nota asas seni reka prinsip rekaan

16
Prinsip Rekaan (Klik Disini) HARMONI Harmoni membawa maksud aman dan damai. Dalam istilah seni pula,harmoni merupakan hasil susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang seimbang dan sesuai. Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam dan selesa pada pandangan. Kesan harmoni timbul dalam seni tampak akibat daripada semua unsur- unsur seni dalam satu karya seni dan mempunyai tema yang sama atau disusun dengan teratur. Harmoni tidak akan muncul jika terdapat cirri yang bercanggah. Unsur-unsur seni tersebut termasuk susunan objek,warna,garisan,rupa,bentuk,jalinan,ruang,saiz objek dan ton. Aplikasi warna dari kumpulan yang sama atau mempunyai hubung kait antara satu sama lain juga dapat menimbulkan gambaran harmoni dalam suatu gubahan,umpamanya warna sejuk,warna panas,gubahan warna sewarna,gubahan warna harmoni,dan campuran jenis warna yang mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Dalam konteks seni,ulangan garisan,rupa,bentuk,jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu atau berpandukan garisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni. Kesan harmoni membawa perasaan yang tenang dan tidak berserabut. Prinsip harmoni dapat dilihat pada sisik-sisik ikan,jalur-jalur corak pada siput,susunan bulu-bulu burung,urat-urat,corak anyaman,cermin muka dan sebagainya. Ulangan diperlukan dalam harmoni. Ulangan juga menghasilkan rentak,menegaskan unit seni tampak,menyebabkan percantuman. Tujuan harmoni ialah untuk menghasilkan kesatuan,keseimbangan dan ketenangan.

Upload: anneani

Post on 20-Oct-2015

206 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

prinsip rekaaan

TRANSCRIPT

Prinsip Rekaan (Klik Disini)HARMONIHarmoni membawa maksud aman dan damai. Dalam istilah seni pula,harmoni merupakan hasil susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang seimbang dan sesuai.Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam dan selesa pada pandangan.Kesan harmoni timbul dalam seni tampak akibat daripada semua unsur-unsur seni dalam satu karya seni dan mempunyai tema yang sama atau disusun dengan teratur.Harmoni tidak akan muncul jika terdapat cirri yang bercanggah.Unsur-unsur seni tersebut termasuk susunan objek,warna,garisan,rupa,bentuk,jalinan,ruang,saiz objek dan ton.Aplikasi warna dari kumpulan yang sama atau mempunyai hubung kait antara satu sama lain juga dapat menimbulkan gambaran harmoni dalam suatu gubahan,umpamanya warna sejuk,warna panas,gubahan warna sewarna,gubahan warna harmoni,dan campuran jenis warna yang mempunyai hubung kait antara satu sama lain.Dalam konteks seni,ulangan garisan,rupa,bentuk,jalinan dan ruang dalamgayadan arah yang tertentu atau berpandukan garisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni.Kesan harmoni membawa perasaan yang tenang dan tidak berserabut.Prinsip harmoni dapat dilihat pada sisik-sisik ikan,jalur-jalur corak pada siput,susunan bulu-bulu burung,urat-urat,corak anyaman,cermin muka dan sebagainya.Ulangan diperlukan dalam harmoni. Ulangan juga menghasilkan rentak,menegaskan unit seni tampak,menyebabkan percantuman.Tujuan harmoni ialah untuk menghasilkan kesatuan,keseimbangan dan ketenangan.Suatu rekaan seni visual yang melibatkan susunan atau ulangan unsur unsur seni visual mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan kesan yang menarik. Harmoni wujud pada benda benda alam dan benda buatan manusia.Harmoni pada karya seni visualHarmoni pada garisanHarmoni pada bentukHarmoni pada rupaHarmoni pada jalinanHarmoni pada ruang

harmoni dari segi garisan

harmoni dari segi bentuk

harmoni dari segi rupa

PENEGASANPenegasan ialah pusat tumpuan bagi keseluruhan komponen dalam sesuatu gubahan dan pemandanganPenegasan ialah satu teknik yang amat berkesan untuk menimbulkan fokus atau tumpuan terhadap sesuatu perkara atau objek.Penegasan boleh wujud melalui elemen kontra atau unsur keganjilan dalam sesuatu gubahanDalam seni,penegasan dihasilkan melalui penggunaan unsur-unsur seni seperti jalinan,garisan,rupa,bentuk,ruang dan warna.Wujud pada sesuatu gubahan apabila terdapat unsur yang menonjol di dalamnya.Sesuatu yang memberi perhatian dan tumpuan kepada pemerhati.Berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya, mengelak daripada kebosanan dan melahirkan gubahan yang dramatik.Fungsi penegasan adalah untuk menarik perhatian, menimbulkan tumpuan dan fokus, untuk mengelakkan kebosananCara untuk menimbulkan penegasan adalah dengan menggunakan elemen-elemen yang kontra, pelbagai saiz, unsur yang diletak di tengah gubahan,pengcahayaan di bahagian penegasan, dan pengasingan elemen penegasan.Penegasan garisanPenegesan jalinanPenegesan warnaPenegesan rupaPenegesan bentukPenegesan penegasanDalam proses penghasilan karya seni visual,ciri penegasan dapat dicapai melalui cara-cara berikut:oMenggunakan unsur-unsur seni yang berkontraoMenghasilkan elemen yang harus ditegaskanoMeletakkan objek penegasan di pusat dengan menggunakan garisan grid berpancaran

IMBANGANImbangan ialah kesamaan dan berpadanan dari segi berat,tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu unsur-unsur seniMelalui imbangan susunan tidak akan kelihatan berat sebelah dan akan mewujudkan kesan kesatuan.Imbangan perlu untuk menarik perhatian dan menimbulkan suasana formal atau tidak formal,disiplin atau gembiraImbangan bermaksud keadaan yang berpadana dari segi berat,tarikan dan tumpuan perhatian.Keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan samagayapenampilanJenis imbangan yang terdapat ialah imbangan simetri, imbangan tidak simetri dan imbangan semua arahTerdapat 2 jenis imbangan iaitu Imbangan simetri dan tidak simetri.IMBANGAN SIMETRI

Kiri dan kanan sesuatu benda atau objek adalah sama beratsekiranya dilipat di bahagian tengah.Contoh imbangan simetri terdapat pada wau dan rama-ramaImbangan simetri yang unsur-unsur seni di bahagian kiri sama dengan kanan atau atas sama dengan bawah.Garisan axis dilukis di tengah-tegah untuk memastikan kedua-dua bahagian mempunyai kesamaan.

2. IMBANGAN TIDAK SIMETRIKiri dan kanan sesuatu benda atau objek tidak sama jika dilipat. Contoh bentuk yang tidak sama sisinya.Imbangan tidak simetri yang unsur-unsur seni di kedua-dua bahgian pada gubahan tidak sama tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan melalui cara susunan dan penggunaanya.Dalam ciptaan seni,hasil ulang bersimetri mempunyai ciri yang berikut:Penegasan yang biasanya berpusat di bahagian tengahDaya tarikan sederhana atau tiada tarikan langsungHasil kelihatan dirancang dengan teliti dan terkawal menikut grid yang tertentuDalam ciptaan seni,karya yang megaplikasikan prinsip rekaan tidak simetri mempunyai ciri-ciri berikut:Penegasan wujud dimana-mana bahagian yang sesuaiSusunan unsur seni tidak mengikut grid yang tertentuHasilnya kelihatan bebas dan spontan,serta mempunyai daya tarikan yang hebat.Cara-cara menimbulkan keadaan keseimbangan dalam karya seni visual termasuk:Strukur gubahan yang bahagian kiri tepat sama atau hampir-hampir sama dengan yang terdapat di bahagian kananGunakan warna yang lebih gelap pada rupa bentuk yang kecil untuk mengimbangkan rupa besar yang berwarna muda atau pudar.Rupa bentuk yang besar dan ringkas boleh diimbangkan dengan rupa bentuk yang kompleks dan kecilRupa bentuk yang labih besar dan pudar jalinannya boleh diimbangkan dengan rupa bentuk yang kecil dan kesat jalinannyaBilangan rupa bentuk yang besar, kurang, dan jarang diimbangkan dengan rupa bentuk kecil,rapat,dan berbilangan.

KEPELBAGAIANKepelbagaian ialah hasil karya yang mempunyai penggabungan pelbagai gaya,nilai dan idea,yang berbeza dalam sesuatu gubahan.Kepelbagaian merujuk kepada keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagai gaya,nilai dan idea yang berbeza dalam suatu gubahan.Kepelbagaian dapat diwujudkan melalui aktiviti gayaan,perlanjutan dan kontra.Aplikasi prinsip rekaan kepelbagaian dala karya seni visual dapat memberi gaya,variasi tenaga,dan daya tarikan bagi gubahan itu.Keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagaigaya, nilai dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan.Kepelbagaian dapat diwujudkan melalui aktiviti gayaan, lanjutan dan kontra.Aplikasi prinsip rekaan kepelbagaian dalam karya seni visual memberigaya, variasi, tenaga dan daya tarikan bagi gubahan itu.Aplikasi prinsip irama dan pergerakan dalam kegiatan menggambar dapat menghasilkan irama dan suasana yang tertentu, gambar jadi lebih menarik, menimbulkan daya tarikan yang lebih menarik, menimbulkan kesan visual yang lebih hidup dan realistik. FUNGSINYA:Menjadikan karya lebih menarik.Menjadikan karya penuh dengan unsur-unsur seni.CONTOH: Logo,ilustrasi,lambang,corak,komik,grafik dan lain-lain.Mempunyai unsur-unsur seni dan prinsip seni reka.Dengan kepelbagaian karya akan lebih menonjol.

kepelbagaian bentuk dan jenis objekKONTRAKontra ialah keadaan di mana salah satu daripada unsur seni bercanggah dengan unsur-unsur seni yang lain.Dalam konteks seni visual ialah gubahan objek yang bertentangan dari sagi saiz, warna, bentuk, jalinan, kedudukan ruang, dan graviti. Kontra juga wujud di alam sekitar apabila objek yang tidak sama terletak di sesuatu tempatKontra wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang mempunyai ciri-ciri bertentangan atau bercanggahan dalam suatu gubahan.Kontra juga berkaitan dengan fokus kerana ciri-ciri yang bertentangan menimbulkan perbezaan.Kesan kontra dapat ditimbulkan dalam kegiatan menghasilkan karya-karya seni visual melalui:Penggunaan dan pengolahan unsur-unsur seni yang berlainan Pengolahan teknik dan gaya yang berbeza-beza Penggunaan bahan yang berlainan

Kontra banyak diaplikasikan dalam gubahan seni visual kerana aplikasi prinsip ini dapat Memberi penegasan dan tumpuan Mengelakkan kebosanan Menjadikan hasil seni pelbagai dan lebih menarik

CIRI-CIRI KONTRA ADALAH:Unsur-unsur kontra mempunyai ciri-ciri yang bertentangan.Kawasan yang berkontra merupakan kawasan yang mempunyai daya tarikan yang paling hebat terhadap pemerhati.

FUNGSI KONTRA: Memberi penegasan. Mengelakkan kebosanan. Memberi daya tarikan.Kontra pada karya seni visualKontra pada garisanKontra pada warnaKontra pada bentukKontra pada rupaKontra pada jalinanKontra pada ruang

kontra dari segi bentuk

kontra dari segi warna

kontra dari segi warnaIRAMA DAN PERGERAKANIrama dan pergerakan ialah keadaan yang bergerak seperti, beralun, bergetar, bergoyang, memancar, bersinar-sinar.Keadaan objek tampak yang bergerak, bergegar, bergoyang, bersinar dan berayun.Kesan irama dan pergerakan adalah dengan ilusi tampak atau keadaan sebenar.Irama dan pergerakkan dapat diwujudkan dalam gubahan seni visual melalui pengelolahan unsure-unsur seni dengan cara dan tekik yang tertentu.Bertujuan untuk memberi nyawa kepada rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi,menimbulkan imej yang lebih hidup dan realistic,justeru menjadikan gambar kelihatan lebih menarik. Penggunaan garisan memancar,memutar,berputus,putus dapat menimbulkan pergerakan. Penggunaan garisan yang berlainan saiz dapat menimbulkan pewrgerakan. Kesan ruang akan dihasilkan melalui pergerakan Karya yang menggunakan pergerakan ombak,daun yang ditiup angin, kuda yang berlari dan sebagainya menggunakan prinsip ini untuk merakamkan situasi dengan menggunakan prinsip tersebut.

ulangan objek yang menimbulkan pergerakan

arca pergerakan/iramaKESATUANKesatuan ialah karya yang mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruhKesatuan wujud dalam seni,halus,karya,seni grafik dan barangan kraf tangan.Penggunaan unsur-unsur seni,pengelolaan tema,serta rekaan yang baik dapat mewujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual.Aplikasi prinsip kesatuan dalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan lebih lengkap,teratur,dan sempurna di samping menimbulkan suasana yang tenteram serta perasaan selesa.Wujud pada sesuatu gubahan apabila kesemua unsure-unsur Didalamnya ada satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh.Unsur-unsur seni,pengelolaan tema,serta rekaan yang baik dapat wujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual.Sebagai contoh-corak ulanganSebuah persembahan atau gubahan yang baik dan saling mempunyai hubung kait antara unsur seni reka dan prinsip rekaan. Kesatuan boleh diumpamakan sebagai satu gubahan untuk mendapatkan keindahan yang estetika.Wujud apabila keseluruhan unsur seni, ruang, prinsip seni, dan ruangdihasilkan menepati kehendak tema dan tajuk.

kesatuan tema

kesatuan tema jenis objek dan warna

kesatuan warna, objek, dan rupa