kumpulan 1 asingment en ghani

Upload: norliana-mohd-anuar

Post on 14-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 KUMPULAN 1 Asingment en Ghani

    1/13

    KUMPULAN 1NAMA KUMPULAN : CHE NORHIDAYAH BT CHE KAMARUDIN

    AS1110675

    NORLIANA BT MOHD ANUAR

    AS1110662

    SITI NOR MASRI

  • 7/30/2019 KUMPULAN 1 Asingment en Ghani

    2/13

    Pertumbuhan dan perkembangan

    kanak-kanak Mengikut Teori Erikson, tahap perkembangan

    manusia bermula pada umur 18 bulan hingga 3 tahun.Perkembangan pada peringkat ini adalah berdasarkankonflik yang wujud dalam diri kanak-kanak iaituautonomi lawan rasa malu atau sangsi. Padaperingkat ini kanak-kanak perlahan-lahan mulamemahami bahawa mereka boleh mengawaltindakannya.Ini bermakna kanak-kanak sudahmempunyai autonomi ke atas diri mereka.

  • 7/30/2019 KUMPULAN 1 Asingment en Ghani

    3/13

    TEORI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI

    : SIGMUND FREUDPERINGKAT UMUR

    (TAHUN)CIRI-CIRI PERKEMBANGAN EMOSI-FIZIKALMANUSIA

    1Oral

    (gigit dan

    hisap)

    0-18bulan

    memperoleh kepuasan dan belajar daripadamenghisap, menggigit dan menelan selepas 8 bulanPersonaliti mula dibentuk dengan pengalaman yang

    dialamiMula timbul niat memiliki harta benda

    11Anal

    (dubur)

    18 bulan 3 tahun

    Memperoleh kepuasan daripada aktiviti pembuangannajisBelajar kawalan bunag air besar dan kecil dengan

    tujuan mendapat perhatian.Boleh membentuk sifat bersih, kemas dan berjimatjika dipupuk dengan cara yang sesuaiMembentuk personaliti jenis pemarah jika diberilatihan tandas yang tegas.Nilai bertolak ansur aakan dipupuk jika diberi latihan

    bertandas yang positif

  • 7/30/2019 KUMPULAN 1 Asingment en Ghani

    4/13

    PERINGKAT UMUR

    (TAHUN)

    CIRI-CIRI PERKEMBANGAN EMOSI-FIZIKAL

    MANUSIA111

    Phallic(falik)

    3-6tahun

    Memperoleh keseronakan daripada organkejantinaan.Konflik oedipus :Anak lelaki lebih tertarik kepada ibu.

    Konflik Elektra : anak perempuan lebih tertarikkepada ayah.Mula gunakan helah bela diri untuk tujuantertentu

  • 7/30/2019 KUMPULAN 1 Asingment en Ghani

    5/13

    TEORI PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI :

    ERIKSONPERINGKAT - KONFLIK CIRI CIRI

    0-18 ( BAYI )Kepercayaan vs tidakkepercayaan

    -rasa kepercayaan dibina dalam tahun pertama.-membina rasa kepercayaan secara peringkat.-membina rasa ketidakpercayaan jika

    keperluannya tidak dapat dipenuhi-kepercayaan akan membantuk tingkah lakunegatif.

    18 bulan - 3 tahun(awal kanak-kanak)

    Autonomi vsmalu/ragu

    -keinginan memiliki kuasa-keinginan membuat sesuatu dengan daya usaha

    sendiri.-berasa malu jika tidak diberi kuasa.-berasa malu di depan orang-berasa takut melakukan kesalahan.

  • 7/30/2019 KUMPULAN 1 Asingment en Ghani

    6/13

    PERINGKAT - KONFLIK CIRI-CIRI

    3-6 tahun(Awal Kanak-kanakTadika)Inisiatif vs Serba Salah

    -belajar cepat-bergerak cepat-peka kepada yang betul dan yang salah-berasa serba salah jika diketawa-membina sikap negatif jika merasa serba salah

    6-11 tahun(kanak-kanak)Kerajinan vs komplek

    rendah diri

    -Keinginan menguasai sesuatu-Keinginana berjaya.-Menguasai kemahiran asas fizikal dan sosial

    -Memerlukan peneguhan positif/penghargaanterhadap tugas yang disempurnakannya.-Merasa komplek rendah diri jika dikritik.

  • 7/30/2019 KUMPULAN 1 Asingment en Ghani

    7/13

    Perapatan (attachment) dan Emosi

    Kanak-Kanak Perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang

    berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang.

    Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan

    seronok kepada seseorang dalam perhubungannyadengan individu lain.

    Hubungan emosi yang berbentuk kasih-sayang iniadalah berpanjangan dan kekal sepanjang hayat.

    Melalui interaksi dengan ibu bapa seterusnya denganahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran, guru-guru danmasyarakat di sekeliling, gaya perapatan seseorang ituakan terbentuk

  • 7/30/2019 KUMPULAN 1 Asingment en Ghani

    8/13

    Pembentukan Perapatan

    Perapatan terbentuk sejak lahir. Interaksi dan perapatan ibu

    bapa dengan anak memberi kesan terhadap perkembanganemosi anak-anak itu sendiri.Tingkah laku ibu bapa menjadi model kepada anak-anak danmembentuk gaya perapatan dalam menjalinkan hubungandengan orang lain.Pendapat mengatakan perapatan terbina sejak bayi berada

    dalam kandungan ibunya menyebabkan bakal ibu digalakkanuntuk berinteraksi dan mengusap perut untuk menunjukkankasih sayang kepada anak.Apabila lahir, pelukan, usapan, belaian dan ciuman ketikamenyusukan anak adalah detik permulaan bagi membina

    hubungan rapat antara ibu dengan anak.Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang banyakbukanlah penentu kepada perapatan. Kajian menunjukkanpenggunaan masa yang berkualiti dalam hubungan lebihbanyak mempengaruhi bentuk perapatan yang dibina.

  • 7/30/2019 KUMPULAN 1 Asingment en Ghani

    9/13

    Jenis PerapatanTerdapat tiga jenis perapatan yang utama:-a) perapatan selamat (secure attachment)b) perapatan mengelak (avoidant

    attachment)c) perapatan bimbang ketidaktentuan(anxious/ambivalent attachment).

  • 7/30/2019 KUMPULAN 1 Asingment en Ghani

    10/13

    Fasa-Fasa Dalam PembentukanPerapatan

    Menurut Bowlby (1969), terdapat 4 fasa dalam pembentukanperapatan, iaitu: Fasa 1 (lahir hingga 8 minggu) bayi menerima orang lain disekelilingnya tetapi kebolehan untuk membezakan merekaadalah sangat terhad. Contohnya, bayi tidak menangis jikadidukung oleh sesiapa sahaja.

    Fasa 2 (8 minggu hingga 6 bulan)

    bayi mula dapatmembezakan tingkah laku terhadap individu tertentu.Contohnya, bayi menangis jika didukung oleh individu yangsering menjerit kepadanya. Fasa 3 (6 bulan hingga 2 tahun) bayi memilih individutertentu dan berhati-hati dengan individu lain. Contohnya, bayi

    hanya membenarkan individu tertentu menyentuh atau dudukberhampirannya. Fasa 4 (2 tahun ke atas) kanak-kanak mula dapatmembezakan hubungan emosinya dengan orang lain. Peringkatini dianggap permulaan hubungan emosi sebenar.

  • 7/30/2019 KUMPULAN 1 Asingment en Ghani

    11/13

    Kesan Perapatan TerhadapEmosia) Kemesraan, kasih sayang, penjagaan danperlindungan yang diberikan oleh ibu bapa atau penjagamembantu dalam proses perkembangan kognitif,perkembangan sosioemosi dan perkembangan moral.

    b) Dari segi sosioemosi, perapatan mempengaruhisejauhmana kanak-kanak menilai diri, menganggap diriberharga, dan berhubungan dengan orang lain. Konsepkendiri yang terbina melalui perapatan akan

    mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak ini hinggadewasa kelak.

  • 7/30/2019 KUMPULAN 1 Asingment en Ghani

    12/13

    c) Hubungan antara ibu bapa dan anak-anak dilihatmemainkan peranan yang besar dalam membentuk

    perapatan selamat. Apabila kanak-kanak dilindungi,dikasihi, disayangi, dipenuhi segala keperluan asas,maka kanak-kanak dapat membentuk perapatanselamat dengan ibu bapa atau penjaga. Bagi kanak-kanak yang membentuk perapatan tidak selamat pula,ia dikaitkan dengan status ekonomi sosial keluargayang rendah, keluarga yang porak-peranda, ataumenjadi mangsa dera.

    d) Perapatan selamat, akan mempamerkan sikap-sikapyang positif, berkasih-sayang serta menghargai oranglain. Mereka gembira untuk berinteraksi, bergaul,serta boleh mengasihi dan dikasihi oleh orang lain.

  • 7/30/2019 KUMPULAN 1 Asingment en Ghani

    13/13

    e) Perapatan yang mengelak atau bimbangketidaktentuan pula berkemungkinan akanmenghasilkan kanak-kanak yang rendah diri,

    pemarah, ganas, dan tidak menghormati oranglain. Mereka selalunya bermasalah dalamperhubungan dengan rakan-rakan kerana konsepkendiri yang rendah, berfikiran negatif serta selalu

    menyalahkan diri dan orang lain.

    Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawapersonaliti individu bukan hanya dipengaruhi oleh

    perapatan semata-mata tetapi juga melibatkanaspek-aspek lain yang dialami sepanjangkehidupan seperti perceraian ibu bapa, kematianorang tersayang dan sebagainya.