arahan penetapan konteks kbat

6
1 KBAT – Penetapan Konteks Pengenalan Dokumen ini mengandungi satu set arahan untuk kegunaan bersama penyampaian KBAT – Penetapan Konteks. Penyampaian ini adalah untuk kegunaan mereka yang telah mengikuti sesi latihan i-THINK. Jadual arahan di bawah adalah merujuk kepada: Nombor slaid penyampaian. Dalam keadaan tertentu, ada slaid yang tertinggal arahan kerana disembunyikan atau tidak diperlukan. Imej pada slaid. Arahan, maklumat tambahan pada setiap slaid. Semua arahan terdapat di bahagian nota slaid dalam penyampaian power point “KBAT – Penetapan Konteks”. Berapa lamakah tempoh latihan ini? Latihan ini adalah untuk tempoh 2 ½ jam. Apakah bahan yang diperlukan? Kertas secukupnya untuk peserta kursus. Edaran untuk program latihan ini. Satu salinan power point “KBAT – Penetapan Konteks”. Projektor digital dan skrin. Apakah persediaan yang diperlukan? Ingat semula kursus i-THINK yang telah diikuti. Baca semula edaran dan nota yang diterima semasa kursus. Anda perlu membiasakan diri secara menyeluruh dengan semua penyampaian dan tugasan yang disediakan supaya anda lebih yakin untuk mengetuai sesi latihan ini. Biasakan diri anda dengan bilik latihan di mana kursus akan dijalankan. Pastikan meja disusun dengan baik agar peserta dapat berkongsi dan bertukar pendapat dengan selesa. Susun peserta dalam kumpulan – maksimum 8 orang. Pastikan latihan dirancang agar interaktif – peserta perlu belajar sambil melakukan tugasan. Semasa penyampaian, pastikan peserta dapat mengaitkan dan menggunakan strategi pembelajaran ini di dalam bilik darjah mereka.

Upload: ayie-mood

Post on 28-Nov-2015

390 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Arahan Penetapan Konteks Kbat

TRANSCRIPT

Page 1: Arahan Penetapan Konteks Kbat

1

KBAT – Penetapan Konteks

Pengenalan

Dokumen ini mengandungi satu set arahan untuk kegunaan bersama penyampaian KBAT –

Penetapan Konteks.

Penyampaian ini adalah untuk kegunaan mereka yang telah mengikuti sesi latihan i-THINK.

Jadual arahan di bawah adalah merujuk kepada:

Nombor slaid penyampaian. Dalam keadaan tertentu, ada slaid yang tertinggal

arahan kerana disembunyikan atau tidak diperlukan.

Imej pada slaid.

Arahan, maklumat tambahan pada setiap slaid. Semua arahan terdapat di bahagian

nota slaid dalam penyampaian power point “KBAT – Penetapan Konteks”.

Berapa lamakah tempoh latihan ini?

Latihan ini adalah untuk tempoh 2 ½ jam.

Apakah bahan yang diperlukan?

Kertas secukupnya untuk peserta kursus.

Edaran untuk program latihan ini.

Satu salinan power point “KBAT – Penetapan Konteks”.

Projektor digital dan skrin.

Apakah persediaan yang diperlukan?

Ingat semula kursus i-THINK yang telah diikuti. Baca semula edaran dan nota yang

diterima semasa kursus.

Anda perlu membiasakan diri secara menyeluruh dengan semua penyampaian dan

tugasan yang disediakan supaya anda lebih yakin untuk mengetuai sesi latihan ini.

Biasakan diri anda dengan bilik latihan di mana kursus akan dijalankan. Pastikan meja

disusun dengan baik agar peserta dapat berkongsi dan bertukar pendapat dengan

selesa. Susun peserta dalam kumpulan – maksimum 8 orang.

Pastikan latihan dirancang agar interaktif – peserta perlu belajar sambil melakukan

tugasan. Semasa penyampaian, pastikan peserta dapat mengaitkan dan

menggunakan strategi pembelajaran ini di dalam bilik darjah mereka.

Page 2: Arahan Penetapan Konteks Kbat

2

Slide number

Slide image Instructions

1

2

Slaid ini adalah sesi pengenalan. Apakah proses pemikiran ini? Apakah peta pemikiran yang digunakan?

3

Slaid ini : Tuliskan Nama Anda

4

Slaid ini dan slaid seterusnya adalah kronologi Program i-THINK. Jelaskan di mana peranan mereka.

5

Semua yang hadir di dalam kursus ini akan memainkan peranan penting untuk menjayakan program ini.

6

Slaid ini memperkenalkan peraturan asas di dalam kursus ini. Nyatakan peraturan asas menghadiri kursus ini kepada peserta.

7

Para guru mungkin berada dalam keadaan senyap dan pasif. Hal ini sering berlaku dan mungkin merupakan cabaran besar untuk mengajak mereka berubah. Dalam budaya Malaysia, jika anda memalukan/menjatuhkan seseorang atau menyatakan “jawapan anda salah” – anda akan kehilangan mereka. Jadi, perkara utama, sepanjang tempoh seminggu latihan dijalankan, penceramah harus sentiasa menggalakkan mereka untuk mengambil risiko – dalam masa yang sama, mereka juga harus sentiasa menggalakkan murid mereka.

8

9

10

Page 3: Arahan Penetapan Konteks Kbat

3

11

Slaid ini dan 4 slaid seterusnya adalah pengenalan. • Minta peserta menomborkan diri masing-masing dalam

kumpulan mereka, 1 hingga 5. • Perkenalkan Peta Pemikiran. Sediakan kertas A4 kosong untuk

peserta. • Topik utama adalah Pelajar Abad Ke–21 • Soalannya adalah “Apakah kemahiran yang

diperlukan?” – maklum balas perlu ditulis di antara bulatan kecil dan bulatan besar.

• Setiap peserta akan menjawab soalan mengikut nombor yang telah dibahagikan – Contohnya: Peserta bernombor 1 perlu menjawab dari sudut pandangan ibu bapa. Apakah kemahiran yang ibu bapa mahukan agar anak-anak mereka menjadi pelajar abad ke-21 yang lebih berdaya saing.

• Peserta perlu melukis peta masing-masing • Peserta perlu berfikir secara individu – beri penekanan

kepada kepentingan maklum balas individu tetapi pastikan mereka perlu diberi peluang untuk berkongsi besama peserta lain

• Kemudian – setiap peserta bernombor 1 perlu bergabung membentuk satu kumpulan (maksimum 4 orang) sebaiknya bergabung dengan peserta dari meja lain – lihat hasilan setiap individu. Bentukkan satu peta pemikiran yang mewakili maklum balas kumpulan.

• Kembali kepada kumpulan/meja asal dan kongsikan hasil yang diperolehi.

• Beri keutamaan beberapa hasilan/maklum balas yang paling penting – pilih 6 yang terbaik

• Bincangkan. Fikirkan langkah-langkah menstrukturkan aktiviti ini. Bagaimanakah pembelajaran boleh berlaku? Adakah pendekatan ini boleh digunakan di dalam kelas?

12

13

14

15

16

Page 4: Arahan Penetapan Konteks Kbat

4

17

Sasaran projek di seluruh negara adalah untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia Sekolah Berfikir. Ini adalah satu projek yang besar! Dan ia akan mengambil masa.

18

Beri penekanan – mereka akan memulakan penjelajahan! Beri masa!!

19

Terangkan – dalam membangunkan sekolah KBAT, terdapat 6 titik permulaan. Tugas mereka adalah memadankan frasa dalam slaid dengan grafik yang ditunjukkan dalam slaid seterusnya.

20

Slaid ini merujuk kepada enam titik permulaan yang perlu dipertimbangkan apabila memulakan program i-THINK di sekolah. Penekanan adalah ke atas pemetaan visual, namun Peta Pemikiran adalah berkait dan mengukuhkan kesemua titik permulaan yang lain.

21

22

23

24

25

26

27

Bahagikan peserta kepada 6 kumpulan dan pastikan setiap kumpulan hanya fokus kepada satu titik permulaan sahaja. Beri maklum balas kepada yang lain tentang apa yang mereka tahu. Untuk slaid ini dan 5 slaid seterusnya, setiap peserta perlu menilai diri mereka sebagai:

• Baru (Saya betul-betul baru mengetahuinya) • Perintis (Saya tahu, kadangkala melakukannya, perlu berfikir

terlebih dahulu setiap kali melakukan aktiviti berkaitan) • Pengamal (Saya tahu, selalu mengamalkannya, menjadi

kebiasaan, telah menggunakannya dalam pelbagai keadaan/pembelajaran dsbnya)

• Pakar (Saya mengamalkannya, tanpa berfikir dahulu, bebas

Page 5: Arahan Penetapan Konteks Kbat

5

mengaplikasi dalam julat yang besar semasa pembelajaran) Setiap respons – bincangkan bersama rakan di sebelah, bertukar-tukar pengalaman. Anda juga boleh menampal rubrik ini pada kertas mahjung.

28

29

Setelah selesai latihan yang sebelumnya, beri nota edaran enam titik permulaan dan bincang setiap satu untuk memastikan bahawa terdapat kefahaman yang jelas tentang setiap titik permulaan

30

31

32

33

34

35

Penekanan: Murid mempunyai masa depan – Mereka mungkin pemimpin negara masa hadapan! Menjadi tanggungjawab kita untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya.

36

Jadikan sesi ini sesi yang aktif – bina pengelasan outcomes menggunakan Peta Pokok. Kelaskan: i. Murid yang boleh… ii. Murid yang dapat…

37

Kenal pasti perbezaan dua pernyataan tersebut. Kenal pasti “Untuk siapa?”

Page 6: Arahan Penetapan Konteks Kbat

6

38

Ringkaskan apa yang telah dipelajari di dalam sesi ini. Beri masa untuk refleksi dan soalan.