falsafah seni dan estetika

22
Falsafah Kesenian dan Konsep estetika

Upload: kamaruzaman-yusoff

Post on 24-Jun-2015

1.425 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Falsafah Seni Dan Estetika

Falsafah Kesenian dan

Konsep estetika

Page 2: Falsafah Seni Dan Estetika

PengenalanPengenalan

Kesenian berkaitan dengan perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan serta kehalusan.

Baik, Indah, menarik

Page 3: Falsafah Seni Dan Estetika

PengenalanPengenalan

Perkataan ‘art’ atau seni ini juga asalnya bermaksud kemahiran, kebolehan atau ketukangan.

Justeru itu falsafah kesenian dapat kita definisikan sebagai pengetahuan atau ilmu tertinggi yang dimiliki oleh seseorang individu yang berkaitan dengan bidang kesenian yang meliputi pelbagai cabang dan aspek ini.

Page 4: Falsafah Seni Dan Estetika

Falsafah KesenianFalsafah Kesenian

Pengertian kesenian secara umum adalah sesuatu yang mempunyai nilai kebaikan dan mempunyai fungsi dan kepentingan bagi masyarakat dan boleh dijadikan kebanggaan dari segi nilai budaya

Kesenian juga tidak hanya menjurus pada bentuk hiburan semata-mata dan ianya bukan sesuatu yang boleh dijual beli dan ditukarkan dengan material.

Page 5: Falsafah Seni Dan Estetika

Falsafah KesenianFalsafah Kesenian

Terdapat dua faktor yang bersifat sejagat yang harus dimiliki oleh semua objek kesenian.

Pertama,objek kesenian yang terbentuk akibat keupayaan manusia menganjal dan memanipulasikan bahan dan idea.

Objek-objek yang terbentuk hasil daripada manipulasi bahan ini mencakupi catan dan lukisan,seni arca dan ketukangan,seni bina dan reka bentuk.

Page 6: Falsafah Seni Dan Estetika

Sambungan..Sambungan..

Kedua,terdapat objek seni yang bergantung kepada bentuk bukan meterial

Contohnya adalah seperti sastera, drama, muzik dan tarian.

Page 7: Falsafah Seni Dan Estetika

Pandangan tokoh tentang falsafah Pandangan tokoh tentang falsafah keseniankesenian

PLATO - seni merupakan satu kegiatan peniruan -pelukis dan penyair menghasilkan

karyanya dengan meniru bentuk objek-objek tertentu yang mana merupakan hasil daripada peniruan bentuk tipa yang abadi.

-contohnya lukisan kerusi hanyalah gambaran yang menyerupai objek kerusi yang dibuat oleh tukang kayu tersebut bukanlah objek kerusi itu sebenarnya.

Page 8: Falsafah Seni Dan Estetika

PlatoPlato

-manakala objek kerusi yang dihasilkan oleh tukang kayu pula adalah daripada bentuk tipa induk kerusi yang dihasilkan oleh tuhan

-Plato beranggapan bahawa seni bukanlah sumber pengetahuan

-bagi plato hanya ahli falsafah yang boleh menjadi sumber pengetahuan moral dan hanya mereka yang mahir dalam sesuatu bidang boleh jadi sumber pengetahuan tentang kemahiran bidang tersebut.

Page 9: Falsafah Seni Dan Estetika

AristotleAristotle

Merupakan ahli falsafah Yunani (384-322 SM)

Awalnya sokong pendapat Plato bahawa seni itu satu peniruan

Walaubagaimanapun, beliau berpegang teguh bahawa dunia bentuk dan dunia pancaindera tidak dapat dipisahkan.

Page 10: Falsafah Seni Dan Estetika

AristotleAristotle

Tidak seperti Plato,beliau tidak pandang rendah kepada seni yang tiru dunia pancaindera.

Manusia merupakan makhluk yang paling kreatif dengan mulakan proses pembelajaran melalui aktiviti peniruan

Seni peniruan digolongkan kepada dua -seni meniru objek yang dilihat dengan

menggunakan warna dan lukisan -seni meniru aksi manusia.

Page 11: Falsafah Seni Dan Estetika

Sambungan…Sambungan…

Menurut Aristotle, sememangnya penyair yang menulis tentang strategi ketenteraan bukanlah orang yang pakar dalam kemahiran tersebut tetapi penyair tersebut memahami resmi manusia untuk menulis puisi tentang perkara tersebut. Tanpa pengetahuan sebenar tentang prosedur psikologi, penyair akan gagal menghasilkan sebuah karya yang baik.

Page 12: Falsafah Seni Dan Estetika

Oleh sebab itu beliau mengatakan kandungan puisi bukanlah khayalan semata-mata seperti pendapat Plato

Page 13: Falsafah Seni Dan Estetika

Clive BellClive Bell

Ahli falsafah seni ‘klasik moden’.Bukunya yang terkenal ialah art(1913) yang memperkenalkan ungkapan segnifikan form.(bentuk bewarna)

Bell berpendapat semua sistem estetik wujud daripada pengalaman peribadi

Apabila menatap sebuah lukisan akan timbul perasaan atau emosi yang khas

Emosi khas ini disebut emosi estetik iaitu satu emosi khusus yang hanya dialami oleh mereka yang peka kepada sifat tertentu yang wujud pada karya seni

Page 14: Falsafah Seni Dan Estetika

Clive BellClive Bell Pengalaman emosi yang wujud daripada

karya seni adalah dalam bentuk yang bermakna dan bersifat subjektif.

Ia bergantung kepada perasaan masing-masing.

Ahli-ahli dalam bidang seni mengatakan bahawa mereka mengalami emosi estetik semasa berhadapan dengan karya seni.

Karya yang dapat lahirkan emosi estetik menjadi berharga dan bernilai tinggi.

Page 15: Falsafah Seni Dan Estetika

Leo TolstoiLeo Tolstoi

tidak setuju dengan pendapat seni merupakan aktiviti manusia yang hasilkan sesuatu yang indah

Setiap orang mempunyai pandangan sendiri terhadap sesuatu yang indah

Seni dapat menyatukan perasaan antara manusia dengan manusia lain.

Seni adalah ungkapan perasaan seniman yang disampaikan kepada orang lain agar mereka merasai apa yang dirasakannya.

Page 16: Falsafah Seni Dan Estetika

Sekiranya karya seni seseorang seniman hanya diterima oleh orang tertentu sahaja maka karya itu bukan karya seni.

Nilai seni bergantung kepda besar atau kecil kejujuran seseorang seniman.Nilai kejujuran perasaan ini dapat dikongsi dengan khalayak.

Tujuan seni adalah untuk jadikan hidup seseorang itu sempurna.

Page 17: Falsafah Seni Dan Estetika

Seni dapat bentuk manusia menjadi sempurna baik secara jasmani, spiritual,psikologi dan sosial.

Seni terlalu universal kerana mampu menyatakan perasaan manusia dan mendekatkan manusia kepada tuhan.

Oleh itu, seni bukan beri keindahan sempurna, menyenangkan dan memuaskan manusia tetapi menjadikan manusia sempurna sebagai manusia.

Page 18: Falsafah Seni Dan Estetika

Konsep estetikaKonsep estetika Estetika berasal daripada perkataan

Greek iaitu aisthetikos yang bermaksud sesuatu yang berkaitan dengan deria pengamatan.

Estetika didefinisikan sebagai ilmu tentang kehidupan dalam seni dan alam semester, berhubung dengan watak, keadaan dan persesuaian dengan hukum.

Estetika juga boleh didefinisikan sebagai estetik yang berkaitan dengan keindahan atau penghargaan terhadap keindahan terutamanya dalam bidang seni.

Page 19: Falsafah Seni Dan Estetika

Alexander BaumgartenAlexander Baumgarten Perkataan estetika mula diperkenalkan

oleh Alexander Baumgarten (1714 – 1762) yang merupakan ahli falsafah Jerman pada tahun 1735.

Beliau mengatakan bahawa keindahan mestilah diasingkan daripada estetika kerana barang yang buruk boleh diterima dengan cara yang indah atau sebaliknya.

Beliau juga menggunakan perkataan estetika ini untuk merujuk kepada kritikan citarasa yang dipertimbangkan sebagai suatu bidang sains atau falsafah.

Page 20: Falsafah Seni Dan Estetika

George Wilhelm Friedrich George Wilhelm Friedrich HegelHegel George Wilhelm Friedrich Hegel

(1770 – 1831) merupakan ahli falsafah Jerman banyak membentuk dan memperkemaskan pengertian estetika.

Hegel sering menggunakan perkataan estetika semasa beliau merujuk kepada tulisan-tulisannya tentang seni.

Page 21: Falsafah Seni Dan Estetika

Giambatista VicoGiambatista Vico

Giambatista Vico merupakan seorang ahli estetika Itali pada abad ke-18, menyatakan bahawa mata dan telinga merupakan dua deria penilai estetika.

Kedua-duanya mestilah menglibatkan proses imaginasi seseorang.

Proses imaginasi ini wujud sebagai reaksi seseorang apabila menikmati sesuatu karya seni.

Page 22: Falsafah Seni Dan Estetika

KesimpulanKesimpulan Kesenian merupakan satu istilah yang

luas untuk dibincang dan dikaji. Perbincangan dan kajian yang dibuat

tidak semestinya memberi jawapan tepat mengenai kesenian yang bersifat global.

Estetika pula merupakan satu konsep yang agak lewat kelahirannya dalam falsafah

Ia wujud akibat daripada kerancakan perbincangan tentang teori keindahan dan juga teori seni