majalah muhibah...pertandingan koir lagu-lagu patriotik antara kelab rukun negara sekolah menengah...

18

Upload: others

Post on 02-Mar-2021

35 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Majalah Muhibah...Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah Menengah 2012 8 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah kesempatan pada musim perayaan untuk merompak,
Page 2: Majalah Muhibah...Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah Menengah 2012 8 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah kesempatan pada musim perayaan untuk merompak,

2 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah

Page 3: Majalah Muhibah...Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah Menengah 2012 8 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah kesempatan pada musim perayaan untuk merompak,

3Bil. 2-2012 Majalah Muhibah

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah mengadakan Majlis Pelancaran Akta Rukun Tetangga 2012 pada 9 Ogos 2012 bertempat di Garden Ballroom, Marriot Hotel Putrajaya. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Program ini merupakan acara bersejarah kerana buat julung kalinya, semua pegawai JPNIN telah menerima pewakilan kuasa daripada Menteri bagi menjalankan kewajipannya selaras dengan Akta Rukun Tetangga 2012.

Seramai 124 orang pegawai JPNIN telah menerima wa kah pelan kan masing-masing sebagai Pengarah Rukun Tetangga, Timbalan Pengarah Rukun Tetangga dan Penolong Pengarah Rukun Tetangga. YBhg. Dato’ Azman Amin bin Hassan telah dilan k sebagai Ketua Pengarah Rukun Tetangga manakala En. L. Gandesan a/l Letchumanan telah dilan k sebagai Timbalan Ketua Pengarah Rukun Tetangga. Majlis diakhiri dengan Majlis Ramah Mesra.

Sebagai penghargaan kepada semua warga kerja JPNIN yang telah menghadiri majlis tersebut, satu Majlis Ramah Mesra Berbuka Puasa bersama YBhg. Dato’ Ketua Pengarah JPNIN turut diadakan.

Majlis Pelancaran Akta Rukun Tetangga 2012

Berita : Nazliza Binti Mohd NazrinSuntingan : Michele Lim Lean Ming

Page 4: Majalah Muhibah...Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah Menengah 2012 8 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah kesempatan pada musim perayaan untuk merompak,

4 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah

KECEMERLANGAN prestasi kerja tahunan dan kesetiaan berkhidmat lama dengan kerajaan dihargai apabila warga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di seluruh negara menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Sijil Pengiktirafan Perkhidmatan.

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disini pada 22 Mei 2012 telah disempurnakan Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Seramai 315 Warga Kerja JPNIN daripada pelbagai jawatan telah terpilih menerima APC kerana prestasi kerja mereka sepanjang tahun 2011. Daripada jumlah tersebut, 14 adalah pegawai dan kakitangan di peringkat Ibu Pejabat JPNIN dan 301 dari peringkat Negeri, termasuk Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan.

Pemilihan penerima APC ini adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah digariskan di dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA), Bilangan 2 Tahun 2002, iaitu memperolehi markah 85% dan ke atas; penilaian atas sumbangan calon kepada organisasi, Perkhidmatan Awam, komuniti, daerah, negeri, negara dan peringkat antarabangsa; di mana bilangan penerima tidak melebihi 8% daripada jumlah keseluruhan perjawatan warga Jabatan pada 31 Disember 2011 lalu.

Dalam majlis ini juga telah disampaikan Sijil Pengiktirafan Perkhidmatan, kepada 15 Warga Kerja Jabatan yang telah dan akan bersara pada tahun 2012 sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka dalam Perkhidmatan Awam sepanjang hampir separuh daripada hayat mereka, iaitu sekurang-kurangnya 25 tahun dalamperkhidmatan.

Majlis juga turut meraikan kejayaan Pasukan Inovasi Jabatan (e-Sepakat) yang telah memenangi Tempat Ketiga di peringkat Jabatan Perdana Menteri di dalam kategori Most Promising.

315 WARGA KERJA JPNIN TERIMA APC Berita : Adiratno Che Ani

Suntingan : Zulku li Aziz

Berita : Zainudin Ali ChuaSuntingan : Mohd Azani Jabar

Atas keperihatinan dan semangat perpaduan, JPNIN telah mengadakan kutipan amal bagi menyahut MISI KEMANUSIAN SOMALIA yang dianjurkan oleh Pertubuhan Siap Siaga Malaysia (SIAP SIAGA). Program amal ini merupakan satu sokongan moral kepada mangsa yang terlibat di mana seramai 3.8 juta penduduknya terutamanya di selatan dan tengah Somalia berada dalam kebuluran dan lebih 2.9 juta orang khususnya kanak-kanak berisiko mati jika tidak mendapat bekalan makanan dengan seberapa segera.

JPNIN telah berjaya mengumpul sebanyak RM38,239.50 hasil sumbangan warga kerja JPNIN, ahli-ahli Rukun Tetangga dan ibu bapa pelajar tabika/tadika di seluruh Malaysia. Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Pengarah Bahagian Korporat JPNIN selaku penyelaras kepada Dato’ Ketua Pengarah JPNIN di Majlis APC JPNIN pada 22 Mei 2012.

JPNIN merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program kemanusiaan ini khususnya kepada semua penyumbang.

SUMBANGAN KEMANUSIAN MANGSA KEBULURAN DAN PELARIAN AKIBAT KEMARAU DAN PERANG SAUDARA DI SOMALIA

Page 5: Majalah Muhibah...Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah Menengah 2012 8 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah kesempatan pada musim perayaan untuk merompak,

5Bil. 2-2012 Majalah Muhibah

Pertandingan Debat Perpaduan Antara Institut Pengajian Tinggi (IPT) merupakan acara tahunan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bagi Kelab Sekritariat Rukun Negara dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT); RTM, Filem Negara Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor dan Sekretariat Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM). Pertandingan ini menjadi platform kepada para mahasiswa menguji tahap pengetahuan dan keprihatinan mereka tentang isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan negara dan integrasi nasional di negara ini serta mengcungkil kewibawaan mereka sebagai pemimpin di masa hadapan dalam membahaskan isu-isu berkenaan.

Bagi tahun ini, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang telah dipilih sebagai tuan rumah Pertandingan

Berita : Nomalin SaikhaniSuntingan : Aidil Andy

Debat Perpaduan Antara Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2012 yang berlangsung dari 3 hingga 7 Julai 2012.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah dinobatkan sebagai Johan, manakala Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai Naib Johan, dan tempat Ketiga diberikan kepada dua pasukan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Pertandingan tersebut juga telah memilih Mohd. Ikhwan bin Mohd Rosseli daripada USIM sebagai Pembahas Terbaik, manakala Pembahas Harapan pula adalah Muhammad Badri Ishak (UPM), Mohd Fikrie Azlan (UPM) dan Mohammad Ibnu Mohamed (UiTM). Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh YB Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 7 Julai 2012 yang diadakan di Dewan Besar UPM, Serdang, Selangor.

PERTANDINGAN DEBAT PERPADUAN ANTARA INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT) 2012

Interfaith YOUTH ORCHESTRAProgram ini telah diadakan pada 1 Mei 2012 di HGH

Convention Centre, Sentul, Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh Y.B. Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Program ini bertujuan untuk mempromosikan perpaduan negara dan mewujudkan masyarakat penyayang melalui muzik dan drama. Seramai 250 orang peserta belia daripada pelbagai badan agama seperti Islamic Youth Movement of Malaysia, Buddhist Missionary Society, Catholic Church, Council of Churches of Malaysia, Malaysia Hindu Sangam dan Malaysian Gurdwaras Council telah mengambil bahagian dalam program ini. Program ini merupakan hasil kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bersama Sathya Sai Baba Central Council of Malaysia (Friendship Group for Inter-Religious Services).

Berita : Unit Perhubungan AgamaSuntingan : Aidil Andy

Page 6: Majalah Muhibah...Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah Menengah 2012 8 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah kesempatan pada musim perayaan untuk merompak,

6 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah

LAWATAN MUHIBBAH

AHLI JAWATANKUASA

MEMPROMOSIKAN

PERSEFAHAMAN DAN

KEHARMONIAN DIANTARA

PENGANUT AGAMA

(JKMPKA)

Menghargai anutan agama dan amalan budaya yang berbeza dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum merupakan perkara penting bagi mewujudkan toleransi demi mengekalkan keharmonian, keamanan dan kedamaian rakyat negara ini.

Sehubungan dengan itu, pada 18 hingga 21 Jun 2012 yang lalu, seramai 35 ahli Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA) telah mengadakan Lawatan Muhibah ke Sarawak.

Lawatan yang diketuai Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Dato’ Azman Amin Hassan selaku Pengerusi JKMPKA telah diraikan oleh Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin dan Isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah dalam satu majlis makan malam di Astana Negeri, Petra Jaya, Kuching.

Hadir sama Mufti Negeri Sarawak, Sahibus Samahah Haji Kipli Yassin, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Sarawak, Datu Haji Putit Matzen dan Timbalan Pengarah JPNIN Sarawak, Delin Liet Blaun.

Selepas lawatan Muhibah ke Sarawak, pada 3 Julai 2012, seramai 18 orang ahli JKMPKA juga turut mengadakan kunjung hormat ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Rombongan tersebut telah disambut oleh Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tn. Haji Zakaria bin Isa dan satu sesi taklimat telah diberikan kepada ahli-ahli JKMPKA mengenai latar belakang dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh masjid ini sejak tahun 2000. Ahli-ahli JKMPKA bukan Islam turut diberi penerangan mengenai cara hidup dan amalan agama Islam termasuk ibadah solat.

Berita : Unit Perhubungan Agama Suntingan : Aidil Andy

Page 7: Majalah Muhibah...Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah Menengah 2012 8 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah kesempatan pada musim perayaan untuk merompak,

7Bil. 2-2012 Majalah Muhibah

Program Global Peace Leadership Exchange (GPLE) TINGKATKAN IMEJ KESTABILAN MASYARAKAT MALAYSIA DI MATA DUNIA

MEMPROMOSIKAN keunikan budaya masyarakat Malaysia pelbagai kaum dan keharmoniannya boleh meningkatkan imej kestabilan masyarakat Malaysia di mata dunia.

Dengan tujuan tersebut, pada 23 Mei 2012 lalu, ‘Program Global Peace Leadership Exchange (GPLE) Kali Ke-10’ telah berjaya dianjurkan bersama oleh Global Peace Festival Malaysia (GPFM) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Program yang telah dirasmikan oleh Dato’ Azman Amin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) itu menyambut baik kehadiran delegasi dari Korea Selatan, dan ianya diadakan dalam dua segmen iaitu berbentuk Forum dan Program Integrasi Komuniti. Bagi segmen forum, ianya telah diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya dengan tajuk forumnya, ‘Public & Private Sectors Shared Values in Community Development’ .

Melalui forum tersebut, peserta berkongsi pengalaman, kejayaan dan pandangan mengenai kegiatan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) di kedua-dua buah negara – Korea Selatan dan Malaysia. Forum ini telah disertai beberapa buah Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari Korea Selatan dan beberapa buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan, termasuk Rukun Tetangga.

Segmen kedua pula berbentuk interaksi yang dinamakan Program Integrasi Komuniti bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT), dimana delegasi dari Korea Selatan tersebut telah dibawa ke KRT Taman Permai, Bangi, Selangor untuk beramah mesra dengan penduduk dan mendapat gambaran lebih jelas dan merasai pengalaman sebenar keunikan masyarakat Malaysia berbilang kaum yang dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan.

Berita: Ahmad Dzulkarnain Mohamad TarmiziSuntingan: Zulku li Aziz

Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara (KRN) Sekolah Menengah merupakan acara tahunan yang diperkenalkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bagi Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia.

Pertandingan ini merupakan medium untuk murid sekolah mengenengahkan bakat serta menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan ahli Kelab Rukun Negara (KRN). Selain itu, semangat perpaduan melalui pertandingan ini dapat dibentuk dan menjadikan nyanyian lagu-lagu patriotik sebagai satu amalan dan budaya masyarakat Malaysia khususnya kepada generasi muda.

Pertandingan di peringkat negeri telah disertai oleh 61 kumpulan / sekolah iaitu 4 (WP Labuan), 8 (Perlis), 12 (Sabah), 8 (Terengganu), 20 (Negeri Sembilan), dan 9 (Melaka).

Berita : Mohd Norazam Azizan, Norhayati Binti Mohamed Noor, Asronizam B. Mamat, Magedran a/l MuniandySuntingan : Teh Faridah Abdul Jalil

Sekolah-sekolah yang telah dinobatkan sebagai iuara iaitu SMK Labuan (WP Labuan), SMK Syed Hassan (Perlis), SMK Tengku Mahmud, Besut (Terengganu), SMJK Chung Hua (Negeri Sembilan), SMK Bukit Baru (Melaka), SM St Joseph (Sabah) telah berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM 2,000.00,Piala Iringan dan Sijil Penyertaan serta sekaligus melayakkan diri untuk mewakili negeri masing-masing ke Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara (KRN) Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun 2012 bertempat di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor pada 21-23 September 2012. Tempat kedua pula membawa pulang hadiah bernilah RM 1,000.00, Piala Iringan dan Sijil Penyertaan, manakala tempat ketiga membawa pulang hadiah RM 500.00, Piala Iringan serta Sijil Penyertaan.

Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah Menengah 2012

Page 8: Majalah Muhibah...Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah Menengah 2012 8 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah kesempatan pada musim perayaan untuk merompak,

8 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah

kesempatan pada musim perayaan untuk merompak, menyamun dan meragut orang awam.

Beliau yang hadir bersama pegawai-pegawai kanannya mengingatkan masyarakat tempatan supaya mengamalkan kaedah berkesan dalam meningkatkan keselamatan ketika meninggalkan rumah dalam suatu tempoh yang lama.

Sementara itu, ketika ditemui, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Pandan Mewah, Haji Haffi dz Md. Noor memberitahu, beliau bersama 30 Peronda SRS di kawasan perumahan tersebut bergiat aktif menjalankan rondaan di kawasan perumahan mereka mengikut jadual rondaan yang diatur secara berkala.

“Ini merupakan satu kaedah pemantauan yang digunakan yang mana dapat mengurangkan risiko berlakunya jenayah di kawasan sekeliling perumahan Taman Pandan Mewah, juga dengan kerjasama pihak Polis,” ujar beliau.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Encik Gandesan Lecthumanan, Pengarah Perpaduan Negeri Selangor, Tuan Haji Abdul Halim Omar dan Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Langat, Encik Ahmad Radzi Ariff .

AMALAN memberikan kunci rumah kepada jiran yang tidak pulang bercuti ke kampung pada musim perayaan Hari Raya Aidilfi tri untuk mereka membantu membuka lampu di dalam rumah dan menjaga persekitaran rumah merupakan amalan kejiranan yang baik dan dapat mewujudkan sikap saling percaya mempercayai dan bertolong-tolongan sesama jiran.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Dato’ Azman Amin Hasan yang berkata demikian ketika merasmikan ‘Kempen Pemantauan dan Pencegahan Jenayah Sempena Cuti Perayaan Hari Raya Aidilfi tri’ di Hata Square Commercial Centre di sini pada 12.8.2012, turut percaya pendekatan ini pastinya akan memperteguhkan konsep kejiranan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum sama ada Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum.

Beliau mahu amalan ini tidak dipandang ringan kerana sebarang perkara yang tidak dijangka kemungkinan akan berlaku ketika orang ramai meninggalkan rumah untuk pulang berhari raya di kampung halaman.

“Oleh itu dengan kita berbuat baik kepada jiran serta memberi kepercayaan kepada mereka sedikit sebanyak akan menjamin keselamatan rumah kita walaupun ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama di samping kita juga dapat bercuti dengan hati yang tenang,” tegas beliau.

Kempen yang dilaksanakan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Pandan Mewah bersama Peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) itu dibuat dengan kerjasama pihak Polis yang sama-sama melakukan rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa dalam tempoh sambutan musim perayaan berkenaan.

Terdahulu, Ketua Balai Polis Ampang, ACP Amiruddin Jamaluddin dalam ucapannya turut berkongsi pengalaman mengenai strategi dan kaedah-kaedah yang kerap digunakan oleh perompak yang mengambil

CEGAH JENAYAH DI MUSIM PERAYAAN• KRT Taman Pandan Mewah Jalankan Kempen Pemantauan Berita: Ahmad Radzi Ariff

Suntingan: Zulku li Aziz

Page 9: Majalah Muhibah...Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah Menengah 2012 8 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah kesempatan pada musim perayaan untuk merompak,

9Bil. 2-2012 Majalah Muhibah

Berita : Magedran a/l MuniandySuntingan : Michele Lim Lean Ming

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah menganjurkan Program Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 13-14 Julai 2012 di pelbagai tempat seperti Glory Beach Resort, Port Dickson, KRT Kg Halacara Baru Gemencheh, Gemas, Padang Ulu Muar, Kuala Pilah, Kuala Klawang, Jelebu dan KRT Senawang Indah, Seremban.

Acara tahunan tersebut telah melibatkan Kawasan Rukun Tetangga dan penduduk setempat bagi membangkitkan semangat kasih sayang dan patriotik di kalangan masyarakat. Pada tahun 2012 ini, JPNIN Negeri Sembilan mengambil pendekatan berbeza bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dengan menganjurkan Program Konvoi Kempen Kibar Jalur Gemilang yang melibatkan 65 buah kenderaan dan 325 peserta dari kalangan Ahli Kawasan Rukun Tetangga di seluruh Negeri Sembilan.

Acara tersebut telah bermula pada 13.07.2012 di mana semua peserta yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan En Mohd Khalil bin Hj Ahmad telah berkumpul dan diraikan dalam majlis makan malam yang dihadiri oleh Exco Kerajaan Negeri Sembilan YB Dato’ Ismail Taib. Semasa majlis makan malam tersebut, satu taklimat ringkas dan persiapan kenderaan konvoi juga telah dilaksanakan.

Pada 14.07.2012 jam 7.15 pagi, Flag Off telah dilakukan oleh YB Dato’ Ismail Taib dan peserta mula bergerak ke KRT Kg Halacara Baru Gemencheh, Gemas. Ketibaan konvoi telah disambut oleh ADUN Gemas merangkap EXCO Kerajaan Negeri Sembilan YB Dato’ Hajjah Zainab binti Nasir. Pada jam 10.00 pagi Flag Off sekali lagi dilakukan dan konvoi berlepas ke Kuala Pilah dimana ketibaan peserta konvoi disambut oleh YB Tuan Hj Adnan bin Hj Abu Hassan, ADUN Pilah. Seterusnya, konvoi bergerak dari Kuala Pilah ke Kuala Klawang Jelebu di mana ADUN Klawang merangkap EXCO Kerajaan Negeri Sembilan YB Dato’ Yunus bin Rahmat telah menyambut ketibaan peserta konvoi. Pada jam 4.00 petang, konvoi bertolak ke KRT Taman Senawang Indah di mana Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh, Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan. Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPNIN En Gandesan a/l Letchumanan.

Kempen Kibar Jalur GemilangJabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

Negeri Sembilan Tahun 2012

Page 10: Majalah Muhibah...Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah Menengah 2012 8 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah kesempatan pada musim perayaan untuk merompak,

Jabatan Perpaduan Negar

W.P. Kuala Lumpur

Kelantan

Terengganu

Selangor

Negeri Sem

Page 11: Majalah Muhibah...Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah Menengah 2012 8 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah kesempatan pada musim perayaan untuk merompak,

ara dan Integrasi Nasional

Perlis

labuan

Perak

Melaka

Sembilan

Page 12: Majalah Muhibah...Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah Menengah 2012 8 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah kesempatan pada musim perayaan untuk merompak,

12 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah

MAHASISWA ERATKAN INTEGRASI NASIONAL MELALUI ‘PROGRAM INTEGRASI ILMU : TITIAN INTEGRASI IPT’

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun bagi mengiktiraf dan menghargai jasa para guru dalam menabur bakti bagi melahirkan modal insan yang berguna untuk pembangunan negara.

Bersempena dengan Hari Guru pada tahun ini, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan turut menganjurkan Majlis Sambutan Hari Guru Tabika Perpaduan bagi peringkat Negeri Sembilan pada 16 Mei 2012. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hj Mohammad Razi Kail, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan bertempat di Ballroom Kompleks Belia dan Sukan Paroi. Majlis tersebut turut dihadiri Pengarah JPNIN Negeri Sembilan, En. Mohd Khalil Hj Ahmad dengan tema “Serumpun Kasih Semarak Budi”.

PERANAN memupuk integrasi nasional antara masyarakat Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dilaksanakan secara berterusan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Salah satu usaha yang dilakukan ialah melalui ‘Program Integrasi Ilmu: Titian Integrasi IPT’, di mana jabatan ini telah mengenal pasti mahasiswa berasal dari Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk menyertainya.

Program di Sabah telah dilaksanakan pada 27 Jun hingga 1 Julai 2012 bertempat di Daerah Papar, di mana Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Pekan Kinarut, KRT Pasir Putih dan KRT Kampung Soka telah menjadi tuan rumah bagi program keluarga angkat. Melalui program ini, mahasiswa berasal Semenanjung telah tinggal dengan keluarga angkat masing-masing dan mempelajari

Berita : Magedran a/l MuniandySuntingan : Aidil Andy

SAMBUTAN HARI GURU TABIKA PERPADUAN 2012

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sabah juga turut tidak ketinggalan menganjurkan Sambutan Hari Guru Tabika Perpaduan Peringkat Negeri Sabah pada 6 Julai 2012. Sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Naib Yang Dipertuan Bakisa, Datin Vicky Yee yang berlangsung di Grand Ballroom Wisma Wanita, Kota Kinabalu dengan bertemakan ‘Back To School’. Majlis tersebut turut dihadiri Pengarah JPNIN Sabah, Pn Nurul Akmalina Hj Samsuddin.

Berita : Ariesusanto Bin NgadiminSuntingan : Inisah Shuib kehidupan masyarakat serta aspek budaya penduduk

tempatan.

Di samping itu mereka juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti seperti gotong royong, sukan rakyat, lawatan ke Projek Ekonomi Masyarakat Daerah Papar dan menyertai malam kebudayaan.

Sementara, bagi 40 mahasiswa berasal Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang menuntut di Sarawak pula telah mengikuti program yang sama dari 12 hingga 17 Julai 2012 yang berlansung di Daerah Lundu, Kuching. Sepertimana program di Sabah, mereka juga tinggal dengan keluarga angkat masing-masing untuk mempelajari cara hidup dan budaya masyarakat setempat.

Selain itu mereka juga terlibat menjayakan aktiviti gotong-royong, sukan rakyat, futsal dan lawatan ke Pusat Pemprosesan Keropok Kampung Stunggang Melayu, Lundu, di samping menjayakan malam kebudayaan.

Page 13: Majalah Muhibah...Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah Menengah 2012 8 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah kesempatan pada musim perayaan untuk merompak,

13Bil. 2-2012 Majalah Muhibah

Program Jom Ronda Bersama ADUN Chembong dan Ahli Parlimen Seremban ini dilaksanakan di setiap daerah bagi memberi peluang kepada pemimpin masyarakat seperti Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri untuk bersama dengan peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi mengurangkan kadar jenayah.

Program ini melibatkan pemimpin masyarakat supaya menjadi perangsang untuk meningkatkan semangat kesukarelaan di kalangan masyarakat bagi menjaga keselamatan nyawa dan harta benda kawasan setempat. Tetamu kehormat serta anggota peronda dan agensi penguatkuasa yang terlibat dalam program ini berpeluang membuat rondaan di setiap KRT yang telah ditetapkan. Program di ADUN Chembong telah dirasmikan oleh YB Tuan Zaifulbahari bin Idris, manakala di Parlimen Seremban telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mohammad Razi bin Kail, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan. Turut hadir YB Mustafa bin Salim, ADUN Kawasan Lenggeng. Majlis ini membuktikan bahawa kerajaan sentiasa menyanjung dan memberi pengiktirafan atas pengorbanan sukarelawan Rukun Tetangga dan SRS di samping mempromosikan kepada masyarakat setempat. Penyerahan walkie talkie turut disempurnakan dalam majlis ini.

JOM RONDA BERSAMA ADUN CHEMBONG DAN AHLI PARLIMEN SEREMBANBerita : Magedran a/l MuniandySuntingan : Teh Faridah Abdul Jalil

MAJLIS MENANDATANGANI NOTA PERSEFAHAMAN KERJASAMA STRATEGIK ANTARA JPNIN DAN PDRM

Berita : Mohamad Yusli NassirSuntingan : Teh Faridah Abdul Jalil

Program ini telah diadakan pada 10 Julai 2012 di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan, W.P. Acara ini oleh Puan Mimie D. Selvakumar, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Labuan dan Supt. Saiman bin Kasran, Ketua Polis Daerah, W.P Labuan. Acara ini disaksikan oleh YBhg. Dato’ Azman Amin bin Hassan Ketua Pengarah JPNIN dan YB Datuk Haji Yussof Bin Haji Mahal, Ahli Parlimen Labuan Merangkap Pengerusi Perbadanan Labuan.

Page 14: Majalah Muhibah...Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah Menengah 2012 8 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah kesempatan pada musim perayaan untuk merompak,

14 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah

PROGRAM IRAMA PUTRA PERPADUAN

Program Irama Putra Perpaduan ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perlis dan Hotel Putra Palace pada 18 Julai 2012 yang lalu. Program ini bertujuan untuk memantapkan lagi semangat perpaduan dan cintakan negara di kalangan kanak-kanak Tabika Perpaduan Negeri Perlis berasaskan persembahan seni budaya. Dianggarkan seramai 800 orang telah menyertai program ini yang melibatkan kanak-kanak Tabika Perpaduan, ibu bapa, Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP), warga JPNIN Perlis serta kakitangan Hotel Putra Palace.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Datin Seri Hajah Asiah binti Haji Asmuni, Pengerusi BAIDUNITA Negeri Perlis. Turut hadir menyerikan majlis ialah Puan Marzita binti Mansor, Puan Azarishah binti Ahmad, selaku Pengurus Besar Hotel Putra Palace dan Tuan Haji Hashim bin Haji Yob, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perlis. Jalinan kerjasama antara kedua-dua agensi ini diharap dapat mempromosikan agensi terlibat selain menyemarakkan lagi semangat patriotisme di kalangan ibu bapa, kanak-kanak dan kakitangan dari kedua-dua agensi selain dapat mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum.

Konsert Muzikal Borneo, anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dengan kerjasama Fakulti Muzik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam telah dilangsungkan di Auditorium Parcel E, Putrajayapada 16 Jun 2012, jam 2.00 petang.

Konsert tersebut yang bertemakan ‘Muzik Merentas Sempadan’ bertujuan untuk meningkat dan memperkukuhkan semangat integrasi nasional, perpaduan dan persefahaman di kalangan masyarakat pelbagai kaum serta semangat persaudaraan antara wilayah melalui genre muzik.

Di samping menyediakan platform kepada pelajar Fakulti Muzik UiTM membuat persembahan mereka kepada masyarakat awam, ia juga bertujuan untuk

mengeratkan silaturrahim, keakraban hubungan di kalangan pelajar dari pelbagai kaum, penerimaan budaya dan adat resam masyarakat antara wilayah. Ia juga dapat meningkatkan minat masyarakat mengenai keunikan genre muzik tradisional Malaysia Timur terutamanya di kalangan generasi muda. Kumpulan konsert ini terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail, Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, pelajar-pelajar dari Fakulti Muzik UiTM Shah Alam, Interfaith Orchestra, Sapelele Orchestra dan ahli kumpulan Friendship Group for Inter Religious Service (FGIS) yang mendendangkan lagu-lagu tradisi Melayu, suku kaum Sabah dan Sarawak. Dalam memperkenalkan muzik tradisional dari suku kaum Sabah dan Sarawak kepada masyarakat di Semenanjung Malaysia, konsert tersebut juga secara tidaklangsung dapat meningkatkan minat untuk mengetahui lagu-lagu tradisi pelbagai kaum yang semakin dilupakan akibat pengaruh muzik moden.

Berita : Mohd Norazam Bin Azizan Suntingan : Inisah Shuib

Konsert Muzikal BORNEOBerita : Ariesusanto Bin NgadiminSuntingan : Michele Lim Lean Ming

Page 15: Majalah Muhibah...Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah Menengah 2012 8 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah kesempatan pada musim perayaan untuk merompak,

15Bil. 2-2012 Majalah Muhibah

Berita: Magedran a/l MuniandySuntingan: Inisah S huib

Program Sepetang Bersama Jiran Usia Emas dan Sepetang Bersama Ibu telah dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Kota, Daerah Rembau masing-masing pada 18 Mei dan 5 Jun 2012. Program ini diadakan bertujuan untuk mengenang jasa dan meraikan kaum ibu serta kempen sayangilah warga emas yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. JPNIN semua daerah di Negeri Sembilan digalakkan menganjurkan program sebegini supaya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat akan tanggungjawab terhadap warga emas. Program ini dirasmikan oleh YB Dato’ Dr Awaludin bin Said Ahli Dewan Undangan Negeri Kota dan YM Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin Yang Dipetua Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (Pekerti). Program turut dihadiri oleh Pengarah JPNIN Negeri Sembilan, pegawai-pegawai serta masyarakat setempat.

Majlis Sambutan Hari Ibu Bapa, Penyampaian Sumbangan Warga Tua Dan Sumbangan Kepada Pelajar Cemerlang Tahun 2012 dilaksanakan secara serentak di Dewan SRJK(C) Sg Muntoh, Daerah Jelebu pada 8 Jun 2012. Majlis yang dianjurkan ini bertujuan untuk menghargai semua lapisan masyarakat di mana Sambutan Hari Ibu Bapa bagi menghargai jasa serta pengorbanan ibu bapa dalam membimbing serta mendidik anak-anak sehingga menjadi seorang insan berguna. Warga tua diraikan bagi memberi kesedaran kepada semua pihak untuk memberi perhatian dan penjagaan yang baik kepada golongan warga tua terutamanya ahli keluarga sendiri. Manakala sumbangan kepada pelajar cemerlang dari sekolah rendah hingga ke peringkat Diploma ini sebagai suntikan

Sepetang Bersama Jiran Usia Emas dan Bersama Ibu

KRT Pekan Kota

kepada pelajar yang berjaya serta pelajar lain untuk terus berusaha untuk mencapai kejayaan dan ia juga sebagai satu pengiktirafan kepada mereka yang bertungkus lumus untuk memperolehi kejayaan tersebut.

Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato’ Siow Chen Pin, Pengerusi JK Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam Telefon Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Negeri Chennah. Turut hadir ialah En Mohd Khalil bin Hj Ahmad, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan dan pegawai-pegawai dari JPNIN Daerah Jelebu serta Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga.

Majlis Sambutan Hari Ibu Bapa, Penyampaian Sumbangan Warga Tua & Sumbangan kepada Pelajar Cemerlang 2012Berita : Magedran a/l MuniandySuntingan : Inisah Shuib

Page 16: Majalah Muhibah...Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah Menengah 2012 8 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah kesempatan pada musim perayaan untuk merompak,

16 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah

Berita : Magedran a/l MuniandySuntingan : Inisah Shuib

Program ini adalah gabungan 25 KRT Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kapayang, dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan telah diadakan pada 15 Julai 2012 bertempat di D’S2 Mall Seremban 2, Negeri Sembilan. Ianya julung-julung kali dianjurkan secara bersama di bawah naungan YB Senator Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah atas kesedaran mengajak masyarakat mengamalkan cara hidup sihat. Tujuan penganjuran karnival ini adalah bagi membuka minda masyarakat bagi untuk mengambil langkah-langkah menjaga kesihatan

Berita : Nomalin bte SaikhaniSuntingan : Inisah Shuib

Bertempat di Presint 2, Putrajaya, Program Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang telah diadakan pada 23-27 Mei 2012. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) turut diberi peluang untuk menyertai pameran di bawah segmen G2Y (Goverment to Youth). Walaupun masa yang diberikan bagi membuat persiapan agak singkat namun keceriaan dan kepelbagaian bahan yang dipamerkan telah berjaya menarik perhatian ramai pengunjung.

‘Booth’ pameran JPNIN telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kemudiannya mengambil bahagian dalam acara kuiz yang diadakan. Turut serta mengambil bahagian dalam segmen tersebut ialah YB Dato’ Seri Hj. Mohd. Shafi e bin Hj. Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah). Acara yang paling mendapat sambutan hangat daripada pengunjung-pengunjung ‘Booth’ ialah Permainan Roda Impian (Wheel of Fortune) dan Kuiz

KARNIVAL CARA HIDUP SIHAT

serta melibatkan kerjasama di kalangan Kawasan Rukun Tetangga, Agensi Kerajaan serta Swasta. Beberapa aktiviti telah dilaksanakan sepanjang karnival ini seperti Saringan Kesihatan, Pameran, Jualan, Derma Darah, Masakan & Gubahan serta senamrobik. Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional serta pegawai-pegawai JPNIN Negeri Sembilan. Komitmen Menteri Besar Negeri Sembilan dalam menjayakan program ini telah menyuntik semangat 25 KRT DUN Bukit Kepayang dalam meningkatkan kejayaan Karnival Cara Hidup Sihat.

Pameran JPNIN di Program Himpunan Jutaan Belia 2012.

Kenegaraan. Acara lain yang turut disediakan ialah tayangan video program-program perpaduan, tanda tangan ‘gergasi’, tarian kebudayaan dari pelbagai etnik, ruang diskusi yang dikendalikan oleh Global Peace Federation (Malaysia) dan pengedaran borang maklumbalas.

Pameran yang diadakan bertujuan untuk mempromosikan JPNIN serta menyebar luaskan perkhidmatan yang disediakan khususnya kepada para belia bagi mengetahui aktiviti-aktiviti yang boleh disertai di bawah program-program yang dilaksanakan JPNIN.

Page 17: Majalah Muhibah...Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah Menengah 2012 8 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah kesempatan pada musim perayaan untuk merompak,

17Bil. 2-2012 Majalah Muhibah

Berita : Mohamad Yusli NassirSuntingan : Teh Faridah Abdul Jalil

Program yang diadakan pada 8 Julai 2012 di Pusat Rukun Tetangga Perumahan MPL, WP Labuan ini dianjurkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dengan Kerjasama Jawatankuasa Innospace Labuan dan JPNIN W.P Labuan. Bengkel ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai Inovasi dan Kreativiti. Bengkel yang melibatkan seramai 70 orang peserta ini dikendalikan oleh Tuan Muhammad Aziph Bin Dato’ Mustapha, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia. JPNIN diwakili oleh Pengarah JPNIN W.P Labuan, Puan Mimie Duasah.

Berita: Ariesusanto NgadiminSuntingan: Zulku li Aziz

‘KURSUS Orientasi Untuk Pegawai Semenanjung Yang Bertugas di Sarawak dan Sabah’ merupakan program tahunan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Pegawai yang baharu berkhidmat di Sarawak dan Sabah kurang dari tiga tahun diwajibkan menghadiri kursus berkenaan yang dilangsungkan selama enam hari di lokasi yang ditetap oleh jabatan ini.

Bagi tahun ini, dua kursus telah diadakan, masing-masing di Sri Aman Sarawak dan Sandakan Sabah khusus untuk memberi peluang kepada para pegawai berkenaan mendalami budaya masyarakat ‘Bumi Kenyalang’ dan ‘Negeri Di Bawah Bayu’ tersebut.

Kursus di Sarawak telah dihadiri 78 peserta dan berlangsung pada 12 hingga 17 April, sementara tarikh 9 hingga 14 April dipilih bagi menganjurkan Kursus di Sabah yang disertai 75 peserta.

Para peserta telah berpeluang menjalani pelbagai modul kursus antaranya Dinamika Kumpulan, Ceramah Mengenai Struktur Organisasi dan Pentadbiran Kerajaan Negeri, Lawatan Sambil Belajar, Pengenalan Kepada Adat Resam dan Budaya Masyarakat Setempat, Perkara 20, Pengenalan Bahasa Sukuan, Program Bersama Keluarga Angkat, Gotong Royong, Khidmat Masyarakat dan Malam Kebudayaan.

KURSUS ORIENTASI PEGAWAI SEMENANJUNG YANG BERTUGAS DI SARAWAK DAN SABAH

BENGKEL INOVASI DAN KREATIVITI BERSAMAYAYASAN INOVASI MALAYSIA (YIM)

Page 18: Majalah Muhibah...Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah Menengah 2012 8 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah kesempatan pada musim perayaan untuk merompak,

18 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah

Berita : JPNIN PerlisSuntingan : Aidil Andy

Program ini diadakan pada 8 Julai 2012 bertempat di Dewan Residensi, Kangar anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Perlis. Kursus yang melibatkan penyertaan seramai 100 orang yang terdiri daripada Jawatankuasa Utama Rukun Tetangga baru di negeri Perlis. Antara KRT yang terlibat ialah KRT Kg Panggas Kecil, KRT Guar Nangka, KRT Jalan Dato’ Wan Ahmad, KRT Taman Masmuda, KRT Taman Kayangan Indah dan lain-lain lagi.

Kursus ini bertujuan membantu Jawatankuasa Rukun Tetangga yang baru memahami tatacara pengurusan dan pentadbiran Rukun Tetangga. Penutupan kursus tersebut telah disempurnakan oleh Y.B. Senator Tuan Mohd Khalid Ahmad dan turut hadir En. Mohd Reezal Abd Rashid, Timbalan Pengarah JPNIN Negeri Perlis.

Berita : Mohamad Yusli NassirSuntingan : Michele Lim Lean Ming

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri W.P Labuan dengan Ins tut Kajian dan La han Integrasi Nasional (IKLIN) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rukun Tetangga pada 14-16 Julai 2012 di Kundasang, Sabah.

Kursus tersebut yang bertujuan untuk memantapkan pengurusan Rukun Tetangga dan melibatkan sebanyak 25 orang peserta telah dikendalikan oleh Pengarah IKLIN Encik Baharin bin Idris, Mantan Timbalan Ketua Pengarah Operasi (TKPO) Puan Hajjah Azizah Ariffi n dan Pengarah JPNIN W.P Labuan Puan Mimie Duasah.

KURSUS PENGURUSAN/PENTADBIRAN, KEBERKESANAN PENGENDALIAN AKTIVITI DAN RADIO SRS RUKUN TETANGGA

KURSUS PENGURUSAN RUKUN TETANGGA