asgmt estetika

Upload: adieiena

Post on 05-Oct-2015

330 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

PENGENALANKesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.Warisan seni tradisional di kalangan orang Melayu disampaikan secara lisan dari generasi kepada satu generasi.Individu yang menghasilkan kraf ini mempunyai ruang untuk menggalakan kreativiti dan mempertahankan nilai-nilai estetik karya seni tersebut.Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat Melayu.Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik.Seni rupa dalam masyarakat Melayu merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya. Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati.Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.

KRAF TRADISIONALMungkin kita sering kali mendengar istilah kraf dalam kehidupan ini seperti kraf tangan dan kraf tradisional yang merupakan salah satu bidang dalam matapelajaran dunia seni visual. Seni kraf, menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, merupakan satu perusahaan hasil kerja atau hasil seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Kraf tangan juga adalah dikategorikan sebagai seni rupa dalam masyarakat Melayu kerana ia merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui batik, ukiran, anyaman, wau, gasing, tekat, tenunan, seni bina dan lain-lain. Di Malaysia, kraf sudah menjadi karya seni yang mempunyai nilai komersialnya yang tersendiri. Hasil seni kraf ini selalunya dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi sebilangan masyarakat di Malaysia. Namun begitu, kraf juga sudah menjadi sebati dalam diri rakyat Malaysia bukan sahaja di kalangan Melayu malah pelbagai kaum lagi seperti, Cina, India, Kadazan, Bidayuh dan sebagainya. Semuanya memiliki kelebihan tersendiri dengan hasil kraf tangan yang dihasilkan yang begitu indah dan menarik. Contohnya kaum Bidayuh di Sarawak menghasilkan pelbagai perhiasan rumah yang diperbuat daripada buluh, akar dan rotan. Dalam seni kraf tangan, apa jua hasil seni yang dicipta bagi keperluan manusia akan digubah indah dengan memasukkan unsur-unsur seni dengan memberi bentuk yang cantik dan menarik hati. Rekaan kraf tangan itu memerlukan kemahiran dan kecekapan yang tinggi dalam menggunakan bahan-bahan asas dengan teratur mulai dari proses yang awal sehinggalah sesuatu hasil seni kraf tangan itu tercipta. Proses penciptaan seni kraf tangan itu juga memerlukan daya estetika yang tinggi demi untuk menghasilkan reka bentuk yang indah dan menarik. Selalunya, motif-motif yang dipilih adalah seperti motif flora yang lebih kepada tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan dedaunan. Motif fauna yang dipilih pula adalah berkisar kepada serangga seperti rama-rama, kupu-kupu, siput, ayam dan lain-lain. Bagi kraf yang dihasilkan oleh orang Melayu yang beragama Islam, kebanyakan motif atau corak yang dipilih lebih berunsurkan tumbuh-tumbuhan, geometri dan arabes yang tidak bercanggah dengan apa yang dilarang agama.Unsur-unsur figura seperti manusia, haiwan seperti harimau, singa, gajah dan sebagainya adalah tidak digalakkan dalam seni kraf Tradisional Islam. Ini berlaku kerana motif benda bernyawa yang dihasilkan dalam kraf seperti batik dan sebagainya dikhuatiri mewujudkan unsur yang tidak diingini seperti pemujaan dan sebagainya.

Jenis- Jenis Kraf TradisionalKraf tradisional perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya ia tetap kekal dan mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran, anyaman,tenunan, tekat, wau, gasing,songket, tembikar dan barang perhiasan mempunyai nilai estetika dan keistimewaan tersendiri.TembikarTembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli telah wujud di negara ini sejak beribu tahun dahulu.Ragam, bentuk dan ragam hias yang terdapat pada seni tembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu.Tembikaradalah sejenis barangan yang diperbuat daripadatanah liatyang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut.Tembikar yang telah dibakar di dalam tanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air. Selain itu tembikar juga dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan sebagainya.Terdapat pelbagai jenis tembikar yang dihasil secara turun menurun antaranya buyung, jambangan, geluk, labu dan bekas perasapan.Tembikar yang terkenal ialahlabu yakni alat untuk menyimpan dan menyejukan air minuman.Bentuk labu diilhamkan daripada buah labu.Bahagian pucuk berbentuk seperti kubah masjid.Corak hias labu bersumberkan alam sekeliling dan berupa bentuk geometri.Selain itu juga bentuk labu itu juga berbentu seolah-olah kubah masjid.Labu yang terkenal dihasilkan oleh kaum wanita di Sayong, Perak.Ragam hias merupakan aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang digunakan terdiri daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan organik. Motifragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada garis, titik dan bentuk-bentuk yang berunsur garis (contohnya susunan garis panjang yang melilit pada seluruh permukaan tembikar dan bersilang antara satu garis dengan garis yanglain) selalunya dijadikan motif tembikar.Motif Geometri sepertigarisan bersilang-seli, titik susun kisi-kisi,titik tahi alat, garis keluh, pucuk rebung,susur kelapa dan sebagainya.Manakala motif Gayaan Organik seperti sulur kakung, bunga cengkih,bunga ,pecah lapan,tampuk manggis,bunga lawang, bunga kedudut, bunga tanjung dan sebagainya.

AnyamanAnyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman , hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana.Tidak hairanlan kerana tumbuh-tumbuhan tropika merupakan jenis yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk.Anyaman berkembang sehingga sekarang, kegunaanya agak terbatas dewasa ini berbanding waktu silam . Ayaman tikar diantaranya, adalah tikar sembahyang dan tikar orang mati yang memperlihatkan unsur Islam.Tikar sembahyang biasanya dianyam menggunakan daun pandan kerana bermutu tinggi berbanding mengkuang.Ini jelas menunjukkan bahasa masyarakat Melayu meletakkan kegunaan tikar sembahyang di kedudukkan teratas sebagai penghormatan semasa menjalankan ibadat.Anyaman pada tikar sembahyang ini dihiasi dengan motif berunsurkan Islam. Bahagian depan menyerupai kubah masjid, dan bahagian pinggirnya menyerupai gigi buaya sebanyak lima buah yang melambangkan bahwa seorang yang sedang bersembahyang tidak boleh melakukan kegiatan lain ( misalnya berbicara) akan tetapi harus kusyuk seakan-akan orang itu (hatinya) berbicara dengan tuhan.

BatikBatik adalah merupakan salah satu kraf tradisional. Batik merupakan kraf tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi.Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak. Seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan di Jepun dan Chuna dalam abad ke 7. Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah air.Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaraan. Terdapat beberapa jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik.Unsur flora yang terdiri daripada motif seperti bunga, kudup, putik,akar menjalar, daun, ranting dan pucuk digunakan untuk menghias kain batik ela.Setiap Motif ini mempuyai motif yang tersendiri dihiasi pada kain batik.Contohnya pada kepala kain motif pucuk rebung digunakan selain itu reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri.Unsur fauna seperti motif rama-rama, kumbang, burung, ayam dan sebagainya.Tapi unsur ini kurang digunakan kena berkaitan dengan pegangan agama Islam masyarakat.Unsur geometri seperti susunan garis-garis halus, kisi-kisi, cengkerang, bentuk bujur, jalur dan sebagainya.Unsur ini seringkali digabungankan dengan unsur flora dan mendapat permintaan di kalangan peminat batik.

UkiranSeni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya.Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu j, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya.Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang.Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu.

KRAF DAN PENGARUH ISLAMDari sudut pandangan Islam juga ada menyebut mengenai seni secara tidak langsungnya . Ini kerana , Islam amat menyukai kepada keindahan dan kecantikan kerana sifat agama Islam itu juga sangat indah di mana ia merujuk kepada keindahan yang zahir mahupun keindahan yang batin. Menurut Sidi Ghazalba,seorang seniman Islam menyatakan bahawa wujud perkaitan yang nyata antara seni dan Islam. Kata beliau, `motif seni dalam Islam adalah kerana Allah untuk manusia. Islam menghendaki supaya seni itu dilaksanakan berlandaskan akhlak Islam (nilai baik dan bebas dari nilai haram). Islam menyatakan yang indah itu baik dan baik adalah nilai akhlak (etika). Seterusnya akhlak dibentuk oleh ajaran al-Quran dan Hadith.Selain itu , di dalam Kitab Al- Iman yang telah dipelopori oleh Imam Muslim ada menyatakan dengan jelas tentang "kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui" . Dalam erti kata yang lain, Imam Muslim menerangkan bahawa seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni. Sudah menjadi lumrah setiap insan sukakan sesuatu yang indah dan cantik. Setiap insan juga secara tidak disedari mempunyai deria untuk memilih dan tidak pernah pula sesuatu yang dipilih itu tidak cantik. Sesuatu yang indah itu mempunyai seni yang tersendiri dan seni yang paling indah ialah hanya yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. dan kita, tanpa disedari memang diselubungi oleh seni yang indah itu dalam kehidupan seharian kita.Memang tidak pernah terfikir oleh kita bahawa nenek moyang kita dahulu telah memahami dan menghayati seni yang dihasilkan oleh mereka ternukil dari deria kreativiti serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui ide dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi khazanah seni yang tidak ternilai.Kraf tradisional yang amat popular pada masa kini adalah kraf ukiran. Kraf ukiran, sejak zaman berzaman lagi mempunyai pengaruh Islam di dalam penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif keislaman dalam sesuatu penghasilan kraf pada rumah-rumah, tempat ibadat seperti surau-surau dan masjid-masjid di kampung-kampung.Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu, unsur kaligarfi Jawi dan ayat al-Quran mula diukir oleh pengukir-pengukir tempatan. Unsur kaligrafi ini digabungkan dengan unsur-unsur tumbuh-tumbuhan. Ukiran khat menunjukkan fungsi keagamaan. Pengaruh keagamaan Islam yang berkembang pada zaman dahulu mempengaruhi pengukir-pengukir seni ini dan mengadaptasikannya pada ukiran seperti pintu-pintu, dinding peralatan perabot.Motif kaligrafi ini dapat dilihat pada tingkap dan pintu masjid. Selain motif kaligrafi motif fauna juga diselitkan pada ukiran tersebut. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama'). Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud : " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya kunci rezeki".Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".Unsur geometri dikenali sebagai tumpal. Unsur ini mempunyai kaitan dengan unsur geometri Islam. Pola-pola geometri disusun berulang-ulang.Sebahagian susunan motif tiada permulaan dan akhirnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah AWT yang tiada permulaan dan tiada akhirnya.

Motif arabes adalah motif yang seringkali dikaitkan dengan seni Islam dan dikatakan mempunyai pengaruh Arab. Ianya merupakan salah satu seni hias yang terdapat pada yangga masjid Hadhari,Jertih.Motif ini mempunyai unsur pola geometri dan pola flora. Motif yang dihasilkan disusun secara berulang-ulang dan mengembang ke semua arah tanpa penghujungnya sehingga tidak terbatas oleh sesuatu bentuk. Konsep ini dikaitkan dengan sifat Allah swt yang tidak terbatas serta tiada penghujungnya.

Mimbar merupakan tempat imam duduk ketika khutbah pada hari Jumaat. Motif flora telah digarap seperti bentuk bunga dan daun. Kerusi berukir ini sangat unik dan sangat cantik. Ini jelas terpancar unsur-unsur keislaman kerana fungsi kerusi berukir itu sendiri digunakan oleh Imam Masjid.Unsur kosmos menggambarkan alam semesta seperti matahari terbit, bintang, bulan dan gunung-ganang. Ukiran di atas mempunyai unsur-unsur kosmos terutama bahagian tengahnya sebagai matahari.Manakala ukiran sekelilingnya melambangkan cahaya yang memancar memberi tumbuhan hidup subur.Ini melambangkan kekuasaan dan kebesaran pencipta-Nya kepada hambanya di alam semester.Unsur flora biasanya diambil daripada tumbuhan yang menjalar. Antara tumbuhan yang paling popular di kalangan pengukir ialah jenis kacang, labu, ketubit, ketam guri, salad, bunga lawang, bunga raya, bunga cina dan sebagainya. Unsur ini merupakan unsur yang dominan dalam rekaan seni ukir tradisional. Unsur ini menjadi pilihan utama kebanyakan pengukir berdasarkan pengamatan dan memerhatian yang telah dibuat.Dua gambar yang diambil ini menggunakan unsur flora sebagai hiasan ukirannya.Corak awan larat dipilih yang mengambarkan kesenian yang halus.Halim Nasir (1986:137) mendefinisikanAwan Laratsebagai satu bentuk ukiran yang berlingkar-lingkar, berpiuh-piuh, meleret-leret seperti awan putih berarak. Biasanya ukiran ini digabungkan dengan pola lengkap.Ini jelas membuktikan jenis ukiran pada gambar tersebut.

Pengukir Melayu menerapkan falsafah dan kerohanian orang Melayu sebagai salah satu budaya di samping mengekalkan nilai-nilai keagamaan.Dalam gubahan ukiran awan larat, punca permulaannya agak sukar dikesan dan seakan-akan tiada penghujungnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah swt. yang tiada permulaan dan tiada akhirnya.Menurut Abdullah Mohamed (1990:13-20) memberikan pandangan bahawa alam adalah tajalli atau manifestasi daripada sifat-sifat ilmu Allah. Melalui sifat ilmu Allah tersebut terjadi berbagai bagai organisme baik flora atau fauna dengan segala macam keajaiban dan keindahan rupanya. Sebagai contoh adalah tentang kejadian pelbagai jenis bungaan dengan aneka warna, bentuk dan bauan adalah lahir dari satu sumber iaitu ilmu Allah yang Maha Kaya.

PRINSIP ESTETIKA MELAYU DAN KAITAN DENGAN KRAFBentuk estetika seni Islam terbahagi kepada enam bentuk, menurut Al Faruqi (1986). Iaitu bentuk abstraksi, bentuk strurtur modular, bentuk gabungan berurutan, bentuk perulangan, bentuk dinamisma dan bentuk kerumitan. Namun begitu keenam-enam bentuk tersebut dipandu oleh asas estetika Tauhid, yang menjadi strutrtur asas karya seni Islam. Menurut Zakaria Ali (1989), terdapat enam prinsip estetika Melayu, iaitu prinsip halus, prinsip berguna, prinsip bersatu, prinsip berlawan, prinsip berlambang dan prinsip bermakna.

Prinsip BerhalusPrinsip ini menonjolkan daya kreatif orang Melayu. Ia melibatkan konsep di antara kraf atau kemahiran dengan seni. Kemahiran amat diperlukan untuk mencipta sebarang objek seni mengikut Sejarah. menunjukkan bahawa kemahiran dan kepakaran amat penting bagi menghasilkan karya seni yang sempurna. Prinsip ini dapat dilihat dalam penghasilan kraf anyaman yang terdapat pada tudung saji,tikar dan semua jenis kraf perhiasan yang dihasilkan.

Prinsip BergunaSetiap karya seni yang terhasil mempunyai fungsi. Objek seni bukan sahaja digunakan secara individu tetapi digunakan oleh semua golongan masyarakat. Konsep ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul merupakan konsep yang dipegang oleh kebanyakan orang Melayu dalam menghasilkan karya mereka. Sikap kerjasama dan tolong menolong dapat dilihat semasa menghasilkan kraf anyaman ini. Ukiran kayu pada pintu, tingkap dan tangga serta keris adalah di antara perlambangan karya seni yang digunakan oleh masyarakat Melayu.Prinsip BersatuBererti keharmonian sesuatu karya seni itu.Kebiasaannya prinsip ini dapat dilihat dari pengunaan warna dan corak yang dihasilkan melalui kraf anyaman oleh orang-orang melayu. Ia juga memberi maksud tersirat tentang integrasi sesama masyarakat Melayu. Ada perkaitan dan integrasi yang wujud di dalam sesebuah karya seni. Perkaitan yang terhasil dari bunga-bunga melingkar memberikan gambaran komposisi yang kukuh. Belitan tangkai bunga melilit tanpa dibiarkan meliar. Belitan tersebut menggambarkan satu ikatan kukuh yang menyatukan masyarakat.Ini dapat dilihat dalam teknik penghasilan anyaman oleh orang-orang melayu.

Prinsip BerlawanMelibatkan permukaan yang kasar atau licin. Setiap permukaan kasar ataupun licin akan menimbulkan kesan ketegangan yang menjurus kepada kesan penyudahan karya seni yang menarik. Penyudahan yang baik dan sempurna ini diakibatkan oleh jenis-jenis permukaan yang berbeza. Prinsip ini dapat dilihat dalam penghasilan kraf anyaman yang berbentuk perhiasan dinding,bunga pada bakul atau bekas perhiasan yang dihasilkan.

Prinsip BerlambangLambang yang dimaksudkan adalah penentu kepada penyatuan antara isi dengan bentuk. Menurut Zakaria Ali (1989), keris merupakan satu-satunya hasil ciptaan yang membawa segala unsur lambang yang amat diperlukan bagi mempertahankan maruah orang Melayu. Tambah Zakaria Ali lagi, keris bermata dua mampu menjadi kawan dan lawan kerana ia indah tetapi merbahaya. Nilai estetika sesuatu karya seni Melayu juga harus melambangkan budaya. Contohnya, keris melambangkan sesuatu yang indah tetapi merbahaya dan selalu dikaitkan dengan kehebatan lelaki Melayu.Begitu juga seni anyaman yang melambangkan budaya dan hasil seni masyarakat melayu yang diamalkan sejak turun temurun lagi.Kita juga dapat mengenali suku kaum sesuatu bangsa melalui teknik dan hasil anyaman yang dibuat.

Prinsip BermaknaSesuatu objek seni wujud secara intrinsik dan ekstrinsik. Ia menjadi dasar kepada setiap penghasilan karya seni seperti anyaman,ukiran kayu, pembuatan keris dan pembentukan huruf-huruf kaligrafi. Jika sesuatu karya seni yang bermakna tidak diambil kira dan tidak difahami oleh generasi muda maka kesenian itu akan hilang maknanya. setiap karya seni perlu membawa makna tertentu seperti konsep sirih junjung membawa makna pihak pengantin lelaki menjunjung keperibadian pengantin perempuan.Motif anyaman yang dihasilkan juga mempunyai makna-makna tertentu yang dikaitkan dengan unsure-unsur alam Fiona dan flora yang terdapat di sekeliling kita.

RUMUSANSebagaimana kita ketahui, kraf merupakan satu proses menghasilkan hasil seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Berdasarkan daripada huraian di atas seni kraf Melayu mempunyai hubungan yang erat antara masyarakat Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Proses penggarapan idea bagi setiap jenis kraf mempunyai ciri-ciri yang sama. Setiap daripada kraf mempunyai motif dan corak dari sumber yang hampir sama seperti flora, fauna, geometri, arabes, abstrak dan sebagainya. Namun begitu, dalam Islam motif fauna seperti haiwan dan figura berbentuk manusia dilarang dan tidak digalakkan dalam penghasilan karya berdasarkan hadith dan beberapa mazhab yang terdapat dalam Islam. Ini kerana, kebanyakan hasilan yang berbentuk figura dan haiwan boleh mewujudkan satu elemen pemujaan dan tidak sesuai dijadikan perhiasan kerana ia mirip kepada ciptaan asal. Ini dikira mencabar kuasa Yang Maha Mencipta. Selain itu, motif-motif yang berunsurkan arabes, flora, dan geometri mempunyai makna yang tersirat yang memperlihatkan elemen ketuhanan serta rasa rendah diri hamba kepada Penciptanya. Orang Melayu sememangnya sangat kreatif dan mempunyai daya penglihatan dan pemikiran yang tajam kerana telah menjadikan alam ciptaan Tuhan dan sekitar kehidupan mereka untuk mendapat idea. Sumber idea itu digarap dan dijelmakan dengan pelbagai bentuk corak yang akhirnya setiap satunya diberi nama yang memberi gambaran tentang apa yang difikirkan oleh mereka. Oleh yang demikian, penghasilan kraf, pengusaha dan tokoh-tokoh seni ini, bukan sahaja menghasilkan karya yang indah pada pandangan lahiriah tetapi menyerapkan unsur-unsur keagamaan seperti kekaguman dengan ciptaan Allah berdasarkan motif-motif yang dipilih. (3141 patah perkataan)

BIBLIOGRAFI

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR dan KBSM, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka

Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd.

Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan MelayuTradisi.Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

Salawati Hj Abdul Wahab (2008) .Modul OUM HBAE4303.Apresiasi Dan Kritikan Seni:Open Universiti Malaysia.

Zakaria Ali (1989). Seni dan Seniman; Esei Seni Halus. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

http://hafizmnordin.blogspot.com/2008_09_01_archive.htmlhttp://media.mmu.edu.my/yes/2003/galeri/galeri13.html

Ramlan b SalihanPage 14771010019255