artikel k.tindakan.pdf

Upload: martin-ramos

Post on 07-Aug-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/20/2019 artikel k.tindakan.pdf

    1/9

    Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    326

    KEBERKESANAN KAEDAH NYANYIAN DALAMMENINGKATKAN DAYA INGATAN MURID TAHUN 4 BAGI

    TOPIK JENIS – JENIS RUMAH TRADISIONAL DI MALAYSIA

    Oleh:Afenorain Binti A.Rahman & Mansor AB.Rahman

    Jabatan Kajian Sosial, IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail [email protected] & [email protected]

    ABSTRAK

    Satu kaedah yang sesuai dan menepati citarasa murid masa kini perludicari agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dikendalikanoleh guru akan mencapai kepuasan dan memberi kesan yang maksimum.Menyedari akan hakikat bahawa kanak-kanak amat menggemari muzikdan nyanyian, maka pengkaji telah menjadikannya sebagai satu kaedahdalam menjalankan aktiviti P&P Kajian Tempatan.. Kajian ini dijalankan

    bertujuan untuk menentukan keberkesanan kaedah nyanyian dalammeningkatkan ingatan murid Tahun 4 Siddiq bagi tajuk „Jenis – jenisRumah Tradisional di Malaysia‟. Seramai 5 orang murid Tahun 4 Siddiqdari Sekolah Kebangsaan Padang Air telah dipilih sebagai respondenkajian ini. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca,temu bual serta soal selidik. Berdasarkan analisis Ujian Pra dan Pasca,

    borang temu bual, pemerhatian dan soal selidik, penggunaan kaedahnyanyian dalam P&P Kajian Tempatan berupaya meningkatkan minatmurid untuk belajar serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yangmenyeronokkan. Keputusan kajian ini membuktikan bahawa penggunaankaedah nyanyian berjaya membantu murid mengingat „Jenis – jenisRumah Tradisional di Malaysia‟

    Kata kunci: Keberkesanan, Kaedah, Nyanyian, Meningkatkan, Ingatan.

    PENDAHULUAN

    Kemahiran mengingat merupakan salah satu daripada proses kemahiran belajar.Kajian ini merupakan satu inovasi yang dilakukan ke arah mengkaji keberkesananmenggunakan kaedah nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mata

    pelajaran Kajian Tempatan. Pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan dirancangkanuntuk memberi pengalaman yang menyeronokkan, bermakna dan mencabar melalui

    penggunaan pelbagai kaedah pengajaran yang menghiburkan dan menarik minat muriduntuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran yang disediakan oleh guru. Oleh yangdemikian, sebagai salah satu usaha yang untuk memastikan inovasi dalam pendidikanditeruskan selaras dengan teras utama matlamat pendidikan yang ingin memastikanmurid dapat memahami dan juga mengingati hasil pengajaran dan pembelajaran sertamenyediakan suasana pembelajaran yang menghiburkan, kajian ini dilakukan untukmenguji keberkesanan pelbagai kaedah dalam membantu para guru dan murid dalammelaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancangkan. Selain itu ia

    juga bertujuan meningkatkan prestasi pencapaian para murid dalam tajuk yangdifokuskan.

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]

  • 8/20/2019 artikel k.tindakan.pdf

    2/9

    Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    327

    FOKUS KAJIAN

    Bab ini memfokuskan masalah yang telah diperhatikan oleh pengkaji semasa berada didalam kelas. Pengkaji telah melihat masalah atau isu lemah daya ingatan dalam kalanganmurid tahun 4 bagi mata pelajaran Kajian Tempatan. Tinjauan awal masalah dibuat bagi

    mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dengan lebih mendalam. Proses inidilaksanakan pada awal kajian melalui empat jenis instrumen iaitu pemerhatian, analisisdokumen, soal selidik dan temu bual.

    OBJEKTIF KAJIAN

    Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk:

    Membantu pelajar meningkatkan daya ingatan murid tentang jenis – jenis rumahtradisional yang terdapat di Malaysia menggunakan kaedah nyanyian.

    Membantu menimbulkan minat murid terhadap keunikan rumah – rumahtradisional yang terdapat di Malaysia menggunakan kaedah nyanyian.

    Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkanmelalui kaedah nyanyian.

    KUMPULAN SASARAN

    Seramai 5 orang murid dari kelas 5 Siddiq dipilih sebagai peserta kajian kajian ini.Peserta kajian berumur dalam lingkungan 10 tahun. Kesemua peserta kajian berketurunanMelayu, beragama Islam dan juga dilahirkan di Kuala Terengganu. Mereka juga berasaldari keluarga yang berpendapatan rendah di mana kesemua mereka menerima bantuan

    bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Tahap pencapaian peserta kajian dalamujian adalah berbeza.

    TINDAKAN

    Bahagian ini memperincikan tentang prosedur tindakan dan prosedur pengumpulan datayang dijalankan bagi melengkapkan kajian ini. Kajian ini dilaksanakan dengan

    berpandukan kepada satu model Kajian Tindakan.

    Pengenalan

    Kajian yang dijalankan ini adalah berteraskan kepada Gelung Kajian Tindakan Kemmis& Mc Taggart (1998) yang menyarankan empat langkah kajian seperti yang dirumuskan

    pada Rajah 1 di bawah:

  • 8/20/2019 artikel k.tindakan.pdf

    3/9

    Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    328

    Rajah 1: Model Mudah Penyelidikan Tindakan Kemmis dan McTaggart

    PROSEDUR TINDAKAN

    Gelung Pertama

    Mereflek

    Kajian ini bertitik tolak daripada proses refleksi yang dilakukan oleh pengkaji dalammengenal pasti kekuatan, kelemahan serta masalah yang dihadapi dalam sesi P&P.Pengkaji telah melaksanakan proses pengumpulan awal data bagi mengenal pasti masalahutama yang dihadapi murid. Proses ini dilaksanakan dalam bentuk pemerhatian, analisisdokumen dan soal selidik

    Merancang

    Setelah masalah dikenal pasti, pengkaji merancang satu tindakan sebagai rawatan kepadamasalah yang menjadi fokus utama. Pengkaji mula menyediakan kerangka kajian iaituobjektif kajian, membentuk soalan kajian, kepentingan kajian, membuat rujukan literatur,menentukan kumpulan sasaran kajian, alat – alat kajian serta merancang tindakan.

    Bertindak

    Pada peringkat ini, pengkaji melaksanakan pelan yang telah dihasilkan. Pengkajimeneruskan pengajaran dan pembelajaran dengan menerangkan kaedah yang dipilihkepada peserta kajian. Pengkaji telah menerangkan tentang kaedah yang digunakan untukmenggambarkan jenis – jenis rumah tradisional yang terdapat di Malaysia. Peserta kajianmula menunjukkan respon positif terhadap kaedah yang diperkenalkan. Bagimendapatkan kepastian tentang keberkesanan kaedah yang digunakan, pengkaji telah

    mengadakan Ujian Pasca 1 terhadap peserta kajian.

    MERANCANG

    BERTINDAK

    MEMERHATI

    MEREFLEK

  • 8/20/2019 artikel k.tindakan.pdf

    4/9

    Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    329

    Memerhati

    Keputusan Ujian Pasca 1 peserta kajian dianalisis. Pengkaji seterusnya menilai kemajuantindakan intervensi yang telah dijalankan. Pengkaji membandingkan hasil penilaian yangtelah dijalankan iaitu perbandingan keputusan markah melalui Ujian Pra dan Ujian Pasca

    1. Pada peringkat ini, pengkaji telah memperoleh keputusan sama ada penggunaan kaedahmnemonik berkesan untuk meningkatkan daya ingatan murid terhadap mata pelajaranKajian Tempatan.

    Gelung Kedua

    Mereflek

    Tindakan 1: Pengkaji telah melihat perkembangan positif dan memberangsangkan yang berlaku selepas Ujian Pasca 1 telah dijalankan ke atas peserta kajian. Namun, pengkaji

    masih belum berpuas hati dengan keputusan tersebut dan ingin melaksanakan intervensilain untuk meningkatkan lagi daya ingatan murid.

    Merancang

    Fokus utama kajian ini ialah untuk meningkatkan kebolehan murid mengingat fakta bagitajuk „J enis – jenis Rumah Tradisional di Malaysia‟. Maka, pengkaji menyediakan satuintervensi yang lain untuk meningkatkan daya ingatan murid. Pengkaji membuatkeputusan untuk menggunakan kaedah nyanyian pula bagi meningkatkan daya ingatandan minat murid terhadap Kajian Tempatan.

    Bertindak

    Pengkaji memilih kaedah nyanyian sebagai kaedah rawatan bagi mengatasi masalah yangdihadapi. Melodi lagu yang dipilih adalah melodi yang diketahui umum dan biasadidengar oleh kanak – kanak. Seterusnya, pengkaji menulis lirik lagu yang mengandungifakta – fakta bagi topik yang difokuskan dalam kajian ini. Seterusnya, setelah rawatanselesai dijalankan, pengkaji mengedarkan Ujian Pasca 2 untuk dijawab oleh pesertakajian.

    Memerhati

    Pada peringkat ini, pengkaji merekod dan menganalisis segala data yang diperolehi. Bagi

    Ujian Pra, Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2, analisis dilakukan secara manualmemandangkan jumlah peserta kajian yang sedikit. Perbandingan keputusan Ujian Pra,Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2 direkod dalam bentuk jadual dan graf. Peringkat ini,

    pengkaji telah memperoleh keputusan sama ada kaedah yang digunakan berkesan atautidak untuk meningkatkan daya ingatan murid dalam Kajian Tempatan.

  • 8/20/2019 artikel k.tindakan.pdf

    5/9

    Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    330

    DAPATAN KAJIAN

    Bahagian ini akan membincangkan tentang hasil analisis data yang diperoleh daripada peserta kajian yang terpilih melalui instrumen – instrument iaitu ujian pra, ujian pasca,soal selidik, pemerhatian dan temubual.

    Analisis Data Melalui Ujian Pra dan Ujian Pasca

    Bahagian ini membincangkan data yang telah diperoleh hasil daripada ujian pra dan pascayang telah dijalankan terhadap 5 orang peserta kajian.

    Jadual 6.1 Perbandingan Ujian Pra, Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2

    Bil Peserta Kajian Ujian Pra (%) Ujian Pasca 1(%)

    Ujian Pasca 2(%)

    1 M1 17 33 672 M2 33 50 75

    3 M3 33 42 834 M4 42 58 925 M5 42 58 100

    Jadual 6.1 menunjukkan perbandingan keputusan bagi tiga jenis ujian yang dijalankan keatas peserta kajian iaitu Ujian Pra, Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2. Secara keseluruhan,telah berlaku peningkatan dalam markah ujian bagi setiap peserta kajian.

    Rajah 6.1 Carta Perbandingan Keputusan Ujian Pra Pasca 1 dan Pasca 2 Peserta Kajian

    17

    33

    67

    33

    50

    75

    3342

    83

    42

    58

    92

    42

    58

    100

    0

    20

    40

    60

    80

    100

    120

    Ujian Pra Ujian Pasca 1 Ujian Pasca 2

    P e r a t u s

    ( % )

    Peserta Kajian

    Perbandingan Keputusan Ujian Pra, Pasca 1dan Pasca 2

    M1

    M2M3

    M4

    M5

  • 8/20/2019 artikel k.tindakan.pdf

    6/9

    Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    331

    Analisis Data Melalui Pemerhatian

    Bahagian ini membincangkan data yang diperoleh hasil daripada pemerhatian berstrukturyang dijalankan terhadap peserta kajian merangkumi empat aspek iaitu minat, tingkahlaku pasif, penglibatan dan masalah disiplin murid.

    Jadual 6.2 Analisis Data Pemerhatian Selepas Intervensi

    PesertaKajian

    MINAT TINGKAH LAKUPASIF

    PENGLIBATAN MASALAHDISIPLIN

    R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7M1 / / X X / X XM2 / / X X / X XM3 / / X X X X XM4 / / X X / X XM5 / / X X X X X

    Jadual 6.2 menunjukkan analisis data pemerhatian selepas intervensi (kaedah nyanyian)dijalankan. Berdasarkan analisis, dapat dikenal pasti berlaku perubahan ketara terhadapaspek minat murid, tingkah laku pasif , penglibatan murid yang menyeluruh dan masalahdisiplin murid.

    Analisis Data Melalui Soal Selidik

    Bahagian ini akan membincangkan hasil dapatan kajian melalui instrumen soal selidikselepas intervensi. Soalan bagi soal selidik yang dibina adalah menjurus kepada objektifkajian iaitu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan.

    Jadual 6.3 Analisis Data Melalui Soal Selidik

    KOD N1 N2 N3 N4 N5 N6 N7 N8MURID / / / X / / / /M1 / / / X / / / /M2 / / / X / / / /M3 / / / X / / / /M4 / / / X / / / /M5 / / / X / / / /

    Jadual 6.3 menunjukkan hasil analisis dapatan data melalui soal selidik yangdilakukan selepas intervensi dijalankan terhadap 5 orang peserta kajian

    Analisis Data Melalui Temu Bual

    Bahagian ini akan membincangkan dapatan data kajian melalui kaedah temu bual yangdiadakan bersama 5 orang peserta kajian. Temu bual dilakukan untuk mengukuhkan lagidapatan kajian. Soalan temu bual disediakan secara berstruktur dan mengandungi 3soalan yang merangkumi kemahiran mengingat dan perasaan murid.

  • 8/20/2019 artikel k.tindakan.pdf

    7/9

    Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    332

    Jadual 6.5 Analisis Data Temu Bual Item 1

    Adakah kamu dapat mengingati apa yang telah kamu pelajari tentang „Jenis – jenisRumah Tradisional di Malaysia‟? Peserta

    Kajian

    Sebelum Intervensi Selepas Intervensi

    M1 (geleng kepala) „Ingat.. Ada rumah Minangkabau kancikgu...‟

    M2 „em... tak ingat sangat...‟ „Ingat... senang je cikgu..‟ M3 „entah.. ingat kot..‟ „ ingat.. sebab cikgu ajar nyanyi...‟ M4 „sikit – sikit je..‟ „ingat... kalau nyanyi senang nak

    ingat..‟ M5 „ingat sikit...‟ „ingat cikgu.. senang bila saya nyanyi..‟

    Jadual 6.5 menunjukkan perubahan jawapan murid sebelum dan selepas tindakan

    intervensi untuk item 1 yang mengkaji pengetahuan peserta kajian dan ingatan merekatentang topik „Jenis – jenis Rumah Tradiisional di Malaysia‟.

    Jadual 6.6 Analisis Data Temu Bual Item 2

    Adakah kamu merasakan topik „Jenis – jenis Rumah Tradisional di Malaysia‟ susahuntuk diingat?PesertaKajian

    Sebelum Intervensi Selepas Intervensi

    M1 „susah...‟ „tak lah.. senang je..‟ M2 „susah... ada banyak sangat...‟ „tak susah pun..‟

    M3 „em.. susah jugak cikgu‟ „senang je rupanya nak ingat..‟ M4 „susah sikit...‟ „tak susah.. senang bilanyanyi..‟

    M5 „ha‟ah... susah la cikgu‟ „tak pun... senang nak ingat..‟

    Jadual 6.6 menunjukkan analisis data temu bual bagi item 2. Item 2 merupakansoalan untuk peserta kajian membuat penilaian sendiri tentang topik „Jenis – jenis RumahTradisional di Malaysia‟ dan keberkesanan kaedah nyany ian dalam meningkatkan dayaingatan mereka.

    Jadual 6.7 Analisis Data Temu Bual Item 3

    Apakah perasaan anda selepas mempelajari tajuk ini?PesertaKajian

    Sebelum Intervensi Selepas Intervensi

    M1 „bosan la cikgu...‟ „seronok... ‟ M2 „tak best....‟ „seronok sebab dapat nyanyi..‟ M3 „rasa bosan...‟ „best la cikgu... saya boleh nyanyi...‟ M4 „tak seronok la cikgu....‟ „saya suka.. boleh nyanyi..‟ M5 „rasa macam bosan sikit...‟ „seronok... best lagu yang cikgu

    buat...‟

  • 8/20/2019 artikel k.tindakan.pdf

    8/9

    Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    333

    Jadual 6.5.2 menunjukkan analisis data temu bual bagi item 3. Hasil daripadaanalisis item 3 yang digunakan untuk mengenal pasti perasaan peserta kajian sebelum danselepas intervensi dijalankan. Kesimpulannya, selepas kaedah nyanyian dilaksanakan,

    peserta kajian lebih menunjukkan sikap yang positif dan berminat dengan isi pelajaranyang diajarkan kepada mereka.

    PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

    Adakah kaedah nyanyian berkesan dalam membantu meningkatkan daya ingatanmurid tentang jenis – jenis rumah tradisional yang terdapat di Malaysia?

    Berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincangkan secara terperincisebelum ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa kaedah nyanyian berkesan dalammeningkatkan ingatan murid bagi topik „Jenis – jenis Rumah Tradisional di Malaysia‟.Integrasi muzik dengan mata pelajaran lain akan melengkapkan perkembangan otak kiridan otak kanan (Hermann, 1991). Otak kiri dan kanan manusia menjalankan fungsi yang

    berbeza. Bahagian otak kiri menguasai perkara seperti bahasa, logik, matematik, sainsdan lain-lain aktiviti akademik. Otak kanan pula menguasai perkara seperti muzik,imaginasi, mengenal warna dan sebagainya. Otak kiri akan berfungsi lebih aktif sekiranyaaktiviti otak kanan diperkembangkan. Penggabungjalinan antara otak kiri (fakta kajiantempatan) dan otak kanan (muzik dan nyanyian) yang diaplikasikan di dalam kajian initelah menghasilkan suatu pembelajaran yang penuh bermakna. Ini dapat dilihat melalui

    peningkatan markah ujian yang ketara yang ditunjukkan oleh peserta kajian yangmenjalani sesi P&P menggunakan kaedah nyanyian. Penggunaan kaedah ini berjayameningkatkan daya ingatan murid.

    Kaedah nyanyian dapat menimbulkan minat pelajar terhadap keunikan jenis – jenis rumah tradisional yang terdapat di Malaysia.

    Selain itu, pengkaji juga mendapati peserta kajian lebih berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran apabila menggunakan kaedah nyanyian. Kenyataan ini diperkukuhkanmelalui pemerhatian yang telah dijalankan ke atas peserta kajian. Tingkah laku pasif danmasalah disiplin peserta kajian juga berkurang semasa pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Malahan, penglibatan peserta kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran

    juga memberangsangkan. Hal ini selaras dengan kenyataan Noraini (2003) yangmenyatakan bahawa iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi dayaingatan kerana disamping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minatdan mendorong penumpuan.

    Kaedah nyanyian dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

    Penerimaan yang positif peserta kajian terhadap kaedah yang diperkenalkan dapat dilihatmenerusi instrumen soal selidik dan temu bual yang dijalankan selepas pelaksanaankaedah nyanyian. Semua peserta memberikan maklum balas yang memberangsangkan.Mereka berasa seronok mengikuti pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedahyang diperkenalkan. Semakin menarik maklumat itu kepada diri seseorang itu, semakinmudah maklumat itu diingatkan. Semakin mudah maklumat itu diingatkan, semakinmudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang. Hal ini selaridengan pendapat Hj. Ab. Fatah (1990) yang menyatakan bahawa maklumat yang boleh

  • 8/20/2019 artikel k.tindakan.pdf

    9/9

    Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    334

    menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripadamaklumat yang tidak menyeronokkan.

    RUJUKAN

    Choong Lean Keow,Phd. (2011). Asas Penyelidikan Tindakan Untuk Program IjazahSarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian .Subang Jaya: Kumpulan BudimanSdn Bhd.

    Dr.Shukri Abdullah,Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din,Lee Hock Fah &W.S.Hoe.(2007). Kaedah Berkesan Masteri Memori . Selangor: Penerbitan NadiIlmu Sdn.Bhd.

    Haji Abdul Fatah Hassan.(1990). Penggunaan Minda Yang Optimum Dalam Pembelajaran . Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.