globalisasi dan kesannya kepada amerika syarikat

14
1.0 Globalisasi dan globalisasi ekonomi Amerika Perbincangan mengenai globalisasi pastinya pincang tanpa kita mengetahui tentang definisinya yang lengkap, bilakah ianya bermula, siapakah pengasasnya, apakah kesannya terhadap masyarakat global dan sejauh manakah ia membantu kepada pembangunan manusia sejagat. Menurut Kamus Dewan, globalisasi didefinisikan sebagai satu fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Bagi James, E.F. dan Mark, O.L. (2009) pula, globalisasi merupakan satu fenomena dan juga satu revolusi. Selain itu, Barat pula mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, ekonomi dan sosial yang boleh dirasai oleh seluruh manusia dunia ini. Ini bermakna, segala-galanya menjadi milik bersama di dalam konsep dunia tanpa sempadan. Proses globalisasi menjadi semakin cepat selepas berlakunya pendemokrasian komunikasi, pendemokrasian kewangan dan pendemokrasian maklumat (Friedman, 2000). Selain itu, di antara faktor lain yang menggalakkan proses globalisasi ini ialah kemajuan sistem pengangkutan, dasar penswastaan dan juga pengurangan sekatan perdagangan. Namun begitu, pendapat yang termahsyur tentang globalisasi ialah daripada Martin Khor (1995) iaitu “Globalization is what we in the Third World have for several centuries called colonization”. Pendapat ini menjelaskan bahawa tiada apa yang patut dibanggakan ataupun diujakan tentang konsep globalisasi ini, melainkan ianya adalah suatu bentuk penjajahan alaf baru ataupun sesuatu yang digelar sebagai neo-kolonisasi semata-mata. Dengan erti kata lain, pendapat ini hanyalah bersifat skeptikal. Selain itu, Ahmad dan Rosman (2003) pula menyimpulkan globalisasi ini dari empat sudut yang berbeza. Pertama, globalisasi merujuk kepada kesedaran tentang saling bergantungan khususnya di dalam perkara alam sekitar. Kedua, globalisasi dilihat sebagai suatu projek iaitu strategi perdagangan global yang ditadbir secara global. Ketiga, globalisasi dilihat sebagai suatu proses perubahan di dalam ekonomi dan hubungan budaya yang menjurus kepada keperluan hubungan di peringkat global dan yang keempat, globalisasi merupakan suatu rangka rujuk untuk memahami hubungan sosial di dalam dunia yang disifatkan sebagai suatu sistem yang tunggal. Sebagai kesimpulannya, globalisasi ialah satu proses perubahan dalam kehidupan masyarakat di seluruh dunia yang mencakupi aspek politik, ekonomi dan sosial.

Upload: wan-mohd-shaharizuan-mat-latif

Post on 09-Aug-2015

217 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: GLOBALISASI DAN KESANNYA KEPADA AMERIKA SYARIKAT

1.0 Globalisasi dan globalisasi ekonomi Amerika

Perbincangan mengenai globalisasi pastinya pincang tanpa kita mengetahui tentang

definisinya yang lengkap, bilakah ianya bermula, siapakah pengasasnya, apakah kesannya

terhadap masyarakat global dan sejauh manakah ia membantu kepada pembangunan manusia

sejagat. Menurut Kamus Dewan, globalisasi didefinisikan sebagai satu fenomena yang

menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan

perkembangan teknologi maklumat. Bagi James, E.F. dan Mark, O.L. (2009) pula, globalisasi

merupakan satu fenomena dan juga satu revolusi. Selain itu, Barat pula mentakrifkan globalisasi

sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan merangkumi segala aspek kehidupan seperti

politik, ekonomi dan sosial yang boleh dirasai oleh seluruh manusia dunia ini. Ini bermakna,

segala-galanya menjadi milik bersama di dalam konsep dunia tanpa sempadan. Proses globalisasi

menjadi semakin cepat selepas berlakunya pendemokrasian komunikasi, pendemokrasian

kewangan dan pendemokrasian maklumat (Friedman, 2000). Selain itu, di antara faktor lain yang

menggalakkan proses globalisasi ini ialah kemajuan sistem pengangkutan, dasar penswastaan

dan juga pengurangan sekatan perdagangan.

Namun begitu, pendapat yang termahsyur tentang globalisasi ialah daripada Martin Khor

(1995) iaitu “Globalization is what we in the Third World have for several centuries called

colonization”. Pendapat ini menjelaskan bahawa tiada apa yang patut dibanggakan ataupun

diujakan tentang konsep globalisasi ini, melainkan ianya adalah suatu bentuk penjajahan alaf

baru ataupun sesuatu yang digelar sebagai neo-kolonisasi semata-mata. Dengan erti kata lain,

pendapat ini hanyalah bersifat skeptikal. Selain itu, Ahmad dan Rosman (2003) pula

menyimpulkan globalisasi ini dari empat sudut yang berbeza. Pertama, globalisasi merujuk

kepada kesedaran tentang saling bergantungan khususnya di dalam perkara alam sekitar. Kedua,

globalisasi dilihat sebagai suatu projek iaitu strategi perdagangan global yang ditadbir secara

global. Ketiga, globalisasi dilihat sebagai suatu proses perubahan di dalam ekonomi dan

hubungan budaya yang menjurus kepada keperluan hubungan di peringkat global dan yang

keempat, globalisasi merupakan suatu rangka rujuk untuk memahami hubungan sosial di dalam

dunia yang disifatkan sebagai suatu sistem yang tunggal. Sebagai kesimpulannya, globalisasi

ialah satu proses perubahan dalam kehidupan masyarakat di seluruh dunia yang mencakupi aspek

politik, ekonomi dan sosial.

Page 2: GLOBALISASI DAN KESANNYA KEPADA AMERIKA SYARIKAT

Terdapat banyak pendapat tentang bilakah bermulanya era globalisasi ini namun secara

umumnya, konsep globalisasi menjadi semakin popular selepas berakhirnya era perang dingin

pada tahun 1991. Umumnya “Perang Dingin” ialah persaingan terbuka tetapi terhad yang

bermula selepas Perang Dunia Kedua di antara Amerika Syarikat dan sekutunya melawan

Kesatuan Soviet dan sekutunya. Pergeseran ini dikenali sebagai Perang Dingin kerana ianya

tidak membabitkan pertempuran bersenjata secara langsung di antara kuasa besar secara besar-

besaran (Wikipedia, 2014). Era perang dingin berakhir setelah runtuhnya empayar Kesatuan

Soviet, diikuti dengan runtuhnya Tembok Berlin dan secara amnya meruntuhkan “tembok-

tembok” lain di dunia. Selepas kejadian inilah, dunia menyaksikan berjayanya blok kapitalis

meluaskan pengaruhnya ke seluruh dunia, jauh meninggalkan blok komunis.

Globalisasi ekonomi ialah satu kod undang-undang ekonomi yang seragam yang

diamalkan dan digunapakai di seluruh masyarakat dunia. Ia membawa kepada penghapusan

halangan ekonomi di antara sesebuah negara dengan negara lain dan supaya urus niaga ini

berlaku dengan pantas terutamanya di dalam aspek perdagangan, kewangan dan pelaburan.

Globalisasi ekonomi berlaku apabila dasar-dasar kerajaan yang mengawal ekonomi tempatan

daripada ekonomi luar menjadi semakin longgar, sebaliknya ekonomi tempatan pula yang

terpaksa mengikut rentak ekonomi luar yang akhirnya telah meminggirkan ekonomi tempatan.

Di antara faktor-faktor yang telah mencepatkan lagi proses ini ialah hasil kemajuan sains dan

teknologi yang menyebabkan urusan pemindahan wang menjadi mudah, mata wang dapat

diniagakan dengan mudah manakala saham dan bon juga boleh dibeli dan dijual dengan mudah.

Selain itu, dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pula mentakrifkan globalisasi ekonomi

sebagai “pergantungan ekonomi yang semakin berkembang antara negara melalui kenaikan

jumlah dan kepelbagaian tukaran barangan dan perkhidmatan, pergerakan pelaburan

antarabangsa yang bebas dan peresapan teknologi yang lebih pesat dan meluas” (Utusan

Malaysia, 2011). Menurut pendapat seorang pakar ekonomi Islam sedunia iaitu Sheikh Imran

Hosein, “Untuk menjadikan Amerika sebagai negara yang paling berkuasa di dunia, Amerika

perlu berjaya mengawal dua perkara iaitu ketenteraan dunia dan juga ekonomi dunia”. Maka di

sinilah kesinambungan tindakan Amerika Syarikat yang meletakkan pengkalan tenteranya di

kebanyakan negara di dunia, terutamanya di negara yang mempunyai khazanah petroleum.

Selain itu, urus niaga antarabangsa juga turut menggunakan mata wang USD sebagai mata wang

Page 3: GLOBALISASI DAN KESANNYA KEPADA AMERIKA SYARIKAT

utama, di samping berkembangnya bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa. Bahkan, bahasa

Inggeris digunakan oleh hampir 2 bilion manusia pada masa sekarang.

2. Bank Dunia, IMF, WTO dan MNC

Bagi membolehkan Amerika mengawal sistem kewangan dunia inilah, Bank Dunia dan

IMF ditubuhkan di bawah perjanjian “Bretton Woods”, 1944 selepas Perang Dunia Kedua

(George, R., 2011). Dua badan ini berperanan untuk mengurus tadbir sistem kewangan dunia dan

juga menjadi pemantau ekonomi dunia yang utama. IMF memberikan pinjaman untuk jangka

masa pendek terutamanya ketika krisis mata wang manakala Bank Dunia pula menyediakan

pinjaman untuk jangka masa panjang seperti pinjaman pembangunan. Perkara terpenting ialah

kesemua hutang ini melibatkan riba. Pada peringkat awal, urus niaga perdagangan dunia

menggunakan USD yang disandarkan kepada emas namun mulai tahun 1973, USD dibiarkan

terapung sahaja di pasaran antarabangsa sehingga sekarang. Disebabkan itulah, kebergantungan

pasaran dunia terhadap USD semakin bertambah.

Bank Dunia dan IMF benar-benar membantu Amerika untuk mencapai ekonomi terbesar

dunia, berdasarkan KDNK Amerika yang tertinggi di dunia sejak dari dulu, dengan nilai KDNK

yang mencecah 16.8 trilion USD pada tahun 2013. Umumnya kita mengetahui bahawa setiap

pembangunan ekonomi memerlukan wang dan wang pula diwujudkan dengan hutang.

Disebabkan itulah, walaupun GDP Amerika merupakan yang tertinggi di dunia, hutang Amerika

juga merupakan yang tertinggi di dunia. Namun begitu, sekiranya USD jatuh dan ekonomi

Amerika meleset, seluruh dunia juga akan menghadapi kemelesetan ekonomi bagaikan teori

domino. Inilah kesan dari peningkatan teori kebergantungan ini.

Selain itu, Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang ditubuhkan pada 1 Januari 1995

juga berfungsi sebagai katalis globalisasi ekonomi dunia kerana ianya menggalakkan

perdagangan antarabangsa melalui penetapan peraturan perdagangan, pelaksanakan perjanjian

perdagangan dan juga memastikan negara ahlinya berpegang kepada perjanjian yang dimeterai.

Tiga badan utama WTO ialah Persidangan Menteri, Majlis Agung dan Ketua Pengarah.

Di antara “aktor utama” globalisasi ekonomi dunia ialah syarikat “multinational

corporation” (MNC). George, R. (2011) menyatakan bahawa kesemua 61,000 MNC di dunia ini

Page 4: GLOBALISASI DAN KESANNYA KEPADA AMERIKA SYARIKAT

menyumbangkan sebanyak 1/10 dari GNP dunia, selain menyumbangkan sebanyak 1/3 dari

jumlah eskport dunia. Tidak hairanlah, terdapat 96 dari 100 MNC yang terbesar di dunia ini yang

berasal dari negara baju. Bahkan, pengasas Microsoft iaitu Bill Gates juga sering kali dinobatkan

sebagai manusia yang terkaya di dunia kerana pendapatan syarikat Microsost, syarikat yang

berpangkalan di Amerika ini ialah sebanyak 69.9 bilion USD setahun pada tahun 2011. Selain

itu, pendapatan syarikat Apple pula ialah sebanyak 156 bilion USD, Coca-cola sebanyak 35.119

bilion USD, McDonald sebanyak 24.1 bilion USD dan pendapatan Intel pula sebanyak 43.6

bilion USD (kesemua data merujuk pada tahun 2011). Inilah impak globalisasi memandangkan

taburan pelanggan mereka yang berada di seluruh dunia.

3.0 Penurunan pertumbuhan KDNK (GDP) negara Amerika

Walaupun syarikat-syarikat MNC yang berasal dari Amerika ini mencatatkan keuntungan

yang sangat besar dan mencecah beratus bilion USD setahun, pertumbuhan GDP Amerika

sebaliknya menurun sejak dari tahun 1975 lagi seperti Rajah 1 di bawah.

Rajah 1: Kadar pertumbuhan pekerjaan melawan pertumbuhan GDP di Amerika

Menurut Wikipedia (2013), keluaran dalam negara kasar (KDNK) atau GDP sesebuah

negara adalah merupakan satu cara untuk mengukur ekonomi negara tersebut. KDNK bermaksud

jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan di dalam

sesebuah negara pada masa yang tertentu (lazimnya dalam setahun) dan ianya diberi di dalam

nilai wang. Akan tetapi, ukuran KDNK juga ada beberapa kekurangan. Contohnya apabila rakyat

Page 5: GLOBALISASI DAN KESANNYA KEPADA AMERIKA SYARIKAT

Amerika menyimpan wang di luar negara, KDNK Amerika akan berkurang tetapi apabila rakyat

Amerika berhutang dari luar negara dan menyimpannya di negara Amerika, KDNK Amerika

tetap akan meningkat walaupun duit tersebut adalah hutang. Berdasarkan maksud di atas dan

dengan mengabaikan kekurangan KDNK tersebut, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan

penurunan kadar KDNK di Amerika iaitu penurunan pengeluaran di dalam negara (khususnya

indsutri pembuatan), penurunan kuasa beli rakyat (termasuklah faktor inflasi) dan kenaikan

import negara.

3.1 Penurunan pengeluaran di dalam negara Amerika (khususnya industri pembuatan)

Menurut Robert T. Kiyosaki di dalam bukunya, “Rich Dad Poor Dad”, kita mendapat

untung ketika membeli dan bukannya menjual. Begitulah juga di dalam sektor pembuatan

ataupun perkilangan, syarikat tersebut akan mendapat maksimum keuntungan dengan

menggunakan kos yang minimum, sama ada kos bahan mentah, kos operasi, kos pengangkutan

mahupun kos pengiklanan. Disebabkan inilah, semakin banyak syarikat yang berpangkalan di

Amerika memindahkan lokasi mereka ke negara lain.

Menurut “New York Times”, syarikat-syarikat MNC yang berpangkalan di Amerika ini

menyumbangkan sebanyak 60% dari KDNK Amerika melalui aktiviti import dan eskport

mereka. Pada tahun 1989-1999 yang lepas, kesemua syarikat MNC ini menyediakan pekerjaan

kepada 4.4 juta penduduk Amerika dan kepada 2.7 juta penduduk di luar Amerika namun pada

tahun 1999-2009 (sejurus kemelesetan ekonomi dunia), pemindahan lokasi syarikat ini

menyebabkan 3 juta penduduk Amerika kehilangan pekerjaan (seperti yang ditunjukkan pada

Rajah 1 di atas), sebaliknya menambah 2.4 juta pekerjaan lagi kepada penduduk di luar Amerika.

Kunci utama di sini ialah, kurangnya peluang pekerjaan di Amerika ini bukanlah

disebabkan peningkatan teknologi atau mesin yang berjaya meningkatkan produktivi barangan

ataupun penggantian sumber tenaga manusia, namun ianya disebabkan oleh kos operasi yang

jauh lebih murah di luar negara (malahan ada yang kurang dari 1/10 Amerika). Menurut satu

statistik, sebanyak 42,400 buah syarikat yang telah meninggalkan Amerika sejak dari tahun

2001, menyebabkan pengurangan jumlah pekerjaan sebanyak 32%. Ini bukan sahaja melibatkan

industri yang berteknologi rendah yang tidak memerlukan kepakaran tinggi bahkan ianya juga

melibatkan industri yang berteknologi tinggi. Buktinya, bilangan pekerjaan di dalam industri

Page 6: GLOBALISASI DAN KESANNYA KEPADA AMERIKA SYARIKAT

komputer pada tahun 2010 adalah lebih rendah berbanding dengan tahun 1975. Pada tahun 1959,

industri pengeluaran menyumbang kepada 28% GDP Amerika namun pada tahun 2008, ianya

menyumbang sebanyak 11.5% sahaja. Selain itu, hingga akhir tahun 2009, bilangan rakyat

Amerika yang bekerja di dalam sektor pengeluaran hanyalah sebanyak 12 juta orang sahaja, iaitu

bersamaan dengan jumlah pekerja di dalam sektor pengeluaran pada tahun 1941.

Sebagai contoh, walaupun syarikat Harley Davidson menjadi kebanggaan negara

Amerika syarikat di dalam industri pembuatan motosikal berkuasa tinggi terutamanya model

“Chopper”, ia juga telah memindahkan operasi kilang mereka dari Detroit ke India. Disebabkan

inilah, pemerhati ekonomi Amerika yang bernama Michael memberitahu bahawa pada setiap

bulan, semakin banyak kilang pengeluaran, peluang pekerjaan dan kekayaan meninggalkan

bandar Detroit. Disebabkan inilah, kadar pengangguran di bandar Detroit mencecah 50%,

sebanyak 44 buah sekolah terpaksa ditutup, sebanyak 33,500 buah rumah terpaksa dikosongkan

dan sebanyak 91,000 buah lot rumah lagi masih menunggu penyewa. Selain itu, sebuah syarikat

Sweden yang bernama Telleborg Wheel Systems yang mengusahakan industri tayar di Hart-ville,

Ohio juga telah memindahkan kilang mereka ke negara Sri Lanka. Akan tetapi, eksekutif

syarikat tersebut bukan sahaja menimbangkan tentang penurunan kos buruh, bahkan untuk

menjamin hak harta intelek juga.

3.2 Kuasa beli rakyat Amerika berkurang

Selain daripada faktor pengeluaran di dalam negara yang berkurang (khususnya industri

pembuatan), penurunan KDNK Amerika juga berpunca dari penurunan kuasa beli rakyat

Amerika. Sebagai contoh, apabila harga sesuatu barangan atau perkhidmatan itu meningkat

disebabkan inflasi ataupun ketika permintaan melebihi pengeluaran namun kadar pendapatan

tetap sama dan tidak meningkat seiring inflasi, pastinya kuasa beli rakyat akan berkurang.

Sebagai contoh, harga sebiji epal pada hari ini ialah 1 USD dan pada keesokan hari ialah 2 USD,

pastinya orang yang bergaji 1 USD tidak dapat membeli epal tersebut pada keesokan hari.

Justeru itu, faktor inflasi atau kenaikan harga barangan inilah yang menyebabkan KDNK

Amerika berkurang. Ditambah pula dengan fenomena pengangguran yang semakin meningkat,

sekaligus menurunkan lagi kuasa beli rakyat Amerika. Rajah 2 dan 3 di bawah menunjukkan

Page 7: GLOBALISASI DAN KESANNYA KEPADA AMERIKA SYARIKAT

inflasi Amerika yang sentiasa ada pada setiap tahun, dengan purata 4% setahun di dalam 30

tahun kebelakangan ini.

Rajah 2: Kadar inflasi di Amerika Rajah 3: Inflasi barangan

3.3 Kenaikan import negara Amerika

Seandainya harga barangan tempatan meningkat, pastinya permintaan untuk barangan

import yang lebih murah juga akan turut meningkat memandangkan kuasa beli rakyat yang

terhad. Selain itu, kenaikan import negara juga bermaksud kurangnya barangan tersebut

dihasilkan di negara tersebut, menyebabkan wang dari dalam negara Amerika mengalir keluar

negara seterusnya mengurangkan nilai KDNK Amerika. Rajah 4 di bawah menunjukkan kadar

import dan eksport negara Amerika yang jika diteliti, perbezaan di antara import dan eksport

Amerika semakin meningkat dari tahun 1997 hinga 2009. (Sumber dari Bloomberg).

Rajah 4: Import dan eksport negara Amerika

Justeru itu, terbuktilah bahawa globalisasi ini menyebabkan kemunduran kepada negara

Amerika melalui pertumbuhan GDP per kapita negara Amerika yang begitu kecil iaitu hanya

Page 8: GLOBALISASI DAN KESANNYA KEPADA AMERIKA SYARIKAT

1.0% dan menduduki tempat ke-125 seperti rajah 5 di bawah berbanding negara China yang

menduduki tempat ke-7 dengan pertambahan GDP per kapita sebanyak 8.8%. Namun demikian,

globalisasi ini sememangnya lebih menguntungkan golongan pemodal mahupun “jerung

kapitalisme” ini, berdasarkan kos operasi yang lebih murah di negara lain. Di antara badan utama

yang turut memacu fenomena ini ialah WTO dan MNC.

Rajah 5: GDP per kapita pada tahun 2011

4.0 Kebangkitan negara China

Menurut Wikipedia (2013), Parti Komunis China (PKC) telah berjaya memformulakan

dasar ekonominya sebagai sesuatu yang sosialis dengan karakter China. Bermula pada tahun

1978, kepemimpinan China telah berjaya mereformasikan sektor ekonominya daripada sistem

yang berasaskan kawasan pusat “ala Soviet” kepada sistem baru yang lebih kapitalis namun

masih di bawah kawalan politik PKC. Dengan itu, pentadbiran China telah menambah kuasa

pegawai tempatan dan pengurus kilang di dalam industri, mempelbagaikan pengusahawanan

servis termasuklah perkilangan kecil, mengadakan ekonomi terbuka terhadap perdagangan dan

pelaburan luar dan kawalan harga juga telah dilonggarkan.

Ini sekaligus berjaya mengubah sistem ekonomi China yang berasaskan sistem komunis

kepada sistem ekonomi campuran komunis dan kapitalis. Kerajaan PKC tidak suka menekankan

Page 9: GLOBALISASI DAN KESANNYA KEPADA AMERIKA SYARIKAT

kesamarataan apabila ia mula membangunkan ekonominya, sebaliknya ia menekankan kenaikan

taraf pendapatan peribadi dan kebolehan membuat pembelian dan mewujudkan sistem

pengurusan baru untuk meningkatkan produktiviti. Kerajaan juga memberikan fokus kepada

perdagangan antarabangsa sebagai salah satu cara untuk meningkatkan sektor ekonomi China,

dan dengan ini ia mewujudkan lebih daripada 2,000 Zon Ekonomi Khas (SEZ) di mana undang-

undang mengawal pelaburan telah dilonggarkan untuk menarik pelabur asing. Hasilnya, KDNK

per kapita China bertambah sebanyak empat kali ganda sejak tahun 1978.

Pada tahun 1999 pula, dengan jumlah penduduk sebanyak 1.25 bilion dan KDNK per

kapita yang berjumlah 3,800 USD, China telah berjaya menjadi ekonomi keenam terbesar di

dunia di dalam pertukaran wang asing dan ketiga terbesar di dunia selepas Kesatuan Eropah dan

Amerika Syarikat daripada segi kuasa pembelian (Wikipedia, 2013). Ini menjadikan China

sebagai fokus utama dunia pada masa kini dengan hampir kesemua negara menjalinkan

hubungan perdagangan dengannya. Selain itu, China juga merupakan pengeksport terbesar dan

pengimport kedua terbesar barangan di dunia, dengan enam rakan dagangan utamanya (Amerika,

Jepun, Hong Kong, Korea Selatan, Taiwan dan Jerman) membentuk lebih 50% daripada jumlah

perdagangan antarabangsa China. Selain itu, bilangan bilionair di negara China juga merupakan

yang kedua tertinggi di dunia selepas Amerika, selain bilangan orang miskin yang semakin

berkurang. Bahkan, negara China juga telah menyediakan 22 juta perniagaan baru untuk

menampung 135 juta rakyatnya (James, E.H. dan Mark, O.L., 2009).

5.0 Sumbangan WTO kepada KDNK China

Menurut Radio Antarabangsa China (CRI), bermulanya China sebagai ahli WTO ialah

pada 11 Disember 2001 walaupun WTO ditubuhkan sejak 1995 lagi. Wakil utama Bank Dunia

ke China, David Dollar memberitahu pemberita: “Jumlah perdagangan dunia telah meningkat

sebanyak 20% disebabkan keanggotaan China di dalam WTO”. Selain itu, Ketua Pengarah

WTO, Pascal Lamy juga memberikan nilai A+ di atas sumbangan China terhadap sistem

perdagangan pelbagai hala. Rajah 6 di bawah (sumber dari Bank Dunia) menunjukkan

peningkatan GDP China manakala rajah 7 di bawah menunjukkan unjuran GDP China yang

berkemungkinan melepasi GDP Amerika pada tahun 2017 nanti (sumber dari IMF, 2011).

Page 10: GLOBALISASI DAN KESANNYA KEPADA AMERIKA SYARIKAT

Rajah 6: Peningkatan GDP China Rajah 7: GDP China berbanding Amerika

China melaksanakan perjanjian yang dibuat ketika menganggotai WTO dengan

bersungguh-sungguh. Menurut statistik Kementerian Perdagangan, paras tarif China telah

menurun daripada 15.3% kepada 9.8% di dalam tempoh 12 tahun yang lalu. Seiring dengan

pengurangan tarif dan peningkatan keefisienan pengeluaran, harga barangan elektrik dan

elektronik seperti televisyen, mesin basuh, peti sejuk, kamera digital dan lain-lain juga turun

dengan mendadak. Selain itu, China juga telah membuka 100 sektor perkhidmatan kepada luar

dan mengemukakan lebih daripada 3,000 buah peraturan baru berdasarkan piawaian WTO. Di

dalam masa 10 tahun yang lalu juga, China telah memberikan keutamaan bebas tarif kepada

sebahagian barangan dari 41 buah negara yang paling mundur dan menjadi pasaran terbesar bagi

negara-negara tersebut. Jumlah import China dari negara yang paling mundur mencecah 200

bilion USD. Ini membuktikan bahawa pembangunan China tidak dapat diwujudkan tanpa negara

lain, bahkan negara lain juga memerlukan China.

Selain itu, produk terkenal Apple seperti i-Phone dan i-Pad juga dipasang di China. China

bukan sahaja berjaya mengeluarkan barangan Apple ini dengan harga yang lebih murah, malah

kuasa beli rakyatnya juga semakin bertambah dan disebabkan itulah, China juga merupakan

pasaran Apple yang kedua terbesar di dunia untuk produk i-Phone dan i-Pad ini. Selain itu,

kenderaan yang dikeluarkan oleh syarikat General Motors juga banyak dibeli oleh rakyat China

berbanding rakyat Amerika sendiri pada tahun 2011. Bahkan, China juga merupakan pasaran

yang ketiga terbesar di dunia untuk syarikat McDonald, di samping penyumbang keuntungan

Page 11: GLOBALISASI DAN KESANNYA KEPADA AMERIKA SYARIKAT

yang besar untuk syarikat Pizza Hut, Taco Bell dan KFC. Ini berikutan gaji pekerja biasa di

China yang telah meningkat sehingga 1000% di dalam masa 10 tahun ini.

6.0 China sebagai ancaman kepada Amerika selaku kuasa ekonomi dunia

Menurut James, E.H. dan Mark, O.L. (2009)., kunci utama kepada peningkatan ekonomi

China ini bukanlah disebabkan oleh kapitalisme, bahkan ianya berpunca dari globalisasi. Sejurus

China memperkenalkan dasar buka pintunya pada tahun 1978 dan menganggotai WTO pada

tahun 2001, industri perkilangan di China telah meningkat dengan drastiknya, malahan telah

berjaya mengatasi pengeluaran di Amerika Syarikat pada tahun 2010 yang lepas seperti rajah 8

di bawah. Inilah yang menyebabkan pertumbuhan GDP per kapita China jauh meninggalkan

GDP per kapita Amerika seperti rajah 9 di bawah.

Rajah 8: Pengeluaran industri China dan Amerika Rajah 9: Pertumbuhan GDP China dan US

Memang tidak dapat dinafikan, proses globalisasi inilah yang menyebabkan aliran wang

dari Amerika berterusan mengalir ke negara China, samada daripada pemindahan kilang dari

Amerika ke China ataupun daripada peningkatan barangan import siap dari China ke Amerika.

Mengikut nisbah perdagangan di antara Amerika dan China merujuk tahun 2009 seperti rajah 10

di bawah, eksport dari Amerika ke China adalah sebanyak 70 bilion USD sahaja namun jumlah

import Amerika dari China adalah sebanyak 290 bilion USD (berlaku defisit sebanyak 220 bilion

USD di dalam masa setahun sahaja). Inilah yang menyebabkan aliran wang negara Amerika

mengalir dengan banyaknya ke negara China.

Page 12: GLOBALISASI DAN KESANNYA KEPADA AMERIKA SYARIKAT

Rajah 10: Perdagangan Amerika dan China

Selain itu, produk-produk dari negara China juga semakin mendapat tempat di kalangan

penduduk dunia. Strategi barangan China dengan teknologi yang seiring dengan produk yang

sedia ada namun dengan harga yang lebih murah, begitu diidamkan oleh seluruh penduduk

dunia, lebih-lebih lagi dengan kuasa beli yang semakin berkurang disebabkan kenaikan faedah

bank ataupun faktor inflasi. Inilah yang menyebabkan jenama terkenal China sepeti Lenovo

semakin mendapat tempat di kalangan penggemar gadget sedunia. Yang terbaru, syarikat Lenovo

juga telah membeli syarikat IBM dan juga Motorola. Selain itu, syarikat terbaru “Apple China”

yang bernama Xiaomi juga dikatakan dapat menjadi pencabar utama untuk telefon pintar

Samsung dan Apple. Inilah hasil inovasi usahawan China.

Akan tetapi, untuk menjadikan China sebagai sebuah negara yang paling berkuasa di

dunia, bukan GDP terbesar di dunia sahaja yang diambil kira. Sebaliknya China juga

memerlukan peningkatan GDP per kapita (walaupun ianya satu cabaran berat memandangkan

rakyat China yang seramai 1.3 bilion), keadilan sosial, keseimbangan pendapatan, kebolehan

untuk menjadi peneraju di dalam bidang sains dan teknologi dan kemampuan untuk memimpin

dunia di dalam hal ehwal keamanan dan keselamatan. Justeru itulah, China telah membuat

pelaburan yang banyak di dalam peningkatan modal insan rakyatnya. Buktinya pada tahun 1978,

China hanya mempunyai 598 buah universiti dengan jumlah pelajar seramai 400,000 orang

sahaja namun pada tahun 2006, bilangan universiti di China telah meningkat iaitu sebanyak

1,800 buah dengan jumlah pelajar seramai 5 juta orang. Di samping itu, terdapat 120,000 orang

pelajar lagi yang dihantar ke luar negara. (James, E.H. dan Mark, O.L., 2009).

Page 13: GLOBALISASI DAN KESANNYA KEPADA AMERIKA SYARIKAT

7.0 Kerjasama BRICS

Menurut Wikipedia (2013), BRICS ialah singkatan perkumpulan sebuah kesatuan

ekonomi yang terdiri daripada negara Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan (South

Africa). Singkatan ini (asalnya BRIC) dicipta oleh Jim O' Neill dalam kertas kerja “Building

Better Global Economic BRIC” (2011). Singkatan ini digunakan secara meluas sebagai lambang

peralihan kuasa ekonomi global daripada negara maju G7 kepada negara membangun. Pada 13

April 2011, "S" secara rasminya ditambah kepada BRIC untuk menjadi BRICS setelah Afrika

Selatan menyertai kesatuan ini. Pakatan BRICS ini merupakan pakatan yang kuat

memandangkan jumlah penduduk di kesemua negara BRICS yang mencecah separuh penduduk

dunia dan ekonomi mereka juga mewakili 20% daripada ekonomi dunia.

Melalui rajah 11 di bawah (sumber dari Bank Dunia), didapati bahawa pertumbuhan

GDP per kapita negara-negara BRICS ini adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara

G7 sekalipun di dalam 10 tahun kebelakangan ini. Bahkan, pertumbuhan GDP per kapita negara-

negara G7 seperti United Kingdom, Sepanyol dan Itali juga kelihatan statik. Oleh itu, sekiranya

keadaan ini berterusan, pastinya blok komunis akan mengambil alih kuasa blok kapitalis sebagai

kuasa ekonomi dunia. Selain itu, terdapat satu usul yang hangat tentang hasrat anggota BRICS

untuk memansuhkan penggunaan USD di dalam perdagangan minyak sesama mereka. Jika ini

terjadi, saya menjangkakan ini ialah satu permulaan perang terhadap Amerika.

Rajah 11: GDP per kapita bagi negara-negara yang mempunyai pasaran terbesar dunia

Page 14: GLOBALISASI DAN KESANNYA KEPADA AMERIKA SYARIKAT

8.0 Kesimpulan:

Pada suatu makan malam di Lembah Silikon, 2011, Presiden Amerika Barack Obama

telah bertanyakan satu soalan kepada CEO Apple Steve Jobs iaitu “apakah yang patut Steve Jobs

buat untuk membawa balik pengeluaran i-Phone dari China ke Amerika”. Lantas Steve Jobs

menjawab, “Ianya tidak akan dibawa balik”. Sebenarnya inilah gambaran ringkas tentang kesan

globalisasi terhadap Amerika. Globalisasi berjaya meningkatkan pendapatan sebahagian besar

syarikat MNC Amerika yang digelar “jerung kapitalisme” ini, namun negara Amerika pula

sebaliknya iaitu semakin lemah untuk memegang statusnya sebagai kuasa terbesar dunia.

Selain itu, globalisasi juga bakal menyebabkan negara China berjaya mencapai GDP

yang tertinggi di dunia dan mengatasi Amerika seawal tahun 2017. Namun begitu, ancaman

terbaru kepada proses globalisasi ini bukanlah “race to the bottom” iaitu negara pengeluar

berusaha untuk mengurangkan mata wang mereka untuk menjual produk dengan harga terendah,

bahkan ancaman terbaru kepada proses globalisasi ini ialah semaksimum robot yang bakal

menggantikan sumber tenaga manusia sendiri, terutamanya di dalam sektor pengeluaran. Dan

inilah langkah yang ingin diambil oleh Amerika untuk melawan kos buruh yang murah di China.

9.0 Rujukan:

1. http://www.wikipedia.com

2. http://www.business.insider.com

3. http://www.unz.com

4. http://www.washingtonpost.com

5. http://www.forbes.com

6. http://malay.cri.cn

7. http://www.youtube.com/watch?v=CalZLYzP3e4

8. Ahmad, S.M.N. dan Rosman, M.Y., 2003. Konsep, Teori, Dimensi dan Isu Pembangunan,

Johor: UTM Press.

9. James, E.H. dan Mark, O.L., (5th

eds.). 2009. Taking Sides: Clashing Views on Global Issues,

Amerika: Mc Graw-Hill.

10. George, R., 2011. Globalization: The Essentials, United Kingdom: John Wiley & Sons Ltd.