asas pembudayaaan keussahawanan 1

31
1 Asas Pembudayaan Keusahawanan GXEX 1412

Upload: shaz333

Post on 02-Oct-2015

233 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

apk

TRANSCRIPT

  • *Asas Pembudayaan KeusahawananGXEX 1412

  • *Kod Kursus: GXEX 1412Tajuk Kursus: Asas Pembudayaaan KeusahawananJam Kredit: 2 jamPensyarah: Puan Ponmalar AlagapparPrasyarat: Tiada Kursus Wajib Universiti

  • *

  • *Hasil Pembelajaran:Menerangkan konsep keusahawanan dan kepentingan bidang keusahawananMenerangkan and menjelaskan mengenai etika keusahawanan serta mengaplikasi nilai-nilai murni keusahawananMembuat penilaian diri dan menilai sifat keusahawanan dalam diri

  • *Mengaplikasi aspek kreativiti dan innovasi dalam keusahawananMenyediakan rancangan perniagaan.

  • *Sinopsis Kandungan Kursus:Konsep dan perkembangan keusahawanAnalisis kompetensi keusahawanan diri,Etika keusahawanan,Kreativiti dan innovasi dalan keusahawanan,Peluang perniagaanKemahiran memulakan perniagaanMerancang perniagaan dan Kemahiran mengurus projek perniagaan

  • *Di samping itu pengalaman amali melalui kerja lapangan atau penglibatan langsung pelajar dalam pengendalian satu projek perniagaan secara berkumpulan.Latihan ini adalah untuk memberi kesan kepada pelajar mengenai realiti dunia perniagaan sebenar.

  • *Rujukan Utama:Kementerian Pengajian Tinggi, Asas Pembudayaan Keusahawanan, 2007, Penerbit Universiti Utara MalaysiaRujukan Lain:Ab.Aziz Yusof, Prinsip Keusahawanan, 2003, Malaysia: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.Rosli Mahmood 7 rakan-rakan, Prinsip-prinsip Asas Keushawanan, 2007, Malaysia: Thomson

  • *Topik 1: Konsep dan Perkembangan Keusahawan1.1 Kepentingan Keusahawanan1.2 Konsep ushawan dan Keusahawanan1.3 Ciri keusahawanan1.4 Perkembangan keusahawanan di Malaysia

  • *1.1 Kepentingan Keusahawanan1.1.1 Pembangunan keusahawanan menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi sebuah negara.Juga melibatkan perubahan struktur perniagaan dan masyarakat kepada yang lebih baik

  • *1.1.2 Membantu melahirkan individu positif yang berjaya serta mempunyai ciri-ciri survival, daya tahan dan daya saing yang tinggi.Ciri keusahawanan ini akan membentuk pemikiran yang berteraskan keusahawanan dalam kalangan anggota masyarakat.

  • *1.1.3 Akan mengembangkan budaya keusahawanan dalam masyarakat. Membentuk komuniti yang lebih berdikari dan seterusnya menjadi pemangkin kepada kelahiran ramai keusahawan yang memiliki ciri keusahawanan yang tinggi.

  • *1.1.4 Usahawan ialah individu yang bukan sahaja mencipta kekayaaan, tetapi turut mendorong pembahagian kekayaan yang dimiliki, seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi.

  • *1.1.5 Kelahiran ramai usahawan akan meningkatkan daya saing sesebuah negara di peringkat antarabangsa, di samping membuka peluang pekerjaan dan seterusnya mengurangkan kadar penggangguran serta kemiskinan di negara tersebut.

  • *1.2 Konsep Usahawan dan Keusahawanan1.2.1 Usahawan ialah perintis kepada kejayaan aktiviti perniagaan. Mereka mengesan dan merebut peluang disamping memasarkan produk baharu atau menambahkan nilainya.

  • *Istilah Usahawan berasal daripada bahasa perancis, iaitu entreprendre yang membawa maksud memikul (tugas) atau mencuba. Antara orang yang masyhur memperkenalkan istilah usahawan ini ialah Joseph Schumpeter melalui karya tulisannya yang berjudul Theory of Economics Development pada tahun 1934.

  • *Beliau menggambarkan usahawan sebagai seorang buruh yang unik, pencetus inovasi atau orang yang membawa perubahan atau pembaharuan. Ushawan juga dikatakan sebagai individu yang bertanggungjawab kepada pengeluran, pendorong daya cipta dan yang baharu dan ganjil dalam operasi biasa aktiviti ekonomi.

  • *Scarborough dan Zimmer (1998) pula mendefinisikan usahawan sebagai orang yang mencipta perniagaan baharu dan berkeupayaan menghadapi keadaan yang tidak menentu untuk memperolehi keuntungan dan pertumbuhan.

  • *Kuratko dan Hogetts (2007) menyatakan bahawa usahawan ialah individu yang dapat mengenal pasti peluang dalam keadaan di mana orang lain melihatnya sebagai gangguan atau kecelaruan.

  • *Usahawan merupakan pemangkin kepada perubahan ekonomi dan kegiatan keusahawanan mereka akan membawa dunia perniagaan ke hadapan. Menyumbang kepada penciptaan berterusan, yang seterusnya mencorakkan masa hadapan.

  • *1.2.2 KeusahawananMenurut Hisrich dan Peter (1998), keusahawanan ialah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan.Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko dalam bentuk modal, masa dan komitmen kerjaya.

  • *Kuratko dan Hodgetts (2007) menjelaskan keusahawanan sebagai proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi, iaitu individu, organisasi, alam sekitar dan proses dengan kerjasama rangkaian dalam kerajaan, pendidikan dan perlembagaan. Keusahawaan merupakan simbol kepada kelangsungan dan pencapaian perniagaan.

  • *Keusahawanan lebih daripada sekadar menubuhkan dan menjalankan perniagaan. Keusahawaan merangkumi sikap, kemahiran dan pengetahuan. Pengkajian bidang keusahawan telah merentasi pelbagai disiplin ilmu.

  • *1.3Ciri KeushawananSebelas ciri utama keusahawaan menurut Kao (1991) adalah seperti yang berikut:Komitmen, keazaman dan ketabahan yang sepenuhnya.Dorongan untuk kejayaan dan berkembang majuOrientasi kepada peluang dan matlamat.

  • *Mengambil inisiatif dan tanggungjawab peribadi.Membuat keputusan yang berterusanRealistikMencari dan menggunakan maklumbalasMempunyai lokus kawalan dalamanMengambil risiko yang sudah diperincikan.Dorongan yang rendah ke arah status dan kuasaIntegriti dan boleh dipercayai

  • *Lima belas ciri usahawan berjaya menurut perspektif Islam (Mohd Salleh et al., 2005) ialah:Mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggiMempunyai niat yang betulMempunyai ilmu dan kemahiran perniagaan yang cukup

  • *Bertanggungjawab kepada semua yang berkepentingan dengannya.Sentiasa berjimat mengunakan sumberMempunyai kemahiran dalam membuat keputusan.Berfikiran ke hadapanMempunyai kemahiran berkomunikasiSentiasa menjaga kualiti

  • *Menghindari aktiviti yang diharamkanMengelakkan belenggu hutangSentiasa menilai tindakan dan berwaspadaBersyukur dengan kejayaanTidak boros dan tidak tamak dengan kekayaanSentiasa membayar hutang jika menanggungnya.

  • *1.4 Perkembangan Keusahawanan di Malaysia

    1.4.1 Keusahawaan bermula seawal zamankesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurus niaga dengan pedagang asing.1.4.2Apabila British memerintah Tanah Melayu, mereka menjalakan sistem pemeritahan pecah dan perintah. Kaum melayu menjadi pentadbir dan petani,kaum Cina bekerja di lombong dan berniaga, manakala kaum India bekerja di sektor perladangan.

  • *1.4.3 Selepas kemerdekaan, pelbagai dasar dilaksanakan seperti Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020. Sambutan semua pihak menggalakkan dan mereka memberikan sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia.

  • *1.4.4 Kementerian Pembangunan Usahawan ditubuhkan pada tahun 1995 sebagai badan yang mengawal dan mempromosikan pembangunan keusahawanan di Malaysia. Sejak tahun 2005, Kementerian tersebut dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia.