aqidah islam

21
Mempercayai kewujudan malaikat Mengenali nama dan tugas malaikat Hikmah beriman kepada malaikat Memahami tujuan kita diturunkan Keistimewaan al-Quran 1 MODUL AQIDAH KBD

Upload: aoife

Post on 21-Jan-2016

80 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

AQIDAH ISLAM. Mempercayai kewujudan malaikat Mengenali nama dan tugas malaikat Hikmah beriman kepada malaikat Memahami tujuan kita diturunkan Keistimewaan al-Quran. OBJEKTIF PENGAJARAN. Dapat menyatakan nama dan tugasan malaikat Dapat menyatakan hikmah beriman kepada malaikat - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: AQIDAH ISLAM

•Mempercayai kewujudan malaikat•Mengenali nama dan tugas malaikat•Hikmah beriman kepada malaikat•Memahami tujuan kita diturunkan

•Keistimewaan al-Quran

1MODUL AQIDAH KBD

Page 2: AQIDAH ISLAM

1. Dapat menyatakan nama dan tugasan malaikat

2. Dapat menyatakan hikmah beriman kepada malaikat

3. Dapat menyatakan kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah

4. Dapat menyatakan perbezaan antara al-Quran dengan kitab yang lain

2MODUL AQIDAH KBD

Page 3: AQIDAH ISLAM

Mempercayai bahawa Allah telah menjadikan suatu makhluk daripada nur (cahaya) yang tidak dapat dilihat dengan mata.

Sifat dan tugasan malaikat tidak sama dengan manusia.

Tiada jantina.Tidak makan atau tidurMempunyai tugas tertentu untuk mengatur

ketertiban alam.Taat dan tidak pernah meninggalkan perintah

dan suruhan Allah3MODUL AQIDAH KBD

CONTOH?

Page 4: AQIDAH ISLAM

Firman Allah :

“Sebenarnya malaikat-malaikat itu ialah hamba-hamba yang dimuliakan. Mereka tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintahNya.”

(al-Anbiya’ : 26-27)

Sabda Rasulullah SAW:“Para malaikat telah dicipta dari cahaya dan jin pula dicipta dari api yang menjulat.” (HR Muslim) 4MODUL AQIDAH KBD

Page 5: AQIDAH ISLAM

JIBRIL : disebut ‘Ruhul Amin’ atau ‘Ruhul Qudus’ Tugasan: Menyamapaikan wahyu kepada para

rasul dan merupakan utusan Allah kepada para nabi

MIKAIL Tugasan: Membahagikan rezeki kepada makhluk dan mengatur alam

ISRAFILTugasan: Meniup sangkakala pada hari kiamat

MODUL AQIDAH KBD 5

Page 6: AQIDAH ISLAM

IZRAILTugasan : Mencabut nyawa seluruh makhluk

MUNKAR dan NAKIRTugasan: Menyoal mayat di dalam kubur

RAQIB dan ‘ATIDTugasan: Mencatat amal perbuatan manusia di dunia

MALIK (ZABANIYAH)Tugasan: Menjaga neraka

MODUL AQIDAH KBD 6

Page 7: AQIDAH ISLAM

RIDWANTugasan: Menjaga Syurga

HAFAZAHTugasan: Menjaga manusia semasa dalam perjalanan, ketika jaga dan tidur dan pada sebarang keadaan

MODUL AQIDAH KBD 7

CONTOH?

Page 8: AQIDAH ISLAM

Alam Jasmani :Alam yang dapat di alami dengan pancaindera; ada yang boleh dilihat, diraba, dibau dan didengar.

Alam Rohani :Alam yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera.

MODUL AQIDAH KBD 8

CONTOH?

CONTOH?

Page 9: AQIDAH ISLAM

Dalil mengenai alam rohani :

Firman Allah :

“Bahawasanya para malaikat itu tidak pernah derhaka terhadap apa yang diperintahkan oelh Allah, serta mereka mengerjakan dengan taat segala apa yang diperintahkan oleh Alalh kepadanya.”

(al-Tahrim : 6)MODUL AQIDAH KBD 9

Page 10: AQIDAH ISLAM

Mencontohi kepatuhan malaikat kepada Allah menerusi kejujuran dan disiplinnya dalam melaksanakan tugasan yang diberikan

Kita selalu berusaha ke arah kebaikan dan menjauhi laranganNya kerana semua amal perbuatan kita dicatit oleh malaikat

Kita dapat terhindar dari kepercayaan tidak benar, keraguan dan khurafat yang bersangkutan dengan malaikat yang ditimbulkan manusia yang tidak beriman.

10MODUL AQIDAH KBD

Page 11: AQIDAH ISLAM

Menyedari bahawa jika manusia keseluruhannya enggan beriman kepada Allah, tetap ada makhlukNya yang sentiasa beribadah, bertasbih dan memujiNya tanpa jemu.

Menunjukkan kekuasaan Alalh mencipta setaat-taat makhluk seperti para malaikat dan juga sejahat-jahat makhluk seperti iblis yang dilaknati Allah.

11MODUL AQIDAH KBD

Page 12: AQIDAH ISLAM

PENGERTIAN KITAB :

1) Percaya sepenuh hati bahawa Allah telah menurunkan kitab suci kepada para Rasul. 2)Wahyu-wahyu Allah yang diturunkan kepada para Rasul lalu dibukukan menjadi kitab suci3) Kitab-kita suci yang diturunkan banyak dan hanya Allah yang Mengetahui4) Kitab yang wajib diketahui hanyalah empat sahaja

MODUL AQIDAH KBD 12

Page 13: AQIDAH ISLAM

KITAB TAURAT- Diturunkan kepada Nabi Musa a.s- Isinya : mengenai hukum syarak dan keimanan atau akidah yang menjelaskan kedatangan Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.Firman Allah:“Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah. Oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitan Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya.” (al-Maaidah : 44)

MODUL AQIDAH KBD 13

Page 14: AQIDAH ISLAM

KITAB ZABUR- Diturunkan kepada Nabi Dawud a.s.- Isinya: mengenai doa, zikir, nasihat dan berbagai hikmah. Adapun mengenai syariat dan keimanan, Nabi Dawud dan umatnya disuruh mengikuti syariat Nabi Musa a.s

Firman Allah :“Dan Kami berikan Zabur kepada

Dawud.”(al-Israa’ : 55)

MODUL AQIDAH KBD 14

Page 15: AQIDAH ISLAM

KITAB INJIL- Diturunkan kepada Nabi Isa a.s.- Isinya: mengenai tauhid kepada Allah, berita kemunculan Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w . Menyempurnakan kitab Taurat

Firman Allah :“Dan Kami iringkan jejak mereka (nabi-nabi Bani Israil) dengan Isa putera Maryam, membenarkan kitab yang sebelumnya, iaitu kitab Taurat, dan Kami telah memberikan kepadanya Kitab Injil sedang didalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), dan membenarkan kitab sebelumnya, iaitu kitab Taurat.Dan menjadi petunjuk serta pengajaran untuk orang-orang yang bertakwa.” (al-Maaidah : 46)MODUL AQIDAH KBD 15

Page 16: AQIDAH ISLAM

AL-QURAN- Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.- Isinya : menyempurnakan semua kitab-kitab yang terdahulu, sehingga menjadi kitab yang sempurna dan cukup menjadi pedoman bagi manusia hingga akhir zaman.Firman Allah:“Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa kenbenaran, membenarkan apa yang sebelumnya iatu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan al-Quran adalah ukuran untuk menentukan kebenaran terhadap kitab-kitab yang lain itu.”

(al-Maaidah : 48)MODUL AQIDAH KBD 16

Page 17: AQIDAH ISLAM

Kebaikan dan manfaat diturunkan kitab suci untuk manusia ialah:

1)Manusia mempunyai pedoman hidup yang pasti dan jelas

2)Manusia menyembah Allah, mentaati perintah-perintah Alalh dan menjauhi segala larangan Allah

3)Manusia mengetahui ada kehidupan yang lebih kekal. Perhitungan amal perbuatan manusia adalah penentu keberadaan di syurga atau neraka

4)Mendorong manusia berbuat kebaikan dan menjauhi kejahatan

5)Mengharap keredhaan Allah dari kemewahan dunia

MODUL AQIDAH KBD 17

Page 18: AQIDAH ISLAM

Yang terakhir diturunkanDitujukan kepada sekelian manusia tanpa

mengira bangsa atau bahasaMenjadi pedoman bagi seluruh manusia

hingga hari kiamatTidak akan diganti atau diubahMukjizat Nabi Muhammad yang terbesarManusia tidak mampu menandingi ayat-ayat

al-Quran sekalipun mereka bekerjasama

MODUL AQIDAH KBD 18

Page 19: AQIDAH ISLAM

Dalam kehidupan seharian manusia :Al-Quran adalah pedoman dan dasar hukum bagi manusia mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

1) Mengenai hukum ibadah2) Mengenai hukum jual beli dan hutang piutang3) Mengenai pernikahan4) Hubungan internasional

MODUL AQIDAH KBD 19

CONTOH?

Page 20: AQIDAH ISLAM

Menunjukkan hukum dan aturan hidup dan kehidupan manusia sesuai dengan peranannya sebagai pedoman dan dasar hukum terutama bagi umat Islam.

Firman Allah :“Sungguh Kami telah menurunkan al-Kitab (al-Quran) kepadamu mengandung kebenaran, agar kamu mengadili di antara manusia dengan hukum yang telah diwahyukan kepadamu, dan janganlah kamu membela orang-orang yang khianat.”

(al-Nisa’ : 105)

MODUL AQIDAH KBD 20

Page 21: AQIDAH ISLAM

Sebutkan nama dan tugasan para malaikat yang wajib kita ketahui?

Apakah hikmah beriman kepada malaikat?

Apakah pengertian beriman dengan kitab?

Apakah keistimewaan al-Quran?

21MODUL AQIDAH KBD