assgmnt sukothai

Upload: farahhaniey

Post on 05-Jan-2016

41 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sukothai

TRANSCRIPT

PENGENALANSejarah awal negeri Thailand atau Siam ini pada mulanya agak kabur. Hal ini kerana sehingga abad ke-5 Masihi masih tidak terdapat sebarang bukti akan kewujudan sebuah kerajaan di Siam.[footnoteRef:2] Namun, pada abad ke-6 Masihi telah muncul sebuah kerajaan Dvaravati yang berpusat di Lavo ( Nakhon Pathon ) yang meliputi sebahagian besar Thailand Tengah. Akan tetapi, kerajaan Dvaravati ini tidak pernah dianggap sebagai kerajaan Thailand kerana merupakan Kerjaan Mon, baik dari segi rakyat dan kebudayaannya. Walaubagaimanapun, setelah kemunculan beberapa kerajaan di Thailand, terdapat satu kerajaan yang digelar sebagai Kerajaan Sukhotai. Kerajaan ini telah wujud pada tahun 1238 hingga 1438 lagi. Kerajaan Sukhotai ini pada mulanya merupakan sebahagian dari Kerajaan Khmer. Pada masa ini, terdapat dua pemimpin iaitu Pho Khun Pha Muang dan Pho Khun Bang Klang Hao telah menyatakan kedaulatannya dan mendirikan sebuah kerajaan untuk bangsa Thailand. Pho Khun Bang Klang Hao ini kemudiannya telah menjadi raja Sukhotai yang pertama dengan menggunakan gelaran Sri Intradit. [2: Abdul Rahman Abdullah.2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.halaman 74.]

Pemerintahan Sukhotai ini diteruskan oleh Raja Ramkhamhaeng sehingga kerajaan Sukhotai ini telah mencapai kebesarannya. Kerajaan Sukhotai ini juga telah menikmati masa keemasannya sebagai puncak kemakmurannya pada masa itu. Ketika ini, pengaruh agama Hindu-Buddha juga turut berkembang dengan pesat sehingga telah membawa kepada pelbagai perubahan dan perkembangan di Kerajaan Sukhothai. Walaubagaimanapun, pengaruh agama Buddha lebih banyak mempengaruhi dan membawa perubahan terhadap pemerintahan Kerajaan Sukhothai berbanding dengan agama Hindu. Pada masa ini, Orang Thailand hanya akan mengambil unsur-unsur yang terbaik sahaja dalam tamadun yang mereka temui dan diterapkan di bawah Kerajaan Sukhothai. Hal ini seterusnya telah menjadikan Sukhothai sebagai punca bagi tamadun Asia.

ASAL-USUL KERAJAAN SUKHOTAI YANG TELAH DIPENGARUHI OLEH AGAMA HINDU-BUDDHA.Sukhothai pada asalnya merupakan sebuah pangkalan luar kepada Empayar Khmer.[footnoteRef:3] Pengaruh kekuasaan Khmer pada zaman pemerintahan Suryavarman 1 (1011-1050 ) sangat meluas sehingga meliputi seluruh negeri Thailand. Boleh dikatakan bahawa sejarah awal bagi negara Thailand ini merupakan sejarah bagi kaum Mon dan Khmer. Kerajaan Khmer ini akhirnya telah menghadapi zaman kemerosotan dan kelemahan dengan kematian Jayavarman VII pada tahun 1219. Memandangkan pengaruh Khmer semakin pudar, para pelarian Thailand telah berusaha untuk meluaskan dan menanam pengaruh mereka di negeri yang baru. Pada masa inilah telah muncul beberapa buah kerajaan kecil sehingga telah membawa kepada munculnya sebuah kerajaan Sukhothai. [3: Arne Kislenko.2004. Culture And Customs of Thailand. London : Greenwood Press Westport Connecticut. halaman 10.]

Kerajaan Sukhothai pada ketika ini telah menyaksikan kepada satu pemerintahan seorang raja yang Thailand yang hebat iaitu Raja Rama Khamhaeng atau lebih dikenali dengan gelaran sebagai Rama yang berani yang telah memerintah dari 1283 hingga 1317.[footnoteRef:4] Pada masa ini, Raja Rama Khamhaeng telah mengembangkan kuasanya melalui beberapa siri perkahwinan yang rumit, perhubungan diplomatik dan peperangan. Kerajaan Sukhothai telah dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha dimana kemunculan agama ini telah memberikan impak yang besar kepada Kerajaan Sukhotai khususnya. Ketika ini, kerajaan Sukhothai bertambah maju apabila agama Buddha telah menular dan diangkat sebagai agama rasmi di Thailand hingga kini. Agama Buddha merupakan agama yang dominan di negeri Thailand yang turut mencabar kuasa Angkor di Tanah Besar Asia Tenggara pada abad ke 13.[footnoteRef:5] Walaubagaimanapun, sebelum agama Buddha wujud di Sukhothai, agama Hindu terlebih dahulu bertapak dan digunakan. Namun, apabila agama Buddha dibawa masuk ke Kerajaan Sukhothai, pengaruh agama Buddha ini terhadap pemerintahan sangat dominan sehingga telah membawa kepada pelbagai kemajuan dan perkembangan berbanding dengan agama Hindu. Ketika ini juga, Sukhothai menikmati saat keemasannya sebagai puncak kemakmuran.[footnoteRef:6] Sukhothai juga merupakan sebuah kerajaan yang mahsyur dengan perpaduannya, kesenian yang indah serta pencapaian dalam kebudayaan yang hebat.[footnoteRef:7] [4: Franck C and Ann B Darling.1971. The Asia Pacific World Library. Asia Pacific Press Pte Ltd.halaman 3.] [5: Allen & Unwin.2000. Southeast Asia : An Introductory History, Eighth Edition.Milton Osborne.halaman 43.] [6: D.G.E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.halaman 211.] [7: Arne Kislenko.2004. Culture And Customs of Thailand. London : Greenwood Press Westport Connecticut. halaman 10.]

Sebelum berlakunya perkembangan agama Buddha, terlebih dahulu agama Hindu yang diguna pakai oleh masyarakat Thailand pada masa ini. Agama Hindu ini bermula dari Lembah Indus di Mohenjo-Daro dan Harappa yang kemudiannya dikenali sebagai kebudayaan Dravidia. Pada masa ini juga bermula bermulanya Zaman Veda. Ketika ini, agama Hindu merupakan sistem agama atau peraturan yang abadi tanpa perubahan atau kesudahan dan kemudiannya diikuti pula dengan Zaman pos-Veda. Terdapat empat prinsip umum dari segi doktrinnya iaitu ajaran tentang karma atau hukum balasan kerana mengikut hawa nafsu, samsara ( reincarnation), moksa (liberation) dan advaita (union). Hal ini telah membentuk ajaran Hindu secara khusus yang mana terbahagi kepada dua jenis iaitu ciri Dravya dan Jnana. Agama Hindu sebenarnya bertolak daripada ajaran teologi yang bercorak politheisme dan henotheisme.[footnoteRef:8] Apa yang disembah oleh penganut agama Hindu baik yang ada di bumi, langit, angkasa dan sebagainya dianggap sebagai tuhan atau dewa. Terdapat kepercayaan kepada tiga dewa yang utama iaitu Brahma ( pencipta ), Vishnu ( pemelihara ) dan Siva ( pemusnah ). Pendek kata, ajaran ritual ini juga disebut sebagai Puranik yang berasaskan pemujaan dewa trimurti dan dewa-dewa lainnya. Penganut Hindu akan sentiasa melaksanakan amal ibadat dan pengorbanan (yajna) yang tertentu agar dapat mencapai tujuan mendekatkan diri dengan dewa serta keselamatan diri sendiri iaitu dengan menuju Moksa dan Advaita. [8: D.G.E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.halaman 149.]

Agama kedua yang wujud di Sukhothai selepas agama Hindu ialah agama Buddha. Buddhisme ialah satu tentangan terhadap Hinduisme tetapi menurut ajaran agama Buddha ia mempunyai kesamaan dengan pemikiran agama Hindu dari aspek prinsip-prinsipnya.[footnoteRef:9] Agama Buddhisme ini menolak kewujudan Tuhan dalam agamanya dan yang diberi tumpuan ialah dari aspek etika dan ajaran-ajaran moral. Pada umumnya, agama Buddha terbahagi kepada dua aliran besar iaitu aliran Theravada dan aliran Mahayana.[footnoteRef:10] Agama Buddha ini diasaskan oleh Siddharta Gautama dari Kasta Ksyatriya sebagai reaksi kepada sifat elitism kaum Brahmin. Namun begitu, doktrin Buddha dibina berasaskan doktrin Brahmanisme. Dari segi falsafah hidup Buddhisme, pencapaian nirvana merupakan matlamat hidup yang tertinggi.[footnoteRef:11] Ajaran Hinayana (Theravada ) member tumpuan terhadap pelajaran Buddha yang asli berdasarkan kepada tulisan-tulisan agama Buddha yang asal. Aliran Buddha Mahayana pula muncul sebagai reaksi kepada aliran Theravada yang dianggap sempit dan ketat.Ajaran Mahayana lebih memberi tumpuan kepada kajian kehidupan Buddha yang mencapai nirvana serta membimbing manusia ke arah nirvana.Ajaran Buddha bersumberkan kitab suci dikenali sebagai Tri-Pitaka yang bermakna tiga bakul. Terdapat tiga bahagian penting yang dibicarakan dalam kitab ini iaitu dalam khutbah Gautama Buddha, aturan-aturan kepaderian dan ajaran-ajaran Gautama Buddha. Ketika ini, kita melihat bahawa agama Buddha yang dibawa masuk telah mempengaruhi sistem pemerintahan Kerajaan Sukhothai malah Raja Rama Khamhaeng juga merupakan penganut Buddha pada masa itu. [9: Ghazali Darusalam.2001. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.halaman 167.] [10: Abdul Rahman Abdullah.2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.halaman 153.] [11: Ibid.halaman 154.]

PERKEMBANGAN KERAJAAN SUKHOTHAI YANG DIPENGARUHI OLEH AGAMA HINDU-BUDDHA.Kemunculan agama Hindu-Buddha di Sukhothai telah menyebabkan kerajaan ini mengalami beberapa perubahan yang besar dari sudut pemerintahannya. Kerajaan Sukhothai telah mengambil elemen-elemen penting daripada segi budaya dan tradisi daripada luar menyebabkan Sukhothai digelar Punca kepada kebudayaan Thailand.[footnoteRef:12]Ketika ini juga, kerajaan Sukhothai sangat terkenal dengan mempunyai kesetiaan yang kuat terhadap agama Buddha- Hinayana selepas mempunyai hubungan dengan orang-orang Mon. Agama yang dibawa masuk ini dengan segeranya telah menular di dalam semua kelas organisasi sosial Thailand dan ketika ini upacara keagamaan bagi agama Buddha dan budayanya memainkan peranan penting dan dominan di Kerajaan Sukhothai ini. [12: Franck C and Ann B Darling.1971. The Asia Pacific World Library. Asia Pacific Press Pte Ltd.halaman 2.]

Sukhothai bertambah maju apabila agama Buddha ini menular masuk di kerajaan ini. Kemunculan agama Buddha di Sukhothai telah menyebabkan agama ini menjadi agama rasmi di kerajaan Sukhothai. Hubungan antara agama dan politik pada masa ini juga sememangnya tidak berganjak sejak kemunculan Sukhothai . Pada zaman Rama Khamhaeng, kerajaan Sukhothai ini telah mengalami zaman kegemilangannya. Saat ini, beliau telah berusaha dalam mengembangkan agama Buddha-Theravada dengan melantik Sangharaja bagi golongan Sangha. Beliau juga telah mengasaskan bahasa rasmi Thailand seperti yang terbukti dalam penemuan inskripsi abad ke-13.[footnoteRef:13] Sukhothai juga dikatakan sebagai sebuah negari yang makmur yang mana telah diperintah dengan penuh adil. Raja Rama Khamhaeng, seisi istana dan orang-orang besar adalah sangat alim pada masa ini.[footnoteRef:14] Kemasyhuran yang dapat dilihat dan terpenting sekali ialah dalam usaha penaklukannya iaitu dengan menguasai wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Khmer di Hulu Menam, Hulu Mekong dan hilir Lembah Salween malah hinggga ke Semanjung Melayu seperti di Tambralinga ( Ligor) dan Langkasuka ( Pattani ).[footnoteRef:15] [13: Abdul Rahman Abdullah.2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.halaman 75.] [14: D.G.E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.halaman 215.] [15: Abdul Rahman Abdullah.2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.halaman 75.]

Pada masa ini, sistem kemaharajaan di Sukhothai yang menekankan kekuasaan daripada nasab bapa menggambarkan Sukhothai sebagai sebuah kerajaan yang terbaik dari segi pemerintahannya. Hal ini dapat dilihat apabila terdapat salah satu gelaran Raja iaitu Khun Phaw yang membawa maksud ayah telah digunakan.[footnoteRef:16] Dengan menggunakan kuasa dari nasab bapa ini, raja-raja akan menjadi ketua dalam ketenteraan semasa peperangan berlaku, seseorang yang akan memberikan nasihat serta menjatuhkan hukuman dalam setiap perkara dan keputusan yang dibuat mestilah diterima oleh masyarakat setempat. Pada masa ini juga, Raja, kaum kerabat dan pembesar-pembesarnya akan mempelajari agama Buddha dengan lebih mendalam lagi. Raja juga memainkan peranan dan tanggungjawab yang penting sebagai pertahanan dan memperkembangkan agama Buddha. Sistem organisasi politik Sukhothai pula berdasarkan sistem feudal dimana memperlihatkan bahawa raja menduduki tahkta yang paling tertinggi sekali dan merupakan rantai kepatuhan kepada masyarakat bawahannya. Raja yang berada di puncak juga dianggap mampu untuk memberikan perlindungan kepada rakyatnya. [footnoteRef:17]Sistem perundangan Sukhothai pada waktu ini juga berdasarkan nasab bapa di mana turut terdapat dalam undang-undang feudal yang dikenali sebagai Thammasat, yang telah diambil dari Mon. Thammasat yang digunakan ini menggambarkan sistem beraja yang memainkan peranan penting sebagai simbol keadilan dan sikap bersederhana kepada rakyatnya. [16: Franck C and Ann B Darling.1971. The Asia Pacific World Library. Asia Pacific Press Pte Ltd.halaman 3.] [17: Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Terengganu : Yayasan Islam Terengganu SDn Bhd.halaman 8.]

Walaubagaimanapun, Kerajaan Sukhothai mulai mengalami kemunduran dengan kematian Rama Khamhaeng. Dasar Rama Khamhaeng dari segi agama terus dimantapkan oleh penggantinya Loethai dan Luthai. Raja Loethai misalnya, merupakan seorang raja yang taat kepada hukum Buddha sehingga digelar Dharmaraja dan kealimannya disebut di dalam inskripsi bertarikh 1345. Beliau disanjung tinggi dalam sesetengah tulisan sebagai Sua Tai yang bermakna harimau orang Thai. Beliau disifatkan harimau, tetapi sebaliknya banyak menyumbangkan tenaganya terhadap agama Buddha dan membina beberapa Buddhapada atau bekas tapak kaki Buddha yang mana telah ditiru daripada contoh yang didapati di Kemuncak Adam di Ceylon. Raja Loethai ini kemudiannya telah diganti oleh cucunya iaitu Luthai yang juga merupakan seorang tokoh agama Buddha yang telah mengarang sebuah karya kosmologi Buddha. Namun begitu, beliau pada akhirnya telah meninggalkan takhtanya untuk menjadi sami Boddhisattwa dan memasuki Sangha pada tahun 1361.

KESAN PENGARUH HINDU-BUDDHA TERHADAP KERAJAAN SUKHOTHAI.Agama Hindu-Buddha sememangnya telah memberikan kesan yang besar kepada kerajaan Sukhothai ini. Namun demikian, pengaruh agama Buddha merupakan pengaruh agama yang paling dominan di mana telah membawa perubahan yang besar dan kesannya yang meluas. Bagaimanapun, kesan-kesan pengaruh Hindu tetap wujud sehingga kini. Ketika ini, Dewa Vishnu mendapat kedudukan yang lebih tinggi daripada Dewa Brahma dan Siva. Hal ini berikutan, apabila negeri Thailand merupakan sebahagian daripada Empayar Khmer, Raja Thailand pada ketika itu akan mengambil aliran Siva Khmer termasuk pemujaan linga dan adat istiadat diraja. Ketika ini, orang Thailand mengamalkan konsep agama Hindu dalam pemerintahan beraja, sistem kasta Brahmin dan menyembah Tuhan Erawan iaitu Tuhan Gajah. [footnoteRef:18] Sebagai contoh, Raja Rama Khamhaeng yang merupakan penganut Buddha tetapi bukan sahaja mempunyai permaisuri daripada anak seorang Brahmin, malah turut mempunyai penasihat diraja daripada tokoh-tokoh Brahmin juga.[footnoteRef:19] [18: Jim Goodman.1994. Budaya Serata Dunia, Thailand. Kuala Lumpur : Times Books International.halaman 67.] [19: Abdul Rahman Abdullah.2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.halaman 161.]

Setelah Raja Lothai menaiki takhta, beliau lalu menggunakan gelaran Sri Suryavamsa ram Mahadharma Rajadhiraja. Beliau juga pernah memerintah agar dibina patung Buddha di samping patung Vishnu dan Paramesvara.[footnoteRef:20] Ketika ini agama Hindu dan Buddha telah berkembang seiring sejalan, malah tokoh-tokoh Brahmin juga menyembah kepadanya. Pada masa ini juga terdapat penemuan imej Mahaesvara ( Siva ) dan Vishnu serta menyimpannya di kuil Brahmin. Di samping itu juga, terdapat tindakan oleh Raja Rama Tibodi yang mempelopori undang-undang Thailand, yang mana kemudiannya telah diubahsuai berdasarkan undang-undang Manu.[footnoteRef:21] Bagaimana penting sekalipun pengaruh agama Hindu di negeri Thailand ini tidaklah dapat menandingi kehebatan pengaruh agama Buddha pada ketika itu. [20: Ibid.halaman 161.] [21: Abdul Rahman Abdullah.2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.halaman 161.]

Agama Buddha ini telah dibawa masuk oleh orang Thai dari negeri China dan oleh kerana terdapat pengaruh awal dari Empayar Khmer, secara tidak langsung berkembanglah aliran Buddha-Theravada dari Sri Lanka ke negeri Thailand dan kemudiannya seorang sami telah dibawa untuk mengukuhkan lagi aliran Buddha-Theravada ini. Pada masa ini, agama Buddha telah dijadikan sebagai agama rasmi dan raja-rajanya juga bukan sahaja merupakan Pelindung Dhamma bahkan turut merupakan pengikut Theravada yang taat. Kewujudan agama Buddha ini sememangnya telah membawa pelbagai kesan yang mendalam kepada kerajaan Sukhothai.Dari segi pemerintahan, pengaruh Buddha telah memperkenalkan konsep Devaraja dimana raja dianggap sebagai tuhan manakala rakyatnya pula disifatkan sebagai debu di kaki raja atau hamba abdi pembesar. Selain itu juga, konsep Dhammaraja turut digunakan dimana raja menganggap mereka perlu memelihara dhamma sebagai sokongan kepada Sangha kerana Sangha bertanggungjawab dalam menyebarkan dan mengukuhkan dhamma. Pada masa ini, raja merupakan simbol kepada agama Buddha. Agama Buddha turut mempengaruhi corak kehidupan dan kebudayaan masyarakat Sukhothai pada ketika itu. Pengaruh agama Buddha juga turut mempengaruhi susunan hierarki masyarakat klasik dimana ia ditentukan oleh bun dan bap. Terdapat unsur karma iaitu kelahiran semula dalam pelbagai bentuk mengikut bun dan bapnya. Mereka turut mempercayai bahawa keadaan hidup dan kedudukan masa kini telahpun ditetapkan oleh perlakuan semasa hidup masa lalu. Kedudukan agama Buddha ini telah menguatkan lagi kedudukan golongan elit dan membezakan mereka dengan golongan bawahan atau yang bukan elit. Hal ini seterusnya telah mewujudkan satu prinsip dimana jika ingin menjadi rakyat Sukhothai maka mereka perlu menganut agama Buddha. Di sini memperlihatkan bahawa konsep ini telah menggabungjalinkan kuasa raja dengan spiritual dimana menunjukkan raja mempunyai kuasa. Oleh itu, agama ini telah menyebabkan golongan atasan dan golongan bawahan saling bergantungan.Pengaruh agama Buddha ini juga telah mewujudkan peranan sami atau Sangha di kerajaan Sukhothai ini. Sangha atau institusi sami memainkan peranan yang penting dalam masyarakat Thailand tradisional. Sangha bukan sahaja memberi pengajaran agama, bahkan menawarkan perkhidmatan sosial kepada semua lapisan masyarakat yang berpusat di kuil (Wat ).[footnoteRef:22] Wat pula merupakan nadi perkembangan sosial masyarakat tempatan sejak kelahiran hingga kematian seseorang. Dalam menuju reinkarnasi dan mencapai nirvana, ia ditentukan oleh amalan-amalan bun (pahala ) dan bap (dosa ). Amalan-amalan yang membuahkan bun tersebut ialah menjaga kebajikan sami atau Sangha, bahkan dikehendaki menyembahnya sebagai tanda hormat. [footnoteRef:23] Golongan Sangha ini juga diberi keistimewaan apabila dilantik sebagai penasihat diraja. Ketika ini juga, kerabat diraja diletakkan dalam kedudukan yang tertinggi dalam Sangha supaya agama ini dapat dikawal. [22: Abdul Rahman Abdullah.2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.halaman 162.] [23: Ibid.halaman 162.]

Pada masa ini juga, pengaruh agama Buddha turut memberi kesan kepada sistem pendidikan negara dimana telah wujud institusi Sangha. Institusi Sangha ini ditubuhkan sebagai pusat pendidikan ilmu selain turut menyediakan ilmu dalam bidang perubatan, kaji bintang, budaya dan lain-lain. Ujian keagamaan Buddha akan dijalankan setiap tahun bagi mereka yang mahu mendalami ajaran Buddha dan kepada sesiapa yang ingin menjadi sami. Selain itu juga, dalam aspek kesusasteraan, terdapat kisah-kisah Buddha sewaktu hidupnya serta kegemilangan Buddha. Hal ini dibuktikan apabila Raja Luthai telah mengarang sebuah karya kosmologi Buddha yang berjudul Traiphum Phra Ruang ( The Three Worlds ). Karya ini akhirnya dijadikan contoh dan ikutan dalam banyak karya kesusasteraan yang lain lebih-lebih lagi jika melibatkan kesenian dan binaan. Selain itu, penemuan inskripsi yang datang pada tahun 1292 merupakan rekod tulisan pertama bagi masyarakat Thailand. Tambahan pula, semasa pemerintahan Raja Rama Khamhaeng, sistem tulisan berbentuk formal yang berasal dari Mon dan Khmer, dimana telah diperkenalkan dan selepas itu menjadi dasar yang utama kepada bahasa Thailand yang moden.[footnoteRef:24] [24: Arne Kislenko.2004. Culture And Customs of Thailand. London : Greenwood Press Westport Connecticut. halaman 10.]

Seterusnya, Sukhothai sememangnya merupakan pusat kepada kesenian Buddha dan kebudyaaan.[footnoteRef:25] Hal ini dapat dilihat apabila singgahsana Raja Rama Khamhaeng telah diubahsuai menjadi stupa Buddha dan kemudiannya dibentuk semula hingga menjadi Wat Mahathat ( The Monastery of Great Relics ). Di bangunan stupa inilah tertulisnya 500 Jataka iaitu cerita-cerita Buddha. Jataka sememangnya terkenal di kerajaan Sukhothai lagi dan merupakan tinggalan asas cirri-ciri kesusasteraan Thailand dan kesenian hingga kini.[footnoteRef:26] Jataka merupakan kisah yang berdasarkan Hindu yang diperolehi dari India itu sendiri. Jataka yang paling terkenal dan hebat pada masa ini dikenali sebagai Tosachet dan ia menggambarkan akan kewujudan Buddha di sini. [25: Robert Slagter and Harold R. Kerbo.2000. Modern Thailand ( A Volume in the Comparative Societies Series). The McGraw-Hill Componies.halaman 18.] [26: Arne Kislenko.2004. Culture And Customs of Thailand. London : Greenwood Press Westport Connecticut. halaman 44]

Agama Buddha juga turut mempengaruhi keseniaan dan pembinaan di Sukhothai. Pada masa ini kerajaan Sukhothai merupakan zaman yang terbaik dalam pembinaan acra atau patung ini. Kerajaan Sukhothai antara abad ke-13 hingga ke -15 merupakan masa yang menunjukkan wujudnya kesenian Thailand yang unik yang mana pertama kali diberi penekanan. Di Sukhothai, pembinaan arca merupakan salah satu simbol kepada kewujudan agama Buddha di situ. Pembinaan arca-arca Buddha ini tidak dibenarkan sama sekali untuk dimusnahkan. Arca arca yang terdapat semasa kerajaan Sukhothai ini mempunyai ukiran Buddha yang pelbagai saiznya iaitu daripada saiz yang paling kecil hinggalah kepada saiz yang paling besar dimana mencecah 160 kaki. Kedudukan arca ini juga dibina berdasarkan kepada prinsip-prinsip agama Buddha itu sendiri.Terdapat tiga jenis kedudukan arca-arca yang dibina ini. Antaranya ialah kedudukan arca Buddha yang biasa dilihat iaitu sedang duduk di atas singgahsana sambil kedua-dua kakinya berada di atas tanah. Kemudian, terdapat juga arca Buddha yang seolah-olah berjalan. Ini memberi gambaran yang menunjukkan hampir semua atau seluruhnya telah berjaya dikuasai semasa era zaman kerajaan Sukhothai. [footnoteRef:27] Selain itu juga, terdapat jenis arca yang berbaring dimana memberi gambaran kepada kehidupan yang terakhir di dunia sebelum menghadapi kematian. Perbezaan pembinaan arca-arca Buddha ini sebenarnya membawa maksud yang tersendiri. [27: Arne Kislenko.2004. Culture And Customs of Thailand. London : Greenwood Press Westport Connecticut. halaman 81.]

Walaubagaimanapun, masih terdapat arca atau patung ini yang merupakan arca agama Hindu. Hal ini dapat dilihat apabila terdapat arca Brahma, Siva dan lebih-lebih lagi arca Vishnu yang sangat banyak pada masa ini. Semasa pemerintahan Luthai, beliau telah membina kuilnya sendiri yang dikenali sebagai Mango Grove Monastrey yang mengandungi pelbagai imej Buddha dan Siva-Vishnu. Di sini memperlihatkan bahawa walaupun agama Hindu sudah tidak digunakan lagi namun masih terdapat tinggalan-tinggalannya.Biasanya, arca-arca ini kebanyakkannya diperbuat daripada batu, kayu, gading, gangsa dan sebagainya. Namun demikian, arca yang diperbuat gangsa paling banyak terdapat pada waktu ini. Pada zaman kerajaan Sukhothai, arca yang diperbuat daripada gangsa merupakan arca yang boleh dikatakan sangat bermutu pembuatannya. Arca Buddha yang terbaik pada zaman Sukhothai ini masih dapat dilihat sehingga sekarang yang mana arca ini telah ditempatkan di Sukhothai Historical Park di Thailand. Oleh itu, pembinaan arca-arca pada masa ini membuktikan bahawa telah wujud agama itu dan pembinaan arca ini sebagai satu simbol kepercayaan kepada agama Buddha.

KESIMPULANSecara kesimpulannya, kerajaan Sukhothai merupakan sebuah kerajaan yang sangat gemilang pada suatu ketika dahulu malah Sukhothai dikatakan sebagai sebuah kerajaan yang membawa kepada bermulanya kerajaan moden di Thailand. Kegemilangan Sukhothai ini dapat dilihat di bawah pemerintahan Raja Rama Khamhaeng di mana pada masa ini pengaruh agama Hindu-Buddha juga turut meninggalkan kesan yang besar kepada kerajaan Sukhothai. Pada waktu ini, pengaruh agama Buddha memainkan peranan yang penting berbanding agama Hindu terutamanya dalam sistem pemerintahan dan sosial kerajaan Sukhothai ketika itu. Hal ini seterusnya menyebabkan agama Buddha yang mempunyai pengaruh yang kuat itu telah dijadikan sebagai agama rasmi bagi kerajaan Thailand. Kini, agama Buddha-Theravada telah dianuti oleh 94 peratus rakyat Thailand.Kemasukan agama Buddha di kerajaan Sukhothai selepas kedatangan agama Hindu sememangnya telah membawa pelbagai perubahan yang besar terutamanya dari pelbagai aspek yang meliputi seni bina, kesenian, sistem tulisan, kesusasteraan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, agama Hindu turut mempunyai sumbangan dalam pemerintahan Sukhothai pada masa itu. Pembaharuan yang dilakukan pada ketika ini telah diteruskan oleh kerajaan-kerajaan selepas Sukhothai dimana lebih banyak lagi pembaharuan telah dilakukan bersesuaian dengan keadaan semasa dan kepentingannya kepada sesebuah negara . Kerajaan Sukhothai telah mengalami kelemahan apabila Raja Luthai telah meninggalkan takhtanya untuk menjadi sami Boddhisattwa dan memasuki Sangha pada tahun 1361. Hal ini seterusnya telah menyebabkan kejatuhan kerajaan Sukhothai dan membawa kepada pembentukan kerajaan yang seterusnya iaitu kerajaan Ayudhaya yang telah diasaskan oleh U-Thong atau Ramadhipati pada tahun 1350 hingga 1750.

BIBLIOGRAFI

Abdullah, A. R. (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.Darling, F. C. (1971). The Asia Pacific World Library. Asia Pacific Press Pte Ltd.Darusalam, G. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.Goodman, J. (1994). Budaya Serata Dunia, Thailand. Kuala Lumpur: Times Books International.Hall, D. (1987). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kislenko, A. (2004). Culture and Customs of Thailand. London: Greenwood Press.Robert Slagter, H. R. (2000). Modern Thailand ( A Volume in the Compurative Societies Series). The McGraw-Hill Componies.Unwin, A. &. (2000). Southeast Asia : An Introductory History. Milton Osborne.

10