tugasan agama : aqidah

43
ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Isi Kandungan 1 2 Pengenalan 2 3 Pendahuluan 3 4 Konsep Akidah dan Hubungannya Dengan Ad-Din 4 5 Dalil Aqli dan Naqli Berkaitan Aqidah 16 6 Ajaran-ajaran Sesat Yang Terdapat Di Malaysia 20 7 Kesimpulan 32 8 Bibliografi 33 1

Upload: azlan-hafiz

Post on 19-Jan-2016

121 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Tugasan agama

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Agama : Aqidah

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Isi Kandungan 1

2 Pengenalan 2

3 Pendahuluan 3

4 Konsep Akidah dan Hubungannya Dengan Ad-Din 4

5 Dalil Aqli dan Naqli Berkaitan Aqidah 16

6 Ajaran-ajaran Sesat Yang Terdapat Di Malaysia 20

7 Kesimpulan 32

8 Bibliografi 33

1

Page 2: Tugasan Agama : Aqidah

PENGENALAN.

Islam merupakan agama yang mudah difahami oleh semua lapisan masyakat. Selain itu

juga,agama islam merupakan agama yang tidak memaksa penganutnya. Aqidah islam

merupakan perkara yang wajib diketahui dan difahami secara mendalam oleh umat

islam. Selain itu juga mereka seharusnya mempercayai akidah islam tapa sebarang

syak atau ragu-ragu.untuk mempelajari tentang akidah islam secara mendalam, kita

boleh merujuk sumber-sumber seperti Al-quran,Al-hadith dan kitab-kitab

agama.penyelewengan terhadap ilmu akidah menyebabkan penerangan terhadap ilmu

akidah menjadi sedikit rumit kerana segelintir masyarakat telah mengalami

pemesongan akidah yang serius.

Definisi akidah adalah perkara yang wajib diakui dengan hati dan jiwa tanpa sebarang

syak wasangka. Akidah merupakan perkara teras dalam agama islam. Tanpa akidah

yang kukuh, umat islam akan hanyut dari landasan yang benar. Akidah terdiri dari dua

iaitu akidah suci dan akidah fasad. Akidah suci merupakan akidah yang diturunkan oleh

Allah manakala akidah fasad adalah akidah yang telah diselewengkan. Kepentingan

akidah kepada umat islam adalah sebagai pendorong agar melakukan perkara yang

baik disisi Allah yang esa. Umat islam yang tidak takut terhadap balasan tuhan akan

dimasukkan kedalam nereka. Amalan yang dilakukan bukan kerana Allah tidak akan

diterima pahala amalan tersebut dan ianya menjadi sia-sia belaka.

2

Page 3: Tugasan Agama : Aqidah

PENDAHULUAN

Sesungguhnya agama Islam mempunyai matlamat yang tinggi iaitu melahirkan Muslim

yang Mukmin dan bukannya Muslim yang Islam atas nama sahaja. Setiap Muslim

sudah maklum bahawa aqidah Islam itu wajib dipegang, dipupuk dan dikembang demi

memperoleh iman yang mantap lagi mapan. Namun begitu, ada segelintir masyarakat

kita yang menyalahertikan maksud aqidah. Pada mereka, apa jua aqidah yang

dipegang adalah betul dan boleh digunapakai sehingga akhir nyawa. Natijahnya, ramai

masyarakat kita pada hari ini hidup dalam keadaan yang jauh terpesong dari Allah

kerana menyangkakan mereka sudah berpegang pada aqidah yang betul.

3

Page 4: Tugasan Agama : Aqidah

KONSEP AQIDAH

1. Pengertian Aqidah:

Segi bahasa : Kepercayaan yang kukuh dalam hati.

Segi Istilah : Kepercayaan dan keyakinan yang mantap

Tentang kewujudan Allah serta sifat-sifat

kesempurnaannya berdasarkan dalil Naqli dan Aqli.

2. Ciri-ciri Aqidah yang betul dan Aqidah yang salah

Aqidah yang Betul Aqidah yang Salah

Apakah Aqidah yang betul ?

Aqidah yang betul ialah : Kepercayaan yang betul berlandaskan dalil al-Quran dan Sunnah

Apakah ciri-ciri Aqidah yg betul ?

1-Kepercayaan yang teguh terhadap

kewujudan, keesaan dan kekuasaan

Allah

2-Tidak menyekutukan Allah dgn sesuatu

Apakah Aqidah yang salah ?

Aqidah yang salah ialah : Kepercayaan yang bercanggah dengan dalil Al-Quran dan Sunnah.

Apakah ciri-ciri Aqidah yg salah ?

1-Menafikan kewujudan, keesaan dan

kekuasaan Allah

2-Melakukan perbuatan yang

mensyirikkan Allah

3. Mengamalkan kepercayaan yang

bertentangan dengan al-Quran dan

4

Page 5: Tugasan Agama : Aqidah

3-Kepercayaan dan keyakinan yang

berlandaskan al-Quran dan Sunnah

Sunnah

3. Apakah Tujuan mempelajari ilmu Aqidah :

1. Memantapkan keyakinan dalam hati tentang kewujudan Allah

2. Dapat mengenal pasti aqidah yang betul & salah / sesat

3. Untuk mempertahan aqidah drpd diresapi ajaran yang menyeleweng

4. Menjaga iman supaya tetap & selamat di dunia dan di akhirat

5. Mendidik umai Islam mengenai akhlak & pekerti yang mulia

4. Aqidah berdasarkan 'Alam Syahadah'.

Alam Syahadah ialah : Setiap kejadian alam yang dapat dilihat,

diperhati dan dikaji oleh pancaindera, seperti :

pokok, matahari, bula yang menjadi

bukti kewujudan dan kekuasaan Allah

5.Apakah Hubungan Aqidah dengan Syariat ?

AQIDAH : Ialah kepercayaan dlm hati tentang kewujudan Allah,

Malaikat. Kitab, Rasul , Hari Akhirat serta Qada' dan Qadar

SYARIAT: Ialah peraturan dan hukum-hukum yang telah ditentukan

oleh Allah sama ada perkara yang berkaitan dengan

suruhan atau tegahan

5

Page 6: Tugasan Agama : Aqidah

HUBUNGAN ANTARA AQIDAH & SYARIAT :

Merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seseorang mukmin. Jika diabaikan salah satu daripadanya tidak sempurna / pincang / rosak lah iman seseorang

Syariat adalah pelengkap kepada akidah - Akidah umat Islam dapat dinilai melalui ucapan, kelakuan & amalan tentang syariat

Elemen penting akidah & syariat :

AKIDAH SYARIAT

1. Kepercayaan kepada Allah

1. Taat laksanakan perintah Allah

2. Kepercayaan kepada Malaikat

2. Melakukan kebaikan & meninggalkan kejahatan

& kemungkaran

3. Kepercayaan kepada Rasul

3. Mengamalkan sunah Rasulullah s.a.w.

4. Kepercayaan kepada Kitab

4. Melaksanakan hokum & menunaikan ibadat

khusus

5. Kepercayaan kepada

Qada' & Qadar

5. Berusaha untuk kebaikan di dunia & di akhirat

6

Page 7: Tugasan Agama : Aqidah

Konsep akidah

Akidah berasal daripada perkataan Arab iaitu “aqada” yang bererti mengikat atau

menyimpul. Menurut Hasan al-Banna, akidah ialah hal yang berhubung dengan

kepercayaan dan keyakinan dalam hati yang akan mendorong hati dan jiwa berasa

tenang, tidak bimbang dan bersih daripada prasangka. Akidah mampu melahirkan

keyakinan yang kuat dan teguh dalam menghayati seluruh aspek kehidupan dan amal

ibadat kepada Zat Yang Maha Berkuasa.Akidah merupakan pokok dan di atasnya

berdiri syariah Islam sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah

membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti

pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya

(menjulang) ke langit, pohon itu memberi buahnya

pada setiap musim dengan izin Tuhan-Nya. Allah

membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk

manusia supaya mereka selalu ingat.

(Surah Ibrahim: 24 – 25)

Asas akidah Islamiyyah ialah tauhid kepada Allah s.w.t. Tauhid ialah inti daripada Islam

itu sendiri. Malah, sebahagian isi al-Qur’an membicarakan tentang tauhid, baik dalam

ayat-ayat yang mengandungi cerita, berita tentang Allah serta sifat-sifat-Nya dan juga di

dalam ayat-ayat yang menerangkan makhluk dan perbuatannya.

Bersumberkan daripada tauhid ini, lahirlah cabang-cabang lain yang berupa peraturan-

peraturan yang mengatur hubungan sesama manusia, dan manusia dengan Tuhannya.

Dalam semua bentuk peraturan ini, tujuan utamanya adalah untuk memperkuatkan

serta menanam ketauhidan terhadap Allah s.w.t. ke dalam hati setiap orang yang

7

Page 8: Tugasan Agama : Aqidah

beriman. Tauhid kepada Allah s.w.t. dapat dibahagikan kepada tiga:

Tauhid rububiyyah

Tauhid rububiyyah bermakna mengakui bahawa Allah s.w.t. adalah pencipta bagi

segala sesuatu dan tiada dua pencipta yang sebanding-Nya pada sifat dan perbuatan.

Seterusnya, anda harus tahu bahawa tauhid rububiyyah bererti beriktikad bahawa Allah

s.w.t. ialah Tuhan yang menciptakan alam, mentadbir, memiliki-Nya, memberi rezeki

makhluk-makhluk, segala-galanya di bawah pengetahuan, kehendak dan

kebijaksanaan-Nya yang tidak terhingga.

Maksud sebenar tauhid rububiyyah telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Qur’an

yang bermaksud:

Apakah kamu tidak memerhatikan orang yang

membantah Ibrahim tentang Tuhannya (Rab) kerana

Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan

(kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: Tuhanku

yang menghidupkan dan mematikan. Orang itu berkata:

Aku dapat menghidupkan dan mematikan. Ibrahim

berkata: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari

dari timur, maka terbitkanlah ia dari barat, lalu

terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi

8

Page 9: Tugasan Agama : Aqidah

petunjuk kepada orang yang zalim.

(Surah al-Baqarah: 258)

Ayat di atas merupakan bukti jelas bahawa naluri manusia ialah untuk mengenali dan

mengakui rububiyyah Allah. Malah, manusia sendiri mengakui dan akur terhadap

rububiyyah Allah seperti yang terdapat di dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada

mereka: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?

Tentu mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah:

Segala puji bagi Allah tetapi kebanyakan manusia tidak

mengetahui.

(Surah Luqman: 25)

Oleh sebab fitrah inilah, walau sejauh mana sekalipun seseorang itu melafazkan

keingkarannya terhadap rububiyyah Allah, namun ketika dalam keadaan yang tersepit

dia tetap akan kembali merayu kepada Allah s.w.t. Lihatlah keadaan manusia yang

ditimpa masalah kerana pada ketika itu kita akan nampak kesan dalaman apabila

mereka mula mencari-cari Allah s.w.t. sebagai Penolong yang sebenar.

Sebenarnya, kemampuan memahami wujudnya Allah, Yang Maha Pencipta, sudah

secara fitrah dibekalkan ke dalam naluri manusia. Persoalannya, sama ada fitrah ini

dipupuk, diseleweng atau dibanteras. Sekiranya naluri atau fitrah ini dipupuk, dididik

dan dipertingkatkan, natijahnya akan terpancarlah satu keyakinan yang bulat bahawa

Allah s.w.t. sahajalah sumber yang mencipta dan yang berhak menerima pengabdian

yang sepenuhnya.

9

Page 10: Tugasan Agama : Aqidah

Tauhid uluhiyyah

Beriman kepada tauhid uluhiyyah Allah bererti beriktiqad bahawa hanya Allah s.w.t.

sahaja yang berhak dan patut disembah, dicintai dan dipatuhi. Ini bererti meletakkan

seluruh percakapan, perbuatan dan tingkah laku atas petunjuk dan perintah Allah

semata-mata dan berkeyakinan bahawa hanya Allah s.w.t. sahaja yang berhak

membuat hukum dan peraturan bagi seluruh makhluk yang dicipta-Nya.

Beriman kepada tauhid uluhiyyah bermaksud menolak segala-galanya selain Allah dan

mengakui serta menghayati sepenuhnya kalimah La ilaha illallah. Maka atas sebab

Tauhid Uluhiyyah inilah, maka Allah s.w.t. telah mengutuskan para rasul-Nya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan tiada Kami mengutus seorang rasul sebelum kamu

melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya

tidah ada ilah melainkan Aku, maka sembahlah olehmu

akan Aku.

(Surah al-Anbiya’: 25)

Dari sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada

tiap-tiap umat (untuk menyerukan):Sembahlah Allah

dan jauhilah taghut.

(Surah al-Nahl: 36)

Sepatutnya tauhid rububiyyah melahirkan keimanan kepada tauhid uluhiyyah. Kedua-

dua tauhid rububiyyah dan tauhid uluhiyyah adalah asas kepada keimanan. lni adalah

kerana keyakinan yang teguh terhadap tauhid Allah menjadi satu simpulan yang kukuh

dalam jiwa seseorang. Simpulan yang kukuh inilah yang dinamakan iman.

10

Page 11: Tugasan Agama : Aqidah

 

Tauhid asma’ dan sifat

Tauhid asma’ dan sifat ialah mempercayai nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya yang

agung mengikut apa yang disifatkan oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Dalil-dalil

Tauhid Asma’ dan Sifat dapat dikesan di dalam al-Qur’an dan Sunnah.

Antara lain, firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama Allah

atau nama ‘Ar-Rahman yang mana sahaja kamu

serukan (daripada kedua-dua nama itu adalah baik

belaka), kerana Allah mempunyai banyak nama serta

mulia.

(Surah al-Israa: 110)

Tauhid rububiyyah, tauhid uluhiyyah dan tauhid asma’ dan sifat menjadi asas keimanan

kerana ketiga-tiganya menetapkan beberapa asas utama dalam menentukan kehidupan

manusia di atas dunia ini iaitu hidup untuk tujuan beribadat hanya kepada Allah,

menurut segala kepatuhan dan ketaatan yang datang daripada Allah, membina

kehidupan di dunia menurut peraturan-peraturan Allah dan menegakkan masyarakat

manusia berlandaskan tauhid kepada Allah s.w.t. Pendek kata, tauhid rububiyyah,

tauhid uluhiyyah dan tauhid asma’ dan sifat perlu diimani dan diamalkan serentak demi

memastikan keimanan yang jati terhadap Allah s.w.t.

11

Page 12: Tugasan Agama : Aqidah

Ciri-ciri Akidah

1. Percaya kepada Allah, malaikat, malaikat Nya, rasul rasulNya, kitab kitab Nya,

hari akhirat, qadha’  dan qadar yang menjadi rukun iman.

2. Aqidah yang berlandaskan dalil dalil syariah dari al Quran dan al Sunnah yang

menjadi asas agama Islam.

3. Amal ibadat seseorang itu hanya sah dan terima Allah adalah ibadat yang terbit

dan datang dari aqidah yang sahih.

4. Amal ibadat yang bukan terbit dari aqidah yang sahih adalah sia sia sahaja, iaitu

tidak mendapat apa apa balasan daripada Allah.

5. Ciri ciri aqidah yang sahih ialah mentauhidkan Allah, iaitu mengiktikadkan

dengan iktikad yang pasti dan tetap, Allah Taala itu Maha Esa dan tidak ada yang

berhak disembah selain daripada Allah.

6. Sesuatu amalan dan ibadat yang diterima Allah ialah amalan dan ibadat yang

dikerjakan semata mata kerana Allah secara khudhu,

rughbah,ruhbah,hunnulillah,tazallul, dan ikhlas.

7. Ciri ciri aqidah yang sahih juga tidak bertolak ansur dalam penghayatan aqidah

yang berlandaskan al Quran dan al Sunnah supaya orang orang yang beriman dan

Islam tetap di atas dasar tauhid.

8. Sikap tidak bertolak ansur dalam penghayatan aqidah yang sahih merupakan

suatu ketegasan dalam mempertahankan agama Islam dan aqidah sahih itu.

9. Rasulullah SAW dengan kekuatan aqidahnya secara berterus terang dan berani

menentang dan menolak cadangan kafir Quraisy dan kaum Musyrikin yang mengajak

Baginda menyembah berhala mereka.

10. Aqidah yang sahih adalah aqidah yang berlandaskan “al Quran dan al Sunnah”

uang diistilahkan “aqidah ahli al sunnah wal jamaah”  iaitu iktikad yang mengikut iktikad

Nabi Muhammad SAW dan kumpulan orang ramai.

Aqidah Islam mengandungi ciri-ciri atau rukun-rukunnya yang asas. Ciri-ciri tersebut

dapat disimpulkan kepada tiga:

12

Page 13: Tugasan Agama : Aqidah

1.      Ma ‘rifahtullah (Mengenali Allah)

Mengenali dan mengetahui serta beriman dengan Allah s.w.t, nama-nama Nya yang

mulia serta sifat-sifat Nya yang suci dari segala kekurangan. Antara cara untuk kita

meningkatkan keimanan terhadap Allah ialah dengan memerhatikan bukti-bukti yang

adadi alam ini.

2.      Ma‘rifatur Rasul ( Mengenali Kerasulan)

Mengenali dan mempercayai rasul-rasul yang dipilih oleh Allah untuk menenima wahyu

dan menyampaikan syariat Nya serta menjadi pembimbing dan memimpin seluruh

makhluk menuju kepada jalan yang hak dan agama Allah yang sebenar, iaitu agama

Islam.

3.     Ma‘rifahtul Ba‘thi ( Mengenali Hari Kebangkitan)

Mengetahui dan mempercayai tetang Hari Kebangkitan iaitu hari di mana manusia

dibangunkan dari kubur masing-masing (dihidupkan sesudah mati), dikumpulkan dan

dihisab segala amalan adanya sirat al-mustaqim, syurga dan neraka.

Kedudukan Akidah dalam Islam

13

Page 14: Tugasan Agama : Aqidah

-          Islam adalah merangkumi akidah dan syariah. Akidah adalah sebahagian

daripada islam, bahkan tanpa salah satu daripada keduanya akan pincanglah

status seseorang itu dan tidak layak bergelar muslim yang sempurna

-          Akidah merangkumi segala amalan yang berbentuk kepercayaan yang

bersemi di dalam hati dengan yakin dan benar tentang wujudnya Allah, para

Rasul, Kitab, Malaikat, Hari Akhirat serta Qada’ dan Qadar.

-          Ciri yang paling penting dalam akidah ialah Iman. Iman mempunyai

hubungan yang rapat dengan Islam dan kedua-duanya sering digandingkan

bersama untuk memenuhi Islam seseorang.

-          Dalam ajaran Islam, aqidah memiliki kedudukan yang sangat penting.

Ibarat suatu bangunan, aqidah adalah pasaknya, sedangkan ajaran Islam

yang lain, seperti ibadah dan akhlak, adalah sesuatu yang dibangun di

atasnya. Rumah yang dibangun tanpa pasak adalah suatu bangunan yang

sangat rapuh.

-         aqidah yang benar merupakan landasan (asas) bagi tegak agama (din)

dan diterimanya suatu amal. Allah swt berfirman,

�ح�د�ا أ ه� ب ر� �اد�ة� �ع�ب ب ر�ك� �ش� �ي و�ال ا �ح� ص�ال � ع�م�ال �ع�م�ل� �ي ف�ل ه� ب ر� �ق�آء� ل ج�وا �ر� ي �ان� ك .ف�م�ن�

Artinya: “Maka barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya (di

akhirat), maka hendaklah ia beramal shalih dan tidak menyekutukan seorang

pun dalam beribadah kepada Tuhannya.” (Q.S. al-Kahfi: 110)

Allah swt juga berfirman,

14

Page 15: Tugasan Agama : Aqidah

ر�ين� �خ�اس� ال من� �ن. �ون �ك �ت و�ل ع�م�ل�ك� �ط�ن. ب �ح� �ي ل �ت� ك ر� �ش� أ �ن� �ئ ل �ل�ك� ق�ب م�ن .ذ�ين� ال �ل�ى و�إ �ك� �ي �ل إ �وح�ى� أ �ق�د� .و�ل

Artinya: “Dan sungguh telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi

sebelummu, bahwa jika engkau betul-betul melakukan kesyirikan, maka sungguh

amalmu akan hancur, dan kamu benar-benar akan termasuk orang-orang yang

merugi.” (Q.S. az-Zumar: 65)

-          Mengingat pentingnya kedudukan aqidah di atas, maka para Nabi dan

Rasul mendahulukan dakwah dan pengajaran Islam dari aspek aqidah,

sebelum aspek yang lainnya. Rasulullah saw berdakwah dan mengajarkan

Islam pertama kali di kota Makkah dengan menanamkan nilai-nilai aqidah

atau keimanan,

2. Dalil Naqli Dan Aqli Berkaitan Dengan Aqidah

15

Page 16: Tugasan Agama : Aqidah

Penentuan dalil sama ada dalil naqli atau sesuatu itu dalil aqli ialah fakta dari

permasalahan yang ditunjukkan untuk diimani. Apabila permasalahan tersebut adalah

fakta yang boleh dilihat oleh pancaindera maka ianya adalah dalil aqli bukan naqli. 

Namun jika permasalahannya tidak dapat dilihat atau ianya melibatkan pancaindera

maka ianya adalah dalil naqli. Dalil naqlidigolongkan sebagai dalil yang layak untuk

diimani tergantung pada dalil aqli dalam menetapkannya sebagai dalil. Antara

contohnya ialah:

1.      Allah s.w.t: Orang yang mendalami perkara yang dituntut akidah Islam untuk

diimani akan menjumpai bahawa iman kepada Allah itu wujud dan dalilnya

adalah aqli.Alasannya, perkara tersebut iaitu adanya Al-khaliq (maha pencipta) bagi

segala yang ada yang mana ianya dapat dilihat dengan pancaindera.

2.      Malaikat : Iman terhadap adanya malaikat-malaikat dalilnya adalah naqli.

Alasannya kewujudan para malaikat itu tidak dapat dijangkau atau dilihat dengan

pancaindera. Malaikat tidak boleh dilihat zatnya dan tidak boleh dijangkau dengan apa

pun yang menunjukkan kewujudannya.

3.      Kitab-kitab : Iman terhadap kitab-kitab Allah dapat dihuraikan seperti berikut. Jika

maksudnya adalah iman terhadap Al-Quran maka dalilnya adalah aqli, kerana Al-Quran

dapat dilihat oleh pancaindera. Demikian pula kemukjizatan Al-Quran yang dapat dilihat

oleh pancaindera sepanjang zaman. Tetapi jika yang dimaksud adalah iman terhadap

kitab-kitab selain Al-Quran, seperti Taurat, Injil,Zabur, maka dalilnya adalah naqli.

Alasannya bahawa kitab-kitab ini adalah dari sisi Allah tidak dapat dilihat kewujudannya

sepanjang zaman. Kitab-kitab tersebut adalah dari sisi allah dan dapat dilihat

kewujudannya tatkala ada Rasul yang membawanya sebagai mukjizat.

Kemukjizatannya berhenti saat waktunya berakhir. Jadi, mukjizat tersebut tidak dapat

dilihat oleh orang-orang kini mahupun selepasnya. Namun apabila sampai kepada kita,

ada yang mengatakan bahawa kitab tersebut berasal dari Allah dan diturunkan kepada

Rasul. Oleh kerana itu, dalilnya adalah naqli bukan aqli kerana akal di setiap zaman

tidak dapat menjangkau bahawa kitab itu adalah kalam Allah dan akal tidak mampu

melihat kemukjizatannya.

16

Page 17: Tugasan Agama : Aqidah

4.      Rasul-rasul: Begitu pula haknya iman terhadap para Rasul. Iman terhadap Rasul

Nabi Muhammad s.a.w dalilnya adalah aqli, kerana pengetahuan akan Al-Quran

sebagaikalam Allah dan ia dibawa oleh Rasul iaitu Rasulullulah adalah sesuatu yang

dapat dilihat. Dengan melihat Al-Quran dapat diketahui bahawa Muhammad itu adalah

Rasululllah. Hal itu dapat dijumpai sepanjang zaman dan setiap generasi. Sedangkan

iman terhadap para Nabi dalilnya adalah naqli, kerana dalil iaitu bukti kenabian para

Nabi iaitu mukjizat-mukjizat mereka tidak dapat dilihat kecuali oleh orang-orang

sezaman dengan mereka. Bagi orang-orang yang datang selepas mereka sehingga kini

bahkan sampai kiamat pun mereka tidak menjumpai mukjizat tersebut. Namun

seseorang pum tidak ada bukti yang dapat dilihat atas kenabiannya. Oleh kerana itu,

bukti atas kenabiannya bukan dengan dalil aqli tetapi dengan dalil naqli kecuali atas

kenabian Nabi Muhammad s.a.w merupakan mukjizat beliau yang dapat dilihat iaitu Al-

Quran. Maka dalilnya adalah aqli.

5.      Hari kiamat: Dalil hari kiamat adalah naqli, kerana hari kiamat tidak dapat dilihat,

malahan pula tiada satu pun perkara yang dapat dilihat yang menunjukkan tentang hari

kiamat. Dengan demikian tidak terdapat satu pun dalil aqli, untuk hari kiamat. Maka

dalilnya adalah dalil naqli.

6.      Qada’ dan Qadar: Dalilnya ialah dalil aqli, kerana qada’ adalah perbuatan

manusia yang dilakukannya atau yang menimpanya. Ia adalah sesuatu yang dapat

dilihat, maka dalilnya adalah aqli. Manakala qadar pula ialah khasiat sesuatu yang

dimunculkan oleh manusia seperti kemampuan membakar yang ada pada api,

kemampuan memotong yang ada pada pisau, dan sebagainya. Khasiat ini adalah

sesuatu yang daapat dilihat, maka dalil untuk perkara qadar adalah aqli.

Contoh-contoh penggunaan Naqli dan Aqli.

17

Page 18: Tugasan Agama : Aqidah

1.      Contoh penggunaan naqli dan aqli dalam bidang Ilmu Tauhid yang ada kaitannya

dengan iman kepada kitab-kitab Allah.

a.      Dalil naqli: “Dan mereka yang beriman kepada kitab(Al-Quran) yang telah

diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka

yakin akan adanya (kehidupan) akhirat”

b.      Hadis Nabi: “Beritahukan aku tentang iman. Lalu baginda bersabda: “engkau

beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitaNya, rasul-rasulNya dan hari

akhirat dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun buruk”

2.      Contoh penggunaan naqli dan aqli dalam bidang fiqih, yang ada kaitannya dengan

larangan nikah mut’ah.

a.      Dalil naqli: “Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadapisteri-

isteri mereka atau budak yang mereka miliki”.

b.      Hadis Nabi: “Diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawasanya Rasulullah s.a.w telah

mengharamkan mut’ah, maka ia bersabda . “Wahai manusia sesungghnya dahulu aku

mengizinkan kalian bermut’ah,(tetapi mulai sekarang)tidaklah begitu sesungguhnya

Allah tlah mengharamkannya sampai kiamat”. Ertinya: “Diriwayatkan oleh Malik dari Az-

Zahri dengansanadnya dari Ali Karamallahuwajhah bahawasanya Rasulullah s.a.w

telah melarang menikahi wanita secara mut’ah.

Dalil aqli: Sesungguhnya nikah mut’ah itu tidak dimaksudkan untuk apa-apa kecuali

hanya unutk memenuhi syahwat, tidak pula dimaksudkan untuk beranak cucu,

memelihara anak-anak yang semua itu merupakan maksud dari pernikahan,

makamut’ah itu mirip dengan zina dari segi maksud untuk memenuhi syahwat saja dan

mengeluarkan air mani.

18

Page 19: Tugasan Agama : Aqidah

3.      Contoh penggunaan naqli dan aqli dalam bidang tafsir, yang ada kaitannya

denagn penafsiran ayat pertama dari surah Al-insyiqaq iaitu yang berbunyi  “Apabila

langit terbelah”

a.       Tafsir bi al-manqul (bi-al-mat’sur ) al-alusi menafsirkan ayat ini dengan

menyandarkan kepada periwayatan-periyawatan, sebagaimana ia disebutkan di dalam

tafsirnya iaitu: “apabila langit terbelah” yakni berawan(berkabus putih) seperti yang

diriwayatkan Ibnu Abbas yang diikuti oleh Al-Farrada az Zujaj di dalam Al-bahr dan itu

menguatkannya dengan firman Allah “ Dan (ingatlah)hari(ketika) langit pecah belah

mengeluarkan kabut putih” maka Al-Quran sebahagiannya menafsirkan sebahagian

yang lain, dan dikatakan bahawa langit itu terbelah kerana dahsyatnya hari kiamat.

b.      Tafsir bi al-ma’qul(bi ar-ra”yi): Muhammad Abduh menafsirkan ayat ini dengan

akal yang didasarkan pada pengetahuan dan penelitian ilmiah. Maka ia memandang

bahawa insyiqaq as-samaa maknanya berupa satu kejadian besar dari pelbagai

kejadian-kejadian yang berhubungan dengan alam seperti kejadian singgahnya sebuah

bintang dekat dengan bintang yang lain yang mana ianya menimbulkan gaya tarik

menarik atau graviti yang menyebabkan terjadinya benturan antara keduanya. Oleh

kerana benturan tersebut, maka alam mengalami goncangan yang kuat sehingga

muncullah di langit awan dan kabut yang datang dari pelbagai arah. Maka langitnya

terbelah oleh awan dan kabut tersebut. Hal ini kemudiannya menyebabkan rosaknya

peredaran alam.

19

Page 20: Tugasan Agama : Aqidah

3. Ajaran Sesat

Takrif ajaran sesat

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau

orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran atau amalan tersebut adalah ajaran

Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan hakikatnya ia bertentangan

dengan Islam yang berdasarkan al-Quran dan al-Sunah serta juga bertentangan

dengan ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah.

Menurut tafsir pimpinan Ar-Rahman, halaman empat, orang yang sesat ialah orang

yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau

orang yang berpengalaman agama yang tidak betul kerana dipelajari dengan tidak

menurut peraturan dan jalan sebenarnya.

Sejarah

Timbulnya ajaran-ajaran sesat dan amalan-amalan sesat dalam masyarakat Islam di

Malaysia bukanlah suatu perkara baru. Ia mulai bergerak secara senyap semasa Islam

mula bertapak di Semenanjung pada abad ke-15 iaitu melalui konsep animisme,

dinamisme dan ajaran Hindu-Buddha.

Menurut sejarah, ajaran sesat yang paling lama usianya di Malaysia ialah ajaran Taslim

yang dibawa oleh Haji Ahmad Matahari pada tahun 1870-an di Kampung Seronok,

Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Ajaran ini telah berkembang ke negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak dan Negeri

Sembilan. Sementara di Kelantan, wujud ajaran sesat yang dikenali dengan ajaran

Subud disebarkan dalam tahun 1950-an dan ajaran Martabat Tujuh.

Ajaran Subud hampir hilang tetapi ajaran Martabat Tujuh dipercayai masih hidup bukan

sahaja di Kelantan tetapi di negeri-negeri lain. Hari demi hari ajaran sesat telah

bertambah dan akhir tahun 1999 jumlahnya dilaporkan menjangkau lebih daripada 100

ajaran.

20

Page 21: Tugasan Agama : Aqidah

Sehingga kini setiap negeri di Malaysia terdapat ajaran-ajaran sesat yang disebarkan

secara senyap dan ada kalanya mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh kecil agama

tempatan.

Faktor-faktor ajaran sesat

Hasil daripada penelitian Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia, umat Islam di negara ini sentiasa terdedah kepada ajaran sesat yang

berkembang hasil daripada faktor-faktor berikut:-

i) Tasawuf Falsafah @ Teosofi

ii) Ajaran Batiniah

iii) Ajaran Syiah

iv) Khurafat, amalan bomoh dan tradisi

v) Usaha menjauhkan umat Islam dari al-Quran dan sunah

Ciri-ciri ajaran sesat

Ciri-ciri yang didapati dalam ajaran-ajaran sesat di Malaysia adalah seperti berikut:-

1. Mengaku diri atau gurunya sebagai nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima

wahyu.

2. Mengaku diri atau gurunya sebagai Imam Al-Mahadi atau mempercayai bahawa

orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa

seperti Imam Al-Mahadi dan sebagainya (Qadyani, Bahai, 4 Sahabat, Nasir,

Mufarridiah).

3. Mempercayai bahawa roh yang mati menjelma semula ke dalam jasad orang yang

masih hidup.

4. Mendakwa pengikut-pengikut ajaran/tarekat sahaja yang dijamin masuk syurga.

5. Mendakwa gurunya memegang kunci pintu syurga.

6. Mempercayai bahawa gurunya boleh menebus dosa dengan wang.

7. Mendakwa bahawa semua agama adalah sama.

8. Mempercayai bahawa orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila

diseru namanya.

21

Page 22: Tugasan Agama : Aqidah

9. Memohon kepada benda-benda tertentu seperti batu, cincin dan sebagainya untuk

sampai kepada Tuhan.

10. Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengan

tujuan untuk mendapat anak yang soleh atau anak hakikat.

11. Mengaku Allah menjelma di dalam diri.

12. Mendakwa atau mengaku dirinya sebagai wakil nabi yang boleh memberi syafaat

kepada muridnya.

13. Mendakwa ajaran atau tarekat yang diamal sekarang diambil terus dari Rasulullah

secara jaga (Yaqazah).

14. Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dngan Allah

melalui Nur Muhammad yang berada di dalam dirinya dan dengan demikian didakwa

pasti masuk syurga.

15. Memansuhkan syariat-syariat Islam seperti solat, puasa, haji dan membuat syariat

baru atau menganggap bila sampai kepada hakikat maka tidak perlu lagi syariat.

16. Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana mengamalkan suluk.

17. Mendakwa bahawa ibadat haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah, tetapi boleh

ditunaikan di tempat-tempat yang lain.

18. Mengubah dengan sengaja ayat al-Quran dan maksudnya.

19. Mengaku dan mempercayai bahawa azimat (tangkal) boleh memberi kesan.

22

Page 23: Tugasan Agama : Aqidah

Ajaran Syiah Di Negeri Kedah

Puak Syiah ni kalau dibiarkan semakin melampau !!! Sekarang ini puak Syiah sudah

semakin berani menonjolkan diri setelah diberi muka oleh PAS didalam politik Malaysia

serta dibela oleh beberapa NGO Pakatan Haram yang bergerak kononnya atas hak

asasi manusia.

Dalam perkembangan terbaru fahaman Syiah di Malaysia.. Mereka sudah berani

menonjolkan diri menghentam Mufti yang di amanahkan oleh Sultan/Raja-Raja Melayu

menjaga Agama Islam dan pegangan fahaman Ahli Sunnah Wal Jemaah.

ALOR SETAR: Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan hari ini membuat laporan polis

terhadap Mufti kerajaan negeri Kedah Datuk Syeikh Baderudin Ahmad yang didakwa

membuat kenyataan berunsur fitnah, hasutan dan spekulasi berkaitan ajaran yang

mereka anuti.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada jam 3 petang tadi

dengan mensabitkan Baderudin telah secara sengaja mempersembahkan kepada Yang

di-Pertuan Agong bahawa kewujudan masyarakat minoriti Syiah Immamiah Ja'afariah di

Kedah telah menyebabkan suasana masyarakat di negeri ini seolah-olah tidak

tenteram.

"Kenyataan Baderudin pada 13 September lepas tidak benar kerana selama ini kami

tidak pernah membuat sebarang provokasi terhadap masyarakat dan sama sekali tidak

berhasrat menyebar fahaman Syiah di Kedah," katanya kepada media selepas

membuat laporan itu.

Abdullah juga berkata pihaknya tidak akan berhenti mengamalkan ajarah Syiah dan

sekiranya perlu bahan bacaan berkenaan ajaran Syiah akan diterbitkan bagi menjawab

segala fitnah yang dilontarkan kepada mereka.

23

Page 24: Tugasan Agama : Aqidah

Terdapat kira-kira 3,000 pengikut fahaman Syiah Imammiah di Kedah yang telah

dikenal pasti kebanyakan terdiri daripada golongan profesional.'

Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata, semua pengikut fahaman itu dari Jitra,

Pendang, Sungai Petani, Alor Setar dan beberapa kawasan berhampiran.

Katanya, 30 peratus daripada jumlah pengikut fahaman Syiah adalah wanita berumur

antara 20-an hingga 50-an.

“Kebanyakan pengikut Syiah bukan penduduk kampung biasa malah daripada

golongan profesional antaranya guru, pensyarah dan ahli akademik.

“Di Pusat Hussainiah Az-Zahra merupakan tempat berkumpul untuk aktiviti pengajian

dan ibadat yang masih aktif sejak 1991 sehingga sekarang,” katanya kepada Sinar

Harian ketika ditemui di Kampung Alor Berala Tobiar, Pendang semalam.

Abdullah berkata, lebih 200 pengikut akan berkumpul setiap kali mengadakan majlis

secara besar-besaran di situ.

“Kira-kira 80 ahli Syiah akan hadir mengikuti pengajian diadakan waktu siang bagi

mengikuti pengajian kitab-kitab Syiah seperti Tafsir, Tauhid, Akhlak, Sirah dan

sebagainya mengikut fahaman Syiah.

“Tempat ini dibina khusus sebagai tempat pembelajaran dan ibadat khusus untuk ahli-

ahli Syiah sahaja,” katanya.

Katanya, ahli Syiah terdiri daripada ahli Umno dan Pas yang tidak mahu lagi aktif dalam

parti politik masing-masing sehingga ada segelintir pengikut fahaman itu tidak

mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu kerana kecewa apabila banyak pihak

menentang fahaman Syiah.

24

Page 25: Tugasan Agama : Aqidah

Apakah kita sanggup membiarkan satu ajaran yang menghina sahabat Rasulullah

S.A.W serta menghina isteri Rasulullah S.A.W berkembang di Malaysia ?

Bagi yang hendak mengenali apa itu fahaman Syiah dan mengapa ianya merbahaya

boleh baca dibawah ini..

Akhir-akhir ini terdapat kecenderungan sebahagian umat Islam mencemuh dan

mengutuk para sahabat Nabi r.hum. seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan

lain-lain, bahkan lebih parah lagi melabelkan sahabat-sahabat tersebut sebagai munafiq

dan kafir. Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat menyembunyikan fakta-fakta

penting agama dan juga menyelewengkan al-Quran. Mereka meragui kebenaran dan

kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini kerana ianya dibawa oleh sahabat Nabi

s.a.w yang dikatakan munafik dan kafir dan sebagai alternatif mereka cuba

menampilkan satu bentuk ajaran lain (Syiah) yang kononnya datang dari anak cucu

Nabi s.a.w. (Ahlul bait)

Risalah ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada masyarakat

mengenai fahaman Syi‘ah* supaya mereka menjauhi dan tidak terpengaruh dengan

fahaman tersebut dan juga bertujuan untuk menyedarkan mereka yang terbabit

bahawa fahaman Syi‘ah adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

“Individu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku

menjadi imam atau mengajar segala ajaran yang dipegang oleh Syi’ah. Mereka

diangkat sebagai Imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangkat

Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku

menjadi anak tuhan).”

25

Page 28: Tugasan Agama : Aqidah

SIAPAKAH SYI‘AH?

Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-

sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang

sahaja. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-

golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada

dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas iaitu mengkafirkan

sahabat. Risalah ini akan memberikan tumpuan kepada Syi‘ah Imamiyyah Ithna

‘Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat

sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah. Syi‘ah inilah

yang dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat pada masa ini. Mereka adalah

ramai bilangannya dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.

SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH

Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam

yang dilantik oleh Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-

1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)

2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)

3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)

4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)

5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)

6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)

7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)

8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)

9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)

10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)

11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)

12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)

Muzakarah Jawatankuasa FatwaMajlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

dalam keputusannya yang bertarikh 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syi‘ah

28

Page 29: Tugasan Agama : Aqidah

dan mengharamkan pengamalannya di Malaysia. Antara negeri yang telah mewarta

dan

mengharamkan Syi‘ah;

Selangor:

19 Januari 1998

W.Persekutuan:

3 April 1997

Terengganu:

25 September 1997

P. Pinang:

16 Januari 1997

N.Sembilan:

12 Mac 1998

Kelantan:

September 1987

Rujukan Lanjut:

www.islam.gov.my/e-rujukan/

syiah.html

29

Page 30: Tugasan Agama : Aqidah

Lakaran Imam 12 Syi`ah.

Pengikut fahaman Syiah di Kedah kecewa dengan tanggapan orang ramai bahawa

mereka kafan jenazah menggunakan kain hitam dan kebumikan jenazah dalam

keadaan berdiri.

Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata, Syiah di negara ini menguruskan

jenazah pengikut mereka dengan baik, sama dengan cara dilakukan pengikut fahaman

Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Banyak jenazah telah diuruskan, sama ada daripada keluarga (berfahaman) Syiah

atau mana-mana pihak yang mewasiatkan untuk mayat diuruskan mengikut (amalan)

Syiah.

30

Page 31: Tugasan Agama : Aqidah

“Jenazah dikapankan dengan kain putih. Bezanya (dengan amalan Ahli Sunnah

Wal Jamaah) ialah kain itu tertulis dengan doa-doa dan dibeli dari Iran,” katanya.

Abdullah juga menafikan dakwaan bahawa Syiah pernah merampas jenazah untuk

diuruskan pengebumian mengikut fahaman Syiah di Kuala Kedah.

Jelasnya, beliau mengambil jenazah seorang ahli Syiah dari Kuala Kedah untuk

diuruskan mengikut fahaman Syiah kerana si mati telah mewasiatkan secara bertulis

kepada beliau dan kepada keluarga si mati secara lisan supaya berbuat demikian ketika

sedang sakit di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Beliau juga sifatkan dakwaan ada kubur seorang wanita berfahaman Syiah di Kuala

Rimau, Pendang, ghaib sebagai direka untuk disensasikan pihak tertentu

31

Page 32: Tugasan Agama : Aqidah

KESIMPULAN

Akidah adalah untuk memastikan kesahihan iktikad seseorang mengenai ketuhanan,

kerasulan, dan sam’iyat dengan berasaskan dalil-dalil naqli dan aqli. Selain itu

menetapkan keimanan di dalam hati seseorang serta menyakinkan kewujudan Allah

dan keesaan-Nya dan mengiktikadkan Allah bersifat Kamalat (sifat kesempurnaan) dan

Maha Suci dari sifat kekurangan. Kepentingan akidah dalam Islam adalah amalan-

amalan seseorang tidak diterima oleh Allah, kecuali amalan-amalan orang yang

beriman berasaskan akidah. Akidah menjadi asas utama membentuk diri manusia

menjadi seorang mukmim dan muslim, dan Allah menyuruh manusia hidup beriman dan

beragama Islam. Menanamkan keimanan dan akidah yang benar dalam diri anak-anak.

Di antara kewajipan orang tua adalah berusaha untuk menanamkan keimanan dan

akidah yang benar dalam jiwa anak. Di samping, ia juga berkewajipan memberikan

perhatian yang serius kepada mereka, seperti ayah mengajar anak-anaknya semenjak

masih kecil untuk mengucapkan dua kalimah syahadat dan menghafalnya di kepala.

Selain itu, ayah hendaklah dapat menumbuhkan pada hati mereka rasa cinta kepada

Allah s.w.t. dan bahawa semua kenikmatan yang kita perolehi datang dari Allah semata.

Juga mengajar mereka bahawa Allah berada di langit, sesungguhnya Dia Maha

Mendengar lagi Maha Melihat, tidak ada sesuatu pun yang menyamai-Nya, serta

persoalan-persoalan akidah lainnya. Begitu pula, mengarahkan mereka apabila telah

besar atau dewasa untuk membaca buku-buku akidah yang sesuai dengan tingkat ilmu

pengetahuan mereka. Oleh itu sebagai umat Islam, seharusnya mengamalkan cara

hidup yang berakidah. Agar kehidupan lebih terjamin di dunia dan di akhirat.

32

Page 33: Tugasan Agama : Aqidah

BIBLIOGRAFI

- Mohamad Dhiyauddin bin Abdul Kadir, 8 Mei 2011 (Pengenalan Akidah Islam- Mengenal Akidah Islamiyyah) diambil dari http://addienblog.blogspot.com/2011/05/pengenalan-akidah-islam-mengenal-akidah.html

- Suprapto, 2009 (Akidah Islam Menurut Hassan Al-Banna) diambil dari http://digilib.uin-suka.ac.id/3639/1/BAB%20I,V.pdf

- Mizan Osman, 26 September 2012 (Aqidah dan Hubungannya dengan Al-Din) diambil dari http://abuelwaiz.blogspot.com/2012/09/1-aqidah-dan-hubungannya-dengan-al-din.html

- Buku Mengenal Hizbut Tahrir, 06 Oktober 2011 (Dalil tentang akidah islam) diambil dari http://creative-dfebrian.blogspot.com/2011/10/dalil-tentang-akidah-islam.html

- Muhammad Abduh, Risalah Tauhid, Bulan Bintang, 1979 hlm. 37-41

- Dalil Aqli Tentang Agama Islam, 5 Disember 2008 diambil dari http://smkn1geger.blogspot.com/2008/12/dalil-naqli-tentang-aqidah-islam.html

- Abu Anas Madani, 13 November 2013. (Kenali & Jauhi Ajaran Sesat Di Malaysia) diambil dari http://www.abuanasmadani.com/?p=2176

- Is Levis, 13 Julai 2013 (Mengenali ajaran sesat di Malaysia) diambil dari http://khalic.com/mengenali-ajaran-sesat-di-malaysia/

- Pengertian Aqidah, Iman dan Dalil-dalilnya, 8 Julai 2009 diambil dari http://compaq40.wordpress.com/2009/07/08/pengertian-aqidah-iman-dan-dalil-dalilnya/

- http://www.freewebs.com/badli/Uniten/Bahan%20Ngajar/ISLF103/A1.AKIDAH %20ISLAM.pdf

33