aqidah sam’iyyat

Upload: ashura-izwani

Post on 10-Jan-2016

350 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Presentation pdf

TRANSCRIPT

AQIDAH SAMIYYAT HariAkhirat | Al-Mauqif |Al-Syafaah

Ashura Izwani Binti Ahmad Tadjudin (2012004004)Nabilah JaMALNurul hidayah binti mohammad rosejati (2012004036)Hapino izat binti zaabar (2012004012)Nurul atiqah afikah binti azmi(20144221

AQIDAH SAMIYYAT

HariAkhirat | Al-Mauqif |Al-SyafaahBermaksud: hari berlakunya kemusnahan terhadap segala alam dan makhluk, sepertti: langit, bumi, bulan, matahari akan hancur semuanya.HARI KIAMAT NAMA KIAMATNama kiamat sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Al-Quran:Al-QiyamahAl-SaahHari KebangkitanAkhirahYaum al-DinYaum al-HisabYaum al- FathYaum al- TalaqYaum al- JamYaum al- TaghabunYaum al- KhuludYaum al- KhurujYaum al-HasrahYaum al-TanadAl- AzifahAl-TamahAl-SakhahAl- HaqqahAl- GhasiyahAl- Waqiah

TANDA- TANDA KIAMATTANDA KECILPerutusan Nabi Muhammad atau Baginda dibangkitkan sebagai rasul akhir zaman.Orang yang miskin dan tidak berharta, menjadi kaya dan berlumab-lumba membina brumah yang besar dan bangunan yang tinggi.Ramai anak-anak yang derhaka kepada ibubapa mereka. Sehingga tahap yang lebih teruk ibu bapa yang takut kepada anak-anaknya.Berlaku peperangan dan bunuh-membunuh sesama manusia.Berlakunya gempa bumi dan berlaku di merata-rata tempat.

TANDA BESAR

Matahari Terbit Sebelah BaratSemua manusia mula beriman, tetapi segala taubat tidak di terima oleh Allah SWT.Keluar Binatang Sejenis haiwan yang mempunyai ruh samada jantan atau betina, berakal atau tidak berakal.Lahir Imam MahadiMenguasai muka bumi ini dengan pemerintahan yang adil.waktu itu terhapusnya kezaliman dan dapat melaksanakan undang-undang islam.

LAHIR DAJJALDajjal ialah makhluk Allah yang di tangguhkan umurnya sehingga hari akhirat.Di kenali sebagai al-Masih al-Dajjal kerana matanya juling atau buta sebelah.Dajjal muncul mengakui dirinya tuhan dan berusaha membuat fitnah kepada sesiapa sahaja yang beriman.TURUN NABI ISA Bertindak membunuh dajjal yang pendusta.Membawa dan memberi hukuman atau menjalankan hukuman secara adil.Menghancurkan salib. Membunuh khinzir.Hadis menjelaskan bahawa Nabi Isa akan berada di bumi selama 7 Tahun.YAJUJ DAN MAJUJ Ia merupakan antara tanda hampir berlakunya kiamat. Keluarnya yajuj dan majuj ada kaitan rapat dengan : keluarnya dajjal, turunnya nabi isa dan imam mahdi.

HIKMAH BERIMAN DENGAN HARI AKHIRATMenyedarkan manusia dan menginsafkan mereka supaya sentiasa bertakwa kepada Allah juga beramal soleh sepenuhnya dalam semua keadaan.Melakukan amal kebajikan dan kebaikan, sekaligus menjauhi segala kemunkaran dan keburukan.

DALIL BERLAKU KIAMATBeriman dengan hari kiamat merangkumi: kebangkitan, hisab, mizan, syurga dan neraka. Kiamat berlaku ketika manusia dalam keadaan leka, lalai serta tidak bersedia. Sesungguhnya kiamat hebat dan dashyat, sebagaimana yang di sifatkan dalm al-Quran:TERJEMAHAN: (huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada mu melainkan secara mengejut. (surah al Araf 7: 187)hari kiamat pasti tiba, namun semua makhluk, termasuk baginda saw serta jin, iblis juga malaikat tidak mengetahui bila tempoh dan ketikanya.Mauqif secara bahasa bererti tempat berhenti,Manusia akan di bangkitkan dari kuburnya pada hari kiamat dialam yang benama mahsyar.Alam ini tidak berlantai tanah melainkan bagai perak yang berkilau dan matahari diatas kepala hanya berjarak 7 hasta saja dan disana tidak ada pohon atau tempat untuk berteduhAl-MauqifMauqif berasal dari kata waqafa mauqif yang ertinya berdiri atau menetap serta berhenti.

Mauqif bermaksud tempat pemberhentian sementara untuk mengetahui nasib seseorang.Padang Mahsyar/ Mahsyar dalam Islam adalah tanah berpasir putih yang sangat luas dan datar, dimana tidak terlihat dataran rendah mahupun tinggi di akhirat. Di Padang Mahsyar inilah semua makhluk Allah yang berada di tujuh lapis langit dan bumi termasuk malaikat, jin, manusia, binatang berkumpul dan bersesak-sesakkan. Setiap manusia pada hari pengadilan akan hadir di Padang Mahsyar, diiringi oleh dua malaikat, yang satu sebagai pengiringnya dan yang satu lagi sebagai saksi atas segala perbuatannya di dunia. Manusia yang pertama kali dibangkitkan oleh Allah adalahNabi Muhammad S.A.W. Hari-hari di Padang Mahsyar itu disebut sebagai Yawm a'l-Mahsyar ..Setelah manusia mendapat syafaat dari Nabi kita di padang Mahsyar, kemudian di giring ke mauqiful Dhulmah, ertinya tempat pemberhentian yang gelap gelita. Di ditu lamanya seribu tahun. Akan tetapi bagi orang yang beriman hanya satu jam sahaja waktunya.

Kemudian digiring ke mauqiful hisab melalui sepuluh tabir. Di tiap-tiap tabir dijaga banyak malaikat yang bertugas bertanyakan hal-hal yang beikut:

- Ditanya tentang solat lima waktu dan zakat,- Ditanya tentang menurutkan hawa nafsunya.- Ditanya tentang memelihara kedua orang tuanya.- Ditanya tentang memelihara anak-anak dan orang-orang yang dipeliharanya.- Ditanya tentang pelayanan. Misalnya pembantu rumah tangga kepada tuannya, buruh kepada majikannya. Orang yang dipimpin kepada pemimpinnya. Anak kepada orang tuanya. Wanita kepada suaminya. Kesemuanya menurut ajaran agama Islam.- Ditanya tentang silaturrahim, menjenguk keluarga.- Ditanya tentang berjiran dan memikirkan keluarga.- Ditanya tentang benci-membenci dan permusuhan.- Ditanya tentang amar makruf nahi munkar.- Ditanya tentang mengumpat, mengadu-domba, dendam kesumat dan prasangka buruk.Apabila manusia betul jawabnya, maka ia melalui tabir masing-masing satu jam sahaja. Akan tetapi jika tidak dapat menjawab atau jawapannya salah, orang itu pada tabir masing-masing lamanya seribu tahun.Al-SyafaahPada hari manusia dikumpulkan di padang Mahsyar, setiap manusia akan mencari-cari syafaat dan syafaat Nabi Muhammad SAW diterima oleh Allah SWT untuk menyelsaikan urusan mereka yang perit di padang Mahsyar dan meneruskan pengiraan (hisab).Siapakah yang akan menolong di sisiNya melainkan dengan izinNya.(Al-Baqarah : 255)

SyafaatSegi bahasa : Cara dan tuntutan.Segi istilah : Permohonan seseorang untuk mendapatkan kebaikan daripada orang lain kepada orang lain.

- Menerima syafaat atau memberikan pengampunan adalah hak Allah SWT.- Syafaat kadangkala dibangsakan kepada Nabi Muhammad SAW dan dikhaskan dengannya.- Syafaat ini adalah syafaat terbesar, Assyafa alul uzma.SyaafiOrang yang menuntut kebajikan dari selain dirinya untuk orang lain dengan dirinya.

MusyaffaOrang yang menerima syafaat.

3 Keistimewaan Baginda Rasulullah SAW:Orang yang pertama memberi syafaat.Orang yang pertama menerima syafaat.Syafaat baginda yang pertama diterima.

Jenis-Jenis SyafaatSyafaat terbesar uzhma.Syafaat dari Nabi Muhammad SAW untuk mendapat keizinan Allah supaya ada puak dari golongan umatnya yang masuk ke syurga tanpa dihisab.Syafaat baginda untuk meminta izin Allah supaya sebahagian ummatnya dinaikkan darjat mereka di dalam syurga. Syafaat seperti ini adakalanya datang dari nabi-nabi lain untuk umat mereka atau dari orang-orang soleh.4. Syafaat yang diperolehi oleh mereka yang tidak sempat bertaubat setelah melakukan dosa besar, di mana dengan syafaat itu mereka terlepas dari seksa neraka atau dikeluarkan daripada neraka.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.(An-Nisa : 48)

Syafaat itu tidaklah terbatas kepada para Nabi sahaja, tetapi ada syafaat pada wali-wali, orang-orang soleh, para ulama dan para syuhada.Sekian, terima kasih.