globalisasi ekonomi dan kerjasama serantau

23
Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau. Di semak oleh: Pn Sam Fong

Upload: ain-aiman

Post on 23-Jun-2015

1.501 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.

Di semak oleh:Pn Sam Fong

Page 2: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

Asean dan Apec!!!!

Sila bg contoh

kerjasama ekonomi serantau?

Ainil Fatieha bt Abdul Razak

Farha Ilyana bt Samsuddin

NorAdilla bt Mat Isa

Page 3: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

Konsep dan Proses Dalam Globalisasi Ekonomi.

• Merujuk kepada sempadan ekonomi negara-negara di dunia yang semakin runtuh dan menjadi satu unit yang boleh di hubungkan dengan cepat,mudah,pantas,dan rapat.

• Di kenali juga sebagai dunia tanpa sempadan.• Globalisasi memberikan kuasa mutlak kepada

kuasa-kuasa pasaran untuk menguasai ekonomi dunia.

Page 4: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

• Kemajuan dalam segi teknologi komunikasi maklumat boleh menembusi mana-mana negara yang mengamalkankonsep pasaran bebas tanpa had.

• Negara-negara barat yang diterajui oleh Amerika Syarikat pada masa kini di kenali sebagai kawasan pusat pembangunan kapitalisme yang baru.Meliputi negara-negara G8 seperti:

Britain,Kanada,Amerika Syarikat,Jerman,Perancis,Itali,Rusia dan Jepun.

Page 5: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

Istilah dalam globalisasi ekonomi.

• Liberasasi Ekonomi.Adalah dasar pasaran bebas yang memberikan

peluang kepada sesiapa sahaja termasuk pemodal-pemodal asing memasuki dan menguasai pasaran dan ekonomi sesebuah negara tanpa batas.

Persaingan pasaran dan ekonomi akan menjadi terbuka dan bebas.

Bergantung sepenuhnya kepada kuasa-kuasa pasaran iaitu kuasa permintaan dan penawaran.

Page 6: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

Deregulasi Ekonomi.

• Dasar penghapusan segala peraturan dan sekatan• Ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara yang

selama ini menghalang aktiviti perdagangan,pengaliran dan pemilikan modal,teknologi dan lain-lain.

• Sebagai contoh penghapusan dasar perlindungan,subsidi,sekatan takrif,skim keutamaan dagangan(PTA) dan lain-lain yang bertentangan dengan tuntutan pasaran bebas.

• Seprti yang diamalkan di Malaysia kini.

Page 7: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

Kesan-kesan Globalisasi Ekonomi ke atas Negara Asia Pasifik.

Kesan positif Kesan negatifPerdagangan bebas Penguasaan ekonomi negara oleh

syarikat multinasional

Perluasan pasaran Ancaman kepada barangan,perkhidmatan dan produk tempatan.

Menggalakkan persaingan Ancaman kepada industri IKS

Peningkatan kualiti produk Kesukaran mengawal aliran modal asing

Aliran buruh yang efisyen Penghakisan kedaulatan negara.

Page 8: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

(+)Menambah keupayaan modal dalam negara.

• Industri berteknologi tinggi misalnya memerlukan modal yang banyak.Arus globalisasi mampu membawa banyak modal dari luar yang sudah tentu dapat menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara yang menerima kemasukan pelabur.

• Menyebabkan perkembangan yang pesat industri yang membangun seterusnya menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat,meningkatkan taraf hidup dan memutuskan lingkaran kemiskinan.

Page 9: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

(+)Menggalakkan Pemindahan Teknologi Kepakaran dan R&D

• Globalisasi menyebabkan kemasukan teknologi moden dan pemindahan kepakaran dari negara-negara maju seperti Jepun dan Jerman dapat di laksanakan.

• Rakyat dikehendaki untuk mempelajari kaedah pengendalian teknologi melalui latihan dan usahasama dalam konteks R&D tenaga manusia.

Page 10: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

(+)Perluasan Pasaran

• Peluang kepada negara membangun menembusi pasaran negara maju dengan hak yang sama rata kerana globalisasi bersifat terbuka,luas dan telus.

• Negara yang membangun akan memperoleh keuntungan melalui pengukuhan rangkaian pasaran,harga barangan yang stabil dsb.

• Mengutamakan pengguna dimana pilihan sesuatu barangan dibuat oleh pengguna tanpa melibatkan tekanan atau konkongan daripada mana-mana pihak.

• Di Asean konsep ini di praktikkan melalui AFTA.

Page 11: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

(-)Kegawatan Ekonomi.

• Wang atau modal yang besar bergerak secar bebas dengan menekan satu butang di komputer sahaja.

• Dengan jumlah modal antarabangsa yang begitu besar masuk ke dalam Asia Pasifik maka pasaran kewangan menjadi lebih mudah ubah.

• Penarikan modal asing secara mendadak akan menyebabkan sesebuah negara menjadi muflis,mengalami kegawatan ekonomi ,bebanan hutang luar meningkat dan pelbagai masalah lagi.

Page 12: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

(-)Serangan Spekulator.

• Kegawatan ekonmi berpunca dr mainan spekulator yang menyebabkan kejatuhan nilai mata wang di pasaran saham.Apabila pasaran saham jatuh maka pelabur-pelabur akan menarik semula pelaburan mereka lalu akan mengakibatkan kerugian yang besar kepada negara ya terlibat.

• Di Asia Pasifik,penurunan nilai matawang berpunca dari Thailand seterusnya menurunkan mata wang negara jiran serantau.Di panggil jangkitan asia.

Page 13: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

Kesan serangan spekulator

Langkah-langkah mengatasi

Negara yang tidak mempunyai rezab luar menjadi muflis.

Menjalankan dasar kewangan yang ketat.

Terpaksa menagih simpati dari negar-negar yang lebih maju.

Menaikkan kadar faedah.

Rantaian perniagaan menjadi lemah.

Pelaburan domestik merosot

Permintaan domestik terjejas

Page 14: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

(-)Tekanan ekonomi kepada golongan miskin.

• Globalisasi menyebabkan hak-hak istimewa seprti subsidi di tarik balik.Hal ini menyebabkan peningkatan harga barangan dan mungkin menyebabkan kegawatan politik.

• Masalah inflasi turut berlaku menyebabkan pengurangan dalam pengutipan cukai kerajaan yang seterusnya mengurangkan sumber kewangan kerajaan.

• Selain itu,bank-bank yang dimonopoli oleh syarikat gergasi akan menaikkan kadar pinjaman,mengehadkan kemudahan kredit dsb.

• Kesemua ini akan membebankan rakyat yang miskin.

Page 15: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

(-)Penjajahan baru ekonomi

• Kuasa-kuasa luar yang mempunyai modal,kepakaran dan teknologi yang teguh akan memonopoli ekonomi sesebuah negara.

• Kekayaan ekonomi negara membangun akan dikuasai malahan lebih teruk lagi apabila mereka mengeksploitasi tenaga kerja tempatan dengan upah yang rendah.

• Hal ini dikenali sebagai penjajahan ekonomi.

Page 16: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

Kepentingan saling

bergantungan antara negara.

Berkongsi sumber alam dan tenaga.

Berkongsi teknologi dan

kepakaran.

Berkongsi pasaran dan perdagangan

Berkongsi modal

Berkongsi buruh

Saling melengkapi

Saling menjaga alam sekitar

Page 17: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

Perkongsian sumber bahan mentah dan sumber tenaga.

• Negara yang tidak mempunyai sumber bahan mentah terpaksa berkongsi dengan negara lain yang mempunyai sumber seperti Jepun yang berkongsi petroleum dengan negara Asia.

• Singapura bergantung kepada Malaysia untuk mendapatkan sumber air bersih.

• Malaysia bergantung kepada Thailand untuk bekalan beras.

• Keadaan saling bergantung sudah menjadi kemestian bagi setiap negara.

Page 18: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

Perkongsian dan pemindahan teknologi serta inovasi baru.

• Sesebuah negara hanya boleh dimajukan melalui peningkatan dalam bidang teknologi.

• Usaha Malaysia dalam HITEC bergantung kepada pemindahan teknologi daripada Jepun seperti teknologi kawalan mutu dsb.

• Malaysia juga bergantung kepada Amerika Syarikat dalam teknologi IT seperti MSC yang berkonsepkan lembah silikon di AS.

Page 19: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

Perluasan pasaran antara negara.

• Kesan positif yang dapat dinikmati ialah pertambahan permintaan dan kuasa membeli pengguna.

• Barangan dari Asia boleh dipasarkan di negara Eropah dan begitu juga sebaliknya.

• Perdagangan antara negara juga boleh dinaikkan.

Page 20: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

Perkongsian modal.

• Kekurangan modal akan ditampung oleh negara lain melalui konsep kaedah pelaburan bersama atau pelaburan silang.

Perkongsian buruh• Kekurangan buruh dan tenaga pakar boleh

ditampung oleh negara lain seperti Malaysia yang bergantung kepada tenaga buruh dari Indonesia.

Page 21: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

Ciri-ciri saling bergantungan Malaysia

dengan negara lain.

sumber teknologi

pasaran modal

Page 22: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

Sebab-sebab negara perlu berkerjasama.

Kecekapan ekonomi

Daya saing Pengkhususan

Penyertaan dalam

ekonomi

Dorongan untuk sama-sama cekap seperti negara maju.

Bersaing dengan negara lain yang lebih

maju.

Menggalakkan penyertaan

dalam ekonmi dunia.

Penkhususan dalam bidang ekonomi..

Page 23: Globalisasi Ekonomi Dan Kerjasama Serantau

Kepentingan Pakatan Ekonomi Serantau.

• Mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi dunia.

• Ada pasaran bersama.• Meningkatkan daya saing serantau.• Menjaga kepentingan bersama serantau.• Keperluan guna tenaga buruh.