assgment group1

9
Antara ciri-ciri yang perlu ada dalam usahawan adalah : Penyelesaian Masalah Definisi : Penyelesaian Masalah boleh didefinisikan sebagai satu proses kognitif di mana maklumat digunakan sebagai usaha mencari cara-cara yang sesuai bagi mencapai sesuatu matlamat. Huraian: Sebagai seorang manusia sudah tentu akan menghadapi pelbagai masalah. Ini kerana masalah telah menjadi salah satu asam garam kehidupan. Selagi kita masih bernyawa dan bernafas, kita tetap akan menghadapi masalah. Oleh itu kita harus bijak dalam menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. Begitu juga di dalam perniagaan. Menjalankan sesuatu perniagaan diibaratkan sebagai menghadapi sesuatu perjuangan untuk mendapat keuntungan bagi menyara kehidupan atau mencari kekayaan. Apabila anda menghadapi perjuangan sudah tentu anda akan menghadapi pelbagai masalah sama ada masalah kewangan, pemasaran, pengurusan atau pengeluaran. Oleh itu sebagai seorang usahawan anda tidak boleh lari dari pelbagai masalah. Ramai usahawan yang tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah, telah berputus asa dan menutup operasi

Upload: mohd-azim

Post on 02-Oct-2015

228 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

ASSGMENT

TRANSCRIPT

Antara ciri-ciri yang perlu ada dalam usahawan adalah : Penyelesaian MasalahDefinisi : Penyelesaian Masalah boleh didefinisikan sebagai satu proses kognitif di mana maklumat digunakan sebagai usaha mencari cara-cara yang sesuai bagi mencapai sesuatu matlamat.

Huraian: Sebagai seorang manusia sudah tentu akan menghadapi pelbagai masalah. Ini kerana masalah telah menjadi salah satu asam garam kehidupan. Selagi kita masih bernyawa dan bernafas, kita tetap akan menghadapi masalah. Oleh itu kita harus bijak dalam menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. Begitu juga di dalam perniagaan. Menjalankan sesuatu perniagaan diibaratkan sebagai menghadapi sesuatu perjuangan untuk mendapat keuntungan bagi menyara kehidupan atau mencari kekayaan. Apabila anda menghadapi perjuangan sudah tentu anda akan menghadapi pelbagai masalah sama ada masalah kewangan, pemasaran, pengurusan atau pengeluaran. Oleh itu sebagai seorang usahawan anda tidak boleh lari dari pelbagai masalah. Ramai usahawan yang tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah, telah berputus asa dan menutup operasi perniagaan mereka. Ini kerana mereka menganggap masalah adalah sesuatu malapetaka yang menimpa perniagaan mereka. Sebenarnya ramai usahawan terutama usahawan Bumiputera tidak mengetahui disebalik sesuatu masalah terdapat pelbagai peluang. Kerana dari sesuatu masalah maka kita akan mendapat peluang perniagaan. Sebagai contoh jika kita menghadapi sesuatu masalah untuk mencari pelanggan, jika kita dapat menyelesaikan masalah tersebut, bukan sahaja kita berjaya menyelesaikan masalah tersebut dengan mendapat pelanggan bahkan kita akan mendapat peluang-peluang perniagaan lain. Ramai usahawan Bumiputera yang menyalahkan orang lain apabila menghadapi sesuatu masalah perniagaan. Sebagai contoh, jika membuka restoran dan jika restoran mereka tidak dikunjungi orang, mereka menyalahkan orang lain yang dikatakan dengki dengan mereka. Tetapi disebaliknya mereka tidak mengkaji apakah punca masalahnya. Adakah layanan mereka memuaskan, atau adakah resepi makanannya diterima oleh semua pelanggan atau adakah mereka merekod segala aliran wang tunai dan bermacam-macam lagi. Oleh itu jika anda menghadapai sesuatu masalah, jangan berputus asa. Cuba selesaikan masalah tersebut dengan menggunakan teknik-teknik yang akan diterangkan di dalam artikel ini.

1. CATITKAN MASALAH ANDA PADA KERTAS Perkara yang paling penting yang harus diambil kira apabila menyelesaikan sesuatu masalah ialah segala masalah dan jalan penyelesainya hendaklah dicatat pada sehelai kertas. Ini kerana dengan mencatit masalah anda pada sehelai kertas, anda akan dapat memahami dan keterangan yang lebih jelas mengenai masalah anda. Dengan mencatat segala masalah pada sehelai kertas juga , mental anda akan berfungsi mengeluarkan segala jalan penyelesaiannya.

2. MENGENALI DAN MENGANALISIS MASALAH Sebelum anda cuba menyelesaikan sesuatu masalah, anda harus mengenali atau menganalisis masalah tersebut terlebih dahulu. Ini kerana kadang-kadang disebalik sesuatu masalah terdapat beberapa peluang dan kadang-kadang sesuatu masalah yang kita katakan masalah bukannya berupa masalah. Untuk mengenali atau menyelesaikan sesuatu masalah, pecah-pecahkan masalah tersebut kepada beberapa bahagian atau masalah yang kecil. Sebagai contoh katakan anda mempunyai masalah untuk memasarkan sesuatu produk yang baru. Masalah memasarkan produk baru adalah masalah induk, di sebaliknya terdapat pelbagai masalah lagi di antaranya ialah: Masalah produk tidak mempunyai citarasa pelanggan. Masalah produk tersebut tidak mendapat promosi yang mencukupi. Masalah harga produk tersebut terlalu tinggi. Masalah cara pengedaran produk tersebut tidak berkesan. Masalah pembungkusan produk tersebut tidak menarik dan beberapa masalah lagi. Selepas anda menganalisis masalah tersebut atau membahagikan masalah tersebut kepada beberapa masalah yang berkaitan dengannya, maka barulah anda mencari jalan bagaimana hendak menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Sebagai contoh lagi, ramai usahawan menghadapi masalah kewangan untuk modal pusingan. Kadang-kadang masalah kewangan tersebut berkaitan dengan masalah lain. Jika anda dapat menyelesaikan masalah yang lain tersebut anda akan dapat menyelesaikan masalah kewangan.

3. FIKIRKAN JALAN PENYELESAIANNYA Selepas anda membahagikan masalah tersebut kepada beberapa masalah-masalah kecil yang berkaitan denganya, selesaikan satu persatu masalah-masalah kecil tersebut dengan membuat andaian jika sesuatu masalah tersebut: Digunakan cara lain: Sebagai contoh fikirkan apa akan terjadi jika produk atau perkhidmatan tersebut digunakan dengan cara lain. Diubahsuaikan: Apa akan terjadi jika produk atau perkhidmatan tersebut diubahsuaikan. Ditambah: Apa akan terjadi jika produk atau perkhidmatan tersebut ditambah bahannya, ditambah warnanya, ditambah bentuknya, ditambah iklan dan sebagainya.

Dikurangkan: Apa akan terjadi jika sesuatu produk atau perkhidmatan dikurangkan bahannya, warnanya, bentuknya, perbelanjaannya, dikurangkan pekerja dan sebagainya. Diganti: Apa akan terjadi jika cara membuatnya diganti dengan cara lain, diganti bahannya, diganti warnanya, diganti suaranya, digantikan dengan pekerja baru dan sebagainya. Disusun semula: Apa akan terjadi jika produk atau perkhidmatan tersebut disusun semula cara penggunaannya, bahannya, peraturannya, kedudukan dan sebagainya. Diterbalikkan: Fikirkan apa akan terjadi jika cara penggunaan produk atau sesuatu perkhidmatan diterbalikkan. Jalan penyelesainya diterbalikkan. Dicantumkan: Apa akan terjadi jika sesuatu bahan produk tersebut dicantumkan dengan bahan lain, dan lihat kesannya sama ada positif atau negatif .

4. BUAT RUMUSAN Selepas anda membuat pelbagai andaian untuk menyelesaikan masalah anda mengikut senarai tersebut di atas, buat satu rumusan jalan penyelesainya. Catitkan rumusannya di kertas. 5. MENGAMBIL TINDAKAN Ambil tindakan segera ke atas rumusan jalan penyelesaian masalah tersebut.Contoh kisah usahawan yang pernah mempunyai masalah:

Tan Sri Syed Mokhtar Bahari dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Beliau lahir dalam keluarga yang besar dan hidup serba kekurangan. Rumah yang didiami sangat usang dan tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Tan Sri Syed Mokhtar tidak mendapat pendidikan yang tinggi, dan mendapat ilmunya melalui pengalaman yang diperolehnya dalam menjalankan perniagaan sejak kecil lagi. Beliau membantu ibunya menanam sayur-sayuran, menjual sayurannya di pasar dan menjual roti canai di pasar yang sama. Beliau juga turut menggembala haiwan peliharaan bapanya semata-mata untuk membantu menampung perbelanjaan keluarganya. Terlalu banyak cabaran yang beliau hadapi antaranya apabila pada tahun 1970-an perniagaan haiwan ternakannya mengalami kemerosotan akibat wabak kaki dan mulut. Ia memberikan kesan yang sangat buruk kepadanya sehingga beliau mengambil keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan dengan membeli daging yang tidak terjual di pasar, membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar.

Kesimpulannya:

Kisah hidup Tan Sri Syed Mokhtar Bahari boleh dijadikan contoh dan semangat dalam dunia perniagaan. Walaupun pada mulanya datang dari keluarga yang susah, tp beliau tidak pernah merungut dan sentiasa ikhtiar mencari rezeki. Selain itu, perniagaannya juga pernah mengalami kejatuhan kerana haiwan ternakan dijangkiti penyakit wabak kaki dan mulut tetapi beliau seorang yang cekal kerana tetap berusaha meneruskannya dengan mencari alternatif lain iaitu menjual daging secara kecil-kecilan. Beliau juga sangat bijak kerana mengubah strategi perniagan dengan cepat serta sentiasa berusaha untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Ini menunjukkan sebesar mana masalah yang dihadapi, pasti ada jalan penyelesaiannya. Jangan mudah mengalah dan putus asa tetapi bangunlah dari kekecewaan tersebut. Dalam perniagaan, naik dan turun adalah perkara biasa. Kadang - kadang kita di bawah kadang - kadang kita berada di atas. Walau apa pun masalah atau halangan yang terjadi, kita harus memikirkan cara untuk mengatasinya dan jangan mudah melenting atau lari dari masalah. Jika pernah gagal dalam sesuatu perniagaan, kaji semula puncanya, kesan masalah tersebut, jalan untuk mengatasinya dan buat keputusan terbaik yang dapat memberikan kebaikan dalam kehidupan kita untuk jangka masa panjang.