asas seni reka

4
ASAS SENI REKA A. UNSUR SENI 1. Garisan - Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu - Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan. Contoh-contoh Garisan Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual. Pengenalan Garisan 1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.

Upload: ijan71

Post on 06-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Seni Reka

ASAS SENI REKAA. UNSUR SENI

1. Garisan - Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu - Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.

Contoh-contoh Garisan

Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual.

Pengenalan Garisan

1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.

Page 2: Asas Seni Reka

2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.

garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam

menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala

Page 3: Asas Seni Reka

seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki

dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran seekor ayam

3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.

    i.  Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia:             Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala, penapis   dan sebagainya

 ii. Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi:            Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya

Jenis-jenis Garisan

1. Garisan halus2. Garisan tebal3. Garisan beralun

Page 4: Asas Seni Reka

4. Garisan berpancar5. Garisan berlingkar6. Garisan berserabut7. Garisan bersudut-sudut8. Garisan bergerigi9. Garisan berbiji10. Garisan berbulu11. Garisan putus-putus12. Garisan berduri

Fungsi Garisan

1. Garisan menimbulkan rupa.2. Garisan menimbulkan bentuk.3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.4. Garisan mewujudkan ruang.5. Garisan menghasilkan jalinan.6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.7. Garisan mewujudkan ton.8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.

Garisan, Ton dan Ruang

1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap.2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap.3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.