assgmnt aqidah hbis2203_v2sept15 700210085725001.docx

20
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA TUGASAN __________________________________________________________________________________ HBIS2203_V2 AKIDAH SEMESTER SEPTEMBER 2015 ______________________________________________________________________ ____________ NO. MATRIKULASI : 700210085725001 NO. KAD PENGENALAN : 700210-08-5725 NO. TELEFON : 016-5490751 E-MEL : [email protected] 1

Upload: naushad-jeliang

Post on 13-Apr-2016

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ASSGMNT AQIDAH HBIS2203_v2SEPT15  700210085725001.docx

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

TUGASAN

__________________________________________________________________________________

HBIS2203_V2

AKIDAH

SEMESTER SEPTEMBER 2015

__________________________________________________________________________________

NO. MATRIKULASI : 700210085725001

NO. KAD PENGENALAN : 700210-08-5725

NO. TELEFON : 016-5490751

E-MEL : [email protected]

NAMA TUTOR : EN. MOHAMAD MAZUKI BIN ARIFFIN

PUSAT PEMBELAJARAN : PERAK LEARNING CENTRE ,IPOH.

1

Page 2: ASSGMNT AQIDAH HBIS2203_v2SEPT15  700210085725001.docx

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Pendahuluan 3

2 Pengertian &

Maksud Khurafat

3 - 4

3 Khurafat Sebagai Budaya Jahiliah 4

4 Jenis-jenis amalan khurafat 5 - 7

5 Pandangan Islam Terhadap Khurafat 7 - 8

6 Di antara faktor-faktor yang mendorong terjadinya khurâfat 8

7 Kesan-Kesan Negatif Daripada Kepercayaan Khurafat 9 - 10

8 Penjelasan Tentang Khurafat 10 -11

9 Akibat Mempercayai Atau Mengamalkan Perbuatan Khurafat 11 -12

10 Penutup 12

11 Bibliografi 13

2

Isi

Page 3: ASSGMNT AQIDAH HBIS2203_v2SEPT15  700210085725001.docx

1.0 Pendahuluan

Dalam kehidupan masyarakat kita pada masa kini umumnya terdapat banyak gejala

khurafat, ini adalah akibat dari kepercayaan orang kita yang terlalu mengagungkan istiadat

peninggalan orang terdahulu, tanpa merujuknnya secara mendalam di dalam Al-Quran dan As-

Sunnah serta para alim ulama’, kerana iman yang lemah serta sikap masyarakat yang inginkan

jalan mudah. Buktinya peribahasa yang berbunyi “Biar mati anak, jangan mati adat.”

Gejala khurafat ini terdidik semenjak kecil, contohnya di dalam adalah menjadi budaya

masyarakat kita dimana kanak-kanak sering ditakutkan dengan hantu pada malam jumaat,

sedangkan pada malam tersebut Allah s.w.t menurunkan rahmat untuk semua hamba-Nya pada

malam tersebut. Begitu juga anak-anak ditakutkan dengan hantu apabila tidak mendengar nasihat

ibu bapa.

Khurafat juga boleh berlaku secara tidak sengaja oleh pelakunya atau sebaliknya. Hal ini

boleh berlaku terhadap individu, kelompok dan istitusi masyarakat masa kini kerana lemahnya

mereka menolak perkara khurafat tertentu. Harus diingat kewajipan terhadap Allah s.w.t jauh

lebih utama dan besar dibandingkan dengan pelanggaran- pelanggaran lainya yang dilakukan

dengan sengaja atau pun tidak. Lazimnya perkara khurafat berlaku disebabkan oleh kejahilan

pengamalnya berkenaan perkara yang terpesong dari landasan yang benar.

2.0 Pengertian Khurafat

Perkataan khurafat ini berasal dari bahasa arab :

kharafa-yakhrifu-kharfan-khurafatan.

Dari pandangan bahasa Inggerisnya merujuk kepada

"superstition".

Khurafat adalah perkataan Arab yang di asaskan dari akar kata:

خرافات خرافة خرفDalam kamus al-Marbawi khurafat itu diberi makna cerita karut atau karut marut.

Di dalam al-Munjid disebut:

افسده اخرفة قسد خرف

3

Page 4: ASSGMNT AQIDAH HBIS2203_v2SEPT15  700210085725001.docx

المضحك الخرف حديث افة الخرAl-khurafat juga disebut sebagai مطلقا الباطل .percakapan yang tidak betul sama sekali الحديث

Istilah khurafat telah diterima pakai di dalam masyarakat Melayu dan pada umumnya diketahui

maksudnya kerana ianya semacam menjadi bahasa Melayu. Khurafat maksudnya kepercayaan

karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan berlakunya

baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian

alam yang berlaku dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala bencana atau

membawa tuah keberuntungan.

2.1 MAKSUD KHURAFAT

Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam

sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat

Di dalam kitab Addarul Nadid, halaman 179 ada disebut:

Yang bermaksud:

“Adapun apa yang diiktiqadkan oleh manusia dari dahulu hingga sekarang tentang adanya bagi

seekor burung atau ada hari-hari atau bulan-bulan yang boleh memberi kesan pada kebahagiaan

atau kecelakaan manusia. Semuanya itu adalah khurafat. Islam membatalkannya kerana jelas

bertentangan dengan tauhid”.

3.0 KHURAFAT SEBAGAI BUDAYA JAHILIAH

Masyarakat jahiliah adalah sebuah masyarakat yang banyak menghayati budaya khurafat. Di

antara khurafat mereka, mereka mempercayai kepada arah burung yang berterbangan memberi

kesan kepada nasib mereka. Orang-orang Arab jahiliah apabila hendak mengerjakan sesuatu

kerja atau sedang di perjalanan menuju sesuatu maksud tiba-tiba kedapatan burung yang

melintasi mereka, maka dikaitkan dengan suatu kepercayaan-kepercayaan tertentu. Malah

mereka meletak nama khusus pada keadaan burung yang melintasi mereka.

4

Page 5: ASSGMNT AQIDAH HBIS2203_v2SEPT15  700210085725001.docx

4.0 JENIS-JENIS KHURAFAT

Diantara jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu adalah seperti berikut;

1. Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat dengan

kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi bunga/Sintok limau

dan Mandi Safar.

Islam menganggap setiap orang itu ada qadar baiknya dan ada qadar buruknya dan sama sekali

tidak ada kesialan pada diri seseorang. Begitu juga cara untuk menghindari sesuatu musibah

adalah memohon kepada Allah yang menciptakan segala-galanya bukannya dengan amalan-

amalan buang sial.

2. Kepercayaan kepada hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di suatu tempat atau memberi

makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar niat tertentu.

Sesungguhnya Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental mengajak manusia agar

beriktikad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah SWT saja yang tidak ada

sekutu dengannya. Oleh itu tidak perlu menjamu kepada sesiapa kerana segalanya adalah

makhluk ciptaan Allah SWT yang amat lemah.

3. Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau tidak difahami

maksudnya.

Para ulama berbeza pendapat dalam masalah membaca jampi serapah yang bukan bersumber dari

al-Qur’an dan hadits kepada beberapa pandangan. Sebahagian mereka tidak mengharuskan sama

sekali sebarang jenis bacaan jampi jika bukan dari al-Qur’an mahupun hadits. Tetapi sebahagian

yang lain mengharuskan dengan syarat difahami maknanya dan tidak ada unsur-unsur yang

dilarang dalam agama di dalam bacaan jampi tersebut. Seperti : seruan kepada sesuatu, menghina

Allah, Nabi Muhammad SAW, ajaran Islam, memohon sesuatu kepada selain Allah SWT,

termasuk meminta keapad batu atau kayu dan sebagainya.

5. Mempercayai percakapan, ramalan dan tilikan dukun samada terhadap perkara yang telah lalu

atau di masa akan datang. Sebahagian daripada perkara yang haram, berdosa besar bahkan syirik

di dalam Islam ialah mempercayai tilikan dukun.

6. Memohon dengan percakapan atau ungkapan yang tidak ada asal usul suruhan dalam Islam

seperti kata-kata “Tabik Tok Nenek” ketika melalui sesuatu tempat atau “Minta simpang

Malaikat 44” ketika mengharapkan sesuatu yang tidak diingini.

5

Page 6: ASSGMNT AQIDAH HBIS2203_v2SEPT15  700210085725001.docx

7. Penggunaan tangkal di rumah atau dipakai di badan yang bukannya dari sesuatu yang tsabit

dalam agama serta tidak dijaga dari dibawa ke tempat-tempat yang bukan suci.

Pada kebiasaannya penggunaan tangkal akan menyebabkan seseorang bertumpu kepada tangkal

dan merasakan dirinya selamat selama tangkal itu berada dengannya. Maka sebab itulah Baginda

Nabi SAW melarang penggunaan tangkal.

8. Mengantung isim yang dipahat di logam tertentu dengan berbagai-bagai rajah dan tulisan yang

bukannya ayat al-Qur’an atau sesuatu yang warid dalam agama.

9. Bersahabat dan meminta pertolongan kepada Jin/Khadam/Masuk Tok Nenek dalam badan

(menurun).

Islam amat melarang umatnya bersahabat, meminta pertolongan dan apatah lagi berkahwin

dengan golongan jin yang kejadiannya, seleranya dan kehidupannya amat berbeza sama sekali

dengan manusia.

10. Mengamalkan ilmu pengasih

Ilmu pengasih atau ilmu yang didakwa dapat menawan hati seseorang samada dengan tujuan

baik, iaitu ingin bernikah, ataupun dengan tujuan yang jahat, iaitu ingin memperdaya seseorang

adalah haram di sisi agama. Ia termasuk dalam kelompok ilmu sihir, walaupun dengan

menggunakan ayat al-Qur’an yang ditokok tambahkan dengan kalimah-kalimah tertentu.

11. Perasapan kemenyan dengan tujuan supaya menghalau jin dan hantu di dalam rumah dan

menjemput malaikat datang ke rumah.

Amalan yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah perasapan kemenyan pada malam Jumaat.

Dengan alasan, agar rumahnya didatangi oleh para malaikat ataupun untuk menghindari

rumahnya dari dimasuki oleh iblis syaitan ataupun untuk menyepuh keris-keris atau sebarang

jenis senjata warisan dan sebagainya. Sebenarnya amalan-amalan seumpama ini adalah amalan

yang bersumberkan kepada ajaran agama Hindu dan jelas bercanggah dengan ajaran Islam

bahkan dapat mengundang kemudharatan kepada pelakunya.

13. Menganiaya atau menzalimi orang melalui sihir, santau dan pukau.

Tujuan mereka untuk menguji ilmu mereka, membantu orang lain yang bermusuhan dengan

seseorang, memintas perniagaan seseorang, mencuri atau ingin mengambil hak milik seseorang

bukan dengan secara hak. Kesemua itu zalim namanya yang sangat layak diancam dengan azab

yang amat pedih oleh Allah SWT.

15. Pemakaian susuk untuk mencantikkan muka dan badan atau lainnya.

6

Page 7: ASSGMNT AQIDAH HBIS2203_v2SEPT15  700210085725001.docx

Merubah sesuatu yang telah dijadikan oleh Allah SWT kepada manusia adalah haram. Seperti

firman Allah dalam Surah at-Tin, ayat 4 :-

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan

berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya)”.

bekerja berat. Jampi serapah serta amalan tertentu diperlukan untuk memasukkannya seperti

pemakaian susuk.

17. Menggunakan objek untuk menakuti jin.

Menggunakan sesuatu objek dengan alasan golongan jin akan takut kepada benda tersebut

ataupun bermain dengannya, seperti menabur beras kunyit di dalam rumah, menabur kacang

hijau atau lada hitam, menyembur air garam ataupun cuka di rumah, meletakkan sesuatu benda

yang berduri di dalam rumah.

5.0 PANDANGAN ISLAM TERHADAP KHURAFAT

Di dalam al-Quran al-Karim terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan dengan

Alllah sepenuhnya dan menolak kepercayaan terhadap yang selain-lainnya bagi mendapat

kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan kebaikan hanya Allah.

Yang menolak segala kejahatan hanya Allah. Kepadanya seluruh makhluk bergantung. Firman

Allah, surah al-Zumar, ayat 38: Yang bermaksud:

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang

musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab:

"Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang

kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu

bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah

hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi:

"Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya

berserah orang-orang yang mahu berserah diri".

7

Page 8: ASSGMNT AQIDAH HBIS2203_v2SEPT15  700210085725001.docx

“Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon kepadanya selain dari

Allah bahawa jika sekiranya Allah menghendaki ke atasku sesuatu kemudaratan, adakah mereka

itu boleh menghindari dari kemudaratan itu atau jika Allah menghendaki sesuatu rahmat itu

dianugerahkan kepadaku, apakah mereka itu boleh menahan rahmat itu. Katakanlah adalah

memadai Allah itu bagiku untuk segala-galanya. Kepadanya bertawakal semua orang yang

bertawakal”.

Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikan dan

kejahatan adalah dari Allah. Dia yang menyebabkan segala-galanya. Dia yang berkuasa atas

segala sesuatu, bukannya lintasan burung atau sebagainya yang terdapat dalam amalan-amalan

khurafat.

Yang bermaksud:

“Dari Abu Hurairah R.H. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “tidak ada jangkitan (yang

berlaku tanpa izin Allah), tidak ada buruk sangka pada sesuatu kejadian, tidak ada malang pada

burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai)”.

6.0 FAKTOR-FAKTOR TERJADINYA KHURAFAT

Di antara faktor-faktor yang mendorong terjadinya khurâfat ialah :

1. Mudah mempercayai benda-benda takhayul

2. Dangkalnya ilmu agama

3. Terpengaruh dengan kelebihan seseorang atau sesuatu benda

Penolakan Islam terhadap mental khurâfat

1. Kepercayaan dan amalan dalam Islam berdasarkan keyakinan bukan sangkaan (Dzan)

2. Tidak mengikut hawa nafsu dan emosi

3. Menolak taklid buta

4. Melarang kepada seorang muslim untuk menuruti pemimpin yang zalim

5. Menolak dakwaan tanpa bukti

8

Page 9: ASSGMNT AQIDAH HBIS2203_v2SEPT15  700210085725001.docx

7.0 KESAN-KESAN NEGATIF DARIPADA KEPERCAYAAN KHURAFAT

Kepercayaan khurafat boleh membawa kepada kesan negatif kepada seseorang manusia.

Khurafat boleh menjadikan seseorang itu berlaku syirik kepada Allah swt kerana mempercayai

sesuatu atau ada kuasa yang lain daripada Allah Taala yang mampu memberi pertolongan kepada

mereka. Ini menyebabkan seseorang itu terkongkong kerana pantang larang yang diamalkan serta

menyekat kebebasan berfikir yang mengakibatkan seseorang itu lemah dan mundur dalam segala

hal.

Bahkan mereka sanggup menghabiskan wang, tenaga dan membuang masa mereka dengan sia-

sia. Akhirnya perkara tersebut menyebabkan berlakunya huru hara dan perpecahan dalam

masyarakat kita. Orang Melayu pada dasarnya kaya dengan warisan pantang larang yang

sebahagiannya jelas bertentangan hukum syarak seperti anak gadis dilarang menyapu pada waktu

malam dikhuatiri menjadi andartu, tidak boleh keluar rumah ketika gagak berbunyi dan adat

melenggang perut.

Itulah antara kepercayaan serta amalan khurafat yang masih wujud dan berakar umbi dalam

setiap sendi masyarakat Islam. Justeru, Islam sebagai agama menitik beratkan aspek akidah dan

syariah menjelaskan bahawa segala amalan, adat, kepercayaan, perkataan dan perbuatan tidak

berdasarkan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan Qias dilarang sama sekali.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara

dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan

itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala)."  (Hadis

riwayat Bukhari dan Muslim)

Selain itu, kepercayaan kepada sial juga menjejaskan akidah seseorang dan Rasulullah SAW

melarang keras perbuatan itu melalui sabdanya yang bermaksud:"Bukan dari golongan kami

sesiapa yang berasa sial atau meminta diramalkan kesialannya, ditenung nasib atau minta

ditenung nasibkan, menyihir atau minta disihirkan."  (Hadis riwayat Tabrani)

Oleh demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk memelihara kesucian

akidahnya, kepercayaannya, perkataannya, perbuatannya daripada amalan khurafat yang

menyesatkan. Ilmu akidah Islam adalah perisai utama yang boleh menyelamatkan seseorang

9

Page 10: ASSGMNT AQIDAH HBIS2203_v2SEPT15  700210085725001.docx

Muslim daripada lembah kesesatan dan seterusnya memimpinnya ke arah keredaan Ilahi dan

kesejahteraan hidup dunia akhirat.

Islam melarang keras sebarang amalan khurafat sama ada melalui perkataan, perbuatan, adat

mahu pun kepercayaan yang tidak selari dengan konsep akidah Islam. Amalan khurafat boleh

membawa kepada syirik yang sudah tentu menjejaskan akidah seseorang Muslim selain hanya

mengakibatkan dosa yang tidak terampun di sisi Allah

Untuk membenteras dan menghalang dari berlakunya kepercayaan khurafat di kalangan

masyarakat hari ini usaha-usaha da’wah dan penerangan kepada semua peringkat umat Islam

perlu dilaksanakan dengan lebih meluas lagi. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah

mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang melakukan perkara khurafat iaitu dengan

mengenakan hukuman yang berat serta menghapuskan tempat-tempat yang menjadi tempat

pemujaan mereka seperti bina-binaan di atas kubur yang dianggap keramat.

Biar mati anak jangan mati adat. Itulah pepatah sering digunakan nenek atau emak kita apabila

berbicara mengenai sesuatu perkara melibatkan adat diamalkan. Bagi masyarakat Melayu, adat

menjadi antara pegangan hidup mereka sehingga sanggup mengetepikan darah daging daripada

adat.

Adat sebenarnya tidaklah salah diamalkan, tetapi janganlah sehingga perkara karut mengarut dan

lari daripada landasan agama mahu terus diamalkan. Jika diteruskan juga amalan dan

kepercayaan itu boleh jatuh kepada khurafat serta syirik.

8.0 PENJELASAN TENTANG KHURAFAT

Dr.Engku Ahmad Zaki Engku Alwi menyebut akidah Islam adalah antara cabang ilmu Islam

yang penting dalam kehidupan setiap umat kerana ia berkaitan keimanan dan kepercayaan

kepada Allah. Malah, ilmu akidah, ilmu fardu ain yang wajib dituntut dan dipelajari.

Biarpun konsep akidah Islam mudah difahami dan dihayati, masih ramai umat Islam terpengaruh

dengan kepercayaan khurafat yang karut-marut yang diwarisi turun-temurun daripada nenek

moyang terdahulu. Pada hal, amalan khurafat adalah bertentangan dengan akidah Islam sekali

10

Page 11: ASSGMNT AQIDAH HBIS2203_v2SEPT15  700210085725001.docx

gus menjejaskan iman seseorang atau menyebabkan syirik kepada Allah, iaitu salah satu dosa

yang tidak diampuni Allah.

Oleh demikian, setiap Muslim wajib berhati-hati ketika menelusuri pentas kehidupan global

supaya tidak mudah terjerumus ke kancah khurafat dengan memperkukuhkan ilmu akidah di

samping mengenal pasti ciri amalan khurafat.

9.0 AKIBAT MEMPERCAYAI ATAU MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT.

Gejala khurafat boleh menyeleweng akidah seorang invidu muslim dengan mengalihkan

pergantungan manusia daripada Khalik (Pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Hal ini

ditegaskan boleh menjatuhkan kepada seorang individu muslim kepada syirik kerana apabila kita

merujuk kepada Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada

Allah s.w.t dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya sama ada bagi mendapat kebaikan

atau menolak keburukan. Yang memberikan kenikmatan dan keyakinan hanya Allah s.w.t.

kepada- Nya seluruh makhluk bergantung. Firman Allah :

“Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon kepadanya selain

daripada Allah bahawa jika sekiranya Allah mengkehnedaki ke atas kamu sesuatu kemudaratan

adakah mereka itu boleh menghindari dari kemudaratan itu. Atau jika Allah mengkehendaki

sesuatu rahmat itu dianugerahkan kepada ku adakah mereka itu boleh menahan rahmat itu.

Katakanlah adalah memadai Allah itu bagiku untuk segala-galanya.

 10.0 PENUTUP

Bagi memudahkan masyarakat untuk menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad

s.a.w.Dengan itu terwarislah elemen-elemen fahaman animisme dan Hindu-Buddha yang

terdapat di dalam adat masyarakat kita lantas bercampur-aduk dengan ajaranIslam sehingga ke

hari ini dan tidak dihapuskan. Contohnya persembahan dan jamuan kepada roh diubah kepada

kenduri tahlil dan makan bersama, adat membakar kemenyan dan becaan mentera kepada roh-

roh selepas mati diubah kepada upacara tahlil serta dia dengan nada yang panjang dan

sedih.Pengekalan tradisi campur-aduk seumpama inilah yang menjadikan ajaran Islam yang

dihayati dan diamalkan oleh sebahagian umat Islam di seluruh dunia,termasuk di negara kita,

menjadi tercemar dan tidak murni.Perlu diingatkan bahawa satu sikap yang amat terlarang

11

Page 12: ASSGMNT AQIDAH HBIS2203_v2SEPT15  700210085725001.docx

menurut hukum Islam ialah sikap meminta-minta pelbagai jenis hajat daripada makhluk jin

walaupun yang diseru itu datangnya daripada golongan jin Islam yang sahih. Perkara ini dilihat

sebagai bermasalah dari segi pandangan Islam yang murni kerana ia memesongkah akidah yang

menyeru pemusatan kepada Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi jika makhluk tersebut dari golongan jin

kafir. Firman Allah :

"Dan bahawa sesungguhnya adalah ( amat salah perbuatan ) beberapa orang daripada manusia, menjaga dan

melindungi dirinya dengan meminta pertolongankepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan

permintaan itu mereka menjadikangolongan jin bertambah sombong dan jahat."

( Surah Al-Jin : Ayat 6)

Di samping itu segenap kesempatan yang terbuka, perlu pula bersifat proaktif untuk mewujudkan

pelbagai kesempatan, yang dipergunakan sepenuhnya untuk menyalurkan mesej dakwah dalam

usaha yang berterusan dan tidak kenal penat dan jemu. Mudah-mudahan kita akan dapat juga

nantinya menyelamatkan ahli masyarakat kita dari menjadi mangsa virus khurafat yang cukup

bahaya ini, Insya-Allah!

12

Page 13: ASSGMNT AQIDAH HBIS2203_v2SEPT15  700210085725001.docx

11.0 RUJUKAN

Ensiklopedia Islam, 1998. Malaysian Encyclopedia Research Centre.Kamus Dewan Edisi Ke

Empat, 2007.

Al-Qaradawi, Y. (1994). Mauqif al-Islam min Ilham wa al-Kashaf, wa al-Ruqya, wa al-Tamaim,

wa al-kuhanah wa ruqa. Kaherah, Mesir: Maktabah Wahbah.

Alwi, E. A. (2007). Ajaran Sesat, Mengenali Jalan Yang Terpesong. Batu Caves, Selangor: PTS

Islamika.

Fadzli Adam, Firdaus Khairi, Wan Ibrahim. (2010). Bidaah Dalalah: Konsep DanPengamalannya

Dalam Masyarakat Melayu. Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 13 (Jun) , 103-114.

https://dakwahwanita.wordpress.com/kepercayaan.../2-punca-khurafat/

Muhammad Jusoh, Abdullah Mat. (1983). Ajaran Crypto. Jurnal MASA, Pusat Penyelidikan

Islam Malaysia , 1-10.

Saliba, (1981): "al-khurafah"; dan Ensiklopedia Hukum Islam 1997. 

Sinarharian. (2013, Mac 24). Sinar Harian. Retrieved Mac 23, 2013, from Sinar Harian

http://www.sinarharian.com.my.

www.ukm.my/rsde/wp.../11/18-Dakwah_Bidah_Dakwahetnhnicity.pdf

Yusof, M. S. (2008). Bid'ah: Kekeliruan Agama dan Adat. Kuala Terengganu: Yayasan Islam

Terengganu.

13

Page 14: ASSGMNT AQIDAH HBIS2203_v2SEPT15  700210085725001.docx

14