hidup berlagu dengan mahu kejayaan yang dikecap hamilton · koir ite show choir. “di sana, saya...

1
USAH mudah berputus asa wa- lau dilanda bermacam ujian dan ham- batan dalam kembara menimba ilmu seni. Itulah pesanan ayahnya suatu ke- tika dahulu yang terpahat di ingatan lulusan pengurusan acara dari Insti- tut Pendidikan Teknikal (ITE), Encik Danial Ariffin Azman. Tatkala itu, ayah yang ditugaskan sebagai eksekutif operasi di Doha, Qatar, terpaksa pulang ke Singapura setelah diserang angin ahmar dan ter- jejas kesihatannya selama dua tahun. Di sebalik segala gejolak emosi mencari keyakinan diri, Encik Dani- al, kini 28 tahun, melihat ITE se- bagai pembuka jalan dan batu lonca- tan mengecapi kejayaan dalam du- nia seni. Pemuda positif dan ceria itu me- miliki Diploma Seni Bunyi dari Po- liteknik Republic sebelum melanjut- kan pengajian ijazah kepujian dalam ciptaan dan susunan muzik di Mak- tab Seni Lasalle. Baru-baru ini, tanpa diduganya, ijazah kepujian Kelas Pertama di- genggamnya seiringan dengan pintu rezeki terbuka luas baginya mengga- las amanah sebagai penyusun lagu dan pengarah muzik di peringkat na- sional dan kejiranan. Jadualnya memang padat bermu- la dengan peranan sebagai pengarah muzik dan penyusun lagu bagi Kon- sert Sukma Irama Layar Perak di Sekolah Seni Singapura (Sota), Sab- tu ini. Konsert kendalian Wadah Seni Entertainment itu adalah sebahagian sajian pesta seni warga emas, Silver Arts 2019, anjuran Majlis Seni Ke- bangsaan (NAC). Sebagai anak muda berjiwa ‘orang lama’, anak tunggal itu juga teruja menyusun lagu bagi persem- bahan sanjungan buat biduanita Salo- ma, Keluhan, di Taman Warisan Me- layu, tidak lama lagi. Orkestra Cina Marsiling yang mengetengahkan rampaian lagu Bee Gees dan filem dansa ikonik 1978, Grease, di Kebun Bunga, hujung tahun ini, juga memerlukan khidmat- nya. Ketika ditemui di Lasalle baru-ba- ru ini, Encik Danial, berkata: “Sebilangan pelajar ITE bergelut dengan emosi mereka tidak cukup hebat bagi menggalas amanah dalam pasaran kerja nanti. “Mereka harus kekalkan minda positif dan cari kekuatan dalam bidang yang dicintai. Jadikan ITE ru- ang memperkasa diri. “Apabila saya ke Lasalle, saya perlu tangkas mengkaji dan menga- nalisis isu. Saya akan selalu ingat jerih payah ayah bekerja di luar negara, penderitaannya menghidap angin ahmar dan artritis serta gala- kan ibu yang bertungkus-lumus se- bagai atendan kesihatan.” Encik Danial, seorang aktivis Orkestra Melayu Singapura (OMS), bersyukur diberi peluang menjadi pengarah muzik bagi Konsert Suk- ma Irama Layar Perak. Beliau berterima kasih diberi ke- percayaan mengarah muzik bagi band kombo kecil seramai 10 orang. “Saya perlu hayati lagu filem Me- layu klasik dari era 1950-an hingga 1960-an. Terus terang, saya tidak pernah dengar sebahagian lagu lama ini seperti Rintihan Kamaruzzaman. Namun, apabila saya menyusun- nya semula, saya rasakan lagu-lagu ini mampu menjadi kerja seni malar segar yang akan dikenang sampai bi- la-bila. Liriknya indah dan penyanyi latarnya juga memberi sentuhan emas mereka,” tambahnya. Beliau sentiasa menanti cabaran baru menyusun semula irama lagu Inggeris agar disesuaikan dengan iringan alat muzik tradisional Cina. “Kalau dahulu saya rasa cita-cita saya nak jadi seperti pemimpin orkestra Ahmad Jaafar terlalu tinggi atau saya masuk Lasalle hanya un- tuk tamatkan pengajian muzik saya secepatnya, kini dengan ijazah kepujian Kelas Pertama, saya sudah bayangkan impian mendapat ijazah Sarjana Muzik pula,” katanya den- gan nada positif. Berlagu dengan kejayaan yang dikecap Keluar Jika dahulu mereka masih bergelut dengan rasa tidak yakin kejayaaan mampu dikecapi dalam bidang seni, kini dua bekas pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) mampu membuktikan sebaliknya. Seorang daripada mereka sudah pun bergelar pengarah muzik bagi konsert nasional mahupun kejiranan. Seorang lagi adalah pelakon dalam pementasan teater Inggeris yang gah dan dinanti-nanti. Wartawan HARYANI ISMAIL ([email protected]) melaporkan kisah kejayaan mereka yang baru-baru ini tamat pengajian dengan ijazah kepujian dari Maktab Seni Lasalle. PERKASA DIRI DENGAN MUZIK: Encik Danial Ariffin Azman yang menerima ijazah muzik dengan kepujian Kelas Pertama dari Maktab Seni Lasalle kini teruja diberi cabaran sebagai pengarah muzik dan penyusun lagu bagi beberapa konsert nostalgia lagu malar segar. – Foto-foto BH oleh ZAKHIR HIRUZA

Upload: others

Post on 18-Jan-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: hidup Berlagu dengan mahu kejayaan yang dikecap Hamilton · koir ITE Show Choir. “Di sana, saya temui ramai anak Melayu berbakat yang mencari ru-ang mengetengahkan kemahiran mereka

USAH mudah berputus asa wa-lau dilanda bermacam ujian dan ham-batan dalam kembara menimba ilmu seni.

Itulah pesanan ayahnya suatu ke-tika dahulu yang terpahat di ingatan lulusan pengurusan acara dari Insti-tut Pendidikan Teknikal (ITE), Encik Danial Ariffin Azman.

Tatkala itu, ayah yang ditugaskan sebagai eksekutif operasi di Doha, Qatar, terpaksa pulang ke Singapura setelah diserang angin ahmar dan ter-jejas kesihatannya selama dua tahun.

Di sebalik segala gejolak emosi mencari keyakinan diri, Encik Dani-al, kini 28 tahun, melihat ITE se-bagai pembuka jalan dan batu lonca-tan mengecapi kejayaan dalam du-nia seni.

Pemuda positif dan ceria itu me-miliki Diploma Seni Bunyi dari Po-liteknik Republic sebelum melanjut-kan pengajian ijazah kepujian dalam ciptaan dan susunan muzik di Mak-tab Seni Lasalle.

Baru-baru ini, tanpa diduganya, ijazah kepujian Kelas Pertama di-genggamnya seiringan dengan pintu rezeki terbuka luas baginya mengga-las amanah sebagai penyusun lagu dan pengarah muzik di peringkat na-sional dan kejiranan.

Jadualnya memang padat bermu-la dengan peranan sebagai pengarah

muzik dan penyusun lagu bagi Kon-sert Sukma Irama Layar Perak di Sekolah Seni Singapura (Sota), Sab-tu ini.

Konsert kendalian Wadah Seni Entertainment itu adalah sebahagian sajian pesta seni warga emas, Silver Arts 2019, anjuran Majlis Seni Ke-bangsaan (NAC).

Sebagai anak muda berjiwa ‘orang lama’, anak tunggal itu juga teruja menyusun lagu bagi persem-bahan sanjungan buat biduanita Salo-ma, Keluhan, di Taman Warisan Me-layu, tidak lama lagi.

Orkestra Cina Marsiling yang mengetengahkan rampaian lagu Bee Gees dan filem dansa ikonik 1978, Grease, di Kebun Bunga, hujung tahun ini, juga memerlukan khidmat-nya.

Ketika ditemui di Lasalle baru-ba-ru ini, Encik Danial, berkata:

“Sebilangan pelajar ITE bergelut dengan emosi mereka tidak cukup hebat bagi menggalas amanah dalam pasaran kerja nanti.

“Mereka harus kekalkan minda positif dan cari kekuatan dalam bidang yang dicintai. Jadikan ITE ru-ang memperkasa diri.

“Apabila saya ke Lasalle, saya perlu tangkas mengkaji dan menga-nalisis isu. Saya akan selalu ingat jerih payah ayah bekerja di luar negara, penderitaannya menghidap

angin ahmar dan artritis serta gala-kan ibu yang bertungkus-lumus se-bagai atendan kesihatan.”

Encik Danial, seorang aktivis Orkestra Melayu Singapura (OMS), bersyukur diberi peluang menjadi pengarah muzik bagi Konsert Suk-ma Irama Layar Perak.

Beliau berterima kasih diberi ke-percayaan mengarah muzik bagi band kombo kecil seramai 10 orang.

“Saya perlu hayati lagu filem Me-layu klasik dari era 1950-an hingga 1960-an. Terus terang, saya tidak pernah dengar sebahagian lagu lama ini seperti Rintihan Kamaruzzaman.

“Namun, apabila saya menyusun-nya semula, saya rasakan lagu-lagu ini mampu menjadi kerja seni malar segar yang akan dikenang sampai bi-la-bila. Liriknya indah dan penyanyi latarnya juga memberi sentuhan emas mereka,” tambahnya.

Beliau sentiasa menanti cabaran baru menyusun semula irama lagu Inggeris agar disesuaikan dengan iringan alat muzik tradisional Cina.

“Kalau dahulu saya rasa cita-cita saya nak jadi seperti pemimpin orkestra Ahmad Jaafar terlalu tinggi atau saya masuk Lasalle hanya un-tuk tamatkan pengajian muzik saya secepatnya, kini dengan ijazah kepujian Kelas Pertama, saya sudah bayangkan impian mendapat ijazah Sarjana Muzik pula,” katanya den-gan nada positif.

LEBIH banyak memencilkan diri daripada bergaul dengan rakan se-baya kerana sering dibuli dek suaranya yang bernada tinggi.

Keluarganya pada ketika itu juga payah memahami mengapa beliau begitu cenderung menyanyi dan me-nari malah ingin menjadikan kema-hiran itu sebagai sumber rezeki.

Begitulah keadaan Encik Mu-hammad Shafiq Haziq Suderman ketika di Institut Pendidikan Tekni-kal (ITE) beberapa tahun lalu.

Namun, pengalaman yang mem-buatnya serba resah dan tidak be-bas berseni itu sudah lama ditinggal-kan sebagai sejarah hidup yang mendewasakan.

Encik Muhammad Shafiq, 26 tahun, lulusan kursus pengurusan lo-gistik bersepadu di ITE, kini pemilik ijazah kepujian Kelas Dua (Atasan) dalam Teater Muzikal dari Maktab Seni Lasalle.

Awal sebelum itu, beliau menim-ba ilmu muzikal di peringkat diplo-ma di Lasalle, malah pernah mem-buat persembahan bangsawan buat tontonan awam.

Lebih menggembirakannya, bakat ‘3-dalam-1’ yang dimiliki iaitu berlakon, menyanyi dan me-nari itu juga menjadi daya tarikan apabila beliau dilamar sebagai salah seorang pelakon muzikal gah setem-pat, Urinetown, yang disajikan kum-pulan teater tidak mengaup untung, Pangdemonium.

Pangdemonium adalah kumpu-lan teater setempat dengan misi menyampaikan naskhah pentas mencabar, pencetus inspirasi dan relevan dengan tuntutan masyarakat tanpa mengabaikan nilai artistik tertinggi bertahap an-tarabangsa.

Ketika ditemui di Lasalle baru-baru ini, Encik Muhammad Shafiq, anak sulung dalam tiga beradik, ber-kata:

“Titik tolak saya mencintai seni adalah ketika bersama kumpulan koir ITE Show Choir.

“Di sana, saya temui ramai anak Melayu berbakat yang mencari ru-ang mengetengahkan kemahiran mereka tanpa dicerca atau distereo-taip hanya kerana mereka budak ITE.

“Di dalam hati, saya mencari se-suatu yang dapat memberi saya ke-yakinan dan kekuatan diri. Maklum-lah apabila sering dibuli rakan lain, saya jadi takut nak bergaul dengan orang ramai.

“Saya temui bidang seni muzikal walaupun awalnya payah menda-pat restu dan pemahaman keluarga.

“Mereka tidak begitu memaha-mi bagaimana perjalanan seni se-hinggalah mereka melihat persem-bahan saya. Sejak itu, merekalah penyokong setia saya.”

Encik Muhammad Shafiq ban-yak belajar tentang memperbaiki di-ri, menolak tepi ego, bertindak pro-fesional dan menerima keadaan apa-bila dirinya tidak diterima bagi se-suatu sesi uji bakat.

“Apabila terlibat dalam Urine-town pula, saya temui penggiat tea-ter bukan calang-calang seperti Adrian Pang dan isteri Tracie Pang serta anak seni Malaysia, Sean Ghazi, yang berhemah dan luas pen-galaman.

“Maka, saya tahu seni dapat mencorak pemikiran masyarakat menerusi kaedah santai tetapi tetap membuka minda,” katanya.

Berlagu dengan kejayaan yang dikecap

Keluar dari kepompong

dengan seni

Hamilton mahu

bersemuka dengan Leclerc

– Muka 17

HARGAI NILAI SENI: Encik Muhammad Shafiq Haziq Suderman keluar daripada kepompong memencilkan diri setelah dibuli lantas meraih kekuatan daripada penglibatan dalam seni muzikal.

Discover Greener PasturesCall 6289 8822 or

e-mail [email protected] toplace your Change of Address Notices

NOTICES

Jika dahulu mereka masih bergelut dengan rasa tidak yakin kejayaaan mampu dikecapi dalam bidang seni, kini dua bekas pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) mampu membuktikan sebaliknya. Seorang daripada mereka sudah pun bergelar pengarah muzik bagi konsert

nasional mahupun kejiranan. Seorang lagi adalah pelakon dalam pementasan teater Inggeris yang gah dan dinanti-nanti. Wartawan HARYANI ISMAIL ([email protected]) melaporkan kisah kejayaan mereka yang baru-baru ini tamat pengajian dengan ijazah kepujian dari Maktab

Seni Lasalle.

PERKASA DIRI DENGAN MUZIK: Encik Danial Ariffin Azman yang menerima ijazah muzik dengan kepujian Kelas Pertama dari Maktab Seni Lasalle kini teruja diberi cabaran sebagai pengarah muzik dan penyusun lagu bagi beberapa konsert nostalgia lagu malar segar. – Foto-foto BH oleh ZAKHIR HIRUZA

12 Berita Harian | Jumaat, 13 September 2019

gayahidup