asemen psv real.docx

19
1.0 PENGENALAN 1.1 DEFINISI Pengenalan Faksafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjelaskan bahawa peranan pendidik adalah sebagai pemudahcara ( fasilitator ) kepada pelajar. Peranan ini memerlukan keterbukaan akal fikiran, kemahiran, hati nurani serta pemikiran yang rasional kearah memperkembangkan keupayaan potensi setiap pelajar dari segi intelek, jasmani, rohani, dan emosi. Pendidik adalah seseorang yang akan dapat menolong atau memudahcarakan pembelajaran pelajar. Beberapa kepentingan pelajar yang perlu diberikan perhatian oleh setiap pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran: (a) Pengalaman, kebolehan dan kemahiran yang sedia ada dalam kalangan pelajar perlulah mendapat pengiktirafan oleh pendidik. (b) Terdapatnya kebenaran bahawa setiap pelajar yang kita asuh mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. (c) Kita juga perlu sedar bahawa setiap pelajar akan belajar mengikut kadar keupayaan sendiri dan bukan bergantung atau mengikuti kadar pendidiknya. Oleh sebab itu, kita perlulah mengiktiraf dan sentiasa memberikan keutamaan pembelajaran yang bersifat keindividualan.

Upload: fieza-jaja

Post on 19-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: ASEMEN PSV real.docx

1.0 PENGENALAN

1.1 DEFINISI

Pengenalan

Faksafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjelaskan bahawa peranan pendidik

adalah sebagai pemudahcara ( fasilitator ) kepada pelajar. Peranan ini memerlukan

keterbukaan akal fikiran, kemahiran, hati nurani serta pemikiran yang rasional kearah

memperkembangkan keupayaan potensi setiap pelajar dari segi intelek, jasmani,

rohani, dan emosi. Pendidik adalah seseorang yang akan dapat menolong atau

memudahcarakan pembelajaran pelajar. Beberapa kepentingan pelajar yang perlu

diberikan perhatian oleh setiap pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran:

(a) Pengalaman, kebolehan dan kemahiran yang sedia ada dalam kalangan pelajar

perlulah mendapat pengiktirafan oleh pendidik.

(b) Terdapatnya kebenaran bahawa setiap pelajar yang kita asuh mempunyai gaya

pembelajaran yang tersendiri.

(c) Kita juga perlu sedar bahawa setiap pelajar akan belajar mengikut kadar

keupayaan sendiri dan bukan bergantung atau mengikuti kadar pendidiknya.

Oleh sebab itu, kita perlulah mengiktiraf dan sentiasa memberikan keutamaan

pembelajaran yang bersifat keindividualan.

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan

merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang tertentu. Portfolio

berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan

dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk

mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif

serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.  

Portfolio juga terdiri daripada bahan-bahan yang menunjukkan kemajuan

pelajar terhadap pencapaian matlamat pembelajaran untuk satu jangka masa (Ryan &

Page 2: ASEMEN PSV real.docx

Kuhs, 1993). Juga, merupakan satu sistem pelbagai dimensi yang memberi

gambaran lengkap tentang kebolehan dan perkembangan pelajar

( Harlin, 1992).

Kesimpulannya, portfolio merupakan satu bentuk sejarah pembelajaran pelajar yang

didokumentasi dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran

baru melalui penulisan reflektif ( Shulman, 1992).

2.0 KEPENTINGAN MEMBUAT PORTFOLIO

Setiap konsep atau model penilaian yang dijalankan mempunyai kepentingan

tersendiri. Begitu juga dengan penilaian portfolio. Melalui penilaian portfolio ini,

penilai atau guru dapat melihat pertumbuhan dan perkembangan kemampuan peserta

didik dari waktu ke waktu berdasarkan feed-back dan refleksi kendiri. Selain itu

dapat membantu guru melakukan penilaian secara adil, objektif dan dapat

dipertanggungjawabkan tanpa membezakan keadaan murid.

Tujuan utama portfolio adalah sebagai bukti yang membolehkan para guru,

ibu bapa dan pelajar menunjukkan pelbagai karya yang pelajar tahu dan boleh buat

daripada pelbagai ujian yang dilakukan dan dibuat pelh para pelajar. Selain itu,

portfolio juga menunjukkan keupayaan pelajar untuk berfikir dan menyelesaikan

masalah, menggunakan strategi dan kemahiran yang berbentuk prosedur dan

membina pengetahuan dalam proses-proses menyiapkan tugasan mereka.

Di samping itu, ia juga menunjukkan kesungguhan, usaha belajar, kesediaan

untuk berubah, kemahiran dalam memantau pembelajaran mereka sendiri dan

keupayaan untuk menjadi lebih baik selain sebagai maklumat kepada guru mengenai

pencapaian seseorang pelajar. Portfolio juga adalah salah satu cara untuk

berkomunikasi dengan ibu bapa dan guru-guru lain tentang tahap pencapaian seorang

pelajar. Gred kad laporan hanya menunjukkan markah, tetapi portfolio memberikan

nilai tambahan gred untuk ditunjukkan kepada ibu bapa, guru, dan pelajar selain

terdapat bukti-bukti yang menyokong setiap kemajuan pelajar. Portfolio bukan

alternatif kepada ujian kertas dan pensil, ujian esei, atau ujian prestasi. Sekiranya kita

mahu menilai asas pengetahuan fakta belajar, ujian jenis objektif yang sesuai. Jika

kita berminat dalam penilaian gambaran bagaimana seorang pelajar menggunakan

strategi kognitif, terdapat cara yang tidak melibatkan kerja-kerja yang diperlukan

Page 3: ASEMEN PSV real.docx

untuk penilaian portfolio. Tetapi, jika kita menilai kedua-dua pencapaian dan

pertumbuhan dalam konteks yang tulen, portfolio adalah satu alat yang perlu anda

pertimbangkan. Akhirnya, portfolio adalah satu cara untuk memotivasikan pelajar ke

tahap yang lebih tinggi. Ianya sangat berkait antara pengajaran di bilik darjah dan

penilaian dalam cara yang konsisten dengan teori kognitif moden pengajaran dan

pembelajaran. Berikut merupakan antara kepentingan-kepentingan membuat

portfolio

a. Merupakan anjakan paradigma baru dalam penilaian

Penilaian portofolio lebih menekankan kepada proses perubahan kemampuan

murid daripada hasil yang dipelajari. Semasa proses pembelajaran guru telah

mengnalpasti masalah murid itu, maka  guru tersebut perlu segera memberi

bantuan kepada murid sehingga masalah yang dihadapi dapat diatasi.

b. Akauntabiliti

Dalam sistem penilaian portofolio, murid perlu melibatkan diri dalam

penilaian. Melalui penglibatan murid, ia dapat menerima segala ajaran yang

diberikan oleh guru. Hal ini secara tidak langsung bukan sahaja memberi

manfaat kepada murid malahdapat melihat hasil yang diusahakan sendiri oleh

murid tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan perkara-

perkara negatif dalam diri murid sekiranya murid melibatkan diri dalam

pembinaan portfolio. 

c. Melahirkan murid yang aktif.

Penilaian portofolio lebih bersifat individu dan murid terlibat secara langsung

dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

d. Kemudahan kepada guru dan pelajar

Dengan penilaian portofolio, secara tidak langsung memberi kemudahan

kepada guru berkaitan dengan tujuan belajar dan hasil yang dipelajari oleh

murid. Hal ini adalah kerana guru akan lebih mudah menemukan hubungan

antara tujuan belajar dan hasil belajar. Hasil daripada pembelajaran lebih

bersifat nyata. Sebagai contoh, tujuan untuk belajar adalah murid dapat

mewarnai gambar yang diberi dengan gabungan pelbagai warna yang

Page 4: ASEMEN PSV real.docx

menarik. Dengan menggunakan penilaian portofolio, guru akan lebih mudah

melihat hasil belajar setiap murid.

e. Penglibatan ibu bapa dan masyarakat

Penilaian portofolio ini memberi input yang berguna kepada bagi ibu bapa

dan masyarakat kerana  mereka dapat melihat perkembangan dan kemampuan

anak mereka dari semasa ke semasa yang ditunjukkan berdasakan hasil

belajar sendiri.

f. Penilaian diri

Dengan penilaian portofolio murid-murid diarahkan supaya dapat melakukan

penilaian diri mereka sendiri. Contohnya guru dapat bertanya kepada murid

tentang hasil lukisan yang dilukis oleh mereka sama ada membuahkan hasil

atau tidak. Dengan adanya penilaian ini dapat memberi gambaran kepada

murid untuk menilai hasil kerja yang mereka lakukan

g. Fleksibiliti

Pengukuran dan penilaian dari segi fleksibiliti ini tidak memerlukan olahan

dan analisis yang rumit. Sebagai contoh, jika kita ingin mengetahui

perkembangan murid dalam aktiviti mewarna gambar dari semasa ke semasa,

kita hanya boleh melihat hasil lukisan mereka yang telah tersimpan dalam fail

portfolio tersebut.

h. Tanggung jawab bersama

Guru dan murid bersama-sama merancang hasil pembelajaran yang

dijalankan. Berdasarkan perlaksanaan portfolio ini,guru dan murid-murid

perlu bersepakat berbincang mengenai tugas-tugas serta hal yang perlu

dilakukan berkenaan dengan portfolio ini. Sebagai contoh, sebelum

melaksanakan penilaian dengan pendekatan portfolio dalam aktiviti

menyusun mozek, murid-murid perlu berbincang tentang pelaksanaan

kegiatan yang akan dilakukan.

Page 5: ASEMEN PSV real.docx

i. Keadilan

Dengan penilaian portofolio ini maka akan terhasil sifat-sifat keadilan dalam

diri masing-masing. Sebagai contoh, murid yang pandai akan menunjukkan

kelebihan yang ada pada diri mereka secara optimal manakala murid yang

kurang bijak akan dapat dibantu dalam meningkatkan kemampuan diri

mereka.

3.0 PORTFOLIO DAN KANDUNGANNYA

Pengenalan Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi

bahan bukti proses pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini

mengandungi pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan

perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan secara

terancang. Rakaman Proses Pembelajaran Rakaman proses pembelajaran ini

merangkumi beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian

benar.

Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat

himpunan rakaman urutan proses hasil daripada kerja pelajar. Selain itu juga,

penyataan perasaan pelajar juga dapat dilihat semasa proses pembelajaran seni visual

ini. Di samping itu juga, hasil ilustrasi dan penulisan mahupun gambar yang menjadi

peristiwa penting sebahagian pelajar dapat dikongsi bersama dengan pihak lain.

Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses

penyelesaian masalah dan membuat keputusan. lni disebabkan portfolio

Pendidikan Seni Visual, selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut

menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan penggubahan

secara kreatif, sama ada melalui alat, bahan atau teknik tertentu.

Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah

yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula

menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja

Page 6: ASEMEN PSV real.docx

yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti

untuk tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses

pembelajaran pelajar.

3.1 BENTUK PORTFOLIO

Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio

dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar

portfolio persembahan. Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian,

perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang

hendak dibuat. Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan

mengandungi 4 aspek:

1. Kajian

• Pemerhatian dan pengamatan.

• Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang

Sesuai dengan kegiatam.

• Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan

2. Lakaran

• Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea

yang konstruktif pewujudan idea

• Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk

3. Rangka Sebenar

• Merangka reka cadang atau model

• Menentukan alatan dan bahan

• Prototaip (jika berkaitan)

4. Persembahan Portfolio

• Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat

• Mengikut urutan

• Bersih, kemas dan mudah digunakan

        3.2 KANDUNGAN PORTFOLIO  

Kandungan portfolio boleh ditentukan oleh pelajar atau guru atau secara kolaborasi

oleh kedua-dua pihak. Kandungan boleh terdiri daripada

Page 7: ASEMEN PSV real.docx

bahan bukti pembelajaran (learning evidences) yang releven dan

dihasilkan oleh pelajar sendiri - spt. esei, laporan, latihan, lembaran

kerja,  grafik organiser (cetakan, diskette, CD, rakaman audio/video dll.)

bukti prestasi pelajar seperti kertas ujian yang telah disemak, penilaian

rakan sebaya,penilaian kendiri atau penilaian guru

bahan-bahan rujukan, refleksi pelajar yang dibuat dari semasa ke semasa

sehubungan tugasan, aktiviti /pengalaman pembelajaran yang dilalui

(sama ada dengan menggunakan grid refleksi atau format bebas) dan lain-

lain yang releven.

3.3 JENIS PORTFOLIO 

 Terdapat 3 jenis portfolio :-

1. Portfolio Kerja Harian (Portfolio Kerja Harian (Working PortfolioWorking Portfolio))

Koleksi bahan bukti pembelajaran dan tugasan harian yang dikumpul dalam satu

jangka waktu (satu semester/satu tahun). Bahan dipilih oleh pelajar. 

2. Portfolio Dokumentari (Portfolio Dokumentari (Documentary PortfolioDocumentary Portfolio))

Portfolio jenis ini mempunyai bahan bukti pembelajaran yang dikumpul

selaras/releven dengan objektif/hasil pembelajaran untuk sesuatu tugasan tertentu

(task based) . Proses menghasilkan bahan tugasan perlu ditunjukkan dengan jelas

(dari bentuk deraf hingga hasil akhir). Penilaian portfolio jenis ini adalah secara

formatif dan sumatif.

3. Portfolio Hasil Terbaik (Portfolio Hasil Terbaik (Show Portfolio)Show Portfolio)

Bahan bukti pembelajaran untuk portfolio jenis ini dipilih dari hasil yang terbaik

di dalam portfolio kerja harian. Penilaian adalah penilaian sumatif. Proses

Page 8: ASEMEN PSV real.docx

menghasilkan tugasan tidak penting, yang lebih penting adalah hasil akhir yang

terbaik.

3.4 LANGKAH PENYEDIAAN PORTFOLIO

1. Pengumpulan maklumat

Bagi menghasilkan sebuah portfolio yang lengkap, langkah pertama yang

perlu dilakukan ialah pengumpulan maklumat berdasarkan tajuk yang ingin

dilakukan. Murid perlu mengumpulkan maklumat bagi memudahkan projek

yang dijalankan berjalan lancar. Salah satu cara untuk mengumpulkan

maklumat ialah dengan melakukan pemerhatian terhadap beberapa maklumat

yang ingin dicari. Pemerhatian merupakan alternatif yang ada dalam

mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan

temuduga. Sebagai contoh kegiatan menggambar, membuat rekaan dan corak,

membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional dapat

mencetuskan idea dan imaginasi murid. Penggunaan alat dan bahan dapat

meningkatkan kemahiran murid memilih dan menggunakan alatan dan bahan

yang disediakan oleh guru yang disesuaikan dengan aktiviti seni visual

seperti melukis, mewarna, menggunting, dan sebagainya. Murid-murid juga

digalakkan untuk membuat pemerhatian secara aktif semasa guru membuat

tunjuk cara menggunakan alatan dan bahan atau menunjukkan suatu teknik

dalam setiap kegiatan seni visual. Pemahaman asas-asas seni seperti garisan,

warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang dapat dipertingkatkan melalui kegiatan

yang terdapat dalam seni visual.

Selain daripada pemerhatian, murid juga boleh mendapatkan

maklumat-maklumat berdasarkan gambar yang dicari. Sebagai contoh dengan

memilih gambar – gambar  yang dirasakan bersesuaian dengan tema yang diberikan.

Sebagai contoh tema “Flora Malaysia”. Oleh itu murid boleh memilih bunga. Antara bunga

yang boleh diipilih ialah bunga Tapak Dara atau juga dikenali sebagai bunga kemunting cina

sebagai subjek matter.

2. Pemprosesan maklumat

Page 9: ASEMEN PSV real.docx

Hasil daripada pengumpulan maklumat yang telah dikumpul, murid perlu

memproses maklumat tersebut untuk mendapatkan hasil projek. Berdasarkan

sumber yang telah dicari, murid menggunakan sumber tersebut untuk diolah

supaya dapat menghasilkan karya akhir. Murid perlu kreatif untuk mengolah

daripada maklumat yang dicari. Tidak semestinya meniru sebulat-bulat

berdasarkan maklumat yang dicari. Pada peringkat ini, murid perlu

memproses maklumat yang dicari supaya dapat menjadikan karya tersebut

lebih kreatif.

3. Penentuan hal benda

Setelah maklumat diperolehi, murid perlu mengkaji bahan dan alat yang perlu

digunakan sebelum pengolahan gambar dilakukan. Di samping itu juga,

murid perlu mengetahui teknik apakah yang perlu digunakan sebelum

meneruskan tugasan tersebut. Setelah maklumat diperolehi, murid perlu

mengkaji bahan dan alat yang perlu digunakan sebelum pengolahan gambar

dilakukan. Di samping itu juga, murid perlu mengetahui teknik apakah yang

perlu digunakan sebelum meneruskan tugasan tersebut.

4. Pewujudan idea

Di dalam penghasilan pewujudan idea dan membuat aktiviti,

kepekaan pada persekitaran perlu digalakkan kepada murid-murid.

Contohnya murid-murid perlu peka pada persekitaran mereka supaya dapat

memanipulasikan objek-objek di sekeliling mereka sebagai idea untuk

mereka mencari idea dan menjadi sudut hasil seni. Murid-murid secara kreatif

boleh memanipulasi bahan, ruang, cahaya dan sebagainya untuk

diaplikasikan dalam karya mereka. Guru juga boleh memberi peluang kepada

murid memberi idea bersama-sama bagi mengembangkan bakat murid itu

sendiri.

Melalui langkah pewujudan idea ini juga guru dapat menjana minda murid-

murid untuk berfikir secara logik. Secara tidak langsung bahan yang terbuang

boleh digunakan semula dan ini dapat mengelakkan pembaziran dan berlaku

pencemaran alam sekitar secara berleluasa.

Page 10: ASEMEN PSV real.docx

Di dalam penghasilan dan membuat gerak kerja ini, murid-murid haruslah

diberi perhatian terutamanya berkaitan dengan

i. Penggunaan alat, bahan dan teknik yang dipilih haruslah bersesuaian

dengan bidang yang hendak diajar oleh guru. Sebagai contoh bagi murid

Tahun 1, bahan yang digunakan untuk capan mestilah bersesuaian

seperti batang pisang atau keratan rentas bawang merah. Mengukir

kentang untuk mengecap pastinya tidak sesuai kerana psikomotor

mereka belum mahir melakukannya.

ii. Tatacara, langkah dan proses membuat seharusnya diterangkan dan

dibimbing dengan baik oleh guru pendidikan seni visual. Ini untuk

memastikan murid yang kita ajar akan dapat mengikuti dan tidak

ketinggalan sehingga mampu menimbulkan suasana yang

menyeronokkan. Apabila proses pembelajaran yang dijalankan oleh guru

tidak dapat diikuti dengan baik oleh murid maka aktiviti itu tidak

berulang kerana menimbulkan implikasi negatif kepada diri murid dan

seterusnya membantutkan proses pembelajaran mereka.

iii. Amalan tatatertib kerja dan keselamatan semasa bekerja perlulah dititk

beratkan oleh guru untuk memastikan aktiviti pembelajaran murid

berjalan deegan lancar tanpa sebarang masalah atau musibah seperti

kecederaan ataupun gangguan emosi.

iv. Penyampaian kandungan subjek, idea dan hal benda dengan bentuk hasil

hendaklah saling berkaitan.

5. Perkembangan idea

Pada peringkat ini, murid perlu menggunakan idea yang diperolehi dan

dikembangkan lagi bagi menghasilkan karya yang lebih menarik. Sebagai

contoh, sekuntum bunga diolah dan diperkembangkan lagi untuk

menghasilkan karya yang lebih menarik.

6. Tranformasi idea

Selain itu, murid juga boleh menghasilkan kreativiti dengan

mentranformasikan idea dengan mempelbagaikan idea-idea yang menarik.

Dengan adanya idea-idea sebegini rupa, murid dapat menghasilkan karya

yang lebih kreatif dan berkualiti.

Page 11: ASEMEN PSV real.docx

7. Pemilihan warna

Setelah idea untuk subjek itu telah dilakukan, murid boleh memilih beberapa

warna yang menjadi pilihan murid unutk diaplikasikan ke atas karya yang

ingin dihasilkan. Tidak semua warna yang dipilih dipalikasikan ke atas karya

tersebut. Hanya warna yang terbaik dan sesuai sahaja boleh diaplikasikan ke

atas karya tersebut. Selain itu, murid boleh mengaplikasikan warna-warna harmoni ke

atas subjek dan menggunakan warna kontra pada bahagian latar belakang bagi menimbulkan

imej subjek dan menarik perhatian.

8. Membuat karya

Setelah idea dapat dihasilkan, perkembangan idea dapat dikembangkan,

pemilihan warna diolah dan mendapat rupa yang diingini, karya terakhir

dapat dilakukan. Pada peringkat ini, murid perlu menghasilkan karya yang

terbaik. Segala ilmu berkaitan dengan seni visual diaplikasikan di atas karya

bagi menjadikan karya tersebut berkualiti dan terbaik.

9. Bibliografi

Pada peringkat bibliografi ini, murid-murid perlu memastikan setiap

maklumat dan sumber yang dicari perlu dimasukkan dan dijadikan sumber

rujukan ataupun lebih dikenali bibliografii. Hal ini adalah supaya sumber

yang dicari sahih dan sumber rujukan tersebut boleh dipercayai bukan hanya

direka cipta sahaja. Semasa menulis rujukan, murid perlu menulis mengikut

format APA dan mengikut turutan huruf. Dengan adanya bibliografi ini,

murid bukan sahaja menjadikan sesebuah sumber itu sebagai rujukan, malah

dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan mencari sumber rujukan yang

diberi.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pelbagai perkara perlu diambil kira dalam memastikan

proses pembangunan portfolio ini berjalan dengan sempurna dan terancang.

Di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang

berkesan, peranan yang dimainkan bukan hanya daripada pihak guru sahaja.

Page 12: ASEMEN PSV real.docx

Murid harus dilibatkan sama secara langsung atau tidak langsung agar

matlamat dan objektif pengajaran tercapai disamping memberi peluang

kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi

kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian serta kaitannya dengan

mata pelajaran lain.

Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan

kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang

relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi,

keaslian, kreativiti dan kemasan.

Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan

kaedah portfolio ini. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Seni Visual,nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan

keteraturan, keselamatan, ketekunan, bekerjasama,ketelitian dan

kesempurnaan.

Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur

perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan

serta merekod proses dalam bentuk folio.

Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang

pemikiran murid secara logikal, kritikal dan analitikal. Murid juga

digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan.

Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan

pengetahuan, pemahaman konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa

seni dan kemahiran berfikir. Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif

harus menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang

menitikberatkan aras kesukaran berasaskan Taxonomy Bloom seperti

pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Page 13: ASEMEN PSV real.docx