1 asas-kawalan-motor

36
TUJNJANG 4 : LAKUAN MOTOR DAN BIOMEKANIK UNIT 1: ASAS KAWALAN MOTOR

Upload: mohamad-ihtifazuddin

Post on 19-Jun-2015

1.474 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 asas-kawalan-motor

TUJNJANG 4 :

LAKUAN MOTOR DAN

BIOMEKANIK

UNIT 1:

ASAS KAWALAN MOTOR

Page 2: 1 asas-kawalan-motor

4.1.1 DEFINISI KAWALAN MOTOR

Bidang pengajaran pergerakan manusia tentang mekanisme sistem biologi menghasilkan lakuan motor.

Bidang kawalan motor mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawal kedua-duanya.

Page 3: 1 asas-kawalan-motor

4.1.1 DEFINISI KAWALAN MOTOR

Bidang ini menjelaskan bagaimana berlakunya organisasi semua proses yang terlibat dalam mekanisme mengawal pergerakan.

Kawalan pergerakan dicapai menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem biologi.

Page 4: 1 asas-kawalan-motor

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

JENIS-JENIS LAKUAN MOTOR YANG MAMPU DIHASILKAN OLEH SISTEM BIOLOGI ADALAH:

Lakuan Motor Tanpa Kemahiran (Involuntari)

Lakuan Motor Berkemahiran (Voluntari)

Page 5: 1 asas-kawalan-motor

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

LAKUAN MOTOR TANPA KEMAHIRAN (INVOLUNTARI)

Merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara luar kawalan. Pelaku tidak mampu memilih atau memodifikasikan lakuan yang terhasil.

Pergerakan involuntari terhasil apabila situasi memerlukan pergerakan tersebut.

Page 6: 1 asas-kawalan-motor

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

LAKUAN MOTOR TANPA KEMAHIRAN (INVOLUNTARI)

Contohnya:

Pantulan lutut

Tarik tangan atau kaki bila terkena

benda panas

Page 7: 1 asas-kawalan-motor

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

MEKANISME PERGERAKAN INVOLUNTARI

1) Rangsangan di peringkat periferi diterima oleh sistem reseptor.

2) Neuron sensori pada reseptor menerima rangsangan dan menukar rangsangan kepada impuls sensori.

3) Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat rendah iaitu saraf tunjang.

4) Di saraf tunjang impuls sensori bersinaps dengan neuron motor.

5) Apabila sinaps ini berlaku impuls sensori bertukar menjadi impuls motor.

6) Impuls motor kemudiannya dihantar ke sistem efektor.

7) Apabila sistem efektor menerima maklumat impuls motor, pergerakan involuntari terhasil.

Page 8: 1 asas-kawalan-motor

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

MEKANISME PERGERAKAN INVOLUNTARI

Page 9: 1 asas-kawalan-motor

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

MEKANISME PERGERAKAN INVOLUNTARI

Page 10: 1 asas-kawalan-motor
Page 11: 1 asas-kawalan-motor

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

LAKUAN MOTOR BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI)

Merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara sedar atau dalam kawalan. Pelaku memilih dan menentukan untuk melakukan sesuatu pergerakan.

Mutu lakuan yang terhasil dipengaruhi oleh interaksi pelaku dengan persekitaran

Page 12: 1 asas-kawalan-motor

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

LAKUAN MOTOR BERKEMAHIRAN

(VOLUNTARI)

Interaksi pelaku dengan persekitaran

dipengaruhi oleh beberapa aspek seperti

tahap kemahiran dan pengalaman.

Page 13: 1 asas-kawalan-motor

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

LAKUAN MOTOR BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI)

Contoh pergerakan voluntari:

Apabila mendapat hantaran tinggi ke belakang gelanggang dalam sukan badminton, pemain berkemahiran tinggi mungkin membuat smesy, manakala pemain yang berkemahiran rendah mungkin membalas dengan hantaran lob.

Page 14: 1 asas-kawalan-motor

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

LAKUAN MOTOR BERKEMAHIRAN

(VOLUNTARI)

Contoh pergerakan voluntari:

Ketika menerima servis dalam sukan bola

tampar, pemain pasukan yang kurang

berkemahiran akan menghantar semula bola ke

gelanggang lawan, manakala pasukan yang

berkemahiran akan membuat strategi menyangga,

mengumpan dan merejam.

Page 15: 1 asas-kawalan-motor

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

MEKANISME PERGERAKAN VOLUNTARI

1) Rangsangan fizikal di peringkat periferi diterima oleh sistem reseptor.

2) Neuron sensori terima rangsangan fizikal dan menukarkannya kepada impuls sensori.

3) Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat rendah. Bahagian-bahagian sistem saraf pusat peringkat rendah yang terlibat ialah:

Saraf tunjang (spinal cord), Tunjang otak (brain stem) dan Otak tengah (mid brain)

4) Impuls sensori yang diterima berhimpun di talamus.

Page 16: 1 asas-kawalan-motor

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR MEKANISME PERGERAKAN VOLUNTARI

5) Talamus akan mengedarkan impuls sensori ke sistem saraf pusat peringkat tinggi di korteks sensori.

6) Setelah maklumat impuls sensori berada di korteks sensori, impuls sensori bersinaps dengan neuron sensori motor yang terdapat di korteks motor.

7) Selepas berlaku sinaps ini, impuls sensori bertukar menjadi impuls motor. Beberapa pemprosesan integrasi sensori motor akan berlaku di korteks serebral.

8) Selepas proses integrasi tersebut, impuls motor dihantar semula ke saraf tunjang dan seterusnya ke sistem efektor.

9) Apabila sistem efektor menerima maklumat motor ini pergerakan voluntari terhasil.

Page 17: 1 asas-kawalan-motor

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

MEKANISME PERGERAKAN

VOLUNTARI

Page 18: 1 asas-kawalan-motor

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

JENIS PERGERAKAN

BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI)

TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU;

Kemahiran generik

Kemahiran berobjektif

Page 19: 1 asas-kawalan-motor

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

JENIS PERGERAKAN

BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) ;

KEMAHIRAN GENERIK

Kemahiran pergerakan yang diwarisi

manusia. Manusia dilahirkan dengan

potensi untuk melakukan pergerakan

asas seperti berjalan.

Page 20: 1 asas-kawalan-motor

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

JENIS PERGERAKAN

BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) ;

KEMAHIRAN GENERIK

Kemahiran generik berkembang

melalui proses semula jadi seperti

tumbesaran, kematangan dan penuaan.

Page 21: 1 asas-kawalan-motor

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

JENIS PERGERAKAN BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) ;

KEMAHIRAN BEROBJEKTIF

Kemahiran yang dipelajari dan mempunyai objektif khusus. Contohnya, modifikasi teknik berjalan untuk memperolehi kelajuan di tahap optimum.

Page 22: 1 asas-kawalan-motor

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

JENIS PERGERAKAN

BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) ;

KEMAHIRAN BEROBJEKTIF

Kemahiran berobjektif berkembang

melalui proses fizikal seperti praktis

(pembolehubah pembelajaran) dan

latihan (pembolehubah prestasi).

Page 23: 1 asas-kawalan-motor

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

JENIS PERGERAKAN

BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) ;

Kemahiran generik dan berobjektif terdiri

daripada dua iaitu;

Pergerakan lokomotor

Pergerakan bukan lokomotor

Page 24: 1 asas-kawalan-motor

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

JENIS PERGERAKAN

BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) ;

PERGERAKAN LOKOMOTOR

Pergerakan yang membolehkan

sesaran jasad secara mendatar seperti

berjalan, berenang dan berbasikal.

Page 25: 1 asas-kawalan-motor

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

JENIS PERGERAKAN BERKEMAHIRAN

(VOLUNTARI) ;

PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

Pergerakan yang tidak menghasilkan

sesaran jasad secara mendatar seperti

menangkap bola dan lompat setempat.

Page 26: 1 asas-kawalan-motor

4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN

MOTOR

TERDAPAT TIGA JENIS KLASIFIKASI KEMAHIRAN MOTOR YANG ASAS BERDASARKAN KRITERIA YANG BERBEZA IAITU;

Kriteria ketepatan lakuan

Kriteria ciri pergerakan

Kriteria stabiliti persekitaran

Page 27: 1 asas-kawalan-motor

4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN

MOTOR

KRITERIA KETEPATAN LAKUAN

Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalah berdasarkan ketepatan lakuan. Pengkelasan ini berpandukan kepada jenis atau saiz otot-otot utama yang terlibat dalam menghasilkan kemahiran. Kelas-kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini dibahagikan kepada;

Kemahiran motor kasar

Kemahiran motor halus

Page 28: 1 asas-kawalan-motor

4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN

MOTOR

KRITERIA KETEPATAN LAKUAN

KEMAHIRAN MOTOR KASAR

Melibatkan penggunaan otot-otot besar sebagai otot utama seperti menendang bola, berlari dan angkat berat.

Page 29: 1 asas-kawalan-motor

4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN

MOTOR

KRITERIA KETEPATAN LAKUAN

KEMAHIRAN MOTOR HALUS

Melibatkan penggunaan otot-otot kecil sebagai otot utama seperti dart, memanah, boling padang dan menembak.

Page 30: 1 asas-kawalan-motor

4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN

MOTOR

KRITERIA CIRI PERGERAKAN

Berpandukan kepada cara sesuatu kemahiran itu dimulakan dan diakhirkan. Permulaan dan pengakhiran kemahiran dikawal oleh pelaku atau di luar kawalan pelaku. Kelas-kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini adalah seperti berikut:

Kemahiran diskrit

Kemahiran berterusan

Kemahiran siri

Page 31: 1 asas-kawalan-motor

4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN

MOTOR

KRITERIA CIRI PERGERAKAN

KEMAHIRAN DISKRIT

Kemahiran yang permulaan dan pengakhiran lakuan ditentukan oleh kemahiran yang terlibat, seperti menangkap bola, menendang dan memanah.

Bagi kemahiran diskrit, permulaan dan pengakhiran lakuan adalah nyata.

Page 32: 1 asas-kawalan-motor

4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN

MOTOR

KRITERIA CIRI PERGERAKAN

KEMAHIRAN BERTERUSAN

Kemahiran yang permulaan dan akhiran lakuan ditentukan oleh pelaku seperti berlari dan berenang.

Bagi kemahiran berterusan, permulaan dan akhir lakuan adalah tidak nyata.

Page 33: 1 asas-kawalan-motor

4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN

MOTOR

KRITERIA CIRI PERGERAKAN

KEMAHIRAN SIRI

Gabungan beberapa kemahiran diskrit yang menjadi satu kemahiran tersendiri seperti gimnastik dan kemahiran lompat tinggi.

Page 34: 1 asas-kawalan-motor

4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN

MOTOR

KRITERIA STABILITI PERSEKITARAN

Berdasarkan keadaan persekitaran kemahirannya dihasilkan dalam suasana yang dinamik (berubah-ubah) atau stabil (tidak berubah- ubah). Kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini terdiri daripada:

Kemahiran luar kawal (open skill)

Kemahiran terkawal (close skill)

Page 35: 1 asas-kawalan-motor

4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN

MOTOR

KRITERIA STABILITI PERSEKITARAN

KEMAHIRAN LUAR KAWAL (OPEN SKILL)

Kemahiran yang dihasilkan dalam suasana yang berubah-ubah dan dipengaruhi oleh faktor luaran (persekitaran) seperti bermain badminton, berlayar dan menjaga gol.

Page 36: 1 asas-kawalan-motor

4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN

MOTOR

KRITERIA STABILITI PERSEKITARAN

KEMAHIRAN TERKAWAL (CLOSE SKILL)

Kemahiran yang dihasilkan dalam suasana stabil dan dipengaruhi oleh faktor dalaman (faktor pelaku) seperti bermain bowling dan melontar peluru.