Around The

WorldOleh : Chan Kee Wai

Tarikh : 23 dan 24 Januari 2010

Tempat : Dewan Filharmonik PETRONAS

Ground Floor, Tower 2, Petronas Twin Towers

Kuala Lumpur 50088 Malaysia

Kumpulan Koir :

Chung Cheng Primary Choir

Konduktor :

Mr. Richard Kaufman

Lagu : It’s A Small World

Pencipta : Richard dan Robert Sherman

Penggubah : Ken Whitcomb

Iringan Lagu :

Malaysian Philharmonic Orchestra

Latar Belakang Pasukan Koir Pasukan koir SJKC Chung Cheng telah ditubuhkan pada Oktober 1997. Ia

merupakan satu inisiatif persatuan muzik dalam menggalakkan penglibatan murid

secara aktif dalam bidang kokurikulum disamping menghayati keindahan seni nyanyian

dan kebudayaan negara ini. Anggotanya terdiri daripada murid tahun 2 hingga tahun 6.

Pasukan koir sekolah ini mulai mencapai nama di arena koir semenjak 1999

dimana ia telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan koir sekolah rendah

peringkat negeri Perak. Pasukan ini telah melayakkan diri ke peringkat kebangsaan dan

seterusnya menjuarai pertandingan koir sekolah rendah peringkat kebangsaan pada

tahun 2004 hingga 2006.

Selain daripada menyertai pertandingan, pasukan koir ini juga turut bersama

dalam aktiviti komuniti dan majlis-majlis perayaan, baik oleh pihak swasta atau kerajaan,

khasnya aktiviti anjuran Jabatan Pelajaran. Pasukan koir sekolah ini telah diberi

anugerah kecemerlangan Kokurikulum negeri Perak tahun 2006 dan telah disenaraikan

sebagi finalis bagi Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan.

Sebagai cabaran dan pengkitirafan terhadap kewibawaan pasukan koir ini,

pasukan ini telah mendaftar dengan Trinity College of London untuk penilaian Koir

( Choral Assessment) dan persembahan mereka telah memenangi pangkat kepujian

“Distinction” dari pihak pemeriksa. Pasukan koir ini juga pernah memenagi ‘Gold Medal’

di 6th Young Singers Choral Festival Children’s Choir Competition pada tahun 2006.

Baru-baru ini pada Januari 2010 pula, pasukan koir SJKC Chung Cheng telah

membuat persembahan bersama dengan Malaysian Philharmonic Orchestra di bawah

pimpinan En. Richard Kaufman di Dewan Philharmonic KLCC.

Pasukan ini telah melayakkan diri ke pertandingan koir bertaraf dunia dan pernah

ditawarkan untuk bertanding dalam World Choir Games di Graz, Austria pada tahun

2008. Mereka juga dijemput untuk mengambil bahagian dalam 2nd Asian Choir Game di

Gyeongnam Province, South Korea 2009, China 2010 dan Kambodia 2011. Hasrat

untuk ke luar negeri tidak tercapai disebabkan oleh masalah kewangan.

Latar Belakang Konduktor Richard Kaufman adalah seorang konduktor

profesional yang mengkonduk muzik klasikal dan

muzik filem dalam konsert atau rakaman filem. Beliau

merupakan ketua konduktor untuk Orange County’s Pacific

Symfony dan Chicago Symphony. Beliau selalu diundang

sebagai konduktor undangan untuk orkestra-orkestra di Amerika Syarikat dan seluruh

dunia. Beliau pernah bekerjasama dengan London Symphony, the Brandenburg

Philharmonic, the Nuremberg Symphony dan the New Zealand Symphony.

En. Richard menerima ‘Best Pop Instrumental Performance’ dalam Grammy

Award pada tahun 1993 dan dua pencalonan dalam Emmy Award. Selama18 tahun

dari tahun 1984, beliau menyelia muzik untuk MGM dalam projek filem dan televisyen.

Beliau pernah menjadi pemimpin orkestra untuk John Denver, Andy Williams dan

sebagainya.

Sebagai seorang pemain violin, beliau merupakan salah seorang pemuzik dalam

muzik filem Jaws, Close Encounters of the Third Kind dan Animal House. Beliau juga

pernah membuat rakaman bersama artis seperti John Denver, The Carpenters dan Ray

Charles.

Persiapan Sebelum Persembahan Pada 6 Januari 2010, pihak Malaysian Philharmonic menghubungi SJKC Chung

Cheng dan menjemput koir sekolah ini untuk membuat persembahan di Dewan

Filharmonik Petronas pada 23 dan 24 Januari 2010. Skor lagu diterima pada 11 Januari

tetapi perlu digubah sebab ia tidak sesuai untuk renj suara murid-murid sekolah rendah.

Dalam masa dua minggu, pihak sekolah terpaksa memilih, melatih ahli koir,

meminjam dan mendapatkan kostum atau pakaian berbilang kaum seperti yang diminta

oleh pihak MPO, menyediakan pengangkutan dan kewangan.

Tarikh Perkara Tindakan

04.01.2010 Sekolah dihubungi oleh Dewan Filharmonik

Petronas.

Guru Besar

dan Guru Koir

06.01.2010 Sekolah menerima surat dan skor lagu dari pihak Guru Besar dan

Filharmonik dan Jabatan Pendidikan Perak. Guru Koir

07.01.2010 Gubahan lagu untuk disesuaikan dengan suara

kanak-kanak

Guru Koir

09.01.2010 Latihan dan pemilihan ahli-ahli koir seramai 30

orang

Guru Koir

07.01.2010 Pengangkutan dan kewangan Guru Besar dan

Penolong Kanan

07.01.2010 Surat menyurat Guru Besar dan

Guru Koir

09.01.2010 -

20.01.2010

Meminjam kostum dan assessori Guru Besar dan

Guru Koir

Raptai Persembahan (22 Januari 2010)Pasukan koir tiba di menara kembar KLCC pada 22 Januari 2010 tengah hari

untuk raptai pada pukul 2 petang. Wakil MPO Cik Soraya Mansor (Manager and

Outreach) dan En. Mohd Syafik Afandi (Artistic Administration) memperkenalkan

pasukan koir dengan konduktor En. Richard Kaufman dari Amerika. Raptai dimulakan

dengan nyanyian koir bersama pemain piano MPO, selepas itu dengan orkestra MPO.

Masa Perkara Tindakan

12 tengah hari Tiba di Dewan Filharmonik Petronas Rombongan Pasukan Koir SJKC Chung Cheng

12.15 pm Makan tengah hari (disediakan) Ahli rombongan

2 petang Raptai di Dewan Filharmonik bersama En. Kaufman dan pemain piano MPO

Ahli Koir

3 petang Raptai di tempat yang sama bersama orkestra MPO yang dipimpin oleh En. Kaufman.

Ahli Koir

5 petang Rombongan di bawa ke Hotel PNB Darby Park untuk berehat. – Check-in

Rombongan Koir

Persembahan Pertama Konsert 1 : Family Fun Day (23 Januari 2010) – 3 petang

Pasukan koir telah berada di Dewan Filharmonik pada pukul 1 petang. Ahli-ahli

koir dan guru-guru pengiring dibawa ke bilik salinan untuk bersiap sedia. Selepas itu

raptai naik turun pentas dilakukan sekali lagi dengan kehadiran konduktor En. Kaufman.

Pada pukul tiga petang, konsert bermula. Penonton dihiburkan dengan lagu-lagu

terkenal dari seluruh dunia. Pada pukul tiga setengah petang ahli-ahli koir telah bersiap

sedia di pintu masuk belakang penonton dengan pakaian berbilang kaum yang

berwarna warni.

Apabila lagu yang kesepuluh habis dipersembahkan, konduktor orkestra En.

Kaufman memperkenalkan lagu seterusnya yang bertajuk ‘It’s A Small World’. Selepas

penerangan lagu tersebut, beliau memberi tahu penonton bahawa lagu ini akan

dinyanyikan oleh Chung Cheng Primary Choir. Apabila muzik dimainkan ahli-ahli koir

muncul dari belakang penonton sambil meniup wisel dan humming mengikut muzik

yang dimainkan sehingga mereka naik ke pentas dan terus meyanyikan lagu ‘It’s A

Small World’.

Penonton yang terkejut dengan kemunculan ahli-ahli koir itu telah memberi

tepukan yang gemuruh sehinggakan siulan dan humming ahli-ahli koir tidak dapat

didengar namun sebaik sahaja mereka naik ke pentas dengan sistem bunyi yang

canggih, nyanyian koir tersebut dapat didengar dengan jelas dan seimbang dengan

bunyi yang dihasilkan oleh orkestra MPO.

Chung Cheng Primary Choir telah menyanyi dengan sepenuh hati mereka tetapi

mereka nampak tegang dan takut sebab ini adalah kali pertama mereka menyanyi di

pentas yang begitu canggih dan diiringi oleh orkestra yang terkenal serta dewan yang

penuh dengan penonton. Namun mereka cuba untuk menyanyi dengan senyuman dan

akhirnya berjaya mendapat tepukan yang gemuruh dari penonton dan konduktor serta

ahli orkestra.

Selepas ahli-ahli koir ‘bow’ atau tunduk , konduktor orkestra masuk ke belakang

pentas dan diikuti oleh ahli-ahli koir. Apabila mereka berada dibelakang pentas,

penonton masih bertepuk tangan menandakan yang mereka inginkan ‘encore’. En.

Kaufman sekali lagi naik ke pentas dan membimbing orkestranya dengan sebuah lagu

finale iaitu ‘Star Wars’.

Selepas bertukar pakaian, ahli-ahli koir balik ke hotel untuk berehat.

Persembahan Kedua Konsert 2 : Family Fun Day (24 Januari 2010) – 2.30 petang

Rombongan pasukan koir ‘check-out’ dari hotel pada pukul 12 tengah hari.

Selepas makan tengah hari, pasukan koir bersiap sedia dengan persembahan kedua

mereka. Kali ini ahli-ahli koir nampak lebih ceria dan tidak begitu tertekan.

Persembahan mereka juga mendapat sambutan yang baik dari penonton. Apa yang

berbeza kali ini ialah penonton menyambut kehadiran ahli-ahli koir dengan tepukan

mengikut beat lagu sehingga pasukan koir naik ke pentas. Ini memberi semangat

kepada ahli-ahli koir untuk menyampaikan lagu mereka dengan lebih baik.

Persembahan Ketiga Konsert 3 : Family Fun Day (24 Januari 2010) – 4.30 petang

Selepas berehat setengah jam, ahli-ahli koir brada di bilik salinan untuk ‘touch up’

solekan mereka. Pada pukul lima petang mereka telah berada di pintu masuk dewan

untuk persembahan ketiga dan terakhir mereka. Kali ini mereka berkeyakinan penuh

semasa masuk ke dewan sungguhpun dewan penuh dengan penonton. Ini dapat dilihat

dengan cara mereka berjalan dan semasa mereka menyanyi.

Untuk persembahan yang ketiga ini, selepas pasukan koir turun dari pentas, En.

Kaufman telah ke belakang pentas semasa tepukan encore dan menyuruh ahli-ahli koir

berpegang tangan dan mengikut beliau ke tengah pentas untuk tunduk hormat sekali

lagi. Selepas tamat persembahan, pasukan koir diberi cendera hati oleh pihak

Filharmonik. Pada pukul enam petang, rombongan koir berangkat pulang ke Sitiawan,

Manjung.

Jadual Persembahan

Jumaat22.01.2010

12.30 p.m.

Rombongan tiba di Dewan Filharmonik PETRONAS dari Sitiawan, Perak.

DEWAN FILHARMONIK PETRONASLevel Two Tower TwoPETRONAS Twin TowersKuala Lumpur City Centre60088 Kuala Lumpur

2.00p.m. – 5.00p.m.Raptai untuk 23 dan 24 Januari 2010 :Mingikut Susunan Konsert

5.30 p.m.

Check-in di PNB Darby Park

Hotel Penginapan

PNB Darby Park Executive Suites Kuala LumpurNo. 10 Jalan Binjal50450 Kuala Lumpur

Sabtu 3.00p.m.

23.01.2010

Konsert 1 : Family Fun DayKonduktor : Richard KaufmanKoir : Chung Cheng Primary ChoirOrkestra : Malaysian Philharmonic Orchestra

Ahad24.01.2010

12.00 p.m. Check-out dari PNB Darby Park

2.30 p.m.

Konsert 2 : Family Fun DayKonduktor : Richard KaufmanKoir : Chung Cheng Primary ChoirOrkestra : Malaysian Philharmonic Orchestra

4.30p.m.

Konsert 3 : Family Fun DayKonduktor : Richard KaufmanKoir : Chung Cheng Primary ChoirOrkestra : Malaysian Philharmonic Orchestra

6.30p.m. Rombongan Berangkat pulang

Susun atur Persembahan Konsert MPO Family Fun DayTajuk : A Musical Journey Around The World

VICTOR YOUNGAround the World in 80 Days – Overture 3.10mins

arr. LEROV ANDERSONIrish Suite – The Girl Left Behind 3 mins

MALCOLM ARNOLDTwo Scottish Dances 4 mins

MONTY NORMANJames Bond Theme 2mins

JACQUWA OFFENBACH arr. MANUEL ROSENTHALGaite Parisienne – Overture 2.15 mins

- Vivo 1 min

ENNIO MORRICONE arr. HENRY MANCINIFirst Young from Cinema Paradiso 4.30 mins

NINO ROTA arr. HENRY MANCINIBevete Piu Latte (Drink More Milk) 1.35 mins

RICHARD RODGERSThe King And I – March of the Siamese Children 2.30 mins

HENRY MANCINIBaby Elephant Walk from Hatari 3 mins

TRADITIONAL arr. C DRAGOINTurkey in the Straw 3 mins

RICHARD & ROBERT SHERMAN arr. KEN WHITCOMBIt’s A Small World 3.30 mins

(Bersama Chung Cheng Primary Choir) Brouschure di

Lampiran

Senarai Ahli-ahli Koir :

SENARAI NAMA PESERTA YANG MENYERTAI KONSERT MPOSJKC CHUNG CHENG, SITIAWAN, PERAK

22 – 24 JANUARI 2010

No. Nama Jan. Umur S.Lahir Jawatan Alamat1. CHAW JIA YEE P 12 AH31270 Murid SJKC CHUNG CHENG2. CECILIA HAR P 12 L191020 Murid SJKC CHUNG CHENG3. TAN YI LEE P 12 AI68618 Murid SJKC CHUNG CHENG4. TING PING JIN P 12 AJ17214 Murid SJKC CHUNG CHENG5. WONG YING SING P 12 AH31038 Murid SJKC CHUNG CHENG6. GUOK BOON LI P 12 AF56659 Murid SJKC CHUNG CHENG7. LAU FONG QING P 12 AH31398 Murid SJKC CHUNG CHENG8. IRENE WONG LAI YING P 12 L 192855 Murid SJKC CHUNG CHENG9. AIMI YASMIN P 12 AJ31246 Murid SJKC CHUNG CHENG

10. ELISE KONG XIN YUIN P 12 AH31803 Murid SJKC CHUNG CHENG11. NGOI KUAN BING L 12 L133940 Murid SJKC CHUNG CHENG12. MONICA MERLI P 12 L005140 Murid SJKC CHUNG CHENG13. CHONG MING HAW P 12 AJ17145 Murid SJKC CHUNG CHENG14. TIOE QI P 11 AN62972 Murid SJKC CHUNG CHENG15. TENG SHUN TIAN L 11 AN62182 Murid SJKC CHUNG CHENG16. CELINE DIONG XIAO YI P 11 AL37032 Murid SJKC CHUNG CHENG17. WINNIE SOO P 11 AN88057 Murid SJKC CHUNG CHENG18. CHING JUNN YIING P 11 AM50731 Murid SJKC CHUNG CHENG19. SIA WEN LING P 11 AM94488 Murid SJKC CHUNG CHENG20. CELINE YONG P 11 AL91475 Murid SJKC CHUNG CHENG21. LAU YIK CHIN P 11 AL06460 Murid SJKC CHUNG CHENG22. JORDAN LOW QIAN HAN L 11 AN92878 Murid SJKC CHUNG CHENG

23. TIEW NGUK SIN P 11 AL66332 Murid SJKC CHUNG CHENG24. JOHN ONG KUO ERN L 11 AL24642 Murid SJKC CHUNG CHENG25. LISA CHEONG CHUN JING P 11 AL66288 Murid SJKC CHUNG CHENG26. SARAH CHEONG YIN SHI P 10 AQ68421 Murid SJKC CHUNG CHENG27. TIANG JIA YING P 10 AQ68360 Murid SJKC CHUNG CHENG28. GENIE WONG ZI YUN P 10 AT33627 Murid SJKC CHUNG CHENG29. LEE JING MUN P 10 AS98584 Murid SJKC CHUNG CHENG30. YEW SHI MUN P 10 AQ67965 Murid SJKC CHUNG CHENG31. CHAN KEE WAI P 44 661015086520 Guru SJKC CHUNG CHENG32. YONG WHY ENG P 45 651023086898 Guru SJKC CHUNG CHENG

Pasukan ini diwakili oleh 30 orang murid ( 4 lelaki dan 26 perempuan) serta dua orang guru dan guru besar SJKC Chung Cheng. Murid yang mengambil bahagian adalah dari berbilang kaum termasuk seorang murid Melayu dan seorang dari kaum Bidayuh. Mereka dipilih dari ahli-ahli tahun 4, 5 dan 6 disebabkan kesuntukan masa untuk berlatih. Guru pengiring bertanggungjawab melatih serta menyediakan murid untuk persembahan.

Lagu : It’s A Small World

It’s a world of laughter a world of tears

It’s a world of hopes and a world of fears

There’s so much that we share that it’s time we’re aware

It’s a small world after all

It’s a small world after all (3x) It’s a small small world…

There is just one moon and one golden sun

And a smile means friendship to everyone

Though the mountains divide and the oceans are wide

It’s a small world after all

It’s a small world after all (3x) It’s a small small world…

Refleksi:Saya berpeluang mengikuti dan menyaksikan persembahan konsert ini sebab

saya merupakan guru pembimbing ‘Chung Cheng Primary Choir’ SJKC Chung Cheng.

Dari saat saya menerima panggilan dari Cik Soraya, saya berasa begitu gembira sebab

pasukan koir sekolah saya berpeluang menyanyi di pentas yang bertaraf antara bangsa.

Seperti yang disebut dalam laporan saya, banyak perkara yang perlu dibuat dan

disiapkan dalam masa yang begitu singkat iaitu lebih kurang dua minggu. Kita bernasib

baik sebab hanya perlu menyanyikan sebuah lagu. Yang mencabarnya ialah skor yang

diberikan adalah dalam bentuk S.A.T.B dan saya perlu membuat sedikit perubahan

supaya murid saya dapat menyanyi dalam renj suara mereka. Pihak MPO tidak

memberi kita ‘minus one’, apa yang ada hanyalah skor orkestra. Saya terpaksa suaikan

iringan lagu dengan piano supaya murid saya dapat membiasakan diri dengan muzik

iringan orkestra nanti. Pada hari raptai, semuanya berjalan lancar. En Kaufman puas

hati dengan nyanyian koir dan ahli-ahli koir juga dapat menyesuaikan diri dengan iringan

orkestra.

Saya dapat lihat yang persembahan mereka semakin mantap dan mereka lebih

berkeyakinan. Mereka menyanyi dengan begitu yakin semasa konsert ketiga. Bagi

saya, apa yang penting di sini ialah pendedahan pasukan koir ini. Kekerapan

persembahan dan pendedahan mereka kepada penonton yang begitu ramai secara

tidak langsung melatih mereka dari segi etika persembahan, menghormati pemimpin,

berdisiplin, bekerjasama, bersedia untuk sebarang perubahan dan berani menghadapi

cabaran.

Sebagai guru pembimbing pasukan koir ini, saya berasa bangga dengan

pencapaian anak murid saya. Mereka bukan sahaja dapat mempelajari sebuah lagu

yang baru dalam masa dua minggu, malah berjaya menyanyi dalam harmoni dan

dengan penuh keyakinan.

Saya tidak dibenarkan mengambil gambar dan video semasa konsert sedang

berlangsung tetapi pihak MPO telah memberikan satu salinan gambar foto yang mereka

ambil sewaktu raptai dan persembahan kepada sekolah saya. Sekurang-kurangnya

ada bukti dan kenangan.

Sepanjang konsert, tiada apa yang tidak diingini berlaku. Mic dan sistem

bunyinya bagus sekali sebab biasanya dalam sesebuah persembahan koir, mic yang

digunakan tidak sesuai untuk koir tetapi di sini semuanya canggih sekali. Satu masalah

yang dihadapi oleh pasukan koir ini ialah bukan semua murid tahu bersiul. Sebab itulah

semasa masuk ke dewan ada yang bersiul yang lain terpaksa humming seperti yang

diarahkan oleh konduktor.

Seperti yang disebutkan tadi, persembahan koir ini semakin bertambah baik dari

sikap yang malu, kurang yakin, takut, kurang senyuman pada konsert pertama kepada

persembahan yang bertenaga, ceria, berkeyakinan pada konsert yang ketiga. Ini dapat

dilihat dari cara mereka berjalan, menyanyi, senyum dan ‘eye contact’ dengan

konduktor.

Kesimpulan yang saya dapati dari persembahan kali ini ialah murid-murid (ahli-

ahli koir) kita perlu diberi peluang untuk membuat persembahan di luar sekolah. Dari

pengalaman saya, murid-murid yang kerap membuat persembahan akan mempunyai

keyakinan diri. Mereka berani berhadapan dengan orang ramai, senang bekerjasama

dengan rakan dan bertanggungjawab. Jika tidak membuat persembahan, sekurang-

kurangnya mereka menyaksikan persembahan koir lain supaya mereka dapat

mendengar dan belajar dari orang lain atau sekolah lain. Murid-murid belajar dari

peniruan, dengan itu kita berikan yang baik supaya mereka boleh mencontohi yang

baik.

Dalam perjalanan balik ke Sitiawan, murid-murid saya mengatakan bahawa ini

adalah satu pengalaman manis yang tidak dapat dan tidak akan mereka lupakan. Ini

merupakan kali pertama mereka menyanyi dengan iringan orkestra, kali pertama

dipimpin oleh seorang konduktor Amerika, kali pertama menyanyi di Dewan Filharmonik,

kali pertama makan sandwich Subway dan kali pertama dilayan seperti seorang artis

kata mereka. Saya turut bergembira sebab murid saya mempelajari dan mengalami

pengalaman yang baru yang saya tidak dapat beri kepada mereka di dalam bilik darjah.

LAMPIRIRAN