asia tenggara

14
Pengaruh Islam di Asia Tenggara Kerajaan-kerajaan Islam yang berselerak di pantai utara Jawa pada abad ke-16 dan ke-17 serta kerajaan Islam yang unggul, Mataram, yang muncul di bahagian tengah pulau itu kemudian, boleh dikatakan dibina atas asas Hindu-Buddha yang telah lama wujud. Sistem politik ini juga berteraskan raja walaupun baginda tidak lagi dianggap sebagai devaraja. Namun, baginda masih disifatkan sebagai makluk suci yang dapat dikenali melalui "wahyu" atau cahaya ketuhanan yang telah dikurniakan kepadanya atau bersinar daripada matanya.

Upload: asaripin

Post on 25-Oct-2015

30 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kuliah 4

TRANSCRIPT

Page 1: asia tenggara

Pengaruh Islam di Asia TenggaraKerajaan-kerajaan Islam yang berselerak di

pantai utara Jawa pada abad ke-16 dan ke-17 serta kerajaan Islam yang unggul, Mataram, yang muncul di bahagian tengah pulau itu kemudian, boleh dikatakan dibina atas asas Hindu-Buddha yang telah lama wujud.

Sistem politik ini juga berteraskan raja walaupun baginda tidak lagi dianggap sebagai devaraja. Namun, baginda masih disifatkan sebagai makluk suci yang dapat dikenali melalui "wahyu" atau cahaya ketuhanan yang telah dikurniakan kepadanya atau bersinar daripada matanya.

Page 2: asia tenggara

Kehilangan "wahyu" ini menandakan bahawa tempoh pemerintahannya akan tamat. Bersamaan juga dengan sistem Hindu-Buddha, raja Mataram bertanggungjawab memeliharakan ketenteraman dalam kerajaannya dan menjamin bahawa mikrokosmos mencerminkan keharmonian makrokosmos (Steinberg, 1985: 81).

Satu lagi unsur Hindu-Buddha yang dikekalkan dalam kerajaan Mataram ialah bentuk mandala Kerajaan itu terbahagi kepada empat bulatan sepusat dengan kraton di tengah-tengahnya dikeliling oleh "negara agung", "manca negara" dan "tanah sabrang".

Page 3: asia tenggara

Di samping itu, prinsip gandaan empat juga diamalkan, contohnya dengan perlantikan empat wedana dan lapan wedana rendah untuk mengemaskan pentadbiran pusat (Ibid: 82).

Warisan Hindu-Buddha ini dicantumkan dengan unsur-unsur baru yang dibawa oleh Islam.

 Contohnnya penggunaan gelaran-gelaran yang

berasal dari Timur Tengah seperti "Sultan", "Syah" dan sebagainya serta konsep perajaan Muslim yang menyatakan bahawa raja memerintah di bumi sebagai wakil Tuhan.

 

Page 4: asia tenggara

Penerapan gelaran dan ideologi ini bertujuan memberi keabsahan kepada kewibawaan raja.

 Di samping itu, raja diriwayatkan memainkan

peranan yang besar dalam penyebaran agama Islam serta penyerapan unsur-unsur syariah dalam kanun tempatan.

 Namun perlu ditegaskan bahawa unsur-unsur

syariah ini adalah terhad dan pentadbiran perundangan masih dianggap sebagai tanggungjawab raja dan pihak bangsawan, dan bukannya pegawai-pegawai agama.

 

Page 5: asia tenggara

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa golongan alim ulama tidak memainkan peranan dalam arena politik.

 Raja, sebagai penaung agama, sering menjemput

ulama dan sarjana agama ke kraton atau istananya.  Ulama selalu memainkan peranan sebagai penasihat

kepada raja, pengesah wangsa, pegawai dalam jentera kerajaan, dan kadang-kadang juga muncul sebagai pengkritik kerajaan.

 Ulama boleh menjadi sangat berpengaruh dan

terdapat juga kisah-kisah penglibatan ulama dalam komplot menggulingkan raja, namun mereka tidak boleh menggunakan pelajaran agama untuk merampas takhta.

Page 6: asia tenggara

Bagi raja-raja Muslim, ulama ini sebagai wakil agama boleh mendukung kewibaan mereka atau mungkin bertindak mencabar kuasa mereka.

 Walaupun pengadunan telah berlaku antara amalan Islam dan

adat, ia tidak bermaksud bahawa ketegangan tidak wujud antara dua aliran ini.

 Penyusupan Islam berlaku pada darjah yang berlainan, agama

ini lebih diterima di pusat-pusat perdagangan di pesisiran dan kurang diterima di kawasan masyarakat pertanian pedalaman.

 Walaupun Mataram dianggap sebagai kerajaan lslam yang

ulung di Indonesia, pemelukan Islam oleh pemerintah Mataram disifatkan sebagai suatu cara mempertahankan diri daripada ancaman kerajaan-kerajaan pesisiran. Pemelukan Islam itu dibuat atas kepentingan politik dan pengislaman itu agak dangkal berbanding dengan apa yang berlaku di pesisiran.

Page 7: asia tenggara

Di kawasan-kawasan yang telah menyerap ajaran Islam secara lebih mendalam, seperti di Aceh dan Minangkabau, ketegangan wujud pula antara pemimpin-pemimpin adat dan pemimpin-pemimpin agama.

 Di samping itu, ketegangan juga wujud antara

penganut-penganut Islam yang teguh, iaitu golongan “santri” dan golongan "abangan" yang mirip mencampuradukan unsur-unsur Islam dan adat.

 Ketegangan-ketegangan ini membawa kesan yang

besar kepada perkembangan politik Indonesia selanjutnya, baik ketika ancaman kuasa barat mahupun apabila berhadapan dengan cabaran pembinaan negara selepas kemerdekaan.

Page 8: asia tenggara

Pengaruh Neo-Konfusianisme

Vietnam merupakan negara tunggal di Asia Tenggara yang banyak menerima pengaruh China.

 Penerapan unsur-unsur China ini sering

dikatakan berpunca daripada seribu tahun penjajahan China di negara itu.

 Namun, perlu ditekankan di sini bahawa

pengaruh itu lebih nyata di kalangan elit dan manifestasinya adalah dalam arus intelektual dan kebudayaan mereka serta sistem pentadbiran yang dikuasai oleh mereka.

Page 9: asia tenggara

Dalam kalangan rakyat umum, yang sebahagian besarnya merupakan kaum petani, unsur-unsur kebudayaan asli yang mempunyai banyak persamaan dengan masyarakat Asia Tenggara di persekitarannya masih jelas sehingga abad ke-15.

  Penyusupan sifat-sifat Neo-Konfusianisme ke dalam susunan

masyarakat Vietnam adalah akibat usaha elit dan kerajaan memperkemaskan masyarakat itu bagi mengawal kawasan pedalaman dengan lebih rapi. Walau bagaimanapun, sisa-sisa kebudayaan asli tetap berkekalan.

  Sistem pemerintahan dan pentadbiran Vietnam banyak meniru

corak China, baik dari segi konsep perajaan, ideologi politik, bentuk birokrasi, cara perlantikan pegawai perkhidmatan awam dan sebagainya.

Umpamanya, raja Vietnam turut mengelarkan diri sebag;ai thien-tu (anak syurga/son of heaven) dan ibu kota baginda dibina mengikut corak ibu kota China yang terdiri daripada tiga bulatan sepusat.

Page 10: asia tenggara

Walau bagaimanapun, unsur-unsur Neo-Konfusianisme tidak banyak meresap ke dalam masyarakat umum Vietnam sebelum abad ke-15.

 Perkembangan berlaku setelah tindakan Wangsa Le menyebarkan fahaman tersebut di kalangan rakyat Indo-China melalui pengenalan sistem birokrasi becorak China.

Sebelum abad ke-15, orang kebanyakan lebih ramai

menganut agama Buddha Mahayana dan animisme. penyimpangan antara Great Tradition dan Little

Tradition juga wujud di Vietnam yang telah dimulakan oleh Wangsa Le (1428-1788) dan berterusan hingga pemerintahan Wangsa Nguyen (1802-1945).

 

Page 11: asia tenggara

Walaupun pengaruh China ini begitu menonjol dalam sistem pemerintahan Vietnam, masih terdapat warisan daripada kebudayaan asli yang tidak dipadamkan.

 Umpamanya, selain daripada tanggapan raja sebagai

thien-tu, orang Vietnam, terutamanya kaum petani, juga merujuk kepada raja mereka sebagai vua yang tidak mempunyai persamaannya dalam kebudayaan Cina.

Vua ini difahamkan sebagai seorang pelindung yang tidak seharusnya menjauhi diri daripada rakyat.

 Terdapat banyak tanda lain, yang menunjukkan

bahawa pengaruh Cina tidak begitu menyeluruh dalam kalangan rakyat Vietnam.

 

Page 12: asia tenggara

Unsur-unsur Asia Tenggara ini lebih nyata dalam corak hidup masyarakat umum, misalnya kegemaran mereka memakan sirih, menghitamkan gigi mereka, bersabong ayam dan sebagainya.

  Unsur-unsur ini kadang kala boleh mendatangkan

ketegangan, terutamanya apabila mereka dianggap melanggar atau mengancam ajaran Kung fu tze yang merupakan pendukung sistem pemerintahan.

  Contohnya, sandiwara dan lakonan kampung di Vietnam

mempamerkan unsur-unsur kebudayaan Champa dan sering mencemuhkan upacara istana.

  Ejekan seperti ini dianggap merbahaya oleh raja-raja

Nguyen yang telah mengisytiharkan peraturan-peraturan untuk mengawal masyarakat kampung.

Page 13: asia tenggara

Di wilayah selatan yang berdekatan dengan Kampuchea terdapat ancaman yang berlainan, kali ini dalam bentuk pengaruh agama Buddha Theravada.

 Walaupun penduduk Vietnam tidak mengetepikan

penganutan Buddha Mahayana, didapati bahawa amalan mereka telah dicampuradukkan dengan unsur-unsur Buddha Theravada.

 Pihak pemerintah khuatir bahawa kekeliruan

keagamaan ini akan mendatangkan kekeliruan yang lebih merunsingkan dan akan menjejas asas kekuasaan mereka.

 Kekhuatiran yang sama timbul semula apabila agama

Kristian disebarkan pada penghujung abad ke-19.

Page 14: asia tenggara

Ketegangan ini tidak terhad kepada hubungan antara pemerintah dan rakyat. la juga wujud antara golongan-golongan berkuasa.

 Umpamanya, pemerintah Vietnam, terutamanya

golongan tentera, turut menunjukkan kesanjungan mereka terhadap gajah, suatu fenomena sejagat di negara-negara Tanah Besar.

 Penggunaan gajah merupakan suatu aspek penting

teori dan amalan ketenteraan Vietnam. Kecenderongan golongan tentera kepada aliran berlainan ini menambahkan kerenggangan yang sedia wujud antara mereka dengan golongan pegawai awam.