asignment nasionsalisme dan globalisasi

Upload: wan-ayuni-wan-salim

Post on 16-Oct-2015

90 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kenyataan nasionalisme dan globalisasi

TRANSCRIPT

KANDUNGAN

PENDAHULUAN _______________________________________________________2DEFINISI GLOBALISASI_________________________________________________3DEFINISI NASIONALISME_______________________________________________4GLOBALISASI DAN NASIONALISME_____________________________________6KOMPONEN NASIONALISME ___________________________________________8PUNCA DAN CONTOH KONFLIK ETNIK__________________________________9BAGAIMANA GLOBALISASI MEMBURUKKAN KEADAAN _________________11KESIMPULAN__________________________________________________________13RUJUKAN______________________________________________________________14

PENDAHULUAN Globalisasi merupakan satu fenomena baru yang wujud kerana telah membawa perubahan dalam pelbagai aspek. Era globalisasi juga telah mencipta pelbagai ancaman di dalam negara sehingga ianya mewujudkan konflik dan mengancam keselamatan negara. Globalisasi merupakan satu fenomena dan satu dimensi baru yang mempunyai pelbagai proses yang kompleks dan saling berkaitan serta mempunyai kedinamikan yang tersendiri. Globalisasi telah mewujudkan interaksi dalam dunia di mana ianya telah membuka satu ruang baru untuk berkongsi perkambangan teknologi, komunikasi dan media. Di samping itu, globalisasi adalah arena merentas sempadan dan juga interaksi seluruh dunia. Isu nasionalisme dan konflik etnik yang berlaku menjadi satu isu politik global. Peristiwa konflik etnik yang berlaku adalah seperti dalam yang di hadapai oleh kalangan minoriti Muslim di selatan Thailand, konflik etnik Uighur di China dan di Mindanao. Sumber utama berlakunya konflik dan ancaman keselamatan di dalam negara adalah daripada semangat nasionalisme yang menjadi semakin memburuk dan berkembang di era globalisasi. Nasionalisme juga pencetus kepada konflik yang berlaku di dalam negara seperti etnik konflik terutamanya di negara-negara dunia ketiga. Walaupun doktrin atau fahaman nasionalisme berasal daripada Eropah, namum nasionalisme di lihat sebagai satu fenomena di negara-negara lain yang menggunakannya sebagai satu retorik bagi menghalang penjajahan dan imperalisme.[footnoteRef:1]Nasionalisme sangat berkait dengan dimensi politik kerana ia melibatkan perasaan rakyat kepada negara dan apabila perasaan kecintaan tersebut terlalu tinggi menyebabkan impak negatif dan membawa pengaruh yang tidak baik. Globalisasi yang wujud akan menjana tindak balas nasionalis kepada reaksi dan kecenderungan dalam mengancam identiti dan budaya tempatan. Kesannya, isu nasionalisme dan konflik etnik akan menjadi isu besar di peringkat global serta menjadi topik perbincangan politik dunia. Oleh yang demikian, persoalannya, adakah globalisasi boleh memberi ancaman keselamatan di dalam negara dalam aspek nasionalisme serta bakal mencetuskan konflik. Di samping itu, bagaimanakah globalisasi menyebabkan isu ini semakin memburuk. [1: Diamond, Larry dan Marc F. Plattner (eds). 1998. Nasionalisme, Konflik Etnik dan Demokrasi. Bandung: ITB. hlm 9.]

DEFINISI GLOBALISASI

Pengertian globalisasi menurut cendekiawan barat adalah suatu proses kehidupan yang sangat luas tidak hanya berbatas pada satu aspek kehidupan melainkan seluruhnya yang mencakup ekonomi, politik dan sosial dan dapat dinikmati oleh semua orang di dunia ini. dari pengertian ini kita bisa mengambil kesimpulan bahwa suatu proses yang semakin hari semakin berkembang dan maju yang bertujuan untuk peradaban yang jauh lebih baik sehingga tercipta kehidupan yang harmonis, damai dan sejahtera di seluruh dunia. Dengan dua pengertian ini diharapkan manusia mampu mengambil hikmah dan manfaat dari perkembangan teknologi.Dalam Kamus Dewan edisi ketiga, globalisasi memberi makna suatu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepesatan dan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Terdapat banyak lagi pentakrifan tentang globalisasi. Sesetengah sarjana seperti Viotti dan Kappi (1997) dan Riggs (1999) menyebut bahawa globalisasi yang berlaku pada masa kini sebenarnya adalah lanjutan daripada kolonialisme yang telah berlaku dalam abad ke-13 hingga abad ke-18. Hal yang sedemikian kerana gelombang pertama globalisasi pada waktu itu juga telah melahirkan perubahan sistem, kemasukan budaya luar ke dalam budaya hidup Negara terjajah, serta bermulanya pembentukan budaya global. Keadaan ini disokong oleh Hall (1991) yang menyifatkan perkembangan yang persamaan kerana berlakunya pembentukan budaya hybrid, iaitu berlaku dalam zaman kolonialisme dan kini mempunyai banyak transformasi budaya tempatan akibat penyebaran budaya Barat. Proses globalisasi bukan hanya satu fenomena perdagangan dan informasi yang dibawa oleh kemajuan ICT, bahkan ianya merupakan satu proses transformasi budaya yang berlaku dalam budaya sekunder iaitu budaya tempatan negara yang mengalami terjahan budaya luar.[footnoteRef:2] [2: John Baylis and Steve Smith (eds). 2001. The Globalization of World Politics: An Introduction to International Relations. Oxford University Press.]

Globalisasi pemodenan Barat secara tidak langsung mengubah entiti sistem kehidupan masyarakat negara membangun baik daripada segi politik, sosial, budaya mahupun ekonomi (Lukman Z. Mohamad dan Azmi Abdul Manaf, 2003). Namun begitu, Kenichi Ohmae (dalam Aizuddin et al., 2004) telah menerangkan bahawa pengaruh budaya luar yang menyelinap masuk ke segenap aspek budaya tempatan itu tidak semestinya berlaku secara paksaan. Wujudnya tanda-tanda dan ianya berlaku secara sukarela atas sebab keinginan masyarakat setempat untuk meniru budaya tersebut kerana menyangkakan mereka akan ketinggalan dan dipencilkan daripada aliran kemajuan ekonomi, perdagangan dan informasi global.

Globalisasi dikatakan suatu fenomena sedunia yang muncul hasil percantuman pelbagai proses transnasional dan struktur domestik yang membolehkan ekonomi, politik, budaya dan ideologi sesuatu negara menembusi sempadan negara lain. Globalisasi merupakan suatu fenomena pelbagai dimensi meliputi aspek ekonomi, politik, budaya dan ideologi (Waters, 1995; Mittelman 1996). Sebagai fenomena pelbagai dimensi, globalisasi sama ada secara perlahan atau revolusi telah membawa perubahan ke atas kehidupan masyarakat plural di negara ini. Globalisasi juga dapat ditinjau menerusi makna yang lebih luas dengan melihatnya tidak lain daripada proses penerusan penjajahan barat ke atas dunia terutama dunia Asia. Lantaran itu ada sarjana yang melihatnya tidak lain daripada proses kolonialisasi (Omar Jah, 2001). Globalisasi mempunyai hubungan dengan pembangunan sejarah kapitalisme Eropah yang cuba untuk menakluki seluruh dunia dan membawanya berada dibawah satu sistem ideologi politik yang dinamakan kapitalisme atau nasionalisme fascisme.

DEFINISI NASIONALISME

Nasionalisme adalah satu ideologi yang dicipta untuk mempertahankan kedaulatan sesebuah negara(dalam bahasa Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Para nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan beberapa "kesahihan politik" (political legitimacy). Ia berpunca dari teori romantisme iaitu "identiti budaya", hujah liberalisme yang menganggap kesahihan politik adalah berpunca dari kehendak rakyat, atau gabungan kedua-dua teori. Dalam zaman moden ini, nasionalisme meruju kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan. Para saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nasional sosialisme, pengasingan dan sebagainya.Menurut Dr Hertz dalam bukunya yang berjudul Nationality in History and Politics telah mengemukakan empat unsur nasionalisme, iaitu pertama, hasrat untuk mencapai kesatuan. Kedua, hasrat untuk mencapai kemerdekaan. Ketiga, hasrat untuk mencapai keaslian. Keempat, hasrat untuk mencapai kehormatan bangsa. Daripada definini ini, jelas menunjukkan bahawa negara dan bangsa adalah sekelompok yang manusia yang memiliki cita-cita bersama di mana telah mengikat warganegara menjadi satu kesatuan dan memiliki sejarah hidup bersama. Menurut Sneyder, nasionalisme adalah hasil daripada perpaduan faktor-faktor politik, ekonomi, sosial, dan intelektual. Apakah kaitan kumpulan etnik dan nasionalisme? Kumpulan etnik adalah koleksi orang-orang yang percaya bahawa mereka mempunyai keturunan yang sama.[footnoteRef:3] Terdapat dua bentuk negara, iaitu: negara sosial etnik dan negara. Negara etnik berdasarkan satu kumpulan etnik dan negara sosial adalah sebuah negara yang berdasarkan kumpulan multi-etnik.[footnoteRef:4] Kedua-dua negara etnik dan negara mempunyai komponen sosial yang sama, iaitu sejarah, bahasa, dan nilai yang sering digunakan sebagai asas yang sama. Golongan elit politik yang kemudiannya menggalakkan rasa perpaduan negara dan iainya dirujuk sebagai nasionalisme. Nasionalisme adalah satu usaha golongan elit untuk mencapai matlamat politik, dan ini bermakna bermakna nasionalisme adalah pembinaan politik.[footnoteRef:5] [3: Suryadinata, Leo (eds). 2000. Nationalism and Globalization: East and West. Institute of Southeast Asian Studies, Singapore.] [4: Ibid.] [5: Ibid, 344. ]

NASIONALISME DAN GLOBALISASI

Terma globalisasi telah menjadi satu konsep yang sering digunakan bagi menggambarkan fenomena dunia kontemporari dan realiti hubungan antarabangsa. Memasuki era moden, dunia telah berubah dengan pesat serta membawa kepada kesan-kesan yang sangat kompleks, iaitu kemunculan pergantungan bersama (saling bergantung) dalam hampir semua dimensi kehidupan dalam hubungan antara negeri (negara-bangsa) dan hubungan transnasional.[footnoteRef:6] Skop Negara tidak lagi dilihat sebagai ruang yang berkaitan dan berkelayakan untuk membuat keputusan atau dasar kerana banyak isu-isu yang perlu diselesaikan di peringkat yang lebih tinggi di peringkat serantau dan global. Fakta ini memaksa kerajaan-kerajaan negara untuk mengintegrasikan diri mereka dalam sistem kerjasama global. [6: Winarno, Budi.(2009). Pertarungan Negara vs Pasar. Yogyakarta. Media Pressindo. hlm 9]

Globalisasi mempunyai implikasi yang sangat serius bagi kewujudan negara. Globalisasi telah meningkatkan identiti etnik dan nasionalisme yang boleh mengancam negara-bangsa. Ada yang meramalkan bahawa dengan globalisasi, peranan negara-negara akan berkurang dengan ketara. Globalisasi dapat dicirikan dalam kemajuan teknologi komunikasi, maklumat, pengkomputeran dan pengangkutan yang begitu pesat. Realitinya, globalisasi telah mewujudkan satu keadaan di mana halangan yang pada masa lalu seperti interaksi antara individu yang terhad dan sebagainya. Kemajuan dalam teknologi telah menjadikan ia interaksi semakin intensif, kerana peningkatan secara drastik dari segi kelajuan dan kos yang menjimatkan. Dalam contoh politik antarabangsa; tragedi kemanusiaan di satu lokasi dengan cepat dapat mencetuskan kemarahan global dan simpati di pelbagai tempat di dunia kerana penyampaian maklumat yang pantas. Selain itu, globalisasi juga membawa pengaruh budaya di mana ia akan memberi perubahan dalam gaya hidup masyarakat. Dalam aspek ekonomi, kemajuan teknologi telah membawa kepada barangan dan perkhidmatan yang boleh dihasilkan di mana-mana sahaja di dunia selagi ia memenuhi kebolehlaksanaan teknikal dan ekonomi, dan ianya juga boleh dijual di mana-mana sahaja.[footnoteRef:7] [7: Wibowo, Drajat. 2007. Menjadi Pemenang dalam Globalisasi dalam Stiglitz, J.E. 2007.Making Globalization Work (edisi terjemahan) Mizan, Bandung.]

Globalisasi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi menyediakan peluang yang besar bagi kumpulan etnik untuk mengukuhkan kewujudan mereka di peringkat global dengan tujuan untuk berjuang untuk hak-hak sosial, ekonomi dan politik. Kemajuan teknologi juga telah menyedari identiti kumpulan etnik dan kedudukan mereka dalam negara. Dengan huraian di atas menunjukkan bahawa globalisasi mempunyai pengaruh besar ke atas nasionalisme. Nasionalisme boleh dilihat dari kedua-dua pihak yang berbeza. Nasionalisme dilihat pada satu tangan (sebagai tindak balas terhadap globalisasi) sebagai tindak balas kepada globalisasi, dan di sisi lain (sebagai produk globalisasi) dianggap sebagai hasil daripada globalisasi nasionalisme sendiri (Halliday, 2001: 523).Semangat nasionalisme yang wujud selaras dengan proses globalisasi telah mula mengganggu dan mengancam kepentingan kumpulan etnik tertentu. Walaupun di bawah keadaan yang berbeza, ia diandaikan nasionalisme sebagai hasil daripada proses globalisasi.[footnoteRef:8] Globalisasi yang melanda dunia serius menjejaskan kewujudan negera ini, ia juga boleh dikatakan telah berlaku dalam kegagalan pembanggunan negara, seperti yang berlaku di Soviet Union, Czechoslovakia, Yugoslavia, Ethiopia yang sebenarnya-negeri negeri berbilang kaum.[footnoteRef:9] Empat negeri di atas dan berpecah belah menjadi 22 negara baru untuk pembinaan sebuah nasionalisme baru juga. [8: John Baylis and Steve Smith (eds). 2001. The Globalization of World Politics: An Introduction to International Relations. Oxford University Press.] [9: Ibid. ]

Nasionalisme dalam konteks negera boleh bertindak sebagai ideologi atau gerakan sosial. Sebagai ideologi, nasionalisme adalah idea yang normatif mana negara boleh wujud secara objektif dan mempunyai hak untuk menentukan nasib sendiri. Seperti yang dinyatakan oleh Halliday, nationalism is all above a moral principle which claims that nations do exist, that they should coincide with i.e. cover the same people as political communities and that they should be self ruling.[footnoteRef:10] [10: Halliday, Fred. 2001.Nationalism dalam John Baylis and Steve Smith (eds). 2001. The Globalization of World Politics: An Introduction to International Relations. Oxford University Press. hlm 524. ]

Dalam sesebuah negara, nasionalisme itu wujud untuk membebaskan diri daripada ikatan penjajahan. Harapan yang menggunung dalam memperjuangkan hak berdasarkan kumpulan nasionalis adalah untuk menjadi sebuah negara yang merdeka tanpa perlu dikawal oleh kuasa-kuasa penjajah. Nasionalisme boleh digunakan sebagai alasan untuk memisahkan ibu negara yang mengalami masalah dalam proses pembinaan negara atau pada masa-masa pergerakan sosial adalah konflik etnik, terutamanya di negara multi-etnik.[footnoteRef:11] [11: Nodia, Ghia. 1998. Nasionalisme dan Demokrasi dalam Diamond, Larry dan Marc F. Plattner (eds). 1998. Nasionalisme, Konflik Etnik dan Demokrasi. Bandung: ITB.]

KOMPONEN NASIONALISME

Komponen nasionalisme penting bagi sesebuah negara dalam mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan negara. Komponen ini mempunyai 5 perkara asas dan antaranya adalah budaya, sejarah, bahasa, wilayah dan agama. Kelima-lima komponen ini perlulah sama-sama di jaga dan tidak dicabar dan di pertikaikan supaya konflik dalaman negara dapat di elakkan.Kelima-lima komponen ini adalah seperti perkongsian utama dalam sesebuah negara yang aman dan damai tanpa wujudnya perasaan tidak puas hati atau nasionalisme untuk mencabar kepada komponen tersebut kerana wujudnya perbezaan dalam nilai, kepercayaan, perkongsian sejarah, perkongsian budaya dan juga bahasa.

PUNCA DAN CONTOH KONFLIK ETNIK

Kemunculan beberapa konflik etnik dalam politik antarabangasa bukanlah sesuatu yang baru atau tiba-tiba, namun ianya adalah melalui proses yang berpanjangan dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.[footnoteRef:12] Punca kepada konflik berlaku dapat diklasifikasikan kepada empat kelompok faktor-faktor utama, antaranya adalah struktur, politik, sosio-ekonomi, budaya dan persepsi. [12: Brown, E. Michael & Owen R. Cote. Jr., (edt).2001. Nationalism and Ethnic Conflict. MIT Press, Cambridge. Hlm 5-13]

Pertama, faktor struktur, punca utama kemunculan konflik etnik adalah disebabkan oleh struktur negeri yang lemah (keadaan lemah). Banyak negara, terutamanya negara-negara dunia ketiga yang kebetulan adalah negara-negara bekas penjajah mempunyai legitimasi politik yang kurang, serta tidak mempunyai institusi politik yang kuat. Fakta ini juga dipengaruhi oleh kekurangan sokongan luar kedua-dua dari segi moral dan kewangan untuk pembangunan negeri, lebih banyak negara sering lemah dengan masalah dalaman seperti rasuah, kompenten birokrasi, ketidakupayaan untuk meningkatkan pembangunan ekonomi. Keadaan ini biasanya keadaan yang sangat lemah mudah terdedah kepada konflik ganas di kalangan ahli politik untuk mendapatkan kuasa, yang seterusnya juga akan melibatkan kumpulan etnik di negara itu untuk menentang. Akibat kelemahan struktur negeri itu sendiri, keadaan itu akan menyebakan kemunculan ancaman keselamatan. Keadaan yang lemah inilah yang akan menyebabkan setiap kumpulan dan individu berusaha untuk mewujudkan rasa keselamatan mereka sendiri. Keadaan ini sudah pasti mempunyai potensi bagi tercetusnya konflik etnik, di mana kumpulan etnik yang mendominasi negeri tersebut akan sentiasa mengawal kumpulan yang minoriti.Keduanya adalah faktor politik. Politik menjadi punca utama dalam merangsang kemunculan konflik etnik. Bagi negara yang mengamalkan diskriminasi politik terhadap kumpulan etnik tertentu akan menyebabkan konflik dalam negara itu wujud. Di samping itu, pembentukan ideology negara yang tidak bersefaham kepada kaum minoriti akan menyebabkan tercetusnya konflik yang ganas. Dalam negara yang mempunyai politik yang ditadbir oleh kumpulan-kumpulan tertentu juga akan menyebabkan berlakunya ketidak puasan hati dan menyebabkan konflik berlaku.Ketiga adalah faktor sosial dan ekonomi. Setiap negara di dunia pasti mempunyai masalah ekonomi pada peringkat yang berbeza-beza. Antara masalah ekonomi yang dihadapi adalah seperti pertumbuhan ekonomi yang lemah, inflasi, kemelesetan ekonomi, krisis mata wang, dan pengangguran. Bagi menyelesaikan masalah ekonomi, pelbagai dasar pembaharuan ekonomi cuba dijalankan, namun begitu pembaharuan dasar ekonomi tidak semestinya dapat membantu menyelesaikan masalah ekonomi dalam masa yang singkat. Oleh yang demikian, pembangunan ekonomi penting bagi setiap negara untuk membendung masalah yang berlaku. Walau bagaimanapun, proses pembangunan ekonomi yang memberi tumpuan kepada pemodenan industri akan memudaratkan keselamatan negara. Di samping itu, sistem ekonomi diskriminasi akan memburukkan keadaan dalaman negara kerana ianya akan membawa kepada peningkatan dalam perbezaan taraf ekonomi dalam masyarakat. Justeru, keadaan ini akan membawa kepada konflik dalam kumpulan masyarakat taraf yang berbeza kerana keperluan asas ekonomi mereka terjejas dan tidak dapat dipenuhi.Faktor terakhir yang boleh membawa kepada konflik etnik adalah budaya dan persepsi. Budaya merupakan faktor yang paling sensitif kerana perbezaan budaya atau diskriminasi budaya yang dialami oleh kumpulan etnik minoriti merupakan potensi besar kepada konflik. Di samping itu, hak-hak sama rata seperti pendidikan, undang-undang, kesihatan, politik, bahasa, kebebasan beragama yang tidak dipenuhi bakal membentuk konflik dalaman di dalam negara. Faktor persepsi juga sangat penting dan berbahaya kerana setiap kumpulan mempunyai pendapat untuk melihat diri mereka dan kumpulan-kumpulan lain berdasarkan warisan sejarah dalam kepercayaan masing-masing. Keadaan akan menjadi rumit apabila terdapat satu kumpulan yang merasakan hak untuk memerintah dalam sistem kehidupan sosial.Bedasarkan punca berlakunya konflik, kita dapat lihat situasi yang berlaku di Selatan Thailand. Thailand merupakan sebuah negara yang terletak di asia tenggara dan bersempadan dengan Laos dan Kemboja. Thailand di anggarkan mempunyai lebih 63 juta orang penduduk dan merupakan negara 23 terbesar di dunia. Komposisi kaum di Thailand adalah 75% rakyatnya dar bangsa Siam, 14% Cina, dan 3% daripadanya adalah berbangsa melayu. Thailand adalah merupakan negara yang kerap mengalami perubahan pucuk pimpinan. Rampasan kuasa yang berlaku berkali-kali, membuktikan bahawa keadaan politik di Thailand adalah tidak konsisten, dan mampu berubah bila-bila masa. Jadi punca konflik di wilayah selatan Thailand yang berpanjangan adalah di sebabkan keadaan politik dalaman itu sendiri yang kucar kacir dan tidak stabil. Polisi kerajaan ke atas wilayah yang bergolak juga sentiasa berubah dan akhirnya membawa kegagalan mencapai objektif keamanan.Keadaan ini berlaku seperti faktor-faktor yang dinyatakan iaitu struktur, politik, sosio-ekonomi, budaya dan persepsi. Di bawah pemerintahan Thailand, rakyat di kebanyakan wilayah selatan Thailand kurang di beri perhatian yang baik dari aspek ekonomi, sosial, pendidikan, dan sebagainya. Pemerintahan yang kurang adil dan berat sebelah oleh kerajaan Thailand membuatkan rakyat di wilayah selatan Thailand tertekan dan mula memberontak untuk menuntut hak dan keadilan mereka.[footnoteRef:13] Selain itu, perbezaan taraf hidup dan peluang pekerjaan di wilayah selatan Thailand berbanding Bangkok begitu ketara, hal ini mengundang rasa tidak puas hati dan benci penduduk di Selatan Thailand. Faktor sejarah juga menjadi penyebab kepada wujudnya gerakan pemisah di Selatan Thailand. Di samping itu, Rakyat di selatan Thailand juga mempunyai budaya, bahasa yang berbeza dengan bangsa siam lain. Ini membuatkan mereka bersa terpinggir dan bagai di anak tirikan oleh kerajaan Thailand. [13: Nik Anuar Nik Mahmud, (2008), Konflik Selatan Thai: Mungkinkah Ada Jalan Penyelesaian, di dalam Muslim Selatan Thai: Konflik dan Perjuangan disuntimg oleh Farid Mat Zain & Zulkarnain Mohamed, Karisma Publication, hlm 281. ]

BAGAIMANA GLOBALISASI MEMBURUKKAN KEADAAN

Globalisasi yang wujud telah membentuk nasionalisme yang baru di mana ianya telah membuka budaya global dalam revolusi teknologi, serta perubahan-perubahan dalam budaya manusia. Namum begitu, terdapat lima komponen utama di dalam sesebuah negara iaitu sejarah, budaya, agama, wilayah dan bahasa apabali salah satunya dicabar akan menyebabkan berlaku konflik. Mengapahkah konflik ini berlaku? Ini jelas di lihat kerana semangat cintakan negara atau wujudnya semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat. Realitinya, sesebuah negara mempunyai penduduk yang berbeza-beza etnik dan ini akan mengamcam komponen utama negara kerana setiap itu mempunyai perbezaan dalam komponen tersebut.Oleh itu, apakah peranan globalisasi dalam berlakunya konflik beasaskan nasionalisme ini? Globalisasi di gunakan sebagai instrumen atau alat oleh golongan elit politik atau nasionalis untuk memanipulasi masyarakat dan menjamin kekuasaan meraka. Sebagai contoh, penyebaran ideologi dan informasi yang mudah dengan menggunakan saluran penyebaran maklumat yang luas. Oleh yang demikian, kesan dalam membentuk kognitif, persepsi rakyat atau kumpulan masyarakat lebih cepat. Semangat nasionalisme dalam memperjuangkan hak masing-masing akan lebih tinggi. Globalisasi ini akan memberi pengaruh yang negatif kepada perjuangan kumpulan berhaluan kiri dalam negara kerana kerajaan sukar membendung penyebaran maklumat. Munculnya era globalisasi ini juga telah membentuk masyarakat global yang membentuk gerakan dalam memperjuangkan hak asasi masing-masing. Keadaan ini berlaku sebagai konflik dalaman sesebuah negara. Globalisasi telah memberi kesan yang berganda dan kadang-kadang bercanggah dengan corak dan arah globalisasi itu sendiri. Ini kerana glabalisasi mewujudkan ketidaksamaan yang berterusan dalam aspek kemiskinan, hak beragama dan sebagainya. Globalisasi juga menjadi faktor kepada keadaan yang semakin memburuk. Globalisasi telah menyebabkan rakyat atau kumpulan masyarakat semakin sedar tentang identiti kumpulan etnik mereka serta kedudukannya dalam negara. Jadi mereka menuntut hak-hak yang tidak mereka dapatkan dari negera itu, syarat-syarat ini adalah terdedah kepada kemunculan konflik antara etnik yang disertai dengan keganasan dan seterusnya mengancam keselamatan negara.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, globalisasi telah menggalakkan keadaan yang membawa kepada pergolakan, ketidaksamaan,dan konflik. Globalisasi telah menyebabkan sentimen dan ideologi mudah disampaikan kerana kemajuan global. Di samping itu, pergolakan yang berlaku adalah disebabkan oleh lahirnya nasionalis yang cuba mengatasi masalah yang di hadapai oleh kumpulan masyarakatnya dan cuba merubah keadaan mereka. Ini dapat di lihat dalam contoh konflik di Selatan Thailand apabila wujud beberapa organisasi yang memperjuangkan hak dan keadilan rakyat wilayah selatan Thailand, seperti Gabungan Melayu Patani Raya (GAMPAR) Barisan Nasional Pembebasan Pattani (BNPP), Barisan Revolusi Nasional Melayu (BRN) dan sebagainya. Globalisasi telah membawa ancaman dan menjadi asas dalam nasionalisme untuk mewujudkan konflik dan memberi ancaman kepada keselamatan negara. Isu nasionalisme ini juga sangat berkait dengan identity kebangsaan. Ini kerana ia mengandungi orentasi politik yang berkaitan dengan kedaulatan negara. Nasionalisme atau konflik etnik telah mulai popular selepas perang dingin dan dalam lingkuangan permulaan gelombang globalisasi. Dengan itu, dipercayai bahawa nasionalisme menjadi faktor dan pencetus utama dalam kemunculan konflik etnik. Konflik etnik sukar di kawal kerana terdapat faktor-faktor yang globalisasi yang telah berjaya meningkatkan kesedaran mengenai identiti kumpulan etnik dan kedudukan mereka. Globalisasi telah menjadikan mereka berpandangan luas dalam pemikiran kerana mereka mula merasai ketidakadilan dan ketidaksamaan. Oleh sebab itu, mereka yang mengambil tindakan untuk berjuang dalam menuntut hak-hak, dan kepentingan mereka. Jadi, globalisasi telah mengancam keselamatan dan mencetuskan konflik etnik dalam sesebuah negara.

RUJUKAN

Brown, E. Michael & Owen R. Cote. Jr., (edt).2001. Nationalism and Ethnic Conflict. MIT Press, Cambridge.Diamond, Larry dan Marc F. Plattner (eds). 1998. Nasionalisme, Konflik Etnik dan Demokrasi. ITB Bandung.John Baylis and Steve Smith (eds). 2001. The Globalization of World Politics: An Introduction to International Relations. Oxford University Press.Nodia, Ghia. 1998. Nasionalisme dan Demokrasi dalam Diamond, Larry dan Marc F. Plattner (eds). 1998. Nasionalisme, Konflik Etnik dan Demokrasi. Bandung: ITB.Ryan, Stephen.2001.Nationalism and Ethnic Conflict dalam Brian White, Richard Little and Michael Smith (eds).2001. Issues in World Politics. Second Edition. Oxford University Press.Suryadinata, Leo (eds). 2000. Nationalism and Globalization: East and West. Institute of Southeast Asian Studies, Singapore.Viotti Paul R and Mark V. Kauppi.2007. International Relations and World Politics: Security, Economy, Identity, Upper Saddle River, NJ: Pearson Prentice Hall.Wibowo, Drajat. 2007. Menjadi Pemenang dalam Globalisasi dalam Stiglitz, J.E. 2007.Making Globalization Work (edisi terjemahan) Mizan, Bandung.Winarno, Budi. 2009. Pertarungan Negara vs Pasar. Yogyakarta. Media Pressindo

14