asg digi

38
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN ISI KANDUNGAN 1.0 DEFINISI INOVASI 2 2.0 JENIS-JENIS INOVASI 3 3.0 SUMBER-SUMBER INOVASI 4-5 4.0 LATAR BELAKANG DIGI SDN.BHD 6-8 5.0 VISI DAN MISI DIGI SDN BHD 9 6.0 GAMBARAN KESELURUHAN SYARIKAT DIGI 10 1 | T.RAMAN/193080

Upload: enno-norhayati-ali

Post on 13-Aug-2015

296 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

ISI KANDUNGAN

1.0 DEFINISI INOVASI 2

2.0 JENIS-JENIS INOVASI 3

3.0 SUMBER-SUMBER INOVASI 4-5

4.0 LATAR BELAKANG DIGI SDN.BHD 6-8

5.0 VISI DAN MISI DIGI SDN BHD 9

6.0 GAMBARAN KESELURUHAN SYARIKAT DIGI 10

7.0 INOVASI YANG TELAH DI LAKSANAKAN 11-23

8.0 KESIMPULAN 24

9.0 RUJUKAN 25

1.0 DEFINISI INOVASI

1 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 2: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Inovasi adalah cara atau pendekatan baru dalam melakukan sesuatu. Tidak hanya inovasi

terhadap bidang penciptaan sahaja malah meliputi semua aspek seperti pengurusan, pentadbiran,

teknologi maklumat dan komunikasi, perindustrian serta lain-lain lagi. Inovasi adalah merupakan

pensyarat untuk menjadikan sesebuah negara terutamanya Malaysia yang baru sahaja

menyambut hari kemerdekaannya kali yang ke-53 dengan bertemakan “1 Malaysia Menjana

Transformasi” . Ia menjadikan Malaysia adalah sebuah negara maju. Keupayaan inovasi dan

pembaharuan yang dicipta bakal membawa negara sebaris dengan negara maju terdahulu seperti

Amerika dan Britain.

Menurut Kinicki dan William (2003), Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk

menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik. Ini bermakna, setiap organisasi

sama ada berasaskan keuntungan atau tidak akan bersaing untuk menghasilkan idea yang kreatif

bagi manfaat organisasi bersama. Inovasi juga berfikir(deemed) untuk menghasilkan sesuatu

yang baru di pasaran yang akan merubah persamaan antara permintaan dan pengeluaran (supply-

demand equation). Perlaksanaan Inovasi dilakukan oleh mereka yang berfikiran kreatif untuk peneraju

(pioneer) dah meraih peluang yang maksimum.

2.0 JENIS-JENIS INOVASI

2 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 3: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

a.Penciptaan

Penciptaan ialah rekacipta produk atau proses baru yang asli dan belum pernah dicuba oleh orang

lain.Contohnya penciptaan kapal terbang (Adik beradikWright), Lampu mentol (Thomas Edison)

dan Telefon (Alexander Graham Bell).

b. Pengembangan

Pegembangan ialah penggunaan aplikasi yang berbeza ke atas produk atau proses yang sedia

wujud. Contohnya KFC (daripada ayam goreng kepada pelbagai produk) , Telekom Malaysia

(telefon analog ke digital ke 3-G), Nokia (daripada 1st generation handphone hingga kini

pelbagai ciri inovatif)

c. Duplikasi

Duplikasi ialah replikasi ke atas produk atau proses sedia ada. Ia bukanlah peniruan 100%, tetapi

penambahbaikan ke atas sesuatu produk dengan sentuhan kreatif usahawan untuk bersaing

dalam pasaran. Contohnya dulu Toyota meniru kereta US; Pepsi, barangan elektrik ditiru

daripada jenama-jenama terkenal.

d. Sintesis

Sintesis ialah gabungan konsep dan faktor sedia ada ke dalam formulasi baru. Ia juga boleh

diaplikasikan ke atas penciptaan sedia ada. Contoh: Tuku refleksi (haba & urutan), kertas

bersabun (kertas & sabun), internet (komputer & sistem telekomunikasi).

3.0 SUMBER-SUMBER INOVASI

3 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 4: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

a. Situasi di luar Jangkaan

Inovasi boleh berlaku tanpa dirancang dan dijangka. Inovasi sebegini akan memberi kejutan

kepada penciptanya. Contohnya, penciptaan komputer pada asalnya hanyalah untuk kegunaan

ketenteraan, tetapi inovasi di luar jangkaan menjadikan komputer bukan sahaja sebagai alat

untuk memberi maklumat tetapi juga alat untuk berhibur, alat komunikasi, alat pengajaran dan

pembelajaran.

b.Ketaksamaan (mencabar kebiasaan)

Ketaksamaan berlaku apabila adanya jurang pemisah di antara jangkaan dan realiti. Misalnya,

perkhidmatan penghantaran bungkusan biasanya dilakukan pada waktu siang hari sahaja dan

bukan 24 jam sehari. Namun demikian, FedEx telah mencabar kebiasaan ini dengan

memperkenalkan perkhidmatan penghantaran bungkusan malam.

c. Keperluan Proses

Keperluan proses berlaku bila usahawan cuba untuk memenuhi permintaan yang semakin

meningkat. Usahawan akan berinovasi selaras dengan kehendak pasaran.

Contohnya, peningkatan di dalam permintaan makanan organik dan penggunaan komputer akan

turut mengembangkan inovasi dalam industri makanan kesihatan dan penggunaan komputer,

mesin-mesin pengeluaran yang lebih inovatif.

d. Perubahan Pasaran dan Industri

4 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 5: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Perubahan pasaran dan industri berlaku bila sikap pengguna berubah, teknologi bergerak pantas,

pertumbuhan industri dan sebagainya. Contohnya industri minuman ringan berorientasikan

kesihatan.Lahirlah Light Coke, susu rendah lemak, minuman ringan rendah kalori, minuman

berasaskan herba dan sebagainya.

e. Perubahan Demografi

Perubahan demografi berlaku apabila terjadinya perubahan trend populasi, umur, pendidikan,

pekerjaan, lokasi geografi dan sebagainya. Perubahan demografi dapat memberi peluang-peluang

perniagaan kepada usahawan. Misalnya, peningkatan bilangan wanita yang bekerja memberi

peluang-peluang perniagaan kepada usahawan yang mengusahakan pusat penjagaan kanak-kanak

dan makanan segera.

f. Perubahan Persepsi

Lahir daripada intepretasi masyarakat terhadap sesuatu fakta dan konsep. Contohnya, persepsi

masyarakat terhadap berat badan berlebihan akan mengakibatkan penyakit, dan meningkatkan

kepekaan masyarakat terhadap pentingnya alat bantuan senaman di rumah, makanan rendah

lemak “fat burner” dan sebagainya.

g. Konsep Berasaskan Pengetahuan

Inovasi bersumberkan kegiatan R&D. Ia adalah berasaskan pengetahuan di mana produk yang

dihasilkan adalah daripada kajian, pemikiran baru, kaedah baru serta pengetahuan yang baru.

Penciptaan biasanya memerlukan jangkamasa yang lama untuk dipasarkan kerana ia memerlukan

pengubahsuaian, pengujian dan sebagainya.

5 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 6: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

4.0 LATAR BELAKANG DIGI SDN.BHD

DiGi Telecommunications merupakan penyedia perkhidmatan telefon bimbit di

Malaysia. Kod telefon yang digunakan ialah seperti "016, 014-32, 014-35, 014-30, 014-31 dan

014-6". Ia dimiliki sejara majoriti oleh Telenor ASA dari Norway sebanyak 61%. Pada 24 Mei

1995 DiGi menjadi syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia untuk melancar dan

mengendalikan rangkaian selular yang digital sepenuhnya.Pada bulan Jun 2006, DiGi juga

melancarkan rancangan Ejen 016 di TV3 di saluran 3 Astro.

Industri telekomunikasi terus berkembang pesat pada kadar yang tidak pernah dicapai

sebelum ini. Ia mewujudkan persaingan yang lebih hebat dan sengit dalam sektor komunikasi

mudah alih. Walaupun menghadapi cabaran-cabaran hebat, DiGi telah berjaya melangkah maju

sebagai peserta utama kerana ia berupaya menyesuaikan diri dengan pantas, memanfaatkan

kuasa inovasi dan mengekalkan kedudukannya sebagai perniagaan prestasi tinggi. DiGi tetap

berpegang kepada komitmennya untuk membawa faedah-faedah produk dan perkhidmatan

multimedia mudah alih terkini kepada seberapa ramai rakyat Malaysia yang mungkin.

Pada setiap tahun perhatian syarikat Digi tertumpu kepada usaha memberikan pelanggan

dengan produk dan perkhidmatan yang mudah digunakan yang dikehendaki dan diharapkan oleh

pengguna daripada pembekal perkhidmatan mudah alih. Syarikat Digi telah mencapai kemajuan

besar ke arah mencapai objektif tersebut dengan pelancaran pelbagai produk dan perkhidmatan

inovatif yang memberikan nilai untuk wang bagi pelanggan prabayar dan pasca bayar.

Kesungguhan Syarikat Digi dapat dilihat daripada kedudukan DiGi di tempat kedua sebagai

6 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 7: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

syarikat yang memenuhi keperluan pelanggan dalam kaji selidik tahunan Review 200: Asia’s

Leading Companies oleh majalah Far Eastern Economic Review.

Kekuatan Digi dalam kemampuanya untuk menghasilkan inovasi dengan pantas dan

secara berterusan dengan aplikasi yang praktikal dan relevan yang memenuhi keperluan dan

jangkaan pelanggan yang semakin berubah adalah tinggi. Di samping itu, langkah-langkah

bersepadu telah diambil untuk memperluas dan mempertingkatkan jenama DiGi agar personaliti

Syarikat Digi yang ramah, mesra dan mudah didekati mendapat pengiktirafan yang lebih meluas.

Hasil daripada semua kegiatan ini, Digi telah mencatatkan prestasi operasi keseluruhan yang

lebih mantap walaupun dalam suasana perniagaan yang semakin kompetitif.

Selain itu, Digi sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran ini dengan

bertindak balas pantas secara konsisten untuk memenuhi keperluan pelanggan kami dan

mengambil langkah yang bijak untuk menandingi pesaing - pesaingnya.Digi memastikan

pelanggan menjadi keutamaan dan setiap unit operasi memberi tumpuan membekalkan produk

dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan secara langsung.

Usaha untuk mencapai inovasi produk terus menjadi faktor utama yang membolehkan

Syarikat Digi meningkatkan bahagian pasaran dan membina asas pelanggan yang kukuh dan

mampan. Sebagai tindak balas kepada suasana perniagaan yang sangat dinamik, syarikat telah

berusaha ‘memperbaharui’operasinya, lantas membolehkan DiGi mendahului pasaran dengan

melancarkan perkhidmatan yang relevan, menjimatkan kos dan tepat pada masanya untuk

merangka strategi pertumbuhan yang jelas. Strategi yang jelas itu juga perlu disampaikan kepada

kakitangan, rakan perniagaan dan pelanggan Digi. Sebagai hasilnya, DiGi kini lebih ramah,mesra

7 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 8: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

dan mudah didekati di setiap titik pertemuan. Digi menyedari betapa perlunya membina jenama

DiGi yang membekalkan produk berkualiti yang bukan sahaja inovatif tetapi pada harga

berpatutan dan praktikal, di samping menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai dan

bermutu paling tinggi. Produk dan perkhidmatan DiGi menawarkan nilai yang boleh

dimanfaatkan oleh pelanggan untuk meningkatkan gaya hidup mereka dan menambahkan

kecekapan perniagaan.

5.0 VISI DAN MISI DIGI SDN BHD

8 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 9: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

  • Visi

-Meninggikan komunikasi untuk membaiki kualiti  kehidupan pelanggan di rumah, tempat kerja

dan untuk mengisi masa lapang.

 

  • Misi

Memperlengkapkan khususnya proses pelanggan untuk menemui kehendak individu dalam

komunikasi, perhubungan, penggunaan komunikasi dan keselamatan. Memperlengkapkan

persekitaran dimana semua pekerja boleh hidup dan dipenuhi.

Memperlengkapkan superior returns untuk pemegang saham. Beri sumbangan untuk

mempertingkatkan kehidupan di Malaysia.

6.0 Gambaran keseluruhan Syarikat DIGI

9 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 10: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Walaupun anak syarikat milik penuh DiGi yang utama, iaitu DiGi Telecommunications

Sdn Bhd, mempunyai beberapa lesen untuk membekalkan perkhidmatan telekomunikasi

lengkap, tumpuan utamanya adalah untuk membekalkan produk dan perkhidmatan bernilai tinggi

bagi memenuhi keperluan pasaran komunikasi mudah-alih yang sedang pantas berkembang di

Malaysia. Sehingga kini, DiGi telah mencapai pertumbuhan mendadak dalam bilangan

pelanggan perkhidmatan mudah-alih, dan kini merupakan antara pembekal perkhidmatan

komunikasi mudah-alih yang utama di Malaysia.

Strategi keseluruhan DiGi adalah untuk mencipta nilai bagi pemegang saham dengan

mengambil kesempatan daripada tinjauan cerah bagi produk dan perkhidmatan mudahalih nilai

tambah. Khidmat data dan kandungan mudah-alih dijangka membentuk asas bagi komunikasi

multimedia, maklumat dan hiburan dan DiGi sedang menempatkan dirinya untuk mengambil

kesempatan penuh daripada peluang-peluang menarik untuk membekalkan perkhidmatan yang

lebih bernilai kepada pelanggan dan meningkatkan hasil daripada perkhidmatan komunikasi

mudah-alih lanjutan. Usaha DiGi untuk mengekalkan pertumbuhan dan keuntungan tertumpu

kepada komitmennya untuk mencapai tahap kepuasan pelanggan tertinggi menerusi peningkatan

kualiti, liputan dan kecekapan perkhidmatan.

7.0 INOVASI YANG TELAH DI LAKSANAKAN

Syarikat Digi memberi penekanan kepada usaha untuk melancarkan perkhidmata yang

inovatif dan mudah digunakan, serta memperbaiki dan menyenangkan kehidupan pelanggan

10 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 11: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

kami. Penekanan ini, serta pelabagai promosi dan program yang diadakan ,telah membantu

meningkatkan bilangan pelanggan Digi.

Digi bukan sahaja melancarkan bebrapa produk dan perkhidmatan baru,tetapi juga

berusaha untuk mempermudah dan memperbaiki ciri-ciri semua produk dan perkhidmatan yang

sedia ada, di samping memperbaiki perkhidmatan pelanggan di titik-titik perhubungan untuk

menjamin perkhidmatan yang cekap dan konsisten kepada pelbagai pelanggan.

1. Perkhidmatan Internet mudah-alih baru DiGi dan djuice-Mania

Perkhidmatan Internet mudah-alih baru DiGi, djuice yang diperkenalkan pada tahun

2001, membolehkan pengguna menyesuaikan telefon mudah-alih masing-masing untuk

11 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 12: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

mengakses kandungan WAP pilihan mereka. Gerbang yang menarik dan serba guna ini jelas

mencerminkan komitmen DiGi untuk mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang bermakna

dan memudahkan pelanggan. Perkhidmatan djuice DiGi telah menggegar pasaran Internet

mudah-alih dengan konsep “laman terbuka” yang membolehkan pengguna dari semua landasan

mudahalih untuk mengakses perkhidmatan tersebut, walaupun jika mereka pelanggan dari

rangkaian lain. Ini merupakan satu lagi langkah rintis yang dilaksanakan oleh Kumpulan. Lebih

penting lagi, gerbang Internet mudah-alih djuice juga berkhidmat sebagai landasan sesuai untuk

melancarkan pelbagai perkhidmatan mudah-alih nilai tambah lain yang berkaitan, termasuk

inisiatif m-dagang . Penjenamaan unggul djuice, serta penyerlahan ciri-ciri penyesuaian

peribadinya, merupakan pelaris jualan unik bagi perkhidmatan tersebut di mana para pengguna

diberi kebebasan untuk meneroka kandungan pilihan mereka. Perkhidmatan ini merupakan satu

lagi mercu tanda bagi Kumpulan kerana ia boleh diakses menerusi landasan WAP, STK dan juga

SMS. DiGi merupakan pengendali perkhidmatan pertama di Malaysia untuk menyediakan

perkhidmatan ini kepada mereka yang tidak memiliki telefon WAP.Kad Panggilan Antarabangsa

DiGi (ICC) atau kad chatz, yang merupakan satu produk mesra pengguna dan menjimatkan kos,

diterima dengan baik di pasaran dan mendapat sambutan hebat daripada segmen pelanggan yang

disasarkan. Melalui Kad Panggilan Antarabangsa DiGi (ICC) atau kad chatz ibubapa dengan

anak-anak yang belajar di luar negara, pekerja asing, dan juga pelanggan korporat, khususnya

dari Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mendapati kad tersebut mudah digunakan dan

menjimatkan kos.Bukan itu sahaja, landasan djuice telah memainkan peranan utama dalam

memacu perkhidmatan Tempahan Wayang Mudah-alih DiGi.Perkhidmatan tersebut merupakan

12 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 13: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

inisiatif m-dagang pertama,kumpulan yang pertama yang membolehkan pelanggan membuat

tempahan tiket di panggung terpilih Golden Screen Cinemas.

Beberapa kaedah promosi yang sangat berkesan telah digunakan untuk

mempertingkatkan kesedaran tentang djuice di pasaran dan untuk menarik lebih ramai pengguna

mencuba perkhidmatan ini. Antaranya termasuk kempen media cetak, teaser dan iklan

televisyen dan radio, dan pelancaran pameran bergerak djuice-Mania.

2. Pelancaran Perkhidmatan Akses Internet, iDiGi

13 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 14: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Pelancaran Perkhidmatan Akses Internet, iDiGi, yang dilancarkan pada tahun 2001 kini

dinikmati oleh para pelanggan di kawasan terpilih di Lembah Klang. iDiGi yang telah

dilancarkan membekalkan perkhidmatan Internet Kumpulan, yang menawarkan perkhidmatan

akses nilai tambah tinggi dan juga akaun e-mel percuma kepada individu dan perniagaan di

Lembah Klang. Digi telah mengekalkan tumpuan terhadap pelanggannya dan menyediakan

antara-muka web yang mesra pengguna, yang memberikan para pelanggan akses serta-merta

kepada perkhidmatan. Tambahan lagi, kadar penggunaannya adalah menarik, di mana

perkhidmatan tersebut disediakan secara percuma dan pelanggan hanya membayar caj telefon

biasa.

3. Pakatan DiGi dengan Yahoo! Asia

Selain daripada itu, Sebagai sebuah pembekal perkhidmatan yang serius dan bersepadu,

DiGi mempunyai reputasi sebagai syarikat yang pantas mengenalpasti dan membangunkan

pakatan yang bernilai strategik dan membawa manfaat bersama dengan pembekal kandungan

bertaraf antarabangsa. Antara contoh kerjasama strategik yang dimaksudkan ini adalah pakatan

DiGi dengan Yahoo! Asia yang membekalkan kandungan yang disesuaikan khas bagi

perkhidmatan Internet mudah-alih berpacukan data. Satu lagi bidang tumpuan DiGi ialah pakatan

dengan jenama hiburan atau gaya hidup, seperti MTV Asia. Pakatan seperti ini membolehkan

Kumpulan menyampaikan perkhidmatan hiburan nilai tambah kepada para pelanggannya, selain

daripada membekalkan mereka trend gaya hidup yang terkini.

14 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 15: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

4. Perkhidmatan multimedia mudah alih yang canggih

Pada tahun 2003, Syarikat Digi menekankan lagi keputusan strategik untuk memainkan

memainkan peranan dalam rantaian nilai 3G.Dengan memperkenalkan produk dan perkhidmatan

multimedia mudah alih yang canggih dan berpatutan menerusi rangkaian 2.5G yang sedia ada

untuk memenuhi permintaan awal, serta langkah menaik taraf rangkaian Digi yang telah selesai

dijalankan untuk membolehkan teknologi tanpa wayar generasi akan datang digunakan menerusi

Kadar Data Dipertingkatkan untuk Evolusi GSM (EDGE), pelanggan DiGi akan dapat

menikmati panggilan suara lebih berkualiti dan perkhidmatan multimedia lanjut pada kelajuan

lebih pantas. Dengan ini, Digi berada selangkah di hadapan mana-mana pembekal perkhidmatan

komunikasi di Malaysia.

Pada masa yang sama, usaha bersepadu sedang dilaksanakan untuk memantapkan kualiti

dan kapasiti rangkaian dan memperluas liputan geografi perkhidmatan telekomunikasi.Untuk

tujuan itu, DiGi telah berusaha membina pakatan dan perkongsian strategik di setiap peringkat

dengan pengendali rangkaian, pengeluar telefon mudah alih, pembekal perisian perantara dan

pencipta aplikasi untuk memperkukuh produk dan perkhidmatan canggihnya. Satu contoh yang

baik ialah perkhidmatan data mudah alih, yang kini membolehkan penghantaran mesej yang

mengandungi gambar pegun, klip video dan kandungan audio dari satu telefon mudah alih ke

telefon mudah alih lain. Ia terbukti apabila pada Ogos 2003,Digi dilaporkan menjadi pembekal

perkhidmatan pertama dalam industry untuk melancarkan MMS untuk segmen prabayar dan

pasca bayar dan Syarikat akan terus berusaha menaik taraf teknologi yang menyokong

perkhidmatan ini.

15 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 16: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

5. EDGE (Kadar Data Dipertingkatkan Bagi Evolosi GSM)

Seterusnya, untuk mengekalkan kedudukan Syarikat Digi sebagai pemimpin industri,

syarikat terus memberi penekanan kepada usaha untuk memantapkan dan menaik taraf rangkaian

mudah alih. Untuk tujuan ini, Digi telah membuat pelaburan strategik yang membolehkan

syarikat menaik taraf rangkaian mudah alih dengan memperkenalkan teknologi EDGE. Malah,

DiGi adalah pembekal perkhidmatan pertama di Malaysia untuk mengumumkan komitmennya

kepada teknologi EDGE, satu perkembangan evolusi dalam perkhidmatan data berasaskan

paket yang menyediakan aplikasi data yang lebih pantas dan berkuasa kepada pengguna.

Menerusi EDGE, DiGi akan membolehkan pelanggan berpindah dengan lancar daripada

perkhidmatan rangkaian 2.5G yang sedia ada kepada 3G, dengan memindahkan data tiga kali

lebih pantas. Pelanggan kami akan dapat menggunakan aplikasi data mudah alih yang lebih

pantas dan berkuasa seperti MMS menerusi perkhidmatan prabayar dan pasca bayar.

Dengan itu Digi telah menjadi syarikat pertama di Malaysia yang memberikan komitmen

kepada teknologi EDGE (Kadar Data Dipertingkatkan Bagi Evolosi GSM), iaitu evolusi daripada

Perkhidmatan Paket Radio Am (GPRS). EDGE ialah teknologi yang membolehkan maklumat

dihantar dan diterima pada kelajuan optimum menggunakan rangkaian telefon mudah alih. Dari

segi teknikal, EDGE ialah skim modulasi baru yang membolehkanpenghantaran bit pada kadar

yang jauh lebih tinggi merentasi antara muka di udara. Dengan teknologi ini, DiGi akan dapat

menawarkan kadar data yang lebih tinggi dan pantas, dan akhirnya akan mempermudahkan

peralihan ke dalam perkhidmatan generasi akan datang.

16 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 17: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Langkah memperkenalkan produk dan perkhidmatan baru ternyata sangat penting

sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam bidang kandungan mudah alih dan perkhidmatan data.

Pertumbuhan mampan bergantunng kepada keupayaan syarikat untuk membekalkan produk dan

perkhidmatan yang baru dan inovatif dalam segmen prabayar dan pasca bayar.

6. Terminal e-pay

Selaras dengan tumpuannya untuk menggembirakan pelanggan, DiGi sentiasa mencari

peluang untuk membekalkan produk dan perkhidmatan yang memberikan kemudahan dan

kesenangan kepada para pelanggan, khususnya dengan meneroka saluran pengedaran bukan

tradisional. Selain daripada terminal e-pay yang sedia dibuka di kedai-kedai persinggahan ramai

seperti stesen petrol, kedai runcit dan pusat beli-belah, Digi telah menjalin pakatan strategik yang

pertama dengan sebuah institusi kewangan tempatan pada tahun yang dilaporkan. DiGi telah

bekerjasama dengan Kumpulan Maybank pada bulan Mac 2001 untuk memberi kemudahan

kepada para pelanggan DiGi Prepaid Plus untuk membeli kupon isi semula menerusi rangkaian

Mesin Wang Automatik (ATM) Maybank. Ia merupakan permulaan bagi pakatan-pakatan lain

sepertinya.Satu pakatan ekslusif juga telah dirancang dengan rangkaian kedai 7-Eleven yang

membolehkan para pelanggan di seluruh negara untuk mendapatkan kad DiGi Prepaid Plus serta

kad chatz di kedai-kedai 24 jam.

7. Pelan DG Family dan DiGi Prepaid Hit RM1

17 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 18: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Dalam usaha memenuhi permintaan beberapa segmen penggunanya, syarikat

telekomunikasi terkenal, DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) baru-baru ini

memperkenalkan dua pelan terbaru mereka.

Pelan tersebut dikenali sebagai Pelan DG Family dan DiGi Prepaid Hit RM1, kedua-dua

pelan mudah itu bakal menawarkan lebih penjimatan kepada pelanggan. Pelancaran pelan

berkenaan bermatlamat menawarkan perkhidmatan yang lebih efektif mengikut keperluan

pelanggan. DiGi melakukan pendekatan dengan mengambil kira permintaan pelanggan supaya

perkhidmatan yang ditawarkan relevan dengan kehendak pengguna. Menarik mengenai Pelan

DG Family, ia merupakan pakej fleksibel pertama dalam industri telekomunikasi yang

menggabungkan perkhidmatan prabayar dan pascabayar dalam satu pelan.

Menerusi pelan famili tersebut, seorang pelanggan pascabayar boleh menambah sehingga

tiga talian tambahan prabayar di bawahnya dengan maksimum enam talian tambahan

keseluruhannya.

Pakej tersebut akan melibatkan pelan RM150 dan RM250 di mana pelanggan boleh

menikmati perkhidmatan panggilan, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan dan khidmat pesanan

multimedia (MMS) tanpa had secara percuma di antara mereka pada bila-bila dan di mana-mana

sahaja. Melalui akaun yang sama, ahli keluarga akan dapat terus berhubung tanpa memikirkan

soal caj yang dikenakan. Ia juga secara tidak langsung dapat memberi kemudahan kepada ibu

bapa untuk memantau penggunaan di kalangan anak-anak mereka.

18 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 19: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Untuk pengguna talian prabayar, mereka akan menikmati perkhidmatan tambah nilai

secara automatik sebanyak RM15 sebulan untuk setiap talian. Melihat kepada pelan DiGi

Prepaid Hit RM1 pula, ia menyasarkan golongan pelanggan yang kerap menggunakan

perkhidmatan suara dan SMS. Menerusinya, pelanggan yang telah mencecah penggunaan SMS

sebanyak RM1 dalam sehari, mereka akan dapat menikmati kadar rata 12 sen seminit untuk

panggilan ke mana-mana rangkaian di seluruh negara untuk pada hari yang sama selain caj satu

sen untuk menghantar SMS ke nombor DiGi.

Selain itu, bagi penggunaan Internet mobiliti pula, pelanggan akan dicaj satu sen untuk

setiap penggunaan satu kilobait (KB) dengan kadar maksimum RM5 sehari.Pelanggan yang

menggunakan pelan ini pastinya akan berpuas hati dengan penjimatan yang ditawarkan.

8. KHIDMAT BARU INTERNET DIGI

19 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 20: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

DIGI Telecommunications Sdn Bhd memperkenalkan rangkaian

tawaran Internet DiGi baru yang termasuk Smart PƖοt tambahan untuk telefon pintar, pakej

telefon dan pakej pra-bayar DiGi Blackberry dalam usaha mengukuhkan kedudukannya dalam

pasaran Internet mudah alih di negara ini.

Ketua Pemasaran Produknya, Loh Keh Jiat, berkata tawaran baru itu membuktikan

komitmen DiGi untuk menjadikan perkhidmatan internet mudah alih relevan dan mampu milik

untuk semua golongan pengguna.Ini adalah sejajar dengan pelan pertumbuhan agresif

jaringan Digi Turbo 3GTM untuk lebih banyak kawasan di seluruh negara.

Pakej DiGi Smart PƖοt Lite ini  khusus untuk pelanggan pengguna data kasual.

Mereka hanya perlu membayar yuran bulanan sebanyak RM33 untuk menikmati

capaian internet sehingga 300 megabait (MB) tanpa komitmen penggunaan bagi panggilan dan

SMS.

9. Digi Friends and Family Plus

Digi juga memperkenalkan Digi Friends and Family Plus plan untuk dinikmati oleh

pengguna prepaid dan juga postpaid.Dalam pakej ini, pengguna boleh daftar enam nombor untuk

menikmati panggilan 5 sen per minit, 1 sen untuk hantar pesanan ringkas dan 5 sen untuk

menghantar satu MMS. Untuk menikamati pakej ini pengguna perlu melanggan melalui key

*128# atau hubungi 016 2211800 dan langganan melalui ‘interactive voice response’. Dengan

inovasi bari ini, pengguna boleh menambah dua nombor tambahan selain daripada enam nombor

yang telah didaftar terlebih dahulu.Kadar panggilan untuk dua nombor Plus merupakan 15 sen

20 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 21: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

per minit untuk panggilan ,15 sen untuk hantar satu pesanan ringkas dan 50 sen untuk setiap

mms.Ini dapat menambahkan lagi pengguna digi untuk terus melanggan kemudahan-kemudahan

yang di tawarkan.

10. DIGI ‘FU YOH’ PELAN

Digi juga melancarkan rancangan prabayar baru untuk remaja yang bernama ‘Fu-

Yoh’.Rancangan ini menawarkan kos lebih murah dari sms dan mms yang dihantar.Fu-Yoh

ditawarkan bagi pengguna berusia 15 hingga 24 tahun.Pelan ini akan menawarkan pengguna sms

dan mms pada kadar 7 sen dan 25 sen masing-masing dan panggilan suara pada kadar flat 38 sen

per minit.Pengguna ‘Fu-Yoh’ juga dapat menikmati panggilan percuma selepas 3 minit pertama

5 setiap hari Ahad dari 12 a.m hingga 12 p.m diantara pengguna Digi.

11. DiGi Yellow Mobile

21 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 22: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Pada 2002, DiGi melancarkan program kemasyarakatan DiGi Yellow Mobile, yang

membolehkan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia menimba pengalaman

pembelajaran unik yang mendekatkan mereka kepada khazanah warisan kebudayaan mereka,

tanpa mengira bangsa dan agama. Sehingga kini, lebih 500 anak-anak yatim dan kanak-kanak

kurang bernasib baik di Bandar raya utama di Malaysia telah mengambil bahagian dalam

bengkel interaktif berasaskan seni ini. Penerokaan dan pembelajaran kanak-kanak tersebut

dimeriahkan oleh beberapa artis, pemuzik, penari, karyawan dan personaliti teater terkemuka

negara, yang telah meluangkan masa dan tenaga untuk menjayakan program ini. Usaha gigih

mereka telah membolehkan syarikat mencatatkan prestasi yang begitu memberangsangkan.

Ramai yang telah secara sukarela mengibarkan bendera DiGi dalam masyarakat menerusi

penglibatan dalam pelbagai akitiviti kebajikan syarikat.

12. Mobile WiFi

DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) dengan inovasi barunya telah melancarkan

Mobile WiFi, inisiatif produk pertama seumpamanya di Malaysia.

Lebih dikenali sebagai MiFi, peranti yang bertindak seperti router tanpa wayar ini boleh

menyokong sehingga lima pengguna untuk mencapai Internet pada satu masa.

22 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 23: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Ia sekali gus membolehkan pengguna berkongsi penyambungan jalur lebar, atau dengan

kata lain pengguna jalur lebar mudah alih kini boleh mewujudkan hotspot mini WiFi di mana

saja mereka berada.Ia merupakan satu rumusan inovatif yang relevan dan memudahkan

pelanggan.

Ini adalah cara Digi untuk terus menjadikan Internet itu mudah dicapai oleh lebih ramai

orang, di samping terus menyediakan pengalaman capaian Internet paling unggul kepada

pelanggan.

Pelbagai peranti mudah alih menyokong capaian rangkaian WiFi seperti komputer

notebook dan telefon pintar. MiFi DiGi akan menjadi pemboleh utama untuk menghubungkan

kesemua peranti itu dan membolehkan Internet dicapai pada bila-bila masa, di mana saja.

DiGi juga membuka tempahan MiFi menerusi laman web .Pelanggan yang berminat

digalakkan membuat tempahan awal untuk mendapat penjimatan tambahan.

8.0 KESIMPULAN

Seperti semua inisiatif perniagaan semasa, perkhidmatan masa depan DiGi akan

berasaskan inovasi praktikal yang akan memberi nilai tambah kepada pelanggan. Perkhidmatan

tersebut akan disesuaikan kepada gaya hidup dinamik para pelanggan, seterusnya meningkatkan

cara mereka menjalani kehidupan harian, bekerja dan bermain. Memandangkan cabaran unik 23 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 24: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

yang dihadapi, ditambah pula dengan suasana industri yang menghadapi persaingan yang

semakin sengit, DiGi telah mula mengamalkan pendekatan yang proaktif dalam pelancaran

produk dan perkhidmatannya. Sejak lima tahun lalu, DiGi telah menjadi nama industri yang

terkenal dan telah membina kredibiliti sebagai peserta industri yang berwibawa. Keupayaan ini,

serta matlamat jangka panjang DiGi untuk dilihat sebagai penyedia perkhidmatan bersepadu

penuh, merupakan asas kepada usaha berterusannya untuk memperkembangkan perniagaan

terasnya, dan akan terus menciri-corakkan semua kegiatannya pada masa depan.

Justeru itu, DiGi yakin bahawa komitmen tidak berbelah-bahaginya untuk mendengan

pendapat para pelanggan bagi menawarkan produk dan perkhidmatan yang mempunyai ciri-ciri

inovatif dan bersesuaian dengan keperluan gaya hidup pengguna.

9.0 RUJUKAN

1. www. digi .com.my/  

2. www. digi .com.my/about digi /media/mr_ annual _2009

3. en.wikipedia.org/wiki/Innovation 

24 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 25: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

4. Drucker,P, Innovation and Entrepreunership:practice and principles,New York,Harper &

Row Publishers,1985

5. Ab.Aziz Yusof & Zakaria Yusof. (2004). Prinsip Keusahawanan,Edisi Kedua.Kuala

Lumpur: Prentice Hall

25 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Page 26: ASG DIGI

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

LAMPIRAN

26 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0