aqidah

13
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian 1 1) Pendahuluan Nabi dan rasul adalah utusan yang dikirimkan oleh Allah di muka bumi ini untuk menyampaikan syiar Islam dan tauhid kepada Allah. Telah ramai Nabi dan juga rasul yang diutuskan. Akan tetapi, setelah berzaman-zaman berlalu, penyelewengan terhadap nabi dan rasul telah dibuat untuk menyesatkan orang-orang ramai dan memesongkan akidah orang-orang Islam. Bagi yang kurang mendalami ilmu ugama, akan mempercayainya tetapi sebaliknya bagi orang yang beriman dan mendalami ugama. Seperti yang telah kita ketahui, di dunia ini terdapat berbagai-bagai jenis ugama antaranya Islam, Kristian, Yahudi, Buddha dan sebagainya dan sememangnya setiap daripada ugama-ugama ini mempunyai pegangan dan prinsip mereka masing-masing. Walaubagaimanapun, ada di antara ugama-ugama ini sebenarnya pada awalnya membawa ajaran yang serupa dengan Islam kerana pada awalnya, ia adalah ajaran yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul yang terdahulu. Seperti yang telah dikatakan di atas, setelah kewafatan para nabi dan rasul yang membawa ajaran yang benar tadi, banyak berlaku penyelewengan sehingga kitab-kitab yang telah diturunkan juga turut diselewengkan. Salah satu isu yang sering menjadi persoalan di dalam perihal ugama ini adalah mengenai Nabi dan Rasul yang semakin lama, dewasa ini telah diselewengkan dengan penyelewengan yang boleh dikatakan melampau. Oleh itu, di dalam kertas kerja ini, akan dibincangkan mengenai kepercayaan yang salah mengenai nabi dan Rasul yang tersebar di dalam ugama Kritstian yang bercanggahan dengan ajaran Islam dengan menghuraikan definisi Nabi dan Rasul menurut Ahli Sunnah Wal Jama’ah, kepercayaan yang salah dan kepercayaan yang betul mengenai Nabi dan Rasul yang di dalam ugama Kristian yang serupa dengan ajaran Islam.

Upload: norainabdulrahim

Post on 13-Aug-2015

34 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aqidah

Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian

1

1) Pendahuluan

Nabi dan rasul adalah utusan yang dikirimkan oleh Allah di muka bumi ini untuk menyampaikan

syiar Islam dan tauhid kepada Allah. Telah ramai Nabi dan juga rasul yang diutuskan.

Akan tetapi, setelah berzaman-zaman berlalu, penyelewengan terhadap nabi dan rasul telah

dibuat untuk menyesatkan orang-orang ramai dan memesongkan akidah orang-orang Islam. Bagi

yang kurang mendalami ilmu ugama, akan mempercayainya tetapi sebaliknya bagi orang yang

beriman dan mendalami ugama.

Seperti yang telah kita ketahui, di dunia ini terdapat berbagai-bagai jenis ugama antaranya Islam,

Kristian, Yahudi, Buddha dan sebagainya dan sememangnya setiap daripada ugama-ugama ini

mempunyai pegangan dan prinsip mereka masing-masing. Walaubagaimanapun, ada di antara

ugama-ugama ini sebenarnya pada awalnya membawa ajaran yang serupa dengan Islam kerana

pada awalnya, ia adalah ajaran yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul yang terdahulu. Seperti

yang telah dikatakan di atas, setelah kewafatan para nabi dan rasul yang membawa ajaran yang

benar tadi, banyak berlaku penyelewengan sehingga kitab-kitab yang telah diturunkan juga turut

diselewengkan.

Salah satu isu yang sering menjadi persoalan di dalam perihal ugama ini adalah mengenai Nabi

dan Rasul yang semakin lama, dewasa ini telah diselewengkan dengan penyelewengan yang

boleh dikatakan melampau. Oleh itu, di dalam kertas kerja ini, akan dibincangkan mengenai

kepercayaan yang salah mengenai nabi dan Rasul yang tersebar di dalam ugama Kritstian yang

bercanggahan dengan ajaran Islam dengan menghuraikan definisi Nabi dan Rasul menurut Ahli

Sunnah Wal Jama’ah, kepercayaan yang salah dan kepercayaan yang betul mengenai Nabi dan

Rasul yang di dalam ugama Kristian yang serupa dengan ajaran Islam.

Page 2: Aqidah

Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian

2

2) Konsep Nabi dan Rasul

Makna nabi menurut kebiasaan orang-orang Arab terdapat dalam dua bentuk. Pertama, perkataan

nabi yang berakhir dengan huruf hamzah dan kedua, perkataan nabi yang berakhir tanpa huruf

hamzah. Perkataan nabi yang berakhir dengan hamzah dikatakan berasal daripada perkataan “an-

naba’” yang bermaksud khabar atau berita. Berdasarkan kepada akna ini, nabi dimaksudkan

sebagai seseorang yang membawa dan menyampaikan berita berdasarkan keterangan Al-Quran,

surah An-Naba’, ayat 1 dan 2,

Tentang apakah mereka bertanya-tanya? Tentang berita Yang besar, (berita kebangkitan

manusia hidup semula menerima balasannya).1

Nabi yang tidak berakhir dengan huruf hamzah pula berasal daripada perkataan an-nabwah atau

an-nabawah yang membawa maksud kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Tuhan sekalian

alam. Terdapat sebahagian ulama termasuk di kalangan mazhab Al-Asya’irah daripada Ahli

Sunnah Wal Jama’ah mengatakan bahawa perkataan An-nubuwwah adalah asas kepada

perkataan nabi berdasarkan kemuliaan kedudukan mereka dibandingkan dengan hamba-hamba

Tuhan yang lain.2

Dari segi istilah syara’ pula, ia bermaksud pemilihan Allah kepada hambaNya dengan

menyampaikan wahyu kepadanya.3 Ia juga adalah seseorang yang diberitahu oleh Tuhan

mengenai berita-berita langit untuk dirinya secara khusus dan tidak diperintahkan supaya

menyampaikannya kepada orang lain.4

Secara kesimpulannya, Nabi adalah seseorang yang diberikan wahyu untuk dirinya sendiri dan

tidak perlu menyampaikannya kepada orang lain.

1 An-Naba’ : 1-2

2 Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali (2004), Siapa itu Nabi-Nabi?, PTS Litera Utama : Kuala Lumpur, hlm 1

3 Dr. Fauzi Hamat (tahun 2, semester 1), Nota Perkuliahan Aqidah Islamiyyah 3,, hlm 2

4 Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali (2004), Siapa itu Nabi-Nabi?, PTS Litera Utama : Kuala Lumpur, hlm 2

Page 3: Aqidah

Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian

3

Rasul pula dari sudut Bahasa bermaksud seseorang yang ditugaskan membawa berita ataupun

melakukan tugas penting.5 Ia juga bermaksud seseorang yang mengikuti perkhabaran-

perkhabaran yang dibangkitkannya, mengambil ungkapan ‘unta datang berturu-turut’ (rusul ba’d

rusul).6

Menurut istilah, Rasul adalah seseorang yang menerima berita daripada Tuhan dan dia

diperintahkan menyampaikannya kepada orang lain. Ia juga membawa maksud seseorang yang

diutus oleh Tuhan dan diberikan kitab, undang-undang baru, serta diizinkan membatalkan

sebahagian hukum dalam undang-undang yang terdahulu, bertanggungjawab menyampaikannya

kepada manusia dan menyeru mereka mematuhinya.7

Secara kesimpulannya, Nabi adalah seseorang yang menerima wahyu daripada Allah untuk

dirinya sendiri, dan dia tidak perlu menyampaikannya kepada umat manusia. Manakala Rasul

pula adalah seseorang yang diberikan wahyu oleh Allah dan ditugasan untuk menyampaikan

wahyu yang diturunkan kepadanya.

2.1) Dalil diutuskan Nabi dan Rasul

Dan Allah tidak sekali-kali menjadikan sesuatu kaum itu sesat sesudah ia memberi

hidayah petunjuk kepada mereka, sebelum ia menerangkan kepada mereka apa Yang

mereka wajib memelihara dan melindungi diri daripadanya; Sesungguhnya Allah Maha

mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.8

5 Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali (2004), Siapa itu Nabi-Nabi?, PTS Litera Utama : Kuala Lumpur, hlm 2

6 Dr. Fauzi Hamat (tahun 2, semester 1), Nota Perkuliahan Aqidah Islamiyyah 3, hlm 3

7 Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali (2004), Siapa itu Nabi-Nabi?, PTS Litera Utama : Kuala Lumpur, hlm 3

8 At-Taubah : 115

Page 4: Aqidah

Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian

4

Ibnu Kathir berkata : Jelas sekali dalam ayat di atas bahawa Alla Ta’ala telah memberitahukan

kepada seluruh umat manusia tentang keadaan DiriNya sendiri yang Maha Mulia, Pengasih dan

Penyayang serta betapa keadilan hukumNya, Dia tidak akan menyatakan sesat sesuatu kaum itu

kecuali setelahdiutusnya Rasul untuk mereka itu yang menyampaikan apa-apa yang wajib

disampaikan sehingga dengan demikian itu, lalu tidak ada lagi alasan yang dapat mereka

kemukakan, jikalau sekiranya ada anggapan mereka yang salah seolah-olah Allah Ta’ala tidak

memberikan penerangan apa-apa kepada mereka itu.9

Secara keseluruhannya, jelas bahawa Allah ada mengutus Rasul kepada umat manusia untuk

menyampaikan apa yang Allah mahu mereka sampaikan kepada umat manusia.

3) Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam ugama

Kristian

Dewasa ini, banyak cerita-cerita dan isu-isu yang berbangkit yang menggambarkan keadaan

Nabi dan Rasul yang jauh menyeleweng daripada ajaran Islam. Berikut akan dibincangkan

kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian yang

membuatkan cerita dan isu yang menyeleweng timbul.

3.1) Nabi dan Rasul secara umum

Di dalam perjanjian lama, telah disebutkan sesuatu yang aneh dibaca mengenai para Rasul Allah

:10

Nuh menjadi petani, dialah yang mula-mula membuat kebun anggur. Setelah ia minum

anggur mabuklah ia, dan ia telanjang dalam khemahnya. Dan kerana Kanaan, anak

bungsunya itu melihat aurat ayahnya dan menceritakannya kepada saudara-saudaranya,

maka Nuh berdoa mengutuk anak bungsunya itu. “Terkutuklah Kanaan, hendaklah ia

menjadi hamba yang paling hina bagi saudara-maranya.”11

9 Tafsir Ibnu Kathir

10 Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur, hlm 32

11 Kejadian, 9:20-25

Page 5: Aqidah

Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian

5

Menurut petikan di atas, menggambarkan bahawa Nabi Nuh itu adalah seorang yang malas, tidak

bersemangat dan seorang yang ringan mulut untuk mengutuk walaupun kepada anak baginda

sendiri.

Adapun Nabi Luth (a.s) digambarkan oleh perjanjian lama sebagai seorang lelaki yang mabuk

akibat minuman khamar yang diberikan oleh kedua puterinya. Dalam keadaan mabuk, dia pun

menggauli kedua puterinya itu, sehingga membuahkan keturunan.12

Pada malam itu, mereka memberi ayahnya minum anggur, lalu masuklah yang lebih tua

untuk tidur dengan ayahnya ; dan ayahnya tidak mengetahui ketika anaknya itu tidur dan

ketika ia bangun. Hal demikian berulang pada malam berikutnya bersama puterinya

yang kecil13

Dilihat kepada petikan dari Al-Kitab di atas, menggambarkan bahawa Nabi Luth itu seorang

Nabi yang rendah martabatnya sehingga sanggup menggauli anak baginda. Mereka menyamakan

Nabi Luth serendah martabat kaum baginda yang bersifat songsang tersebut.

Selain daripada itu, Nabi Yahuza digambarkan dalam Al-Kitab sebagai melaksanakan kejahatan

yang keji dengan kedua-dua menanunya berturut-turut dengan menutup muka keduanya,

sehingga dia tidak tahu siapa pelaku kejahatan itu. Dari perbutan keji tersebut, lahirlah anak

kembar.14

Salah seorang daripada bernama Faris iaitu nenek Nabi Daud, Nabi Sulaiman dan

Yusuf An-Najar, suami Maria, ibu kepada Al-Masih.15

Perkara di atas adalah tidak berasas, kerana seorang Nabi bersifat ma’sum16

, mana mungkin

seorang Nabi itu melakukan seseuatu yang tidak bermoral, apatah lagi terhadap mahramnya

sendiri.

Hikmat kelahiran Al-Masih disebutkan dalam Injil Yohanes, umpamanya :17

12

Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur 13

Kejadian, 19:30-38 14

Ibid, 38 : 12-30 15

Matius, 1 : 1-16 16

Terpelihara daripada perbuatan dosa 17

Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur, hlm 15

Page 6: Aqidah

Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian

6

Kerana begitu besarkasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengurniakan

anakNya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepadaNya tidak binasa,

kecuali beroleh hidup yang kekal. Sebab Allah mengutus anakNua ke dunia bukan untuk

menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkan oleh Dia. Sesiapa yang percaya

kepadaNya tidak akan dihukum, bagi sesiapa yang tidak percaya ia telah berada di

bawah hukuman, sebab ia percaya dalam nama anak tunggal Allah”18

Menurut petikan di atas, orang Kristian berpegang bahawa Isa Al-Masih itu bersifat mendua,

separuh Tuhan dan separuh manusia. Tetapi sifat ketuhanan pada diri Al-Masih itu merujuk

kepada yang dia itu adalah anak tuhan dan kalimatnya terjadi sejak zaman azali lagi.19

Ini jelas telah jauh terseleweng. Nabi Isa sendiri dilahirkan tanpa bapa dan Allah itu tidak ada

anak seperti firman Allah Ta’ala,

Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan20

Jadi, mana mungkin Nabi Isa itu adalah anak kepada Allah sedang jelas bahawa Allah Ta’ala

tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Melalui dari kenyataan di atas, tidak hairanlah Nabi dan Rasul itu dilakonkan di kaca-kaca

televisyen melalui cerita-cerita terbitan orang Barat bahawa Nabi-Nabi dan Rasul mereka

bermabuk-mabukan dan mempunyai sikap yang kurang senonoh.

3.2) Nabi Muhammad

Pada tahun 1291, dua puluh tahun sebelum Dante menulis bukunya yang berjudul Divine

Comedy, kubu terakhir Perang Salib, iaitu Acre di Palestin, ditawan semula oleh umat Islam dan

tentera Perang Salib diusir dari wilayah itu. Imej mengenai peperangan itu amat jelas dalam

18

Yohanes, 3:16-18 19

Ibid, 1:1 20

Al-Ikhlas : 3

Page 7: Aqidah

Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian

7

fikiran Dante apabila beliau menggambarkan sesuatu yang buruk mengenai Nabi Muhammad

dalam nerakanya. Dante mengumpamakan Nabi Muhammad dan Ali, yang tubuh mereka

terpisah dari kepala hingga pinggang dengan lapan lingkaran neraka. Puisinya menggambarkan

Nabi Muhammad sebagai orang berdosa, yang mencarik-carik dadanya yang luka parah dengan

tangannya sendiri iaitu tanda simbolik yang menunjukkan beliau ialah ketua pelaknat yang

membawa perpecahan dalam agama. Bagi Dante, kejahatan Nabi Muhammad adalah

meyebarkan ‘agama palsu’ dengan menyampaikan wahyu suci dan mendakwa ia sebagai

menggantikan agama Kristian yang merupakan penipuan jahat hanya boleh menabur

pertelingkahan dalam dunia.21

Menurut perkara di atas, Nabi Muhammad itu digambarkan sebagai seorang yang menyebarkan

agama palsu. Bagi Dante tadi, agama Kristian adalah agama yang benar, dan agama yang dibawa

oleh Nabi Muhammad adalah agama palsu yang dibuat-buat untuk tujuan membuat

pertelingkahan di muka bumi. Kepercayaan ini tersebar di kalangan penganut Kristian sehingga

mereka menjauhi dari mendalami Islam da nisi yang ada di dalamnya.

4) Kepercayaan yang betul mengenai Nabi dan Rasul di ajaran Islam.

Berdasarkan kepada petikan-petikan daripada Al-Kitab tadi, tersebar kepercayaan yang salah

mengenai Nabi dan Rasul di kalangan orang-orang Kristian. Perkara ini perlu dibetulkan supaya

masyarakat tidak terus mempercayai cerita-cerita yang mereka lihat di kaca televisyen mengenai

kepercayaan yang salah ini. Oleh itu, berikut adalah kepercayaan yang betul mengenai Nabi dan

Rasul sepertimana disebutkan di dalam Al-Quran.

4.1) Nabi dan Rasul secara umum

Apabila kita bandingkan antara kisah Nabi Nuh dalam Al-Quran dan dalam Al-Kitab, maka kita

akan mendapati bahawa Al-Quran mengungkapkan kisah Nabi Nuh dan kaumnya dengan

ungkapan seperti dinyatakan dalam firman Allah,22

21

A.G Noorani (2007), Islam dan Jihad : Prasangka atau Kenyataan, ITBM : Malaysia. hlm 30 22

Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur, hlm 34

Page 8: Aqidah

Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian

8

"Wahai kaumku! sekiranya kedudukan Aku Dalam kalangan kamu, dan peringatan Yang

Aku berikan kepada kamu Dengan ayat-ayat keterangan Allah itu, menjadi keberatan

kepada kamu, maka (buatlah apa Yang kamu hendak buat, kerana) kepada Allah jualah

Aku berserah diri. oleh itu, Tetapkanlah keazaman kamu serta sekutu-sekutu kamu untuk

melakukan rancangan jahat kamu terhadapku; kemudian janganlah hendaknya

rancangan jahat kamu itu, kamu jalankan secara tersembunyi (tetapi biarlah terbuka);

sesudah itu bertindaklah terus terhadapku dan janganlah kamu tunggu-tunggu lagi.23

Ayat di atas menunjukkan bahawa betapa Nabi Nuh (AS) mempunyai azam yang kuat dan

keperibadian yang kukuh. Bersedia menanggung risiko apa pun dalam menjalankan perintah

Allah. Di samping itu, banginda bersegera beristighfar walaupun kesalahan yang baginda

lakukan itu berupa ungkapan doa yang keliru kerana didorong oleh perasaan ayah kepada anak.

Ini berbeza sekali dengan gambaran yang disebutkan di dalam Al-Kitab yang telah

diselewengkan tersebut.

Berbalik kepada kepercayaan mengenai Nabi Luth di dalam Al-Kitab pula, adapun Nabi Luth

mendapat julukan di dalam Al-Quran sebagai seorang Rasul yan mempunyai darjat utama atas

umat pada masanya.24

Firman Allah,

23

Yunus : 71 24

Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur, hlm 35

Page 9: Aqidah

Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian

9

Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Ismail, dan Alyasak dan Yunus, dan Lut;

dan mereka itu semuanya, Kami lebihkan darjat mereka atas umat-umat (yang ada pada

zamannya).25

Juga dijuluki sebagai seorang hamba yang soleh26

seperti firman Allah Ta’ala,

Dan kepada Nabi Lut, Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu; dan Kami

selamatkan Dia dari bandar Yang penduduknya selalu melakukan perkara-perkara Yang

keji; Sesungguhnya mereka itu adalah kaum jahat, Yang fasik, derhaka.27

Baginda juga disifatkan dengan seorang yang bersyukur28

seperti yang disebutkan di dalam Al-

Quran,

Sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang

bersyukur.29

Berdasarkan daripada ayat-ayat Al-Quran di atas, jelas bahawa dakwaan di dalam Al-Kitab

mengenai Nabi Luth adalah tidak releven sama sekali. Bagaimana mungkin seorang Nabi dan

Rasul yang mempunyai darjat yang tinggi di kalangan umat sezamannya, soleh dengan

mengerjakan semua suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya dan seorang yang selalu

bersyukur, membuat sesuatu yang dilarang oleh Islam.

25

Al-An’am : 86 26

Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur, hlm 35 27

Al-Anbiyaa’ : 74 28

Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur, hlm 35 29

Al-Qamar : 35

Page 10: Aqidah

Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian

10

4.2) Nabi Muhammad

Di dalam Al-Quran menjelaskan bahawa akan datang ke dunia, seorang Nabi dan Rasul yang

menjadi penutup sekalian Nabi, iaitu Nabi Muhammad. Di dalam surah As-Saf, ayat 6,

Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil,

Sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab Yang

diturunkan sebelumku, Iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira Dengan

kedatangan seorang Rasul Yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad".

maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan Yang jelas

nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir Yang jelas nyata!"30

Menurut ayat di atas, Nabi Isa yang diturunkan kepada Injil yang menjadi pegangan penganut

Kristian sendiri mengakui kebenaran kitab Taurat bahawa akan ada seorang Rasul selepas Nabi

Isa yang bernama Muhammad atau Ahmad.

Di dalam kitab Yesaya, bab 29 ayat 12 ada menyebutkan,

“Dan buku itu diserahkan kepadanya yang tidak belajar dengan berkata, “Baca ini, saya

berdoa kepadamu,” : dan dia berkata, “Saya tidak tahu,”31

Kisah ini bertepatan dengan kisah Nabi Muhammad SAW ketika pertama kali wahyu diturunkan

di Gua Hira, malaikat Jibril mendatangi baginda dan memerintahkan baginda untuk membaca,

seperti di dalam firman Allah di dalam surah Al-‘Alaq, ayat 1,

30

As-Saf : 6 31

Dr. Zakir abdul Karim Naik (2007), 10 Most Common Questions Asked by Christians About Islam, Saba Islamic

Media : Kuala Lumpur, hlm 29

Page 11: Aqidah

Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian

11

Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian

makhluk),32

Dengan perintah daripada malaikat Jibril itu, Nabi Muhammad menjawab, “Saya tidak tahu

membaca,”33

Dari perkara di atas, menunjukkan, ada terdapat di dalam Al-Kitab orang Kristian yang masih

menepati ajaran Islam, cuma mereka tidak mahu mengakuinya kerana menurut mereka, jika

mereka mengakui kerasulan Nabi Muhammad, mereka perlu mengikut semua yang dibawakan

oleh Nabi Muhammad. Mereka tidak mahu meninggalkan kehidupan mereka dalam keadaan

ajaran Kristian yang menyeleweng tersebut.

Allah Ta’ala memuliakan Nabi Muhammad dengan menjadikan bagina penutup segala Nabi dan

Rasul, menjadikan dakwah baginda sebagai risalah terakhir setelah syirik dan kufur merosakkan

akidah kaum-kaum Nabi yang terdahulu. Risalah baginda adalah penutup dan penghapus syari’at

yang sebelumnya.34

32

Al-‘Alaq : 1 33

Dr. Zakir abdul Karim Naik (2007), 10 Most Common Questions Asked by Christians About Islam, Saba Islamic

Media : Kuala Lumpur, hlm 29 34

Sami bin Abdullah Al-Maghluts (2014), Atlas Rasulullah SAW : Menelusuri Sejarah Hidup Manusia Paling

Agung, PTS Islamkika : Malaysia, hlm 402

Page 12: Aqidah

Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian

12

5) Penutup

Secara kesimpulannya, jelas di sini bahawa terdapat kepercayaan-kepercayaan yang salah di

dalam agama Kristian yang tersebar di kalangan penganutnya. Namun begitu, semua

kepercayaan tersebut telah dijawab dan dibidas oleh Islam dengan mendatangkan dalil-dalil Al-

Quran.

Oleh itu, adalah kewajipan kita untuk membetulkan kepercayaan yang salah tersebut semampu

kita, dan mestilah kita menguatkan keimanan dan ketaqwaan kita supaya kita sendiri tidak

termakan dan terhasut untuk mempercayai kepercayaan yang dibawa dalam agama Kristian yang

menyeleweng daripada ajaran Islam.

Page 13: Aqidah

Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian

13

Bibliografi

- Al-Quran

- A.G Noorani (2007), Islam dan Jihad : Prasangka atau Kenyataan, ITBM : Malaysia

- Dr. Fauzi Hamat (tahun 2, semester 1), Nota Perkuliahan Aqidah Islamiyyah 3

- Sami bin Abdullah Al-Maghluts (2014), Atlas Rasulullah SAW : Menelusuri Sejarah Hidup

Manusia Paling Agung, PTS Islamkika : Malaysia

- Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur

- Tafsir Ibnu Kathir

- Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali (2004), Siapa itu Nabi-Nabi?, PTS Litera Utama : Kuala

Lumpur

- Dr. Zakir abdul Karim Naik (2007), 10 Most Common Questions Asked by Christians About

Islam, Saba Islamic Media : Kuala Lumpur