artikel kajian tindakan word.contoh (1).docx

14
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013 80 MENINGKATKAN KETEPATAN MELUKIS FIGURA MENGGUNAKAN TEMPLAT „PINOCCHIO‟ BAGI MURID TAHUN 4 AL-AMANAH Oleh : Ding Yim Shih & Salleh bin Said Jabatan Kajian Sosial, IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan ketepatan melukis figura dengan templat PINOCCHIO‟. Kajian dijalankan ke atas empat orang murid Tahun 4 di salah sebuah sekolah daerah Kuala Terenganu. Tinjauan masalah mendapati responden lemah dalam melukis figura. Kajian ini dianalisis menggunakan kaedah campuran iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan data yang dikumpul melalui kaedah soal selidik, senarai semak, dan temubual dan analisis hasil karya. Triangulasi digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data hasil kajian. Hasil daripada analisis data menunjukkan peningkatan terhadap penggunaan dan kemahiran dengan penggunaan templat „PINOCCHIO‟. Diharapkan kajian tindakan ini dapat memanfaatkan golongan pendidik terutamanya guru Pendidikan Seni Visual dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Kata Kunci : Templat „PINOCCHIO‟, Ketepatan melukis figura PENDAHULUAN

Upload: normaskkp

Post on 12-Jan-2016

247 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: artikel kajian tindakan word.contoh (1).docx

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

80

MENINGKATKAN KETEPATAN MELUKIS FIGURA MENGGUNAKAN TEMPLAT „PINOCCHIO‟ BAGI

MURID TAHUN 4 AL-AMANAH

Oleh:Ding Yim Shih & Salleh bin Said

Jabatan Kajian Sosial, IPG Kampus Dato‟ Razali [email protected] & [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan ketepatan melukis figura dengan templat „PINOCCHIO‟. Kajian dijalankan ke atas empat orang murid Tahun 4 di salah sebuah sekolah daerah Kuala Terenganu. Tinjauan masalah mendapati responden lemah dalam melukis figura. Kajian ini dianalisis menggunakan kaedah campuran iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan data yang dikumpul melalui kaedah soal selidik, senarai semak, dan temubual dan analisis hasil karya. Triangulasi digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data hasil kajian. Hasil daripada analisis data menunjukkan peningkatan terhadap penggunaan dan kemahiran dengan penggunaan templat„PINOCCHIO‟. Diharapkan kajian tindakan ini dapat memanfaatkan golongan pendidik terutamanya guru Pendidikan Seni Visual dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.

Kata Kunci : Templat „PINOCCHIO‟, Ketepatan melukis figura

PENDAHULUAN

Gambar-gambar lukisan figura sudah wujud sejak kewujudan tamadun manusia lagi. Hal ini terbukti melalui penemuan lukisan imej binatang dan figura manusia pada dinding- dinding gua yang berusia ribuan tahun. Tamadun-tamadun besar sepanjang sejarah peradaban manusia turut dikesan memiliki imej figura. Selain patung-patung manusia, imej figura manusia turut ditonjolkan untuk menggambarkan keagungan pemerintah atau untuk menggambarkan sesuatu upacara keagamaan dan kepercayaan. Pada Zaman Pembaharuan atau Renaissance, muncul para pengarca dan pelukis yang aktif melukis imej figura, seperti Michelangelo dan Leonardo da Vinci. Hasil-hasil karya mereka telah menjadi sumber rujukan bagi pelukis-pelukis figura hingga ke hari ini.

“The human figure was depicted in prehistoric cave art as a crudely simplified symbol compared with extraordinary realistic images of bison, cattle, horses, and deer. We see this early form of human stick figure animation in the hunt scene…” (Daniel M. Mendelowitz, Duane A. Wakeham dan David L. Faber, 2003). Penyataan ini membuktikan bahawa lukisan figuratif telah dihasilkan sejak zaman purba lagi. Kebanyakan imej figura yang dihasilkan adalah dalam bentuk orang lidi iaitu dalam bentuk rangka dan ada kalanya terdapat rupa geometri seperti bulatan. Melukis figura adalah rumit kerana memerlukan pelukis membuat penilaian dan kadar banding yang

Page 2: artikel kajian tindakan word.contoh (1).docx

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

81

tepat bagi menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif. Untuk mencapai kemahiran melukis figura memerlukan kesabaran dan masa yang lama. Ia juga perlu membuat pemerhatian. Lukisan figuratif menekankan aktiviti melukis bentuk-bentuk tubuh manusia.

METODOLOGI

Kajian yang akan dijalankan ini adalah adakah penggunaan templat „PINOCCHIO‟ akan dapat meningkatkan ketepatan murid dalam melukis figura. Prosedur pelaksanaan tindakan yang digunakan ialah Model Kemmis dan McTaggart yang telah diubahsuai oleh Susman (1983). Model ini terdiri daripada lima peringkat iaitu mendiagnosis, perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Berdasarkan kajian tindakan yang dijalankan, pengkaji telah memulakan langkah pertama dengan mendiagnosis iaitu mengenalpasti atau mendefinisikan masalah. Pengkaji telah memerhati dan mengimbas kembali sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Seterusnya, pelan tindakan dirancang untuk menyelesaikan masalah atau isu berkenaan. Perancangan berkenaan dilaksanakan dan menetukan hasil yang diperoleh selepas memberikan tindakan. Selepas mengambil tindakan dan mengenalpasti hasil dapatan, refleksi dibuat untuk menentukan samada tindakan yang dilaksanakan menunjukkan hasil yang baik.

Pemilihan responden dibuat berdasarkan hasil pemerhatian berdasarkan kepada kelemahan tahap pencapaian, pemahaman dan penghasilan karya. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada 4 orang murid tahun 4 dari kelas 4 Al-Amanah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam. Dalam perlaksanaan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah campuran iaitu kombinasi kaedah kuantitatif dan kualitatif supaya data yang dikumpul lebih jelas. Di sini, pengkaji menggunakan beberapa instrument seperti soal selidik, senarai semak, temu bual dan hasil karya responden. Instrument-instrument ini memudahkan kajian yang akan dijalankan dan mendapat keputusan yang mempunyai keesahan serta kebolehpercayaan yang tinggi.

Objektif

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan ketepatan murid melukis figura manusia melalui penggunan templat „PINOCCHIO‟. Setelah kajian ini selesai dijalankan, diharap bahawa objektif berikut tercapai:

1. Meningkatkan ketepatan melukis figura bagi penghasilan karya dengan kadar banding yang betul.

2. Membantu murid mengaplikasikan kemahiran penggunaan templat„PINOCCHIO‟ untuk melukis figura.

3. Membantu murid menghasilkan karya figura yang sedang beraksi.

Kumpulan Sasaran

Sebuah kelas tahun 4 iaitu 4 Al-Amanah merupakan kelas yang merangkumi murid pada tahap pencapaian terendah dalam tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam. Kumpulan sasaran terdiri daripada empat orang murid daripada kelas ini iaitu 2 murid lelaki dan 2 murid perempuan. Semua responden merupakan bangsa Melayu. Pemilihan responden dibuat berdasarkan hasil pemerhatian berdasarkan kepada kelemahan tahap pencapaian, pemahaman dan penghasilan karya.

Page 3: artikel kajian tindakan word.contoh (1).docx

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

82

Instrumen kajian

1. Soal selidik2. Temu bual3. Senarai semak pemerhatian4. Analisis dokumen

DAPATAN KAJIAN

Tahap Pemahaman Dan Pandangan RespondenSoal Selidik

Analisis data yang diperoleh daripada soal selidik telah dianalisis secara deskriptif. keputusan soal selidik telah membuktikan bahawa responden tidak pernah didedahkan dengan penggunaan templat „PINOCCHIO‟. Namun, responden telah menyatakan bahawa mereka berminat untuk menggunakan templat „PINOCCHIO‟ untuk melukis figura yang pelbagai aksi. Ini dapat membuktikan bahawa penggunaan templat

Page 4: artikel kajian tindakan word.contoh (1).docx

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

83

„PINOCCHIO‟ ini dapat menarik perhatian responden dan minat responden untuk belajar. Hasil daripada tinjauan pengkaji terhadap minat murid dalam melukis figura dan melukis figura dengan menggunakan templat „PINOCCHIO‟ dapat dilihat melalui analisis respon soal selidik dalam Jadual 1di bawah.

4100% 100%

100% 100%

3JumlahPelajar 2

1 25%

75%

50% 50% YA TIDAK

0 0% 0% 0% 0%

1 2 3 4 5 6Nombor Item

Rajah 1 : Graf kekerapan dan peratusan respon murid.

Dapatan yang diperolehi adalah berdasarkan pengiraan kekerapan dan peratusan daripada respon murid bagi pernyataan soalan yang telah diajukan oleh pengkaji. Melalui jadual dan graf diatas, pengkaji telah menggunakan borang soal selidik untuk mengetahui respon responden berkaitan dengan minat, pemahaman dan penguasaan responden dalam melukis figura.

Persoalan 1:

Adakah penggunaan templat „PINOCCHIO‟ berkesan dalam melukis figura dengan kadar banding yang betul?

Page 5: artikel kajian tindakan word.contoh (1).docx

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

84

Analisis Dokumen

Dapatan melalui analisis dokumen menyokong persoalan dan obejektif kajian tang pertama iaitu keberkesanan penggunaan templat „PINOCCHIO‟ dalam melukis figura dengan kadar banding yang betul. Melalui kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati penggunaan templat „PINOCCHIO‟ adalah amat berkesan dalam melukis figura dengan kadar banding yang betul. Ini dapat dibuktikan melalui keputusan pencapaian responden amat memuaskan dengan menggunakan templat „PINOCCHIO‟. Melalui analisis terhadap karya yang dihasilkan, keputusan pencapaian jelas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang amat ketara sebelum proses intrevensi dan selepas proses intervensi yang dijalankan.

Sebelum Intervensi Selepas Intervensi

Lemah25%

Baik25%

Sederhana50%

Baik100%

Rajah 2: Carta pai keputusan pencapaian responden sebelum intervensi dan selepas intervensi.

Sebelum proses intrevensi, pengkaji mendapati bahawa tidak semua hasil karya yang dihasilkan oleh responden mencapai tahap baik berlainan pula dengan karya yang dihasilkan selepas templat „PINOCCHIO‟ diperkenalkan. Didapati semua hasil karya responden mencapai tahap baik dengan menggunakan templat „PINOCCHIO‟. Hal ini sedemikian kerana, pengkaji mendapati bahawa figura yang dihasilkan sebelum intervensi tidak mempunyai kadar banding yang betul seperti terdapat figura yang tangan panjang, kaki panjang serta terdapat figura yang dalam keadaan kaki pendek dan ada yang kepala besar badan kecil. Namun, selepas interensi penhkaji mendapati figura yang dilukis oleh responden mempunyai kadar banding yang betul dan teratur.

Melalui karya yang dihasilkan selepas proses intervensi, didapati responden mempunyai ruang perkembangan yang sangat tinggi dan sangat kreatif. Ini kerana, apabila pengkaji mendedahkan fungsi templat „PINOCCHIO‟, responden mampu menggunakan tempalt tersebut dengan baik. Sebagai contoh, terdapat responden yang

Page 6: artikel kajian tindakan word.contoh (1).docx

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

85

menghasilkan figura yang bertemakan pasukan sorak dengan aksi yang menarik, figura yang sedang bertepuk tangan dan figura yang sedang bermain bola. Bukan itu saja, malah responden juga dapat menghasilkan latar yang sesuai bagi mengindahkan lagi karya tersebut serta mengaplikasikan sudut pandangan yang betul. Ini mungkin disebabkan oleh semangat yang berkobar-borkobar apabila berjaya menghasilkan figura yang menarik. Ini merupakan satu sifat dan peningkatan yang sangat baik untuk para responden. Melalui anlisis dokumen ini, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa penggunaan templat„PINOCCHIO‟ berkesan dalam melukis figura dengan kadar banding yang betul danmenghasilkan karya yang mencapai tahap baik dan mencapai objektif kajian.

Persoalan 2:

Bagaimanakah murid melukis figura menggunakan templat „PINOCCHIO‟?

Senarai Semak

Dapatan melalui senarai semak dapat menjawab persoalan kedua iaitu bagaimana responden melukis figura menggunakan templat „PINOCCHIO‟. Data-data yang diperoleh melalui senarai semak menjelaskan tahap penguasaan ketepatan responden dalam melukis figura. Pengkaji menggunakan lima item untuk mengetahui bagaimana dan kemahiran responden melukis figura. Bagaimana responden melukis figura saling berkaitan dengan ketepatan responden kerana ia menggambarkan cara-cara responden melukis figura. Sekiranya responden itu tidak mengetahui ketepatan melukis figura, maka responden tersebut tidak mengetahui bagaimana melukis figura.

5 100% 100% 100% 100%

Bilangan item

804%

3

2

1

0

40% 40%

20%

sebelum intervensi selepas intervensi

1 2 3 4

Responden

Rajah 4 : Graf analisis pencapaian perkembangan ketepatan responden.

Dapatan daripada senarai semak ini menunjukkan reponden yang tidak melukis figura dengan teratur dapat melukis figura dengan teratur dan ini merupakan perkara yang

paling asas dan penting dalam meningkatkan ketepatan melukis figura. Pengkaji dapat menyimpulkan keempat-empat responden telah menunjukkan peningkatan ketepatan melukis figura responden dengan melukis struktur asas terlebih dahulu sebelum melukis figura menggunakan templat ini, murid dapat memahami bahawa struktur asas perlu

Page 7: artikel kajian tindakan word.contoh (1).docx

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

86

dilukis dahulu untuk melukis figura dan berjaya melukis figura dengan kadar banding yang betul serta figura yang melakukan aksi.

Pengkaji dapat menyimpulkan bahawa penggunaan templat „PINOCCHIO‟ dapat meningkatkan ketepatan murid dalam melukis figura responden dapat melukis struktur asas terlebih dahulu dan seterusnya menghasilkan figura yang mempunyai kadar banding yang betul serta beraksi.

Persoalan 3:

Adakah penggunaan templat „PINOCCHIO‟ dapat membantu murid melukis figura yangsedang beraksi?

Temubual

Dapatan melalui temubual telah menjawab persoalan ketiga iaitu berkenaan dengan penggunaan templat „PINOCCHIO‟ dapat membantu murid melukis figura yang sedang beraksi. Berdasarkan soalan temubual mengenai keberkesanan dan dapatkah templat„PINOCCHIO‟ membantu dalam melukis figura dengan pelbagai aksi, semua responden memberi respon yang positif seperti ya, boleh dan membantu terhadap intervensi yang dijalankan. Dari respon yang diberikan, ia dapat menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa templat „PINOCCHIO‟ tersebut dapat membantu dalam melukis figura yang beraksi.

Bagi soalan mengapa responden berminat menggunakan templat „PINOCCHIO‟untuk melukis figura telah sekali lagi menyokong penyataan bahawa templat„PINOCCHIO‟ tersebut membantu dalam melukis figura yang beraksi. Hal ini sedemikian kerana respon yang diperolehi yang menyatakan bahawa templat„PINOCCHIO‟ tersebut yang boleh digerak-gerakkan membolehkan responden mengerakkannya untuk menghasilkan pelbagai aksi dan seterusnya menyenangkan proses melukis figura dengan penggunaan templet tersebut. Ini dapat membuktikan bahawa templat „PINOCCHIO‟ ini dapat membantu dalam meluks figura yang beraksi.

Jadual 9 : Temubual bersama Guru Pendidikan Seni Visual 4 Al-Amanah.

Tambahan, temubual bersama guru mata pelajaran Pendidikan Seni Vsual kelas tersebut juga dijalankan. Berdasarkan soalan temubual pendapat mengenai keberkesanan proses intervensi ini ini, didapati guru tersebut juga memberi respon yang amat positif. Beliau berpendapat bahawa proses intervensi ini berjaya. Hal ini sedemikian kerana responden gembira semasa manjalankan aktiviti, berminat menggunakan templet ini dan dapat menghasikan karya yang sangat memuaskan. Di samping itu, murid juga menunjukkan minat yang amat tinggi terhadap penggunaan templet ini. Dengan itu, jawapan bagi persoalan ketiga telah diperkukuhkan oleh apa yang dinyatakan oleh guru tersebut. Melalui anlisis dokumen ini, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa penggunaan templat „PINOCCHIO‟ berkesan dalam melukis figura dengan kadar banding yang betul dan menghasilkan karya yang mencapai tahap baik.

Pengkaji dapat menyimpulkan bahawa semua responden dapat menghasilkan figura yang pelbagai aksi dengan menggunakan templat „PINOCCHIO‟. Dapatan ini diperkukuhkan dengan hasil temubual bersama guru mata pelajaran Pendidikan Seni

Page 8: artikel kajian tindakan word.contoh (1).docx

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

87

Visual. Ini menunjukkan 100% responden dapat menghasilkan figura yang beraksi sdengan adanya proses intervensi ini.

PERBINCANGAN

Secara keseluruhannya, pengkaji telah dapat menjawab soalan kajian dan dapat membuat kesimpulan iaitu melalui kajian yang dijalankan pengkaji mendapati penggunaan templat„PINCCHIO‟ data meningkatkan ketepatan murid dalam melukis figura dengan kadar banding yang betul serta beraksi. Di samping itu, pengkaji mendapati penggunaan templat„PINOCCHIO‟ dapat menarik minat atau merangsangkan responden belajar melukis. Apabila berjaya meransang minat individu tersebut, dengan sendirinya individu tersebut akan bermotiwasi dan boleh belajar tanpa dipaksa. Dapatan kajian ini disokong oleh pendapat yang dikemukakan oleh Thorndike (Mok, 2008) iaitu menggunakan sesuatu yang dapat memotivasikan, merangsangkan, dan menyeronokkan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid belajar.

Semua kenyataan tersebut dapat dibuktikan melalui dapatan senarai semak iaitu100% responden telah meningkat dari aspek tahap penguasaan kemahiran responden dalam melukis figura. Di samping itu, melalui dapatan temu bual yang dilaksanakan ke

Page 9: artikel kajian tindakan word.contoh (1).docx

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

88

atas responden dan guru yang berkenaan, ia juga dapat membuktikan bahawa penggunaan templat „PINOCCHIO‟ dapat membantu dalam melukis figura yang beraksi. Yang penting sekali, analisis dokumen pencapaian hasil karya responden yang berada pada tahap baik yang jelas menunjukkan peningkatan ketepatan dalam melukis figura serta keberkesanan penggunaan templat „PINOCCHIO‟ dalam melukis figura.

Sebagai penambahbaikan, pengkaji mencadangkan bahawa kajian ini dapat diteruskan dengan menggunakan templat „PINOCCHIO‟ yang mempunyai saiz yang berlainan. Bukan sahaja dari segi saiznya, malah juga boleh mereka satu templat„PINOCCHIO‟ yang mempunyai pandangan hadapan. dengan ini, murid dapatmempelbagaikan lagi gaya dan aksi semasa melukis figura. Gabungan kesemua templat„PINOCCHIO‟ ini akan mewujudkan satu set lengkap yang amat berguna. Sehubungan dengan itu, satu carta ringkas mengenai manual pengguaan templat ini boleh dihasilkan bagi melengkapkan lagi set templat „PINOCCHIO‟ ini. Manual penggunaan ini bukan sahaja dapat mengajar cara pengunaan untuk menghasilkan figura melalui templat„PINOCCHIO‟ ini, malah ia juga mampu memberi gambaran yang jelas mengenai objektif penghasilan templat ini.

Kesimpulannya, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa templat „PINOCCHIO‟ dapat membantu murid meningkatkan kemahiran melukis figura. diharap cadangan kajian ini dapat membuka jalan dan membantu lebih ramai pendidik atau penyelidik menjana idea-idea baru bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan negara. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

Page 10: artikel kajian tindakan word.contoh (1).docx

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

89

RUJUKAN

Abu Sareh Haron. (2006). Figura Dalam Seni Halus. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Ahmad Sabry, Ting, L. S & Ting H. Y. (2013). Penyelidikan Tindakan dalam Pendidikan.Kuala Lumpur: Freemind Horizon Sdn. Bhd.

Azahar Asmawi & Cherel Jaafar. (2006). Teks Efektif Pendidikan Seni Visual. Selangor: Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd.

Budi Suffian. (2010). Keberkesanan Ruang Penyerapan Di Dalam Penulisan Rancangan Pengajaran Harian Dalam Memperbaiki Amalan Pengajaran Guru. Tesis tidak diterbitkan. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.

Berk, L.E. (2003), Child Development. Boston: Allyn & Bacom.

Callaway, G. & Kear, M. (1999). Teaching Art and Design in the PrimarySchool. Oxon: David Fulton Publishers.

Choong, L. K. (2011). Asas Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur: Kumpulan BudimanSdn. Bhd.

G.I. Susman, (1983). Action research: A sociotechnical system perspective in Ed. G.Morgan, Beyond Method: Strategies for social research, SAGE Publications, London.

Herbert Read. (1956). Education Through Art. London : Faber and Faber.

Johnson, R. B. & Onwuegbuzie, A. J. (2004). Mixed methods research: A research paradigm whose time has come. Educational Researcher, 33(7), 14-26.