asia tenggara dalam transformasi : contoh pertanian padi malaysia

6
1 PENGENALAN Aktiviti pertanian di Malaysia menyumbang sebanyak 12% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Pertanian merupakan kegiatan ekonomi sara diri masyarakat Melayu tradisional yang sangat penting. Dalam aktiviti pertanian ini, padi merupakan tanaman utama memandangkan nasi merupakan makanan ruji bagi penduduk di Malaysia. Padi merupakan tanaman yang ketiga terluas penanamannya di Malaysia selepas kelapa sawit dan getah. Pada tahun 2010, keluasan padi adalah 687 940 hektar dan hasil pengeluarannya pula adalah sebanyak 2 548 309 metrik tan. SISTEM-SISTEM TANAMAN PADI DI MALAYSIA Gambar 1: Dua sistem tanaman padi di Malaysia - Padi sawah (kiri), Padi huma (kanan) Terdapat dua sistem tanaman padi di Malaysia iaitu padi sawah dan padi huma. Padi sawah adalah padi yang ditanam di sawah padi yang bertakung air semasa peringkat pertumbuhannya. Padi sawah yang turut dikenali sebagai padi bendang merupakan jenis padi yang banyak ditanam di Semenanjung Malaysia terutamanya di bahagian Utara, Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Antara negeri yang mempunyai tanaman padi sawah adalah seperti Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Padi huma atau padi bukit pula merupakan sistem tanaman padi yang asal di Malaysia sebelum sistem penanaman padi sawah diperkenalkan. Padi huma adalah padi yang ditanam di kawasan kering sama ada di tanah tinggi atau tanah rendah dan bergantung kepada air hujan sahaja untuk keperluan bekalan air. Padi huma banyak ditanam di Sabah dan Sarawak yang pada

Upload: sharifah-nor-hadaniah

Post on 12-Jun-2015

1.759 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asia Tenggara Dalam Transformasi : contoh pertanian padi Malaysia

1

PENGENALAN

Aktiviti pertanian di Malaysia menyumbang sebanyak 12% Keluaran Dalam Negara

Kasar (KDNK) negara. Pertanian merupakan kegiatan ekonomi sara diri masyarakat Melayu

tradisional yang sangat penting. Dalam aktiviti pertanian ini, padi merupakan tanaman utama

memandangkan nasi merupakan makanan ruji bagi penduduk di Malaysia. Padi merupakan

tanaman yang ketiga terluas penanamannya di Malaysia selepas kelapa sawit dan getah. Pada

tahun 2010, keluasan padi adalah 687 940 hektar dan hasil pengeluarannya pula adalah sebanyak

2 548 309 metrik tan.

SISTEM-SISTEM TANAMAN PADI DI MALAYSIA

Gambar 1: Dua sistem tanaman padi di Malaysia - Padi sawah (kiri), Padi huma (kanan)

Terdapat dua sistem tanaman padi di Malaysia iaitu padi sawah dan padi huma. Padi

sawah adalah padi yang ditanam di sawah padi yang bertakung air semasa peringkat

pertumbuhannya. Padi sawah yang turut dikenali sebagai padi bendang merupakan jenis padi

yang banyak ditanam di Semenanjung Malaysia terutamanya di bahagian Utara, Pantai Barat

Semenanjung Malaysia. Antara negeri yang mempunyai tanaman padi sawah adalah seperti

Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

Padi huma atau padi bukit pula merupakan sistem tanaman padi yang asal di Malaysia

sebelum sistem penanaman padi sawah diperkenalkan. Padi huma adalah padi yang ditanam di

kawasan kering sama ada di tanah tinggi atau tanah rendah dan bergantung kepada air hujan

sahaja untuk keperluan bekalan air. Padi huma banyak ditanam di Sabah dan Sarawak yang pada

Page 2: Asia Tenggara Dalam Transformasi : contoh pertanian padi Malaysia

2

kebiasaannya ditanam oleh orang asli seperti orang Iban dan Murut. Di semenanjung Malaysia

pula terdapat di Pahang, Perak, Kelantan, Terengganu, dan sedikit di Johor. Tiada statistik yang

sebenar dalam jumlah keluasan padi huma namun dianggarkan sekitar 700-1350 hektar.

AGEN-AGEN PERUBAHAN

1. Pertumbuhan penduduk

Pertumbuhan ekonomi dunia yang pesat dan proses globalisasi telah mewujudkan

peluang dan cabaran kepada pertumbuhan ekonomi negara. Keadaan ini telah menyebabkan

sektor pertanian yang turut merangkumi industri agromakanan turut berdepan dengan cabaran

dan perlu melaksanakan perubahan bagi meningkatkan sumbangannya dalam menyokong

aspirasi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Antara perkara yang dijangka

memberi tekanan kepada industri pengeluaran makanan tempatan adalah berlakunya

pertambahan penduduk, peningkatan pendapatan serta perubahan cita rasa pengguna.

Isu jaminan bekalan makanan telah mendapat perhatian apabila berlakunya peningkatan

harga makanan secara mendadak terutamanya beras pada tahun 2008. Oleh itu, bagi menampung

keperluan makanan bagi pertambahan penduduk, kemudahan pengairan telah disediakan bagi

membolehkan penanaman padi diusahakan dua kali setahun. Penggunaan baja kimia, racun

serangga, jentera moden dan benih yang bermutu tinggi juga digunakan bagi meningkatkan hasil

pengeluaran padi.

2. Komersialisasi

Komersialisasi adalah kegiatan pertanian yang diusahakan dalam bentuk perladangan

dengan hasil dalam kuantiti yang besar, jadi memerlukan keluasan tanah yang lebih luas yang

bermotifkan perniagaan dan keuntungan. Ini terjadi kerana permintaan petani itu sendiri untuk

mendapat pendapatan lebih bagi memenuhi keperluan asas mereka. Bagi mendapatkan keperluan

asas mereka memerlukan wang atau sumber pendapatan untuk membeli barangan keperluan

tersebut.

Sebagai contoh, padi hibrid yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi pencantuman

benih-benih yang bermutu yang berlainan untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti. Padi

ini menjimatkan kawasan padi dan memberikan hasil yang lebih iaitu sebanyak 7 tan bagi setiap

hektar berbanding padi biasa iaitu sebanyak 4 atau 5 tan. Ianya juga menjimatkan penggunaan

Page 3: Asia Tenggara Dalam Transformasi : contoh pertanian padi Malaysia

3

baja. Padi ini tiada beza dengan padi biasa cuma berbeza dari segi ketinggian dimana padi hibrid

ini lebih tinggi. Namun kos untuk menghasilkan benih hibrid agak tinggi iaitu RM15 sekilo

berbanding padi inhibrid RM1.40 sekilo.

3. Pengaruh kerajaan

Pengaruh kerajaan adalah yang melibatkan dasar, polisi, dan usaha kerajaan dalam

memajukan sektor pertanian. Di Malaysia sendiri kerajaan memainkan peranan dalam memberi

bantuan kepada petani dalam menjana kemajuan pertanian disamping mengurangkan beban para

petani. Antara peranan yang diberikan adalah :

➔ menyediakan dana kepada petani seperti skim kredit mikro oleh Bank Pertanian

Malaysia

➔ memberi subsidi seperti subsidi baja kimia, racun serangga, dan subsidi harga hasil

pertanian. contohnya, petani padi yang menjual hasil padi kepada BERNAS diberi

tambahan harga sekali ganda daripada hasil yang dijual.

➔ menyediakan sistem pengairan yang cekap untuk membekalkan air sepanjang tahun,

contohnya Rancangan Pengairan Muda (Kedah), Rancangan Pengairan Kemudu

(Kelantan), Rancangan Pengairan Kerian (Selangor), untuk membolehkan padi ditanam

dua kali setahun.

➔ menubuhkan Jabatan Pertanian di peringkat negeri, daerah, dan wilayah bagi memberi

khidmat nasihat kepada petani dalam pengurusan sawah secara sistematik, moden, dan

cekap.

➔ mengawal harga pertanian melalui mekanisme kawalan harga yang stabil agar petani

tidak mempunyai masalah dengan orang tengah. Contoh jabatan seperti FAMA,

MARDEC, BERNAS.

➔ mewujudkan agensi penyelidikan yang bertanggungjawab menghasilkan benih yang

bermutu, tahan serangan perosak, penyakit, cepat mengeluarkan hasil. Contohnya,

MARDI.

➔ menjalankan usaha promosi produk pertanian.

PERUBAHAN DALAM SEKTOR PENANAMAN PADI

Page 4: Asia Tenggara Dalam Transformasi : contoh pertanian padi Malaysia

4

1. Teknologi atau kaedah pengeluaran telah bertukar

I. Jentera pertanian

● mempercepatkan kerja pertanian

● menjimatkan kos buruh

● meningkatkan kecekapan pengeluaran

● menjimatkan masa kerja

II. Racun serangga

● mengurangkan kerosakan tanaman

● meningkatkan hasil tanaman

III. Baja kimia/urea

● menyuburkan tanah

● meningkatkan hasil tanaman

IV. Empangan/pengairan/terusan

● mengurangkan masalah kekurangan air hujan

● meningkatkan pengeluaran

● memperluaskan kawasan tanaman

V. Sistem pengangkutan (jalan raya/kereta api)

● memudahkan dan mempercepatkan pemasaran hasil

● mempercepatkan penghantaran hasil ke kilang untuk diproses dan

mengurangkan kerosakan

VI. Penyelidikan moden

● menghasilkan benih tanaman yang bermutu

● meningkatkan hasil tanaman

● mencari cara baru bagi untuk mengurangkan penyakit dan perosak

tanaman

2. Strategi pengeluaran bertukar

Pengeluaran padi merujuk kepada maklumat jumlah pengeluaran padi sawah dan padi

huma. Sehingga kini kadar pengeluaran beras negara adalah sebanyak 75% sahaja. Padi

merupakan salah satu tanaman bijirin paling penting dimana makanan asas bagi penduduk

Page 5: Asia Tenggara Dalam Transformasi : contoh pertanian padi Malaysia

5

Malaysia adalah nasi. Hampir 10% daripada kawasan penanaman di Malaysia khususnya di

kawasan Utara Semenanjung Malaysia seperti Kedah, adalah berasaskan tanaman padi.

Lazimnya padi dituai sekali setahun untuk mendapatkan hasil tetapi dengan adanya variasi padi,

hasil padi dapat dituai sebanyak dua kali setahun. Namun terdapat masalah yang lain iaitu

masalah serangan makhluk perosak dan penyakit kurang produktif. Disebabkan itu, pihak Institut

Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan usahasama RB Biotech Sdn.

Bhd. telah menghasilkan padi hibrid siraj untuk menangani segala berkaitan penanaman padi.

3. Kehendak atau keperluan berubah

Nasi adalah bahagian penting dalam diet Malaysia setiap hari. Pada tahun 1998, Malaysia

yang dihasilkan 1.94 juta tan metrik beras.Walaupun dengan pengeluaran tinggi ini, Malaysia

masih hanya menghasilkan lapan puluh peratus daripada apa yang diperlukan untuk menyokong

dirinya dan mesti import yang lain. Purata warga Malaysia memakan 82.3 kilogram nasi setahun.

Penduduk yang semakin meningkat memanggil untuk lebih banyak penyelidikan dan kemajuan

teknologi untuk meningkatkan beras pengeluaran untuk kegunaan dalam negara. Malaysia

dilaporkan mengimport lebih 30 peratus keperluan beras negara. Ini adalah kerana tahap sara diri

kita ialah 70 peratus. Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan

Industri Asas Tani, Datuk Dr. Baharom Jani berkata, senario itu jika dibiarkan berterusan tanpa

sebarang pelan tindakan dibimbangi akan menjejaskan bekalan makanan negara. Pada tahun

1960-an dan 1970-an, pihak kerajaan memang menyasarkan sara diri penuh dengan pelaburan

yang besar membina infrastruktur seperti parit dan saliran. Kerja-kerja penyelidikan juga

dipertingkatkan dalam membangunkan benih padi yang berhasil tinggi, tahan penyakit dan

mampu ditanam dari sekali setahun kepada dua kali setahun. Malaysia juga pernah mencapai 90

peratus tahap sara diri pada tahun 1970-an kerana pembangunan industri padi dan beras yang

fokus ketika itu berjaya menyasarkan tahap sara diri penuh.Perubahan struktur ekonomi negara

daripada berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan industri yang bermula dalam tahun

1980-an telah banyak mengubah pola pertanian negara khususnya industri padi dan beras.

Perubahan tersebut telah mewujudkan persaingan sumber seperti tenaga buruh, tanah dan air di

mana industri padi "telah tewas". banyak tanah pertanian telah ditukar kepada penggunaan

industri dan perumahan. Kerancakan pembangunan sektor perindustrian dan perumahan telah

Page 6: Asia Tenggara Dalam Transformasi : contoh pertanian padi Malaysia

6

memperlahankan pertumbuhan sektor pertanian. Kini purata saiz sawah masih kecil dengan

purata 2 hektar seorang petani dan purata umur petani padi dalam lingkungan 55-60 tahun.