terbitan - corenurul shima taharuddin fakulti seni lukis dan seni reka, uitm perak 84-90 budaya dan...

8
ISBN: 978-967-11172 Terbitan:

Upload: others

Post on 03-Sep-2021

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Terbitan - CORENurul Shima Taharuddin Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM Perak 84-90 Budaya dan Tradisi Seni Anyaman Melayu Noor Hafiza Ismail, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka,

ISBN: 978-967-11172

Terbitan:

Page 2: Terbitan - CORENurul Shima Taharuddin Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM Perak 84-90 Budaya dan Tradisi Seni Anyaman Melayu Noor Hafiza Ismail, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka,

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 1 | IMPAK

©Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu

Hakcipta terpelihara

Tidak dibenarkan mengulang dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa juga cara baik secara

elektronik, fotostat, mekanik, rakaman atau lain-lain, mana-mana bahagian kandungan penerbitan ini

sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah, Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu

(IMPAK), Universiti Teknologi MARA, Blok 11, Aras 3, Intekma Resort & Convention Centre,

40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia – Data Pengkatalogan – dalam – Penerbitan

Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu.

Diterbitkan di Malaysia oleh:

Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu

Blok 11, Aras 3, Intekma Resort & Convention Centre,

40450 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan Malaysia.

Tel: 03-5522 5448 / 5515

Fax: 03-5522 5489

e-mail: [email protected] Mengandungi Indeks

ISBN 978-967-11172

e-Printed oleh: INSTITUT PEMIKIRAN DAN KEPIMPINAN MELAYU (IMPAK)

Pendapat yang dikemukakan oleh penulis-penulis dalam prosiding ini adalah pandangan peribadi

mereka dan tidak semestinya mewakili pandangan Insitut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu

(IMPAK) dan UiTM. Sebarang ulasan, kemusykilan dan pertanyaan tentang artikel-artikel yang

diterbitkan hendaklah dikemukakan kepada Sidang Editor.

Sidang Editorial

Pengerusi:

Prof. Madya. Dr. Mohd Sazili Mohd Shahibi

Ketua Editor:

Dr. Samsudin Wahab

Senarai Editor:

Prof Madya Dr. Rozi Malim

Prof Madya Dr. Ghazali Daimin

Prof Madya Mat @ Muhammad bin Yusoff

Tuan Haji Juwahir Ali

Hasan Abdullah

Fairul Nazmie bin Osman

Norhayati Hussin

Grafik:

Mohd Husni Mohd Som

Mohd Hafiz Ab Satar

Hussien Harnis

Page 3: Terbitan - CORENurul Shima Taharuddin Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM Perak 84-90 Budaya dan Tradisi Seni Anyaman Melayu Noor Hafiza Ismail, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka,

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 2 | IMPAK

JADUAL KANDUNGAN

Tajuk Muka

Surat

Dasar Kepimpinan Najib: Model Transformasi Ke Arah Kesejahteraan Global

Dr Samsudin Wahab, Mohd Sazili Shahibi, Juwahir Ali dan Hasan Abdullah

FELO, Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu IMPAK

3-10

Peranan Komunikasi Visual dalam Perpaduan Melayu

Prof. Madya Dr Ghazali Daimin, IMPAK 11-15

Bangsa Melayu dan Orang Jawi Menurut Kitab Turath Arab

Wan Kamal Nadzif bin Wan Jamil,CITU, UiTM Perak 16-22

Pengaruh Status Ekonomi Keluarga Terhadap Tahap Motivasi dan Pencapaian

Akademik Pelajar Melayu: Kajian terhadap pelajar Mengubah Destini Anak

Bangsa

Zarul Azhar Nasir, Unit MDAB UiTM Perak

23-29

Perbandingan Manoriti Melayu Ayutthaya & Pattani Dalam Domain Keluarga,

Bahasa, Budaya, Pendidikan, Pekerjaan, Sosial & Politik

Prof Madya Dr Muhammad Rozi Malim, IMPAK

30-42

Komunikasi Efektif Melalui Media Perantaraan Di Kalangan Masyarakat Melayu

Melaka

Raha Radzi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Melaka

43-57

Estetika Melayu dalam Seni Moden Malaysia

Nurkhazilah Idris, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Kuala Terengganu 58-67

Kajian Budaya Dan Fundamental Terhadap Seni Lukisan Kontemporari Malaysia

: Masyarakat Jawi Peranakan

Siti Nur Izaura Bt Mohd Razis, Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM Shah Alam

68-77

Atlet Bumiputera: Tahap Keyakinan Diri dan Pencapaian Dalam Sukan

Dr. Vincent A. Parnabas, Fakulti Sains Sukan, UiTM Shah Alam 78-77

Pembentukan Kerangka Sosio-Budaya Anthropologi Terhadap Budaya

Masyarakat Minangkabau Di Malaysia

Nurul Shima Taharuddin Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM Perak

84-90

Budaya dan Tradisi Seni Anyaman Melayu

Noor Hafiza Ismail, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Terengganu 91-97

Manifestasi Pandangan Dunia Melayu Dalam Rupa Dan Jiwa Seni Catan Wanita

Melayu

Liza Marziana Haji Mohammad Noh, Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM Melaka

98-106

Strategi Pujuk Rayu Dalam Perkahwinan: Tanggapan dan Pengalaman Lelaki

Melayu Dalam Konteks Komunikasi Interpersonal

Hariyati Ariffin, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam

107-118

Page 4: Terbitan - CORENurul Shima Taharuddin Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM Perak 84-90 Budaya dan Tradisi Seni Anyaman Melayu Noor Hafiza Ismail, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka,

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 11 | IMPAK

PERANAN KOMUNIKASI VISUAL DALAM PERPADUAN

MELAYU

Prof Madya Dr. Ghazali Daimin

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

Universiti Teknologi MARA

Shah Alam, Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Dunia politik dan elemen komunikasi visual sememangnya tidak dapat dipisahkan khasnya

semasa tempoh kempen sesuatu pilihan raya rancak dijalankan. Di Amerika Syarikat sebagai

contohnya, komunikasi visual termasuk (iklan politik) atau juga dikenali sebagai political ads

telah lama dipraktikkan dalam kempen-kempen pilihan raya Presiden. Puluhan jutaan ringgit

dibelanjakan dalam mencetak visual grafik seperti poster malah iklan di televisyen (Syzbillo &

Hartenbaum, 1976). Di Malaysia, sejak pilihan raya umum ke 10 (1999), senario komunikasi

visual semasa kempen pilihanraya di Malaysia sedikit sebanyak telah mengubah lanskap

komunikasi visual (media) di mana terdapat begitu banyak sekali paparan iklan politik di surat-

surat khabar tempatan. Kempen pilihan raya melalui surat khabar tempatan bermula pada 21

November 1999 melalui Berita Harian, Star, New Straits Times, Utusan Malaysia, Sin Chew Jit

Poh serta Nanyang Siang Pau. Oleh itu, tidak dapat dinafikan, komunikasi visual (iklan politik)

telah menjadi salah satu komponen penting di dalam kempen pilihan raya (Miskin & Grant

2004). Di Malaysia, terdapat sebanyak tiga puluh satu (31) parti-parti politik aktif yang

berdaftar dimana dua puluh (20) darinya terdapat di Semenanjung Malaysia, manakala enam

(6) di Sabah dan lima (5) di Sarawak (Suruhajayan Pilihanraya Malaysia-SPR, 2009). Secara

umumnya, kebanyakkan parti-parti politik utama yang wujud di Malaysia adalah didokongi

oleh orang-orang Melayu atau Bumiputera. Sebagai contohnya, UMNO sememangnya parti

yang dimiliki oleh kaum Melayu. Begitu juga dengan parti PAS, dimiliki oleh kaum Melayu.

Namun begitu, kedua-dua parti terbesar kepunyaan orang-orang Melayu ini mempunyai sejarah

tersendiri terutamannya dari segi jalinan ukhuwah atau persahabatan. Jalinan ukhuwah adalah

tidak begitu baik dek perbezaan fahaman politik semenjak dahulu sehingga sekarang. Oleh itu,

kertas kerja ini dihasilkan adalah mengkaji bagaimana elemen-elemen dalam komunikasi visual

boleh berperanan dalam menyatupadukan orang-orang Melayu yang mempunyai kefahaman

serta tarbiah yang berbeza dalam fahaman politik mereka. Di antara elemen-elemen yang

komunikasi visual yang akan dibicangkan secara terperincinya ialah gambar, warna, huruf,

susunan reka letak, lambang/simbol, audio, tanda serta tipografi itu sendiri. Di antara medium-

medium yang akan digunapakai dalam kajian ini ialah surat khabar, banner, bunting, poster,

laman sesawang, flagline, billboard, iklan di media cetak & elektronik.

Penyelidik berharap, kajian ini sedikit sebanyak akan dapat memberi sedikit formula atau

blueprint bagaimana komunikasi visual akan dapat membantu dalam mewujudkan perpaduan di

antara orang-orang Melayu yang telah sekian lama bertelagah akibat perbezaan fahaman politik

masing-masing. Satu titik resolusi perpaduan perlu dibina agar orang-orang Melayu kembali

bersatu demi perpaduan ummah seterusnya dapat mempertingkatkan syiar islam serta politik

orang-orang Melayu di negara bertuah Malaysia ini.

Kata-Kunci: Komunikasi Visual, Perpaduan Melayu

Page 5: Terbitan - CORENurul Shima Taharuddin Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM Perak 84-90 Budaya dan Tradisi Seni Anyaman Melayu Noor Hafiza Ismail, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka,

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 12 | IMPAK

1.0 LATAR BELAKANG DAN RASIONAL KAJIAN

Penyelidikan ini bermatlamatkan untuk mencari jawapan serta kaedah bagaimana komunikasi visual

akan dapat membantu dalam perpaduan orang-orang Melayu di Malaysia. Komunikasi visual di sini

ialah elemen-elemen yang digunapakai dalam menjalankan kempen-kempen semasa pilihan raya

malah juga bukan semasa pilihan raya. Penyelidikan ini diharapkan akan dapat menyediakan satu

’blue-print’ bagaimana komunikasi visual yang direka bentuk akan dapat menyatu padukan orang-

orang Melayu di Malaysia untuk kembali bersatu walaupun mempunyai perbezaan fahaman politik.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Ketentuan seseorang itu ke syurga atau ke neraka adalah urusan ALLAH S.W.T dan umat islam

sesama sendiri tidak boleh menghukum seseorang islam lain layak ke syurga atau ke neraka. Ini perlu

difahami oleh semua orang-orang masyarakat islam khasnya ahli-ahli politik yang berkempen semasa

kempen sesuatu pilihan raya. Kita kerap membaca surat khabar tentang bagaimana ahli-ahli politik

menggunakan media masa dalam membuat tuduhan tentang seseoarang itu akan dimasukkan ke

syurga dan neraka. Kenyataan dan tuduhan seperti telah menyebabkan berlakunya perpecahan antara

orang-orang Melayu di Malaysia.

Pendakwah terkenal iaitu Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyatakan dalam buku beliau “Nasib

Melayu Di Bumi Melayu” menyatakan bahawa orang-orang Melayu kini berpecah kepada tiga puak

dan “berperang” sesama sendiri walaupun tidak menggunakan senjata. Mereka berpecah disebabkan

perbezaan fahaman politik dan akhirnya merebak kepada agama. Contohnya, terdapat setengah-

setengah orang islam tidak sanggup solat di masjid yang sama serta mempunyai tanah perkuburan

yang berbeza.

Bermula dengan perbezaan ideologi politik, perpecahan antara orang-orang Melayu kini merebak

dengan serangan secara peribadi terhadap kepimpinan parti-parti yang didokongi oleh kaum Melayu.

Menurut Felo Amat Kehormat Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC),

Universiti Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Uthman el-Muhammady, perpecahan orang-orang

Melayu disebabkan oleh kepentingan peribadi serta membuat tuduhan perkauman sempit terhadap

sesama bangsa Melayu.

Propaganda aliran fahaman politik melalui laman sosial seperti facebook, myspace, tagged serta Blog

juga merupakan salah satu punca yang telah menyebabkan berlakunya perpecahan perpaduan bangsa

Melayu di Malaysia. Apabila disebarkan propaganda melalui laman ini, ia akan menimbulkan tidak

puas hati dan kemarahan antara kaum Melayu yang di bawah payung pelbagai perbezaan aliran

fahaman politik.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

a) Mengenalpasti persepsi pelbagai masyarakat mengenai visual komunikasi (logo, lambang,

warna) parti-parti Melayu di Malaysia.

b) Mengetahui isu dan cabaran yang dihadapi oleh parti-parti politik orang-orang Melayu di

Malaysia.

c) Meneliti peranan visual komunikasi dalam penyatuan hubungan antara parti-parti milik kaum

Melayu di Malaysia.

d) Meninjau strategi-strategi yang relevan dan komprehensif bagi penyatuan parti-parti politik

kaum Melayu di Malaysia.

Page 6: Terbitan - CORENurul Shima Taharuddin Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM Perak 84-90 Budaya dan Tradisi Seni Anyaman Melayu Noor Hafiza Ismail, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka,

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 13 | IMPAK

4.0 KAJIAN LITERATUR

Orang-orang Melayu mendominasi populasi di Malaysia iaitu sebanyak 67.4% (Berita Harian, 6 Feb

2013)) dan mereka juga mendominasi keahlian bagi beberapa parti yang mewarnai dunia politik di

Malaysia. Parti-parti politik utama yang dianggotai oleh orang-orang Melayu ialah UMNO, PAS serta

Parti Keadilan Rakyat. Ketiga-tiga parti utama yang dianggotai oleh orang-orang Melayu ini

mempunyai sejarah tersendiri semenjak ditubuhkan. UMNO sebagai contohnya, ia ditubuhkan

selepas selepas diadakan satu kongress Melayu yang diadakan pada tahun 1946 di Kuala Lumpur.

Pada 11 Mei 1946, di istana Besar, Johor Baru, Johor sebanyak 29 buah persatuan telah

menandatangani penubuhan UMNO. Yang diPerta pertamanya ialah Dato’ Onn Ja’afar. Parti

Angkatan SeMalaysia atau dikenali PAS pula bermula dalam sejarah politik di tanah air semenjak 23

Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang bersetuju menubuhkan sebuah Persatuan Ulamak Se-

Malaya. Kemudianya ia ditukarkan kepada nama Persatuan Islam Se-Malaysia (PAS) pada 24

November 1951. Bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula, ia bermula apabila NGO dan Parti

Pembangkang menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat (GERAK). Kemudian ia ditukarkan kepada

Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) untuk memberi platfom kepada perjuangan parti mereka.

Kemudian, parti ini membentuk Barisan Alternatif dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM), PAS dan

DAP dan pada 3 Ogos 2033, Keadilan dan PRM melancarkan penubuhan Parti Keadilan Rakyat di

Kuala Lumpur (http://www.keadilanrakyat.org).

Komponen reka bentuk pada visual komunikasi secara langsung mempunyai kaitan dengan elemen

semiotik dalam menyampaikan mesej atau maklumat kepada masyarakat. Di antara elemen-elemen

dalam komunikasi visual tersebut ialah tipografi, simbol, ilustrasi, logo, warna, fotografi (imej atau

gambar) malah visual yang terdapay pada media elektronik. Tujuan visual komunikasi adalah

menyampaikan informasi, maklumat atau mempengaruhi masyarakat melalui visual. Menurut Lizard

Wijarko (2010), terdapat tiga (3) fungsi visual komunikasi iaitu visual komunikasi sebagai sarana

identifikasi, visual komunikasi sebagai alat informasi dan visual komunikasi sebagai alat promosi.

Secara khususnya, antara intipati visual komunikasi ialah simbol, logo, majalah, surat khabar,

periklanan, katalog, brosur, stationery (kepala surat, sampul surat dan kad nama), poster,

Manakala Dance (1976) pula menyatakan bahawa konsep visual komunikasi mempunyai tiga (3)

tahap berbeza iaitu tahap pemerhatian, tahap tujuan/niat ’intentionality’ serta pertimbangan normatif

’normatif judgement’. Menurut En. Razak Ahmad (2012), komunikasi visual adalah bidang seni yang

berkaitan dengan reka bentuk grafik yang mencakupi bidang rekaan yang berkaitan dengan identiti

korporat, rekaan bahan penerbitan, tipografi, rekaan iklan, poster serta pembungkusan.

Jangkaan Hasil Dapatan Kajian ( Finding )

a) ‘Blueprint’ atau model kepada ahli-ahli politik Melayu di Malaysia yang mewakili 3 parti

utama dalam penyatuan ummah antara mereka.

b) Panduan dalam merekabentuk visual komunikasi bagi parti-parti Melayu dalam

menyampaikan maklumat kepada masyarakat (penyokong parti mereka)

c) Penerbitan jurnal serta pembentangan kertas kerja di dalam konferansi

Page 7: Terbitan - CORENurul Shima Taharuddin Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM Perak 84-90 Budaya dan Tradisi Seni Anyaman Melayu Noor Hafiza Ismail, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka,

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 14 | IMPAK

5.0 PERMASALAHAN KOMUNIKASI VISUAL

6.0 KESIMPULAN

Walaupun peranan komunikasi visual amat jarang diperdebatkan oleh masyarakat umum di negara

kita dalam penyatuan ummah, namun penyelidik dapat memberikan hujah bahawa peranan yang

dimainkan oleh elemen-elemen komunikasi visual amat penting sekali dalam perpaduan kaum

Melayu. Pendekatan melalui komunikasi visual akan membolehkan kaum Melayu bersatu demi

agama, bangsa serta negara. Reka letak gambar serta tulisan (tagline) yang digunapakai pada

komunikasi visual akan memberikan satu fenomena baru dalam penyatuan kaum Melayu.

Page 8: Terbitan - CORENurul Shima Taharuddin Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM Perak 84-90 Budaya dan Tradisi Seni Anyaman Melayu Noor Hafiza Ismail, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka,

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 15 | IMPAK

RUJUKAN

Kaedah Eksperimen Dalam Penyelidikan Komunikasi Di Malaysia: Mengapa Terus Terpinggir?

Jurnal Pengajian Media Malaysia, Jilid 12, Vol. 12, No. 1, 2010,

Mir Hazil Azran Ramli (2008), ‘Aura Personaliti Warna’, PTS

Chong Men Yew, “Penubuhan UMNO”, S3-Jupiter

Haris Zalkapli, “Menilai Simbol dan Persepsi Dalam Politik”, 2009

http://www.ibnuhasyim.com/2007/08/sejarah-pas-siri-8.html

Clough, P, & Nutbrown, C. (2002), ‘A Student’s Guide to Methodology’ (Justifying Enquiry), Great

Britain: SAGE Publication.

Jenn & Ken Visocky O’Grady, (2006), ‘A Designer’s Research Manual, Succeed in Design By

Knowing Your Clients and What They Really Need’, Rockport Publishers, Inc., United Kingdom.

Noble, I. and Bestley, R. (2005), ‘Visual Research-An Introduction to Research Methodologies in

Graphic Design’, Published by AVA Publishing SA, Switzerland.

http://pmr.penerangan.gov.my/

http://yongsukakuning.blogspot.com/2012/10

http://www.ahlidesain.com

http://www.scribd.com/doc/46136150/Modul-Teori-Komunikasi