asingment ppg komunikasi 1

23
KANDUNGAN m/s 1 Pengenalan.................................................... ...................................... 1 2 Objektif Kajian........................................................ .............................2 3 kaedah kajian........................................................ ..............................3 4 Definisi masalah bahasa dan komunikasi..........................................4 5 nota pengurusan grafik........................................................ ..............5-7 6 Biodata Responden..................................................... ......................8

Upload: mohd-nazari-mohd-said

Post on 25-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asingment PPG Komunikasi 1

KANDUNGAN m/s

1 Pengenalan.......................................................................................... 1

2 Objektif Kajian.....................................................................................2

3 kaedah kajian......................................................................................3

4 Definisi masalah bahasa dan komunikasi..........................................4

5 nota pengurusan grafik......................................................................5-7

6 Biodata Responden...........................................................................8

7 laporan temubual dan pemerhatian..................................................9-10

8 Analisa masalah bahasa dan komunikasi kanak-kanak...................11

9 laporan kajian kes............................................................................12-14

10 refleksi..............................................................................................15

11 bibliografi..........................................................................................16

Page 2: Asingment PPG Komunikasi 1

Pendahuluan

Masalah bahasa dan komunikasi merupakan masalah yang biasa di alami oleh

kanak- kanak berkeperluan khas. Kelemahan dalam menguasai bahasa akan

menjejaskan keupayaan pelajar untuk menguasai pelajaran, kerana bahasa

merupakan alat komunikasi yang di perlukan bagi manusia mempelajari ilmu

pengetahuan . kebolehan berkomunikasi dan mempelajari sesuatu melalui bahasa

merupakan satu ciri unik manusia. Menurut Koh(1986) bahasa adalah kunci pintu

Khazanah ilmu dan bacaan adalah jaminan untuk mendapatkan ilmu.

Di antara matlamat pendidikan ialah supaya memastikan semua kanak-kanak

mendapat pendidikan yang sama, tetapi terdapat golongan pelajar yang tidak

bernasib baik kerana kekurangan keupayaan untuk belajar dengan sempurna

seperti kanak-kanak khas.

Kekurangan keupayaan belajar kanak-kanak khas ini menyebabkan mereka

memerlukan kaedah pengajaran yang berbeza. Mereka memerlukan perhatian dan

teknik pengajaran yang betul.

Page 3: Asingment PPG Komunikasi 1

Objektif kajian

Kajian kes ini dijalankan adalah bagi tujuan mengenalpasti jenis masalah

bahasa dan komunikasi yang di alami pelajar serta memberi cadangan bagi

mengatasi masalah pelajar tersebut.

Melalui kajian kes yang dilaksanakan pengumpulan maklumat mengenai ciri-

ciri ,tingkah laku bahasa pelajar bermasalah bahasa akan diambil dan di analisis

untuk tujuan cadangan mengatasi masalah pelajar terbabit. Pelajar ,guru ibubapa

dan rakan pelajar akan ditemuramah di samping pemerhatian yang di lakukan

sepanjang tempoh kajian di jalankan.

Kajian turut bertujuan untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang masalah

bahasa dan komunikasi di kalangan pelajar khas yang memiliki pelbagai kekurangan

keupayan serta masalah. Pengumpulan maklumat melalui sumber rujukan seperti

buku, media elektronik dan internet , temuramah serta pemerhatian yang di jalankan

adalah satu sokongan bagi menjalankan kajian. Hasilan pengumpulan maklumat ini

boleh di jadikan rujukan yang berguna bagi mengenali dan menentukan kaedah

yang terbaik untuk mengatasi masalah pelajar yang bermasalah bahasa serta

komunikasi.

Kajian sebegini berguna bagi seorang pendidik untuk merancang kaedah

pengajaran yang terbaik bagi pelajar serta menjadikan system pengajaran lebih

sistematik dan terancang.

Page 4: Asingment PPG Komunikasi 1

KAEDAH KAJIAN

Saya mengunakan 3 kaedah dalam melaksanakan kajian ini , iaitu dengan

menggunakan kaedah temuramah, rujukan ilmiah dan pemerhatian. Melalui kaedah

temuramah saya telah menemuramah ibu responden , guru dan rakan . Kaedah

temuramah ini adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai

maklumat diri dan tingkah laku bahasa responden semasa di rumah dan di kelas.

Kaedah temuramah juga telah saya lakukan terhadap responden supaya saya

boleh menilai sejauh mana kelemahan dan kekuatan bahasa serta komunikasi

responden

Memandangkan saya merupakan guru kepada responden terbabit,

perkembangan bahasa responden terkini amatlah memberansangkan.,temuramah

yang seolah perbualan ringkas menunjukkan respon yang baik walaupun jawapan

yang diberi hanya sepatah demi sepatah tetapi bermakna.

Kaedah kedua adalah melalui kaedah rujukan ilmiah. Saya telah pergi ke

perpustakaan terdekat serta merujuk bahan bacaan yang saya miliki. Di samping itu

saya turut merujuk di internet bagi mencari bahan yang berkaitan kajian.

Kaedah ketiga adalah kaedah pemerhatian, walaupun tidak sukar bagi saya

memahami tingkah laku responden memandangkan saya adalah guru kepada

responden tetapi saya perlu menjadi orang lain yang mana tidak terbabit dalam

proses pengajaran semasa melakukann kaedah pemerhatian supaya kaedah ini

lebih berkesan.

Page 5: Asingment PPG Komunikasi 1

DEFINISI PELAJAR BERMASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

Kanak-kanak secara normal akan menguasai bahasa sekiranya mereka terdedah

kepada bahasa tersebut kerana mereka akan mendengar serta meniru apa yang

mereka dengari, namun tidak semua kanak-kanak memiliki keupayan menguasai

bahasa mengikut tempoh perkembangan umur mereka kerana terdapat faktor-faktor

tertentu yang mempengaruhi perkembangan bahasa dan komunikasi mereka seperti

faktor fizikal,kecerdasan, perkembangan kognitif,pengamatan,persekitaran,emosi

motivasi dan sahsiah (Mat Daud Yusof 1990)

Menurut Owen (1990), komunikasi adalah satu proses pertukaran maklumat dan

berkongsi idea. Proses pertukaran maklumat akan berlaku dalam proses komunikasi

dua hala dimana mereka saling memahami maklumat yang di terima. Komunikasi

menggunakan pertuturan dan bahasa . komunikasi yang baik adalah komunikasi

yang di sertai dengan intonasi,penekanan suara,dan gaya pertuturan yang boleh

menggambarkan emosi penutur. Komunikasi bukan sahaja terhad kepada bahasa

malahan boleh juaga terjadi melalui tanda isyarat,gerakkan badan, eye contact dan

ekspresi.

Menurut Martin dan Miller(1996) masalah bahasa dan komunikasi merujuk kepada

ketidakupayaan seorang kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri

daripada lima komponaen bahasa iaitu fonologi, morfologi,sintaksis,semantic dan

aspek pragmatik . pakar berpendapat mereka memerlukan satu teknik atau kaedah

bagi memudahkan mereka berkomunikasi.

Page 6: Asingment PPG Komunikasi 1

NOTA PENGURUSAN GRAFIK

KANAK-KANAK YANG MENGALAMI MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

Komunikasi merupakan proses pertukaran maklumat dan idea diantara individu.komunikasi bukan hanya terhad kepada bahasa malahan meliputi isyarat , gerak badan, eye contact, dan ekspresi

Owen (1990)

Ketidakupayaan kanak –kanak menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen bahasa iaitu fonologi,morfologi, sintaksis,semantik dan aspek pragmatic

Martin dan Miller(1996)

Kanak-kanak normal akan menguasai bahasa apabila mendengar dan meniru, walaubagaimanapun tidak semua mampu menguasai kemahiran berbahasa pada kadar yang sama atas faktor seperti fizikal,kecerdasan,perkembangan kognitif,daya diskriminasi(pengamatan),pengalaman,persekitaran ,emosi,motivasi, dan sahsiah

Mat Daud Yusof 1990

Page 7: Asingment PPG Komunikasi 1

NOTA PENGURUSAN GRAFIK

CIRI-CIRI MURID BERMASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

Kelemahan menggunakan bahasa lisan dengan jelas dan berkesan

Pertuturan yang tidak matang

Kesukaran memahami istilah,mengabung perkataan dan melafazkan pemikiran

Pertuturan yang tidak dapat di fahami oleh orang lain cth; sengau dan gagap

Masalah bahasa iaitu masalah bahasa reseptif dan ekspresif

Tidak mampu menyatakan keperluan ,kehendak dan perasaan

Perkembangan bahasa dalam kadar yang lambat

Kecacatan bahasa, ayat tidak bekaitan dengan perbualan atau jawapan yang tidak berkaitan degan perbualan

Page 8: Asingment PPG Komunikasi 1

NOTA PENGURUSAN GRAFIK

Kesan- kesan masalah bahasa dan komunikasi

emosi

sosial ekonomi

kesihatan

pembelajaranPersepsi mesej

Page 9: Asingment PPG Komunikasi 1

KAJIAN KES

Biodata Responden

Nama : Aiman Najihah Bt Ahmad

Nama Samaran : Aiman

Umur : 9 Tahun

Jantina : Perempuan

T

Tempat Lahir : Hospital Alor Setar

Keturunan : Melayu

Nama Bapa :

Jenis Kecacatan : Sindrom Down.

Page 10: Asingment PPG Komunikasi 1

LAPORAN MELALUI TEMUBUAL DAN PEMERHATIAN

Laporan Temubual

Tarikh : 5 September 2011

Masa : 0830 pagi

Tempat : kelas pendidikan Khas

a)Temuramah ibu Responden

Saya menemuramah ibu kepada responden iaitu Pn. bertanyakan mengenai rutin harian Aiman di rumah, menurut beliau Aiman seorang yang manja dan suka bermain dengan anak saudara yang berumur 4 tahun.aiman juga suka bergurau dan menunjukkan sikap mudah merajuk, aiman gemar menunjukkan aksi jenaka dan mengulang pertanyaan apabila terlalu gembira. Dari segi bahasa aiman boleh menyebut nama ahli keluarga dan memberitahu sekiranya mahukan sesuatu ataupun mengadu sakit.

b)Temuramah guru Responden

Pn adalah guru bahasa melayu kepada Aiman ,beliau menyatakan aiman adalah seorang pelajar yang teliti dan kemas dalam melakukan sebarang aktiviti latihan cuma Aiman jarang menghabiskan kerja sekolah yang di beri kerana tumpuan aiman kerap berubah dan cepat bosan. Beliau turu menyatakan dari segi bahasa aiman cepat meniru dan mengajuk percakapan.kesimpulannya aiman memerlukan pujian setiap kali Berjaya melakukan tugasan.

c)Temuramah rakan responden

Atiqah adalah rakan baik responden beliau menyatakan Aiman adalah seorang rakan yang baik dan sering mengadu kepada beliau sekiranyan di ganggu rakan lain, apabila di Tanya bagaimana Aiman memberitahu dia sakit Atikah menyatakan Aiman menunjukkan ke tempat yang sakit sambil meyebut sakit lalu menunjukkan kearah pelaku dengan menyebut nama.

Page 11: Asingment PPG Komunikasi 1

Laporan Pemerhatian

Tarikh : 6 September 2011

Masa : 0730-1230

Tempat : kelas Pendidikan Khas

(06/09/2011)

Pada pukul 730 pagi Aiman dan Ibunya tiba dikelas Khas bermasalah Pembelajaran

SK Gunong. Aiman memulakan rutin hariannya setiba di kelas dengan meminta

ibunya menyuapkan makanan kepada beliau.Aiman menunjukkan isyarat ke arah

mulut menandakan dia mahu ibunya menyuapkan makanan ke mulut. Aiman

mengambil masa yang lama untuk masuk ke kelas .kelas bermula tetapi aiman

masih belum mahu masuk ke kelas selagi ibunya tidak balik.setelah ibu Aiman balik

aiman masuk ke kelas dan memulakan sesi pembelajaran . Aiman kurang bercakap

sesama rakan tetapi menunjukkan respon dengan menjerit dan bercakap dalam

bahasa yang kurang jelas apabila di ganggu rakan ,aiman turut melakukan kerja

sambil lewa dan tidak mengikut arahan .

guru bertanya kepada Aiman mengenai ibunya ,aiman menjawab rumah sambil

menunjuk keluar kelas. Apabila guru menyuruh aiman mengulangi sesuatu

perkataan aiman mampu mengulanginya tetapi dengan nada suara perlahan dan

kurang yakin. Sewaktu masa rehat aiman akan bermain masak-masak dan

mengarahkan rakan –rakan mengikuti permainannya.Arahan yang di keluarkan

adalah ringkas seperti menggunaka isyarat tangan untuk memanggil rakan dan

menyebut masak .

pada masa balik aiman menunjukkan sikap yang mesra terhadap ibunya. Terdengar

perbualan di antara aiman dengan ibunya yang meminta aiman menyebut nama

guru. Aiman Berjaya menyebut dengan baik.

Page 12: Asingment PPG Komunikasi 1

ANALISA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI RESPONDEN

Secara keseluruhan melalui maklumat yang di kumpul responden mengalami

perkembangan bahasa yang lambat .masalah komunikasi responden adalah banyak

mengabungkan bahasa dengan tanda isyarat ,gerakan badan,eye contact dan

ekspresi muka (owen 1990).

Masalah bahasa responden boleh di analisia kepada masalah

fonologi,sintaksis,mofologi,pragmatik dan semantik (Martin dan miller 1996).

Fonologi

Dari segi fonologi responden masih menyebut perkataan dengan nada yang rendah

serta kurang jelas.Bunyi perkataan yang di sebut tidak tepat, keadaan ini mungkin

berpunca dari alat artikulator responden iaitu lidah yang pendek dan

tebal.responden turut gagal mengawal nada suara semasa berkomunikasi.

morfologi

Dari segi morfologi responden masih belum boleh menggunakan perkataan yang

betul dalam beberapa situasi kerana perbendaharann kata responden masih kurang.

Sintaksis

Responden masih menghadapi kesukaran dalam pertuturan dan perbualan kerana

responden masih belum mampu membina perkataan yang betul dan tersusun

Pragmatic

Responden masih sukar untuk meneruskan perbualan melalui tajuk yang di berikan

Semantic

Responden masih kurang memahami beberapa perkatan, mungkin kekurangan

perbendaharaan kata responden.

Page 13: Asingment PPG Komunikasi 1

LAPORAN KAJIAN KES MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

A . Latar belakang pelajar

Aiman Najihah Bt Ahmad Tarmizi lahir pada 1 Disember 2003 bertempat di

hospital Alor Setar Kedah . Berumur 9 tahun dan merupakan anak ketujuh dari tujuh

orang adik beradik. Aiman Najihah mengalami masalah Sindrom Down dan

bersekolah di PKBP Sk Gunong bermula dari tahun 2010 .

B . Ciri-ciri bahasa dan komunikasi pelajar.

Pelajar seringkali mengunakan isyarat tangan dan isyarat tubuh badan bagi

menyampaikansesuatu mesej dan kemahuan diri. Disamping itu pelajar turut

mengeluarkan perkataan yang sukar difahami maksudnya. Reaksi sedih, merajuk

dan marah merupakan antara cara pelajar menyampaikan mesej.

Pelajar menunjukkan kecenderungan untuk berkomunikasi dan berinteraksi

sesama rakan sebaya, dengan erti kata lain seorang yang mesra dan peramah.

Melalui pemerhatian pelajar cuba berinteraksi dengan rakannya seolah -olah

bercakap tetapi perkataan yang keluar tidak membawa sebarang maksud dan tidak

difahami walaubagaimanapun pelajar memahami dan boleh mengikuti arahan

tertentu yang di beri. Pemerhatian tersebut adalah dari pemerhatian jangka panjang.

Baru baru ini dalam tempoh 2 bulan kebelakangan ini pelajar mula menunjukan

perkembangan positif apabila boleh menyebut perkataan bermakna walaupun

masih terhad .

Perkembangan positif ini adalah berpunca dari sikap pelajar ini sendiri yang mesra

dan peramah , disamping itu suasana persekitaran sekolah dan tempat tinggal turut

mempengaruhi perkembangan bahasa pelajar ini. Semasa di kelas, pelajar adalah

seorang yang suka bergaul dengan rakan . Semasa bermain dengan rakan, pelajar

akan cuba berkomunikasi melalui isyarat dan suara, walaupun rakan tidak

memahami tetapi pelajar terus berusaha agar rakan memahami apa yang hendak di

sampaikan. Semasa mula bersekolah corak bermain pelajar lebih kepada

bersendirian dan kini pelajar mendapati bermain dengan rakan lebih

menyeronokkan.

Page 14: Asingment PPG Komunikasi 1

Suasana di rumah pelajar turut menyumbang kepada perkembangan dan

komunikasi pelajar, memandangkan ibu pelajar adalah peniaga kedai

makan,kehadiran ramai pelangan ke kedai turut menyumbang aktiviti komunikasi

dan bahasa pelajar. Ahli keluarga yang ramai turut menyumbang kepada

perkembangan bahasa pelajar.

Kesan masalah bahasa dan komunikasi dalam kehidupan seharian

Responden seringkali kelihatan bermain secara individu dan kurang menerima

perhatian dari rakan lain. Kadangkala kelihatan responden menunjukkan sikap

bosan dan jemu serta keluar dari kelas secara senyap- senyap. Responden juga

kerap menunjukkan sikap memberontak, merajuk dan marah melalui

perlakuan ,ekspresi muka dan isyarat tubuh badan.

Bagi menarik perhatian rakan dan guru responden akan melakukan pergerakkan

yang pelik seperti berlakon menjadi harimau, kanak-kanak kecil dan burung.

Tingkah laku ini adalah satu cara responden menarik perhatian orang di sekitarnya

sebagai satu cara berkomunikasi dengan orang lain

Responden turut kurang berkeyakinan diri , ini dapat di lihat apabila menjawab

soalan dengan nada suara yang rendah dan tidak jelas, sambil reaksi tubuh yang

menunduk.

Kawan turut kurang menyedari kehadiran responden ini menyebabkan responden

gemar bermain bersendirian.

Page 15: Asingment PPG Komunikasi 1

Huraian Dan Cadangan Bagi Mengatasi Masalah Bahasa Dan Komunikasi

Pelajar

Pendekatan yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah responden adalah

dengan membina keyakinan diri responden terlebih dahulu ,keyakinan diri boleh

terbina melalui motivasi serta pendedahan terhadap sesuatu perkara dan aktiviti.

Galakkan ,sokongan dan pujian adalah antara perkara yang boleh membina

keyakinan diri responden. Memberi ruang dan peluang kepada responden untuk

menunjukkan bakat sebagai contohnya nyanyian adalah satu usaha untuk

responden bercakap dan yakin pada diri.

Menggalakkan aktiviti berkumpulan yang memerlukan responden bersosial adalah

satu cara bagi mengurang kan sikap responden suka menyendiri.

Menyebut dan mengenali objek melalui gambar serta tv adalah salah satu cara bagi

mengembangkan lagi perbendaharaan kata pelajar.

Menggunakan puppet bagi menghasilkan situasi berkomunikasi akan menggalakkan

responden untuk lebih minat bercakap dan mengeluarkan bunyi

Menggantikan bahasa badan dan isyarat dengan bahasa dengan cara bertindak

menterjemah setiap isyarat kepada bahasa apabila responden menggunakan isyarat

menyatakan sesuatu dan meminta responden mengikut bahasa tersebut.

Mewujudkan aktiviti yang di minati responden seperti bermain masak-masak yang

mana memerlukan perbualan antara responden guru dan rakan-rakan.

Page 16: Asingment PPG Komunikasi 1

Refleksi

Sepanjang melakukan tugasan ini ,banyak ilmu baru yang saya perolehi, saya

lebih memahami masalah bahasa dan tingkah laku yang selama ini masih kurang

saya fahami.sememangnya masalah bahasa dan komunikasi di kalangan kanak-

kanak khas menjadi penghalang utama dalam pengajaran dan pembelajaran

pendidikan khas .tanpa rujukan dari sumber buku dan internet saya tidak akan dapat

memahami dengan lebih lanjut mengenai masalah bahasa dan komunikasi ini.

Saya turut berterima kasih kepada ibu Aiman dan cikgu sunarti kerana sudi

memberi maklumat berguna kepada saya dalam menjalankan kajian ini . segala

maklumat berguna dalam kajian ini akan di jadikan panduan oleh saya di masa

hadapan.

Page 17: Asingment PPG Komunikasi 1

Bibliografi / rujukan

Buku

1. Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa Pengarang :

Jamila Mohd Kutty Penerbit : PTS Professional Publishing 

2. Anak Istimewa Pengarang : K.A. Razhiyah Penerbit : PTS Professional 

Internet

1 . www.LD Online.com

2 www.down-syndrome.org

Page 18: Asingment PPG Komunikasi 1