assg e forum 1

8
PPG PJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014 KRB 3013: PRINSIP PENGAJARAN BACAAN TAJUK ESEI ILMIAH DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK MOHAMAD NASIR B MAT ALIN D20112052444 PUSAT PEMBELAJARAN: EL-_________ NAMA TUTOR E-LEARNING : En. Azli bin Ariffin TUGASAN E-FORUM 1 PEMARKAHAN

Upload: nasir-alin

Post on 20-Jan-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nasir_alin

TRANSCRIPT

Page 1: assg e forum 1

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPG PJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014

KRB 3013: PRINSIP PENGAJARAN BACAAN

TAJUK ESEI ILMIAH

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

MOHAMAD NASIR B MAT ALIN D20112052444

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-_________

NAMA TUTOR E-LEARNING : En. Azli bin Ariffin

TARIKH SERAH: 24 April 2014

TUGASAN E-FORUM 1

PEMARKAHAN

Page 2: assg e forum 1

[ ]

1. E-Forum 1

Bincangkan teori dan prinsip pembelajaran membaca dengan mengaitkan peranan anda

sebagai guru di sekolah.

1.1

Title Message Date posted Full Name

E-FORUM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Membaca adalah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana membaca melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.Menurut Leferre (1973), membaca merupakan satu proses yang berkait rapat dengan bahasa, iaitu membaca sebagai a language related process. Menurut Cohen (1990), membaca memerlukan kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk memahami makna daripada teks yang bercetak.

Dalam kemahiran membaca terdapat beberapa teori membaca yang digunakan bagi membantu pembaca dalam memahami proses pembacaan. Teori membaca ini terbahagi kepada tiga teori iaitu :

1. Teori membaca secara automatik2. Teori memindahkan maklumat3. Teori kecekapan verbal

Teori membaca secara automatik

25 Mar 2014

11:43:45 PM

MOHAMAD NASIR BIN MAT ALIN

Page 3: assg e forum 1

[ ]

diperkenalkan oleh La Berger dan Samuel (1974). Dalam teori ini menganggap bahawa akan wujudnya perkembangan dalam penguasaan kemahiran membaca sekiranya pembacaan dilakukan secara automatik. Teori membaca ini berbeza di antara proses bersifat automatik dengan proses kawalan ketika membaca. Melalui latihan membaca, pembaca akan mudah untuk mengenal huruf dan seterusnya dapat menguasai setiap perkataan secara automatik. Di samping itu, teori membaca secara automatik ini turut meramalkan akan wujud hubungan yang positif di antara kemahiran pemahaman membaca teks secara automatik dengan latihan yang telah dijalankan. Pembaca yang mempunyai lebih kemahiran membaca secara automatik akan berupaya dalam mengawal teks serta mempunyai lebih sumber dan lebih memahami teks yang dibaca. 

Teori memindahkan maklumat turut diperkenalkan oleh La Berge dan Samuel (1985) dan Gough (1985). Teori ini menyatakan bahawa aktiviti membaca merupakan satu proses pemindahan maklumat daripada bahan bacaan kepada minda kita. Selain itu, tokoh-tokoh ini juga turut memberi andaian bahawa aktiviti membaca adalah proses dalam mengenal huruf demi huruf dan perkataan demi perkataan di samping aktiviti membaca dilakukan bertujuan membentuk peningkatan dalam kebolehan pembaca memindahkan maklumat daripada teks yang telah dibaca. 

Teori Kecekapan Verbal telah diperkenalkan oleh Perfetti (1985, 1988). Teori ini lebih menekankan kepada kemahiran membaca dengan meluaskan proses pembacaan dengan mentafsir kod bacaan. Selain daripada membuat bacaan secara automatik untuk menguasai bahasa, aspek lain seperti penggunaan anafora dalam teks, membuat cadangan atau kenyataan secara bersepadu, aktiviti yang berkaitan dengan ingatan dan strategi meta kognitif yang digunakan. Berdasarkan teori verbal, setiap pembaca akan mempunyai profil yang tersendiri bagi mengusai pembacaan secara

Page 4: assg e forum 1

[ ]

verbal. Dalam teori ini turut memberi penjelasan berkaitan pemahaman terhadap bahan bacaan dan bagi pembaca yang tidak cekap akan lebih mudah lupa akan perkara yang sudah dibacanya. Mereka yang tidak cekap dalam pembacaan ini disebabkan oleh kekurangan pengetahuan terhadap teks yang dibaca dan keadaan ini sekali gus akan menyebabkan mereka sukar untuk memahami apa yang dibaca.

Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan kefahaman kepada pihak pembaca dan tidak memadai setakat dapat mengecam dan menyebut perkataan-perkataan sahaja. Oleh itu, kebolehan untuk mengaitkan semua aspek seperti tujuan, jangkaan dan pengetahuan lalu tentang apa yang hendak dibaca amat perlu dalam menghasilkan kefamahan dalam pembacaan. Justeru itu, terdapat beberapa prinsip yang perlu ada dalam proses pembelajaran membaca iaitu :

1. Mengecam dan mengenal lambang atau perkataan.

2. Mengaitkan lambang atau perkataan itu dengan bunyi atau makna. 

3. Menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya pada apa yang telah sedia ada dalam kepala. 

4. Mengumpulkan dan mencantumkan idea, perkataan dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang lengkap. 

5. Cuba menghuraikan atau menjelaskan idea-idea yang didapati kepada diri sendiri, kawan-kawan, guru atau ibu bapa. 

 

1.2

E- Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 26 Mar MOHAMAD

Page 5: assg e forum 1

[ ]

FORUMMemang benar apa yang cikgu perkatakan tentang kefahaman merupakan aspek terpenting dalam sesuatu aktiviti bacaan. Proses membaca bukan sahaja memindahkan tulisan kepada suara bahkan mengetahui makna dan memahami apa yang dibaca itu yang ditekankan. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami perkara yang disuarakan maka murid itu tidak dikira sebagai pandai membaca. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa membaca ialah menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahami isi kandungannya. Setiap teks yang telah dibaca perlu difahami oleh setiap pembaca agar apa yang dibaca mendapat hasil pada dirinya dan bukan sahaja sia-sia iaitu membuat pembacaan tapi tidak mendapat apa-apa pengetahuan dalam teks tersebut. Setiap ayat yang terdapat dalam teks perlu difahami secara mendalam selepas selesai sesi mengenal huruf dan lancar dalam pembacaan. Memahami apa yang dibaca merupakan sesuatu yang penting kerana dari pembacaan dan faham apa yang terkandung di dalamnya akan membantu pembaca untuk mencari isi-isi penting yang terdapat dalam teks dan dapat mentafsir maksud yang tersirat dalam teks tersebut. 

2014 12:03:44

AM

NASIR BIN MAT ALIN

1.3

E- Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 26 Mar MOHAMAD

Page 6: assg e forum 1

[ ]

FORUMSaya juga sependapat dengan cikgu. Aspek pemahaman merupakan elemen yang sangat penting dan perlu diberi perhatian ketika seseorang guru itu mengajar membaca di kalangan muri-muridnya. Dalam hal ini, guru haruslah bijak memilih bahan atau isi bacaan agar sesuai dengan peringkat umur dan kecenderungan kanak- kanak. Guru janganlah hanya mementingkan sebutan suara dan kelancaran sahaja tetapi mestilah juga sekaligus menyediakan soalan-soalan yang mudah untuk kefahaman. Di samping itu, teknik bacaan senyap juga dilihat mampu membimbing murid- murid melatih diri sendiri untuk menangkap maksud isi pelajaran yang dibaca. Terdapat berbagai-bagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan yang boleh kita gunakan untuk membantu murid yang tidak dapat membaca dengan baik. Sebenarnya semua kaedah dan teknik itu boleh digunakan dengan berkesan bergantung kepada cara kita merancang strategi pengajaran dan melaksanakannya ke atas murid berkenaan. Perkara terpenting adalah murid-murid ini perlu diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas bacaan terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran membaca mereka menjadi mantap.

2014 01:04:21

AM

NASIR BIN MAT ALIN