asas seni reka

43
ASAS SENI REKA Unsur-unsur Seni Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual iaitu: Garisan Rupa Bentuk Jalinan Ruang Warna Garisan Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia. Contoh garisan pada benda buatan manusia: Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala, penapis dan sebagainya. garisan pada anyaman tikar

Upload: christianus-ortega

Post on 24-Nov-2015

267 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

SENI

TRANSCRIPT

ASAS SENI REKAUnsur-unsur SeniUnsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual iaitu: Garisan Rupa Bentuk Jalinan Ruang Warna

GarisanGarisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual.Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.

Contoh garisan pada benda buatan manusia:Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala, penapis dan sebagainya.

garisan pada anyaman tikar

garisan pada bangunan

Contoh gaisan pada alam semulajadi:Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya

garisan pada titisan hujan

garisan pada urat daun

garisan pada kulit harimau

Jenis-jenis Garisan

1.Garisan halus2. Garisan tebal3. Garisan beralun4. Garisan berpancar5. Garisan berlingkar6. Garisan berserabut7. Garisan bersudut-sudut8. Garisan bergerigi9. Garisan berbiji10. Garisan berbulu11. Garisan putus-putus12. Garisan berduri

jenis-jenis garisan

Fungsi Garisan

1. Garisan menimbulkan rupa.2. Garisan menimbulkan bentuk.3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.4. Garisan mewujudkan ruang.5. Garisan menghasilkan jalinan.6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.7. Garisan mewujudkan ton.8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.

garisan menghasilkan rupa

garisan menghasilkan bentuk

garisan menimbulkan ilusi ruang, cahaya dan bayang

garisan menghasilkan jalinan

garisan yang mencipta corak

garisan yang mencipta corak

Garisan, Ton dan Ruang

1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap.2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap.3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.

penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang jauh/belakang dan dekat.hadapan

perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton gelap

semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah menggunakan garisan yang lebih tebal atau saiz pensel yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah menggunakan pensel yang lebih cerah / kecil dengan tekanan yang lebih perlahan

Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni

1. Lukisan2. Catan3. Anyaman4. Tenunan5. Kolaj6. Pualaman7. Arca8. Gurisan9. Cetakan10. Resis (batik / ikat celup)

Contoh-contoh Aplikasi Garisan Dalam Hasil Karya

RupaRupa ialah hasil pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.Aplikasi melalui rupa garisan, warna dan jalinan. Mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim. Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.

pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan akan menghasilkan rupa

rupaJenis-jenis Rupa

Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:

1. Rupa Geometri Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empatsegi dan lain-lain rupa yang bersudut. dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu

rupa geometri

rupa geometri

2. Rupa Organik Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnyaseperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya. Dihasilkan secara sepontan

rupa organik

rupa organik

Rupa Positif dan Rupa Negatif Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu. Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.

rupa positif

rupa negatif

Rupa dalam Aktiviti Mencorak Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ). Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu. Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif. Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak

1. susunan selang-seli2. Susunan turun separa3. Susunan batu-bata4. Susunan orgee5. susunan cerminan6. Susunan sisik ikan

Rupa dan Lambang / logo Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan. Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.

lambang yang dihasilkan daripada rupa bunga dan daun

logo simbol daripada rupa mata

logo daripada huruf

jenis logo huruf

logo jenis representasi

Rupa dan Muka Taip Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf. Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya. Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak berekor ).

perbezaan rupa muka taip serif dan san serif

muka taip serif

muka taip san serif

muka taip hiasan

contoh-contoh rekaan rupa muka taip

contoh-contoh rekaan rupa muka taip

contoh-contoh rekaan rupa muka taip

contoh-contoh rekaan rupa muka taip

contoh-contoh rekaan rupa muka taip

karya yang berasaskan rupa muka taip

BentukBentuk ialah lanjutan daripada pemahaman rupa. Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan biasanya bentuk mempunyai lebih daripada satu permukaan. Bentuk mempunyai struktur dalaman. Gabungan daripada rupa dapat menghasilkan bentuk. Bentuk terbahagi kepada bentuk dua dimensi, tiga dimensi dan pelbagai dimensi.

penghasilan bentuk melalui teknik lukisan

bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan

Ciri-ciri bentukBersifat tiga dimensi (3D) mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman.Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna.Boleh dilihat dari semua arah mempunyai lebih dari satu permukaan.Terdapat bayangan mempunyai kesan cahaya dan bayang.

Jenis-jenis Bentuk

A. Bentuk Konkrit

Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut. Iamempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata).Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.

bentuk konkrit - meja

bentuk konkrit - bola

B. Bentuk Ilusi

Bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain.Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi).Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.

bentuk ilusi teknik komputer grafik

bentuk ilusi teknik catan

Vincent VanGogh 'Still Life"

Membina Bentuk Konkrit

Bentuk boleh dihasilkan melalui :-

1. Garisan anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai)2. Rupa potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain (topologi)3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu, kaca dan sebagainya.

penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik anyaman dapat menghasilkan bentuk konkrit

potongan dan lipatan kadbod mecipta bentuk kotak

penggunaak kertas yang disulam dan dilipat menghasilkan bentuk

lipatan-lipatan kertas mencipta bentuk konkrit

seni origami

bentuk yang dihasilkan daripada bahan tanah liat

bentuk dicipta daripada plaster of paris

penggunaan kaca juga dapat menghasilkan bentuk

penggunaan bahan lilin

ukiran bentuk arca menggunakan sabun

JalinanJalinan ialah sifat permukaan yang terdapat pada sesuatu objek dan boleh dikesan secara penglihatan (tampak) atau sentuhan. Jalinan pada permukaan objek alam sekeliling dan objek buatan manusia mempunyai kesan tampak yang berbeza. Tuhan menjadikan setiap objek alam dengan jalinan tertentu untuk manusia memikirkannya. Setiap jalinan mempunyai fungsi dan nilainya tersendiri. Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapatdirasa melalui sentuhan.

jalinan pada keratan rentas batang pokok

jalinan pada kulit harimau belang

jalinan pada kulit siput

Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi

rekahan pada tanah

jalinan kasar pada permukaan batu

jalinan berduri pada kulit durian

Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia

jalinan pada langit-langit rumah

Jenis-jenis Jalinan

1. Jalinan Sentuh

a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang

b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya

Jalinan Sentuh - kulit kerang

Jalinan Sentuh - tayar motorsikal

2. Jalinan Tampak

merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.

Jalinan Tampak - kertas dinding

Jalinan Tampak - kulit tembikai

Fungsi Jalinan

1. Sebagai Penyamaran- seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang

jalinan pada kuda belang

jalinan pada sesumpah

2. Menahan Geseran- tayar kereta, tapak kasut

tapak kasut

3. Sebagai hiasan- corak pakaian, corak kertas dinding

corak4.Pengaliran air dan udara

RuangRuang ialah jarak di antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga dalam karya seni visual. Objek yang berada di hadapan lebih jelas dan lebih besar berbanding dengan objek sama saiz yang berada di bahagian belakang. Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek. Manakala dalam karya seni visual, ruang diwujudkan melalui kekuatan gubahan warna, jalinan, rupa dan bentuk.

WarnaWarna pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.

Prinsip-prinsip RekaanHarmoniWujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentu. Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu gubahan, objek atau imej.

KontraWujud apabila salah satu daripada unsur-unsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik pada sesebuah karya seni. Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggi kadar kontra semakin jelas penegasan).

PenegasanIalah sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya, mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih dramatik.

ImbanganIalah keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan sama gaya penampilan. Terdapat tiga jenis imbangan iaitu imbangan simetri, imbangan tidak simetri dan imbangan semua arah.

Irama Dan PergerakanWujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar, bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar dan sebagainya. Pergerakan bertujuan untuk memberi nyawa, rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi.

pergerakan dan irama di alam sekeliling

pergerakan dan irama dalam karya seni visual

pergerakan dalam karya seni

pergerakan melalui garisan

pergerakan melalui objek

pergerakan rupa

pergerakan jalinan

pergerakan ruang

pergerakan warna

KepelbagaianMerupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya akan mewujudkan kepelbagaian.

KesatuanMerupakan olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan kesatuan.