aplikasi pemikiran keusahawan dalam mode pengurusan organisasi

16
1.0 PENDAHULUAN Pengurusan merangkumi sains dan sastera. Pengurusan merupakan sains dari segi konsep, alat dan tekniknya, tetapi merupakan sastera dalam penerapannya pada keadaan tertentu. Walaupun sains pengurusannya bersifat umum, sasteranya dipengaruhi dan dibentuk oleh budaya tempatan. Justeru, pengajian yang berkesan perlu mengenali konsep, alat dan teknik dan yang paling penting sejauh mana kesemua elemen ini boleh diterapkan dalam perniagaan dan pentadbiran negara Malaysia yang khusus dan unik. Dalam dunia yang serba moden ini, aspek pengurusan adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dari manusia. Pengurusan merupakan satu proses sosial selaras dengan perkembangan manusia dan komuniti disekelilingnya. Pengurusan dikaitkan dari pengurusan sebuah keluarga, komuniti atau organisasi hinggalah kepada pengurusan sebuah negara. Pengurusan sering dikaitkan dengan pentadbiran dan apabila memperkatakan tentang konsep pengurusan pasti mencakupi tiga elemen utama iaitu pengurus , organisasi dan tatacara atau garis panduan pengurusan. Ketiga-tiga elemen ini bergantung antara satu sama lain dan mempunyai hubungkait yang seimbang. Pengurusan dikendalikan oleh pengurus yang adakalanya bertindak sebagai ‘master-mind’ dan pada satu keadaan yang lain pengurus juga bertindak sebagai pelaksana. Sebagai ‘master-mind’, pengurus bertindak memimpin kelompok subordinat yang bertindak menterjemah segala visi,

Upload: s-hashidah-mn

Post on 23-Oct-2015

71 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

business

TRANSCRIPT

Page 1: Aplikasi Pemikiran Keusahawan Dalam Mode Pengurusan Organisasi

1.0 PENDAHULUAN

Pengurusan merangkumi sains dan sastera. Pengurusan merupakan sains dari segi konsep,

alat dan tekniknya, tetapi merupakan sastera dalam penerapannya pada keadaan tertentu.

Walaupun sains pengurusannya bersifat umum, sasteranya dipengaruhi dan dibentuk oleh

budaya tempatan. Justeru, pengajian yang berkesan perlu mengenali konsep, alat dan teknik

dan yang paling penting sejauh mana kesemua elemen ini boleh diterapkan dalam perniagaan

dan pentadbiran negara Malaysia yang khusus dan unik.

Dalam dunia yang serba moden ini, aspek pengurusan adalah satu perkara yang tidak

dapat dipisahkan dari manusia. Pengurusan merupakan satu proses sosial selaras dengan

perkembangan manusia dan komuniti disekelilingnya. Pengurusan dikaitkan dari pengurusan

sebuah keluarga, komuniti atau organisasi hinggalah kepada pengurusan sebuah negara.

Pengurusan sering dikaitkan dengan pentadbiran dan apabila memperkatakan tentang konsep

pengurusan pasti mencakupi tiga elemen utama iaitu pengurus , organisasi dan tatacara atau

garis panduan pengurusan. Ketiga-tiga elemen ini bergantung antara satu sama lain dan

mempunyai hubungkait yang seimbang. Pengurusan dikendalikan oleh pengurus yang

adakalanya bertindak sebagai ‘master-mind’ dan pada satu keadaan yang lain pengurus juga

bertindak sebagai pelaksana.

Sebagai ‘master-mind’, pengurus bertindak memimpin kelompok subordinat yang

bertindak menterjemah segala visi, misi dan objektif dalam bentuk perlaksanaan yang akan

dijalankan mengikut jadual perancangan yang digariskan. Usaha untuk mengarah dan

memantau perkembangan proses perlaksanaan dikendalikan oleh pengurus dengan dengan

pendekatan yang subjektif berdasarkan gaya kepimpinan dan kemampuan memanipulasikan

kebolehan berkomunikasi yang unik dan tersendiri.Sebagai pelaksana pula, pengurus

bertindak membimbing dan pada masa yang sama bergerak seiring bersama subordinat untuk

melaksanakan visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan. Sama ada sebagai ‘master-mind’

mahupun pelaksana pengurus harus bertindak berdasarkan tatacara dan garis panduan yang

ditetapkan. Garis panduan atau tatacara berkenaan sama ada berasaskan contoh dan garis

panduan dari organisasi lain, mahupun idea pengurus itu sendiri, ataupun ia digubal dengan

persetujuan kolektif antara pengurus dan subordinat. Pengurus biasanya mempunyai kuasa

bagi membolehkannya melaksanakan tanggungjawabnya mengemudi organisasi di samping

menjalankan fungsinya mengetuai subordinatnya.

Page 2: Aplikasi Pemikiran Keusahawan Dalam Mode Pengurusan Organisasi

2.0 DEFINISI PENGURUSAN DAN ORGANISASI

Pengurusan adalah satu elemen penting di dalam mengendalikan sebarang organisasi, baik

organisasi perniagaan atau pun organisasi bukan perniagaan. Jatuh bangun sesebuah

organisasi, cemerlang ataupun tidak adalah bergantung kepada pengurusan yang cekap dan

berkesan. Pada asasnya, pengurus organisasi adalah serupa dengan pengurus rumah tangga,

juga serupa dengan pengurusan untuk pembangunan negara. Kesemuanya mempunyai

elemen-elemen penting yang hendak diuruskan iaitu manusia, organisasi dan matlamat atau

tujuan kewujudan organisasi tersebut (Sabri Hussin, 2005). Menurut Shahidan Kassim dalam

Chamhuri Siwar (1992) berdasarkan kepada prestasi usahawan Bumiputera dalam jangka

masa DEB, secara umumnya masalah baru akan tetap timbul kerana dunia ekonomi atau

dunia perniagaan bukanlah statik. Ianya berubah mengikut keadaan masa dan bergerak

mengikut arah aliran pasaran tempatan mahupun luar. Ia juga dipengaruhi oleh faktor

ekonomi yang disebut oleh Adam Smith ‘the invisible hands’. Menurut Abu Bakar Hamed

(1998), terdapat lima pengkhususan pengurusan di dalam sesuatu organisasi perniagaan. Di

dalam organisasi besar mungkin terdapat banyak bidang yang lebih khusus. Pengkhususan

yang dimaksudkan beliau adalah pengurusan kewangan, pengurusan operasi dan pengeluaran,

pengurusan sumber manusia, pemgurusan pemasaran dan pengurusan maklumat.

Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan

proses kerja yang terancang melalui dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan

mempunyai garis panduan tertentu. Kata kerja mengurus (management) berasal dari bahasa

Itali ‘maneggiare’ iaitu ‘menangani’ dan kata nama ini diterbitkan daripada perkataan Latin –

‘manus’ (tangan). Perkataan bahasa Perancis ‘mesnagement’ telah banyak mempengaruhi

perkembangan maksud perkataan Bahasa Inggeris ‘management’ pada abad-abad ke 17 dan

18.

Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, ‘pengurusan terdiri daripada

pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang

atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk

mencapai sesuatu matlamat. Ia seringya merangkumi sumber – sumber manusia, kewangan,

teknologi serta juga sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau

sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan’.

Page 3: Aplikasi Pemikiran Keusahawan Dalam Mode Pengurusan Organisasi

Mary Parker Follet (1868 -1933) menyatakan bahawa pengurusan ‘adalah sebagai seni

untuk mencapai sesuatu melalui orang lain’. Free-Content Encyclopedia Wikipedia

menyatakan pengurusan boleh ditakrifkan berdasarkan fungsinya sebagai ‘tindakan untuk

mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan kepentingan,

mengubahsuai rancangan asal ataupun tindakan untuk mencapai maklumat yang dirancang’.

James A.F Stoner & Charles Wienkel menyatakan bahawa ‘pengurusan adalah proses

merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan

menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang

ditetapkan’. Wan Azmi Ramli merumuskan pengurusan adalah aktiviti perancangan dan

pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala

kaedah-kaedah, peraturan-peraturannya, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya

itu.

2.1 Definisi Organisasi

Organisasi adalah dianggotai oleh sekumpulan individu yang bekerja bersama‐sama ke arah

mencapai matlamat yang sama. Organisasi sebagai satu unit sosial yang mengandungi

manusia yang bekerjasama dan saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai

matlamat setiap manusia itu dan organisasinya. Organisasi merupakan himpunan individu

(dua atau lebih) yangmenjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja, yang diselaraskan

untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.\

3.0 SEJARAH AWAL PENGURUSAN

Amalan pengurusan sudah bermula dan diamalkan sejak zaman tamadun purba lagi. Sejarah

menyaksikan dan membuktikan sendiri wujudnya amalan pengurusan yang tersusun berlaku

dalam pembentukan budaya dan tamadun masyarakat awal dunia. Tamadun purba ini dilihat

mempunyai kaedah pengurusantersendiri yang berupaya mengendalikan perjalanan

peristiwanya sendiri sehingga berjaya muncul sebagai masyarakat awal yang sangat

berpengaruh dan dikagumi dunia hingga ke hari ini. Urusniaga perniagaan dan amalan

pengurusan yang teratur pertama kali diketahui berlaku kira-kira 2000 SM, iaitu peraturan

Raja Hammurabi tenteng urus niaga dan tanggungjawab sosial.

Kerajaan Mesir pula berjaya menguasai dunia melalui kepakaran dalam membina

piramid. Kaedah pengurusan sistematik yang diamalkan dalam pembinaan piramid ini telah

menjadikan monumen ini satu khazanah yang dikagumi masyarakat dunia sehingga ke hari

Page 4: Aplikasi Pemikiran Keusahawan Dalam Mode Pengurusan Organisasi

ini. Orang Mesir dikatakan menggunakan matematik dan tenaga kerja yang terancang,

mendapatkan bongkah batu dan menyelia struktur yang hendak mengikut reka bentuk dan

masa yang telah ditetapkan.

Masyarakat Yunani mengamalkan kaedah pemiawaian. Mereka percaya bahawa kerja

berulangan yang dilaksanakan untuk tempoh yang lama atau pengkhususan seperti mana

yang kita lakukan pada hari ini dapat menghasilkan produktiviti yang tinggi. Ahli falsafah

Yunani yang terkenal, Plato dalam bukunya berjudul Republic telah menulis tentang

pengkhususan dan kesan muzik lunak yang dapat meningkatkan produktiviti. Kajian orang

Jepun telah membuktikan idea ini benar apabila berlaku kenaikan sepuluh peratus dalam

produktiviti hasil daripada penjagaan kebesihan dan irama muzik yang menenangkan mereka

di tempat kerja.

Tamadun China mempunyai karya-karya agung tentang seni dan sains pengurusan yang

cukup banyak. Karya Sun Tzu terutamanya, menulis tentang strategi, perancangan dan

kepimpinan yang ditluis pada tahun 500 SM dan diamalkan oleh ahli strategi tentera. Mao

Zedong, seorang tentera dan negarawan Cina yang berfahaman Marxisme dikatakan

menggunakan ajaran Sun Tzu dalam kemenangannya menawan Kuomintang. Ada penulis

yang menterjemahkan karya Sun Tzu (Griffith, 1963) dan ada yang memudahkannya untuk

mengaitknanya denga amalam pengurusan moden.

4.0 APLIKASI PEMIKIRAN KEUSAHAWANAN DALAM PENGURUSAN

Pemikiran keusahawanan bermula sejak sekian lama seiring dengan wujudnya pemikiran

pengurusan yang bermula hampir serentak dengan Revolusi Perindustrian pada tahun 1850.

Tempoh tersebut menyaksikan penciptaan dan penggunaan jentera, pembinaan kilang dan

pewujudan modal keusahawanan yang membiayai industri tersebut. Keadaan ini

menyaksikan aliran kemasukan penduduk agrarian yang pesat ke bandar untuk mencri

pekerjaan di kilang-kilang yang memberikan gaji yang lebih lumayan meskipun keadaan

kilang pada ketika itu tidak menyenangkan, dipenuhi asap , habuk, kotor dan sebagainya.

4.1 Teori-Teori Pemikiran Pengurusan

Pemikiran pengurusan terus berkembang bermula dari aliran pemikiran klasik sehingga aliran

pemikiran moden pada hari ini. Aspek-aspek teori pemikiran pengurusan pula merangkumi

Page 5: Aplikasi Pemikiran Keusahawan Dalam Mode Pengurusan Organisasi

elemen yang lebih luas, meliputi tingkah laku, teori pengurusan kuantitatif, sistem, luar

jangka, proses atau pengendalian, dan lain-lain.

a) Aliran klasik teori pengurusan

Teori pengurusan klasik banyak dipengaruhi oleh ahli-ahli pakar sains dan jurutera.

Aliran ini merangkumi aspek-aspek dalam bidang sains dan juga organisasi. Banyak masa

jurutera dan ahli sain dihasbiskan untuk memperbaik ata meningkatka output pekerja

dalam pengurusan mereka. Antara ahli sains yang popular dalam mengemkan teori

pengurusan dalam aliran klasik ilah Frederick W Taylor (1856-1915), jurutera yang

kemudiannya menjadi pakar runding. Neliau menyelidik tentang cara yang paling

berkesan untuk mlakukan sesuatu kerja. Beliau menkaji tentang masa dan gerakan untuk

menyokong teoriya dan meningkatkan produktiviti. Beliau membahagika kerja kepada

tugas yang berlainan dan menkaji masa dan gerakan pkerja di tempat kerjanya iaitu

Syarkat Keluli Bethlehem.

Ahli teori pengurusan klasik yang seterusnya ialah Henry L Gantt (1861-1919).

Belaiu merupakan rakan sekerja Taylor di syarikat kilang yag sama.beliau menyaksikan

sendiri kerja yang dilakukan oleh Taylor. Beliau mempunyai idea tersendiri tentang cara

untuk meningktakan kecekpan dan produktivti iaitu mellaui Carta Gantt. Carta yang

diberi nma sempena namanya sendiri ini menjadi alat pengurusan yng membantu

pengurus menjadualkankerja mereka dan digunakan sehingga ke hari ini.

Frank dan Lilian M Gilbreth (1868-1924 dan 1978-1916) merupakan pasangan

suami isteri yang terkenal dalam mengemukan teori pengurusan dalam aliran klasik.

Kerjaya Frank Gilbreth bermula sebagai penurap bata. Beliau memperhatikan pekerja dan

membuat uji kaji tentang cara berkesan untuk menurap bata. Melalui kajian tentagg

gerakan yang telah dilakukan, beliau berjaya megubah suai proses menurap shingga dapat

meningkatkan produktiiti sehingga 25o peratus. Pasangan suami istri juga telah bersam-

sam menkaji tentang gerakan dan kelesuan.

b) Teori pengurusan kuantitatif

Teori pengurusan kuantitatif banyak dipraktikan dalam pengurusan perniagaan pada

hari ini khusunya dalam aspek pengurusan aliran tunai, penjadula pengeluaran ,

Page 6: Aplikasi Pemikiran Keusahawan Dalam Mode Pengurusan Organisasi

pengurusan inventori dan logistic. Kaedah uni meriupakan alat yang bergna dalam

perancangan dan pengawalan.

Pengurusan organisasi Mydin Hypermarket

Kepentingan pengurusan stor dan stok inventori dalam perniagaan:

Pengurusan inventori yang baik dan sistematik dapat membantu pihak pengurusan perniagaaan terutamanya pengurus atau usahawan dalam membuat keputusan, merancang pembelian stok bahan untuk kegunaan bengkel dan mengawal kos yang diperlukan.

Page 7: Aplikasi Pemikiran Keusahawan Dalam Mode Pengurusan Organisasi

Kepentingan pengurusan inventori ini memboehkan pengurusan sesebuah perniagaan mengoptimunkan masa kerja untuk proses pengemaskinian rekod, menghasilkan laporan dan penempatan bahan dan barang untuk dipamer dan dijual, memudahkan pengurusan perniagaan mencapai maklumat berkaitan rekod inventori perniagaan untuk laporan bagi pihak pengurusan serta dapat menjadikan sesbuah perniagaan lebih sistematik dan kreatif.

Inventori dalam perniagaan adalah meiputi komponen-komponen stok barangan jualan yang menjadi barang niaga dalam sesebuah perniagaan ataupun perusahaan. Antara aspek pengetahuan yang penting dalam pengurusan inventori yang berkesan adalah pengurusan stor yang sistematik dan teratur.

Pengurusan stor

Stor ialah tempat bagi melaksanakan penerimaan, perekodan, penyimpanan, penyelengaraaan, pengendalian, dan pengurusan stok. Stor wujud dalam pelbagai bentuk iaitu bangunan, bangsal, kawsan lpang, kolam, tangki dan kandang.

Biasanya dalam sesebuah perniagaan terdapat dua jenis stor untuk menyimpan stok barangan iaitu:

a) Stor umum/utama

Stor umum adalah stor yang menyimpan semua barangan yang diterima dariada pembekal yang belum diagihkan. Stor ini memerlukan seorang pekerja atau pengurus untuk merekodkan keluar dan masuk stok.

b) Stor agihan

Stor agihan digunakan untuk menyimpan segala stok barang niaga yang telah ditelah pun diagihkan mengikut kelas, jenis atau kod yang telah ditetapkan.

Organisasi stor

Bangunan stor

a) Penempatan stor

Kawasan di mana stor ditempatkan hendaklah mempunyai aliran bagi memudahkan pergerakkan kenderaan dan kakitangan bengkel terutama guru bengkel kemahiran hidup dalam mengendalikan stor.

b) Susun atur stor

Page 8: Aplikasi Pemikiran Keusahawan Dalam Mode Pengurusan Organisasi

Susun atur yang wujud hendaklah mengambilkira ruang bagi memudahkan kakitangan dan alat pengendalian bergerak dengan selamat

Tujuan pengurusan stor

Tujuan utama pengurusan stor ialah untuk memastikan stok barang-barang sentiasa kedapatan (readily available) apabila stok pada rak berkurangan atau kehabisan. Tujuan lain pengurusan stor untuk menyimpan barang dengan cara terbaik dengan memberi perlindungan, penjagaan dan penyenggaraan sewajarnya semasa dalam simpanan.

Jadual: Pengurusan Stor sebagai satu elemen dalam pengurusan bekalan

Jadual: fungsi pengurusan stor

Pengurusan kawalan stok

Pengurusan kawalan stok bertujuan emastikan paras keperluan yang betul dari segi kuantiti dapat disediakan apabila dikehendaki oleh pengguna dan peniaga. Ia juga mengambil kia penjimatan penggunanan raung simpanan, kos memesan, harga pembelian dan modal yang terlibat.

Pengurusan kwalan stok yang cekap dan berkesan dapat memberikan banyak faedah antaranya ketiadaan stok dapat dielakkan dan keperluan pengguna dapat dipenuhi. Pengurusa stok yang bijak dan teratur menjadikan penggunaan modal yag lebih ekonmik sera kurangnya wang terikat dalam bentuk stok. Dalam hal ini perhatian lebih tertumpu kepada barang-brang yang tinggi kadar pengeluarananya. Stok yang tidak bergerak, tamat tempoh penggunanan, rosak dan using dapat dkuranagkan . rauang simpanan juag dapat dioptimunkan.

Penerimaan stok

• Semak nota atau bil serahan, nota bungkusan dan invois

• Semak dan menghitung kuantiti yang diterima

• Memberi akaun terima setelah dipastikan semua barang yang diterima adalah mengikut spesikasi dalam keadaan baik dan cukup kaunttinya

• Brang-barang yang dikemablikan kepada pembekal, segala urusan penggantian hednaklah dicatatkan dalam baucar penerima barang-barang

Page 9: Aplikasi Pemikiran Keusahawan Dalam Mode Pengurusan Organisasi

• Semua penerimaan hendaklah dalam Kad Kawalan Stok atau Kad Pteak atau Lejar dengan secepat yang mungkin

Penyimpanan dalam stor hendaklah mengamalkan konsep 5s iaitu sisih, susun, sapu, sragam dan sentiasa amal. Amalan ini dipraktiskan supaya stok tidak mudah rosak, senag dikeluarkan dan penggunaan ruang yang optimum. Selain itu dapat mengelakaan daripada kehilanagn, kekuangan, keusanagan an kelusauhan.

Penyimpanan melibatkan perkara-perakar berikut:

o Simpan d tempat ynag sesuai dengan jens barang

o Memberi perhatian kepada cara susunan barang-barang

o Pastikan keselamaan barang-barang

o Sediakan tanda-tanda amaran

Pengurusan stor dan stok invtori secara efektif

Langkah-langkah yang perlu diambil dalam meetukan pengurusan stor dan stok inventoeri yang cekap dan berkesan serta efektif adaa seperti brikut:

• Bekalan barang dari stor entiasa kedapatan

Page 10: Aplikasi Pemikiran Keusahawan Dalam Mode Pengurusan Organisasi

• Stor berupaya menydia makulmat dan data berkualiti

• Tiada berlaku berkurangan/kehilanagn ke atas barang-barang kecuali kekurangan yang dibenarkan

• Stor mnjalin hubungan yang mesra dan proaktif dengan pelaggan dan Bahagian Kewangan/Perolehan dan pembekal-pembekal

• Stor sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih.

• Guru penyelia stor berkupayaan mengemukakan isu dan masalah pengurusan stor serta syor penyelsaian secara professional.

Page 11: Aplikasi Pemikiran Keusahawan Dalam Mode Pengurusan Organisasi

RUJUKAN

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan (2007). “Mengusai Penyelidikan Dalam Pendidikan”. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Chamhuri Siwar, Mohd Yusof Kasim, Abdul Malik Ismail (1992). “Ekonomi Bumiputera Selepas 1990”. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

D.T. Williams dan Tee Kok Bin (1989). “Ilmu Perdagangan”. Petaling Jaya. Logman Sdn Bhd.

Faudziah Zainal Abidin, Nasruddin Zainudin, Faizah Ismail, Nurwati Ashikin, Ahmad Zaluki (2005). “Pengurusan Kewangan Teori dan Aplikasi”. Petaling Jaya. Pearson Prentice Hall.

Faridah Mariani bt Johan. (2000) “Profail, Trait Keusahawanan dan Pengurusan Perniagaan Dalam Pembentukan Aspirasi Peniaganita di Negeri Terengganu”. Projek Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

Hasnah bt Haroon. (2003) “Perbandingan Amalan Pengurusan Perniagaan di Kalangan Usahawan Perniagaan Kenderaan Terpakai di Kawasan Seberang Perai dan Sungai Petani”. Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.

Jaafar Muhamad (2001). “Asas Pengurusan Perniagaan”. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn Bhd. Mahashim Bajuri (1984). “Pengurusan Kewangan Satu Pengenalan”. Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn Bhd.

Maimunah Aminuddin (1994). “Pengurusan Sumber Manusia”. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn Bhd. Md Hazel Zali (1995). “Panduan Barclays dalam mengurus pertumbuhan untuk perniagaan Kecil”. Kuala Lumpur. Yayasan Panataran Ilmu.

Muhammad Ali Embi (2003). “Konsep Asas Pengurusan Sumber Manusia”. Utusan Kuala Lumpur. Publications & Distributors Sdn Bhd.

Nurazirawati bt Osman. (2000). “Pengurusan Barang Dagangan Bagi Peniaga Peruncitan Konvensional: Kajian Kes Perniagaan Runcit di Kawasan Pinggir Bandar Alor Setar”. Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.

Syed Amin Al-Jeffri (1998). “Sekilas Pandang Gaya pengurusan Masa Kini”. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Syed Arabi Idid (1998). “Kaedah Penyelidikan komunikasi dan Sains Sosial”. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharah Bakar (2003). “Asas Pemasaran”. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn Bhd. Zafir Mohd Makhbul, Mohd Rizal Palil dan Ahmad Khairy Ahmad Domil (2004). “Mengurus Perniagaan”. Pahang. Pts Publications& Distributors Sdn Bhd