tekanan di kalangan guru pelatih matematik … filemencurahkan ilmu dan bakti sepanjang pembelajaran...

27
TEKANAN DI KALANGAN GURU PELATIH MATEMATIK SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR ZAHIDAH BINTI ABD SAMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vanbao

Post on 13-Mar-2019

237 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

TEKANAN DI KALANGAN GURU PELATIH MATEMATIK

SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

ZAHIDAH BINTI ABD SAMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL TEKANAN DI KALANGAN GURU PELATIH MATEMATIK

SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya : ZAHIDAH BINTI ABD SAMAD

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan

dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskhah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar

yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO 68-A KAMPUNG JONG, PROF DR. NOOR AZLAN 33310 GERIK, PERAK BIN AHMAD ZANZALI

Tarikh : 30 April 2009 Tarikh : 30 April 2009

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

(NAMA PENYELIA)

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)."

Tandatangan : ……………………….

Nama Penyelia : PROF. DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

Tarikh : 30 APRIL 2009

TEKANAN DI KALANGAN GURU PELATIH MATEMATIK SEMASA

MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

ZAHIDAH BINTI ABD SAMAD

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………….

Nama Penulis : ZAHIDAH BINTI ABD SAMAD

Tarikh : 30 APRIL 2009

iii

DEDIKASI

Buatmu ayah (Hj. Abd Samad Bin Mohd Nawawi) dan ibu (Hjh. Hawa Binti

Mohd Daud) yang dikasihi,

Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita

serta panduan perjuanganku dalam kehidupan ini …

Buat insan-insan yang amat bermakna dalam hidupku, (Kak Cah, Kak Ya, Kak

Long, Kak Kirah, Kak Maya, Abang Bidi, Abang Mail, Abang Lan, Dik Man dan

Dik Mirul,

semoga kasih sayang antara kita mekar berpanjangan.

Buatmu pembimbing yang disanjungi,

Bimbingan, tunjuk ajar, dan jasamu yang diberikan

tidak akan daku lupai …

Buat teman-teman yang dirindui,

Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini

akan daku kenangi selamanya …

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera penyelidik ucapkan sebagai pembuka

laluan bagi coretan penghargaan ini. Penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi

ucapan penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana Muda, Prof. Dr. Noor Azlan

Bin Ahmad Zanzali atas bimbingan dan dorongan yang telah diberikan sepanjang

tempoh penyelidikan Projek Sarjana Muda ini. Beliau telah banyak memberi tunjuk

ajar tanpa rasa jemu dalam proses menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Sekalung ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak Fakulti

Pendidikan UTM atas kesudian memberi kebenaran kepada penyelidik untuk

menjalankan kajian ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada

semua pengetua dan guru pelatih yang terlibat dalam kajian ini atas kerjasama yang

telah diberikan. Tidak ketinggalan juga kepada semua pensyarah yang telah

mencurahkan ilmu dan bakti sepanjang pembelajaran penyelidik di sini.

Akhir sekali, penyelidik ingin mengucapkan terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu penyelidik

menjayakan projek penyelidikan ini. Kemaafan juga dipinta sekiranya terdapat

sebarang kesilapan dan kekurangan dalam projek penyelidikan ini. Akhir kata,

penyelidik berharap projek ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Sekian.

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti punca-punca tekanan,

mengkaji kesan-kesan tekanan dan mengetahui tindakan guru pelatih matematik,

menangani tekanan semasa menjalani latihan mengajar. Seramai lima orang guru

pelatih matematik dari tiga buah sekolah menengah di Zon Kulai, telah dipilih untuk

dijadikan responden dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah temu

bual dan pemerhatian. Temu bual ditranskrip dan dianalisa menggunakan kaedah

analisis kandungan. Manakala, pemerhatian pula menggunakan kaedah tinjauan.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa punca-punca tekanan di kalangan guru pelatih

matematik ialah masalah pelajar, menyediakan rancangan mengajar, menyediakan

bahan bantu mengajar, masalah memilih strategi dan kaedah mengajar yang sesuai,

dan kurangnya pengalaman sebagai seorang guru. Manakala, kesan-kesan tekanan

kepada guru pelatih matematik ialah tidak mahu masuk dan lambat masuk kelas,

tidak menyediakan rancangan mengajar, memarahi pelajar, tidak mengajar dengan

baik, dan akhir sekali ialah bergaduh dengan pelajar. Dapatan kajian juga

menunjukkan bahawa tindakan yang diambil oleh guru pelatih matematik untuk

menangani tekanan yang dihadapi semasa menjalani latihan mengajar ialah

berkongsi masalah dengan orang lain, merapatkan diri dengan pelajar, tidak ambil

peduli dengan tindakan pelajar, dan muhasabah diri. Beberapa cadangan

dikemukakan pada akhir laporan kajian untuk tujuan kajian pada masa hadapan.

vi

ABSTRACT

The aim of this study was to investigate factors that contributed stress, to

study effects of stress and to know the action those mathematics student teachers

takes to overcome stress during teaching practice. A total of five mathematics student

teachers from three secondary schools in Kulai, were choose randomly to be a

respondent in this research. The instruments used were interviews and observations.

Interviews were transcribed and analyzed using the technique of content analysis.

Observation was conducted using observation method. Data analyses indicated that

the factors that contributed stress among mathematics student teachers were students’

problems, preparing lesson plan, preparing teaching aids, problems in choosing

strategies and suitable methods in teaching and lack of experiences as a teacher.

Meanwhile, the effects of stress to mathematics student teachers are they do not enter

and late to class, not well prepared the lesson plan, angry with students, did not teach

well and lastly argue with students. Furthermore, the data analyses also indicated that

the actions that mathematics student teachers take to overcome stress during teaching

practice were to share the problems with others, close with students, do not seem to

care with students’ actions and self reflection. Some suggestions are given at the end

of this report for the purpose of future and further study.

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xii SENARAI SINGKATAN xiii SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif 9

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Skop 11

viii

1.8 Definisi Istilah 12

1.8.1 Tekanan 12

1.8.2 Stres 12

1.8.3 Tekanan Guru Pelatih 13

1.8.4 Guru Pelatih 13

1.8.5 Latihan Mengajar 13

1.9 Kerangka Konsep 13

1.9.1 Kerangka Konsep Penelitian 14

1.9.2 Model Stres Guru 16

1.10 Kesimpulan 17

2 SOROTAN KAJIAN 18

2.1 Pengenalan 18

2.2 Punca-punca Tekanan 20

2.3 Kesan-kesan Tekanan 26

2.4 Pengurusan Tekanan 27

2.5 Penutup 30

3 METODOLOGI 32

3.1 Pendahuluan 32

3.2 Reka Bentuk Kajian 33

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 33

3.4 Kaedah Kajian 34

3.4.1 Kaedah Temu Bual 34

3.4.2 Kaedah Pemerhatian 35

3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan 35

3.5.1 Temu Bual 36

3.6 Prosedur Pengumpulan Data 37

3.7 Analisis Data 38

3.8 Jangka Masa Kajian 38

3.9 Kesimpulan 39

ix

4 DAPATAN KAJIAN 40

4.1 Pendahuluan 40

4.2 Tujuan Temu Bual 40

4.3 Tujuan Pemerhatian 41

4.4 Analisis Hasil Dapatan Responden 1 41

4.4.1 Pengenalan Ringkas Responden 1 41

4.4.2 Hasil Dapatan Temu Bual Responden 1 41

4.4.3 Hasil Dapatan Pemerhatian Responden 1 45

4.5 Analisis Hasil Dapatan Responden 2 47

4.5.1 Pengenalan Ringkas Responden 2 47

4.5.2 Hasil Dapatan Temu Bual Responden 2 47

4.5.3 Hasil Dapatan Pemerhatian Responden 2 52

4.6 Analisis Hasil Dapatan Responden 3 54

4.6.1 Pengenalan Ringkas Responden 3 54

4.6.2 Hasil Dapatan Temu Bual Responden 3 54

4.6.3 Hasil Dapatan Pemerhatian Responden 3 59

4.7 Analisis Hasil Dapatan Responden 4 60

4.7.1 Pengenalan Ringkas Responden 4 60

4.7.2 Hasil Dapatan Temu Bual Responden 4 61

4.7.3 Hasil Dapatan Pemerhatian Responden 4 64

4.8 Analisis Hasil Dapatan Responden 5 66

4.8.1 Pengenalan Ringkas Responden 5 66

4.8.2 Hasil Dapatan Temu Bual Responden 5 66

4.8.3 Hasil Dapatan Pemerhatian Responden 5 70

4.9 Ringkasan Keseluruhan Dapatan Kajian 71

4.10 Kesimpulan 73

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 74

5.1 Pendahuluan 74

5.2 Perbincangan Hasil Kajian 74

5.2.1 Mengenalpasti punca-punca tekanan di 75

kalangan guru pelatih semasa menjalani

latihan mengajar.

x

5.2.2 Mengkaji kesan-kesan tekanan kepada guru 77

pelatih

5.2.3 Mengenalpasti Tindakan Guru Pelatih 79

Menangani Tekanan Semasa Menjalani

Latihan Mengajar

5.3 Rumusan 81

5.4 Cadangan 82

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 82

5.6 Kesimpulan 83

RUJUKAN 85

Lampiran A – E 90 - 122

xi

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Bilangan sampel minimum mengikut jenis kajian 34

(Gay, 1981)

3.2 Jadual Prosedur Pemerhatian 37 4.1 Jadual Dapatan Kajian 71

xii

SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.1 Kerangka Konsep Kajian 14 1.2 Model Stres Guru 16

xiii

SENARAI SINGKATAN BBM - Bahan Bantu Mengajar P - Penyelidik P&P - Pengajaran dan Pembelajaran R1 - Responden 1 R2 - Responden 2 R3 - Responden 3 R4 - Responden 4 R5 - Responden 5 SPM - Kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik) SPT - Kursus Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan

(Matematik)

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xiv

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Soalan Temubual 90 B Borang Cerapan 91 C Transkrip Temubual 92 D Pemerhatian 107 E Surat Kebenaran Fakulti 118

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis

pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara.

Malahan profesion perguruan merupakan profesion yang paling utama di dalam

proses hidup manusia kerana ia membabitkan proses penyerapan ilmu pengetahuan

kepada individu-individu, anggota keluarga dan masyarakat. Walaubagaimanapun,

guru-guru kini terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang

pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan.

Jika dilihat sekali imbas, ramai akan menyatakan kerja sebagai guru

merupakan suatu kerja yang mudah. Bukan sahaja dikatakan kerjanya hanya separuh

hari, malah hanya lima hari dalam seminggu. Di samping itu juga profesion

perguruan ini disogokkan lagi dengan tempoh cuti yang agak panjang.

Walaubagaimanapun, jika diteliti dan dikaji dengan lebih mendalam, guru

sebenarnya terpaksa melakukan kerja lebih masa, menyedia alat bantuan mengajar,

menghadiri kursus-kursus/bengkel/seminar sepanjang minggu atau hujung minggu

sambil dikehendaki melakukan penyesuaian terhadap kaedah pengajaran yang baru

(Siti Rohani, 1991; Nor Azizah dan Noraini, 1984, dalam: Ahmad Azhari, 1998).

Di samping itu juga, guru perlu bertugas untuk kegiatan ko-kurikulum, sukan

dan kerja-kerja lain di luar waktu mengajar. Menurut Roslina (1996, dalam: Zayadi,

1999), terdapat 76.03 peratus guru dikatakan tidak berpuas hati dengan profesion ini

2

kerana terlalu banyak bebanan kerja yang terpaksa dipikul. Banyak tugasan luar

sekolah dilakukan tanpa ada bayaran. Misalnya guru yang terlibat dengan ko-

kurikulum, sukan dan juga kelas-kelas tambahan.

Selain daripada bebanan tugas yang semakin bertambah, terdapat juga

beberapa perkara yang boleh memberikan tekanan kepada guru iaitu, harapan

ibubapa yang terlalu tinggi kepada guru kerana sering mahukan pencapaian terbaik

pelajar, masalah disiplin pelajar yang semakin sukar dikawal termasuk melibatkan

keselamatan guru dan pelajar-pelajar semakin cerdik berbanding guru ekoran akses

pendidikan yang semakin canggih dan meluas.

Namun begitu, bagi sesetengah guru mungkin menganggap perubahan ini

adalah merupakan bebanan kepada mereka dan jika tidak dikawal mungkin akan

menyebabkan ketegangan. Keadaan inilah yang boleh menyebabkan guru diserang

penyakit yang dinamakan stres akibat ketegangan dalam kerja, sama ada disedari

atau tidak disedari (Ahmad Azhari, 1998).

Setakat ini terdapat banyak kajian yang dilakukan mengenai tekanan yang

dialami oleh guru-guru terlatih. Hanya sedikit sahaja perhatian yang diberikan

kepada guru-guru pelatih, sedangkan mereka merupakan golongan yang terpaksa

memenuhi pelbagai permintaan sebagai guru-guru terlatih.

Tekanan guru pelatih boleh ditakrifkan sebagai tindak balas guru pelatih

sama ada dari segi fizikal atau psikologi terhadap sesuatu perkara yang boleh

menjadi punca tekanan. Tekanan yang dilihat sebagai rangsangan iaitu peristiwa

yang menjadi punca tekanan kepada guru pelatih atau hasil penilaian guru pelatih

terhadap sesuatu peristiwa atau penilaian terhadap kemampuan diri untuk

menghadapi peristiwa tersebut.

Tekanan yang dihadapi oleh guru-guru pelatih di Malaysia adalah disebabkan

oleh pelbagai punca yang berkaitan di antara satu sama lain. Terdapat dua punca

tekanan di kalangan guru pelatih iaitu punca yang disebabkan oleh faktor dalaman

3

dan punca yang disebabkan oleh faktor luaran. Punca yang disebabkan oleh faktor

dalaman adalah seperti personaliti individu, latar belakang (sejarah

hidup/pendidikan), terlalu mengutamakan kerja, kurang pengetahuan agama, masalah

kesihatan, dan hilang tempat bergantung. Manakala, punca yang disebabkan oleh

faktor luaran pula adalah seperti persekitaran, masalah komunikasi (perbezaan

budaya), dan masalah kewangan.

Kajian yang dijalankan oleh Ng dan Ishak (1996, dalam: Tan Geck Kiang,

2002) meninjau masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih semasa menjalani

praktikum 1 di sekolah melaporkan selain aspek perancangan dan pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran, masalah fisiologi dan fizikal yang menjadi

kebimbangan kepada guru pelatih. Di antara faktor-faktor yang membimbangkan

mereka adalah seperti:

i. Rasa takut dan kurang keyakinan,

ii. Kurang kerjasama dari guru lain,

iii. Kurang sokongan dari rakan sejawat,

iv. Kekurangan peralatan seperti alatan muzik dan sukan,

v. Masalah pengangkutan,

vi. Diberi kelas ganti yang banyak,

vii. Kurang komunikasi dengan guru-guru sekolah.

Apabila seseorang guru pelatih menjalani latihan mengajar, mereka perlu

menyesuaikan diri dengan persekitaran baru yang agak berbeza dengan apa yang

mereka alami sebelum ini. Mereka terpaksa belajar untuk memenuhi segala

keperluan diri secara bersendirian dan berdikari. Persekitaran baru, tanggungjawab,

keperluan, rutin harian yang berlainan serta lingkungan pergaulan yang baru

menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan. Sementara itu, permintaan dan

keperluan kehidupan, kehendak kurikulum, masalah kewangan, masalah peribadi,

masalah pelajar akan menambahkan tahap tekanan di kalangan guru pelatih semasa

menjalani latihan mengajar.

4

Menurut Mohamed Alasraf (2007), situasi persekitaran menjadi tertekan

apabila guru pelatih tidak dapat memberi respon secara efektif terhadap tekanan yang

dihadapi. Ini mungkin akan menimbulkan masalah kesihatan dan menimbulkan

kemerosotan pencapaian mereka semasa menjalani latihan mengajar.

Percaya ataupun tidak, sebenarnya tidak semua stres itu memberikan

keburukan kepada guru pelatih. Hakikatnya terdapat dua jenis stres iaitu “eustress”

dan “distress”. “Eustress” ialah stres yang positif dan berlaku dalam keadaan atau

situasi di mana guru pelatih itu bermotivasi untuk melakukan sesuatu. Sebagai

contoh, guru pelatih akan berasa bimbang jika diselia oleh pensyarah dan guru

pembimbing. Maka disebabkan perasaan bimbang itulah guru pelatih akan

bermotivasi untuk menyediakan persediaan mengajar dan mencari bahan bantu

mengajar yang bersesuaian supaya pensyarah dan guru pembimbing berpuashati

dengan pengajaran mereka. Stres negatif pula dikenali sebagai “distress”. Ianya

berlaku apabila terlalu banyak stres dan tidak ada cara yang boleh dilakukan untuk

menghilangkan, mengurangkan ataupun meredakan kesan stres tersebut. Apa yang

kita bimbangkan di sini ialah guru pelatih tidak dapat menangani gejala stres ini

dengan cara positif yang mana akan menyebabkan mereka hilang minat untuk

menjadi seorang guru. Jika hal ini berlaku, maka musnahlah harapan negara untuk

melahirkan bakal-bakal guru yang berakhlak, berilmu, berketrampilan dan sentiasa

bersedia berkhidmat untuk mendidik pelajar.

Manurut Mary Zabolio (1995), dalam konteks masyarakat sekarang, tekanan

dalam bidang pendidikan boleh ditakrifkan sebagai reaksi terhadap budaya sosial

yang negatif dan pengaruh sistem yang membawa kepada kekurangan secara fizikal

ataupun sikap. Jika seseorang guru terdedah kepada pengaruh ini secara berlebihan,

tekanan akan meningkat dan akan membawa kepada burnout.

Menurut Hans Selye (dalam: Jerold, 2006) definisi stres atau tekanan ialah

sebagai gerakbalas badan yang tidak spesifik terhadap sebarang demand. Stresor pula

adalah sebagai satu agen menghasilkan stres pada bila-bila masa.

5

Cox (1978, dalam: Ahmad Shakri, 1998) menyatakan bahawa stres ini adalah

satu fenomena persepsi yang wujud dari satu perbandingan di antara arahan yang

diberikan seseorang dengan kebolehannya untuk melaksanakan arahan tersebut

dengan jayanya. Ketidakseimbangan dalam mekanisme ini akan menyebabkan

wujudnya pengalaman ketegangan di mana akan diikuti pula oleh gerakbalas.

Bagi Mark Perloe (1995, dalam: Anuar, 2000) stres ditakrifkan sebagai

sesuatu yang di dalam diri dan penanggung akan cuba menukar persekitaran; ia

merupakan kesan fizikal dan mental. Beliau mengatakan bahawa stres boleh menjadi

kesan positif dan negatif. Stres akan membawa kesan positif (eustress) seperti

membantu kita membuat tindakan segera, lebih berhati-hati dan menimbulkan rasa

minat. Stres pula akan menjadikan kita lebih bersifat negatif (distress) jika

penanggung suka menolak sesuatu tanpa ada pertimbangan, cepat marah dan

kehilangan semangat. Manakala kesan yang lebih buruk ialah pening kepala, sakit

perut, berbuat sesuatu tanpa berhati-hati, tidak dapat tidur, seolah-olah keracunan,

darah tinggi dan lebih teruk ialah stroke. Sebagai panduan beliau mengatakan

bahawa terpulang kepada penanggung untuk menilai kesan stres mereka.

Di sini kita dapat lihat pelbagai definisi tentang tekanan atau stres telah

diberikan oleh penyelidik. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah tekanan boleh

membawa gejala buruk seperti boleh mendatangkan berbagai-bagai penyakit seperti

migrain, darah tinggi, lemah jantung dan sebagainya. Sekiranya masalah tekanan

tidak dapat ditangani secara bijak, maka ia boleh mengganggu kesihatan mental dan

fizikal serta boleh membawa kepada masalah peribadi. Jika hal ini berlaku, ia

mungkin akan menjejaskan keupayaan dan kepercayaan guru pelatih terhadap diri

sendiri untuk mencapai matlamat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti

selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang demikian,

kajian tentang tekanan guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar perlu diberi

perhatian, dilihat dari situasi tekanan yang sebenar dan punca-punca yang

menyebabkan tekanan di kalangan mereka.

6

1.2 Latar Belakang Masalah

Program latihan mengajar adalah salah satu komponen penting dalam

kurikulum latihan perguruan praperkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan

matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Latihan

mengajar merupakan program yang akan mendedahkan guru pelatih kepada

pengalaman sebenar profesion perguruan. Latihan mengajar adalah sebahagian

daripada aktiviti dalam proses pembelajaran untuk membimbing guru-guru pelatih ke

arah menjadi guru atau lebih tepat lagi pendidik yang baik (Hj.Hazil, 1995, dalam:

Mohamed Alasraf, 2007). Di sini dapat dilihat bahawa tujuan latihan mengajar

adalah untuk melatih guru pelatih supaya membiasakan diri dengan suasana sekolah.

Latihan mengajar tidak hanya tertumpu kepada penyediaan buku persediaan

mengajar sahaja, tetapi terlibat secara proaktif dengan semua aktiviti yang dijalankan

di sekolah untuk menimba sebanyak mana mungkin pengalaman supaya ianya dapat

digunakan setelah menjadi guru terlatih kelak.

Semasa latihan mengajar, guru pelatih dikehendaki mematuhi dan menerima

amalan kerjaya perguruan yang meliputi tugas-tugas bukan mengajar seperti

membuat tugas perkeranian, di samping pemberatan pada tugas-tugas pengajaran.

Pada waktu ini mereka belajar menjadi guru yang sebenar dengan mempraktikkan

perkara-perkara teori yang telah mereka pelajari di institusi-institusi pengajian tinggi

dan juga pengetahuan serta kemahiran yang sedia ada dalam diri masing-masing.

Latihan mengajar yang dijalani ini akan memantapkan kebolehan dan keyakinan

guru pelatih untuk menjadi guru yang berkualiti di masa akan datang dan seterusnya

dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam aspek akademik, rohani dan

sahsiah yang bersesuaian dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ketika menjalani latihan mengajar di sekolah, guru pelatih mengalami situasi

kehidupan yang berbeza gaya dan kebiasaan yang lazimnya diamalkan mereka di

institusi pengajian tinggi. Mereka juga dikehendaki memainkan peranan penting

sebagai pendidik iaitu mengajar, mengikut peraturan sekolah dan peraturan institusi,

harapan pensyarah pembimbing yang mahukan mereka lakukan yang terbaik, dan

kerja-kerja perkeranian.

7

Menangani bebanan kerja sebagai seorang guru merupakan satu perkara yang

boleh membebankan guru pelatih. Walaupun guru pelatih mempunyai jadual

mengajar yang sedikit iaitu sebanyak dua belas masa dalam masa seminggu, tetapi

sebenarnya mereka perlu berdepan dengan pelbagai cabaran semasa mengajar.

Contohnya, mereka perlu menguasai sesuatu topik yang akan diajar terlebih dahulu

kerana jika mereka tidak menguasainya pelajar akan memandang rendah terhadap

kebolehan mereka. Di samping itu juga, mereka perlu menangani masalah disiplin

pelajar. Menangani disiplin pelajar bukanlah suatu perkara yang mudah dan senang

untuk diuruskan. Walaupun seorang guru itu telah mempunyai banyak pengalaman

mengajar, tetapi masih lagi terdapat di kalangan mereka yang tidak boleh mengawal

disiplin pelajar mereka. Sebagai seorang guru yang baru pertama kali berdepan

dengan masalah disiplin pelajar, sudah pasti ianya memberi bebanan dan tekanan

kepada guru pelatih. Selain itu, mereka perlu menujukkan tingkahlaku dan sikap

yang terpuji kepada pelajar-pelajar kerana setiap apa yang dilakukan oleh mereka

akan diperhatikan oleh pelajar-pelajar dan seterusnya akan menjadi ikutan kepada

pelajar-pelajar tersebut. Hal demikian kerana, setiap orang guru adalah merupakan

‘role model’ kepada pelajar-pelajarnya.

Guru pelatih sekarang disogokkan dengan idea bahawa perguruan merupakan

satu profesion yang membosankan, profesion ini dipilih sebagai pilihan terakhir dan

prospek dalam profesion perguruan adalah kurang. Ada pula yang tidak

berkeyakinan dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dan takut

menghadapi pengetua, guru-guru, ibu bapa dan para pelajar semasa menjalani latihan

mengajar. Persepsi seperti ini juga menimbulkan tekanan kepada guru pelatih.

Dalam mengharungi corak kehidupan baru di sekolah, guru pelatih diharap

dapat mengubah sikap, gaya dan resam harian supaya dapat menyesuaikan diri

dengan iklim persekitaran dan budaya di sekolah, terutama apabila berinteraksi

dengan pengetua, guru-guru, staf-staf sokongan dan pelajar-pelajar. Mereka perlu

meninggalkan sikap manja dan keanak-anakkan mereka untuk memperoleh kejayaan

semasa menjalani latihan mengajar. Hal ini kerana, kehidupan yang dilalui di sekolah

merupakan cabaran yang benar-benar menguji semangat, kesabaran, daya usaha serta

ketahanan fizikal dan mental mereka. Walaupun mungkin tidak sampai mengalami

8

kejutan budaya, adalah terbukti bahawa cabaran-cabaran yang dihadapi merupakan

masalah besar yang boleh membawa kepada tekanan jika mereka kurang

bersemangat, rendah diri, mudah berputus asa dan bersikap negatif terhadap program

latihan mengajar. Besar kemungkinan juga kestabilan emosi guru pelatih tergugat

semasa mereka menjalani latihan mengajar.

Oleh kerana guru pelatih merupakan bakal guru yang diharapan oleh bangsa

dan negara untuk menjadi penggerak dan peneraju utama sistem pendidikan negara

kita, justeru itu sewajarnyalah kita inginkan bakal guru yang mempunyai kualiti yang

benar-benar cemerlang yang akhirnya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang

diharapkan memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan wujudnya

tahap tekanan yang keterlaluan di kalangan guru pelatih di negara kita amatlah

dikuatiri jika mereka ini tidak dapat meneruskan usaha murni mereka untuk menjadi

seorang guru yang diharapkan oleh negara di masa akan datang. Jika punca tekanan

dapat dikenalpasti ia mungkin boleh diurus oleh guru pelatih itu sendiri di samping

bantuan daripada pihak-pihak lain.

Oleh yang demikian, diharapkan dengan adanya kajian ini, guru pelatih dapat

mengenalpasti punca tekanan dan pengurusan tekanan yang betul supaya harapan

negara untuk melahirkan bakal guru yang sentiasa bersedia dari aspek intelek, rohani,

jasmani dan emosi dapat direalisasikan.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang dikaji, kajian ini dijalankan untuk

melihat fenomena tekanan yang berlaku di kalangan guru pelatih Universiti

Teknologi Malaysia Skudai semasa menjalani latihan mengajar, khususnya yang

dialami oleh guru pelatih tahun tiga Kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Matematik), (3SPM) dan Kursus Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan

(Matematik), (3SPT) sesi 2008/2009. Kajian difokuskan kepada mengenalpasti

punca-punca tekanan di kalangan guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar,

9

mengkaji kesan-kesan tekanan kepada guru pelatih dan mengetahui tindakan guru

pelatih untuk menangani tekanan semasa menjalani latihan mengajar.

1.4 Objektif

Kajian ini dilakukan bagi mencapai beberapa objektif yang ingin disasarkan

iaitu:

i. Mengenalpasti punca-punca tekanan di kalangan guru pelatih semasa

menjalani latihan mengajar.

ii. Mengkaji kesan-kesan tekanan kepada guru pelatih.

iii. Mengetahui tindakan guru pelatih untuk menangani tekanan semasa

menjalani latihan mengajar.

Mengenalpasti punca-punca tekanan di kalangan guru pelatih perlulah diberi

perhatian kerana melaluinya penyelidik dapat mengetahui punca sebenar yang

menyebabkan tekanan di kalangan guru pelatih. Kesan tekanan kepada guru pelatih

juga perlu dikaji untuk untuk mengetahui sama ada tekanan tersebut memberi kesan

yang positif ataupun negatif kepada guru pelatih. Akhir sekali, mengetahui tindakan

guru pelatih menangani tekanan adalah perlu dikaji untuk mengetahui sama ada

tindakan yang diambil tersebut berjaya ataupun tidak menangani tekanan yang

dihadapi.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian yang akan dijalankan ini adalah untuk mendapatkan jawapan kepada

persoalan-persoalan seperti berikut:

10

i. Apakah punca-punca tekanan di kalangan guru pelatih semasa menjalani

latihan mengajar?

ii. Apakah kesan-kesan tekanan kepada guru pelatih?

iii. Apakah tindakan guru pelatih untuk menangani tekanan semasa menjalani

latihan mengajar?

Penyelidik berharap melalui kajian ini jawapan kepada ketiga-tiga persoalan

iaitu punca-punca tekanan, kesan tekanan dan tindakan guru pelatih menangani

tekanan dapat diperolehi dengan jayanya. Hal demikian kerana untuk mencapai

objektif kajian, jawapan kepada ketiga-tiga persoalan kajian ini perlulah diketahui.